|
Novel
Jan 3, 2004 22:25:24 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:25:24 GMT 8
Aku....!! Farah Adilla bte Dato' Hamdan
Namaku ady. Umurku 20 tahun. 3 bulan dari sekarang aku akan digelar "Sweet 21st Lady". "Yuk....~!!!!!"geli rasanya aku bila mama dan papa mengelarkanku begitu. Aku belajar di ITTAR kolej, dan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Kalau nak dihitung.... aku hanya akan tamat pengajian setahun lebih sahaja lagi dari sekarang. Keluargaku mungkin berada..... tetapi miskin penghuninya. Aku, mama, papa, untie imah dan uncle rahman aja. Untie imah adalah pembantu rumahku dan uncle rahman of courselah suami dia yang bekerja sebagai Driver papaku.
Kawan baikku ialah Sarah Azilla Bakarin. Aku panggil dia Zila Bakarin. Ala-ala...... pelakon seksi tu ahh.... Actually dia memang seksi but...... too nice. Sopan-santun, lemah lembut dan peramah adalah perwatakan semulajadinya yang tetap ku rasakan terlalu asli untuk dinilaikan. Aku?..... hurmmmm........ sebaliknya. Mungkin disebabkan itu kami serasi. Aku panas...... zila sejuk. Ada kalanya aku rasa mahu jadi seperti zila. Tetapi....... aku tak sanggup hidup dalam serba yang sederhana. Jauh di sudut hati....... aku bersyukur dilahirkan sebagai Farra Adilla bte Dato' Hamdan. Inilah aku....... dan aku tetap aku.
Sebenarnya segalanya berjalan dengan lancar di awal perjalanan hidupku menuju ke ambang 21 tahun. Aku dan zila seperti adik beradik lain mak dan ayah. Segala urusan perniagaan papa tak pernahku ambil tahu. Sememangnya aku tak berminat nak mengambil alih perniagaannya sekarang. Jauh sekali untuk menyandang jawatannya. Kalau disimpulkan ketat-ketat keputusanku ini aku pasti.... suatu hari nanti ianya pasti akan terlerai juga........ dan saat itu aku perlu belajar cara bertanggungjawab. Mama kata, aku terlalu manja dan terlalu simple. Sudah beratus kali mama menegur tentang cara pemakaianku ke kuliah. Di kala kesemua perempuan berbaju kurung aku lebih suka berjeans dan t-shirt. "Alah..... mama...... ady nak gi kuliah... kan nak gi kursus kahwin..... pakai kurung segala....... adeihhhh.!!.... camner nak baik bas...... nak lari.... nak kesana.. nak ke sini...... nak gi window shopping...... payah tau~!"bentakku dengan pelbagai alasan. "Nama Fara kan manis........ bila masa plak girl tukar ganti ady nih.....~!"sambil mengaru kepala.... mama menuangkan jus limau untukku bersarapan. "Eh...... lupa-lupa...... kat umah..... tukar ahhh....... mama..... tu kat kolej ajalah.......Oklah...... girl gi kuliah dulu. Zila dah misscall banyak kali nih....... tu dia mesti dah tunggu kat bus stop lama... kang muncung.... bibir...."pintasku sambil berlari menuju ker pintu dan memakai kasut adidasku.
"Girl..... uncle rahman hantar... jom.....naik... isk.... budak nih...~!"panggilnya ketika sedang asyik mencuci cermin kereta. "Aik..... uncle...... rahman.... papa tak suh tunggu kat istana tu ker?"tanyaku pantas. Sambil mengeleng......uncle rahman membuka pintu untukku. Jom uncle......hari nih girl jadi driver dan uncle jadi co-pilot...."kataku laju. "Camner nih datin....takan nak suh saya duduk kat situ... isk.. tak pernah plak jadi ngan dato sebelum nih...~!"sambil mengaru kepala yang tak gatal. "Kau ikutkan ajalah.... rahman...... tak kuasa....... dah saya nak layan..... asal dia nak naik itupun dah cukup bagus."kata Datin Fatimah.
"Best gak yeak Honda..... nih..... nak suh papa beli satu untuk girllah esok"sambil meluncur laju.... aku membiarkan uncle rahman duduk di sisi. Aku tahu dia takut kene marah ngan papa. Rasanya tak mungkin papa marah....... coz mama tak marah juga pun..tadi?. Dari aku mula naik uncle rahman tak bercakap. Aku anggap uncle rahman dan untie imah bukan makan gaji dirumahku. Mereka berdua adalah ibu bapaku yang kedua.
