|
Hadith
Mar 25, 2004 2:18:32 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 25, 2004 2:18:32 GMT 8
Keempat-empat khalifah yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.
Syd. Abu Bakar ra. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata : Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata : Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa). Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. "
Sekian buat renungan bersama.
|
|
|
Hadith
Mar 26, 2004 11:14:28 GMT 8
Post by kuzy on Mar 26, 2004 11:14:28 GMT 8
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
|
|
|
Hadith
Mar 27, 2004 14:42:23 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 27, 2004 14:42:23 GMT 8
6 Jenis Manusia Yang Dikutuk oleh Allah & Rasul -------------------------------------------------------------
Telah bersabda Nabi S.A.W:
Yang bermaksud: "ada enam orang yang aku kutuk dan Allah S.W.T juga mengutuk mereka, dan doa-doa semua nabi di perkenankan. Iaitu:-
1. Orang yang menambah isi Al-Quran (dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang) 2. Orang yang mendustakan takdir Allah S.W.T 3. Orang yang berkuasa yang suka memaksa dan takkabur, sehingga dia memuliakan oarng yang dihinakan oleh Allah. dan dia menghina orang yang telah dimuliakan oleh Allah. 4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Tuhan di Mekah. 5. Umatku yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah. 6. Dan orang yang meninggalkan sunnahku.
Maka sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan.
|
|
|
Hadith
Mar 27, 2004 16:48:21 GMT 8
Post by KomOt on Mar 27, 2004 16:48:21 GMT 8
Sihir dan Perdukunan
Assalamualaikum wr wb,
Segala puji hanya kepunyaan Allah, shalawat dan salam semuga dilimpahkan kepada junjungan umat, Nabi besar Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, yang tiada lagi Nabi sesudahnya.
Dengan memohon pertolongan Allah Taala saya katakan bahawa berubat dibolehkan menurut kesepakatan para ulama. Seorang muslim jika sakit hendaklah berusaha mendatangi doktor yang ahli, baik penyakit dalam, pembedahan, saraf, mahupun penyakit luar untuk diperiksa apa penyakit yang dideritanya. Kemudian diubati sesuai dengan ubat yang dibolehkan oleh syara', sebagaimana yang dikenal dalam ilmu kedoktoran. Dilihat dari segi sebab dan akibat yang biasa berlaku, perkara ini tidak bertentangan dengan ajaran tawakkal kepada Allah dalam Islam. Kerana Allah Taala telah menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya. Ada di antaranya yang sudah diketahui oleh manusia dan ada yang belum diketahui. Akan tetapi Allah Taala tidak menjadikan penyembuhannya dari sesuatu yang telah diharamkan kepada mereka.
Oleh kerana itu tidak dibenarkan bagi orang yang sakit, mendatangi dukun-dukun yang mendakwakan dirinya mengetahui perkara ghaib, untuk mengetahui penyakit yang dideritanya. Tidak diperbolehkan pula mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai perkara yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan. Dengan cara demikian dukun tersebut telah melakukan perbuatan kufur dan sesat.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan dalam berbagai hadithnya sebagai berikut : Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab 'Sahih Muslim', bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa mendatangi tukang ramal (arraaf) kepadanya, tidak akan diterima sholatnya selama empat puluh hari."
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda : "Barangsiapa yang mendatangi dukun (kahin) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam." HR Abu Daud
|
|
|
Hadith
Mar 27, 2004 16:48:35 GMT 8
Post by KomOt on Mar 27, 2004 16:48:35 GMT 8
Dikeluarkan oleh empat Ahlus Sunan dan dishahihkan oleh Al-Hakim dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dengan lafaz : "Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam."
Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu, ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 'Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam." HR Al-Bazzaar, dengan sanad jayyid
|
|
|
Hadith
Mar 27, 2004 16:49:14 GMT 8
Post by KomOt on Mar 27, 2004 16:49:14 GMT 8
Hadith-hadith yang mulia di atas menunjukkan larangan mendatangi peramal, dukun dan sebangsanya, larangan bertanya kepada mereka tentang perkara yang ghaib, larangan mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, dan ancaman bagi mereka yang melakukannya.
Oleh kerana itu, kepada para penguasa dan mereka yang mempunyai pengaruh di negerinya masing-masing, wajib mencegah segala bentuk amalan tukang ramal, dukun dan sebangsanya, dan melarang orang- orang mendatangi mereka.
