|
Novel
Aug 29, 2004 1:54:43 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:54:43 GMT 8
"Mama!"
Tisya meluru dan memeluk ibunya. Puan Rosnani membalas rangkulan dan mengusap mesra rambut anak tunggalnya.
"Mama ada belikan present untuk Tisya…"
Tisya tersenyum tawar. Lagi-lagi dia dimomokkan dengan hadiah. Tisya sakit mama… Pernah ke mama nak ambil tahu?
"Thank you, ma. Mama Tisya ada satu permintaan, mama boleh tunaikan tak?"
"Apa dia, sayang… apa saja untuk Tisya mama akan cuba."
"Tisya nak.. kalau boleh… nak makan bersama mama dan… emm papa. Kat mana pun Tisya tak kisah sebab Tisya rindu sangat nak bersama mama dan papa Tisya. Boleh, kan ma? Itu saja ma…"
Puan Rosnani mengeluh perlahan. Sebenarnya ini adalah permintaan anaknya yang ke ratusan kali. Bukan dia tak cuba tunaikan cuma, masa tak mengizinkan.
"Okey. Nanti mama call papa dan kita arrangelah ikut schedule. Mana tahu mama free papa pula tidak. Tisya faham kan?"
Tisya angguk. Dia memang faham. Faham sangat.
"Mama Tisya rasa mengantuklah. Tisya naik dulu ya?"
Dia mencium dahi, pipi dan tangan mamanya. Lalu berlari pantas ke bilik. Dia menyeka airmata yang mengalir. Tisya menyembamkan muka ke bantal, menangis semahunya. Kata-kata doctor tempohari masih terngiang di telinga. Tisya mengidap barah. Semua tanda-tanda yang menunjukkan penyakit itu sudah di tahap seri us terdapat pada tubuh Tisya. Doktor mengharapkan dia bersabar dan cuba mengaturkan pembedahan secepat mungkin padanya. Tapi Tisya tahu masanya sudah suntuk. Rambut lebatnya sudah berkurangan… pipinya cengkung. Beratnya turun mendadak walaupun Tisya tak memilih makan. Deria rasanya sudah hilang, walau apa yang disuapkan ke mulut, Tisya tak mampu merasa. Doktor mengarahkankan berada di wad dalam masa yang terdekat ini tapi Tisya enggan. Dia mahu menghabiskan masa bersama keluarga buat masa ini. Kalau boleh mahu bersama mama dan papa menikmati hari-hari terakhir yang bakal dilaluinya. Tisya rasakan matanya semakin berat. Gelap.
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:55:06 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:55:06 GMT 8
Assalamualaikum!"
Dean tersentak. Memandang aku atas bawah sambil menjawab salam. Aku tersengih-sengih sambil membetulkan cap.
"Buat per?"
"Nak tolong ke?"
Aku kenyit mata dan mengambil tempat di depannya.
"Tolong tengok kau je la, boleh?"
Sakat ku nakal. Dean tersenyum malu. Eleh malu-malu kucing. Aku pun apa lagi ni lah masanya mengayat. Curahkan segala ilmu. Hehe. Aku bersila di depannya. Entah kenapa hari ni aku nak tengok Dean puas- puas. Nanti masing-masing dah busy. Susah pulak aku nak menatap budak yang aku admire ni.
"Ajar aku lukis Sya. Kaukan terer. Hari tu kau kasi kat aku kau punya drawings, kan. Terima kasih."
Alamak. Kantoi lagi. Ni mesti keje Meera ngan si Wan. Aku dah tulis siap-siap secret admirer pun Dean tahu jugak. Aiseh, buat cam ner nasik dah jadi bubur. Memang hampir setiap hari mesti aku lukis sekeping lukisan untuk Dean. Entah, aku pun tak tahu kenapa. Bila teringat dia, aku terus capai pen atau pensel dan lukis. Pas tu setiap minggu aku pass kat Meera dan ada lah ayat best-best aku tulis kat situ. Strategi kot.
"Tisya, lukis aku boleh?"
Dean merenung aku penuh harap. Nak bagi mak we lah tu.
"Maner lah aku reti lukis ni, Dean. Silap-silap jadi muka beruk pulak."
Dean tertawa.
"Takkanlah… please… "
Dia hulurkan pensel dan kertas. Macam mana ni. Panik gak aku. Tangan aku menggeletar ketika menyambutnya. Buat-buat tersentuh sikit. Ambik kesempatan.
"Okey tengok sana."
Aku tunjuk ke kanan, Dean menurut. Aku tengok perspektif mukanya. Dengan selamba aku pegang pipi Dean dan tolaknya ke tepi sikit. Bukannya luak. Kesempatan lagi. Hehe. Lama aku renung Dean, bukannya apa, ambik mood. Aku sebenarnya segan. Biasanya aku buat drawing masa sorang-sorang kat bilik, boring-boring bolehlah. Aku tengok Dean tenang. Yakin lah tu. Tangan ku bergerak-gerak sambil mata aku tak lepas merenungnya. Matanya… turun ke hidung, berhenti di bibirnya merah. Aku terhenti. Tangan aku mengagau mencari pemadam.
"Cari apa Tisya?"
"Duk diam-diam…jangan gerak"
"Cakaplah, kau nak apa? Aku tolong ambilkan."
"Aku nak kau."
Mata berpandangan. Aku tersengih. Ketelanjuran kata-kata memang tak boleh ditarik balik. Muka Dean berubah merah. Aku capai pemadam dan sambung melukis. Masing-masing diam. Aku tenggelam dalam duniaku.
"Jangan risau Dean. Aku memang minat kau. Tapi setakat tu aja. Sumber inspirasi. Aku tahu kau dah ada awek. We ara buddies right?"
Aku hulurkan potret yang ku lukis pada Dean. Biarlah dia menilai sendiri. Di bawahnya aku tulis from `secret admirer'. Lama Dean menatap wajahnya di kertas itu. Aku berdiri dan mengibas punggung.
"Bye Dean. Aku balik dulu. Take care, coz I do care."
Aku tersenyum penuh makna. Dean masih terpaku. Sebenarnya aku terasa sebak tapi aku pasti kenapa. Aku dapat merasakan yang aku takkan bertemu Dean selepas ini.
****
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:55:48 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:55:48 GMT 8
"Assalamualaikum…"
Dean berdiri di muka pintu sambil memegang sejambak ros. Kelihatan seorang wanita terjengul di situ. Dean mengagak umurnya lewat 30-an namun masih berperawakan menarik, nampak lebih muda.
"Cari siapa?"
"Err… Tisya ada auntie?"
"Awak ni Danial, ya?"
Dean mengerut dahi. Macam mana wanita ini tahu namanya.
"Eh, Dean masuklah dulu."
"Prof. Jai. Maaf kalau saya mengganggu."
Dean bersalaman dengan Dr. Jailani.
"Duduk dulu Dean, nanti auntie ambilkan minuman."
"Tak payah susah-susah auntie."
Puan Rosnani tersenyum dan berlalu. Dean masih memandang sekeliling mencari kelibat Tisya.
"Cuti semester belum habis Dean dah balik sini..?"
"Ada part time kat pejabat abang saya, prof. Sambil cari pengalaman, dapatlah duit poket sikit."