"Mak.... aii...!!!!..... pompuan tu muncung......lah uncle.... adeih.!!!!..... tak moh kuarlah camnih.....!!"kataku dan menyuruh uncle rahman memanggil zila sahaja. "Kau lambat lagi setengah jam test tu nak mula. Final plak tu?"rajuk zila sambil masuk kereta. "Terlambat bangunlah....girl tido pukul 5 pagi. Sambil memujuk aku berkata..... "Alah belum kul 9 pun... baru 8.30 pagi"pujukku sambil menghulurkan hpku padanya. "Tadi bob sms.... dia suh kau call dia balik"sambungku. "Tak yah..~! nanti abih test aku gi cari public phone. Kata-kata zila benar-benar buat aku rasa kecil hati. Aku silap cakap ker atau perangai dia pagi nih..... lain?. Moody dan sedih.... yang paling pasti..... matanya merah dan rambutnya tak terurus rapi. "Hurmm..... suka kaulah....sebab nih lah aku malas nak bercinta. Baik aku ganas.... camnih.... biar tak dek lelaki nak kat aku. Selamat jiwa raga...... dan emosi."hujahku sambil memandang uncle rahman yang tak berkata langsung sejak dari tadi.
Aku baru perasan yang sebenarnya aku dah menyinggung hati uncle rahman. Aku memberhentikan kereta di bahu jalan dan meminta uncle memandu dengan alasan tanganku mula kebas dah tak mampu pegang stering dan tukar gear. Rupanya benarlah....tekaanku. Ekoran mata uncle rahman seakan menyuruh aku duduk dibelakang besama zila. Bengis dimukanya sudah cukup membuktikan tanda isyarat duduk dibelakang seperti papa juga walaupun tanpa perkataan yang diucapkan olehnya. Tiba-tiba telingaku ditarik zila....
"Adeih.... sakitlah.... apsal....?tanyaku pantas. "Segarang-garang kaukan girl........ penakut gak yeak~!? ngan uncle rahman”ketawa zila.
Aku mencebikkan mukaku….tatkala uncle rahman berpaling dan memandang tepat kearahku.
Sesampainya di kolej….. aku tak mahu uncle membuka pintu untukku. Papapun tak pernah begitu…. dan aku sepastinya tak mungkin akan melampaui batas. “Thanks.. uncle…..”sambil menuju ke bilik kuliah…. ku lihat…... ekoran dan bisikan mereka sudah cukup membuatkan aku rimas dan bosan. “Wow..! ady…. driver kau ker….”azman menegurku. “Atok kau…. driver aku…...”jawapku ringkas. “Tak baik jawap macam tu…... nanti orang benci dan kata kau belagak girl…..”zila mencelah. “Aku tak suka….... nanti semua terhegeh-hegeh nak kawan ngan aku. Bosan tul aku..!”sambungku sambil naik lif dan mula menyelongkar beg untuk mencari ID Cardku. Kata-kataku hari nih banyak yang salah ker? Ataupun sememangnya zila yang bermasalah pagi nih. “Bila masa plak aku kata kau yang terhegeh-hegeh…...zila?”marahku bilamana dia menyamakan dirinya dengan ayatku sebentar tadi. “Malas aku nak gaduh.. ngan kau pepagi buta…. nih…!! kang semua benda yang aku dok hafal subuh tadi hilang…..”bentakku sambil menuju ke bilik kuliah 203. “Maaf….!”jawab zila ringkas.
|
|
|
Novel
Jan 3, 2004 22:25:53 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:25:53 GMT 8
samb.
Aku membiarkan saja adegan salah faham ini dari menganggu fikiranku sekarang. Walaupun begitu aku tetap perlu bertanya apa yang merunsingkan fikirannya pagi ini. Aku hanya mengambil masa 1 jam untuk menghabiskannya. Lama aku menunggu zila di bawah. Ada barang yang aku lupa hendak beri padanya. Papa kata aku kena bagi hp nih padanya.
Aku tak pernah sangsi mengapa papa sering memberikan zila barang yang hampir serupa denganku. Dari beg sandang, peralatan makeup, duit saku dan duit untuk shoping kesemuanya hampir sama. “Ah….! mungkin sebab papa kesiankan dia agaknya. Lapipun aku dan zila berkawan sejak di sekolah tadika lagi. Membesar bersama-sama membuatkan aku cukup memahami perangai dan perasaannya. Kadang-kala aku terfikir yang kami nih.. mungkin…........ Lamunanku terhenti tatkala zila menyergah aku dari belakang. “Lamanya…. nih jawap soalan ker buat soalan..?”rungutku padanya. “Alah….. setengah jam lambat dari kau….. kannya sampai satu jam pun. “Nah….!!! papa kasi”sambil menghulurkan hp nokia 8250 kepadanya. “Taknaklah…. duit pengajian nih pun aku tak mampu nak bayar cepat….. papa kau dah kasi yang lain. Aku tak pandai pakai…... lagipun aku bukannya perlukan hp?”katanya sambil menolak kotak hp kembali kebadanku. “Tul taknak…..! jap….. aku call papa sat….”gertakku. Sambil menghulurkan hp padanya ku lihat wajah zila benar-benar berubah. “Nahlah….kau jawap ngan sendiri”sambungku. Kali ini zila menurut perintah seperti sebelumnya. Ini barulah zila yang kukenal sejak bebelas tahu yang lalu. Jarak antara aku dan zila hanya setahun.
