|
Hadith
Feb 15, 2004 22:46:29 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 22:46:29 GMT 8
Once Abdullah Bin Jafar (ra) was passing through a forest when he went by an orchard where an Abyssinian (Ethiopian) slave was working. Someone brought him his food and, at the same time a stray dog came into the garden, and stood by the slave, who threw a loaf of bread to the dog, which ate it but did not go away. The slave-boy threw it a second loaf and a third one, thus letting it eat the whole of his daily provision of food, keeping nothing back for himself. Abdullah bin Jafar, who had been watching this, said to the boy, "How much bread do you get as your daily ration of food?" The boy said, "I get three loaves everyday, as you have just seen." Ibn Jafar asked, "Then, why did you prefer a dog to yourself and feed it all the three loaves?" The boy said, "There are no dogs living round here. The poor creature must have travelled a long distance to reach here and it must be feeling very hungry. So, I felt ashamed to send it away, without serving it any food." Ibn Jafar said , "What will you have for food today?" The boy said, "I shall go without food for a day, which I don't mind." Ibn Jafar said to himself, "People criticise you for spending too liberally, but this slave-boy is far more generous than you." After this he came back to the town and, after purchasing the slave-boy, the garden and all the other effects therein from the owner, he set free the slave-boy and gave him the garden as a gift.
Source: It-haaf; also found in Virtues of Charity Part II, translated by Abdul Karim.
Islam is the religion of mercy towards the creations and obedience towards the Creator. Let us practise it fully.
|
|
|
Hadith
Feb 17, 2004 23:16:45 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 17, 2004 23:16:45 GMT 8
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."
2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yng berkaitan dengannya)".
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
6. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."
7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).
8. kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."
9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."
10. Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku? "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah
|
|
|
Hadith
Mar 4, 2004 20:34:31 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 4, 2004 20:34:31 GMT 8
GOLONGAN YANG SELAMAT
1. Allah berfirman:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai." (Ali Imran: 103)
"Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (Ar-Ruum: 31-32)
2. Nabi bersabda yang bermaksud:
"Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan taat, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Kerana itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, sedang setiap bid'ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka)." (HR. Nasa'i dan At-Tirmizi, ia berkata hadis hasan shahih).
3. Dalam hadis yang lain Nabi bersabda yang bermaksud:
"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Syurga, iaitu al-jama'ah." (HR. Ahmad dan yang lain. Al-Hafidh menggolongkannya hadis hasan)
4. Dalam riwayat lain disebutkan yang bermaksud:
"Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya." (HR. At-Tirmizi, dan dihasan-kan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' 5219)
5. Ibnu Mas'ud meriwayatkan yang bermaksud:
"Rasulullah membuat garis dengan tangannya lalu bersabda, 'Ini jalan Allah yang lurus.' Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda, 'Ini adalah jalan-jalan yang sesat tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya. Selanjutnya beliau membaca firman Allah yang bermaksud, 'Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (Al-An'am: 153) (Hadis shahih riwayat Ahmad dan Nasa'i)
6. Syaikh Abdul Kadir Jailani dalam kitabnya Al-Ghunyah berkata, "... adapun Golongan Yang Selamat iaitu Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Dan Ahlus Sunnah, tidak ada nama lain bagi mereka kecuali satu nama, iaitu Ashhabul Hadis (para ahli hadis)."
7. Allah memerintahkan agar kita berpegang teguh kepada Al-Quranul Karim. Tidak termasuk orang-orang musyrik yang memecah belah agama mereka menjadi beberapa golongan dan kelompok. Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berpecah belah menjadi banyak golongan, sedang umat Islam akan berpecah lebih banyak lagi, golongan-golongan tersebut akan masuk Neraka kerana mereka menyimpang dan jauh dari Kitabullah dan Sunnah NabiNya. Hanya satu Golongan Yang Selamat dan mereka akan masuk Syurga, iaitu Al-Jamaah, yang berpegang teguh kepada Kitab dan Sunnah yang shahih, di samping melakukan amalan para sahabat dan Rasulullah SAW.
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang selamat (Firqah Najiyah). Dan semoga segenap umat Islam termasuk di dalamnya.
|
|
|
Hadith
Mar 8, 2004 17:16:16 GMT 8
Post by KomOt on Mar 8, 2004 17:16:16 GMT 8
Bab 3 : Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Mari kita sambung perbahasan yang masih lagi dalam hadith yang ke18. Dimana pada sesi yang lalu, ust Halim Nasir telah membicarakan sebahagian lagi fungsi al-Quran dan kesannya terhadap kehidupan manusia; iaitu perihal sabdaan Nabi saw, "...barangsiapa yang sombong angkuh meninggalkan al-Quran, akan dibinasakan oleh Allah;..."...Dan dalam sesi yang lalu juga, kita telah membahaskan beberapa jenis kesombongan yang dicela oleh syara`.