Dr. Jailani mengukir senyum.
"Tisya mana prof?"
Sekian kalinya pertanyaan Dean tak terjawab. Puan Rosnani yang menatang dulang berpandangan dengan bekas suaminya.
"Pergilah ke bilik Tisya kat atas tu, Dean. Awak akan tahu dia di mana."
Dean keliru. Tanpa berfikir panjang dia bergegas ke tingkat satu. Bilik yang berhadapan dengan tangga bagai menggamitnya supaya masuk. Dean memandang sekeliling. Bilik yang ceria berwarna kuning air dan biru langit itu sangat menyejukkankan mata. Tapi Dean terasa kosong. Dia teralih pada meja tulis di satu sudut. Dia mengagak di situlah tempat Tisya menghabiskan masanya dengan melukis. Dean terpandang sesuatu yang amat dikenali. Potret dirinya. Tisya membingkaikannya di samping gambar ibu dan ayahnya. Dean menghampiri meja. Tangannya mencapai sekeping sampul surat bewarna biru. Tertulis di situ untuk `Dean' dari `secret admirer'. Dengan penuh perasaan ingin tahu Dean mengeluarkan surat yang juga bewarna biru dan membaca.
Buat Dean yang dirindui.
Aku terima kemboja ini sebagai lambang kasih kita. Aku pasti yang tangan ini tak bertepuk sebelah sahaja. Iringilah aku dengan doa, Dean… itu sahaja yang aku pohon. Jangan sedih Dean. Tiada jodoh di sini, insya Allah kau akan bertemu yang lebih baik dari aku. Ingat selalu, Tisya sayangkan Danial.
"Tisya!"
Dean berlari turun.
"Prof! Auntie benarkah?"
Puan Rosnani mengangguk. Matanya merah. Dr. Jailani tunduk. Dean terasa seperti bermimpi dan lututnya menggeletar. Dean gagahkan diri untuk berdiri. Perlahan memohon diri untuk pulang. Dia tak mampu untuk berada di situ lebih lama.
"Tisya. bukan aku tak sudi menyambut cintamu dulu, tapi aku ragu. Aku sedar aku siapa.. tak mungkin berdiri di sampingmu. Tapi Tisya, sesungguhnya hanya kau yang berjaya mengetuk pintu hati ini, percayalah. … Maafkan aku. Aku terlewat. Mampukah aku kuburkan cinta ini, Tisya?"
Bisik Dean. Terasa matanya pedih. Air mata lelakinya tumpah jua.
|
|
|
Novel
Sept 12, 2004 23:17:29 GMT 8
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 12, 2004 23:17:29 GMT 8
:'(dah nasib kot kat jejaka Dean taknak luahkan perasan nya...
|
|
|
Novel
Sept 19, 2004 3:17:27 GMT 8
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 3:17:27 GMT 8
:'(dah nasib kot kat jejaka Dean taknak luahkan perasan nya... nak wat camna..blum terbuka lagi..
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Novel
Sept 22, 2004 14:26:58 GMT 8
Post by SaLjU on Sept 22, 2004 14:26:58 GMT 8
KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH
Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.
|
|
|
Novel
Sept 24, 2004 11:13:39 GMT 8
Post by atokENSEM on Sept 24, 2004 11:13:39 GMT 8
good story ni salju..sesuai sgt utk atok cte kan pd cucu2 atok..
|
|
|
Novel
Sept 24, 2004 12:21:21 GMT 8
Post by KomOt on Sept 24, 2004 12:21:21 GMT 8
BERKECAMUK fikiran Ishanuddin memikirkan nasib syarikatnya, Sinar Warisan Sdn Bhd, yang menjadi sasaran sabotaj pihak tertentu bertujuan menjatuhkan syarikatnya kerana berjaya mendapatkan banyak kontrak mengendalikan projek. Walaupun masih baru menceburi bidang hartanah, kemampuan mengendalikan projek yang dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan membuatkan Sinar Warisan diiktiraf pelbagai pihak.
Tokoh korporat itu kesal pihak tidak bersikap rasional itu cuba mensabotaj syarikatnya dengan melakukan pelbagai perbuatan khianat.
Kejadian kecurian bahan binaan seperti simen, besi konkrit dan pasir sering berlaku setiap kali dapat projek, selain memburuk-burukkan syarikat hingga pernah berlaku masalah sukar mendapatkan pekerja.
Walaupun pernah dinasihati pegawainya supaya menyiasat siapa dalang yang busuk hati itu, Ishanuddin enggan berbuat demikian kerana menganggap perkara itu cuma asam garam dalam dunia perniagaan.
“Tak mengapa, suatu hari mereka akan menerima padah atas perbuatan khianat yang dilakukan terhadap kita. Insya-Allah Tuhan akan menolong orang yang dianiaya.
“Yang perlu kamu buat ialah laporkan kepada polis setiap kali kejadian seumpama itu berlaku.” Majid, pegawai pembantu projek, angkat punggung setelah mendapat arahan Ishanuddin.
Keesokannya, Ishanuddin didatangi Majid yang memberitahu, lima lelaki menunggu di luar pejabat yang ingin berkerja sebagai pekerja binaan.
Beliau yang bersikap mudah kasihan itu mengarahkan Majid membawa masuk lelaki terbabit untuk ditemuduga pada hari itu juga. Dia tergamam ketika menatap wajah lelaki berkenaan. Lidahnya terasa kelu untuk berbual panjang. Justeru, mereka diarah keluar setelah bersetuju bekerja di bahagian tapak pembinaan.
Ketika bersendirian di pejabat, beliau terkebil-kebil memikirkan di mana pernah bertemu pekerja baru itu. Malah, tingkah laku mereka berlainan daripada orang lain, sekali gus menimbulkan tanda tanya.
Disebabkan tidak mahu membebankan otaknya, beliau melupakan perkara yang dianggap remeh itu. Dokumen berselerak di atas meja yang memerlukan perhatian, ditelitinya.
Kira-kira dua minggu pekerja itu bekerja, terlintas di hatinya untuk melihat mereka bekerja. Ditemani Majid, beliau ke tapak pembinaan rumah kos rendah.
Sebagai pengurus syarikat, Ishanuddin memandu sendiri kereta jenis Storm sambil bertanyakan Majid mengenai perkembangan projek berkenaan.
“Bagus, saya harap projek ini berjalan lancar. Oh ya! Bagaimana pekerja baru tu? Boleh ke mereka buat kerja?
“Tak tahulah, nampak macam lembab sikit. Lagi pun, perangai mereka pelik... ditanya sepatah, sepatah dijawab. Hairan saya dibuatnya,” balas Majid apabila ditanya mengenai pekerja baru itu.
Selang dua hari melawat tapak projek, berlaku kejadian tidak diingini di kawasan berkenaan. Seorang pekerja patah kaki setelah terjatuh ke dalam longkang sedalam tiga meter.
Pekerja lain sepakat menghantar pekerja malang itu ke hospital, tetapi dihalang seorang daripada lima pekerja baru itu yang bernama Munshi. Dia menawarkan khidmat untuk memulihkan kecederaan dialami pekerja terbabit.
