|
Novel
May 12, 2004 12:49:13 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:49:13 GMT 8
Kg. Nyiur Sebatang.
Dari jalan raya kecil itu jelas kelihatan sebuah rumah kayu kecil bertangga batu merah. Di sekelilingnya pohon-pohon kelapa berdiri tegak. Sesekali dedaunnya melengguk-lengguk apabila dipikul angin barat daya.
Zainul memberhentikan keretanya. Dina cepat- cepat keluar dari kereta. Wajah-wajah lelaki yang sedang duduk di anjung rumah tidak seorangpun dia kenali. Bapanya mengucapkan salam, mereka sambut ramah. Tiba-tiba Arsyad, rakan sepermainannya meluru. Arsyad, satu-satunya anak Mak Temah.
''Dina, kau datang,'' katanya terharu.
Dina senyum.
''Cat, bawa Dina jumpa mak,'' Dina bersuara tidak mahu bertangguh.
Nafas Mak Temah sesak. Turun naik dadanya, pantas.
''Mak, Dina minta ampun atas segala salah silap Dina mak.''
Hati Dina bagai dihiris, tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh wanita yang diibaratkannya seperti ibu kandung itu. Badan cengkung Mak Temah dipeluknya erat.
''Dah sampai waktunya mak pergi mengadap tuhan Dina. Dina jangan sedih… Cat, temankan Dina selalu iyer,'' kata Mak Temah tersekat-sekat sambil memandang anaknya.
''Mak tak tinggalkan harta untuk Cat, didikan mak… Cat dan Dina jangan lupa, tentu selamat jalan hidup dunia dan akhirat… ,'' Mak Temah menyambung kata-katanya walaupun suaranya semakin lemah dan perlahan.
Suasana senyap-sunyi. Bacaan ayat-ayat quran yang dialunkan tadi tiba-tiba turut terhenti seketika, bersama terhentinya denyut nadi Mak Temah. Arsyad yang duduk di sebelah Dina juga diam. Hanya hembusan nafasnya sahaja yang Dina dengari.
Dengan kalimah agung Lailahaillallah Mak Temah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia kembali mengadap Penciptanya. Tidak pernah Dina berhadapan dengan wajah insan tidak bernyawa sebelum ini. Melihat wajah Mak Temah yang tenang disertai segaris senyuman dibibirnya, Dina akur dengan suratan takdir. Engkau cucurilah rahmat ke atas rohnya Ya Tuhan!
Daddy datang menghampiri Dina. Daddy peluk tubuh Dina, kemudian Arsyad. Sekurang-kurangnya aku masih ada Daddy… tapi Arsyad? Dirinya terkontang-kanting di bumi tuhan ini, tanpa ayah juga ibu. ‘Hidupmu jauh lebih baik Dina,’ suara hatinya melaungkan kata-kata keinsafan.
Pusara yang masih basah dengan air mawar itu mereka tinggalkan. Dina, Daddy dan Arsyad. Daddy telahpun meminta izin saudara-mara Arsyad yang lain untuk membawa Arsyad bersama. Mereka berat, tapi kemiskinan seolah memaksa mereka melepaskan Arsyad. Kata Daddy, jika Arsyad bersamanya, sekolah, makan, pakai Arsyad akan terjamin. Lagipun Arsyad bukan orang asing. Dina dan Arsyad membesar di bawah bumbung yang sama. Kadang-kadang sahaja mereka terpisah, apabila arwah Mak Temah pulang ke kampung.
''Cat, Dina pergi dulu. Cuti sekolah nanti kita jumpa lagi,'' kata Dina ketika kakinya menjejak halaman maktab.
Tangan Daddy Dina cium. Sejak hari Mak Temah meninggal, Dina seolah terjaga dari mimpi yang panjang. Pencarian jawapan teka-teki terhadap sikap Daddy dia lontarkan jauh-jauh. Biarlah ianya menjadi misteri abadi milik Daddynya. Sikap tanggungjawab bapanya, kesudian dia mengambil Arsyad sebagai anak angkat sudah cukup membuatkan Dina bahagia. Daddy adalah segala-gala baginya kini.
Hari terakhir di maktab bagi kebanyakan pelajar, selepas selesai majlis graduasi. Aku duduk sendirian di perkarangan maktab, di Taman Hamid Yaman. Bosan. Ma dan ayah terpaksa membatalkan rancangan untuk ke sini di saat-saat akhir. Seorang sahabatnya meninggal. Aku tidak bertanya panjang siapa. Besok aku akan balik sendirian, tidak mahu aku susahkan ayah. Bas ekspres SKMK dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu hanya tiga jam perjalanan. Arghhh bukan aku tak biasa.
Dina telahpun pulang bersama Daddynya dan Arsyad beberapa jam yang lalu. Tidak banyak yang kami luahkan di saat perpisahan tadi. Daddy Dina terpaksa kembali ke Seremban secepat mungkin kerana urusan kerja. Sebaik sahaja habis majlis, Dina tergesa-gesa kembali ke asrama. Kami berborak sekejap cuma, namun aku dan Dina berjanji akan tetap berhubungan.
Sedang aku sibuk memerhati gelagat rakan-rakan yang lain beredar bersama keluarga meninggalkan maktab, tiba-tiba Ariff muncul dari kalangan mereka, berlari menuju ke arahku.
''Sofea, penat aku cari kau.''
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:49:41 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:49:41 GMT 8
''Apa hal cari aku?,'' aku membalas tanpa memandang wajahnya.
Sejak peristiwa di cafe hari itu, aku jadi takut berhadapan dengan Ariff. Takut… takut untuk memandang wajahnya, takut untuk berkata-kata. Apabila nama Ariff keluar dari mulut Dina, perasaan takutku lebih ketara.
''Alahai kita kan dah nak berpisah… so at least before kau balik kampung nak lah aku borak dengan kau. Cek kak tak sudi ker.. lagipun bukannya cek kak ada kawan sekarang nih. Dah lama dah aku spy kereta bapak Dina, bila nak blah,'' kata Ariff tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi sambil melabuhkan punggung di bangku di hadapanku.
''Oooooo spy yer.'' kataku berserta gelak kecil. Patutlah dia tahu aku keseorangan, dah di tilik mana perginya rakanku Dina rupanya.
''Sofea, aku ada nak cakap kau something,'' kata Ariff. Duduknya dibetulkan.
''Apa dia?''tanyaku perlahan.
Dari hati kecil aku cuba meneka apa yang Ariff ingin luahkan. Aku bukan manusia bodoh tidak berperasaan. Ariff jadi lain semenjak peristiwa di café. Lirikan dan jelingan mata Ariff setiap kali aku lalu di hadapan kelasnya setiap pagi atau tiap kali kami terserempak di library, atau setiap kali sesi tenis……. semuanya seolah-olah membawa maksud tersendiri. Oh Ariff, katakanlah yang selain dari yang bersarang di fikiranku tika ini.