Jadi pada kali ini mari kita sambung 3 lagi fungsi al-Quran, yang dirangkumkan menjadi 1 perbahasan. Di mana Nabi saw telah bersabda, "...dan sesiapa yang mencari petunjuk dari yang lainnya (selain al-Quran), akan disesatkan oleh Allah. Al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan."...Nampak tak tuan-tuan; di sini kita boleh lihat bagaimana al-Quran mendidik manusia supaya menjadi benar-benar faham akan tugasnya sebagai makhluk yang dinamakan "manusia" di mukabumi Allah swt.
Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan akibat-akibat yang akan berlaku apabila manusia mengambil selain daripada al-Quran sebagai panduan hidupnya. Kesan yang paling besar ialah dia akan melupakan Allah. Dan akhirnya akan berlakulah sebaliknya, iaitu Allah juga akan melupakan dia, dan Allah juga akan buat manusia itu lupa akan dirinya sendiri. Ini cukup bahaya.
Okay sekarang mari kita tengok beberapa contoh ayat al-Quran tentang hal yang disebut tadi. Antaranya:
1) Firman Allah dalam Surah al-Hasyr:19 yang bermaksud, "Jangan kamu jadi seperti manusia yang sifatnya suka melupakan Allah..."...Orang macam ni, dia tak peduli dah apa yang Allah suruh. Yang dikiranya hanyalah hati perut nafsunya sahaja. Dan akibatnya kata Allah, "...orang macam ni Allah akan buat dia lupa diri dia sendiri."...Kata mufassirin bahwa maksud "lupa diri sendiri" itu ialah apabila buat jahat, sikit pun tak terasa berdosa. Langsung tak terasa menyesal. Apatah lagi nak bertaubat, langsung takdak. Inilah yang paling bahaya. Dan inilah yang banyak berlaku dikalangan manusia mutakhir ini. Puncanya satu saja, iaitulah apabila tolak risalah Allah. Itu saja, tuan-tuan. Apabila dia lupa Allah, Allah akan buat dia lupa dirinya sendiri sehingga apa saja yang dibuatnya, dia rasa semuanya betul. Ini yang bahaya tuan-tuan. Dan pada hujung ayat tadi Allah kata, "...mereka ini semua jenis fasik!"...Nauzubillah.
Orang jenis fasik macam ni, Allah akan letak mereka dalam satu group. Cuba tuan-tuan rujuk Surah al-Mujadalah:19. Kata Allah yang bermaksud, "Mereka (geng tolak Islam) itu telah diperdaya oleh syaitan dan Allah letakkan mereka dalam hizbussyaitan (parti setan)..."...Ini Allah yang kata tuan-tuan. Siapa dia mereka ini?...Mereka inilah dalam serba serbi apa pun, langsung takdak kalimah Allah dalam ingatan mereka. Dalam berekonomi, cara Islam dikatakan takdak untung. Dalam undang-undang, Islam dikatakan outdated. Dalam berpolitik, Islam disisihkan. Inilah dia ciri-ciri parti setan...nauzubillahiminzalik.
2) Kalau kita perati dalam ayat-ayat yang lain; kita akan jumpa juga bahwa antara punca manusia-manusia disesatkan oleh Allah adalah kerana puncanya timbul daripada sifat dalaman manusia itu sendiri, seperti keangkuhan dan kesombongan yang dilahirkan sepanjang dia hidup. Contohnya, mari kita tengok satu cerita menarik dalam kisah hidup Nabi Ibrahim as. Allah kisahkan dalam Suratul Baqarah:260. Kata Allah, "Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata pada Tuhannya: Ya Allah ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang sudah mati?"...Pasai apa ayat ini turun?...Sebenarnya ianya ada hubungkait dengan kesombongan. Satu hari ketika Nabi Ibrahim berjalan di tepi pantai, tiba-tiba dia terserempak dengan satu bangkai mayat manusia terdampar. Dia perati mayat tu. Dia lihat ketika air laut pasang, ikan-ikan akan datang, makan mayat tersebut. Depa kerutu sorang sikit. Kemudian bila air surut, datang binatang lain pulak take-over. Binatang tu makan pulak. Kemudian bila binatang tu dah kenyang, belah pi mana hala pun tak tau; datang pulak burung makan mayat tu. Jadi bila Nabi Ibrahim tengok keadaan tu, dia pun bercakap sorang-sorang, "E`eh mayat tu!...Kuboq dia kat mana?...Sat dalam perut ikan. Sat dalam perut rimau. Sat dalam perut burung. Banyak kuboq dia ni. Jadi, macamana Allah nak bangkitkan dia nanti?"...Nabi Ibrahim jadi pening. Lalu dia tanya Allah. Itu yang Allah sebut dalam Suratul Baqarah:260 tadi. Tetiba Allah jawab, "Hai Ibrahim!...Hang tak beriman ka?"...Tu dia tuan-tuan. Itu baru rasul tanya macam tu, pun Allah dah tegur. Apatah lagi kita yang tak rasul...Balas Nabi Ibrahim, "Aku beriman!...cumanya aku nak meyakinkan hati aku je."..Maknanya, bukan Nabi Ibrahim tak beriman. Dia tetap beriman, cumanya dia nak tengok betul-betul macamana Allah menghidupkan kembali makhlukNya yang telah mati.
