|
Hadith
Sept 21, 2004 14:02:52 GMT 8
Post by KomOt on Sept 21, 2004 14:02:52 GMT 8
Beriman kepada adanya malaikat.
Perkara ini termasuk dalam sebahagian lagi kepercayaan kepada perkara yang ghaib. Hanya insan yang bergelar rasul sahaja yang layak melihat para malaikat, samada melihatnya dalam bentuk seorang lelaki atau melihatnya dalam rupanya yang asli. Firman Allah dalam Surah an-Najm:13–15 ketika berlakunya peristiwa Mikraj, yang bermaksud, “Sesungguhnya Muhammad saw telah melihat wajah Jibril dalam bentuknya yang asal di Sidratil Muntaha…”…Maknanya Nabi saw memang lihat sungguh malaikat samada dalam bentuk seorang lelaki yang jumpa dia di Gua Hira` dan begitu juga yang mendatanginya di Masjidil Nabawi, ataupun dengan wajah yang asli. Rasulullah memang nampak real punya. Tapi kita sebagai manusia biasa ni, sori, memang tak layak untuk lihat malaikat. Kita hanya setakat beriman kepada perkara yang ghaib sahaja. Para malaikat adalah makhluk ciptaan Allah swt yang mempunyai tugas-tugas tertentu. Kita akan lihat nanti dalam hadith 19, permulaan kepada tugas para malaikat. Sebenarnya cukup banyak tugas para malaikat ni. Sebagai contohnya, adakalanya diturunkan untuk membantu tentera-tentera Islam, especially peperangan yang Nabi saw sertai. Malaikat turun dalam jumlah yang berbeza-beza. Ini Allah sebut dalam Quran. Adakala Allah sebut 3000 dan adakalanya Allah sebut 5000. Walaupun Nabi saw tidak mengiranya tetapi al-Quran lah yang memberitahu jumlah malaikat yang turun membantu Rasulullah terutamanya pertempuran di medan Badar. Selain membantu para mujahidin dalam peperangan, ada juga malaikat yang tugasnya meminta ampun kepada Allah, supaya diampunNya penduduk-penduduk bumi. Menurut al-Quran, golongan yang diampun oleh Allah melalui kempen para malaikat itu adalah mereka yang suka bertaubat dan mereka yang suka mengikut jalan Allah swt.
Okay yang kata malaikat ni, bukan saja orang Islam percaya, malah orang kafir pun percaya. Bukannya yahudi dan nasara yang ana maksudkan. Tapi ianya adalah golongan kafir yang menentang Rasulullah di Mekah tu. Dalilnya tuan-tuan boleh rujuk Suratul Furqan:7. Inilah ayat yang Allah cerita cara Abu Jahal menolak dakwah Islam. Berbagai-bagai cara Abu Jahal guna. Dia kan pemimpin Mekah ketika itu, so takdak masalah untuk dia perkudakan mass media. Segala saluran digunakannya supaya orang jauh daripada Islam. Antara isi kandung ceramahnya dalam kempen nak menolak dakwah Nabi saw, dia kata, “Kalau betul Muhammad ini rasul, mengapa tidak turun kepadanya malaikat?”…Maknanya apa tuan-tuan?..Maknanya walaupun Abu Jahal tu lawan Rasulullah, tapi dia pun percaya juga wujudnya malaikat.
|
|
|
Hadith
Sept 21, 2004 14:04:25 GMT 8
Post by KomOt on Sept 21, 2004 14:04:25 GMT 8
Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?” Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang itu, malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (Setelah malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad) Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Dalam hadith ini, Nabi saw menceritakan ada malaikat yang ditugaskan untuk mengawal rahim ibu. Kalau ikut logik akal, mana mungkin malaikat yang beratus-ratus sayap dengan fizikalnya yang besar boleh duduk dalam rahim ibu?…So inilah yang dikatakan percaya kepada benda ghaib.