“Banyak sangat budi papa kau girl! Pada aku sekeluarga. Tak mampu aku nak balas! Entah macamana aku nak balas akupun tak tahu. Sejak ayah aku meninggal papa kaulah tempat aku memanggil ayah”katanya perlahan sambil mengambil hp dari tanganku.
Senyuman zila meredakan hati aku. Marahku hilang bilamana dia menelek lama hp pemberian papaku itu. “Sama yeak…..~! cam hp aku?”soalku. “Hurm…. tu ahh….. kau tak kecik hati ker papa kau kasi aku jenis yang sama.?”balasnya. Aku dan zila berjalan menuju ke Food Court Cycle & Carrie. Food Court ini popular bagi pelajar kolej cosmopoint dah juga kolejku. “Tak heranlah…... janji jangan lebih dari aku…... cukuplah….... sama tak per…...”jawapku ringkas dan bersahaja sambil menarik tangan zila menuju ke gerai Nasi ayam. “Eh….. girl…. ko beli nasi aku beli air…... cepat sikit…..... aku nak gi tengok mak kat Ampang Puteri lagi dalam kul 2.00 petang?”pintanya. Aku mengangguk tanda setuju. Sambil menikmati nasi ayam…. aku diganggu oleh satu panggilan telefon yang kerap mengangguku sejak seminggu ini. “Kau jawap zila….....! aku angin kang pinggan nasi makcik nih aku hantar direct kat tepi bakul dia….... terbang lagi!”kataku sedikit marah.
Aku lihat zila ketawa dan tersenyum. Sambil menikmati nasi ayam kegemaranku, pandangku tertumpu kepada seorang lelaki yang hampir aku kenali. Sudah 2 kali aku teserempak dengannya. Tapi dimana wajah lelaki itu kulihat aku tak berapa pasti. Yang pasti wajah lelaki itu seakan pernah aku lihat sebelum ini.
“Lamanya….. kau borak…~!”rungutku. Gelak dan tawa zila buat aku tak duduk diam. “Dia kata…... kalau kau nak terbangkan pinggan nasi ayam kau tu…... dia sikitpun tak heran….. yang diherankannya nanti….... makcik nasi ayam tu….... kene heart attack tengok pinggan dia terbang~!!!”terang zila kepadaku…. “Hurm…..... dia ada kat dedekat kita…... rupanya…...” sambil melihat sekeliling…. aku Cuma attack lelaki yang berdekatan denganku. Hampa betul….! semuanya buat dek aja…......
“1st time aku tengok kau kalut…. digoda lelaki” ketawa zila sambil makan. “Cepatlah…. makan kata nak jumpa mak…. dan kul 1 lebih dah nih.”pintasku. Malas aku nak dengar komen pompuan nih. Yang aku heran…. zila nih punyalah seksi dia tak kacau, aku yang garang macam singa nih ada lagi lelaki yang berani kacau. “Oh…... lagi satu….. aku lupa dia kata dia pelajar cosmopoint. “Alah…... budak cosmo ker? Tak dek orang lain ker? Dorang tu belagak aja lebih…. bosan aku. Semua perangai sama….... macam gay….. tayang baju”rungutku… sambil berjalan laju menuju ke teksi stand. Kita balik umah dulu…... aku nak amik kereta…... leceh ah…. pakai cab time camni. Zila hanya mengangguk dan menurut langkahku yang agak laju. “Eh…... cepatlah…..... mak kau ker mak aku nih~! Kau tanak pergi aku pergi seorang senang!”kataku sambil bercekak pinggang. Lagi sekali zila tidak membalas percakapanku. Selalunya dia mesti kata tak baik cakap macam tu….... hurm…..... zila….. zila….. kenapa ngan kau hari nih… ? Persoalan yang tak sempat aku tanya dari tadi.
Sesampai di rumah aku hanya nampak untie imah sedang sibuk menilik bunga ros kegemarannya dan juga mama. Aku tak sempat…...... nak kata apa…..... aku capai kunci kereta di sisi pintu dan menyuruh zila memberitahu untie imah yang kita mahu ke hospital. Arahanku diterima dan dipatuhi. Aku tak sempat nak fikir pasal zila sekarang ini. Yang aku kejarkan sekarang adalah panggilan telefon dari papa sebentar tadi. Papa meminta aku segera ke hospital dan perlu bawa zila bersama. Sebolehnya aku cuba amanahkan diri aku. Papa meminta aku jangan memberitahu zila yang maknya semakin parah akibat lelehan nanah di payudaranya. Rupanya papa tak pergi meeting di Hotel Istana. Sejak dari pagi tadi dia berada di hospital menemankan mak zila. Akupun pelik dan mula fikir yang bukan-bukan. Scandal? Tak mungkin? Diakan mak zila…..... lagipun ayah zilakan kawan baik papa? “Aaaaarrrggghhhhh…..!!!!” teriakkanku mengejutkan zila. “Jangan nak histeria kat dalam kereta plak….... mak aku selamat nanti turn aku yang masuk hospital!”katanya sambil memerhatikanku. Aku hanya mampu tersenyum dan memberi alasan yang aku tak suka ada lelaki mengangguku.
|
|
|
Novel
Jan 3, 2004 22:26:24 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:26:24 GMT 8
samb.