Lalu Allah suruh Nabi Ibrahim pi cari 4 jenis spesis burung. Tuan-tuan tau ka burung apa yang Nabi Ibrahim as cari?...Dalam Quran memang tak sebut burung apa yang Nabi Ibrahim cari. Tetapi muffassirin menyatakan bahwa yang pertamanya, burung merak. Keduanya burung helang. Ketiga, burung gagak. Dan keempatnya ialah ayam sabung. Lepas tu Allah suruh pula Nabi Ibrahim sembelih, katok, tumbuk bagi hancur kesemua burung-burung tu, kemudian bubuh dalam satu bekas. Maka timbul satu persoalan dikalangan ulama`; iaitu kenapa Nabi Ibrahim as pilih 4 jenis burung tersebut?...Di sinilah pointnya untuk kita kaitkan dengan orang yang disesatkan Allah. Lalu ulama` bahaskan bahwa 4 jenis burung ini sebenarnya mewakili 4 sifat buruk yang ada pada manusia. Maknanya, Nabi Ibrahim nak ajar supaya kita leburkan 4 sifat yang akan kita bincang ini nanti kalau kita tak ndak sesat. Ini hikmahnya. Sebab perbuatan Nabi Ibrahim menghancurkan kesemua burung-burung tersebut sebagai satu simbolik untuk kita membuangkan keempat-empat sifat buruk manusia yang ada pada burung-burung tersebut.
Yang pertamanya ialah burung merak. Burung merak adalah lambang kebesaran dan kemegahan. Kalau kita lalu tepi dia, tak pasai-pasai, dia akan kembangkan bulu cantik dia. Very colorful. Maknanya dia bangga dan megah dengan diri dia. Jadi burung merak ini mewakili perangai orang yang suka bermegah-megah dan yang merasa hebat dengan pangkatnya. Maka burung merak dihancurkan oleh Nabi Ibrahim untuk mengajar kepada kita bahwa sifat sombong bermegah-megah ini kita kena buang...Bila sebut sifat sombong ni, teringat ana dengan cerita Dato` Hj Ishak Baharom, bekas mufti negeri Selangor. Sebagai mufti ketika itu, beliau telah membentang satu enakmen dalam DUN Selangor, dan enakmen tersebut diluluskan. Waktu itu masih belum ada lagi DUN Sg Burung Dato` Hasan Ali, belum ada lagi DUN Gombak Setia Dato` Ismail Kamus dll. Enakmen tersebut ialah kesalahan mendedahkan aurat di khalayak ramai. Lalu bila berlakunya pertandingan ratu cantik di negeri Selangor, maka beliau bertindak di atas enakmen yang diluluskan. Tapi apa yang berlaku?...Beliau ditendang, ratu cantik dibela. Tu dia tuan-tuan!...Inilah dia kerja puak hizbussyaitan. Merak buih punya geng. Sebab itu Dato` Ishak Baharom pernah sebut, "Aku tak percaya sampai mati, puak-puak ni nak buat Islam!"...Berlaku peristiwa ini pada tahun 1996. Ana masih ingat lagi. Riuh dalam paper time tu, masing-masing bagi pendapat. Salah seorang gadis yang ditangkap kata kat wartawan time tu, "Apa ni!...tangkap depan orangramai. Memalukan saja. Sepatutnya buatlah kaunseling elok-elok..."...Oooo!...yang hang telanjang, dedah aurat depan orang, tak pulak malu?!...Tapi bila Dato` Ishak tangkap, dan-dan dia rasa malu...Kemudian dalam paper pun keluarlah berbagai kenyataan. Antaranya keluarlah kenyataan daripada geng hat suka cara lembut-lembut ni, kata depa, "Kita kena ambik pendekatan berhemah, berikan penerangan, bukannya menghukum. Pas memang takdak kerja lain, kerja nak hukum saja. Sebab itu DAP keluar, takut kena sunat."...Ptuiiih!...hangpa punya pendekatan berhemah itulah sampai ada cina/hindu hina al-Quran dalam parlimen. Hangpa ingat tak lagi apa kata Ling Liong Sik?...Dia kata, "Kalau ikut hukum Islam, maknanya kita memutar jarum jam balik ke belakang."...Ingat tak lagi kata-kata tu?...Dan daripada penerangan umno itulah, sampai berani Samy Velu kata, "Dalam Quran mana ada cerita bikin jalanraya?"...Sapa yang ajar cina/hindu ini jadi kurang ajar?...Sapa lagi kalau bukan umno!
