|
Novel
Nov 12, 2004 10:38:53 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:38:53 GMT 8
Pagi-pagi lagi Fitri telah memulakan rutin hariannya dengan menyapu laman. Mak Som pula sedang membaca Al-Mathurat, dia memang selalu begitu selepas menunaikan solat subuh dia akan terus berteleku di tikar sejadah membaca Al-mathurat dan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sementara menunggu masa untuk menunaikan solat Dhuha. Fitri suka menyapu laman pagi-pagi kerana suasana pagi yang segar dan nyaman. Padanya menyapu laman ini adalah satu senaman buatnya. Selepas menyapu laman Fitri mengemas rumah. Dia akan mula membuat biskut raya selepas menunaikan solat zohor. Kiranya sampai hari ini banyak juga biskut raya yang telah dibuatnya. Fitri hanya membuat biskut-biskut moden sementara kuih tradisional seperti bahulu dan kuih bangkit Mak Som yang buat. Fitri juga membuat biskut untuk orang kampung yang menempah padanya. Petang seperti kebiasaannya dia akan mengajar budak-budak di pangkin yang terletak dihalaman rumah.
28 Ramadhan Along akan pulang kekampung. Fitri gembira menunggu kepulangan abangnya yang tersayang itu. Mak Som dan Fitri bercadang nak masak makanan kegemaran Fakrudin. Asam pedas kepala ikan dengan jantung pisang masak lemak cili padi menjadi menu utama disamping ulam-ulaman dan juga buah-buahan untuk pencuci mulut. Fitri juga membuat kuih kegemaran Alongnya iaitu cucur badak. Suasa berbuka puasa pada hari itu sungguh meriah dengan kehadiran Alongnya itu. Fitri tersenyum gembira begitu juga yang terdapat diwajah emaknya apabila menerima kepulangan anak tersayang dihari yang mulia ini.
"Fitri ada surat dekat atas meja" kata Along apabila melihat Fitri keluar dari biliknya. Fitri mendapatkan surat yang dikatakan oleh Along. Dia berdoa agar surat yang diterima itu adalah surat tawaran kerja. Fitri mencapai surat yang terletak diatas meja yang tertera namanya Nur Fitri Suhada Binti Mohd Fadhil. Dia kemudiannya duduk disisi abangnya itu lalu membuka surat. Mak Som juga ada disitu. "Macam surat tawaran kerja sahaja", kata Alongnya. Hati Fitri berdebar-debar menbuka surat itu. Dalam hatinya dia berdoa agar ditawarkan satu pekerjaan. "Baca kuat-kuat sikit Fitri mak pun nak dengar", pinta Mak Som. Fitri tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Dia kemudian membuka lipatan surat yang bertaip itu.
"Sukacita dimaklumkan bahawa saudari Nur Fitri Suhada Binti Mohd Fadhil telah ditawarkan untuk bekerja disyarikat kami. Semoga dengan kehadiran Saudari dapat membantu membangunkan syarikat kami. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut. Sila telepon kami untuk menyatakan tarikh untuk ditemuduga" laju Fitri membacanya. Alhamdulillah katanya sambil menadah tangan. " Apa jawatannyanya dik", tanya Along pula. Fitri kemudian kembali menatap surat itu. "Tempatnya boleh dibincang. Jawatannya .... Hah!! Biar betul?", jerit Fitri tercenggang memandang abangnya itu. Fakrudin hanya ketawa melihat gelagat Fitri. "Jawatannya isteri kepada Anuar b. Ibrahim" teka Alongnya sambil tersenyum. Fitri kehairanan mana Along tahu padahal surat ini baru dibukanya. "Adik-adik.. Sahabat along tu dah berkenan pada adik. Tapi along tak sangka pula sampai sangup dia buat macam ini. Tapi cop syarikat dekat depan surat itu memang cop syarikat tempat abang kerja, yang pasti Anuar pun kerja dekat situ". Fakrudin masih lagi tergelak. Fitri kehairanan begitu juga dengan Mak Som. " Along cakap yang Fitri tengah tunggu kerja itu yang dia offer adik kerja jadi wife dia. Pandai betul kau Anuar".Fakrudin meneruskan tawanya sambil menggelengkan kepalanya.
"Anuar kawan kau tu ke Din", tanya Mak Som pada nak terunanya itu. "Yelah mak Anuar mana lagi.. Anuar bertuah itulah" jawab Fakrudin yang kini telah reda tawanya. "Adik.. kawan along itu baik. Along kenal sangat dengan dia satu university dengan Along, sewa rumah yang sama, tempat kerja sama. I"am really know his .Beliave me he is the righ person for you! . Fitri hanya memandang emaknya kemudian abangnya itu silih berganti. Malu dia dengan situasi itu. Mak Som hanya tersenyum. Memang sebelum ini Fitri ada dengar emaknya memuji Anuar dihadapannya tapi dia buat tak tahu sahaja. Abang Anuar, Abang Anuar Fitri membisikan nama itu beberapa kali didalam hati. Jaga kau nanti sambungnya lagi.
Malam ini adalah malam 1 Syawal. Kedengaran Takbir raya berkumandang di corong radio juga di televisyen cukup menyentuh hati. Mak Som dan Fakrudin sibuk memansang langsir baru. Fitri pula sedang berbual dengan seseorang. Sesekali mata Alongnya mencuri pandang padanya sambil tersenyum nakal. Begitu juga dengan emaknya. Anuar berada ditalian. Anuar meminta kebenaran daripada Mak Som untuk bercakap dengan Fitri. Fitri tak mahutapi setelah maknya dan alongnya memaksanya dia terpaksa berbual dengan permuda itu.