Okay dalam hadith ini, disebalik Nabi saw cerita tugas malaikat, ada agenda lain yang Allah suruh rasul bagitau kat kita. Iaitu Dia nak ungkit kejadian manusia. Kalau tuan-tuan kaji al-Quran, tuan-tuan akan dapati macamana Allah ungkit golongan yang kuffur kepadaNya, dengan Dia suruh golongan itu fikir penciptaan diri. Kalau seseorang itu ada maruah diri, pasti dia akan tunduk kepada Allah setelah menyedari akan kejadian manusia ini hanya dari setitis mani yang hina. Sebab itu, Imam Ghazali pernah menyebut bahwa di antara jalan terpantas untuk kamu mengenang Kebesaran Allah ialah kamu melihat diri mu sendiri.
Bila sebut “Kebesaran Allah”, cuba tuan-tuan baca tiga ayat terakhir Suratul Hasyr. Daripada tiga ayat ini kita boleh lihat betapa hebatnya yang kata “Allah” tu tuan-tuan. Especially ayat terakhir tu, yang mention tentang tiga serangkai Kehebatan Allah swt; iaitu Dia Menciptakan, Dia Mengadakan dari yang tiada kepada ada dan Dia Membentuk rupa dengan indah. Sebab itu dalam satu hadith Nabi saw, Allah melaknat siapa yang mengukir patung-patung sebab meniru sifat Allah. Jadi bila sebut “Allah melaknat”, maknanya kes berat la tu tuan-tuan. So please be alert dengan kes anak patung apa semua ni. Menurut fatwa Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya “Al-halal wal-haram fil-Islam”, yang boleh main dengan patung hanyalah budak-budak kecik sahaja. Bapa budak jangan dok gatai nak join sama main patung. Ianya hanya untuk kanak-kanak sahaja. Ini berdasarkan hadith Rasulullah saw ketika baginda pergi melamar Saidatina Aisyah radiallahuanha yang ketika itu baru berusia 9 tahun. Semasa Nabi sampai ke rumah Abi Bakrin, Nabi melihat Aisyah sedang menyikat rambut patung kuda bersayap miliknya. Nabi tak marah dan Nabi tak suruh Aisyah lempar patung itu. Jadi berdasarkan sirah ini, ulama ambik hukum bahwa harus bagi budak-budak kecik main patung. Dan menurut Dr Yusuf Qardawi, bahwa menjadi harus juga kepada si bapa untuk membeli patung kepada si anak. Kerana dengan sukanya hati si anak, boleh pahala kat si bapa tadi. Cumanya, benda-benda patung ini jangan dihormati. Jangan dok gantung buat perhiasan pulak. Biar disepak-sepakkan dia, biar bubuh bawah kerusi saja.
Okay kembali kita kepada hadith di atas. Kalau kita perati hadith ini, kita akan dapati Allah mencipta manusia dalam peringkat-peringkat kejadian. Dia tak buat sekaligus. Apa tak boleh kah Allah buat, ketika keluar saja sperma bertemu dengan ovam wanita, terus saja jadi lembaga manusia yang complete, eg bergigi, bertutur dan sebagainya?…Boleh, awat tak boleh pula. Tapi pasai apa Allah buat manusia ini dalam bentuk step by step, yang disebut Nabi, start daripada berenangnya sperma mencari telur wanita (ovam)?…Kalau tuan-tuan buka tafsir Fi-zilal, tuan-tuan boleh lihat sempoinya tafsir Sayid Qutb tentang sperma. Dia tafsir dalam bentuk sasteranya. Sayid Qutb ni dia ada sikit jiwa sastera. So sebab tu kalau sapa takdak jiwa sastera, susah sikit la nak faham tafsir Fi-zilal ni sebab bahasa dia agak tinggi. Apa yang ana faham kata Sayid Qutb, katanya, “Bayangkan sperma ini yang berenang-renang dalam rahim wanita. Bersusah payah merempuh alam rahim. Ada yang terus menerus mara, ada yang kecundang kembali menjadi darah haid. Yang mara, rintangan menanti seterusnya. Begitulah simbolik, susahnya kehidupan si sperma itu apabila dia menjadi manusia kelak.”