|
|
|
Hadith
Mar 8, 2004 17:18:05 GMT 8
Post by KomOt on Mar 8, 2004 17:18:05 GMT 8
Begitulah juga dengan penulis-penulis biadap seperti Akbar Ali, Farish M. Nor, Astora Jabat, Kasim Ahmad dll. Siapa di belakang depa sehingga masih aktif ke hari ini?...Sapa lagi kalau bukan umno!...Dulu pernah dalam parlimen YB kita tanya, "Apakah tindakan yang telah diambil ke atas penulis-penulis biadap ini?"...Wakil umno kata, "Kami dah panggil mereka dan kami dah nasihatkan mereka. Kami mengambil pendekatan berhemah."...Apa punya bengong la puak-puak umno ni!...Adakah cukup hanya diberi nasihat sahaja kepada orang yang mengatakan Nabi saw buat hubungan seks dengan 15 orang gundik?...Orang macam ni tak cukup hanya dengan nasihat saja tuan-tuan. Action must be taken untuk menyedarkan mereka. Sepatutnya di ISA kan terus Farish M. Nor dan orang-orang yang sepemikiran dengan dia. Sebab yang kata nasihat tu, dia ada batasannya. Kalau dia tak tahu apa yang ditulisnya itu; ya, time tu boleh kita menasihatinya. Tapi ana yakin takkan semasa Farish M Nor tulis, dia tak tahu apa yang ditulisnya itu. Ini semua cerita nonsense tuan-tuan. Ana yakin kesemua penulis ini tahu apa yang mereka tulis...Yes, memang betul kalau mereka tak tahu, menjadi kewajipan kita nasihatkan mereka. Seperti apa yang Nabi saw buat kepada seorang badwi yang pi lepaih kencing kat tiang masjid semasa Nabi bagi kuliah. Hangpa boleh bayang tak, semasa kita dok concentrate dengaq kuliah, tiba-tiba mai sorang pi meruah kat belakang nu?...Tak geram ka kita time tu?...Tentu geram punya. Jadi, orang yang pertama bangun nak hayun badwi tu, tak lain ialah Saidina Omar al-Khatab. Dia cukup geram time tu. Tapi sebelum diapa-apakannya badwi tu, Nabi saw sempat pegang tangan Omar. Nabi kata kat Omar, "Jangan Omar!...biaq pi kat dia. Satgi kalau hang pi sepak dia, sedang dia belum habis kencing, mungkin akan memudaratkannya."...Nampak tuan-tuan, Nabi ajar ilmu kesihatan kat kita. Sebab dalam ilmu perubatan, semasa kencing, kita kena release semua. Kalau kita tahan urine, dibimbangi penyakit lain akan datang...Jadi bila habih badwi tu lepaskan hajatnya, Nabi kata kat Omar, "Hang pi ambik ayaq, jiroih."...Nampak tak tuan-tuan, macamana cool nya Nabi dalam situasi macam tu. Dia tak marah kat badwi tu sebab jenih tak tahu. Orang yang tak tahu, dimaafkan. Sebab itu dalam Islam kalau orang itu dalam keadaan tak tahu pi cakap arak itu halal, atau hudud ini zalim; maka tak jatuh aqidahnya. Tapi dia tetap berdosa pasai tak mengaji...Inilah dia sifat burung merak yang suka bangga, sombong dan megah. Sebab itu Nabi Ibrahim as ambik burung merak dan dihancurkannya untuk mengajar kita supaya kita kena buang sifat suka sombong dan megah ini.
