|
Novel
Jan 12, 2004 1:10:50 GMT 8
Post by atokENSEM on Jan 12, 2004 1:10:50 GMT 8
.:: Anakku Si Intan (Kisah Benar) ::.
Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini."Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi."Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah."Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya."Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah."Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. InsyaAllah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri."Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai." "Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan." "Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu."Mak Pah merenung gusar wajah suaminya."Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya."Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagi pun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak."
Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei."Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya."Tapi bang..." "Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentuhala.Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya."Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis."Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.
Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah,sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu.Kini hubungan mereka seperti orang asing."Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang."Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah PakUwei.> >>"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?" "Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah."Intan cuba membuat abahnya faham."Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!" "Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya."Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi...aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!"Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
|
|
|
Novel
Jan 12, 2004 1:11:09 GMT 8
Post by atokENSEM on Jan 12, 2004 1:11:09 GMT 8
RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu."Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya."Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya."Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz."Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan." "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah."Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya."Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagi pun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis."Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis."Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis."Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan."Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannyabegitu."Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan> tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya."Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. "Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar."Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye." "Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah."Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu.Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu.Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari."Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan."Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. "Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin> mata yang digunakan untuk membaca."Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa> Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu."Abah ni... ke situ pulak...."Habis tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti." Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei."Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya."Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia."Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selamaini dimusuhinya."Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan." "Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...,"ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran."Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
|
|
|
Novel
Jan 12, 2004 1:11:42 GMT 8
Post by atokENSEM on Jan 12, 2004 1:11:42 GMT 8
MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba."Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah."Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?" "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna." "Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu."Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. "Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga."Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita." "Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka."Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju."Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan."Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei."Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa."Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya.Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena."Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati."cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu."Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu."Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?""Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman."Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.
SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan.Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata."Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya."Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan."Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah."Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar."Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu."Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya."Kenapa Az...kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan."Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uweiduduk di tepi kepalanya."Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,"pujuk Long Semah yang masih belum pulang."Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia takakan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya.Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang> tersedu."Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah."Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.Sebenarnya dia ajak kami balik sini, katanya nak kemaskan rumah. Makdan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Aznak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak danabah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat."
|
|
|
Novel
Jan 14, 2004 1:32:44 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 14, 2004 1:32:44 GMT 8
Masihkah Ada Cinta? Part 2
“So, apa rancangan kau Fir selepas ni?”Nadia memulakan bicara. “Aku ingat aku nak berehat dululah di rumah. Dua tiga minggu lagi, insya-Allah aku akan mula bertugas di syarikat papa aku.” “Why don’t you try other company? Cari pengalaman.” “Buat masa ni, aku tak confident yang papa dan mama aku benarkan. Yelah, you all pun kenalkan perangai papa aku. Sejak aku tolak offer ke Ireland tu, papa dan mama aku mula perasan perubahan aku. Then, diorang paksa aku untuk explain everything. Akibatnya, aku kena ikut kehendak mereka selepas ni. Mereka takut aku kecewa lagi.”Ada getaran pada suaraku. “Oh, macam tu. Beruntung kau Fir, sebab mama dan papa kau betul-betul ambil berat pasal kau.” Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Nora itu. Ketika itu kami telahpun masuk kedalam kereta.
“Dah pukul satu lah. Nadia, aku rasa aku patut balik rumah sekarang. Boleh hantarkan aku balik?”suaraku. “Balik tu boleh cik kak! Tapi, lepas balik rumah ni, jangan pulak awak lupakan kitorang. Kalau dulu sampai lima tahun kami kehilangan awak hanya kerana dia,”suara Nora ibarat sembilu menghiris hatiku. Kalau ikutkan hati, ingin saja airmata ini mengalir. Tapi, aku perlu membuktikan kepada Nora dan Nadia bahawa Firza yang berdepan dengan mereka kali ini bukan lagi Firza yang dulu. Firza yang suatu masa dulu sangat lemah kerana cinta, cintanya yang tak terbalas.