Kepada yang mempunyai kuasa, agar melarang mereka melakukan amalan di pasar atau di tempat-tempat lainnya, dan secara tegas menolak segala yang mereka lakukan. Dan hendaknya tidak tertipu oleh pengakuan segelintir orang tentang kebenaran apa yang mereka lakukan. Kerana orang-orang tersebut tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh dukun-dukun tersebut, bahkan kebanyakan mereka adalah orang-orang awam yang tidak mengerti hukum, dan larangan terhadap perbuatan yang mereka lakukan.
Rasulullah 'Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang umatnya mendatangi para peramal, dukun dan tukang tenung. Melarang bertanya serta membenarkan apa yang mereka katakan. Kerana perkara tersebut mengandung kemungkaran dan bahaya besar, juga berakibat negatif yang sangat besar pula. Sebab mereka itu adalah orang-orang yang melakukan dusta dan dosa.
Hadith-hadith Rasulullah yang tersebut di atas membuktikan tentang kekufuran para dukun dan peramal. Kerana mereka mengaku mengetahui perkara yang ghaib, dan mereka tidak akan sampai pada maksud yang diinginkan melainkan dengan cara berbakti, tunduk, taat, dan menyembah jin. Padahal ini merupakan perbuatan kufur dan syirik kepada Allah subhanahu wa Taala. Orang yang membenarkan mereka atas pengakuannya mengetahui perkara yang ghaib dan mereka meyakininya, maka hukumnya sama seperti mereka. Dan setiap orang yang menerima perkara ini dari orang yang melakukannya, sesungguhnya Rasulullah 'Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berlepas diri dari mereka.
Seorang muslim tidak boleh tunduk dan percaya terhadap dugaan dan sangkaan bahawa cara seperti yang dilakukan itu sebagai suatu cara pengubatan, seperti tulisan-tulisan azimat yang mereka buat, atau menuangkan cairan timah, dan lain-lain cerita bohong yang mereka lakukan.
Semua ini adalah amalan perdukunan dan penipuan terhadap manusia, maka barangsiapa yang rela menerima amalan tersebut tanpa menunjukkan sikap penolakannya, sesungguhnya ia telah menolong dalam perbuatan bathil dan kufur.
Oleh kerana itu tidak dibenarkan seorang muslim pergi kepada para dukun, tukang tenung, tukang sihir dan seumpamanya, lalu menanyakan kepada mereka perkara yang berhubungan dengan jodoh, pernikahan anak atau saudaranya, atau yang menyangkut hubungan suami isteri dan keluarga, tentang cinta, kesetiaan, perselisihan atau perpecahan yang terjadi dan sebagainya. Sebab semua itu berhubungan dengan perkara ghaib yang tidak diketahui hakikatnya oleh sesiapa pun kecuali oleh Allah Subhanahhu wa Taala.
Sihir sebagai salah satu perbuatan kufur yang diharamkan oleh Allah, dijelaskan di dalam surah Al-Baqarah ayat 102 tentang kisah dua Malaikat: "Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. Q.S Al-Baqarah 102
|
|
|
Hadith
Mar 27, 2004 16:49:33 GMT 8
Post by KomOt on Mar 27, 2004 16:49:33 GMT 8
Ayat yang mulia ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempelajari ilmu sihir, sesungguhnya mereka mempelajari perkara yang hanya mendatangkan mudharat bagi diri mereka sendiri, dan tidak pula mendatangkan sesuatu kebaikan di sisi Allah Subhanahu wa Taala. Ini merupakan ancaman berat yang menunjukkan betapa besar kerugian yang diderita oleh mereka di dunia ini dan di Akhirat nanti. Mereka sesungguhnya telah memperjualbelikan diri mereka dengan harga yang sangat murah, itulah sebabnya Allah berfirman : "Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir itu, seandainya mereka mengetahui."
Kita memohon kepada Allah kesejahteraan dan keselamatan dari kejahatan sihir dan semua jenis amalan perdukunan serta tukang sihir dan tukang ramal. Kita memohon pula kepadaNya agar kaum muslimin terpelihara dari kejahatan mereka. Semoga Allah Subhanahu wa Taala memberikan pertolongan kepada kaum muslimin agar senantiasa berhati-hati terhadap mereka, dan melaksanakan hukum Allah dengan segala sangsi-sangsinya kepada mereka, sehingga manusia menjadi aman dari kejahatan dan segala amalan keji yang mereka lakukan. Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Mulia!