Yang keduanya ialah burung helang. Burung helang ni paruhnya tajam dan mata dia cukup tajam mengintai mangsa. Sebab itu dalam smart shop hari tu depa tunjuk satu spek nama dia "eagles eye". Dia ambik fungsi mata eagles. Kira hebat la sapa pakai tu. Tapi ulama tafsir bahwa yang kata burung helang ni, sifat dia kerja tibai ikut sedap dia saja. Ada mangsa, dia sapu. Dia tak peduli dah apa benda pun. Serupala juga dengan puak umno ni pun. Kain batik pun kain batik lah. Sapu!...Depa bagi ayam mata ceme pun, ayam mata ceme lah. Sapu!...Janji free. Janji boleh habuan. Ini dia perangai burung helang. Helang juga dibunuh oleh Nabi Ibrahim untuk menunjukkan kepada kita bahwa sifat burung helang juga mesti kita buang.
Yang ketiganya ialah burung gagak. Kita kan tahu makanan kegemaran gagak ialah bangkai. Dalam bahasa simboliknya, orang yang perangai macam gagak ni, dia cukup suka makan benda haram. Kawan ana kerja bawa lori, cerita macam-macam pasai perangai puak-puak yang suka makan benda haram ni. Pantang tengok lori muatan lebih, kira nak flashing selalu. Lori berenti, dia pun buat-buat check. Elok driver lempaq RM100, dia pun belah. Ni dia tuan-tuan yang Nabi saw kata, "Siapa yang memberi rasuah dan menerima rasuah akan dilaknat Allah!"...Lori kuari yang keluaq berduyun pagi-pagi tu, kira jadi habuan depa la. Tiap-tiap pagi 200 biji sekali keluar. Satu lori, RM2 pun jadi ler. So 200 biji dah boleh RM400 dah tu. Kemudian bawa balik duit haram tu bagi anakbini makan. Mana nak berkat?...Sebab tu kita dengaq, anak jadi liar, bini cabut bulu kening tak ketahuan. Ini dia penangan makan benda haram. Macam perangai burung gagak, dia tibai habih semua. Dia tak peduli; rasuah ka, riba ka, duit ekoq ka; semua dia hayun. Ini jenih bangkai punya orang. Nabi saw sebut bahwa setiap daging yang tumbuh daripada benda haram, api neraka akan menjilatnya. Nauzubillahiminzalik.
Dan yang keempatnya ialah ayam sabung. Perangai ayam sabung ni tuan-tuan, dia kerja nak tibai ayam betina Saja. Jenih nafsu tinggi tak boleh control punya line. Dia tak kira; anak dara orang ka, bini orang ka, pelacur ka; dia tak peduli.
Inilah empat sifat keji yang mesti dibunuh daripada hati manusia. Sebab itu bila Allah suruh Nabi Ibrahim as cari empat jenih burung, dia pi pilih empat jenih tadi, untuk Nabi Ibrahim tarbiyah kita supaya jangan ada empat sifat ini pada kita. Daripada kebijaksanaannya ini, kita boleh lihat betapa Allah telah menaikkan darjat Nabi Ibrahim as sebagai Khalilullah (teman rapat Allah).
Okay bila Nabi Ibrahim habis melumat-lumat empat ekor burung tadi sampai tak tau mana satu merak, mana satu helang, mana satu gagak, mana satu ayam sabung; lalu dia pun pergi ke empat pucak bukit. Dia naik satu bukit, dia letak setompok. Kemudian disusuli dengan 3 lagi bukit, juga dia letak setompok-setompok. Lepas tu, bila dia pi berdiri di tengah-tengah antara empat bukit tadi, Allah pun suruh dia seru keempat-empat burung tadi. Nabi Ibrahim pun seru, maka datanglah depan Nabi Ibrahim keempat-empat burung itu seperti asal kejadian mereka tadi. Lalu berkatalah Nabi Ibrahim, "Tahulah aku bahwa Allah Maha Gagah dan Bijaksana!"...Inilah dia ayat Quran yang mengajar kita kalau tak ndak sesat, maka kenalah kita buang empat sifat keji tadi. Tetapi sekiranya manusia masih enggan buang empat sifat ini, maka Allah akan meletakkan manusia jenih ini serendah-rendah darjat. Malah lebih hina daripada haiwan ternakan lagi.