“Fir…Fir…Fir…Fir…” Suara itu begitu menusuk tangkai hati ini. “Fir!” Suara itu bergema lagi. Aku cuba mengumpul kekuatanku untuk berpaling dan menatap wajah pemilik suara itu. Tapi… Aku terus meluru ke rakanku, Nadia. Aku ingin berlari ketika itu. Aku tidak mahu memandang wajah itu, sedangkan itulah tujuan utamaku menghadiri majlis keredhaan pada malam ini. “Nadia, Nora mari balik. Korang dah habis minta maaf dengan semua boys?” gesaku. Aku ingin lari…lari jauh-jauh ketika itu. “Sekejap, aku belum jumpa Rizal dan Hafiz lagi,”ujar Nadia. “Aku pulak tengah tunggu turn nak minta maaf dengan Farid dan Bukhari,” suara Nora pula. “Kalau macam tu, aku balik dululah. Aku saing dengan Farah. Assalamualaikum”balasku seraya menarik tangan Farah agar segera berlalu dari situ. Sebenarnya pada malam itu ialah malam keredhaan antara pelajar putera dan pelajar puteri tingkatan lima yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Malam itu ialah tradisi pelajar sekolahku sejak dulu lagi. Sesampainya aku di bilikku, aku segera duduk di atas katil. Aku takut. Lemah lututku masih bersisa.Aku menarik nafas panjang-panjang. “Firza, kenapa kau balik cepat sangat? Sampai tak tunggu kami langsung!” suara Nora ternyata mengubah wajahku. “Fir, kau belum jumpa dia? Bukankah kau berjanji dengan kami yang kau akan settlekan segala problem kau dengan dia malam ni? Aku perasan muka dia tadi, nampak cool…Macam, tiada masalah,”ujar Nadia pula. “Sudahlah Nadia, biarkan dia. Mungkin Firza terlalu tertekan dengan keadaan. Kita biar dia relaks dulu. Kau OK tak, Fir? Kami balik dorm dulu. Esok kita jumpa lagi.”Seperti biasa Nora dengan caranya untuk menenangkan aku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Biarlah mereka pergi dahulu, ku tidak mahu mereka berasa susah hati dengan sikapku, apatah lagi peperiksaan yang bakal menentukan masa depan kami akan menjelang tiga hari lagi. Tentang dia, biarlah aku simpan dulu permasalahan itu. Aku tak mahu harapan keluargaku yang terlalu tinggi untukku hancur begitu sahaja.
“Anak mama ni, sejak akhir-akhir ini asyik termenung. Ingat siapa ni, ha sayang?”teguran mama membuatkan lamunanku terhenti. Aku hanya tersenyum. Mungkin itu memang sikapku. Aku lebih senang tersenyum apabila keluargaku cuba mengusik. “Papa pesan pada mama tadi, untuk inform Fir yang Fir akan masuk office esok pagi. Boleh kan sayang?”tambah mama. “Kalau Fir tak tolong papa, siapa lagi mama? Kak Yati sibuk dengan butik dia, Abang Nuar pula busy dengan business mertua dia. Kan dah jadi tanggungjawab Fir untuk bantu papa? Lagipun kan mama, Fir kesianlah dengan papa, walaupun dah lepas waktu pencen, dia still kena ke office,”balasku seraya mencium pipi mama. “Firza sayang, kau marah ke nak pasal keputusan papa hantar Fir ke Manchester? Papa dan mama tak bermaksud nak…” “Mama, kalau Fir still lagi marah, takkanlah Fir balik Malaysia, ma? Fir dah lupa segalanya mama. Fir rasa, Fir nak bina hidup baru dan Fir kena mulakannya dengan pulang ke Malaysia, sebab Fir tak nak jadi lemah. Fir nak jadi seorang perempuan yang tabah, yang berusaha untuk selesaikan masalah, bukannya macam dulu, lari daripada masalah. Fir nak buktikan kepada semua orang, Fir masih boleh bangkit semula walaupun pernah tewas dengan perasaan Fir suatu masa dulu.”Itulah yang mampu kukatakan pada mama supaya dia mengerti keadaanku kini.
|
|
|
Novel
Jan 18, 2004 23:59:21 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 18, 2004 23:59:21 GMT 8
Masihkah Ada Cinta? Part 2
“So, apa rancangan kau Fir selepas ni?”Nadia memulakan bicara. “Aku ingat aku nak berehat dululah di rumah. Dua tiga minggu lagi, insya-Allah aku akan mula bertugas di syarikat papa aku.” “Why don’t you try other company? Cari pengalaman.” “Buat masa ni, aku tak confident yang papa dan mama aku benarkan. Yelah, you all pun kenalkan perangai papa aku. Sejak aku tolak offer ke Ireland tu, papa dan mama aku mula perasan perubahan aku. Then, diorang paksa aku untuk explain everything. Akibatnya, aku kena ikut kehendak mereka selepas ni. Mereka takut aku kecewa lagi.”Ada getaran pada suaraku. “Oh, macam tu. Beruntung kau Fir, sebab mama dan papa kau betul-betul ambil berat pasal kau.” Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Nora itu. Ketika itu kami telahpun masuk kedalam kereta.