Apabila sampai sahaja di hospital, ku lihat zila seakan cuba mempelahankan lagi pergerakannya. Kalau tidak kerana arahan papa mahu sahaja aku beritahu yang maknya sedang berjuang di saat-saat akhir hidupnya. “Zila…….~!!!!!!! Quick……!!!”jeritku apabila ku lihat pandangan tajamku tidak diendahkan olehnya. “Kau nih kenapa?….. mak kau dah nazak tahu tak?… dia sengaja tak mahu papa beritahu kita sebab test pagi tadi. Kau nih tak pernah bersyukurlah…. Dapat mak baik dan faham macam dia!”sambungku sambil menarik tangan zila dengan kasar.
Pandangan zila ke arahku membuatkan aku hilang tumpuan. Kalau kali nih dia mahu memarahiku atau papaku adalah hak dia dan sebagai anak sebenar, sememangnya pihak hospital perlu memberitahunya. Kenapa dia berbeza dari zila yang kukenal. Kalau pasal bob dia muram macam nih aku dah nekad aku akan terajang bob tu esok lusa. Tetapi aku kena selidik dulu puncanya datang dari bob ataupun tidak.
Barulah aku nampak zila ada tindakbalas. Dia asyik menekan butang. “Tak yah kau tekan banyak kali…. Butang tu…. Takkan jadi laju gak lif nih naik.. silap haribulan lif nih tersangkut…. Pastu lampu terpadam macamana?”soalku. Sambil tersengih ku lihat zila mencebikkan mukanya. Aku tahu dia bab naik lif nih dia ralat sikit. Banyak sangat tengok cerita hollywood lif tersangkutlah…… tali lif putuslah….. alah…. Macam cerita Alien tu…. Tak pun filem terminator. “Aku sepak kang!….. sesia je…. Dalam lifpun mulut nak cabul gak!”jawabnya seakan marah.
Reaksi marah zila tak kuendahkan. Aku macam nak gelak pun ada waktu tu. Takut lagi rupanya pompuan nih. Ting~!!. Ku lihat zila berlari-lari anak menuju ker bilik rawatan. Setibanya kami di sana, ku lihat mama juga ada. Ingatkan mama ke salon rambut. Aku tak mahu melihat muka zila ketika ini. Kesedihannya cukup buat aku terasa sama. Aku paling susah hendak mengeluarkan airmata tak macam zila…… senang dan cepat terasa. Sifatku banyak menurun dari papa. Tetapi zila seakan mamaku….. cepat tersentuh dan mudah simpati pada orang lain. Pernah suatu waktu dulu disebabkan anak orang lain akan menjalani pembedahan mama sampai tak sempat nak sampai KLIA tepat pada waktunya dan akhirnya aku dan papa saja yang pergi melancong ke Bali 2 tahun lepas.
Lamunanku terhenti tatkala doktor menanyakan siapa anaknya diantara kami berdua. Rupa-rupanya baru kini aku fahami. Bukan salah bob dan puncanya jauh sekali disebabkan bob. Yang paling mengejutkan dan tak masuk di akal, jawapan zila membuatkan aku terkedu dan tegang. “Saya Cuma anak angkat”terang zila ke arah doktor muda itu. Anak angkat….!!!!! Fikirku samada zila gila atau dia masih tak siuman gara-gara test pagi tadi. Pandangan papa dan mama serentak benar-benar buat aku berfikir 2 kali. Aku tahu uncle Bakarin, papa, untie zira serta mama adalah sahabat baik. Terlalu baik umpama pepatah melayu yang berbunyi “air dicincang tak akan putus”. Itulah yang diberitahunya kepada kami. Mungkin ada sesuatu yang aku tak tahu. Rahsia apa yang mereka berempat sembunyikan dari kami berdua. “Mama….!!! Camner boleh jadi macam nih!. Kau gila ker zila….?
Keterangan zila mengenai DNA dia dan ibu bapanya cukup membuatkan aku terasa hati ini bagai tertusuk duri sembilu. Uncle Bakarin memiliki darah jenis A dan untie zira berdarah O sedangkan zila memiliki darah jenis AB. “AB….!!!”jeritku seakan tak percaya. “Ya…. Girl….. serupa ngan kau…”balasnya perlahan. Pandanganku tertumpu pada mama dan papa. Fikirku hanya satu samada zila adikku ataupun zila di ambil sebagai anak angkat. Kalau dihitung…… aku lahir pada 27 Oktober 1983 sedangkan zila sehari selepas itu. Tak mungkin kami adik beradik.
“Baiklah….. macam nih….. saya mahu zila tandatangan borang ini untuk membenarkan kami menjalankan pembedahan seterusnya. Walau peratusannya kali saya jangka hanya 30%! Saya harap kamu semua banyakan bersabar. Ini semua kuasa tuhan. Kami hanya doktor dan tak mampu menyembuhkannya. Semuanya datang dari Allah..!”kata doktor muda itu kepada zila.