Bila sebut haiwan ni tuan-tuan, teringat ana satu ketika dulu pernah sekali ana tengok filem dokumentari cerita pasai peranan anjing. Iaitu di Amerika sekarang, para saintis telah bertemu dengan satu kaedah bahwa anjing berkemampuan untuk scan tubuh manusia yang mengandungi sel barah. Ana tengok, anjing tu hidu pesakit tu dari hujung rambut sampai hujung kaki, kemudian bila dia rasa ada sel barah, dia akan stop kat situ dan dia cakar-cakar. Dalam demonstrasi tu tunjuk seorang anggota polis yang ada barah di leher dikesan melalui kaedah kekuatan deria hidu seekor anjing. Point ana apa tuan-tuan?...Pointnya ialah Allah nak bagitau bahwa anjing yang najis mughallazah itupun lebih bernilai daripada manusia. Lepas tu, dekat nak habis rancangan tu, ditunjuk bagaimana para doktor di Amerika sedang buat satu persiapan ke arah mengguna kaedah ini untuk masa hadapan, iaitu menggunakan anjing untuk scan barah di tubuh manusia. So, ini boleh membantu ilmu perubatan...MasyaAllah. Maha Suci Allah. Allah boleh buat sampai tara tu tuan-tuan. Allah nak tunjuk bahwa bernilainya binatang walaupun takdak akal. Sedangkan manusia yang diberiNya akal, tapi kalau tolak Islam, dia akan jadi lebih hina daripada bangkai binatang.
Okay kembali kita pada perbahasan hadith. Maknanya, apa yang Nabi saw sebut, ianya pasti akan berlaku. Cuba tuan-tuan perati ayat 85 Surah Ali Imran, Allah kata, "Barangsiapa yang pulon sungguh-sungguh mencari selain daripada Islam sebagai cara hidup, maka tiadalah diterima daripadanya, sedang dia dilaknat dan termasuk orang-orang yang rugi."...Ana nak fokus perkataan "pulon sungguh-sungguh" tu. Okay cerita nak mudah faham dia macam ni. Katalah Ahmad dan Ali kerja satu department. Ahmad masuk pukoi 8 am dan begitu juga Ali masuk pukoi 8 am. Ahmad pulang 4.30 pm, tapi Ali pulang 10.30 pm. Di sini kita boleh lihat bahwa Ahmad semata-mata bekerja. Tapi Ali pulon sungguh-sungguh ot. Tu dia nak cerita "pulon sungguh-sungguh" tu. Maksud ayat Surah Ali Imran:85 tadi ialah sekira hangpa pulon sungguh-sungguh cari selain daripada Islam sebagai cara hidup, Allah kata, "Aku tak terima!"...Walaupun dibentang segala kertas kerja, buat seminar itu seminar ini, nak tunjuknya kata dia betul tapi kalau bercanggah dengan Islam; sia-sia saja tuan-tuan. Jadi ayat Surah Ali Imran:85 ini cukup relevant dengan keterangan hadith yang kita bahas kali ini, iaitu Nabi saw kata, "...siapa yang sungguh-sungguh cari petunjuk selain daripada Quran, maka akan disesatkan Allah."...Nampak tak tuan-tuan; Nabi saw pun guna perkataan "sungguh-sungguh" dalam matan hadith ini. Jadi golongan yang bersungguh-sungguh menolak al-Quran, sebenarnya mereka berada situasi yang cukup bahaya. Kerana automatically Allah akan tolak segala amalan mereka walaupun nampak bagus.
|
|
|
Hadith
Mar 8, 2004 17:19:12 GMT 8
Post by KomOt on Mar 8, 2004 17:19:12 GMT 8
Okay sekarang kita sambung sikit lagi matan hadith ini. Kata Nabi saw, "Quran ini adalah tali Allah yang teguh..."...Yang kata tali ni, hangpa biasa tengok tak tali hat gantung orang salah dalam jail tu?...Bukan sembarangan tali boleh digunakan, tuan-tuan. Sahabat ana kerja penjara cerita, tali gantung tu diimport khas dari Itali. Bonding dia cukup kuat dan kat tengah-tengah tali tu dia ada besi. Dan besi tu lah yang hentak halkum sampai patah tengkok, mengakibatkan pesalah tu mati sampai lidah terjulur keluar. Jadi nak habagnya ialah tali itu perlu kuat kerana nak melaksanakan satu tugas yang besar. Ana bawa cerita ni untuk nak bagi faham bahwa tali yang kukuh memberi manafaat. Begitulah juga dengan al-Quran yang disebut Nabi saw seperti tali Allah yang kukuh. Maknanya dengan kita berpandukan al-Quran, maka kita telah mengikat diri kita dengan Allah. Sepertimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah:256 yang bermaksud, "Siapa yang ingkarkan toghut dan beriman kepada Allah, maka dia sudah memegang tali ikatan yang kukuh dengan Allah."...Maknanya selain dari Quran, tali yang kuat itu juga ialah ingkarkan toghut dan beriman kepada Allah. Kedua-dua ini mesti selari. Ada tak orang yang beriman pada Allah, tapi dalam masa yang sama, dia juga masih bersama toghut?...Ada, berlambak. Lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya yang dok mai ni. Hangpa boleh tengok berlambak muka-muka macam ni akan muncul. Orang macam ni sebenarnya perasan diri sendiri. Sebab disangkanya tali nya kukuh bersama Allah, sedang hakikatnya, tali dia dengan Allah sudah putus.
