|
Hadith
Jan 4, 2004 21:24:48 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 21:24:48 GMT 8
Nasib Umat Islam ditunjukkan kepada Nabi SAW --------------------------------------------------------------
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri didalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUS-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
|
|
|
Hadith
Jan 5, 2004 20:16:25 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 20:16:25 GMT 8
con't.....
10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.
11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.
12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.
13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.
14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.
15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.
16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.
17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.
19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari.
20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.
|
|
|
Hadith
Jan 6, 2004 21:01:00 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 21:01:00 GMT 8
4 Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi ) ----------------------------
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu : Sebelum khatam Al Qur'an, Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, Sebelum para muslim meredhai kamu, Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Sekian untuk ingatan kita bersama.
|
|
|
Hadith
Jan 7, 2004 8:26:17 GMT 8
Post by enigma on Jan 7, 2004 8:26:17 GMT 8
Assalamualaikum….
Pengertian hadis…
Drpd Abu Hurairah R.A telah berkata: Rasullullah SAW bersabda bahawa prg mukmin yglbh kuat itu lbh baik dan lebih dikasihi Allah drpd org mukmin yg lemah. Rebutlah perkara yg mendatangkan manfaat dan pohonlah pertolongan Allah, jgn lemah semangat. Jika engkau engkau ditimpa kesusahan jangan engkau berkata kalau aku buat beginitentu akan jadi begini, tapi katakana;lah ini takdir Allah, segala apa yg ditakdir terlaksana. Kerana perkataan ‘lau’( dlm bahasa Arab) bererti engkau membuka peluang kepada syaitan untuk menghasut..
Pengajaran drpd hadis:
1) org Islam hendaklah bersungguh- sunnguh dlm melakukan pekerjaan dlm kehidupan mereka 2) hanya dgn kesungguhan umay Islam akan mencapai kejayaan 3) umat Islam hendaklah menjauhkan diri drpd sifat ragu2 atau bimbang dlm melakukan sebarang pekerjaan 4) umat Islam hendaklah percaya dan yakin kepada takdir Allah
Daripada Abu Hurairah RA drpd nabi SAW tlh bersabda: Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara ygkamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang pd keduanya iaitu, Quran dan Sunnah Rasullullah SAW (hadith)
Pengajaran drpd hadis
1) Al-Quran dan Hadis adalah dua peninggalan Rasullullah kpd umat Islam utk diikuti. 2) Manusia akan selamat selagi mereka mengambil Al-Quran sebagai panduan hidup.
Daripada Rafi’ ibnu Khudaij RA , beliau berkata: dikatakan wahai Rasullullah , apakah pekerjaan yg paling baik? Rasullulah menjawab: pekerjaan seseorang dengan tangannya dan jual beli yg mabrur..
Pengajaran Hadis
1) bekerja sendiri utk mencari rezeki adalah satu pekerjaan yg mulia. 2) Sembilan persepuluh drpd rezeki adalah terdapat dalam perniagan 3) Kita tidak patut merasa malu melakukan sebarang pekerjaan asalkan ianya halal 4) Bekerja sendiri dpt membantu jiwa yg tabah dan sabar dlm m,encapai kejayaan
|
|
|
Hadith
Jan 8, 2004 23:05:37 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:05:37 GMT 8
Hadis...
Amalan Yang disukai Allah ----------------------------------
Dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan: "Manakah amalan yang paling dicintai Allah? Baginda menjawab: "Solat tepat pada waktunya." Dia (Abdullah) bertanya lagi: "Kemudian apa?" Baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua." Dia bertanya lagi: "Kemudian apa?" Baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah."
Sukarnya mendidik hati ini...
Dalam riwayat Abu Hurairah, Rasulullah Salallahualaihiwassalam telah bersabda yang ertinya:
"Orang-orang pertama kali diadili di hari kiamat adalah:
1. Seorang lelaki yang mati di medan peperangan, ia didatangkan dihadapan Allah, setelah diingatkan akan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadanya dan diakuinya, lalu Allah bertanya kepadanya: "Apa harapanmu sebagai imbalan nikmat itu.?" Ia menjawab: "Aku telah berperang untuk-Mu dan untuk mendapat redha-Mu." Allah berfirman: "Engkau berdusta, engkau berperang untuk mendapatkan pujian agar dikatakan seorang pahlawan." Kemudian orang itu diperintahkan diseret ke neraka.
2. Seorang lelaki menuntut ilmu dan mengajarkannya dan membaca al-Quran, ia dihadapkan kehadapan Allah, setelah diingatkan akan kurnia nikmat Allah dan diakuinya, lalu Allah bertanya kepadanya: "Apa harapanmu sebagai imbalan nikmat itu.?" Ia menjawab: "Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran dan semata-mata mencari rela-Mu." Allah berfirman: "Engkau berdusta, engkau menuntut ilmu untuk dipuji orang dan disebut sebagai orang alim dan engkau mambaca al-Quran agar disebut seorang Qari." Kemudian orang itu diperintahkan diseret ke neraka dalam keadaan tengkurap.