"Maafkan Abang ya Fitri andai Fitri tak suka dengan kehadiran surat itu", lembut suara Anuar berbicara. "Fitri marah abang ke?" tanya Anuar lagi. " Tak", jawab Fitri ringkas. "Habis itu kenapa taknak cakap dengan abang?" tanya Anuar lagi. Fitri serba salah. "Erm.. Fitri tak tahu nak cakap apa?"jawab Fitri. Kedengaran suara Anuar ketawa disebelah sana. " Fitri kalau boleh abang nak masuk meminang Fitri.Itupun kalau Fitri izinkan". Fitri terkedu. "Fitri" Fitri dengar tak apa yang abang cakap ni. Abang dah minta izin pada emak Fitri tapi mak suruh abang tanya pada Fitri", terang Anuar lagi. "Mak? Mak mana?", tanya Fitri. "Mak Fitrilah" jawab Anuar. "Belum jadi menantu dah panggil mak kita mak ke?" tanya Fitri. Anuar ketawa. " Tak boleh ke?" Anuar menduga. Ya Allah kuatkanlah imanku ya Allah, Fitri berdoa didalam hatinya. "So macam mana kita ni?"sambung Anuar lagi apabila didapatinya Fitri hanya mendiamkan diri. "Erm..Fitri tak tahu abang bincang dengan mak dengan abang Fitri ya" jawab Fitri. "Terima kasih Fitri, terima kasih sebab terima diri ini. Abang bersyukur sangat". Taklama kemudian talian dimatikan setelah mengucapkan salam.
Baru sahaja Fitri meletakan gangang telepon. Alongnya datang menghampirinya. "Macam mana adik. Setuju?"tanya Alongnya sambit tersenyum. Mak Som juga menantikan jawapan dari Fitri. "Fitri serahkan segalanya pada mak dengan Along" jawab Fitri perlahan. Alongnya tersenyum. Mak Som gembira dengan pilihan anaknya itu. "Kak Fitri" Kak Fitri" tertiba kedengaran suara orang memanggil diluar rumah. Fakrudin segera menjenguk. "Abang Din, Kak Fitri ada? Ini ada surat untuknya. Posmen salah antar dia antar kat rumah saya" jelas Syamsul anak ketua kampung yang masih menuntut di tingkatan lima. Syamsul kemudian menghulurkan surat itu kepada Fakrudin. "Terima kasih Syamsul" ujar Fakrudin kemudian melihat Syamsul yang berlalu pergi. "Adik ada surat untuk adik", Fakrudin memberi sampul surat yang berwarna coklat itu kepada Fitri. Fitri berdebar menyambutnya. Tangannya pantas membuka sambul surat itu mengeluarkan isinya untuk mengetahui isi kandungannya. "Alahamdulillah mak Fitri dapat kerja" Fitri melompat sambil memeluk emaknya itu. " Adik tengok betul-betul takut dapat surat yang macam petang tadi" usik Alongnya. Fitri mencebikkan bibirnya pada Alongnya. "This is the true letter. Science officer Along not wife position" terang Fitri sambil matanya bersinar memandang abangnya itu. " Mak Fitri dapat tawaran jadi pegawai sains, kiranya temuduga yang Fitri pergi enam bulan lepas berjaya mak" jerit Fitri. "Alhamdulillah", ujar Mak Som yang turut gembira dengan kejayaan anaknya itu.
Malam itu Fitri tidur dengan linangan air mata. Tanda kesyukuran pada yang Esa. Dipertemuakan dengan Abang Anuar serta tawaran kerja sebagai Pegawai Sains yang ditungu-tunggunya selama ini. Takbir raya yang berkumandang dari radio kecil dalam biliknya itu membuatkannya lebih bersyukur lalu dia mengangkat wuduk untuk sujud pada yang Esa. Dia benar-benar gembira mungkin ini sinar syawal cahaya aidilfitri buatnya. Dan baru tadi juga Fitri tahu yang Abang Razif itu sebenarnya sepupu Abang Anuar. Dia tanya pasal Fitri untuk Abang Anuar rupanya. Ternyata kasihnya masih teguh buat Ramlah. Ya Allah aku bersyukur. Aku yakin pada janjimu ya Allah "Mintalah PadaKu Nescaya Aku akan kabulkan" ternyata segala yang aku inginkan telah Kau makbulkan ya tuhanku. Aku bersyukur dan hanya padaMu akan kuletakkan segala pengharapan dan pengabdian. Air mata Fitri menitis lagi.
|
|
|
Novel
Nov 12, 2004 10:41:19 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:41:19 GMT 8
Dua Insan - Episod 1
Walaupun telah 5 tahun perkara itu berlalu namun kenangan itu masih terpahat di dalam ingatanku.
Perjalanan dari Pudu Raya ke Kluang amat lama ku rasakan. Ialah, aku tidak sabar-sabar untuk melihat bandar Kluang memandangkan aku tidak pernah pun menjejakkan kaki ke daerah itu. “Arghhhh….lama lagikah Ina?” soalku kepada Ina, roomate aku di hotel. “Alah akak nih, lepak arr…aper kater akak tido dulu. Dah sampai nanti Ina kejutkan akak ek!”