Dengan cuma mengurut bahagian kaki yang cedera itu, pekerja malang itu dapat berjalan seperti biasa. Ishanuddin yang diberitahu mengenai keistimewaan Munshi terlopong seketika.
Sehari selepas kejadian, Munshi dipanggil ke pejabat. Bagaimampun, reaksinya sedikit pun tidak menunjukkan rasa gusar apabila ditanya mengenai kejadian itu.
“Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk, cuma membantu sekadar termampu. Ada cara lain boleh ikhtiar, kita ikhtiarkan,” jawab Munshi dengan nada merendah diri apabila ditanya Ishanuddin.
Belum sempat Munshi angkat punggung, tiba-tiba Majid menerpa masuk. Air mukanya kelihatan keruh bagaikan ada masalah yang perlu ditangani segera.
“Encik Din, 400 bungkus simen, 15 mesin pengisar simen dan pelbagai peralatan lain di tapak pembinaan rumah kos rendah dicuri orang!
“Saya diberitahu mengenai perkara ini oleh seorang pekerja ketika melawat kawasan itu sebentar tadi... macam mana ni?” tanya Majid.
“Encik Din, boleh saya bantu... beri saya masa dua tiga hari, insya-Allah barang itu akan dikembalikan,” belum sempat Ishanuddin buka mulut, Munshi segera mencelah.
Meleset
Masin mulut Munshi. Pada hari ketiga selepas kejadian itu, barang yang dicuri dikembalikan semula. Tidak kurang dan tidak lebih, semuanya dalam keadaan baik.
Suatu hari, Ishanuddin didatangi Majid. Sangkaannya untuk berbincang mengenai perkembangan syarikat meleset. Berita tidak menyenangkan membuatkan fikirannya kusut.
Kali ini, beliau diberitahu, 30 pekerja berhenti dan menghilangkan diri. Yang merisaukan Ishanuddin, pekerja terbabit mahir dalam bidang pembinaan.
Berikutan insiden itu, Munshi dan empat rakannya dipanggil ke pejabat. Belum sempat Ishanuddin berkata, Munshi memberi jaminan masalah itu akan diatasi.
Dalam hanya tiga hari, pembinaan lapan blok bangunan rumah yang terbengkalai berikutan tindakan 30 pekerja yang menghilangkan diri itu dapat disiapkan.
Kali ini, Ishanuddin benar-benar hairan apabila diberitahu bangunan terbabit dapat disiapkan dalam tempoh paling singkat.
Kepalanya mula memikirkan siapa sebenar Munshi dan kawannya.
“Majid, selama lima tahun saya membabitkan diri dalam perniagaan perumahan, inilah pengalaman paling ‘istimewa’ pernah saya alami.
“Pernah awak selidik latar belakang Munshi dan rakannya?” tanya Ishanuddin.
“Tak pernah... saya pun hairan, setiap kali bertemu mereka, terasa berat mulut hendak bertanya,” balas Majid.
Dalam satu majlis makan malam bagi meraikan pekerja dan kakitangan yang diadakan di sebuah restoran, Ishanuddin membuat pengumuman untuk menaikkan gaji Munshi dan kawannya.
“Bukan kami tidak sudi menerima tawaran itu, tetapi gaji yang kami terima selama ini lebih daripada cukup. Cuma diharap encik Din anggaplah kami sebagai saudara sendiri,” tersentuh hati Ishanuddin mendengar penjelasan Munshi.
Setelah setahun Munshi dan rakannya berkerja di syarikat berkenaan, Ishanuddin tidak lagi menghadapi masalah perbuatan khianat yang selama ini membuatkannya tertekan.
Bagaimanapun, usaha untuk mengenali Munshi secara lebih dekat menemui jalan buntu. Setiap kali bersua, hatinya bagaikan tertutup untuk mengungkap rahsia pekerjanya.
“Apakah dalam era serba canggih ini masih wujud perkara yang tidak termampu difikirkan oleh manusia,” bisik hati Ishanuddin ketika memerhatikan Munshi dan kawannya menyiapkan kerja.
|
|
|
Novel
Sept 24, 2004 12:34:49 GMT 8
Post by atokENSEM on Sept 24, 2004 12:34:49 GMT 8
BERKECAMUK fikiran Ishanuddin memikirkan nasib syarikatnya, Sinar Warisan Sdn Bhd, yang menjadi sasaran sabotaj pihak tertentu bertujuan menjatuhkan syarikatnya kerana berjaya mendapatkan banyak kontrak mengendalikan projek. Walaupun masih baru menceburi bidang hartanah, kemampuan mengendalikan projek yang dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan membuatkan Sinar Warisan diiktiraf pelbagai pihak. Tokoh korporat itu kesal pihak tidak bersikap rasional itu cuba mensabotaj syarikatnya dengan melakukan pelbagai perbuatan khianat. Kejadian kecurian bahan binaan seperti simen, besi konkrit dan pasir sering berlaku setiap kali dapat projek, selain memburuk-burukkan syarikat hingga pernah berlaku masalah sukar mendapatkan pekerja. Walaupun pernah dinasihati pegawainya supaya menyiasat siapa dalang yang busuk hati itu, Ishanuddin enggan berbuat demikian kerana menganggap perkara itu cuma asam garam dalam dunia perniagaan. “Tak mengapa, suatu hari mereka akan menerima padah atas perbuatan khianat yang dilakukan terhadap kita. Insya-Allah Tuhan akan menolong orang yang dianiaya. “Yang perlu kamu buat ialah laporkan kepada polis setiap kali kejadian seumpama itu berlaku.” Majid, pegawai pembantu projek, angkat punggung setelah mendapat arahan Ishanuddin. Keesokannya, Ishanuddin didatangi Majid yang memberitahu, lima lelaki menunggu di luar pejabat yang ingin berkerja sebagai pekerja binaan. Beliau yang bersikap mudah kasihan itu mengarahkan Majid membawa masuk lelaki terbabit untuk ditemuduga pada hari itu juga. Dia tergamam ketika menatap wajah lelaki berkenaan. Lidahnya terasa kelu untuk berbual panjang. Justeru, mereka diarah keluar setelah bersetuju bekerja di bahagian tapak pembinaan. Ketika bersendirian di pejabat, beliau terkebil-kebil memikirkan di mana pernah bertemu pekerja baru itu. Malah, tingkah laku mereka berlainan daripada orang lain, sekali gus menimbulkan tanda tanya. Disebabkan tidak mahu membebankan otaknya, beliau melupakan perkara yang dianggap remeh itu. Dokumen berselerak di atas meja yang memerlukan perhatian, ditelitinya. Kira-kira dua minggu pekerja itu bekerja, terlintas di hatinya untuk melihat mereka bekerja. Ditemani Majid, beliau ke tapak pembinaan rumah kos rendah. Sebagai pengurus syarikat, Ishanuddin memandu sendiri kereta jenis Storm sambil bertanyakan Majid mengenai perkembangan projek berkenaan. “Bagus, saya harap projek ini berjalan lancar. Oh ya! Bagaimana pekerja baru tu? Boleh ke mereka buat kerja? “Tak tahulah, nampak macam lembab sikit. Lagi pun, perangai mereka pelik... ditanya sepatah, sepatah dijawab. Hairan saya dibuatnya,” balas Majid apabila ditanya mengenai pekerja baru itu. Selang dua hari melawat tapak projek, berlaku kejadian tidak diingini di kawasan berkenaan. Seorang pekerja patah kaki setelah terjatuh ke dalam longkang sedalam tiga meter. Pekerja lain sepakat menghantar pekerja malang itu ke hospital, tetapi dihalang seorang daripada lima pekerja baru itu yang bernama Munshi. Dia menawarkan khidmat untuk memulihkan kecederaan dialami pekerja terbabit. Dengan cuma mengurut bahagian kaki yang cedera itu, pekerja malang itu dapat berjalan