Sumber : Syekh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
|
|
|
Hadith
Mar 29, 2004 11:52:57 GMT 8
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:52:57 GMT 8
Assalamualaikum wrh wb Allah berfirman, Bismillahirrahmaanirrahiim, "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan
sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati
kecuali dalam keadaan muslim (berserah diri kepada Allah)" QS Ali Imran 102
"Tiap-tiap diri akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari
kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tiada lain kesenangan yang memperdayakan. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu, dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak dan menyakitkan
hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan." QS Ali Imran 185-186
|
|
|
Hadith
Mar 29, 2004 11:53:17 GMT 8
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:53:17 GMT 8
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki, mereka dalam keadaan gembira disebabkan oleh kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap
mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." QS Ali Imran 169-170
Maha benar segala firman Allah, yang tiada sekutu bagiNya. Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursyi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah maha tinggi dan maha besar QS Al Baqarah 255
|
|
|
Hadith
Mar 29, 2004 11:53:38 GMT 8
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:53:38 GMT 8
Segala puji hanya bagi Allah atas segala kurniaNya yang begitu banyak berupa petunjuk, nikmat dan rahmatNya kepada kita semua. Oleh kerananya, tidak ada yang sesuai kita panjatkan kepada Allah kecuali ungkapan rasa syukur kita atas semua itu. Kerana perkenanNya pula kita masih dipertemukan kembali melalui wadah ini.
Jika pada wadah yang lalu lebih banyak menyoroti akhir kehidupan yang su'ul khatimah (akhir yang buruk) sebagai suatu peringatan bagi
kita, maka pada wadah kali ini lebih ditekankan dengan akhir kehidupan yang baik (husnul khatimah), agar kita berusaha dapat seperti itu ketika kematian datang menjemput kita. Namun selaku umat
Nabi Muhammad salallahu alaihi wasalam, sayugianya sebelum membahas lebih dalam, dianjurkan bermohon semoga shalawat dan salam tercurah kepada beliau, seluruh keluarganya dan segenap sahabatnya, serta semua pengikutnya yang tetap setia memperjuangkan kebenaran Islam sebagai satu-satunya dien yang diredhai Allah, dimanapun dan sampai bilapun juga.
Muslimin dan muslimat dimana sahaja berada,
Konon, ada seorang sholeh yang biasa membaca Al-Quran 10 juz setiap hari. Satu hari, ia membaca surat Yaasiin, namun saat bacaannya sampai pada ayat : Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata QS Yaasiin 24, ia meninggal dunia. Para sahabatnya yang ada di sekitarnya hairan dan mereka berkata : "Orang ini termasuk orang sholeh selama hayatnya, tetapi mengapa hidupnya diakhiri dengan ayat : Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata"
Setelah orang itu dikubur, salah seorang saleh di antara para sahabatnya bermimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal itu. Sahabat ini bertanya :'Wahai sahabat, sesungguhnya kehidupanmu diakhiri dengan ayat : Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata. Bagaimana keadaanmu sekarang di sisi Allah ?' Dia menjawab :'Setelah kalian menguburkanku dan meninggalkan aku seorang diri, datanglah dua malaikat dan bertanya kepadaku : 'Siapakah Tuhanmu ?' maka aku melanjutkan bacaanku : Sesungguhnya aku beriman kepada Tuhanmu, maka dengarkanlah (pengakuan keimananku) itu. Dikatakan (kepadaku) : 'Masuklah ke dalam syurga', maka akupun berkata : Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikanku termasuk orang-orang yang dimuliakan. QS Yaasiin 25-27
|
|
|
Hadith
Mar 29, 2004 11:53:59 GMT 8
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:53:59 GMT 8
Dalam hadith riwayat Abu Daud dari Al Barra' bahawa ia berkata : "Kami bersama Rasulullah menghantar jenazah seorang sahabat anshar. Sesampainya di pemakaman, liang lahat belum selesai dibuat. Beliau lalu duduk, dan kamipun duduk di sekitar beliau dengan khusuk dan penuh khidmat seolah-olah di atas kepala kami ada burung. Setelah sejenak memandang ke atas langit lalu turun menatap
ke bumi, berkali-kali beliau berdoa : Aku berlindung kepada Allah dari siksa kubur.