“Akak bangun kak.Dah sampai dah” “Erm…yer ker?” balasku sambil mengeliat. Wah….penantian ku berakhir. Serperti orang jakun, aku memandang ke kiri dan kanan jalan. “eh, kat sini pun ade INTAN ker?” “Wah, akak ingat Kluang nih cikai sangat ker?” marah Ina. Aku hanya ketawa. Itulah sahabatku Ina. Roomateku di semester 6. Walaupn baru 6 bulan aku mengenali dier namun kami agak rapat. Mungkin disebabkan kami nih sekepala. Walaupun Ina muda 2 tahun dariku namun pemikiran dier agak matang berbanding aku. Sesampai di pekan Kluang aku dan Ina terus menahan teksi untuk ke rumah Ina. Menurut Ina bas agak lambat ke kawasan perumahannya. Tambahan pulak ari sudah mulai lewat. Aku hanya menurut kerana aku pun tidak berapa arif tentang hal itu.
Aku disambut mesra oleh ibu Ina. Menurut Ina hanya abangnya yg sulung dan ibunya yang mendiami rumah itu. Ibunya masih bekerja di kilang begitu juga dengan abangnya. Jadi setiap pagi hanya akan tinggal aku dan Ina sahaja di rumah. “Erm...sunyi juga kawasan nih ek!” “Sini majoritinyer Cina kak, adelah Melayu but tak ramai sangat” jelas Ina padaku. “So aper aktiviti kiter esok?” “Ok...esok kiter pegi Smile” “Smile??” “Yer Smile!!” Ina meninggalkan aku ngan 1000 persoalan sambil mengeyit mata padaku.
“Akak…bangun arr!!Kater nak pegi Smile” “Alah…pegi petang2 skit tak boleh ker?” “Alah…jom arr pegi skrang!!x best gie lewat2 nih”. Dengan maleh aku pun bangun dari tido. “Mengacau betul…”bebelku pada Ina. Ntah aper Smile pun ntah. Dengan menaiki motosikal, aku dan Ina pegi ke Smile. “Hek eleh, supermarket ker!!” jeritku pada Ina. Ina hanya tersengih padaku. Setelah puas aku dan Ina meronda Smile, kamipun pulang ke rumah. “Nanti malam kiter pg rewang-rewang area nih ek!!” “Ok” balasku.
Sudah 4 hari aku di sini. Ini bermakna sudah 4 hari juga aku tidak menelefon Along, boyfriendku. “Akak taknak call Along ker??” Tanya Ina padaku suatu hari. “Entah arr..”Memang aku sengaja tidak menelfon Along. Aku tau jika aku menelefonnyer pon, kitaorang mesti perangnyer. Sebenarnyer dier tidak baper suka aku mengikut Ina ke Kluang. Dier lebih suka aku menghabiskan cuti semesterku di rumah. Senang nak contact katernyer padaku. Alah…alasan!!Bukannyer kau takder handset. Kalau aku balik ke rumah pon, aku jugak yang call dier. Nak harap dier call....macam2 alsan keluar dari mulutnya!!
“Akak...dengar tak aper yang Ina cakap nih” “Hah, aper dier?? ”balasku sambil mengaru2 kepala.“Berangan arr tuh...orang cakap bukannyer nak dengar” “Yer adik sayang..apernyer? ” “Kiter pegi public malam nih ek?? ” “Ok”. Lepas selesai dinner aku dan Ina menapak ke public phone. “Akak nak guna dulu ker??”. “Takper arr…Ina guna dulu. Akak mungkin lamer kot”. Sementara menunggu Ina bergayut, aku melabuhkan diri di kerusi batu berhampiran dengan public phone tuh. Huh…aku mengeluh. Walaupun hampir setahun aku bersama Along namun aku tidak membahagiakan aku. Aku mengenali Along melalui temanku. Wajahnyer yang seiras Along Spoon tuh mengamit perhatiaku yang kebetulan meminati Along Spoon. Dari sehari ke sehari perhubungan kami menjadi rapat dan akhirnyer bertukar menjadi kekasih. Walaupun Along seorang bad boy, namun aku tidak mempedulikannyer kerana padaku dier seorang boyfren yang baik, setia dan ikhlas terhadapku. Cuma yang menyedihkan aku ialah dier masih lagi seronok bergelumang dengan “dunianyer” itu. Dier masih fikir untuk hidup enjoy tanpa memikirkan masa depannyer. Bile aku menegur sikapnyer, dier mula mengatakan aku tidak pernah cuba memahaminyer. Banyak kali kami berperang besar namun akhirnyer aku jugak yang mengalah. Yer arr....saper aku di sisinyer. Mamanyer pun tidak pernah ambil peduli, aku apatah lagi. “Akak nak guna phone tak??” “erm…boleh arr... ”. “ Assalamualaikum...bleh saya bercakap ngan Along?? ”. “Waalaikumussalam...tunggu kejap ek”. “Asslamualakum” . “Walaikumussalam...awak ek!!.....Ayu nih!! ” kataku riang. Yer arr 4 hari tak mendengar suaranyer. Rindu serindu-rindunyer!! “Ai...baru ari nih nak telefon. Aper 4 ari awak buat kat sane?Menggatal?? ”aku terkejut. Begitu sekali tuduhan dier terhadapku. “Awak....saya nih menumpang rumah orang. Takkan nak ajak tuan rumah merayau malam2 semata2 nak telefon awak. Nak call awak pon, awak bukannyer reti lekat kat umah !!Nih pon ntah aper mimpi awak bertapa kat rumah!!”. “Arghh...alasan!!Handphonekan ader, call jer arr pakai handphone awak tuh”. “Awak, saya tak top up lagi phone nih....cuba arr paham skit keadaan saya kat sini!!Dah tau saya ader handphone, awak tak bleh nak call saye?? ”. “Awak nih memang, banyak sungguh alasannyer. Sikit-sikit nak harap kiter yang call. Kalau dah benci tuh cakap jer arr…tak payah nak wat 1000 alasan!!” Aku dah mula fade-up. “Ok arr wak, teruskan arr ngan sikap keras kepala awak tuh…saya dah malas nak layan!!Pap…terus aku meletakkan errr menghempas ganggang telefon. “Gaduh lagi??” tanyer Ina padaku. “Em....”aku hanya mengganguk lemah. “Sabo arr kak!!Maybe dier tengah ader problem tuh...”. “Ntah arr.. ”