seperti biasa. Ishanuddin yang diberitahu mengenai keistimewaan Munshi terlopong seketika. Sehari selepas kejadian, Munshi dipanggil ke pejabat. Bagaimampun, reaksinya sedikit pun tidak menunjukkan rasa gusar apabila ditanya mengenai kejadian itu. “Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk, cuma membantu sekadar termampu. Ada cara lain boleh ikhtiar, kita ikhtiarkan,” jawab Munshi dengan nada merendah diri apabila ditanya Ishanuddin. Belum sempat Munshi angkat punggung, tiba-tiba Majid menerpa masuk. Air mukanya kelihatan keruh bagaikan ada masalah yang perlu ditangani segera. “Encik Din, 400 bungkus simen, 15 mesin pengisar simen dan pelbagai peralatan lain di tapak pembinaan rumah kos rendah dicuri orang! “Saya diberitahu mengenai perkara ini oleh seorang pekerja ketika melawat kawasan itu sebentar tadi... macam mana ni?” tanya Majid. “Encik Din, boleh saya bantu... beri saya masa dua tiga hari, insya-Allah barang itu akan dikembalikan,” belum sempat Ishanuddin buka mulut, Munshi segera mencelah. Meleset Masin mulut Munshi. Pada hari ketiga selepas kejadian itu, barang yang dicuri dikembalikan semula. Tidak kurang dan tidak lebih, semuanya dalam keadaan baik. Suatu hari, Ishanuddin didatangi Majid. Sangkaannya untuk berbincang mengenai perkembangan syarikat meleset. Berita tidak menyenangkan membuatkan fikirannya kusut. Kali ini, beliau diberitahu, 30 pekerja berhenti dan menghilangkan diri. Yang merisaukan Ishanuddin, pekerja terbabit mahir dalam bidang pembinaan. Berikutan insiden itu, Munshi dan empat rakannya dipanggil ke pejabat. Belum sempat Ishanuddin berkata, Munshi memberi jaminan masalah itu akan diatasi. Dalam hanya tiga hari, pembinaan lapan blok bangunan rumah yang terbengkalai berikutan tindakan 30 pekerja yang menghilangkan diri itu dapat disiapkan. Kali ini, Ishanuddin benar-benar hairan apabila diberitahu bangunan terbabit dapat disiapkan dalam tempoh paling singkat. Kepalanya mula memikirkan siapa sebenar Munshi dan kawannya. “Majid, selama lima tahun saya membabitkan diri dalam perniagaan perumahan, inilah pengalaman paling ‘istimewa’ pernah saya alami. “Pernah awak selidik latar belakang Munshi dan rakannya?” tanya Ishanuddin. “Tak pernah... saya pun hairan, setiap kali bertemu mereka, terasa berat mulut hendak bertanya,” balas Majid. Dalam satu majlis makan malam bagi meraikan pekerja dan kakitangan yang diadakan di sebuah restoran, Ishanuddin membuat pengumuman untuk menaikkan gaji Munshi dan kawannya. “Bukan kami tidak sudi menerima tawaran itu, tetapi gaji yang kami terima selama ini lebih daripada cukup. Cuma diharap encik Din anggaplah kami sebagai saudara sendiri,” tersentuh hati Ishanuddin mendengar penjelasan Munshi. Setelah setahun Munshi dan rakannya berkerja di syarikat berkenaan, Ishanuddin tidak lagi menghadapi masalah perbuatan khianat yang selama ini membuatkannya tertekan. Bagaimanapun, usaha untuk mengenali Munshi secara lebih dekat menemui jalan buntu. Setiap kali bersua, hatinya bagaikan tertutup untuk mengungkap rahsia pekerjanya. “Apakah dalam era serba canggih ini masih wujud perkara yang tidak termampu difikirkan oleh manusia,” bisik hati Ishanuddin ketika memerhatikan Munshi dan kawannya menyiapkan kerja. ape tajuk die?
|
|
|
Novel
Sept 24, 2004 13:10:16 GMT 8
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 24, 2004 13:10:16 GMT 8
Balasan Baik Jika Muliakan Tetamu
DIKISAHKAN bahawa ketika berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata: "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah."
Setelah fakir itu berkata demikian, maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.
Sebaik gadis itu memberikan roti itu, maka keluarlah bapa gadis berkenaan yang bakhil terus memotong tangan kanan anak gadisnya hingga putus.
Sejak peristiwa itu, Allah mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya hingga dia menjadi seorang yang fakir. Akhirnya, dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah itu.
Ibu itu terpegun dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis itu dan berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis berkenaan. Maka, selepas perkahwinan itu selesai, si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia kudung kerana ibunya merahsiakan perkara itu. Apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.
Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata: "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tata cara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Selepas si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.
Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu: "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana-Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara itu, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya dan mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya. Dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.
Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir. Sesungguhnya apabila dia datang ke rumah kita, maka dia adalah tetamu kita. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa menghormati tetamu, menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahan-Ku. Dan barang siapa menjadikan kemarahan-Ku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah."
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."
|
|
|
Novel
Sept 24, 2004 16:42:43 GMT 8
Post by KomOt on Sept 24, 2004 16:42:43 GMT 8
|
|
|
Novel
Sept 24, 2004 16:44:15 GMT 8
Post by KomOt on Sept 24, 2004 16:44:15 GMT 8
Harimau bunuh komunis
SEKITAR 1950-an, Kampung Juntaian Dedalu menjadi sasaran ancaman komunis. Boleh dikatakan setiap hari rumah penduduk digeledah pengganas. Bahan makanan seperti beras, gula dan tepung gandum habis diangkut. Yang disyaki tali barut kerajaan pula ditangkap dan dibawa ke hutan. Penduduk benar-benar ketakutan!
Kedudukan kampung itu yang jauh di pedalaman dan bersempadankan hutan tebal membuka peluang komunis bermaharaja lela.
Nyawa ketua kampung, Musa Angak, bagaikan telur di hujung tanduk. Dia diugut. Kalau cuba berlagak hero, nyawa pasti melayang.
Suatu hari, kampung itu dikejutkan bunyi ledakan senjata api. Tembakan dari arah pinggir hutan membuatkan penduduk kecut perut. Selang tiga hari selepas insiden itu, tersebar berita bahawa tembakan itu sebenarnya pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan komunis. Tujuh pengganas mati.
Berikutan itu, tiga pasukan Askar Melayu seramai kira-kira 200 anggota ditempatkan di kampung itu. Sebuah kem yang dilengkapi pelbagai peralatan tentera didirikan di situ.