Kemudian beliau bersabda : 'Begitu seorang hamba yang beriman meninggalkan dunia dan memasuki alam akhirat, ia langsung didatangi
oleh malaikat yang langsung duduk di dekat kepalanya seraya berkata : Wahai roh/jiwa yang baik, jemputlah keampunan serta redha Allah. Maka keluarlah roh/jiwa itu dari jasad dengan sangat perlahan seperti air yang menitis dari mulut kendi, dan menebarkan aroma yang harum. Ia lalu dibawa naik oleh malaikat maut dan disambut dengan gembira oleh malaikat-malaikat penghuni langit yang
dilaluinya. Setibanya di langit ke tujuh, Allah memerintahkan agar suratannya dicatat di Illiyyin. Tahukah kamu apakah Illiyyin itu ? (Iaitu) kitab yang tertulis, yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah) QS Al Muthaffifiin 19-21
Selanjutnya Allah menyuruh malaikat untuk mengembalikannya ke bumi, dengan alasan kerana ia diciptakan dari tanah, dikembalikan ke
tanah lagi, dan dari tanah dikeluarkan sekali lagi. Setelah berada di bumi, rohnya dikembalikan ke jasadnya, muncul dua malaikat yang langsung membentaknya dengan keras.
Setelah menyuruhnya duduk, kedua malaikat itu bertanya : 'Siapakah Tuhanmu ? Apa agamamu ? Dan siapakah nabimu ?'. Ia menjawab : 'Tuhanku Allah, agamaku Islam, dan nabiku adalah utusan Allah'.
Malaikat bertanya : 'Apa yang diajarkan utusan Allah itu kepadamu ?' Ia menjawab : 'Beliau datang dengan membawa bukti-bukti kebenaran dari Tuhannya, maka kamipun percaya dan beriman'. Malaikat berkata : 'Kamu benar. Dan itulah makna firman Allah : Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. ' QS Ibrahim 27
|
|
|
Hadith
Mar 29, 2004 11:54:18 GMT 8
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:54:18 GMT 8
Kemudian Allah menyeru dari langit :'HambaKu benar, sediakan untuknya hamparan serta pakaian dari syurga, dan perlihatkan tempatnya !' Tidak lama kemudian muncul amalnya yang menjelma dalam sosok seorang lelaki yang berwajah tampan, berpakaian sangat
indah, dan wangian yang sangat harum seraya berkata : 'Bergembiralah kamu atas keredhaan Allah dan syurga abadi penuh nikmat yang disediakan untukmu'. Ia bertanya kepada lelaki itu : 'Siapakah engkau ini ? Wajahmu adalah wajah yang membawa kebajikan'. Lelaki itu menjawab : 'Inilah hari yang telah dijanjikan kepadamu. Aku adalah amalmu yang sholeh. Aku hasil ketaatanmu kepada Allah selama kamu hidup di dunia.' Mendengar jawapban itu ia lalu berdoa kepada Allah agar segera menurunkan kiamat, agar ia dapat berkumpul dengan keluarganya.'''
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Kisah dan hadith di atas tersebut memberikan informasi kepada kita tentang bagaimana kehidupan sesudah kematian terjadi bagi orang- orang yang mengakhiri kehidupan dunianya dengan akhir yang baik (husnul khatimah), sesuatu yang hanya dapat diyakini dengan keimanan, yang tentu akan disangkal oleh mereka yang hanya bergantung pada ratio dan pengetahuan akal manusia tanpa disertakandengan keimanan, sehingga mereka menganggap bahawa sesudah kematian segalanya selesai.
Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa orang yang menemui ajalnya itu dengan akhir yang baik atau akhir yang buruk ? Secara pasti jelas kita tidak tahu, namun Rasulullah memberikan penerangan kepada kita ciri-ciri orang yang menemui ajalnya itu dengan akhir yang baik atau yang buruk, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Tirmidzi dari Buraidah bahwa Nabi saw bersabda : "Seorang mukmin itu meninggal dunia dengan kening basah".
Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah, Tirmidzi dan
Hakim dari Salman al-Farisi yang mengatakan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda : "Perhatikan tiga hal pada orang yang akan meninggal dunia. Jika keningnya basah, sepasang matanya berpeluh, dan hidungnya mengembang, maka itu adalah rahmat Allah yang turun kepadanya. Jika ia terpejam seperti anak perawan yang dicekik, kulitnya berwarna padam, dan sepasang sudut mulutnya berbuih, maka itu adalah azab Allah yang turun kepadanya".
Dalam riwayat Baihaqi dan Thabrani yang bersumber dari Abdullah ibnu Mas'ud : "Kematian seorang mukmin itu ditandai dengan kening yang basah. Dosa-dosa yang masih tersisa diseka dengannya saat meninggal dunia".