…Maknanya start daripada alam rahim lagi dia dah susah. Bukan senang nak mencari ovam wanita, sehingga terpaksa berenang dengan sedaya yang dia mungkin. Ini dia yang kata nu`fah (sperma) tu. Kalau kita check sperma ni bawah microskop, kita akan nampak dia ada kepala dan ada ekoq. Ianya mewarisi sifat ayah, dan ovam mewarisi sifat ibu. Jadi kalau kita nampak anak kita tu more kepada kita, maknanya genetik kita lebih. Sebab tu kalau ada anak kita jenih bebai hempas pintu bila tak dapat duit, jangan dok salahkan dia. Salahkan hangpa sebab dia ikut perangai hangpa la tu. Check tengok, kecik-kecik hangpa ada perangai macam tu tak?…Hempas-hempas pintu ni selalunya perangai orang pompuan. Hat anak lelaki lain pula. Depa buas lagu sat pi mandi sungai, sat pi mandi lombong. Terjun telanjang bulat camtu saja. Check tengok, pak dia kecik-kecik dulu suka mandi bogel tak?…Sah, confirm, pak dia pun dulu-dulu camtu la jugak. Ini dia genetik tu tuan-tuan. Dari kajian sains pula, perempuan hanya mempunyai kromosom X, manakala lelaki ada kromosom XY. So kalau sperma banyak mempunyai kromosom X, bertemu dengan kromosom wanita X, maka jadilah dia XX (anak perempuan). Begitulah juga kalau sperma banyak mempunyai kromosom Y dan bertemu dengan kromosom X wanita, maka jadilah dia XY (anak lelaki). Ini dia teori sains.
Okay kembali kita kepada persoalan, kenapa Allah jadikan manusia ini step by step?…Jawapannya ialah takdak tujuan lain selain nak mengajar kita supaya merasai betapa hinanya kejadian manusia ini. Start daripada air, jadi `alaqah. Dari `alaqah, jadi mudrah. Dari mudrah, jadi tulang belulang, kemudian jadi pula daging. Nampak tak tuan-tuan; kita bukannya jadi automatik seketoi camtu?…Dakkkk!…Kita manusia ini dijadikan dalam bentuk satu persatu, untuk menunjukkan betapa lemahnya yang dikatakan “manusia” tu.
Hina tak hina manusia ni, cuba tuan-tuan perati bila wanita start pregnant. Mengandung saja wanita, automatically darah haid pun takdak. Cuba tanya doktor, “Mana pi darah haid tu?”…Doktor akan bagitau bahwa darah itu ditukar menjadi makanan kepada si janin. Tu dia tuan-tuan, Allah buat kita sehina itu. So nak samseng apa kalau kita tau dulu kita hanya makan darah kotor dalam perut ibu?…Takkan ini pun tak boleh menyedarkan kita lagi?…Itu pun nak samseng lagi, nak lawan Allah, nak lawan Islam. Itu pun nak samseng lagi, kata macam-macam kat ulama`. Nak sekat sana, nak sekat sini. Padahal kamu yang samseng dulu tu pun, hanya makan darah kotor dalam perut ibu kamu yang ditransfer jadi makanan. Yang jadi samseng ni agak-agak tuan-tuan pasai apa?…Sebab dia tak pernah renung kejadian diri sendiri. Inilah sebabnya. Sebab itu golongan samseng ni, mereka akan bertindak di luar batasan kemanusiaan.