Ku lihat papa mengusap rambut zila dan memeluknya. Tangisan zila membuatkan aku berlari keluar. Bukan cemburu kerana papa memeluknya dan bukan juga cemburu kerana mama turut cuba memujuknya agar behenti menangis, tetapi hati aku turut rasa pedihnya. Walaupun aku agak kasar dan berpewatakan seperti lelaki, sememangnya aku tak mampu melihat zila sedih hati aku turut merasakannya. Aku teringat sewaktu zila dilanggar kereta 1 tahun yang lalu, aku jatuh pengsan di rumah.
|
|
|
Novel
Jan 3, 2004 22:27:01 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:27:01 GMT 8
samb.
Ketika berada di luar, pandanganku tertumpu ke arah lelaki misteri yang tadinya ku lihat di Food Court Cycle & Carrie. Aku menjadi takut, lalu aku cuba bersembunyi di balik dinding. Beberapa minit kemudian papa keluar dan berjalan laju menuju ke arah lelaki berkenaan. Siapa dia? Hari nih pelbagai persoalan yang timbul dan membuatkan semuanya menjadi kelam kabut.
“Lahhh…. Diri tepi dinding tu apsal….. girl tak sihat ker penat or sakit? Nak papa call uncle rahman suh jemput? Ataupu girl cemburu?”soal papa padaku. “Taklah…….. sikit pun heran. Malahan tak luakpun…….!”jawabku pantas. “Dah.. tu!?” sambung papa menyoalku. “Lelaki tu dari tadi tau! ikut girl sejak kat Food Court lagi. Call polislah papa……. Jahat tu orang tu… dia mesti nak culiklah tu….”sambil menuding jari ke arah lelaki yang berkot hitam itu. Keluhan papa membuatkan aku sedikit terdiam. Senyuman papa membuatkan aku cemas. “Nama dia Rahim Kajai. Dia peguam peribadi papa. Papa yang suruh dia ikut girl dalam 2 hari nih. Hati papa tak sedaplah…sejak akhir-akhir nih macam-macam benda yang tak elok papa fikir pasal kamu 2 beradik” kata papa lagi. Tiba-tiba percakapan papa terhenti. “2 beradik……?”soalku seperti orang yang tak puas hati. “Dah jom masuk..!”pinta papa. “Tapi…!?”bentakku. “Dahlah….. jom masuk……. Nanti papa beritahu ok…..?”pujuk papa lagi. Usapan tangannya dirambutku cukup membuatkan hati aku berhenti memberontak. “Jom…..sambil menarik tanganku sempat papa berkata…… kepadaku… “Sejak bila girl papa nih!…dah pandai degil?”soalnya sambil tersenyum. “Eleh….”balasku spontan. “Malam nih bagitau….!! Kalau tak…… girl lari!”ugutku. Papa menganggukkan kepala tanda setuju. Sambil membuka pintu papa mengisyaratkanku agar diam dan terus masuk.
Ketika kami berdua masuk ku lihat…. Zila berlari sambil menarik tanganku. Dia menyuruh aku sentiasa berada disisinya. Aku akur. Apa yang pasti…… dan hati aku sememangnya pasti…… zila adalah adik sedarahku. Keluhanku panjang membuatkan mama beralih arah dan duduk disisiku. Genggaman tangan mama menghilangkan rasa resahku. Benarlah kata orang sentuhan ibu mampu membuatkan kita berasa selamat.
Zila beralih arah dan duduk disisi katil. Ketika itu ku lihat untie zira sedar dan mula berkata perlahan kearah zila. Aku bangun dan mahu menuju ke arah zila. Tetiba tanganku seakan dipegang ole seseorang membuatkan aku berhenti dan terdiam. Ku palingkan mukaku dan ku lihat tangan kiriku erat digenggam oleh mama. “Girl duduk sini….. mama rasa untie zira ada sesuatu nak beritahu….girl faham?”soalan mama membuatkan aku diam seribu bahasa. Ku anggukkan kepalaku dan kembali duduk di sisi mama.
“Mak nak cakap…..!”pinta zila kepada mama dan papaku. Tangisan dan seduan zila buat aku tak tentu arah. Sekeras-keras nasi kalau direndam air akan lembut juga…… begitulah aku. Airmata pertamaku gugur…tatkala melihat seduan dan pelukan zila ke arahku. “Kenapa….?”soalanku sekali lagi dijawab. “Malam nih…… tido umah aku….”balasku tanpa menunggu zila mengiyakannya. Papa kata, pembedahan akan bermula jam 7.00 malam. Ku lihat jam ditanganku masih 6.00 petang. Ada setengah jam saja lagi untuk zila bersamanya sebelum membiarkan doktor menyiapkan segala urusan sebelum pembedahan bermula.