Sabda Rasulullah saw : "Janganlah salah seorang di antara kalian meninggal dunia kecuali dalam keadaan sedang berbaik sangka kepada Allah" HR Bukhari dan Muslim dari Jabir
|
|
|
Hadith
Mar 29, 2004 11:54:37 GMT 8
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:54:37 GMT 8
Allah telah mengingatkan :"Sesungguhnya barangsiapa datang (kembali) kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka jahanam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup. Dan barangsiapa datang (kembali) kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sungguh-sungguh telah beramal sholeh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat yang tinggi, syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan bagi orang-orang yang bersih (dari kekufuran dan kemaksiatan)" QS Thaa haa 74-76
Meskipun saat ini kita masih dalam ketakwaan kepada Allah, namun di
saat kematian datang, tidak menutup kemungkinan jika saat kita meninggalkan dunia ini dalam kekafiran (semoga hal itu tidak terjadi), kerana syaitan hadir pada saat kita menjelang ajal, yang akan berusaha memalingkan kita ke dalam kesesatan, sebagaimana Nabi saw bersabda : "Sesungguhnya ketika seorang hamba akan meninggal dunia, ada dua syaitan yang duduk berhampirannya; yang satu di samping kanan dan yang satunya lagi di samping kiri. Syaitan di samping kanan yang menjelma seperti ayahnya berkata kepadanya :"Wahai anakku, aku sangat sayang dan cinta kepadamu, kerana itu matilah memeluk agama
Nasrani yang merupakan agama terbaik yang ada." Dan syaitan di samping kiri yang menjelma seperti ibunya berkata kepadanya :'Wahai putreaku, akulah yang mengandungkan kamu, yang
menyusui kamu, dan yang membesarkan kamu. Kerana itu matilah kamu
memeluk agama Yahudi yang merupakan agama terbaik dari semua agama yang ada'" HR Abu Hasan al-Qasi dalam ulasan Risalat Ibni Abi Zaid
|
|
|
Hadith
Mar 29, 2004 11:55:05 GMT 8
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:55:05 GMT 8
Oleh kerananya, di saat kritikal seperti itu, bacalah doa yang diajarkan Allah kepada kita melalui firmanNya : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau" QS Ali Imran 8
Kemanapun kita pergi, dimana saja kita berada, siapapun kita, serta berapapun usia kita saat ini, kematian itu pasti datang menjemput kita
sewaktu-waktu bila sudah sampai ajalnya, yang tidak kita ketahui hanya bila waktunya saja. Oleh kerana itu persiapkan diri kita untuk menghadapinya.
Bukan kematiannya yang kita takutkan, tetapi godaan saat menjelang ajal dan kehidupan setelah kematian itulah yang kita khuatirkan, kerana muaranya kelak hanya dua tempat, iaitu syurga yang penuh kenikmatan dan kebahagiaan, dan neraka yang penuh kesengsaraan dengan azab yang sangat pedih.
Tentu semua manusia ingin mendapatkan syurga dan terhindar dari neraka, namun tidak semua manusia yang berhak mendapat syurga, kerana jalan hidup yang ditempuh selama di dunia menyimpang dari yang telah digariskan oleh pemilik syurga.
Seperti yang telah dijelaskan dalam QS Ali Imran 185-186; "Tiap-tiap diri akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari
kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tiada lain kesenangan yang memperdayakan. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu, dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak dan menyakitkan
hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan." QS Ali Imran 185-186
Maka jika kita ingin mendapatkan syurgaNya, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kita mati kecuali dalam beragama Islam, dalam keadaan berserah diri kepada Allah, seperti diingatkan berkali-kali dengan firman Allah QS Ali Imran 102.
|
|
|
Hadith
Mar 29, 2004 11:55:24 GMT 8
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:55:24 GMT 8
Semoga kita mengakhiri kehidupan ini dengan baik, dan termasuk orang-orang yang gugur di jalan Allah, yang berbahagia mendapat kurniaNya, seperti pada firmanNya "Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki, mereka dalam keadaan gembira disebabkan oleh kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap
mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." QS Ali Imran 169-170
Sebagai penutup, mari kita berdoa kepada Allah seperti yang diajarkan olehNya : Ya Allah, sungguh kami telah mendengar seruan yang menyeru kepada
iman : 'Berimanlah kamu kepada Tuhanmu', maka kami pun beriman. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan- kesalahan kami, serta matikanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbuat kebajikan. Ya Allah, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui perantaraan rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat nanti. Sungguh Engkau sama sekali tidak akan pernah menyalahi janji. QS Ali Imran 193-194
|
|