Cuba tuan-tuan tengok Surah `Abasa:17 – 21. Kata Allah, “Celakanya manusia ini! Kenapa dia lawan Aku?!…Dia tak tengok ka daripada apa Aku jadikan dia?…Aku jadikan dia daripada airmani. Kemudian Aku tentukan qadar untuk dia, ie rupabentuk dia, warna kulit dia, rezki dia, ajal dia dan segala-galanya. Lepas tu Aku send rasul ke dunia ini supaya ditunjukkan kepadanya yang mana jalan elok dan yang mana jalan tak elok. Kemudian dia akan dimatikan dan dikuburkan.”…Nampak tak tuan-tuan; sampai tara tu Allah perjelaskan. So macam mana manusia yang kerdil ni nak lawan Allah?…Ketentuan celaka atau bahagianya ending seseorang pun Allah dah tetapkan. Tapi jangan pula kita faham qadar ketentuan Allah itu dengan fahaman jabariah atau qadariah. Contoh fahaman jabariah macam ni. Katalah ada satu couple kena tangkap berkhalwat. Lalu bila pegawai pencegah maksiat tanya kat couple tu, “Awat hangpa khalwat?”…Si lelaki tu jawab, “Nak buat macamana sheikh; Allah dah takdir kami berkhalwat.”…Nampak tak tuan-tuan; puak-puak ni pun mengaji juga. Ya memang Allah dah tentukan nasib kita sejak dari dalam perut ibu kita lagi. Itu memang betul sabit daripada hadith yang kita bahas ni. Cumanya, para ulama menyatakan bahwa Allah akan beri tanda atau signal supaya manusia yang dalam kecelakaan itu boleh buat perubahan, atau manusia yang dalam kebahagiaan itu boleh maintain kehidupan yang baiknya itu. Dalam fahaman ahlul sunnah wal jamaah, kita tak boleh bergantung bulat serah kepada takdir. Kita perlu ada usaha dan ikhtiar sebab iradah Allah swt bergantung kepada ikhtiar manusia. Sebagai contoh; masuknya Abu Jahal ke neraka sebab dia sendiri yang memilih jalan itu. Lalu Allah dengan sifat iradah, meluluskannya. Begitu juga dengan para mujahidin. Mereka pilih mati di jalan Allah. So Allah dengan iradahNya, meluluskannya juga. Itu dia tuan-tuan.
|
|
|
Hadith
Sept 21, 2004 14:04:48 GMT 8
Post by KomOt on Sept 21, 2004 14:04:48 GMT 8
Kesimpulan.
Apabila kita hidup sebenarnya kita sedang menjalankan qada Allah yang telah tertulis sejak azali lagi. Ini tidak boleh diubah oleh sesiapa pun, samada ending kita bahagia (Alhamdulillah) atau ending kita celaka (nauzubillah), sebab semuanya ini Allah telah tentukan. Namun begitu, Allah tidak membiarkan hambaNya begitu saja. Dia letak panduan untuk hambaNya sendiri pilih samada jalan bahagia atau jalan celaka itu. Dan dengan pilihan itulah, Allah akan menentukan dengan sifat iradah yang ada pada zatNya. Sebab yang kata iradah ini, ianya bergantung kepada ikhtiar manusia itu sendiri. Sebab itu jangan kita hairan dengan wujudnya santau, sihir, ilmu hitam apa semua ni. Memang benda-benda ni semua kita tak suka dan Allah pun tak suka, tapi ianya tetap berlaku. Sebab apa?…Sebab iradah (kelulusan daripada Allah) bergantung kepada ikhtiar manusia. Ini dia tauhid tuan-tuan. Jangan jadi macam jabariah yang bergantung bulat-bulat kepada takdir. Pegangan ini ditolak oleh ahlul sunnah wal jamaah.