''Sofea, kalau aku cakap….. aku suka kat kau more than a friend macamana?'' kata Ariff berani. Suaranya mengharap. Bukan main-main.
Dubbb…….. jantungku umpama terhenti. Jemariku sejuk. Badanku kaku. Wajahku umpama terkena muntahan larva. Merah, panas. Perasaanku berbaur. Aku gembira bercampur resah. Apa yang harus aku katakan?
‘Aku tidak pernah berperasaan begitu terhadap kau Ariff, kau cuma kawan biasa?’ ‘Akupun sukakan kau Ariff?’ ‘Maafkan aku, aku tak boleh terima kerana Dina sukakan kau?’
Jauh di lubuk hati aku tidak dapat menangkis yang aku juga sukakan Ariff. Bukan tidak kucuba lontarkan perasaan itu, tapi ia seakan dekat dan mendekat. Dalam dan mendalam. Perasaan ini bukan kemahuanku. Ia datang sendiri. Dina, maafkan aku. Aku tidak pernah mahu mengkhianatimu.
Keadaanku bagai di telan mati emak, diluah mati bapak.
''Sofea?'' panggil Ariff perlahan.
Mendengar suaranya memanggil namaku sebegitu, nak saja kukatakan apa yang tersirat di hati.
''Maafkan aku Ariff… aku… aku tak nafikan aku juga sukakan kau lebih dari kasih seorang sahabat… tapi aku tak boleh terima kau.''
Muka Ariff nampak terkejut.
''Tapi kenapa?'' tanyanya seakan mendesak.
''Aku betul-betul tak boleh cakap Ariff. Maafkan aku. Mungkin suatu hari nanti aku boleh ceritakan tapi tidak sekarang,'' luahku berat.
Mataku bergenang. Sebelum Ariff nampak aku menangis, baik aku beredar. Perbualan kami berakhir di situ.
*******************************************
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:50:19 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:50:19 GMT 8
Seminggu… dua minggu.. tiga minggu… masih tidak ada sepucuk surat pun dari Dina. Sudah tiga pucuk kuhantar, satupun tak dibalasnya. Kalaupun terkandas di mana-mana takkan kesemuanya begitu? Ke luar negeri melancongkah dia? Terus masuk kolejkah dia? Kahwin?? Lagi tak masuk akal. Takkan sibuk sehingga lupa sahabatnya? Hati kecilku sedikit terguris. Ini baru tiga minggu kami berjauhan, agaknya tiga tahun terus luput namaku diingatannya. Ish… berprasangka buruk pula aku! Dina semestinya punya sebab tersendiri, fikirku membujuk hati sendiri.
Setiap pagi tiada wajah lain yang kutunggu, hanya pakcik bermotor merah.. siapa lagi posmenlah. Sebulan sudah perpisahanku dengan Dina, namun tiada sebarispun khabar berita darinya. Arghhh tak boleh jadi! Aku mesti telefon Dina.
''Pak Mat, minta kad telefon yang sepuluh ringgit satu.''
''Uish banyak ni Sofea, kamu nak telefon buah hati ker?'' hulur Pak Mat sambil tersengeh menampakkan giginya yang hanya tinggal sebatang dua itu.
''Ish pak Mat nih, buah hati saya semua ada kat rumah tu ha, buat apa nak beli kad ni kalau nak telefon buah hati,'' aku membalas balik. Ha, padan muka siapa suruh banyak soal sangat.
Tut..tut………..tut..tut…..
''Hello, siapa tu?'' ''Ish Dina, ini aku laaa.''
Senyap.
''Eh, takkan baru sebulan da lupa member kot.'' ''Aaaa.. Sofea. Nak apa?''
Suara Dina sedikitpun tidak menunjukkan dia gembira aku menelefon. Nak apa??? Penat aku telefon dia tanya nak apa?
''Dina, apsal kau pelik jek bunyi nih. Aku kasik surat tuh ada kau dapat?''
''Surat tuh? Dapat. Malas aku nak balas. Alaaa cakap aku pelik.. kau buat kerja pelik tak apa.. suluhlah diri tu sendiri.''
''Ish apa kau cakap nih Dina.'' Buntu. Aku betul-betul buntu.
''Ha pakwe kau si Ariff tu apa cerita?''
Dubp…dabp…..dubp….dabp.. Fitnah mana yang Dina dengar nih???
''Dina apa kau merepek ni? Bila masa pulak Ariff tuh pakwe aku? Kan kau yang suka dia.. takkan aku nak sakitkan hati kau pulak…''
''Dah lah Sofea, kau tak payahlah nak berlakon dengan aku. Starting from today you are no longer my best friend!''
Tut………………………………………………… Dina letak gagang telefon. Aku tergamam.
Terasa berderai-derai air panas mengalir dipipiku. Hatiku bak kaca pecah terlerai terhentak batu. Aku pegang peti telefon itu kuat, cuba menahan daya graviti yang seakan berjaya menumpaskanku ke tanah. Sanggup kau Dina, setelah sekian lama bersahabat menuduh temanmu yang bukan-bukan? Aku sangka kita saling kenal hati budi masing-masing, rupanya aku tersilap. Seandainya semuanya betulpun, aku masih tak boleh terima Dina sanggup memutuskan persahabatan kami hanya kerana seorang manusia bergelar lelaki. Tapi apa salahku? Aku membisu dengan cinta Ariff, inikah balasan yang kuterima??
**********************************************
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:51:30 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:51:30 GMT 8
Seruan azan sayup-sayup berkumandang. Kelopak mata terasa begitu sukar untuk dibuka. Kedinginan subuh yang mencengkam tulang sum-sum menambahkan lagi rasa malas untuk keluar dari bungkusan selimut. Perasaan malas itu kulontarkan jauh bila memikirkan tanggungjawab yang menanti. Aku bangun dari katil, bergerak menuju ke dapur. Dari dapur, kedengaran jelas curahan air dari perigi. Kelihatan kelibat ayah samar-samar dek cahaya lampu minyak tanah yang tergantung di tiang beranda dapur. Ayah sedang bersiap mengambil wudhu sebelum ke masjid.
''Kak Sofea tepilah orang nak lalu,'' adikku Husni tiba-tiba muncul dari anak tangga, cuba memboloskan dirinya masuk ke rumah.
Rupanya bukan ayah seorang yang berada di tanah. Husni baru saja selesai mandi. Si Azrul pula sedang duduk bertinggung di bawah pohon rambutan sebelah perigi. Hanya tuala putih yang membalut tubuhnya sahaja yang kelihatan.