Perbualan antara mereka bertiga merimaskan aku. Ku lihat tangisan mama mula kedengaran. Pelukan papa ke arah mama membuatkan aku rasa begitu tersentuh. Papa sememangnya seorang yang penyayang tetapi tegas. Mama pula banyak mewarisi sifat semulajadi wanita melayu. Tidak ubah seperti zila. Panggilan untie zira membuatkan aku berlari anak menuju ke arahnya. Aku berdiri di kiri katilnya sambil tanganku disentuh olehnya. Pandangan untie zira ke arahku dan zila membuatkan aku tak sabar menunggu setiap butir yang hendak diucapankan olehnya. “Lepas mak pergi….kamu berdua jangan gaduh. Jaga diri sesama sendiri. Kelahiran kamu 20 tahun lalu cukup buat kami teruji dan berhati-hati.”suaranya yang perlahan seakan membuatkan aku hampir berlari keluar. “Gagahkan diri kau…..Farra Adilla”pujukku. Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku tanda setuju sedangkan zila terisak-isak menahan airmata dari mengalir keluar.
Untie zira meninggal tepat jam 6.25 petang. Kedatangan doktor azmi bukan untuk mempersiapkan pembedahan lagi. Memang dah takdir agaknya. Aku merasakan yang kehadiran zila kini di dalam keluargaku pasti merubah segala yang dulunya kumiliki. Tetapi apabila aku tengok kedaifannya saat ini, hati aku jadi pasrah. Aku nekad segala yang dulunya kumiliki akan ku kongsi bersamanya. Zila kecewa kerana katanya kelahirannya membawa sial kepada keluarganya sendiri mahupun keluarga angkatnya. Kata-katanya memberikanku satu suntikan semangat setiakawan. Aku tak mahu hadir sebagai kakaknya, tetapi aku mahu hadir sebagai kawannya yang setia. Segalanya terjawab. Barulah aku faham kenapa sejak kecil lagi aku dan zila sering mendapat barang yang serupa. Kematian uncle bakarin dan untie zira menjadikan zila sangat pendiam. Kalau dahulunya aku sering dipujuk agar belajar menerima dugaan tuhan darinya. Kini, mampukah aku menasihatinya? Sebagai kakak? Ataupun kawannya yang dulu.
|
|
|
Novel
Jan 3, 2004 22:27:35 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:27:35 GMT 8
samb.
Mama sentiasa berpesan saat zila menjejakkan kakinya kerumah aku sebagai adik kembarku. “Zila kau nak bilik mana? Jom….. girl tunjuk ada 2 bilik kosong….. pilihlah memana…..?”kataku lembut sambil menarik tangannya. “Tak payah pilih……. Bilik baby dah lama ada. Mama dan papa tak pernah lupakan baby. Masa adilla dan azilla lahir, mama dah siapkan 2 bilik untuk kamu berdua. Tetapi kita manusia tak mampu kelawan ketentuanNYA. Mari ikut mama! Kita tengok bilik baby”sambil tersenyum mama menarik tanganku.
Aku mengaru kepala yang tak gatal. Selama aku tinggal dirumah nih….. tak ada satu bilikpun yang aku tak masuk. Cuma satu biliklah akutak berani masuk, pasal mama kata bilik tu ada ‘masalah’. Bilik itu sentiasa berkunci. Aku tak pernah berpeluang untuk masuk kedalam bilik itu. Maklumlah……otak aku dah set…… mesti bilik itu berhantu.
“Imahhhhhh………”jerit mama. “Ya datin”sambil menjawap ku lihat untie imah….. kelam kabut….meluru ke arah mama. “Ambilkan kunci untuk bilik ini. Orangnya dah pun pulang kembali”sambil menjeling dan berisyarat…ku lihat untie imah meluru masuk ke biliknya. Tak berapa minit kemudian tangannya mengenggam satu anak kunci yang selama ini memangku cari. Tak sabar rasanya aku nak lihat bilik yang lebih berbelas tahun tak pernah ku jejaki walaupun didalam rumahku sendiri. Kunci diserahkan ke mama…… perlahan-lahan mama membuka kunci, sambil memusingkan sesuatu ku lihat mama mencantumkan dengan anak kunci yang lain. Apa bagusnya bilik nih sampai aku sendiri tak pernah tahu kewujudan isi dalamnya. Kenapa zila boleh lihat bilik nih! Aku mula fikirkan yang bukan-bukan. Selesai sahaja kunci dibuka, daun pintu mama tolak perlahan. Sudah menjadi kebiasaanku…….. mana boleh sabar…… buang masa namanya tu. Ku tolak sambil meluru masuk mendahului yang lain. Senyuman mama meredakan hatiku. Aku anak dia juga tak mungkin jadi salah aku masuk dulu ataupun kemudian.