|
|
|
Hadith
Sept 24, 2004 10:16:33 GMT 8
Post by KomOt on Sept 24, 2004 10:16:33 GMT 8
HASAD DENGKI DAN IRI HATI
Abul Laits Assamarqandi r.a. > meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata > Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu > keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api > makan kayu." > > Ibrahim bin Aliyah dari > Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah > berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam > sifat yang tidak dapat selamat daripadanya > seorangpun iaitu: > > > Buruk sangka > > > Hasad dengki > > > Takut sial kerana sesuatu > > > Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk > selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: > "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika > menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau > cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari > sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika > hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam > amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam > hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar > dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk > sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha > menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika > akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau > lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam > hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur." > > Nabi Muhammad s.a.w. suka > kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang > baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana > burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu > perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan > berlindung kepada Allah s.w.t. > > Ibn Abbas r.a. berkata: > "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: > "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha > ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." > (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung > kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali > daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada > daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan > pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka > tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz > nillah. > > Abul Laits meriwayatkan > dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi > Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan > jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang > untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu > hamba Allah sebagai saudara." > > Mu'awiyah bin Abi Sufyan > berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah > dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu > sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu." > > Abul Laits berkata: "Tiada > sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab > penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum > terkena apa-apa yang dihasud iaitu: > > > Risau hati yang tak putus-putus > > > Bala yang tidak berpahala > > > Tercela yang tidak baik > > > Dimurka Allah s.w.t. > > > Tertutup padanya pintu taufiq > > > Nabi Muhammad s.a.w. > bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah > s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh > nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab > Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap > nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada > manusia." > > Malik bin Dinaar berkata: > "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' > terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima > persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara > mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." > Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. > bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada > hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu: > > > Pemerintah kerana zalim > > > Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan) > > > Kepala desa kerana sombong > > > Pedagang kerana kianat > > > Orang dusun kerana kebodohan > > > Ahli ilmu kerana hasud > > > Yakni ulama yang hanya > berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana > itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah > s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud > menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana > firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi > (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa > ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): > "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah > memberikan kurniaNya kepada mereka." > > Seorang cendikiawan berkata: > "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu > pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa > yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah > sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia > irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah > s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga > Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud > sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: > "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz > qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama > yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): > "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika > sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang > satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya > akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah > hanya menerima dari orang yang bertaqwa." > > Al-Ahnaf bin Qays berkata: > "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil > tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang > yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi > pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang > yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak > moral (tidak berakhlak). > > Seorang hakiem > (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat > seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya > daripada penghasud." > > Muhammad bin Sirin bertanya: > "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu > daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana > saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika > ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang > yang bakal masuk neraka?" > > Alhasan Albashri berkata: > "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap > saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu > kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya > disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud > kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika > tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada > orang yang akan masuk keneraka?" > > Abul Laits berkata: "Tiga > macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu: > > > Orang yang makan haram > > > Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan > kejelekkan orang) > > > Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati > terhadap kaum muslimin > > > > Ibn Syihab (Azzubri) dari > Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi > Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud > kecuali dalam dua macam iaitu: > > > Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam > Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan) > > > Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka > ia bersedekah siang malam. > > Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini > > > Abul Laits berkata: "Yakni > rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan > itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah > baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu > maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman > (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu > ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan > menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia > kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang > lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " > Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami > sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya." > > Maka kewajipan tiap muslim > membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu > menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia > yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba > yang diridhoNya. > > Al-alaa' bin Abdurrahman > dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia > bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang > kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" > Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang > muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu: > > > Jika bertemu harus diberi salam > > > Jika mengundang harus didatangi > > > Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar > (dinasihati) > > > Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan > dengan berdoa Yarhamukallah > > > Jika sakit harus diziarah > > > Jika mati harus dihantar jenazahnya
|
|
|
Hadith
Sept 24, 2004 10:16:59 GMT 8
Post by KomOt on Sept 24, 2004 10:16:59 GMT 8