“Dah pukul satu lah. Nadia, aku rasa aku patut balik rumah sekarang. Boleh hantarkan aku balik?”suaraku. “Balik tu boleh cik kak! Tapi, lepas balik rumah ni, jangan pulak awak lupakan kitorang. Kalau dulu sampai lima tahun kami kehilangan awak hanya kerana dia,”suara Nora ibarat sembilu menghiris hatiku. Kalau ikutkan hati, ingin saja airmata ini mengalir. Tapi, aku perlu membuktikan kepada Nora dan Nadia bahawa Firza yang berdepan dengan mereka kali ini bukan lagi Firza yang dulu. Firza yang suatu masa dulu sangat lemah kerana cinta, cintanya yang tak terbalas.
“Fir…Fir…Fir…Fir…” Suara itu begitu menusuk tangkai hati ini. “Fir!” Suara itu bergema lagi. Aku cuba mengumpul kekuatanku untuk berpaling dan menatap wajah pemilik suara itu. Tapi… Aku terus meluru ke rakanku, Nadia. Aku ingin berlari ketika itu. Aku tidak mahu memandang wajah itu, sedangkan itulah tujuan utamaku menghadiri majlis keredhaan pada malam ini. “Nadia, Nora mari balik. Korang dah habis minta maaf dengan semua boys?” gesaku. Aku ingin lari…lari jauh-jauh ketika itu. “Sekejap, aku belum jumpa Rizal dan Hafiz lagi,”ujar Nadia. “Aku pulak tengah tunggu turn nak minta maaf dengan Farid dan Bukhari,” suara Nora pula. “Kalau macam tu, aku balik dululah. Aku saing dengan Farah. Assalamualaikum”balasku seraya menarik tangan Farah agar segera berlalu dari situ. Sebenarnya pada malam itu ialah malam keredhaan antara pelajar putera dan pelajar puteri tingkatan lima yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Malam itu ialah tradisi pelajar sekolahku sejak dulu lagi. Sesampainya aku di bilikku, aku segera duduk di atas katil. Aku takut. Lemah lututku masih bersisa.Aku menarik nafas panjang-panjang. “Firza, kenapa kau balik cepat sangat? Sampai tak tunggu kami langsung!” suara Nora ternyata mengubah wajahku. “Fir, kau belum jumpa dia? Bukankah kau berjanji dengan kami yang kau akan settlekan segala problem kau dengan dia malam ni? Aku perasan muka dia tadi, nampak cool…Macam, tiada masalah,”ujar Nadia pula. “Sudahlah Nadia, biarkan dia. Mungkin Firza terlalu tertekan dengan keadaan. Kita biar dia relaks dulu. Kau OK tak, Fir? Kami balik dorm dulu. Esok kita jumpa lagi.”Seperti biasa Nora dengan caranya untuk menenangkan aku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Biarlah mereka pergi dahulu, ku tidak mahu mereka berasa susah hati dengan sikapku, apatah lagi peperiksaan yang bakal menentukan masa depan kami akan menjelang tiga hari lagi. Tentang dia, biarlah aku simpan dulu permasalahan itu. Aku tak mahu harapan keluargaku yang terlalu tinggi untukku hancur begitu sahaja.
“Anak mama ni, sejak akhir-akhir ini asyik termenung. Ingat siapa ni, ha sayang?”teguran mama membuatkan lamunanku terhenti. Aku hanya tersenyum. Mungkin itu memang sikapku. Aku lebih senang tersenyum apabila keluargaku cuba mengusik. “Papa pesan pada mama tadi, untuk inform Fir yang Fir akan masuk office esok pagi. Boleh kan sayang?”tambah mama. “Kalau Fir tak tolong papa, siapa lagi mama? Kak Yati sibuk dengan butik dia, Abang Nuar pula busy dengan business mertua dia. Kan dah jadi tanggungjawab Fir untuk bantu papa? Lagipun kan mama, Fir kesianlah dengan papa, walaupun dah lepas waktu pencen, dia still kena ke office,”balasku seraya mencium pipi mama. “Firza sayang, kau marah ke nak pasal keputusan papa hantar Fir ke Manchester? Papa dan mama tak bermaksud nak…” “Mama, kalau Fir still lagi marah, takkanlah Fir balik Malaysia, ma? Fir dah lupa segalanya mama. Fir rasa, Fir nak bina hidup baru dan Fir kena mulakannya dengan pulang ke Malaysia, sebab Fir tak nak jadi lemah. Fir nak jadi seorang perempuan yang tabah, yang berusaha untuk selesaikan masalah, bukannya macam dulu, lari daripada masalah. Fir nak buktikan kepada semua orang, Fir masih boleh bangkit semula walaupun pernah tewas dengan perasaan Fir suatu masa dulu.”Itulah yang mampu kukatakan pada mama supaya dia mengerti keadaanku kini.