Dan last sekali dalam perbahasan kali ini Nabi saw kata, "...Quran ini adalah pengajaran yang menjadi ikutan."...Ini memang tidak boleh dinafikan. Sebab itu, amat penting kita bersama al-Quran. Tapi jangan hanya setakat membaca al-Quran sahaja, sedangkan dalam masa yang sama, kita menolak orang yang menyeru kepada penerapan kandungan al-Quran. Ini satu lagi fenomena yang tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat orang Islam.
Wallahu ta`ala `alam.
|
|
|
Hadith
Mar 10, 2004 17:05:00 GMT 8
Post by KomOt on Mar 10, 2004 17:05:00 GMT 8
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
|
|
|
Hadith
Mar 10, 2004 17:05:30 GMT 8
Post by KomOt on Mar 10, 2004 17:05:30 GMT 8
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
|
|
|
Hadith
Mar 10, 2004 17:06:00 GMT 8
Post by KomOt on Mar 10, 2004 17:06:00 GMT 8
Hadis Aisyah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut
|
|
|
Hadith
Mar 15, 2004 15:35:26 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 15:35:26 GMT 8
Nabi saw telah bersabda yang bermaksud:
"Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai 5 macam dan melupakan 5 perkara iaitu: 1. mereka cinta kepada dunia dan lupa kepada akhirat 2. mereka cinta kepada kehidupan dan lupa kepada kematian 3. mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan 4. mereka cinta kepada harta dan lupa kepadaperhitungan (di akhirat), dan 5. mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada ALLAH
|
|
|
Hadith
Mar 16, 2004 12:04:46 GMT 8
Post by KomOt on Mar 16, 2004 12:04:46 GMT 8
UMAT ISLAM MENJADI REBUTAN Pada masa Nabi Muhammad SAW, umat Islam dalam keadaan yang baik, kerana pada waktu itu persatuan dan kesatuan umat Islam masih utuh. Pada waktu itu hubungan antara Nabi sebagai pemimpin dengan sahabat sebagai yang dipimpin menunjukkan keserasian, sejajar dengan tuntutan agama yang dibawa oleh Nabi. Dengan akidah yang kuat dan tujuan yang sama iaitu menegakkan kalimah-kalimah Allah di muka bumi ini, maka kesatuan dan persatuan mereka makin hari makin kuat hingga tercapailah kegemilangan Islam. Namun pada saat itu Nabi Muhammad saw sudah memberi peringatan kepada sahabatnya tentang keadaan umat Islam di akhir zaman. Umat Islam akan dijadikan rebutan oleh orang-orang selain Islam. Sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud: "Akan datang suatu masa, umat lain akan memperebutkan kamu, ibarat orang-orang yang lapar merebutkan makanan dalam hidangan." Sahabat menanyakan: "Apakah lantaran pada waktu itu jumlah kami hanya sedikit, Ya Rasulullah?" Dijawab oleh baginda: "Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung-apung diatas air. Dan dalam jiwamu tertanam kelemahan jiwa." Sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan dengan kelemahan jiwa Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu cinta dunia dan takut mati." (Riwayat Abu Daud)
Sesungguhnya tepat isyarat Nabi Muhammad saw itu, pada akhir zaman nanti umat Islam akan mengalami perubahan. Kualiti umat akan menurun secara drastik, persatuan dan kesatuannya akan pudar. Umat lain akan datang dan berebut dan memanfaatkan. Ibarat makanan yang menjadi santapan orang-orang yang lapar, dan ibarat buih yang terapung di atas air yang membawanya. Dalam sabda baginda disebutkan, bahawa penyebab utama umat Islam kualitinya menurun adalah "hubbud dunia dan karahiyatul maut" iaitu cinta dunia dan takut mati.