Hari nih genap 6 hari aku berada di Kluang. Next week aku nak pegi ke Kota Tinggi lak. Ntah naper malam ari tuh aku rase amat membosankan. Kebetulan ibu Ina wat OT. Kalau tak bleh gak aku berborak-borak dengan ibunyer. Ibu Ina sorang yang peramah. Dier rajin bercerita terutama kisah – kisah silamnyer termasuk kisah Ina. Kekadang merah-merah muka si Ina menahan malu apabila ibunyer bercerita tentang kenakalannyer sewaktu kecil dahulu. Yang bestnyer ibu Ina nih sporting. Mungkin kerana pergaulan ibunyer dengan anak-anak muda di kilang membuatkan dier lebih memahami isi ati anak muda zaman skarang. “Akak…nak watper ha malam nih??” tanyer Ina tiba-tiba. Eh...dari mane plan munculnyer minah nih?? “Ntah...any ide??” “Kiter p cc nak tak??”. “Erm...bleh gak!!” Haha....itu ler hobi utamaku, surf Internet!! “Ha aper tunggu lagi, jom arr!!”
|
|
|
Novel
Nov 12, 2004 10:42:53 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:42:53 GMT 8
Bicara Maut
Siapa yang tidak kenal dengan Hadi. Sebut sahaja nama Hadi,semua orang akan mula membayangkan susuk tubuh seorang peragawan terkemuka dan juga pelakon yang cukup diminati. Azwa tidak dapat menafikan rupa paras Hadi memang menawan. Hadi memang seorang yang rupawan. Wajah kacak Hadi itu diwarisinya daripada darah campuran bapanya, seorang Melayu tulen dan ibunya pula seorang wanita Itali Maka hasil daripada kombinasi genetik pasangan itu lalu lahirlah seorang zuriat yang begitu mengkagumkan, Hadi. Rambut Hadi perang dan ikal, berketak-ketak di hujung. Kening Hadi tebal, tampak memukau dengan sepasang mata berwarna hijau. Hidung Hadi mancung. Bibir Hadi menawan. Kulit muka Hadi licin dan bersih. Pendek kata, segala karekteristik yang dianugerahkan Illahi kepada Hadi begitu sempurna. Begitu hebat. Sehingga bisa meluruhkan hati setiap mata yang memandang.
Hadi menjadi pujaan setiap muda-mudi. Remaja-remaja yang masih di bangku persekolahan, mereka galak dan bersungguh-sungguh menjadikan poster-poster Hadi sebagai hiasan dinding di kamar bilik. Bagi yang sudah bekerja pula, mereka terkejar-kejar mengumpul koleksi majalah-majalah yang memaparkan kisah Hadi. Kisah yang tidak membawa apa-apa pengertian namun tetap menjadi pujaan. Bagi yang sudah berkahwin pula, mereka di dalam diam menyimpan perasaan terhadap Hadi. Surat-surat peminat memang tidak terbaca jika hendak dibaca. Apatah lagi hendak membalasnya. Tandatangan peminat, lenguh sudah tangan Hadi mencoretkan. Jerit sorak peminat, tidak kuasa Hadi hendak melayan. Semua itu satu rutin yang telah betah bagi Hadi. Hadi tidak kisah dengan diri sendiri menjadi tumpuan. Hadi tidak kisah hidup peribadinya terganggu. Hadi tidak kisah apa-apa pun. Malah, Hadi begitu berbangga dengan apa yang dimiliki. Hadi telah memiliki apa sahaja yang diidamkan oleh seorang lelaki normal seperti dirinya. Hadi punya segala-galanya. Kekayaan, kemasyhuran, rupa paras yang hebat, kegagahan, tubuh yang tegap, semuanya ada pada Hadi. Hadi memang seorang yang bertuah. Azwa sendiri tidak dapat menipu dirinya bahawa dia juga turut meminati Hadi.Dia juga mempunyai perasaan yang sama sepertimana peminat-peminat Hadi yang lain. Sebagai seorang wanita biasa yang tidak punya apa-apa, dia telah lama menyimpan semacam perasaan yang sukar dimengertikan terhadap Hadi, sejak pertama kali bertemu dengan Hadi. Akan tetapi, dia bukanlah seperti gadis-gadis di luar sana. Gadis-gadis yang bebas untuk ke sana ke mari. Mengikut gerak naluri. Bebas untuk menonton setiap filem-filem Hadi. Atau pertunjukan fesyen yang Hadi peragakan. Atau mengikuti apa sahaja perkembangan terkini daripada Hadi. Dia adalah seorang gadis yang dibesarkan di dalam didikan agama. Dia telah dibesarkan dalam pagar keimanan dan ketakwaan. Setiap hasil tunjuk ajar daripada arwah ibu bapanya masih lagi terbendung kukuh di dalam sanubari ini. Tudung labuh tidak pernah berpisah daripadanya setiap kali dia bertentang dengan seseorang yang bukan mahramnya. Zikirnya, tasbihnya, adalah