|
|
|
Novel
Jan 19, 2004 0:01:01 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 0:01:01 GMT 8
Masihkah Ada Cinta? - Part 3
Esok aku start masuk office. Nervouslah pula, macamanalah agaknya hidup sebagai seorang bos. Nadia, Nora aku tak yakinlah,”kataku memulakan perbualan kami. “Eh cik kak! Bukannya nak pergi interviewlah. Awak tu Cuma kena conduct orang, tolong ni, tolong tu. Alah, cuba tengok papa kau, cool saja.”balas Nora sambil tersengih. “Betullah Fir, buat apalah kau punya master dalam Business Administaration tu kalau tak apply sekarang ni?” usik Nadia pula. “Banyaklah senang. Yang aku study kat Manchester tu teori, tapi sekarang ni aku kena praktiskan. Tapi, aku akan cuba yang sebaik mungkin. Aku tak nak mengecewakan mama dan papa. Aku akan berusaha, insya-Allah,”balasku perlahan.
“Dengar kata-kata kau tadi, aku dah mula yakin pada kau Firza. Aku yakin kau boleh berjaya, kalau kau kuatkan semangat.” Kata-kata Nadia membuatkan aku kembali bersemangat. “Sebenarnya ada perkara yang aku dan Nadia nak bincang dengan kau Firza. Aku harap, kau…” “Kenapa ni? Lain macam ayat kau tadi.” “Pasal Hadi.”Suara Nadia menyebabkan aku tersentak. Aku cuba untuk menenangkan hatiku. Kalau diikutkan hati ini, aku ingin mengetahui keadaannya sekarang. Sesungguhnya hati ini tidak pernah melupakannya. “Dia tanya tentang kau pada kami. Dia ternampak kau di airport hari tu. Dia hantar family dia pergi umrah dan dia ternampak kau sedang berbual dengan kami. Hadi kata, dia try nak tegur kau, tapi dia takut kau melarikan diri lagi.Dia tanya khabar kau dan kami hanya kata yang kau sihat, sama macam dulu,”ujar Nora. Hatiku berbunga bahagia. Rasanya mahu saja aku berlari mendapatkan lelaki itu. Aku ingin menyatakan kepadanya yang aku tak dapat melupakannya sepanjang aku berada di Manchester. Hanya dia yang aku fikirkan setiap masa dan ketika. “Eh, cik kak! Yang tersenyum sorang-sorang tu kenapa? Rindu berdetik kembali? Kasih lama datang lagi?”usik Nora. “Untuk apa dia tanya tentang aku. Dia dah tak ada kaitan rasanya dengan aku. Aku dah lama lupakan apa-apa saja yang pernah dia lakukan satu masa dulu.”balasku tenang. “Dia kata, dia nak sambung apa yang putus, dan dia nak ubat mana yang pernah terluka satu masa dulu. Mentang-mentanglah doktor, semuanya dia nak ubat!” “Just like that, Nadia? Dia ingat hati aku ni apa agaknya? Bila terluka sapu ubat? He’s still can’t understand me!”bentakku. “Firza, sampai bila kau nak ikutkan hati? Bukankah huluran maaf dan kasih sayang darinya yang kaunantikan selama ini? Dengan kami mungkin kau boleh tipu, but you can’t cheat yourself just like that my friend!”balas Nadia. “Sebenarnya,masih ada perkara yang telah aku rahsiakan dari you all. Mungkin dah tiba masanya untuk korang tahu sebab-sebab aku terus menyepikan diri selama ini,”ucapku pelahan. Ada rasa sebak di hujung suaraku. “Come on, tell us Fir! Kami bersedia mendengar walau apapun,” ujar Nadia dengan penuh harapan. “Actually, aku dah jatuh cinta dua kali. Dan, kali kedua tetap seperti kali pertama. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Kenyataan yang lebih memedihkan ialah aku telah jatuh cinta kepada dua orang sahabat baik, yang juga sahabat aku!”Suaraku tersekat-sekat. Aku cuba menahan air mata untuk jatuh. Terlalu banyak air mataku yang telah tumpah akibat dua insan itu. Ah, itu hanya takdirku. Menyintai insan-insan yang tidak mencintai aku. “What? Is it Syafiq, Fir?”tanya Nadia dengan tanda tanya. Wajahnya berubah serta-merta. “Aku tak tahu kenapa aku terlalu mudah untuk jatuh cinta, Dia! Sama seperti dulu ketika aku jatuh cinta kepada Hadi, Syafiq menjadi tempat aku meluahkan perasaan dan problem setelah tamat sekolah dulu. Aku masih berhubungan dengannya melalui emel ketika itu. Dan, I’d fell in love again! Aku amat memerlukannya ketika itu hinggakan aku hampir berjaya membuang Hadi jauh-jauh dari hati ini. Namun sayang, seperti Hadi dia tidak mencintai aku. Dia meninggalkan aku keseorangan setelah aku amat menyayanginya,”terangku panjang lebar. Biarlah Nora dan Nadia tahu penderitaanku. “Fir, diorang tak salah. Yang salahnya ialah kau. Kau terlalu ikutkan perasaan. Kita boleh bawa lembu ke padang rumput, but we can’t force them to eat grass, Fir! But now, one of the cow dah nak makan rumput. Kau pula yang tak nak bagi rumputnya,” suara Nadia, tenang. Dari air mukanya, aku tahu dia mahu aku berlembut hati. “Dua kali mencintai orang yang tidak mencintai aku menjadikan hatiku buta. Di kampus dulu, ada juga guys yang usha aku, tapi masa tu hati aku dah jadi batu. Coursemate aku pun pelik dengan sikap aku yang menolak cinta lelaki. Sampai ada satu masa aku digelar anti lelaki. Namun, hati aku dah kosong, Dia!”ucapku perlahan. “Fir, tak salahkan kalau kau bagi Hadi peluang? Dia nampak serius tau. Manalah tahu kalau masih ada cinta untuk kau,”pujuk Nora. “Hati ini dah tertutup untuk dia! Aku masih tak dapat lupakan peristiwa hitam dulu. Maruah aku bagai dipijak-pijak. Kalau dulu betapa agungnya sejarah tatkala Saidatina Khadijah meminang Rasulullah, namun kini betapa hinanya kenangan aku meluahkan perasaanku terhadap insan yang tidak mencintai diriku. Aku malu Nadia, Nora!”
>>>to be continue...
|
|
|
Novel
Jan 19, 2004 0:06:49 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 0:06:49 GMT 8
Iman De Legend Part 4
“Hi..” “Assalamualaikumm..” Berlagak alim sekali sekala.. “Name sape..?” “Jeton” “Haa.. Jeton.. klasiknyer name.. kui kui..” “Aik.. dh bgtau name, dikutuknyer name kite..” “Hi Jeton.. kui kui.. saye Awang..” “Hahahahaha.. Awang? Takde name lain ker?” Gelak giler2.. ahakssss.. “Amboi2.. kutuk lebih2 nampak..” “Terase ker?” “Aah.. terase..” “Ala tak rock ler camni.. takkan camtupun terase gak.. koman ler..”
“Iyer la.. tak rock.. awk tu yg rock ek..” Amboi.. baru tegur dh nk ajak gaduh.. apsal aku selalu nk gaduh dlm chatting ek.. musykil2.. “Jeton dh mkn?” Dia menambah. “Udah.. mkn pengat pisang.. my feverettt.. hihihi..” “Amacam hari ni? Tak pegi dating ker Jeton?” “Ala.. tak main le dating2 nih.. buang karan ler.. dating virtual le senang.. takyah kuo duit dan tenaga. Kan? Kan? Awang kan?” “Iyer la.. ikut awk ler..” “Jeton, ape yg paling awk takutkan dlm hidup awk?” Aik.. soklan mencabor kejituan minda nih.. ahaks.. “Em.. kawin.” “Laaaa.. Kenape lak?” “Sbb saye tak percayekan lelaki.. ” “Sampai bile awk takkan percayekan lelaki tu? Sampai jadi anak dara tua ker?” Eh eh dia ni.. andartu jgn sebut ek.. simpang skit.. “Sampai saye jupe lelaki yg saye percayai la..” “Oooo.. so skrg ni Jeton takde pakwe lagik la ek..” Menjerat nampak..