''Apa termenung aje di pintu tu Sofea?'' tegur ma yang sedang sibuk membasuh beras.
''Cepat mandi, Azrul agaknya dah nak selesai mandinya tu… mandi kerbau lagi adik kamu ni.''
''Cepat, nanti bolehlah kita berjemaah bersama,'' tambah ma lagi sambil menghulurkan seulas senyum.
Timba besi itu aku campakkan ke gigi air, Hujung talinya kupastikan agar tidak terlucut dari jemari. Perlahan-lahan kutarik kembali tali itu. Berat. Beberapa bulan yang lepas, tika di asrama, pulas sahaja tombolnya, terus keluar air dari muncung paip. Alangkah senangnya!
Selesai mandi, kulihat ma sudah bersedia di sejadah. Begitu juga dengan adik- adikku, bersedia di saf depan. Kalau hari sekolah mereka solat subuh di rumah saja. Seperti biasa, Husni yang mengimami kami.
Allahuakbar…
Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar tentangMu)… (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah Junjungan kami Muhammad, keluarga dan para Sahabat Baginda semuanya. Amin.
''Uwah… bestnya…nasi lemak!'' kata Azrul tidak sabar-sabar menghulurkan pinggannya.
''Azrul… sabarlah sikit. Tunggulah ayah balik dari masjid sekejap lagi,'' tegur ma lembut.
Azrul mencebik sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
''Ha, itu ayah dah balik,'' kata Azrul lagi kali ini dengan sengih yang sampai ke telinga.
''Emmm… ini sambal bilis siapa buat? Rasa lain macam aja,'' komen Husni tiba-tiba setelah lama memerhati. Dia memang jarang bercakap banyak. Pagi ini mengomel pula.
''Ala akak dah buat tu bukannya nak berterima kasih!'' ujarku sedikit terasa. Yelah penat-penat aku masak selepas solat subuh tadi, banyak pula komennya.
''Oooooooo patutlah tak sedap!'' Azrul cepat-cepat menyokong.
''Sudahlah tu.. tak elok bertekak depan rezeki.. bersyukurlah apa yang ada,'' kata-kata ayah menegur sikap kedua-dua adikku itu. Hehe padan muka, tak tahu lagi ke aku anak ayah!
Pinggan-mangkuk selepas makan pagi tadi sudah kubersihkan. Semuanya tersusun di para. Sebiji dua nasi yang tumpah tinggalan Azrul aku kutip dengan jari. Usia sudah sepuluh tahun pun boleh makan tumpah lagi! Aku mendengus. Tikar mengkuang buatan tangan ma buat alas kami tadi aku gulung dan dirikan di sudut dinding.
''Sofea, hari ni tak payahlah ikut ma ke paya ambil mengkuang. Duduk saja di rumah. Ma lupa nak cakap semalam Razi cakap Si Intan sampai hari ni,'' beritahu ma lembut dari tangga dapur.
''Oh ye ke ma?'' ''Bestnya dah lama betul Sofea tak jumpa Kak Intan,'' aku menjawab, menjulurkan kepala dari tingkap dapur di sebelah tangga memandang ma.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:52:09 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:52:09 GMT 8
Seruan azan sayup-sayup berkumandang. Kelopak mata terasa begitu sukar untuk dibuka. Kedinginan subuh yang mencengkam tulang sum-sum menambahkan lagi rasa malas untuk keluar dari bungkusan selimut. Perasaan malas itu kulontarkan jauh bila memikirkan tanggungjawab yang menanti. Aku bangun dari katil, bergerak menuju ke dapur. Dari dapur, kedengaran jelas curahan air dari perigi. Kelihatan kelibat ayah samar-samar dek cahaya lampu minyak tanah yang tergantung di tiang beranda dapur. Ayah sedang bersiap mengambil wudhu sebelum ke masjid.
''Kak Sofea tepilah orang nak lalu,'' adikku Husni tiba-tiba muncul dari anak tangga, cuba memboloskan dirinya masuk ke rumah.
Rupanya bukan ayah seorang yang berada di tanah. Husni baru saja selesai mandi. Si Azrul pula sedang duduk bertinggung di bawah pohon rambutan sebelah perigi. Hanya tuala putih yang membalut tubuhnya sahaja yang kelihatan.
''Apa termenung aje di pintu tu Sofea?'' tegur ma yang sedang sibuk membasuh beras.
''Cepat mandi, Azrul agaknya dah nak selesai mandinya tu… mandi kerbau lagi adik kamu ni.''
''Cepat, nanti bolehlah kita berjemaah bersama,'' tambah ma lagi sambil menghulurkan seulas senyum.
Timba besi itu aku campakkan ke gigi air, Hujung talinya kupastikan agar tidak terlucut dari jemari. Perlahan-lahan kutarik kembali tali itu. Berat. Beberapa bulan yang lepas, tika di asrama, pulas sahaja tombolnya, terus keluar air dari muncung paip. Alangkah senangnya!
Selesai mandi, kulihat ma sudah bersedia di sejadah. Begitu juga dengan adik- adikku, bersedia di saf depan. Kalau hari sekolah mereka solat subuh di rumah saja. Seperti biasa, Husni yang mengimami kami.
Allahuakbar…
Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar tentangMu)… (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah Junjungan kami Muhammad, keluarga dan para Sahabat Baginda semuanya. Amin.
''Uwah… bestnya…nasi lemak!'' kata Azrul tidak sabar-sabar menghulurkan pinggannya.
''Azrul… sabarlah sikit. Tunggulah ayah balik dari masjid sekejap lagi,'' tegur ma lembut.
Azrul mencebik sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
''Ha, itu ayah dah balik,'' kata Azrul lagi kali ini dengan sengih yang sampai ke telinga.
''Emmm… ini sambal bilis siapa buat? Rasa lain macam aja,'' komen Husni tiba-tiba setelah lama memerhati. Dia memang jarang bercakap banyak. Pagi ini mengomel pula.
''Ala akak dah buat tu bukannya nak berterima kasih!'' ujarku sedikit terasa. Yelah penat-penat aku masak selepas solat subuh tadi, banyak pula komennya.
''Oooooooo patutlah tak sedap!'' Azrul cepat-cepat menyokong.
''Sudahlah tu.. tak elok bertekak depan rezeki.. bersyukurlah apa yang ada,'' kata-kata ayah menegur sikap kedua-dua adikku itu. Hehe padan muka, tak tahu lagi ke aku anak ayah!
Pinggan-mangkuk selepas makan pagi tadi sudah kubersihkan. Semuanya tersusun di para. Sebiji dua nasi yang tumpah tinggalan Azrul aku kutip dengan jari. Usia sudah sepuluh tahun pun boleh makan tumpah lagi! Aku mendengus. Tikar mengkuang buatan tangan ma buat alas kami tadi aku gulung dan dirikan di sudut dinding.