Kalau dah pengganas, pengganas juga! Kehadiran pasukan keselamatan menimbulkan kemarahan komunis. Setiap kali membuat rondaan, mereka diserang hendap komunis.
Nyawa Musa Angak nyaris melayang apabila rumahnya dibakar komunis. Berikutan peristiwa itu, dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.
Kerakusan komunis sampai ke kemuncak. Mereka semakin berani. Kem pasukan keselamatan menjadi sasaran serangan mereka. Semakin ramai penduduk, terutama lelaki, hilang tanpa dapat dikesan. Ketua kampung tertekan!
Hingga pada suatu hari... “Musa, Pak Mail yang tinggal di hujung kampung ni dah lama tak nampak muka hidung. Aku risaulah... ditangkap komunis agaknya!” kata Dollah Sumbing, sepupu ketua kampung itu.
Segera terlakar simpati berbaur kebimbangan di wajah Musa Angak. Wajah tua Pak Mail berusia hampir 70 tahun memenuhi ruang otaknya.
“Ya Allah! Jauhkanlah kami semua daripada segala mala petaka,” cuma itu yang termampu dilafazkan Musa Angak.
Kehilangan Pak Mail, lelaki tertua di kampung itu, menimbulkan tanda tanya penduduk. Menurut cucunya, orang tua itu tidak pulang setelah ke sungai untuk mandi dan mengambil wuduk. Puas ditunggu hingga malam, namun Pak Mail tidak juga muncul.
Suatu petang, seorang penduduk yang memancing di sungai bertempiaran lari apabila terserempak seekor harimau mengheret sesuatu seperti manusia. Mangsa berpakaian sepasang hitam itu tidak bernyawa lagi. Seluruh badan dibasahi darah!
Selang seminggu selepas tragedi itu, satu lagi kejadian berlaku di hujung kampung. Kali ini lebih dahsyat! Mamat Leleh yang melihat kejadian itu sungguh terkejut.
Dia yang dalam perjalanan pulang dari rumah kawannya, dilintasi seekor harimau bersaiz lebih besar daripada biasa. Pada jarak 40 meter, Mamat Leleh ternampak raja rimba itu menggonggong tiga kepala manusia berlumuran darah. Dia menggeletar. Panik!
Sampai di rumah, dia menceritakan apa yang dilihatnya kepada ayahnya. Pada mulanya Dollah Sumbing kurang percaya, tapi setelah diceritakan satu persatu, dia percaya. Lagi satu bala datang!
“Betul ayah! Tiga kepala yang digonggong harimau itu berlumuran darah. Habislah kita... belum habis komunis diburu, kini harimau pula mengganas!” Mamat Leleh cuba meyakinkan ayahnya.
Belum reda kisah itu, penduduk digemparkan pula dengan kejadian harimau berkeliaran di kawasan kampung pada waktu malam. Perintah berkurung terpaksa diperketatkan dan pasukan keselamatan mempertingkatkan rondaan.
Bagi menjamin keselamatan penduduk, ketua kampung dan beberapa wakil penduduk mengadakan perjumpaan dengan pasukan keselamatan bagi mencari jalan mengatasi ancaman harimau.
Pakaian hitam
“Kita pun hairan kerana kebanyakan mangsa binatang itu berpakaian serba hitam. Encik Musa benar-benar pasti mereka bukan penduduk kampung ini?
“Memandangkan keadaan kampung ini, kami yakin harimau memang ada. Kami nasihatkan penduduk supaya tidak ke kawasan berhampiran hutan,” seorang sarjan mengemukakan cadangan.
“Tapi sarjan, sebelum kampung ini diancam komunis, penduduk tidak pernah berjumpa harimau. Kehilangan Pak Mail juga membingungkan kami. Manalah tahu, dia menjadi mangsa pertama binatang buas itu. Mungkin binatang itu kini kemaruk daging manusia,” balas Musa Angak.
Perjumpaan itu mencapai kata sepakat untuk menubuhkan pasukan Home Guard bagi membantu pasukan keselamatan mengawal keselamatan kampung. Ketua kampung memberi jaminan akan mendapatkan seberapa ramai penduduk menyertai pasukan itu.
Dua minggu kemudian, 80 anggota pasukan ditubuhkan itu dibekalkan senapang patah. Latihan menembak dan berkawad diadakan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, ia tidak meredakan ancaman harimau.
Yang menghairankan, setiap kali mengadakan rondaan bersama pasukan keselamatan, kelibat binatang itu kelihatan mengekori mereka. Macam ikut sama meronda pula!
Ada yang ketakutan apabila ternampak kelibat binatang itu yang kadangkala mengaum, seolah-olah memberi isyarat ada musuh menunggu. Namun, mereka tidak diapa-apakan binatang terbabit.
Dalam satu operasi di pinggir kampung, seorang pegawai tentera yang mengetuai gerakan menjejak komunis ternampak beberapa pengganas lari lintang-pukang, seolah-olah dikejar sesuatu. Di kedudukan atas bukit, pasukan keselamatan dibantu Home Guard bersedia menggempur pengganas.
Sejurus kemudian, bunyi ledakan senjata api dari arah bukit itu memecah keheningan. Komunis yang ketakutan dikejar sesuatu itu cuma mampu merelakan diri dirobek peluru. Sepuluh komunis tersungkur di situ.
Dalam perjalanan pulang, pasukan Askar Melayu dibantu anak buah ketua kampung terserempak dengan seekor Pak Belang mengheret mayat seorang komunis.
“Sepanjang hayat aku, itulah pertama kali melihat harimau bersaiz lebih besar daripada biasa. Peliknya, ia nampak macam jinak apabila bertemu manusia.
“Hendak dikatakan harimau jadian, mana ada penduduk di kampung ini mengamalkan ilmu itu.
“Tak tergamak pula membunuhnya kerana kehadiran harimau itu membantu kita menjejak komunis,” kata Musa Angak kepada Dollah Sumbing.
Sambil menghirup kopi o, Dollah Sumbing mencelah. “Kau tidak terfikir ke hendak mencari Pak Mail? Kalau mati sekalipun, biarlah berkubur. Sedih aku apabila mengenangkan kehilangan orang tua tu.”
Ketika mereka rancak bersembang, tiba-tiba muncul lima Askar Melayu lengkap bersenjata. Reaksi mereka macam ada sesuatu perlu diberitahu.
“Encik Musa, kumpulkan anggota Home Guard segera. Tengah hari nanti, berkumpul di kem. Kita akan mengadakan operasi di satu kawasan dekat kebun getah,” kata seorang askar.
Tepat jam 12 tengah hari, 100 anggota Askar Melayu dibantu 80 anggota Home Guard bergerak ke kawasan itu. Operasi itu berikutan maklumat diterima mengenai kewujudan sebuah kubu pengganas di pinggir kebun getah. Berdasarkan maklumt, antara 30 dan 40 komunis berkubu di situ.
Namun, sebelum sampai di kawasan sasaran, mereka terdengar bunyi tembakan bertalu-talu. Serentak itu, kedengaran suara harimau mengaum menggegarkan suasana sekitar. Lantaran bunyi tembakan itu, anggota Askar Melayu dan Home Guard menyangkakan Pak Belang sudah pasti kecundang di tangan komunis.