hiasan hatinya. Dalam mengingati Allah, di situ dia temui kebahagiaan. Di atas pendirian yang sedemikian, Azwa tidak pernah bersetuju apabila Hadi membuat keputusan untuk menjadi model.. Dia tidak sama sekali merelakan Hadi memilih dunia penuh kepura-puraan itu. Dunia itu tidak sesuai dengan Hadi. . Hadi tidak sepatutnya mencemar diri dengan menjadi model. Dia berkata begitu bukanlah kerana dunia Hadi itu tidak bersih. Atau jijik. Tetapi, orang-orang yang berada di sekeliling dunia itu, kebanyakannya tidak bersih. Ketidak bersihan mereka itu yang dikhuatirinya kalau-kalau ianya nanti bakal mempengaruhi Hadi. Hari itu, ketika pagi masih lagi diselimuti kabus, ketika burung baru sahaja melayah dari sarang, ketika mentari masih malu-malu menguak cahaya, dan ketika abang Naim baru sebentar bertolak ke sekolah, Azwa diserang oleh sebuah kejutan yang sangat besar.Kejutan yang dikuasai oleh rasa antara percaya dan tidak. Dia rasa seperti sedang bermimpi apabila sebuah kereta Honda sport warna merah berhenti betul-betul di depan halaman rumah yang berpasir. Halaman yang penuh dengan daun-daun kering pohon mangga, daun-daun yang baru ingin disapunya. Lebih mengejutkan lagi apabila seorang pemuda keluar daripada kereta sport itu. Seorang lelaki yang cukup dia kenali dan dia sedari. Pemuda itu tampak segak dengan jeans hitam dan kemeja tidak berbutang, dipadankan dengan t-shirt putih di dalam. “H..Hadi?”ucap Azwa gugup. Hadi tersenyum tawar lalu menanggalkan kaca mata hitam. “Assalamualaikum…”suara Hadi kedengaran bergetar,. Entah kenapa ia bergetar begitu, tidak dapat Azwa pastikan. “Waalaikumussalam…”Dia masih lagi tidak dapat menyembunyikan rasa kejutannya. “Hadi datang ni nak minta tolong Azwa…”kata Hadi, perlahan dan berat. “Hah,”Azwa kaget. Apa pula pertolongan yang Hadi harapkan daripadanya sehingga sanggup datang begitu jauh? “Ta..tapi abang Naim tak ada…kan tak manis kalau orang lihat kita berdua aja macam nie?”ucap Azwa lagi, agak kesal kerana terpaksa berkata sedemikian. Hadi menjadi kecewa. “Bukankah menolong orang yang di dalam kesusahan itu lebih utama?”balas Hadi sejurus kemudian. Hadi nampak benar-benar mengharap. Dia terperangkap. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Antara fitnah yang bakal timbul antara kedua mereka dan membantu Hadi, yang mana satu perlu didahulukan. Membantu Hadi, bermakna terpaksa mempersilakan lelaki itu masuk ke dalam rumah. Bila Hadi masuk ke dalam rumah, yang ada di situ nanti cuma dirinya dan Hadi. Apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan pada sesuatu tempat, maka yang ketiga adalah…. Akan tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan Hadi. Wajah Hadi yang sugul benar-benar mencerminkan bahawa ada sesuatu yang berat sedang melanda. Namun, apakah ia? Dia akhirnya mendapati bahawa dia tidak punyai apa-apa pilihan melainkan memepersilakan Hadi masuk. Selepas menyediakan sebuah bilik untuk Hadi, dia cepat-cepat beredar ke dapur. Menyelesaikan beberapa kerja yang sengaja dibuat-buatnya. Katanya kepada Hadi, segala perkara akan dibincangkan sebaik sahaja abang Naim pulang. Hadi, walaupun ingin membantah, akur jua dengan keputusannya. “Aik Hadi? Apa ke hal tiba-tiba kau datang ni?”kata abang Naim sebaik sahaja mereka duduk menghadapi makan malam di dapur. Abang Naim baru kembali dari solat isyak di surau, Hadi pula baru keluar dari bilik. Dia sendiri, sedang sibuk mengaturkan makanan di atas meja. “Hadi sebenarnya ada masalah sikit..nak minta tolong…”balas Hadi, berat. “Heh,” abang Naim mengherdik. Azwa tersentak. “Baru sekarang kau nak datang..masa susah baru ingat kampong ni..masa mak bapak aku meninggal dulu, mana kau pegi? Haram kau tak ingat!”abang Naim menghentak meja. “Hadi minta maaf..” “Sudahlah…masa susah aja nak ingat sini..masa senang pegi buat dosa!!”sembur abang Naim. Sebelum sempat Hadi ingin membela diri, abang Naim telah pun berlalu, mengabaikan makan malam yang sedang dihidangkan. Azwa mengerut kening. Kata-kata abang Naim baginya keterlaluan. Terlalu pedih bagi seseorang yang sedang dirundung masalah seperti Hadi. Abang Naim bukan sahaja tidak mahu membantu mengurangkan bebanan Hadi, malah abangnya itu awal-awal lagi telah menuduh dan mencemuh Hadi. Itu semua tentu sahaja akan menambah lagi bebanan di sisi Hadi. “Azwa minta maaf pasal…”ucapnya kesal tetapi dipintas oleh Hadi. “Tak apa..apa yang abang Naim cakap tu memang betul…”ada nada putus asa pada bicara Hadi. Hati Azwa dipaut simpati.