“If I say yes?” “Just wanna be friend with u.. that’s all.. ” Cam menarik jer.. ahaks.. “Ape yg awk benci ttg lelaki nih.. cube awk citer skit.. nk gak saye dgr kate2 dr mulut pompuan sendiri pasal lelaki nih..” Topik yg menarik gak ni.. ahaks.. “Lelaki.. emm.. ” “Lelaki yg saye kenali seorang yg perlu ade sifat tanggungjawab.. dan tak main2 dlm ape jua yg dia lakukan.. krn bile dia buat sesuatu yg membolehkan org percayakan dia.. selagi itu akan wujud kepercayaan pompuan kt lelaki..” Berjela la pulak.. ahaks.. “Begitu ker?” “Emm.. tp kan kdg2 saye bengang lelaki yg sifat gatal dia tu ditonjol2kan.. cam boye tembagalah umpamanyer..” “Awk ni kan.. kutuk lelaki cam ade je yg awk tgh maksudkan skrg..” Aik.. mane dia tau.. menjerat lagik ker? Emmm… “Mmg ade pun.. hihihihi.. benci sgt kt dia.. nyampah tgk muke dia.. tp kena tgk jugak.. tu yg geram tu.. kenape la ade lelaki camtu dlm dunia.. ishhh..” Tetibe aku teringatkan mamat berlagak tu.. eeeii.. “Ooo.. jadi mmg betul la nih ek.. kui kui.. ape yg dia buat sampai awk benci sgt kt dia tu?” “Ala.. biase ler.. ayat2 boye tembaga nih.. dia ingat laku sgt kt saye ni.. kem salammmm lerr.. ” “Relak ler.. maybe dia tak bermaksud camtu kot.. ntah2 awk comel orgnyer kot, sbb tu dia suke sakat awk.. kui kui” Eh ehhhh.. “Sorry ler.. not my taste.” Ahaks.. taste konon.. ntah ape taste aku pun, aku sendiri tak tau.. ahaks.. “Awk jgn ckp camtu tau.. kang tetibe tersuke kt dia kang.. camne? Tetibe ayat dia terkena kt awk kan camne? Awk gak yg malu nanti..” Amboi2.. dia ingat aku ni murah sgt ker? Tolong ckit.. “Ala.. malas ler nk suke2 kt lelaki nih.. kalo kwn tu takpe la gak.. tp kalo kwn ngn boye tu bahaya gak tu.. awk ni boye jenis ape lak nih?” Aku meraba2 dagu yg takde janggut nih.. “Mane ade boye.. saye ni baik ape.. tak caye tanye mak saye.. kui kui kui..” “Ek eleh.. tanye mak awk buat ape.. sure dia duk belakang anak dia nanti..” “Ala.. saye mmg baik pun.. tapi saye pelik gak.. ade sorang member tu kate saye ni boye.. kat mane ntah muke saye ni nampak cam saye boye.. pelik gak.. ish2..” Alamak.. boye ker ni.. baik siasat betul2..
“Haa.. iyer la tuh.. dah ade org ckp camtu.. ” “Mane ade.. saye ni baik jer.. dia jer cam riso sgt tgk saye.. bile tgk muke saye.. mule ler dia tunjuk muke nyampah dia.. padahal saye tak usik dia pun.. ” “Awk suke kt dia ek ek ek? hihihihi” “Ish.. mane ade.. biase2 je la..” Aik.. tak ngaku.. lantak ler.. “OK ler.. saye nk kuo dah nih.. bonda saye dh bising2 tu.. ” “Tunggu jap.. tunggguuuu” “Haa.. ade ape lagi..?” “kui kui kui.. nk mintak no tepon.. kui kui.. leh tak?” Amboi.. beraninyer dia ni.. anak sape nih yg berani sgt nih.. “Nk buat ape?” “Ala.. takkan mintak no tepon pun takleh.. kate nk kawan tadi.. tak rock ler cam ni..” Eh eh.. dia ulang ayat aku lak.. “Kenape saye kena bagi kat awk? Cube awk bagi sbb skit..” Mane leh terus bagi muke dia ni.. “Sbb saye sebenornyer bukan boya la.. saye ni baik bdknyer.. kui kui” Main2 lak dia.. jgn harap kalo main2 nih.. “Ooo.. saye ni jahat.. mane leh bagi no tepon kt bdk baik nih.. saye kawn ngn bdk2 jahat jer.. kang ngn awk2 sekali jadi jahat kang..” “Ala.. pleaseeeeeeeeeeeeeeee.. awk jahat pun jahat ler.. nk kawn gak.. ” Aik.. merayu2 nih.. ni yg aku suke nih.. kui kui.. aik.. gelak aku jadi cam gelak dia lak.. ahaksss… “Imannnnnnnnnnnnnnnnnnnn!” Alamak..bonda datang ler.. “Awk.. gtg ler..bonda dh panggil.. blah lu ler ek..” Baik blah cepat2.. “Tunggu tunggu2.. no tepon mane?” Adeh.. sempat lagi dia.. camne ek.. nk bagi ke tak nih… em.. bagi tak bagi.. bagi tak bagi.. bagi tak bagi.. emmmm… “5515455” Aik.. aku dh terbagi.. ahaks.. lantak ler.. “Tengkiuuuuuu.. cayang ckit.. ” Aik aik.. menggatal tu.. malas layan. “Gatal.. nyesal bagi..” “Blah…”