''Sofea, hari ni tak payahlah ikut ma ke paya ambil mengkuang. Duduk saja di rumah. Ma lupa nak cakap semalam Razi cakap Si Intan sampai hari ni,'' beritahu ma lembut dari tangga dapur.
''Oh ye ke ma?'' ''Bestnya dah lama betul Sofea tak jumpa Kak Intan,'' aku menjawab, menjulurkan kepala dari tingkap dapur di sebelah tangga memandang ma.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:53:09 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:53:09 GMT 8
Sedari kecil sampailah aku meningkat usia remaja, ma tidak pernah naikkan suaranya… wajahnya sentiasa mengukir senyum. Terkadang aku terfikir, mampukah aku setabah ma dalam mengharungi hidup yang mendatang? Teringat cerita zaman muda ma bila perkahwinan mereka di tentang keluarga. Entahlah..
Batang tubuh ma bersama sebilah parang di tangan kanannya akhirnya hilang di celah-celah deretan pohon-pohon ubi di kiri kanan lorong sempit belakang rumah.
Suasana sepi. Husni dan Azrul sudah lama ke sekolah dengan menunggang basikal masing-masing. Ayah awal-awal lagi selepas sarapan sudahpun menuju ke kebun getahnya. Katanya hari ini Pakcik Mahmud mahu ke Pengkalan Berangan untuk menjual getah, jadi terpaksalah ayah bergegas, menoreh di awal pagi kemudian ikut menolong mengangkut getah-getah yang sudah dikeringkan itu ke dalam lori tua Pakcik Mahmud. Tidak pernah sekalipun Pakcik Mahmud menerima pemberian wang ayah sebaik sahaja ayah mendapat habuan penjualan getahnya. Baik sungguh dia. Katanya apabila duit dihulurkan, ''Kasik anak-anak buat belanja sekolah sajalah Raman.''
Kata ayah, dulu Pakcik Mahmud susah hidupnya, punyai saraan yang besar. Kini berkat ketabahan dan usaha gigihnya membesarkan sepuluh orang anaknya, hidupnya berubah wajah. Semua anak-anaknya berjaya ke menara gading, tinggal Razi seorang yang bongsu yang masih menuntut di UKM. Mungkin dengan pengalaman kegetiran hidup sendiri membuatkan Pakcik Mahmud memahami dan simpati dengan situasi ayah.
''Oits suri rumah, tengah sidai baju suami? Anak- anak dah kasi susu?'' sergah satu suara dari belakang.
''Ah! Kak Intan, terkejut Sofea.''
Kak Intan tergelak.
''Kak Intan sampai stesen bas Tanjung tadi pukul berapa? Selalu bas nak balik ke kampung nih tunggu bertahun baru sampai,'' soalku pelik kerana selalunya dari Kuala Terengganu ke kampung kami jarang ada bas pagi-pagi, paling kurangpun pukul 11 baru mula perjalanannya.
Dia tersengih menampakkan lesung pipit di kedua belah pipi. Manis.
''Ada buah hati datang jemput tadi,'' katanya singkat sambil menaikkan kening sebijik macam Ziana Zain.
Mataku terbelalak dan mulutku terlopong seketika, antara mahu percaya dan tidak. Ini buat lawak ke apa agaknya.
''Eh cerita hot tak bagitau Sofea. Sejak bila ada secret-secret ni,'' kataku tak puas hati.
''Tak adalah, tadi akak nampak Razi dekat stesen bas. Dia tumpangkan.'' Jawab Kak Intan sambil membawa beg galasnya naik ke beranda rumah.
Aku tersenyum sambil otakku ligat berfikir. Tadi kata ma, Razi yang beritahu Kak Intan akan sampai hari ni. Razi di stesen bas pagi-pagi buta, takkan saja-saja tanpa tujuan. Mereka berdua sama-sama menuntut di UKM, di kolej yang sama! Cuma Razi bercuti lebih awal. Kebarangkalian ‘ada buah hati datang ambil’ begitu menyerlah sekali.
''Akak cuti berapa lama nih? Beg besar macam dah tak nak pergi K.L aje,'' soalku sambil meletakkan bakul kain di beranda sebelah beg Kak Intan.
''Sebulan Sofea. Akak cuti semester break buka nanti terus naik final year,'' ujar Kak Intan pendek kemudian terus lesap ke dalam rumah.
Aku yang masih bertenggek di tangga sambil menikmati angin sepoi-sepoi pagi itu, setelah penat membasuh di perigi spontan saja terus berdiri membontoti langkah kak Intan.
''Offer ke universiti tak dapat lagi ke Sofea, ke kau nak jadi suri rumah full-time???'' tanya Kak Intan sambil membaringkan dirinya di katil.
''Eh! Tolong sikit….. apa kelas suri rumah sepenuh masa… ini Dr Sofea la…'' gurauku mendabik dada.
''Sofea dapat penghantaran terus ke UK la kak, biasiswa penuh JPA,'' sambungku bangga. ''Akak orang first tahu… ma dan ayah dan adik-adik semua tak tahu lagi.''
''Eh, betul ke??'' ''Wow… kalahlah akak… sampai jugak cita-cita adik akak nih nak belajar oversea,'' pantas Kak Intan menjawab bangkit dari pembaringan. Terbonjol kedua-dua biji matanya sama macam salah seorang penyanyi kumpulan ellite si Shasya? Iya ke itu namanya? Tapi memang bak ikan buntal, satu species gayanya.
''Eh lepak lah macam dia pulak yang nak pergi.'' Aku mencebik.
''Alaaa.. akak tumpang excited takkan tak boleh kot?''
''Bila nak berlayar nih?''
''He..he.. teknologi dah canggih la kak…mana ada naik naik kapal layar dah..tinggal dalam popeye the sailorman ajer,'' aku buat lawak bodoh.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:53:50 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:53:50 GMT 8
Kukhabarkan berita tawaran kepada ma dan ayah malam itu selepas makan malam. Ayah senyum bangga, ma juga begitu. Adik-adikku yang sedang membuat kerja sekolah juga tumpang gembira. Kata ayah, tiada yang lebih membahagiakan buatnya selain melihat kejayaan anak-anak. Ayah mahu melihat semua anak-anaknya dipenuhi ilmu dunia dan akhirat. Ayah tidak mahu nasib yang dia lalui suatu waktu dulu menimpa kami adik-beradik. Ayah berpeluang menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Agama Marang tapi apakan daya itupun hanya sekejap cuma kerana atuk terpaksa menyara adik-adiknya yang sembilan orang lagi. Ayah kecewa, tapi dia terpaksa akur dengan takdir tuhan. Semenjak hari itulah dia mula belajar mengenal harga setitis susu getah. Aku bertekad pada diri sendiri suatu hari nanti setiap titik peluh ayah mengumpul setiap titis susu getah akan terbalas. Moga tuhan memakbulkan niat suciku.