|
|
|
Novel
Nov 12, 2004 10:44:35 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:44:35 GMT 8
“Hadi minta maaf..” “Sudahlah…masa susah aja nak ingat sini..masa senang pegi buat dosa!!”sembur abang Naim. Sebelum sempat Hadi ingin membela diri, abang Naim telah pun berlalu, mengabaikan makan malam yang sedang dihidangkan. Azwa mengerut kening. Kata-kata abang Naim baginya keterlaluan. Terlalu pedih bagi seseorang yang sedang dirundung masalah seperti Hadi. Abang Naim bukan sahaja tidak mahu membantu mengurangkan bebanan Hadi, malah abangnya itu awal-awal lagi telah menuduh dan mencemuh Hadi. Itu semua tentu sahaja akan menambah lagi bebanan di sisi Hadi. “Azwa minta maaf pasal…”ucapnya kesal tetapi dipintas oleh Hadi. “Tak apa..apa yang abang Naim cakap tu memang betul…”ada nada putus asa pada bicara Hadi. Hati Azwa dipaut simpati. “Abang Naim tak bermaksud nak buat macam tu..”tambahnya lagi. Hadi tunduk merenung meja. Mengebam-ngebam bibir. “Tapi kalau abang Naim taknak tolong..Azwa kan ada?” Hadi tersentak mendengar tawarannya itu. Pandangan lelaki itu lantas tersorot kepada matanya. Dia berpaling, menyembunyikan wajah. Malu. Beberapa ketika kemudian, selepas Hadi menjamah sedikit makanan yang dia sediakan dan dirinya pula mengemaskan pinggan mangkuk , abang Naim mendapatkan Hadi di ruang tamu. Abang Naim memohon maaf di atas sikap yang emosional tadi. Hati Azwa menjadi lega dengan tindakan abang Naim. Dia tahu abang Naim tidak bermaksud mahu melukai Hadi. Abang Naim cuma kecewa dengan Hadi. Sebagaimana Azwa sendiri yang pernah kecewa dengan sikap Hadi. Sikap Hadi pada suatu ketika dahulu yang dirasakannya kurang wajar. Sungguhpun demikian, dia tidaklah seekstrim abangnya. Untuk menghukum Hadi seperti tadi. Suatu ketika dahulu, ketika di zaman persekolahan, abang Naim tinggal di sekolah berasrama penuh, sama dengan Hadi. Mereka boleh dikatakan cukup rapat dan mesra. Ibu bapa Hadi pula, ahli perniagaan yang sibuk. Sering punya urusan di luar negara. Lantaran itu, hidup Hadi akan menjadi cukup sunyi setiap kali cuti semester. Hadi tidak seghairah pelajar-pelajar lain yang berlumba-lumba ingin pulang ke kampong halaman. Bagi Hadi, kepulangan ke rumah tidak membawa apa-apa makna kerana ibu bapanya tidak kedapatan di situ. Mereka sibuk dengan perniagaan dan kemasyhuran. Oleh yang demikian, abang Naim sering membawa Hadi bercuti bersama-sama di kampong, di rumah ini. Kehadiran Hadi disambut oleh keluarganya seperti kedatangan seorang putera raja. Lama-kelamaan, wujudlah semacam rasa kekeluargaan antara mereka. Hadi, saling tidak tumpah seperti saudara sendiri. Namun, semua itu hanya berlaku sebelum Hadi menjadi model. Entah apa sebabnya Hadi menjadi model, dia sendiri pun tidak tahu. Apa yang nyata, kerana model itulah Hadi berubah. Hadi terus melupai mereka dan tidak lagi datang ke sini.Model itu seperti sebilah gunting yang tajam yang telah memutuskan tali persaudaraan antara mereka. Ketika arwah ayah dan ibu meninggal pun Hadi tidak datang. Abang Naim tergesa-gesa menghantar telegram kepada Hadi. Namun, Hadi tidak melayaninya. Hadi terus sibuk dengan kemodelannya. Dan akan terus sibuk dengan dunia itu. Itulah punca utama abang Naim kecewa sangat dengan sikap Hadi. Hadi dianggap lupa daratan. Hadi dianggap tidak mengenang jasa. Ah, tetapi dia telah lama memaafkan Hadi. Jika Hadi tidak meminta maaf pun, dia tetap akan memaafkan Hadi. Memang telah menjadi sikapnya, suka memberi kemaafan dan menerima kemaafan.Semua orang bisa melakukan kesilapan dan setiap kesilapan itu sudah tentunya menuntut kemaafan. Azwa sedang menatang sedulang cawan ke ruang tamu semasa Hadi mula bercerita-cerita tentang masalahnya kepada abang Naim. Dia tumpang mendengar apabila mengaturkan cawan-cawan teh kepada abang Naim dan Hadi. Cadangan abang Naim supaya dia menyertai mereka telah membolehkan dia mengikuti permasalahan itu dengan lebih lanjut. Azwa merasakan seperti dirinya sebahagian daripada diri Hadi pula apabila melihatkan kesungguhan Hadi bercerita. Wajah Hadi berkerut resah. Peluh-peluh dingin bertapak keras pada dahi Hadi. Setiap tutur bicara Hadi berat bunyinya. Ada naluri seram dan ganjil menguasai persekitaran. Unggas-unggas