Abul Laits meriwayatkan > dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: > "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. > sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan > Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan > wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh > Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya > Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam > mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada > janabat." Saya bertanya: "Bagaimana > menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: > "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan > bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari > tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, > jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu > sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat > kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan > sembahyang malam dan siang sebab selama engkau > sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai > Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan > dirimu dihadapan Allah s.w.t. > dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan > dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan > renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila > bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali > semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka > letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung > yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua > lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk > diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk > anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki > dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab > Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak > sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap > berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika > tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka > engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika > engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada > keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika > engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap > muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk > manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa > ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan > dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan > malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim > sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti > ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta > kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika > engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka > tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut > sebab disitulah istirehatmu." > > Didalam ajaran Nabi Muhammad > s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati > daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim > termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta > kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang > melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. > siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya > dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang > utama. > > Abul Laits meriwayatkan > dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami > dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi > Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu > seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya > dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang > sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad > s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk > bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi > Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali > orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga > Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti > hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun > untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash > dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi > pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga > aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga > malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya > akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: > "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr > menceritakan > bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata > bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika > tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika > berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan > tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan > kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih > dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata > kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya > merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang > berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya > antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi > saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda > didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli > syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya > ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam > dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata > kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa > yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi > Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: > "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat > itu." Maka > pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan > berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang > engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati > atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala > yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang > menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. > bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat > kami lakukan." > > Seorang cendikiawan berkata: > "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan > lima hal iaitu: > > > Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap > orang lain > > > Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk > dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau > membagi begini?" > > > Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t. > > > Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut > nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya > > > Dia membantu kepada iblis laknatullah > > > > Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan > kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat > kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika > sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak > (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan > ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, > kemudian dalam neraka tempat bakarannya."
|
|
|
Hadith
Oct 4, 2004 10:49:15 GMT 8
Post by KomOt on Oct 4, 2004 10:49:15 GMT 8
AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Ertinya: Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
H.R. Ibnu Ady
Keterangan Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
|
|
|
Hadith
Oct 4, 2004 10:59:01 GMT 8
Post by KomOt on Oct 4, 2004 10:59:01 GMT 8
UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
Ertinya: Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".
H.R. Muslim
Keterangan Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "carahidup" Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
|
|
|
Hadith
Oct 12, 2004 9:08:47 GMT 8
Post by KomOt on Oct 12, 2004 9:08:47 GMT 8
ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API
Ertinya: Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
H.R. Tirmizi
Keterangan Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
|
|
|
Hadith
Oct 14, 2004 16:35:18 GMT 8
Post by KomOt on Oct 14, 2004 16:35:18 GMT 8
TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai".
H.R.Muslim Keterangan
Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.
|
|
|
Hadith
Oct 22, 2004 14:58:12 GMT 8
Post by KomOt on Oct 22, 2004 14:58:12 GMT 8
KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH
Ertinya: Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".
H.R.Ibnu Majah
Keterangan
Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.
|
|
|
Hadith
Oct 22, 2004 15:03:38 GMT 8
Post by KomOt on Oct 22, 2004 15:03:38 GMT 8
PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
H.R.Bukhari Muslim Keterangan
Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat.
Tambahan daripada saya : Bukti yang semakin jelas peperangan di Iraq diantara rakyat Iraq dengan dibantu oleh saudara islam dari negara-negara yang berjiran melawan tentera kafir yang dibarisi oleh US, UK, Jepun, Cina, Australia, Korea, dan lain-lain lagi hanya kerana MINYAK di Iraq.
|
|
|
Hadith
Oct 22, 2004 15:06:00 GMT 8
Post by KomOt on Oct 22, 2004 15:06:00 GMT 8
KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA
Ertinya: Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:" Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku".
H.R.Muslim Keterangan
Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.
Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw
|
|
|
Hadith
Nov 3, 2004 12:27:17 GMT 8
Post by KomOt on Nov 3, 2004 12:27:17 GMT 8
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
|
|
|
Hadith
Nov 3, 2004 12:28:44 GMT 8
Post by KomOt on Nov 3, 2004 12:28:44 GMT 8
BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat".
H.R Bukhari Keterangan
Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.
|
|