**********************************************
''Ms Karen, good morning,'' sapaku lembut buat wanita Irish pesakit tugasan case yang perlu aku laporkan.
''Hello love. Thanks for coming over. At least I have a company today. Sorry about what happened yesterday,'' ujarnya berseri-seri.
Apa mimpilah perempuan ini seronok sangat jumpa aku. Pelik, dia tidak membosankan seperti kebanyakan pesakit aku yang lain.
''It’s all right.'' ''Should we start now?'' Tanyaku terus-terang mahu menghabiskan kerja secepat mungkin.
''Whatever you like doc!''
Selepas hampir sejam menghabiskan masa bersamanya aku akhirnya berjaya menyudahkan caseku, hanya tinggal untuk ditaip cuma. Ketika aku mahu mengorak langkah meninggalkan katilnya, dia menarik tanganku.
''You are Malaysian, aren’t you?''
''Yes, I am.''
Aku tidak terkejut dengan pertanyaannya. Ah! Apa nak di kesahkan berlambak pelajar medic dari Malaysia.
''I used to live in Malaysia … long time ago.'' ''Used to marry a Malay guy you know…''
''Really?'' jawabku spontan, tertarik dengan ceritanya.
''So your family moved to Northern Ireland then?''
''No. Just me. I left my husband and my daughter.'' ''She was such a lovely baby.''
''You were divorced?'' soalku teragak-agak, tidak mahu dikatakan terlalu busy body.
''I suffered from post-natal depression after giving birth to my daughter,'' ucapnya perlahan menundukkan wajah.
Soalanku tidak dijawab.Aku cuba mengagak sejauh mana dia mahu bercerita. Aku kembali mengambil duduk. Katanya dia tidak mahu bercerita dari awal kerana tidak mahu aku masukkan sejarah sakitnya ke dalam repotku. Aku mengangguk bersetuju untuk tidak memasukkan bahagian yang akan diceritakannya buat bacaan doktor Green.
''I have nobody in Malaysia…… apart from my husband,'' ujarnya membuka cerita. ''He was such a nice guy… unfortunately he can’t always be next to me because at that time he was just starting his business.''
Aku diam. Cuba memberi sepenuh tumpuan terhadap ceritanya sambil mengangguk-anggukkan kepala.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:54:55 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:54:55 GMT 8
''His mum….she didn’t like me much… she didn’t agree with our wedding in the first place… when she came over to our house.. she kept complaining and complaining… ''
''I didn’t even remember what made me left… One day I packed my stuffs and left without any notes to my husband,'' ujarnya panjang lebar kemudian mengalihkan pandangan keluar tingkap.
Kukira difikirannya sedang mengimbas saat terakhir dia di Malaysia.
''When you said you have a daughter around my age yesterday, you meant that baby then?'' ''You didn’t remarry?'' soalku sedikit terkejut kerana tidak tergambar olehku bahawa wanita ini pernah mengahwini seorang lelaki Melayu, lelaki sebangsaku. Aku betul-betul tertarik dengan ceritanya, bukan selalu… satu dalam seratus barangkali.
''Yes, she is 23 now. December 24th, 1979. I can still remember the day I gave birth to her,''
‘I don’t know wheter my husband has a new wife or not but.. for sure is I am still a Muslim. I didn’t change my name… the full name is still Nur Aisyah Karen. That is for N.A Karen if you haven’t noticed,'' katanya berserta seulas senyum sambil menudingkan jarinya di board di kepala katil.
''Same age as me…'' Kataku perlahan mengulang apa yang dia katakan tadi.
Aku cuba bayangkan wajah ma tika ini. Rinduku pada ma tidak pernah henti…. walaupun aku pulang ke Malaysia hampir setiap tahun setiap musim panas. Tapi wanita ini? Dua puluh tahun lebih tidak ketemu dengan anak yang dikandungnya… ditambah pula dengan penyakit barah yang dideritainya tika ini…. Kalaulah aku yang berada ditempatnya tidak mungkin aku akan secekal dia.
''You must be missing her a lot…'' tambahku lagi sambil di kepala terfikir tentu anaknya cantik. Namun dia sendiri tidak mengenali wajah anaknya sendiri.
''That was why when I saw you before… I can’t bear the feeling….I miss my daughter so much!''
''There is always one side of me want to meet them, especially her…. but another part of me doesn’t allow me to.''
''They must be hating my gut and would never forgive what I have done!'' sambungnya lagi dan pada waktu yang sama kulihat airmatanya berjurai di pipi.
''But that wasn’t totally your fault…'' ujarku terharu dengan gelodak perasaan yang menimpa perempuan ini.
''All the situation around… considering you were new to the family… new mum…not getting any support....being emotionally disturbed… it wasn’t your fault….'' Ucapku perlahan sambil meletakkan kedua-dua tanganku ke bahunya.
Kucuba sedaya mungkin untuk menenangkan hati wanita ini. Bahunya kini kudakap. Kubiarkan dia menangis untuk seketika.
''It wasn’t your fault…..totally not…'' Kuulang beberapa kali bahawa apa yang berlaku bukan salahnya….