malam yang semakin rancak berdendang, dengan rebana sang burung tukang membuat sarang, menjadikan suasana lebih cepat sunyi daripada waktunya. Bayu malam dari luar, mencuri-curi masuk melalui celahan papan kayu menerpa tubuh. Ada rentak daun-daun pokok bergeser dipukul angin. Segala apa yang Hadi ceritakan terbayang jelas pada ruang matanya. Resah Hadi, cemas Hadi, bingung Hadi, adalah perasaannya juga. Tiba-tiba rumah kayu itu bertukar menjadi banglo mewah Hadi. Dinding papan melarut ke dalam dinding konkrit bermarmar putih. Tikar mengkuang anyaman tangan menyerap hilang melalui permaidani tebal buatan Iran. Kerusi-kerusi rotan separuh abad bertukar dengan sofa mewah ukiran kayu. Azwa hanyut di dalam imaginasinya. Terasa seperti dirinya adalah Hadi. Hadi sedang bersandar megah pada sofa panjang di tengah-tengah ruang tamu. Tidak berbaju. Hanya berseluar panjang khakis dengan tali pinggang jenama eropah yang belum ditukar sejak pulang. Tubuh sasanya sengaja dibiarkan terdedah, dijamah arus penghawa dingin serendah lapan belas darjah selsius.. Iklan di televisyen, entah kali keberapa menayangkan lagi iklan Hadi. Iklan Hadi sedang berlari-lari dengan beberapa model wanita di tepi pantai. Menggayakan jenama sebuah seluar jeans. Melalui maklumat yang dia perolehi, seluar jeans itu mendapat sambutan di luar dugaan. Kononnya gara-gara dia yang memperagakannya. Dia tersenyum bangga. Bangga dengan apa yang dimiliki. Bukan semua orang dapat mencapai tahap yang telah dia perolehi. Hadi tiba-tiba terkejut apabila ada sepasang tangan yang putih dan lembut merangkul lehernya dari belakang. Baru dia sedar, Rina sedang menantinya sebegitu sejak seberapa lama. “Sayang…cepatla siap…”kata Rina dengan lemah lembut. Dia capai tangan Rina lalu mengucupnya. Wangi. “I penat la sayang…” balas Hadi dengan lemah lembut juga. “Ala..you kan dah janji..nak temankan I pegi party…”Rina merengek. “Lain kali ya sayang…I penat betul ni…” “Hadi…jangan la macam tu..masa ni la I nak tunjuk depan member-member I, bahawa Hadi, jejaka idaman setiap wanita telah jatuh ke tangan I…” Hadi mendengus. Dia meloloskan pautan Rina daripada lehernya. “Helo, I tak pernah jatuh ke tangan sesiapa pun, okey?”suara Hadi meninggi. “What?”Rina tersentak. “Habis, yang you kata you cinta kat I tu apa dia?” “Itu cinta saja…tak lebih dari tu…” “Hadi!”Rina meradang.
|
|
|
Novel
Nov 12, 2004 10:46:58 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:46:58 GMT 8
Hadi terasa pipinya panas. Ditampar dengan tas tangan Rina. Walaupun pipi Hadi sakit, tetapi Hadi tidak marah. Itu bukan kali pertama dia ditampar sedemikian rupa. Bahkan, tamparan begitu telah biasa bagi dirnya. Bukan sahaja dia terima daripada Rina, tetapi daripada gadis-gadis lain juga. Daripada Sarah, Shima, Mira, Carol dan entah siapa lagi. Tidak kuasa dia mengingatinya. Selepas setiap tamparan mereka, mereka pasti akan meninggalkan dirinya. Hadi biarkan sahaja dirinya ditinggalkan. Dia tidak sedikit pun menyesal atau berniat untuk memohon kemaafan. Maklum sahaja, andai seorang pergi, berpuluh lagi yang sedang menunggu giliran. Lagipun, kedatangan mereka bukanlah atas keinginannya sendiri. Mereka sendiri yang tergila-gilakan diri ini. Kepergian Rina pada ketika itu pun dia biarkan juga. Sepertimana mereka-mereka yang mendahuluinya.Rina pergi dari banglo dengan membawa hati yang panas dan luka. Hadi meraba pipi. Masih terasa sakit. Rosak pipiku ini. Dia tidak sedar bila pula matanya terlelap di atas sofa sedangkan televisyen yang sudah pun habis siarannya masih lagi terpasang. Tiba-tiba dia terjaga. Ada suara orang membunyikan loceng dari luar. Dalam mamainya, dia mengintai di sebalik pintu leluncur. Ada sebuah kereta polis dan dan dua orang pegawai di pintu pagar. Cahaya dari lampu kereta menyilaukan mata. Ada apa pula mereka bertandang pada malam-malam begini? Hendak apa? “Iya encik?”sapanya sebaik sahaja dia mendapatkan mereka. “Encik Hadi?”soal salah seorang pegawai yang lebih muda. Dia mengangguk. “Awak diminta ke balai polis sekarang..” Hadi tersentak. “Tapi kenapa?” “Kenalan awak, Sa’Rina’ Harun terbunuh di dalam kemalangan di jalan Gurney sebentar tadi..awak diminta menghadirkan diri untuk disoal siasat…” Dia melopong mendengar berita itu. Terkelu tidak terkata. Antara percaya dan tidak. Lebih kurang tiga jam kemudian, semua urusan Hadi selesai. Selepas mengesahkan jenazah Rina di hospital, dia terpaksa berkejar pula ke balai polis. Menjawab soalan yang pelik-pelik daripada pegawai bertugas. Jam di tangan sudah pun lewat pukul empat pagi. Matanya mulai memberat, keletihan. Dia membelokkan kereta sport Hondanya ke perkarangan banglo yang tampak suram dengan cahaya lampu chandelier dari dalam rumah. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, semacam perasaan seram menyelubungi diri Hadi. Struktur jenazah Rina yang dilihat tadi terimbas kembali di ruang mata. Cukup ngeri dan menakutkan.. Mata Rina terbeliak, pipi kanan Rina terbelah, menampakkan tengkorak putih. Beberapa batang gigi Rina hancur. Semuanya gara-gara kereta Rina, terbabas masuk ke bawah sebuah lori semasa memandu. Dia mengeluh lega. Lega dengan pelbagai perkara. Lega kerana tidak menjadi seperti Rina. Lebih lega lagi kerana dia tidak menyertai Rina sebentar tadi untuk ke parti. Manalah tahu kalau-kalau dia menyertai Rina, dia juga akan menerima nasib yang sama seperti Rina. Bukankah padah akibatnya. Rina tidak lagi seperti Rina yang pernah dikenalinya. Rina yang cantik dan seksi telah bertukar menjadi bangkai yang hodoh dan busuk. Sedikit sebanyak, walaupun antara dia dan Rina, mereka tidak punyai apa-apa hubungan istimewa, namun dia bersimpati juga dengan nasib Rina. Apa yang berlaku pada Rina itu terlalu mendadak dan tragis. Rina tidak patut mati sedemikian rupa. Mungkin dia patut bertanggungjawab di atas kematian Rina. Mungkin Rina berasa tersangat sedih kerana tingkahlakunya maka gadis itu telah memandu di dalam keadaan tidak keruan.. Perasaan tidak keruan itu tentu sahaja mendorong kepada sebuah kemalangan. Akan tetapi semuanya sudah terlambat. Tidak guna dia kesal-kesalkan lagi apa yang berlaku. Segala yang telah berlaku masakan dapat diulangi apatah lagi diperbaiki. Yang tinggal kini hanyalah sebuah kenyataan yang terpaksa dihadapi walaupun ianya begitu pahit. Hadi meraba pipi. Masih terasa sakit dek tamparan Rina. Hatinya digamit pilu. Mata Hadi semakin memberat. Rasa kantuk semakin mendesak dan menuntut kerehatan daripada diri ini.
|
|
|
Novel
Nov 25, 2004 13:20:43 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 25, 2004 13:20:43 GMT 8
kenApe ek cintA itu bukAn biAsA...?
Cinta itu bukan biasa...penah tak korang rasa cinta itu hanya sekadar melafazkannya melalui ucapan?tak jugak.tak semestinya cinta itu mesti dilafazkan dari muka ke muka.cinta itu luas maknanya...cinta yg bukan biasa bagi akule sesuatu yg indah tak terucap dengan kata2.kalau tak diucapkan dengan kata2pun aku gerenti cinta tu tetap adekan?tak taule camne ngan korang yg sememangnya tak memiliki cinta,tapi yg sebenar2nya kalau berbincang pasal topik cinta dah gerenti dah bukan sekadar ucapan semata2 kan? cinta itu bukan biasa...bagi aku yg takle dikatakan jiwang karat sangat.nak kata aku ni romantik entah?korang rasa?takkisahle...tapi yg penting kalau korang kenal aku taule camne jiwa aku ni.
biasanya kalau seseorang tu dah minat giler pada seseorang tu tak jugak kita istilahkannya sebagai cinta biasa ade jugak yg diklasifikasikan sebagai cinta luar biase@bukan biasa... penah tak dengar lirik lagu SITI NURHALIZA(BUKAN CINTA BIASA)? aku ni rasa tersentuh dengar baris2 lirik yg dinyanyikan oleh CT tu... opps...bukan nak puji CT pulak ek.... tapi yg pastinya cinta bukan biasa ni banyak kategorinya... ade yg cinta songsang(laki syok kat laki &pompuan cintan kat pompuan)...ade gak yg normal (laki syok kat pompuan &pompuan dah tentu jiwang kat laki kan)...ade gak yg cinta ab-normal(laki syok kat pompuan tapi pada masa yg sama syok jugak kat laki&pompuan cintan kat laki tapi bercumbu2an ngan pompuan gak)... tule... kalau aku nak cerite sure memang penat gak jari-jemari ni nak cerite.... tapi sampai sekarang sememangnya CINTA ITU BUKAN BIASA kan? terpulangle pada korang... akupun bukan insan biasa tapi kadang2 tu terfikir gak aku ni tetap insan biasa kan... cinta aku bukan cinta biasa... kenape ek cinta itu bukan cinta biase?
|
|