Sejurus kemudian, bunyi tembakan tidak kedengaran lagi. Secara berhati-hati, anggota askar terbabit dan Home Guard meneruskan penjejakan. Sampai di situ, mereka ternampak seekor harimau menjilat tubuh komunis yang terbujur kaku dan berlumuran darah.
Masing-masing tergamam! Kematian komunis dengan kesan tembakan di seluruh badan menimbulkan tanda tanya di kalangan anggota pasukan itu. Siapa menembak mereka? Harimau? Mana mungkin binatang boleh menggunakan senjata!
Dalam ‘pertempuran’ misteri itu, 30 komunis maut. Senjata mereka yang berselerak dan ada antaranya patah dipijak harimau itu, dibawa bersama mayat pengganas ke kem askar.
Seminggu selepas itu, Pak Mail pulang ke rumah dan dia kelihatan sihat seperti biasa. Cucunya diminta menjemput ketua kampung kerana ada perkara mustahak perlu diberitahu.
“Musa, kini kampung kita bebas daripada ancaman komunis. Maklumkan kepada penduduk mengenai perkara ini. Jangan tanya bagaimana komunis itu boleh dihapuskan,” katanya.
“Baiklah Pak Mail, tapi ancaman harimau tu macam mana pula? Penduduk masih ketakutan,” balas ketua kampung.
“Binatang itu sudah tiada lagi. Dia dah kenyang meratah daging komunis. Lupakan perkara itu. Oh ya! Kalau jumpa pegawai askar tu, jangan lupa kirim salam padanya,” pinta Pak Mail.
Dengan kuasa Tuhan, ketika Pak Mail meninggal dunia, penduduk kampung yang menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan terdengar bunyi harimau mengaum di pinggir dusun buah-buahan. Musa Angak yang sibuk menimbus pusara itu tersentak seketika.
“Terima kasih Pak Mail, semoga roh kamu ditempatkan di sisi roh orang-orang beriman,” bisik hati kecil Musa Angak.
|
|
|
Novel
Nov 12, 2004 10:30:02 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:30:02 GMT 8
|
|
|
Novel
Nov 12, 2004 10:34:05 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:34:05 GMT 8
Cahaya Aidilfitri
Fitri termenung ditepi tingkap memerhatikan jalan yang sibuk dengan kenderaan. Pagi-pagi memang begitu. Semua insan keluar memulakan rutin harian mereka dengan berkerja. Kerja. Satu perkataan yang menbuatkannya mengeluh sendirian. Hatinya diserang cemburu melihat insan lain memenuhi hidup mereka dengan berkerja sedangkan dia hampir tujuh bulan menunggu panggilan kerja. Berpuluh-puluh resume dihantar hampir keseluruh semenanjung Malaysia namun jawapannya hampa. Belum ada rezekinya agaknya antara kata-kata yang sering digunakan untuk memujuk dirinya. Kata-kata semangat agar dirinya tidak cepat berputus asa dengan rahmat tuhan.
"Buat apa temenung pagi-pagi dekat tingkap itu Fitri", tertiba terdengar suara emak menerjah lembut ke gegendang telinganya.Fitri pantas menoleh kearah emaknya lalu sebuah senyuman dilemparkan buat emaknya itu. Mak Som mengulangkan pertanyaannya pada Fitri. Fitri hanya mengelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa. Tapi hati emak yang mana yang tak tahu gelora apa melanda anaknya itu. Mak Som hanya mengelengkan kepalanya melihat Fitri hilang kedapur. Seketika kemudian Mak Som menyusuri anak gadisnya itu kedapur. Dilihatnya Fitri sibuk menyiapkan sarapan pagi. Lincah tangan anaknya itu bekerja. Mak Som tersenyum. Sejak Fitri habis belajar di Kuala Lumpur, segala kerja rumah dia yang uruskan. Ringan sedikit beban Mak Som. Fitri hanya menghabiskan masanya dengan memberi "tuisyen" pada budak-budak kampung yang tak berpeluang mengikutinya akibat kemiskinan.
Tiap-tiap petang adalah dalam lima hingga enam budak yang akan duduk bersama-sama Fitri diatas pangkin mengulangkaji pelajaran. Fitri mengajar mereka dengan sabar. Mak Som terhibur apabila mendengar keriuhan budak-budak yang galak ketawa bila Fitri menceritakan sesuatu pada mereka selepas selesai mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Mak Som gembira melihat Fitri ceria. Kadang-kadang Mak Som nampak ada ibu bapa budak-budak itu datang menemui Fitri sambil menghulurkan not not berwarna merah. Fitri hanya tersenyum dan menolak pemberian mereka. Fitri tahu mereka orang susah dan Fitri ingin membantu anak-anak mereka agar cemerlang dalam pelajaran. Mak Som bangga mempunyai anak seperti Fitri.
"Along bila sampai", ceria suara Fitri yang baru pulang dari pekan itu. Tangan Alongnya itu diciumnya. Alongnya hanya tersenyum lalu mengusap rambut adik bongsunya itu. "Adalah dekat dua jam . Adik pergi mana?"tanya Fakrudin. "Adik pergi pekan pos surat minta kerja along pastu adik pergi beli barang sikit. Kenapa balik tak cakap Along?"tanya Fitri. "Nak kena cakap ke adik sayang oii" usik Fakrudin sambil tersenyum memandang adiknya. "Tak adalah, kalau cakap boleh masak special hari ini" , terang Fitri pula. "Erm.. Along beli kereta baru ke?", tanya Fitri apabila melihat kereta Waja yang bernombor plat bermula dengan W tersadai dihalaman rumah.
"Taklah, Along datang dengan kawan along . Itu kereta dia. Kita orang ada kerja dekat sini itu yang singah rumah ni kejap", terang Along. "Mak mana?", tanya Fitri menyedari emaknya tiada semasa dia pulang tadi. " Mak dengan Anuar pergi beli jantung pisang dekat kedai Pak Usop tu". Fitri mengerutkan keningnya. Fakrudin ketawa. "Anuar tu kawan alonglah, dia orang pergi naik motor. Si Anuar tu katanya dah lama tak bawa motor tu yang dia bawa mak tu" Fakrudin memecahkan kebuntuan adiknya itu. Fitri hanya mengangukkan kepalanya. Dia kemudian pergi kedapur. Nasi sudah dimasak. Lauk asam pedas sudah siap dihidangkan bersama sayur pucuk paku goreng. Erm jantung pisang tu mesti nak buat ulam teka Fitri dalam hatinya. Dia kemudian mengambil segengam cili api, sedikit belacan untuk dibuat sambal. Limau diperahkan diatas cili yang siap ditumbuk dengan belacan tadi. Fitri kemudian memasukan sambal belacan itu ke dalam piring. Seketika kemudian terdengar deruan motor yang selalu digunakan dihalaman rumah. Tidak lama kemudian terdengar suara emak menuju kedapur. Along pula riuh suaranya bersembang dengan suara yang tak pernah Fitri dengar sebelum ini. Gelak ketawa mereka berdua mengisi kekosongan rumah yang sebelum ini tiada dihiasai ketawa yang sebesar itu. Hanya bila along balik sahaja baru kedengaran suara gelakan yang besar itu.Fitri tersenyum sendirian.