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:55:20 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:55:20 GMT 8
Tidak dapat kubayangkan begitu lama wanita ini memendam perasaan.. menyalahkan diri sendiri… bertahun-tahun! Jika beberapa waktu lalu apabila kusoalkan tentang sakit barah yang ditanggungnya, sedikitpun tidak terbayang perang emosi yang melanda perempuan ini… namun setelah dikeluarkan perihal sejarah silam hidupnya, dia kalah dalam lakonannya sendiri. Katanya dia tidak kisah kalau tuhan ingin mengambil nyawanya… katanya dia cukup bersyukur dengan nikmat Islam yang dia temui…. tapi hatinya akan resah setiap kali bayangan anaknya hadir diingatan. ''Aku ibu yang tidak berguna… tidak ada bezanya dengan perempuan yang membuang bayi selepas dilahirkan...'' Katanya itulah ungkapan yang menghantuinya setiap kali bayang anak kecil yang dia tinggalkan suatu waktu dahulu muncul di ingatan. ''We called her Dina.'' ''I can’t imagine how she is like.'' ''Must be as gorgeous as his dad.'' Omongnya sendiri. Dia kembali tenang sambil menyapu pipinya yang basah. Dina? ?? Aku terkejut. Segera aku memandang wajahnya. Mencari kepastian. Patutlah.. patutlah aku begitu senang dengan wanita ini walaupun baru mengenalinya semalam. Dia begitu mudah untuk dibawa berborak. Patutlah wajahnya mengingatkan aku pada seseorang. Cerita Dina mengenai ibunya berlegar pantas ke benakku. Dina tidak pernah mengenali ibunya. Ya, kerna dia ditinggalkan. Dina tidak pernah tahu cerita ibunya… ya kerna tiada siapa yang tahu mengenai ibunya selain daddynya serta datuk dan neneknya. Akan tetapi datuk dan neneknya sudah lama pergi mengadap Ilahi dan daddynya pula tidak pernah mahu bercerita… Anak matanya , ya anak matanya sama seperti anak mata Dina.. hijau ..jarang diketemui dikalangan mata anak jati Melayu. Tarikh lahir Dina jatuh pada hari yang sama! Memang aku tidak salah orang lagi! Aku terkesima. Dina anak campuran darah Melayu dan Irish rupanya. Anak perempuan ini! Aku kau dan dia (last part) Hasil karya : irasofea -------------------------------------------------------------------------------- Aku kembali ke kediaman. Penat. Berita yang baru kuketahui tadi masih bermain-main di kotak fikiran. Dina…. Dina… kukira namamu tidak akan lagi terucap dibibir. Aku silap. Khabar terakhir yang kudengar, Dina melanjutkan pelajaran ke United States. Itupun dari mulut salah seorang rakan sekelas. Selepas kejadian di pondok telefon itu, kami tidak lagi berhubungan. Tuduhan Dina mengenai Ariff Sufian terlalu pahit untuk kuterima. Sejak hari itu aku belajar untuk melupakan Dina. Sejak hari itu aku tidak lagi ingin mempercayai erti sebuah persahabatan. Sejak hari itu perasaanku pudar untuk insan bergelar lelaki. Tidak keterlaluan jika kukatakan sampai ke hari ini aku tidak punya seorangpun insan bergelar sahabat sejati. Seorang teman lelaki apatah lagi. Aku bisa berkawan dengan sesiapa saja tapi untuk dikatakan akrab memang tidak sama sekali. Aku serik! Seandainya aku tewas di meja peperiksaan, aku yakin aku mampu bangun kembali. Sekiranya diperlekehkan di hadapan pelajar-pelajar Irish yang lain kerana rupa Asia dan beridentiti Muslim, aku masih mampu tersenyum. Ternyata di arena lain aku sanggup berputih-tulang untuk mendapatkan apa yang kumahu, di sini aku tidak mampu. Terlalu rapuhkah aku? Terlalu pengecutkah aku? Persetankan asalkan hatiku tidak akan kembali bernanah. **********************************************
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:55:54 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:55:54 GMT 8
Suasana di sekitar airport begitu sesak. Kelihatan seorang lelaki berkulit sawo matang sedang meninjau-ninjau papan tanda penerbangan. Kontor kulitnya yang kontras itu menyerlahkan dirinya dari kelompok manusia berkulit putih di sekeliling.
‘Departure: New York- Heathrow-Malaysia : 0900 – on time’
Lagi beberapa minit bolehlah dia merehatkan kepala, menyambung tidur. Pagi tadi dia terpaksa berkejar-kejar menelefon si Johan minta tolong dihantarkan ke lapangan terbang. Keretanya tak disangka-sangka buat ragam. Hakim, housematenya yang sepatutnya memandu balik keretanya juga turut serta menghantarnya ke sini. Katanya dah alang-alang bangun, bagus juga dia ikut sama.
Seingatnya dia ke sini hanya untuk beberapa kali. Yang pertama, tujuh tahun yang lampau ketika pertama kali menjejakkan kaki di bumi asing ini. Ini kali ketiga mungkin. Dia jarang kembali ke tanahair. Setiap kali cuti, dia akan mencari kerja sambilan. Balik Malaysia pun bukannya ada apa, setakat ibu dan abah. Heh! Aku kan anak jantan!
Ah! Bosannya. Mata tak pula mahu lelap. Dia terkebil-kebil memandang pramugari-pramugari yang sedang bertugas. Bukan tak ada pramugara, tapi logiklah, buat apa pandang pramugara? Heh, buang energy namanya. Tiba-tiba terlintas difikirannya lawak Hakim tika mereka berjabat- tangan tadi.
''Eh, datang sini nanti jangan bawak balik bini dah lah… kalau tak… kena cari housemate baru lah aku.''
Dia tersengih sendiri. Sampai bila aku mahu berseorangan? Usia sudah mencecah 27 tahun, masih hidup sendiri. Kerja ada, duit ada, kereta ada, gaya pun tak kurang. Ceh! Masuk bangkul angkat sendiri!
Si Hakim, sudah ada tunangan, cuma tunggu duit cukup sahaja. Johan? Pun begitu. Katanya ibu gadis pilihannya mahukan sepuluh ribu duit hantaran. Erm… gadis-gadis zaman sekarang. Kalau tahu memasak dan mengemas ada juga pulangan modal.
Mak bapak pun sama. Bak menjual anak lagaknya. Begitu mahal mahunya.. silap-silap hari bulan jadi andartu barulah padan dengan muka. Sudahlah kaum Adam makin sedikit.. campur tolak dengan yang tidak bersekolah, yang menghuni di pusat-pusat serenti dan di penjara-penjara, berapa ramai saja yang bakinya?
Lawak Hakim sedikit-sebanyak membuka mata-hatinya. Calon isteri? Siapa? Laila? Tak kurang cantiknya tapi agak manja. Junior dua-tiga tahun universiti, sekarang di tahun akhir perakaunan. Mastura? Rakan seangkatannya, masih jua tidak pulang ke tanahair. Katanya dia masih mahu mencari pengalaman bekerja di syarikat asing. Mastura tak secantik Laila, tapi dia seorang yang cukup cekal. Dia punya daya pemikiran dan semangat yang tinggi.
Andainya dia terpaut pada mereka, sudah lama salah seorang dari mereka sudah menjadi miliknya. Tidak disangkal dia lelaki kacak dan berpekerti. Ditebarkan saja jalanya sudah tentu tertangkap. Dilabuhkan saja sauhnya sudah tentu tertusuk. Dua –dua sekaligus pun mungkin! Lebih pun boleh!
Tapi itu bukan sikap Ariff Sufian. Bayangan wajah gadis remaja yang pernah mencuri pandangannya suatu ketika dahulu tidak pernah lesap dari lubuk hatinya. Seringkali teman-teman tertanya-tanya mengapa dia masih tiada pacar? Itulah sebenarnya jawapannya yang tiada seorangpun tahu melainkan dia dan tuhan.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:56:48 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:56:48 GMT 8
''Maafkan aku Ariff… aku… aku tak nafikan aku juga sukakan kau lebih dari kasih seorang sahabat… tapi aku tak boleh terima kau.''