3. Seorang lelaki yang menikmati kekayaan yang melimpah ruah, ia didatangkan di hadapan Allah, setelah diingatkan nikmat yang dikurniakan dan diakuinya, lalu Allah bertanya kepadanya: "Apa harapanmu sebagai menafkahkan hartamu sebagai imbalan nikmat itu.?" Ia menjawab: "Aku telah menafkahkan harta ku dalam segala jalan yang Engkau redhai." Allah berfirman: "Engkau berdusta, engkau melakukan semua itu untuk mendapatkan pujian orang agar disebut dermawan." Kemudian orang itu diperintahkan diseret ke neraka dalam keadaan tengkurap."
|
|
|
Hadith
Jan 9, 2004 16:13:03 GMT 8
Post by enigma on Jan 9, 2004 16:13:03 GMT 8
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Sayidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Sayidina Umar r.a bertanya Sayidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andai-kata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka
|
|
|
Hadith
Jan 9, 2004 16:13:46 GMT 8
Post by enigma on Jan 9, 2004 16:13:46 GMT 8
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Hadith
Jan 9, 2004 16:23:19 GMT 8
Post by jaga_um on Jan 9, 2004 16:23:19 GMT 8
Sesungguhnya Allah, para malaikat serta segala makhluk yang berada di langit dan di bumi hinggakan semut di dalam lubangnya dan hidupan laut mendoakan kebaikan kepada mereka yang mengajar ilmu kebaikan kepada manusia
|
|
|
Hadith
Jan 10, 2004 8:27:20 GMT 8
Post by enigma on Jan 10, 2004 8:27:20 GMT 8
Assalamualaikum…
Hadith 1
Drpd Abi Dardak RA telah berkata: aku telah mendengar rasuluullah SAW telh bersabda: Sesiapa y Assalamualaikum…
Hadith 1
Drpd Abi Dardak RA telah berkata: aku telah mendengar rasuluullah SAW telh bersabda: Sesiapa yg berikhtiar menempah jalan utk mencari ilmu pengetahuan Allah memudahkan baginya satu jalan dari jalan ke syurga.dan sesungguhnya para malaikat merendahkan sayapnya kepada org yg menuntut ilmu. Dan bahawa org yg menuntut ilmu itu dipohonkan keampunan baginya oleh segala isi langit dan bumi sehingga ikan di air. Dan kelebihan org yg berilmu itu dgn org beribadah adalah laksana kelebihan bulan purnama dari segala bintang dan sesungguhnya para ulamak itu adalah pewaris para nabi. Dan para nabi tidak meninggalkan harta dan kekayaan. Sesengguhnya mereka meninggalkan ilmu. Maka sesiapa yg mendapatkannya ia akan berjaya.
Pengajaran hadis.
1) islam sangat mementingkan ilmu pengetahuan 2) org yg berilmu akan mendapat kedudukan yg terpuji di sisi Allah 3) para ulamak adalah pewaris nabi.
Hadis 2
Drpd Abu Hurairah RA katanya : bersabda Rasullullah SAW : org mukmin yg paling sempurna imannya ialah mereka yg mempunyai akhlak yg paling mulia dan org yg terbaik di kalangan kamu ialah org yg berbuat baik terhadap isteri mereka.
Pengajaran hadis.
1) iman adalah perkara yg amat penting bagi umat Islam 2) org yg mempunyai keimanan yg kuat akan lahir pada sifat yg mulia dan terpuji 3) memberi layanan yg baik kepada isteri adalah dituntut dalam Islam.
Hadis 3
Drpd ibnu Abbas Ra berkata: Rasullullah SAW bersabda: ada dua macam nikamt yg selalu dipersiakan oleh sebahagiaan besar drpd manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat keluasan masa. Pengajaran hadis:
1) Badan yg sihat dan kelapangan masa ialah nikmat yg dianugerahkan oleh Allah kpd manusia. 2) Masa yg terluang hendaklah digunakan dgn amalan kebaian. 3) Hendaklah berusaha menjaga kesihatan tubuh badan 4) Hendaklah kita meningkatkan amalan kpd Allah ketika badan masih kuat dan sihat.
|
|
|
Hadith
Jan 12, 2004 20:29:43 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 20:29:43 GMT 8
Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW berkata, "Seorang lelaki Israel meminta seorang Israel lain untuk meminjamkannya seribu dinar. Lelaki yg memberi pinjam meminta saksi. Si peminjam menjawab, "Allah cukup sebagai saksi." Lelaki itu berkata lagi, "Aku mahukan penjamin." Si peminjam menjawab, "Allah cukup sebagai penjamin." Lelaki itu berkata, "Betul katamu" dan meminjamkannya wang untuk satu tempoh masa.
