|
Hadith
May 13, 2004 15:31:28 GMT 8
Post by KomOt on May 13, 2004 15:31:28 GMT 8
SINAR CAHAYA AYAT KURSI > > > Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas > pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap > kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran > suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah > sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat > itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. > > Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: > > 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat > tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga > subuh. > > 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, > dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. > > 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak > menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa > membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas > rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. > > 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, > Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap > perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya > rahmat. > > 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka > Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon > keampunan dan mendoakan baginya. > > 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan > mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang > berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. > > 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan > nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. > > Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah > pesanku biarpun satu ayat..." > > > Wassalam, > > "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, > Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"
|
|
|
Hadith
May 21, 2004 15:19:04 GMT 8
Post by KomOt on May 21, 2004 15:19:04 GMT 8
Dari : Riwayat al-Bukhari Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w." Berwasiatlah kepadaku, "Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:"Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah."
Huraian :
1. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya. 2. Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat. 3. Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya. 4. Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.
|
|
|
Hadith
May 24, 2004 8:52:07 GMT 8
Post by KomOt on May 24, 2004 8:52:07 GMT 8
Petunjuk Meneguhkan Iman > > Saat ini kaum muslimin sedang dihadapkan pada persoalan besar, di > antaranya syubhat, syahwat, penyimpangan dari kefahaman agama, > perpecahan dan lain-lain. Cubaan-cubaan tersebut silih berganti > menghempas, menggoyahkan dan menghakis iman. Tidak mustahil seorang > muslim selanjutnya membelot, bahkan murtad dari keIslamannya. Berikut > ini di huraikan 15 petunjuk yang bersumber dari Al Qur'an dan Al > Hadis yang dapat dijadikan sandaran dalam memelihara keteguhan iman > kita. > > 1. Akrab dengan Al Qur'an > > Al Qur'an merupakan petunjuk utama untuk mencapai tsabat (keteguhan > iman). Al Qur'an merupakan penghubung yang amat kukuh antara hamba > dengan Rabbnya. Barangsiapa berpegang teguh dengan Al Qur'an, nescaya > Allah akan memeliharanya, barangsiapa mengikuti Al Qur'an, nescaya > Allah akan menyelamatkannya dan barangsiapa menyeru kepada Al Qur'an, > nescaya Allah akan menunjukinya ke jalan yang benar. > > Allah Azza wa Jalla telah menjelaskan bahawa diturunkannya Al Qur'an > secara beransur-ansur adalah untuk meneguhkan hati para hamba-Nya, > sebagaimana firman Allah tatkala membantah tuduhan kaum kuffar, > "Orang-orang kafir berkata: Mengapa Al Qur'an itu tidak diturunkan > kepadanya sekali turun saja? Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu > dengannya dan Kami membacakannya secara tertib." > (Al Furqan : 32) > > Di antara alasan mengapa Al Qur'an sebagai sumber utama untuk > mencapai tsabat, kerana Al Qur'an menanamkan keimanan dan mensucikan > jiwa seseorang, diturunkan untuk mententeramkan hati manusia dan > sebagai benteng bagi orang mukmin dalam menghadapi hempasan fitnah. > Al Qur'an juga membekali muslim dengan konsepsi serta nilai yang > dijamin kebenarannya, sehingga dia mampu menilai sesuatu dan > menimbang sesuatu secara proporsial dan benar. > > 2. Iltizam dengan Syari'at Islam > > Allah berfirman: > > "Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan nasihat yang diberikan > kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka > dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." > (An Nisa : 66) > > Jelas sekali, tidak mungkin kita mengharapkan orang-orang yang malas > dan tidak melakukan amal salih dapat memiliki keteguhan iman. Allah > hanya akan menunjukkan kepada orang yang beriman dan mengamalkannya, > jalan yang lurus. Oleh kerana itu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa > Sallam dan para sahabat senantiasa melakukan amal salih dan > menjaganya secara terus-menerus. Dalam hal ini Rasulullah > Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: > > "Barangsiapa memelihara solat dua belas raka'at (sunat rawatib), > nescaya ia dijamin masuk syurga." > (At Tirmidzi 2/273)
|
|
|
Hadith
Jun 23, 2004 4:09:26 GMT 8
Post by KomOt on Jun 23, 2004 4:09:26 GMT 8
“Barangsiapa yang ingin kepada kehidupan dan perhiasannya, Kami akan bayar secukupnya terhadap perbuatannya di dunia, dan mereka tidak akan dirugikan. Mereka tiada mendapat di Hari Akhirat kelak, melainkan balasan api neraka, dan di sana tiada berguna segala apa yang mereka usahakan, dan sesialah apa yang telah mereka kerjakan dahulu.” (Hud: 15-16)
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Sesiapa yang bangun di pagi hari, sedang fikirannya dimasyghulkan oleh mata benda dunia semata, niscaya Allah akan mengkocar-kacirkan urusannya, mengoyak-ngoyakkan cita-citanya, menampakkan kemiskinan di hadapan matanya, sedang dunia yang dikejarnya itu tidak akan datang, melainkan apa yang dicatitkan Allah baginya.”