"Dah balik dah Fitri", tanya emak apabila melihat Fitri ada di dapur. "Dah mak, Fitri ada belikan tudung buat mak nanti Fitri bagi ya" ujar Fitri. "Fitri,Fitri buat apa beli tudung untuk mak belilah untuk Fitri sahaja". Fitri hanya tersenyum mendengar kata-kata dari emaknya. Dia mengambil jatung pisang ditangan emaknya lalu dibasuhnya sebelum dikerat dua. "Mak jantung pisang ni nak rebus jekan" tanya Fitri pada emaknya. Mak Som hanya mengiakan sahaja. Seketika kemudian semuanya telah disediakan mereka berempat makan bersama-sama. Fitri hendak tergelak melihat kawan along yang berselera sungguh nampaknya dengan lauk-lauk kampung. Biasalah orang bandar bisik Fitri didalam hatinya. Petang itu alongnya dan rakannya Anuar berangkat ke Kuala Lumpur.
"Kak Fitri bila Dib besar nanti Dib nak jadi macam kak Fitri", kata Diba yang berusia 8 tahun itu. Fitri hanya tersenyum lalu diusapnya kepala Diba. "Diba tak nak balik lagi ke?", tanya Fitri lembut. Kanak-kanak lain sudah pulang cuma Diba sahaja masih belum mahu pulang. Diba memang begitu dia suka menghabiskan masanya dengan Fitri. Diba anak yatim emaknya meninggalkannya sejak dia berusia 2 tahun lagi. Diba menggelengkan kepalanya tanda belum mahu pulang. "Kak Fitri tak suka ke kalau Dib ada sini?", Fitri tergelak dengan suara Dida yang seakan-akan merajuk. "Dib sayang, akak takut ayah Dib risau. Dah petang dah ni, nanti bukan ke Dib nak pergi mengaji lepas magrib nanti", pujuk Diba perlahan. "Esok hari sabtu cuti Dib boleh datang lagi rumah akak ya", sambung Fitri lagi. Diba hanya mengangguk lalu menyalami tangan Fitri. Diciumnya pipi Fitri sebelum melangkah pulang. Fitri menghantarnya dengan pandangan.
"Dah balik budak Dib tu Fitri?", tanya Mak Som sebaik sahaja Fitri melangkah masuk kerumah. "Dah mak", jawab Fitri pendek. "Dib tu mak tengok suka sangat dengan kau takut nanti ayahnya pula yang berkenan pada kau Fitri". Fitri memandang emaknya. "Emak ni sampai kesitu pula dia. Abang Razif tak macam tu mak, dia setia pada Ramlah. Lagipun Ramlah itukan kawan baik Fitri masa sekolah dulu", Fitri cuba membuang sangkaan emaknya itu. Dia terbayang wajah abang Razif yang hampir separuh mati bila mendapati isterinya Ramlah meninggal dalam kemalangan jalanraya. Razif macam orang gila mujur Ramlah meninggalkan seorang zuriat buatnya, kalau tidak dia tak mahu hidup lagi jenuh keluarganya menasihatinya barulah sedikit demi sedikit dia berubah. Sudah sepuluh tahun peristiwa ini berlaku tapi Razif masih lagi membujang sampai sekarang. Begitu teguhnya cintanya pada Ramlah. Fitri kagum dengan abang Razif.
|
|
|
Novel
Nov 12, 2004 10:37:19 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:37:19 GMT 8
"Mak bukan apa Fitri, abang Razif kau tu ada menanyakan tentang kau". Mak Som memandang Fitri. Melihat reaksi anaknya itu. Fitri mengerutkan keningnya. "Tanya pasal Fitri? Kenapa mak?", tanya Fitri kehairanan. "Dia tanya sama ada kau dah berpunya ke belum",jawab Mak Som pula. Fitri kelihatan sedikit gugup. Tertiba kedengaran laungan azan menandakan masuknya waktu Magrib. Terbantut niat Fitri untuk menanyakan lebih lanjut tentang itu. Mak Som kemudian hilang didapur. Mungkin mengambil wuduk. Fitri kemudian pergi kebiliknya untuk membersihkan diri serta menunaikan solat berjemaah bersama emaknya.
Selepas solat isyak secara berjemaah dengan emaknya Fitri membaca Al-Quran. Merdu suaranya menbacakan surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat itu. Kemudian dia membaca surah Al-Waqiah yang menceritakan perihal hari kiamat. Buku amalan yang bakal diterima oleh manusia sama ada tangan kanan atau tangan kiri. Kalau menerima buku amalan tangan kanan maka baiklah amalannya tetapi jika menerima amalan dari tangan kiri adalah sebaliknya. Takut Fitri membaca terjemahan ayat itu. Selepas membaca ayat-ayat suci Al-Quran Fitri merasakan dirinya tenang. Lalu kedua tangan ditadahkan memohon agar doanya dimakbulkan oleh Allah. Doanya diiringi dengan air mata. Terasa dirinya kecil mengadap tuhan yang Esa.
Petang semalam along balik kampung. Katanya dia cuti selama seminggu. Along pulang dengan kawannya Anuar. Tapi menurut Along kawannya itu hanya berada dikampung itu selama tiga hari sahaja. Dia nak rasa keindahan kampung. Hendak tahu macam mana rasanya hidup dikampung, mandi air perigi, tangkap ikan dekat sawah padi dan macam-macam lagi. Fitri hanya mengeleng kepala mendengar cerita abangnya yang bercakap melalui telepon sehari sebelum mereka sampai. " Nak mandi air perigi along?", tanya Fitri kemudian terdengar suaranya ketawa dicorong telepon. "Kenapa adik ketawa", tanya Fakrudin pada adiknya itu. "Orang sekarang mana mandi pakai air perigi lagi along, kawan along tu merepek ajer. Along tak cakap ke yang kita guna air paip. Air perigi tu sejuklah",kemudian kedengaran Fitri ketawa lagi. Fakrudin hanya mampu menggeleng kepala mendengar adiknya yang mentertawakan sahabatnya dicorong telepon.
Hari pertama puasa hari kedua along berada dirumah. Tak sangka dah masuk bulan puasa. Patutlah along balik. Nak berpuasa dan berbuka bersama-sama rupanya. Fitri bersyukur kerana diberi kesempatan berada di bulan yang penuh berakah ini. Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Hari ini hari kedua dia pergi menunaikan solat terawih bersama dengan emaknya, alongnya serta Abang Anuar. Mereka berjalan kaki sahaja kesurau memandangkan surau tak jauh dari rumah mereka. Abang Anuar kelihatan gembira. Kadangkala Fitri tenguk kegembiraan Abang Anuar mengalahkan budak-budak. Petang tadi Along dengan Abang Anuar pergi tangkap ikan dekat sawah padi. Mereka balik dengan pakaian yang penuh lumpur. Along kata Abang Anuar terjatuh dalam sawah masa tangkap ikan. Emak pula hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka berdua. Fitri yang berada didalam rumah hanya mengeleng kepala mendengar keriuhan dilaman. Yang pasti tiada seekor ikan pun yang mereka bawa pulang.