|
|
|
Novel
Jan 19, 2004 0:23:44 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 0:23:44 GMT 8
Bonda dah terpacak dpn pintu bilik anak dara dia. Sambil bercekak pinggang, dia mengeleng2 kepala. Baru je dia nak bersuara, telefon dah berbunyi.. tak jadi marah.. ahaks.. aku memandang bonda sambil tersengih.. sengih kerang wangi.. kui kui kui.. aik.. dh jangkit kat aku lak gelak dia nih.. ahakss.. Bonda berlalu.. pegi angkat tepon yg duk melalak2 tu.. aku mengintai dari langsir pintu bilik aku.. tgk mood bonda jwb tepon.. kalo lembut, maknanyer dia tak marah aku ler.. kalo dia “ Nak ckp ngn sape??”, itu maknanye dia tgh angin ler tu.. ahaks.. ala.. Bonda sendiri mesti ler tau.. ahaks..
“Takde org name Jeton kat sini.. Salah nombor nih..” Tetibe telinga aku tertangkap butir bonda bercakap. Jeton? Aku ler tu.. aik! Takkan bdk Awang tu yg tepon kot.. “Betull.. takde sape name Jeton kat sini..” Opppss.. “Opppsss… Bonda2.. meh Iman ckp meh..” Aku berlari ke meja tepon yg terletak sebelah akuarium ikan tu. Bonda memandang aku pelik. Namun, tangannyer tetap menghulur gagang tepon tu kat aku.. “Hellooo.. sape nih?” Aku lantas bertanye. “Maaf mengganggu cik.. saye nk ckp ngn org name Jeton.” “Bleh saye tau, sape yg ckp kt sane tu?” Tanye dulu. Jgn ngaku lagi.. bahayerrr.. “Name saye Awang.. tadi saye ade borak2 ngn dia kt MIRC..” Oooo.. betul le Awang tu.. ahaks.. cepatnyer dia tepon aku.. tak sabor2 nk ngorat aku ker.. ahaks.. perasan gak aku nih ek.. ahakss.. “Ooo.. Awang ker? Awang mane nih? Takde sape name Jeton kat sini ler..” Ahaks.. saje.. buat tak kenal.. “Rasenyer dh betul le saye dail nombor ni tadi.. takkan dia bagi nombor tipu.. ” Ahaks.. terkenaaa.. “Takde sape name Jeton kat sini.. betul la.. tak percaye tanye saye nih ha..” Ahaks.. berlakon serius.. Bonda bertambah pelik.. ckp serius.. tapi siap tutup2 mulut lagik.. tersengih2.. tapi sengih yg orang dlm tepon tak nampak ler.. “Ye ke.. emm tak pe la.. salah nombor kot..” Eh.. eh.. dh mengalah ker.. “Opps.. Jeton mmg takde kat sini.. dia ade kt toilet.. hihihihi” Tak serius lagik dah..ahaks.. “Ooo.. kat toilet.. takpe la.. saye tepon lain kali ler.. assalamualaikumm..” Aik.. dah abih ayat dah? Ala.. takkan tu je kot.. ish.. “Ok ler.. waalaikumusalam.” Lantak ler.. gagang tu pun dh kembali ke tpt dia tinggal sblm nih.. Bonda masih lagi terpacak kat sebelah aku.. ahaks..
“Bonda.. kenape pandang Iman camtu?” Aku buat2 bodoh.. “Sape Jeton tu?” “Hihihihihi” “Eh eh.. gelak lak dia.. org tanye dia gelak.. tu member chatting lagik la tu ek..” Bonda ni anak sedara pak nujum ker.. pelik2.. ahaks.. “Hihihihi.. camne bonda tau nih..?” “Takde sape lagi yg suke menyamar2 camtu kalo bukan Iman nih.. dah berape name dah Iman taruk.. ish2.. ape nk jadi nih.. ” Bonda mengeleng2.. dia dah mule melangkah ke dapur.. sambil menyinsing lengan baju.. aku mengekori dari belakang.. “Ala.. bonda.. lelaki nih bukan leh bagi muke sangat.. kite ajar dia.. bagi dia ingat skit.. kite bukan lemah..” Berkobar2 semangat tetibe.. ntah angin dari mane ntah.. Ikan yg dah keras bersama air batu dari peti ais tu, bonda keluarkan. Kemudian, bonda letak dalm sinki.. “Awk ni Iman.. berape kali bonda nk ckp.. jgn buat org camtu.. nanti Iman yg terkena..” Begitu ler bonda.. setiap kali membebel.. membebel ade makna! “Ape salahnyer kalo Iman betul2 berkawan ngn sorang tu.. kang ke senang.. tak payah chatting2 lagik..terus jer.. kalo dh suke.. bgtau awl2.. senang.. abih citer..” Bonda ni.. ade ke camtu?