|
|
|
Hadith
Jun 23, 2004 4:14:38 GMT 8
Post by KomOt on Jun 23, 2004 4:14:38 GMT 8
“Perintahlah orang supaya berbuat baik dan laranglah ia dari berbuat jahat, serta bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yag demikian itu termasuk perintah yang sungguh-sungguh.” (Luqman: 17)
|
|
|
Hadith
Jun 23, 2004 4:35:29 GMT 8
Post by KomOt on Jun 23, 2004 4:35:29 GMT 8
“Tiadalah suatu bencana yang terjadi di atas muka bumi ini, atau pada diri kamu sendiri, melainkan yang semekian itu ada dalam kitab (azal) sebelum Kami laksanakan terjadinya. Sesungguhnya hal yang demikian itu bagi Allah mudah sekali. Supaya kamu tiada berdukacita terhadap apa-apa yang terlepas dari tanganmu, dan tiada bangga pula dengan apa-apa yang diberikanNya kepada kamu, dan Allah tiada mencintai segenab orang yang sombong dan membanggakan diri.” (al-Hadid: 22-23)
|
|
|
Hadith
Sept 3, 2004 15:35:40 GMT 8
Post by KomOt on Sept 3, 2004 15:35:40 GMT 8
BAHAYA KEMEWAHAN
Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
H.R. Termizi Keterangan Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
|
|
|
Hadith
Sept 3, 2004 15:37:49 GMT 8
Post by KomOt on Sept 3, 2004 15:37:49 GMT 8
SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Ertinya: Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud Keterangan Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
|
|
|
Hadith
Sept 3, 2004 15:38:28 GMT 8
Post by KomOt on Sept 3, 2004 15:38:28 GMT 8
KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Ertinya: Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
H.R. Bukhari Muslimi Keterangan Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
|
|
|
Hadith
Sept 13, 2004 15:53:59 GMT 8
Post by KomOt on Sept 13, 2004 15:53:59 GMT 8
GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya: Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
H.R. Bukhari Keterangan Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.
Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.
|
|
|
Hadith
Sept 13, 2004 15:55:18 GMT 8
Post by KomOt on Sept 13, 2004 15:55:18 GMT 8
ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
Keterangan Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
|
|
|
Hadith
Sept 13, 2004 16:03:35 GMT 8
Post by KomOt on Sept 13, 2004 16:03:35 GMT 8
SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Ertinya: Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
H.R. Bukhari Muslim Keterangan Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
|
|
|
Hadith
Sept 14, 2004 14:53:30 GMT 8
Post by KomOt on Sept 14, 2004 14:53:30 GMT 8
DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".
H.R. Baihaqi Keterangan Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.
|
|
|
Hadith
Sept 16, 2004 12:52:26 GMT 8
Post by KomOt on Sept 16, 2004 12:52:26 GMT 8
DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
H.R. Muslim Keterangan Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
|
|
|
Hadith
Sept 17, 2004 12:22:25 GMT 8
Post by KomOt on Sept 17, 2004 12:22:25 GMT 8
ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".
H.R. Muslim Keterangan Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
|
|