Hari ini masuk hari ketiga Abang Anuar berada dikampung. Tiap-tiap pagi mandi air perigi dengan Along. Memang kulit tebal betul kata Fitri dalam hatinya. Hari ini juga selepas berbuka dan menunaikan solat magrib secara berjemaah dirumah Abang Anuar kemudian meminta diri untuk balik Kuala Lumpur. Dia mengucapkan terima kasih pada emak yang bersusah payah selama tiga hari kedatangan dia disini. Emak juga membekalkannya lauk ayam masak lemak cili padi dengan sayur pucuk paku goreng buatnya. Buat pertama kalinya Abang Anuar mengucapkan terima kasih pada Fitri dan buat pertama kalinya Anuar melirikan matanya pada Fitri. Fitri cepat-cepat menundukkan wajahnya. "Terima kasih Fitri" ujar Abang Anuar. Fitri menganggukan kepalanya lalu melemparkan senyuman buat Abang Anuar. " Din aku balik dulu". Along kemudiannya memeluk erat sahabatnya itu lalu dihantarnya Abang Anuar sampai kehalaman rumah. Mak Som dan Fitri hanya memerhatikan dari muka pintu. Selepas kereta Abang Anuar hilang dari pandangan. Mereka bertiga bersiap untuk kesurau.
Seminggu sudah berlalu Along terpaksa berangkat ke Kuala Lumpur.Fitri nampak along berat nak tinggalkan emak. Along pun minta Fitri sabar tunggu tawaran kerja. Along kata jangan give up, jangan malas hantar resume. Cari peluang esok kalau dah tak ada sangat baru along tolong. Along suruh Fitri berdikari dulu. Fitri hanya menganggukkan kepalanya. Along memang macam itu dia nak kita belajar dari segala segi, dia kata biar kenal erti susah. Nak berjaya kena bersusah dulu barulah hasilnya manis. Fitri hanya mengangukkan kepalanya sambil melemparkan senyuman buat alongnya yang tersayang itu.
Bulan puasa dilalui dengan penuh pengharapan agar segala ibadatnya diterima tuhan. Emak selalu pesan buat sesuatu biar dengan ikhlas. Dunia ini sementara sahaja, dunia ini fana jangan sampai kita cari kemewahan dunia sampai lupa pada hari kebangkitan, hari pembalasan. Maka perlunya menyiapkan bekalan. Dan pada bulan puasa inilah amalan pahala yang kita dapat akan berganda-ganda maka emak selalu pesan jangan dibiarkan setiap malam dibulan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Umat Nabi Muhammad s.a.w patut bersyukur kerana bulan Ramadan ini adalah bulan anugerah bagi mereka yang tiada pada umat nabi lain. Fitri ingan lagi kata-kata emak sampai sekarang. Emaklah segala-galanya bagi dirinya selain Along. Arwah ayah dah lama meninggal semasa Fitri dalam kandungan lagi. Masa itu Along tujuh tahun. Emak bekerja menjahit pakaian serta berkebun sayur dibelakang rumah untuk menampung perbelanjaan keluarga. Emak memang seorang yang tabah. Along pula disebabkan kepandaiannya dia menerima biasiswa dari dia sekolah rendah sampai kemenara gading. Fitri juga mendapat biasiswa. Tapi semenjak along sudah bekerja alhamdulillah hidup kami menjadi senang. Alang setiap bulan tak lupa mengirimkan duit untuk emak. Memang along anak yang baik. Fitri yang belum berkesempatan mengeluarkan duit untuk emak sebabnya Fitri belum kerja lagi. Emak kata bulan Ramadhan setiap doa akan dikabulkan Fitri pun ada membaca buku yang menyatakan perkara yang sama maka setiap hari Fitri berdoa agar dia mendapat kerja didalam sujudnya yang terakhir.
"Fitri hari ini kita buat bubur pulut hitam untuk berbuka ya", cadang Mak Som. "Sedap tu mak lagipun Fitri dah lama tak makan bubur pulut hitam biar Fitri kupas kelapa ya mak" Fitri menawarkan dirinya. Mak Som hanya tersenyum kemudian dia membasuh pulut hitam yang telah di dipilih. Sepuluh minit kemudian Fitri muncul dengan tangan kanannya ada sebiji kelapa yang telah dibelah dua dan ditangan kirinya ada sebilah parang. Fitri kemudian menyimpan parang yang telah digunakan itu di bawah sinki. Dia membasuh kelapa tadi di sinki sebelum memarutnya. Mak Som sedang merebus pulut hitam dengan air supaya empuk sebelum dimasukkan santan dan gula merah. Fitri sedang memerah kelapa yang telah diparutnya tadi. Petang itu mereka berbuka puasa dengan bubur pulut hitam dengan kuih popiah. Untuk bersahur Fitri mengoreng bihun atas permintaan emaknya yang teringin hendak menjamah bihun goreng.
Malam ke 24 Ramadhan selepas menunaikan solat terawih bersama emaknya. Dalam perjalanan pulang mereka terserempak dengan Abang Razif dan anaknya Diba. Sebenarnya memang selalu juga Fitri dan Mak Som teserempak dengan Abang Razif cuma kali ini berbeza sedikit. Abang Razif tersenyum sementara Diba seperti biasa akan mendapatkan Fitri. Abang Razif mendapatkan Mak Som entah apa yang dibincangkan Fitri pun tak tahu tapi tak lama hanya sebentar. Sampai sahaja rumah Mak Som terus meminta Fitri duduk diruang tamu bersamanya. Mak Som hanya memerhatikan anaknya itu. Fitri tidak selesa ditenung begitu. Mak Som kemudian perlahan-lahan bersuara. "Fitri tadi Abang Razif tanya Fitri ni dah berpunya atau belum dia nak tahu sangat".Mak Som mengeluh panjang sebelum menyambung kata-katanya. " Dia kata lagi kalau Fitri masih belum berpunya dia nak hantar rombongan meminang selewat-lewatnya raya ni". Kata-kata Mak Som hanya berhenti disitu dan Mak Som memerhatikan reaksi Fitri akan perkara yang dibangkitkan tadi. Fitri hanya terdiam. Dia tak tahu apa yang harus diluahkan. Dia tak sangka Abang Razif ingin meminangnya. Apakah sudah hilang kasih yang dibinanya untuk Ramlah? Apakah tembok pendiriannya itu telah musnah? Apakah kesetian Abang Razif selama 10 tahun ini pada Ramlah hanya bertitik nokhtah disini? Fitri buntu. Dia tidak mampu berkata-kata.
Malam 26 Ramadhan, terasa bulan yang mulia ini semakin ingin menghilangkan diri. Hati Fitri sayu apakah masih ada peluang untuknya tahun depan? Syawal kian menjelma menolak Ramadhan yang kian bersisa. Fitri dapat lihat penduduk kampung sedang membuat persiapan akhir menyambut raya. Fitri juga tidak ketinggalan membuat biskut raya dan sebagainya. Setiap malam dia tidak pernah lupa berdoa agar dirinya serta keluarganya menjadi hamba Allah yang taat, berjaya didunia dan akhirat, mati dalam khusnul khatimah disamping doa rutinnya agar dia dimurahkan rezeki dan mendapat peluang bekerja.
|
|