Segala yang tak baik tentang zila, bilik nih…. Terbongkar juga. Segalanya sama. Katil, kerusi, almari, peralatan solek, minyak wangi semuanya seperti yang berada dibilikku kini. “Duplicate….!!!!… bila kemas?…. erkkk…… beli tak nampak…… erk….sss malas tanyalah…… bersih…… macam orang kemas setiap hari…..?”semua soalanku mama balas dengan senyuman. “Untie imah yang buat semuanya”jawab mama. Untie imah mengangguk tanda setuju. “Meh……meh……meh…… pompuan!… rupanya bilik yang aku dok sibuk citer kat kau… berbelas-belas tahun nih….. kau punya rupanya”sambil tersenyum aku menarik tangan zila menuju ke meja solek. “Hik….hik….hik….sama ngan akulah…..cantiklah…..!”kataku lagi. “Aku tak mahu rampas mama dan papa kau. Macamana kau boleh tak marah. Sedangkan aku tengah marah?…”luahan zila benar-benar buat aku terkedu….dan terdiam. “Aku tak marah langsung. Cuma mungkinlah aku mengaku aku terkejut…!! tapi kan kau pernah beritahu aku….apa yang berlaku, walaupun pahitpun dugaan yang kita perolehi, sebagai manusia….kau tak boleh menyoal…..kenapa ianya terjadi!”sambil memandang tepat ke arah zila. “Kali nih kau kena gunakan ayat yang sering kau berikan padaku untuk coolkan hati aku……!”sambil memalingkan mukaku ke arah mama.
Mama terdiam……dan berlalu….. tanpa berkata sepatahpun untuk zila mahupun aku. Sebelum mama berlalu pergi….. aku sempat mendengar perbualan antara mama dan untie imah. “saya dah agak dah imah……persoalan nih akan berulang juga”.
Hari berganti hari…. Minggu berganti minggu……. Kehidupan aku dan zila macam biasa sahaja….. kerana kami sememangnya dah serasi….. Cuma kali ini dia adalah kembarku. Tiada syak wasangka…… tiada…… sakit hati. Cuma yang tidak berubahnya ialah…… mak zila…. Telah meninggal dunia …… kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Kemudian papa mengambil keputusan untuk menunaikan umrah dan haji sekaligus. Kedatangan puasa kali ini aku hanya menyambutnya bersama zila. Kami dah besar…… lagipun untie imah dan uncle rahman ada untuk menyiapkan segala kelengkapan menyambut lebaran yang bakal tiba. Aku tak kisah…. Kerana tahun ini aku mempunyai teman sejati…..iaitu Sarah Azilla Dato’ Hamdan.
Rupanya kegembiraan aku hanya seketika…… kerana berita kematian papaku di mekah…. Benar-benar memeranjatkan aku. Mama pasrah….. dan menerima ketentuan ilahi. Aku faham…… mungkin mama pura-pura tabah…… kerana…… dah memang keinginan papa untuk meninggal di mekah kalau diizinkanNYA. Kepulangan mama di KLIA aku sambut dengan senyuman. Senyuman mama begitu indah walaupun aku dan zila masi melihat…… bengkak mata dan kedut resah diwajahnya. Kata-kata semangat zila buat aku dan mama berani menempuh hari esok tanpa papa. Di kala ini aku banyak termenung…. Memikirkan siapa yang akan menguruskan syarikat papanya itu. Kalau nak di harapkan Uncle Kamal…… memang lingkup syarikat papa. Mama pula langsung tak tahu bagaimana nak menguruskan syarikat.
“Aku………~!!!!!” bentakku didalam hati….. “Tak mungkin…..!!!”sambungku memberontak. Pertemuan lelaki misteri yang sering mengekoriku adalah menamat segala keresahan. Dia adalah peguam peribadi papa selama 25 tahun yang lalu dan merangkap bodyguard peribadi keluargaku…. Aku tak pernah lihat kemunculannya….. Cuma sejak akhir-akhir ini dia kerap muncul. Papa pernah berbual dengan mama di bilik sembahyang…. Mengenai uncle kamal yang ingin mengambil alih syarikatnya….. beberapa bulan lalu dengan kerjasama beberapa orang pemegang saham. Segala bukti papa simpan di laptopnya. Tapi sejak pemergian papa ker mekah….. aku tak pernah lihat laptop itu lagi di bilik tidur papa. Mama pula hanya mendiamkan diri bila aku bertanya mana perginya laptop kesayangan papa itu. “Entahlah…..sayang….. manalah mama tahu… mungkin papa dah beri pada….. Uncle Sam”jelas mama sambil berlalu pergi menuju ke dapur untuk menyiapkan minum petang kami. Zila pula awal-awal lagi menyerah kalah…… jangan ditanya padanya cukuplah…… katanya padaku….. lalu berlari anak sambil mengekori mama dari belakang. Entah mengapa……. Segalanya misteri…..
|
|
|
Novel
Jan 3, 2004 22:28:11 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:28:11 GMT 8
samb.