|
|
|
Hadith
Mar 16, 2004 12:05:10 GMT 8
Post by KomOt on Mar 16, 2004 12:05:10 GMT 8
Cinta Dunia
Di antara penyakit jiwa yang dapat melumpuhkan kekuatan Islam adalah ‘cinta dunia’.Kerana sudah dihinggapi penyakit cinta dunia, maka semua usaha dan keinginannya dipusatkan untuk mencapai kesenangan dunia semata-mata. Semua usahanya diperhitungkan dengan keuntungan dunia, sekalipun usaha itu merugikan orang lain. Lantaran itu semangat perjuangannya makin hari makin menurun, bahkan rasa untuk membela keagungan Islam sudah tidak ada lagi. Penyebaran Islam sentiasa diukur dengan material, bila menguntungkan mereka akan berjuang dan bila dirasakan merugikan, mereka akan diam sahaja. Mereka bukan sekadar cinta, malah sebenarnya mereka rakus dengan dunia. Memang dunia ini mengaburkan mata, maka ramailah manusia yang terperangkap di dalamnya. Ramai manusia silau dengan keindahan dunia fana sehingga tidak dapat membezakan yang halal haram dan antara yang baik dan yang berbahaya.
Dalam suatu hadis Nabi bersabda: "Sesungguhnya dunia itu manis, yang hijau (baik dipandang), dan sesungguhnya Allah itu menjadikan kamu sebagai khalifah (untuk mengatur) di dalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani Israel adalah wanita." (Riwayat Muslim)
Apabila umat Islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan Islam dan tidak lagi berani menganjurkan yang baik serta enggan melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran Islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkatan wahyu.
Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah saw: "Apabila umatku mengagungkan dunia, maka dicabutlah kehebatan Islam darinya. Dan apabila meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka terdindinglah kebenaran wahyu." (Riwayat Termizi)
|
|
|
Hadith
Mar 16, 2004 12:05:38 GMT 8
Post by KomOt on Mar 16, 2004 12:05:38 GMT 8
Takut Mati
Mengapa takut pada mati? Padahal semua yang hidup pasti akan merasakan mati. Takut mati termasuk salah satu di antara penyakit umat Islam dalam perjuangannya. Sebab takut mati, dalam perjuangan diliputi rasa kekhuatiran akan terkena risiko, khuatir terkena luka dan sebagainya. Mereka akan berjuang jika tiada risiko yang menimpa, asalkan dirinya selamat. Untuk menyelamatkan diri, dalam perjuangan Islam, mereka boleh membolak-balikkan kenyataan. Yang hak dikatakan batil, yang batil dikatakan hak. Yang halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal. Kerana takut mati dan takut menanggung risiko, sebelum berjuang sudah diselubungi rasa was-was. Mereka ini telah kalah sebelum bertanding. Akibatnya, perjuangan Islam akan lumpuh dan umat Islam akan mudah diperdaya oleh orang lain.
Untuk mengembalikan citra Islam dan umat Islam tegak di muka bumi ini, Islam wajib berada di atas segala-galanya. Bila Islam tidak boleh dikalahkan orang lain, maka penyakit ’cinta dunia dan takut mati’ akan segera diubati. Siapa yang akan mahu mengubati penyakit itu kalau tidak dari umat Islam sendiri. Orang lain akan tertawa melihat umat Islam dirundung kelemahan, ditimpa kehinaan dan diporak-perandakan persatuannya. Untuk mengubati penyakit ‘cinta dunia dan takut mati’ agar umat Islam tidak ditimpa kehinaan, maka kembalilah kepada konsep Islam itu sendiri. Jalinlah hubungan yang baik sesama manusia sebagaimana firman Allah,
"Ditimpakan atas mereka kehinaan, di mana saja mereka berada, melainkan (mereka) yang menjalin hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia" (Surah Ali-Imran:112)
Dalam menjalin hubungan yang baik dengan Allah, Nabi Muhammad saw telah memberikan petunjuk dan bimbingan iaitu dengan memusatkan beribadah kepadaNya, "Bahawa kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu itu melihatnya. Dan jika kamu tidak melihatNya maka Allah melihat kamu." (Riwayat Muslim)
|
|
|
Hadith
Mar 16, 2004 12:05:55 GMT 8
Post by KomOt on Mar 16, 2004 12:05:55 GMT 8
Dan untuk menjalin hubungan dengan seseorang manusia, maka buatlah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan manusia yang lain. Sebagaimana petunjuk dari Nabi Muhammad saw. "Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang paling bermanfaat untuk manusia.”
|
|
|
Hadith
Mar 17, 2004 10:24:27 GMT 8
Post by kuzy on Mar 17, 2004 10:24:27 GMT 8
Dan untuk menjalin hubungan dengan seseorang manusia, maka buatlah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan manusia yang lain. Sebagaimana petunjuk dari Nabi Muhammad saw. "Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang paling bermanfaat untuk manusia.” klu dlm bercinta per yang memanfaatkan kiter
|
|