Si peminjam belayar ke lautan. Setelah tamat pekerjaannya, dia mencari kapal supaya dia dapat sampai pada masanya untuk membayar hutang, tetapi gagal. Jadi, dia mengamil seketul kayu lalu membuat lubang pada kayu itu, lalu memasukkan seribu dinar serta sepucuk surat kepada pemberi pinjam ke dalamnya, & menutup ketat lubang itu. Dia membawa kayu itu ke laut & berkata "Ya Allah! Kau tahu yang aku meminjam seribu dinar dari si polan. Dia meminta penjamin tetapi aku memberitahu Allah cukup sebagai penjamin, & dia menerima Jaminan Mu. Dia meminta saksi & aku memberitahu Allah cukup sebagai saksi, & dia menerima Kau sebagai Saksi. Aku telah berusaha mencari kapal untuk membayar balik wangnya tetapi gagal, jadi aku menyampaikan wang ini kepada Mu." Sambil berkata, dia melontar kayu itu ke jauh lautan, dan pergi dari situ. Seterusnya dia terus mencari kapal untuk ke negara pemberi pinjam.
Suatu hari, pemberi pinjam keluar dari rumahnya untuk melihat samada kapal telah sampai membawa wangnya, dan tiba2 dia terlihat sebatang kayu. Dia membawanya pulang sebagai kayu api. Apabila dia memotongnya, dia terjumpa wangnya & surat itu.
Tak lama kemudian, peminjam datang membawa seribu dinar kepadanya dan berkata, "Dengan nama Allah, aku telah cuba mendapatkan kapal untuk memulangkan wangmu, tetapi gagal sebelum kapal yang aku naiki ini." Pemberi pinjam bertanya, "Adakah kau menghantar sesuatu untukku?" Peminjam menjawab, "Aku telah memberitahu, aku gagal mendapatkan kapal selain dari kapal yang aku naiki ini." Pemberi pinjam berkata, "Allah telah menyampaikan, atas pihakmu, wang yang kau hantar dalam sekeping kayu. Jadi, kau simpanlah seribu dinar itu & pergi dalam bimbingan jalan yang benar."
Sahih Bukhari, Vol. 3, Hadis No 488B diambil dari : Quran terbitan King Fahd Complex, Arab Saudi
|
|
|
Hadith
Jan 14, 2004 9:25:25 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 9:25:25 GMT 8
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam : " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 4. Mengucap Insya-Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi boleh, karena sudah biasa.
|
|
|
Hadith
Jan 16, 2004 21:58:25 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 16, 2004 21:58:25 GMT 8
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud
"Ada 4 di pandang sebagai ibu", yaitu : 1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP. 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 4. Ibu dari segala CITA2 adalah SABAR Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an bahwa Orang yang tidak melakukan sholat pada : * Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar * Dzuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya * Ashar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan * Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. * Isya : Dijauhkan dari kedamaian dalam tidurnya
|
|
|
Hadith
Jan 19, 2004 10:12:05 GMT 8
Post by enigma on Jan 19, 2004 10:12:05 GMT 8
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak
|
|
|
Hadith
Jan 20, 2004 23:28:24 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 23:28:24 GMT 8
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Jagalah diri kamu dari sifat dengki kerana sifat dengki itu akan memakan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.
(Hadis riwayat Abu Daud).
-----------------------------------------------------------------------
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Haram berhasad dengki iaitu mengharapkan supaya nikmat hilang dari seseorang sama ada nikmat tersebut adalah nikmat agama ataupun nikmat dunia. 2- Hasad dengki adalah sifat yang tercela dan dapat mencetuskan perasaan benci dan dendam di dalam hati malah Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam melarang kita dari bersifat dengan sifat ini. 3- Hasad dengki akan menghapuskan semua amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang yang berhasad dengki sebagaimana api memakan kayu api yang kering.
|
|
|
Hadith
Feb 12, 2004 20:47:02 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 12, 2004 20:47:02 GMT 8
(Dari sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.)
Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu sabda mereka :
Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu sabda mereka : 1-Apabila kamu sedang solat, jagalah betul-betul fikiranmu. 2-Apabila kamu berada di rumah orang lain, jagalah matamu. 3-Apabila kamu berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidah kamu. 4-Apabila kamu menghadiri jamuan makan, jaga perangaimu. 5-Ingat kepada Allah Subhanahu wa ta'ala. 6-Ingatkan mati (buat persediaan sebelum mati) 7-Lupakan budi baik kamu terhadap orang lain. 8-Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap kamu.
|
|