Kata-kata itu disimpannya kemas. Bukan setakat kata-kata, riak wajah gadis yang menuturkannya saat itu juga terakam dibenaknya hingga kini. Dia pulangpun antara sebabnya ingin mencari pemilik kata-kata itu.
Sudah 27 tahun umurnya… gadis yang kadang-kadang pemalu tapi cukup tegas…punya pandangan yang jauh… tentu kini sudah bergelar doktor…orang secomelnya dan sesopannya takkan masih belum bersuami?
Hatinya tiba-tiba kecut. Andai dia sudah bersuami apa yang kau boleh buat Ariff? Sudah terlambat bukan? Ah! Itulah kenyataan pahit yang aku harus terima. Walau apapun ceritanya harus aku cari sendiri kesahihannya!
Dua tahun yang lepas ketika sambutan Aildilfitri, tanpa di sangka-sangka dia ketemu dengan Dina. Ya, Dina sahabat baik Sofea. Dia tidak menduga Dina juga belajar di bandar yang sama, cuma berlainan universiti.
Dina tidak banyak berubah, cuma perutnya saja yang memboyot dan dia nampak lebih tembam. Dia diperkenalkan dengan suami Dina, Arsyad. Kata Dina mereka baru saja mendirikan rumah tangga, hampir setahun. Setelah mereka berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda perniagaan, kedua-duanya membuat keputusan untuk mendirikan rumah-tangga.
Tercalit rasa cemburu di hatinya melihat kebahagiaan Dina dan suami. Kata Dina, Arsyad dia kenali sejak kecil, membesar di bawah bumbung yang sama. Kini hanya Arsyad sahaja yang melanjutkan pelajaran ke peringkat masters sementara dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah-tangga.
Nak saja diajukan soalan tentang Sofea, tapi dia segan. Dina yang membuka cerita. Dari Dinalah semua cerita mengenai perkembangan diri Sofea sampai ke telinganya. Bukan itu saja, kisah pertelingkahan mereka berduapun Dina ceritakan. Dina malu untuk berhadapan dengan Sofea. Dina tidak tahu bagaimana harus dia bersemuka.
''Maafkan aku, Ariff. Aku tidak bermaksud untuk melukakan hati sesiapa. Aku kira itulah kebodohan dan keegoanku dan sampai kini aku tidak boleh maafkan diriku sendiri. Terlalu keanak-anakkan....sikap yang kukira membezakan aku dan Sofea,'' kata Dina menyesali kesilapan lama.
Aku terkedu sejenak. Mahu saja ketika itu aku terbang ke Heathrow berjumpa Sofea. Dia sanggup melukakan hati sendiri kerana kasih seorang sahabat. Sejak pertemuan dengan Dina, aku memasang kembali angan-angan untuk sehidup semati bersama Sofea. Oh, gadisku!
''Pak Ucu… bila Pak Ucu nak kawen?'' ''Dekat U.S tuh tak de awek cun-cun ker?,'' tiba-tiba saja Danielle, anak saudaraku yang paling tua dalam tingkatan empat itu bersuara.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:57:31 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:57:31 GMT 8
''Sebok apasal?'' soalku kembali acuh tak acuh.
''Alaa janganlah marahkan Danielle, tak temankan memancing baru tahu.''
''Nak tahu kenapa nenek suruh Pak Ucu balik? Nenek nak suruh Pak Ucu kawen!'' katanya perlahan seolah berbisik.
Biar betul ibu nih. Semata-mata nak suruh aku kahwin ker? Patutlah dari semalam sebaik saja tiba di rumah dari KLIA banyak kali betul dia bertanya ..
''Balik tak bawak kawankah? '' ''Seorang saja?'' ''Ariff makin kurus... patut carilah orang yang menjaga makan minum.. '' Itu sebenarnya..
Lantaklah, aku ada agenda sendiri. Keesokan paginya aku bersiap-siap untuk berjumpa Saiful, kawan lama semaktab yang sekampung dengan Sofea. Dia bekerja di syarikat di Kuala Lumpur sekarang.
''Dah berkurun-kurun kau masih ingatkan si Sofea, Ariff?,'' kata Saiful kagum.
''Apa nak buat aku da kene ubat guna-guna lah,'' ujarku cuba berjenaka.
Saiful ketawa. Kemudian dia menyambung, ''Last time aku balik kampung, dua bulan yang lalu. Kata bapaknya, dia sekarang masih di U.K., bekerja di sana. Setahu aku dia belum kahwin. Kalau dah bertunang aku tak tahulah.''
''All da best kawan, kad jemputan nanti jangan lupa tau!'' katanya yang terakhir sebelum dia beredar kembali ke pejabat.
''Thanks Saiful,'' ujarku lega.
Setidak-tidaknya dia masih belum bergelar isteri. Kalau dia tunangan orang? Aku tak kira! Aku mesti dapatkan juga gadisku! Hati jantan aku tiba-tiba rasa tercabar. Apa langkahku yang seterusnya?
Ibu…. Nak sangat dia bermenantu,..sekaranglah masanya walaupun aku dah lama ketemu dengan orangnya, keadaan saja yang tak mengizinkan. Nah! Sekarang boleh saja hantar ibu ke rumah Sofea. Aku menghitung sendiri.
**********************************************
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:58:12 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:58:12 GMT 8
''Ayah tak ada hak nak paksa Sofea!'' raungku kuat setelah ibu menceritakan mengenai satu rombongan meminang dari Kuala Lumpur.
''Kenapa biadab macam nih? Ayah tak pernah ajar anak-anak ayah bercakap macam nih depan orang tua!''
Hati tuanya menggelegak. Anak kesayangannya dirasakan sudah berlaku kurang ajar. Keputusan yang dirasakan terbaik buat anaknya di tolak mentah-mentah.
''Siapa cakap ayah tak ada hak? Ingat sikit Sofea umur kau tuh dah meningkat. Si Intan dah anak dua… kau nak tunggu apa lagi?'' kata ayah keras.
Kak Intan sudah tiga tahun mendirikan rumahtangga dengan pilihan hidupnya Abang Razi. Kak Intan… itu jejaka pilihannya sendiri! Ayah tidak adil! Aku menghitung dalam hati, tidak berani untuk berhujah panjang dengan ayah.
''Ini tanggungjawab ayah untuk carikan jodoh untuk anak-anak. Jangan ingat Sofea berpelajaran tinggi, orang dah panggil doktor, pendapat orang macam ayah yang tak sekolah tinggi Sofea tak mahu terima!'' suara ayah kembali perlahan berbaur nada kesal dengan sikapku.
Maafkan Sofea ayah… bukan niat Sofea untuk membantah. Biarpun Sofea dah berstatus seorang doktor, ayah tetap ayah Sofea. Sofea bukan Si Tenggang ayah!