“Iman cume taknak kena main ngn lelaki je bonda.. takut.. kang nanti Iman yang kena tinggal.. lagipun lelaki mane boleh dipercayai.. kite jgn bagi muke sgt kt diaorg nih,bonda.. nanti diaorg pijak2 kepala kite tau..” Aku dh terbayang2 dh mamat berlagak tu.. dh terase dh panas kt muke aku nih.. “Iman.. sabar.. jgn tuduh sume lelaki camtu.. takkan Iman nk tuduh ayah Iman pun camtu gak..” “Ayah tu baik, bonda.. tak macam lelaki lain..” Memang ayah baik pun.. satu2 nyer lelaki yang aku boleh percaya.. “Habis tu, Iman ni marah kat lelaki mane pulak nih.. tetibe jer cam angin monsun datang..” Bonda dah mule menyiang ikan yg dh agak lembik tu. Aku pun bergerak ke rak dapur. Lantas, bakul berisi bawang tu aku keluarkan. Sambil tangan ligat memilih2 bawang besar dan putih, aku menambah.. “Ade le sorang mamat tu.. berlagak sangat ler bonda.. dia ingat dia tu hensem sangat ker.. geram Iman dibuatnyer.. ” Mamat berlagak tu bermain2 di mata aku.. sedang ketawakan aku.. citt.. “Ye ke.. ape dia buat kat Iman?” “Setakat ni dia tak buat ape2 lagi, bonda.. tapi kalo dia cube buat ape2.. emmm.. siap ler dia..” Pisau di tangan aku terus membelah laju sebiji bawang besar.. tergolek2 bawang tu bile terbelah dua.. mamat berlagak tu.. jaga ler.. Iman bukan sebarang Iman.. Hidup Iman!!
To Be Continued..
|
|
|
Novel
Feb 19, 2004 2:58:57 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 19, 2004 2:58:57 GMT 8
bile sambungan nye s.girlz?
|
|
|
Novel
Feb 19, 2004 22:37:24 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 19, 2004 22:37:24 GMT 8
bile sambungan nye s.girlz? emm, dah lama x nampak sweet girlz nie...lama sangat...mana dia menghilang?...ader sesiapa tau ke?...
|
|
|
Novel
Feb 19, 2004 23:52:37 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 19, 2004 23:52:37 GMT 8
emm, dah lama x nampak sweet girlz nie...lama sangat...mana dia menghilang?...ader sesiapa tau ke?... die ade antar kat p.msg atok..die kata..die bz skrg ni.. tu je...
|
|
|
Novel
Feb 20, 2004 21:41:53 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 20, 2004 21:41:53 GMT 8
die ade antar kat p.msg atok..die kata..die bz skrg ni.. tu je... ooo, maklumlah...lagi lebih kurang 2 minggu praktikal habis...mestilah bz...sibuk ngan report ngan prepare presentation..tul x?
|
|
|
Novel
Feb 20, 2004 22:13:14 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 22:13:14 GMT 8
ooo, maklumlah...lagi lebih kurang 2 minggu praktikal habis...mestilah bz...sibuk ngan report ngan prepare presentation..tul x? betul tu..byk keje nk die buat..die kata,report die..lg skit nak siap..pastu nanti die..online balik..
|
|
|
Novel
Feb 21, 2004 0:02:35 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 21, 2004 0:02:35 GMT 8
betul tu..byk keje nk die buat..die kata,report die..lg skit nak siap..pastu nanti die..online balik.. ooo...o.k, lau cam tue...kita just tunggu jerlah sweet girlz nie online balik....
|
|
|
Novel
Feb 21, 2004 0:10:46 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 21, 2004 0:10:46 GMT 8
ooo...o.k, lau cam tue...kita just tunggu jerlah sweet girlz nie online balik.... ok..kite tunggu die kembali..
|
|