''Lelaki itu kan dari keluarga kaya ayah! Tengok apa jadi dengan ma selepas kahwin dengan ayah? Hanya arwah atok yang tak membantah keras. Sebab itu dihadiahkan kereta tua datsun itu buat ayah. Rupa nenekpun Sofea tak rasa Sofea ingat. Saudara-mara sebelah ma mana pernah nak jenguk kita. Kenal pun mungkin tidak. Sekarang bila kami adik-beradik dah berjaya, baru semua orang nak buka mata. Baru terhegeh-hegeh nak mengaku saudara? Ayah nak tengok perkara yang sama menimpa Sofea ke?'' otakku ligat berpusing mencari alasan. Hanya alasan setipis itu yang mampu kubentangkan.
''Sofea, kenapa cetek sangat pemikiran kau nih?'' kata ayah mengeleng-ngeleng tidak percaya anaknya akan membuka cerita kisah zaman mudanya.
''Cuba cakap pada ayah, kenapa Sofea tak mahu kahwin.'' ''Ayah kenal anak ayah, ayah dah makan garam lebih lama dari Sofea. Tentunya ayah carikkan yang terbaik untuk anak ayah bukan?'' kata ayah lembut, cuba membuat aku kembali rasional.
Aku yang dari tadi menangis di pangkuan ibu mengangkatkan kepala. Aku pandang wajah ayah. Pandangan itu lagi! Aku pasrah….jika ini adalah permintaan seorang ayah, aku rela.
*************************************************
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:58:55 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:58:55 GMT 8
Malam itu kucuba lelapkan mata. Baring melentang, meniarap, baring ke kiri, baring ke kanan, semua tidak kena. Jetlag? Sudah sebulan aku kembali ke tanahair… apa nak jetlag nya lagik? Dua tahun aku menimba pengalaman bekerja di U.K. Namapun sudah berdaftar di bawah British GMC. Nak saja kuterus bekerja di situ, ditambah pula dengan gaji yang jauh lebih lumayan, hampir mencecah RM 10 000 sebulan, mengapa mahu pulang ke Malaysia? Teruskan saja pengajian ke peringkat MRCP kemudian FRCP.
Jika suatu ketika dulu itulah yang aku kejar-kejarkan, kematangan usia menyedarkan diri ini, apa yang kukejarkan itu tak ke mana. Jauh di sudut hati aku mahu berkhidmat untuk anak bangsaku. Selepas bergelar consultant masih boleh berkhidmat bukan? Ah! Itu alasan untuk menyelamatkan diri dari rasa bersalah. Walaupun dikata dek jururawat-jururawat di tanahair bahawa doktor lulusan luar negeri tidak pandai itu ini, aku masih ada hati mahu kembali. Walaupun kadang-kadang sikap masyarakat Malaysia, Melayu khususnya kadang-kadang merimaskan aku, gossip sana sini, P.H.D…. penyakit hasad dengki.. jurang perbezaan status yang makin hari makin tampak kesamaan seperti di India… mereka tetap bangsaku, dan Malaysia tetap tempat tumpah darahku. Seharusnya aku bersyukur bumi Malaysia tidak seperti bumi Palestin yang kian hari kian dirobek-robek maruahnya dek bangsa Yahudi jahanam itu.
Keputusan akhir, kembali saja. Betul juga kata ayah, aku mahu menunggu sampai bila? Pernah suatu waktu dulu aku bertekad tidak kahwinpun tidak mengapa. Gilakah aku? Tak di panggil umat nabi Muhammad di akhirat nanti. Balik saja ke Malaysia kata ma… kahwin… kerja… sambung belajar… bukankah semua itu sekaligus akan kuperolehi?
Selalu juga kawan-kawan Melayu mengejek… ''Sofea kan carrier woman, mana ada masa nak kahwin nih!''
Linda sudah punyai seorang cahaya mata… begitu juga Diana, Marlina dan Aini. Ahmad dan Joe pula tak silap aku baru saja mendirikan rumahtangga. Aku seorang saja yang masih single? Heh, tidak pernah kusedari …. Lemas sendiri dalam kesibukan kerja.
Sebelum berangkat pulang ke Malaysia aku pergi melawat Aunty Aisyah. Barahnya berjaya dibuang. Mastectomy. Dia tampak sihat dan lebih ceria. Semenjak kukhabarkan padanya yang Dina anaknya adalah sahabat baikku, dia terus saja mempelawa aku sebagai anak angkat.
Pernah dulu kutunjukkan gambarku bersama Dina sewaktu kami di maktab, gambar yang masih aku simpan biarpun tuannya entah ke mana menghilang. Aunty Aisyah tahu segala-galanya mengenai Dina. Mengenai Ariff Sufian juga. Dari ceritaku dia cuba membina gambaran kehidupan Dina. Puas kupujuk agar hati Aunty Aisyah lembut untuk pulang. Sekurang-kurangnya jika dia kembali, akan ada orang yang dapat lebih membimbingnya kepada ajaran Islam.
Akhirnya dia bersetuju. Katanya suatu hari nanti dia akan kembali ke Malaysia jua. Kuusik Aunty Aisyah, kataku daddy Dina juga masih berseorang…tentu menantikan Aunty Aisyah… dan terasa usikan itu mengandungi kebenaran yang nyata. Lelaki itu juga semestinya menantikan kepulangan Aunty Aisyah, kalau tidak takkan dia masih menyendiri?
Kadang-kadang di hari kelapangan aku akan melawat Aunty Aisyah dan kami akan habiskan masa bersama-sama melawat tempat-tempat di sekitar Northern Ireland. Ke Giant Causeway tempat batu-batu heksagon yang kononya terbentuk hasil penyejukan dari muntahan larva gunung berapi berabad lalu yang terletak di pinggiran pantai dan kalau cuaca mengizinkan, ke Carrick-a-Rede menaiki jambatan gantung mengadap Lautan Atlantik, atau kadang-kadang memandu ke selatan, ke Dublin untuk membeli-belah.
Rindukah aku pada tempat yang sekian lamanya mengajar aku erti kedewasaan itu? Hampir satu dekad aku di sana. Saat-saat manis ketika menimba ilmu, gelak ketawa suka duka bersama kawan-kawan.. kepenatan dan kepuasan bekerja semuanya kini tinggal dalam lipatan hidup. Walaupun ada ketika yang pahit menghadirkan diri… yang pahit itu telan saja… kata orang, jadikan ia iktibar di masa depan. Ah! Betullah kata Imam Ghazali, masa lampaulah yang paling jauh dengan manusia! Sebaliknya yang paling dekat adalah maut!
************************************************
Dua keyakinan beza masalah pun tak sama Ku tak ingi
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:34:44 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:34:44 GMT 8
.:: Sesuci Hati Isteriku - Episod 8 ::.
|
|