Pagi yang indah……… macam nih kene pergi ke kuliah……adoi…….malas rasanya. Zila pula… dah siap……. Sambil berlagak memusingkan baju barunya kepadaku. Hurm……. “asal tak kejutkan”rajukku padanya. “Eh….. kita dah kejut awak tu yang tidur macam beruang…..”balasnya pantas….. sambil mengejekku busuk. Aku capai tuala dan mandi. Aku tak sempat nak ambil sarapan kerana kelas akan bermula ½ jam dari sekarang…… zila….. dan aku memecut…….kereta…. dengan laju. Entah mana peginya mama awal pagi macam nih……..fikirku dalam hati. “Mama gi mana…… zila….”tanyaku pada zila yang sedang memandu. “Entah…..bangun tadi tak nampak….. untie imah pun tak tahu….uncle rahman pun tak dek…jangan risaulah…. Mama ngan uncle rahman tu~!!!”pujuk zila padaku.
Nasib baik kelas pagi tadi sempat sampai…….petang nih aku dan zila terus balik ke rumah….. kerana mama kata ada hal penting dan minta kami berkumpul. Bunyinya macam sensasi dan drastik aja…… Time….. begini….. aku teringatkan papa…… rindunya pada papa. “ Rindu kat papaaaaaaaaaaa……..!!!!!!!”jeritku sambil memandu pulang menuju kerumah. Zila tak mampu berkata apa…… kerana dia… juga pernah rasa kehilangan orang tersayang. Kami berdua senyap terus….. menerus sampailah ke rumah. “Dah.. okey ker…… jangan buat mama risau…nanti dia nangis lagi”tegur zila padaku. Aku hanya mengangguk.
Alangkah terkejut dan terkedunya aku….. lelaki misteri itu sedang berbual dengan mama di ruang tamu sambil ditemani oleh uncle rahman. “Mamaaaaaa…..!!!! dia nih jahat…. Selalu ikut girl kat kolej….”jeritku. “Ya… allah budak nih…..~!!!!”senyum mama sambil menarik tanganku dan zila menuju ke sofa. “Tak mohlah…….”bentakku. “Jangan mengada…..cuba dengan dulu…”kata uncle rahman kepadaku. Aku hanya mencebikkan muka tanda memberontak….sambil menghentakkan kaki aku memalingkan mukaku ke arah lelaki yang mix-asia itu. “Jangan risau….. saya bukannya orang jahat. Saya kawan papa kamu.”katanya lembut. Hurmmm……alasan keterangannya kurang meyakinkan aku. “Buktinya….~!!!! tunjukkan pada saya”sambungu pantas. Mamapun kalah……dan uncle rahman juga tak mampu berkata apa. “Soalan yang bagus…… kerana saya dah siap sedia….sebab papa kamu kata….. kamu nih….tegas dan degil orangnya.”katanya lagi sambil memberikan aku surat pelantikannya menjadi peguam peribadi secara rahsia sekaligus merangkap bodyguard kami berdua. “Itulah sebab…..kenapa sejak akhir-akhir nih saya kerap muncul disekeliling kamu berdua atas sebab-sebab keselamatan kamu berdua…!!”sambungnya lagi. Terkedu aku bila dengar dia menjelas satu persatu.
Darah daging sendiri nak hapuskan kami dua beradik…….. semata-mata ingin mengambil alih syarikat dengan cara profesional. Mustahil uncle Kamal sanggup culik kami yang satu-satunya anak saudaranya yang ada. Papa dan dia dua beradik sahaja. Uncle kamal ahli perniagaan terkemuka juga. Namanya sebaris 10 jutawan malaysia. Hurmmm……..diamku tanda kalah. Dan kemuramanku lemahnya aku sebagai manusia.
Itulah sebabnya uncle sam sering muncul….. dan lelaki yang berpakaian t-shirt putih itu adalah bodyguard kami rupanya. patutlah sejak 2 tahun ini papa sering menelefonku tiap 1 jam. Sampai aku naik bosan. Kata mama……..papa sengaja tak mahu aku tahu kerana takut aku fobia bila bertemu orang asing. Sambil menunjukkan sijil kelahiran zila sebagai Sarah Azilla bte Hamdan. Kenapa papa palsukan sijil kelahiran zila…..? Belum sempat aku buka mulut…. Uncle sam menjelaskan yang uncle kamal sejak dari dulu memang ingin merampas syarikat papa yang bernilai bernilai berpuluhan juta dollar Amerika. “Kamu kena ganti…..papa kamu di syarikat. Ini dah termaktub dalam undang-undang malaysia….yang waris terdekat ataupun waris tunggal muncul diwaktu mesyuarat ahli lembaga pengarah yang akan berlangsung 2 minggu dari sekarang. Segala bukti kejahatan uncle kamal kamu ada disimpan di laptop ini.”ulasnya sambil mengisyaratkan sesuatu kepada pembantu di sebelah kanannya. Kerinduan aku pada papa terurai sudah…….laptop kesayangannya muncul dihadapanku. “Boleh saya pegang sebentar laptop papa?”pintaku lembut sambil menahan airmata dari keluar. Aku mencapai laptopnya lalu memeluknya erat. “Suatu hari nanti…….laptop ini akana menjadi kepunyaan girl….okey…..sekarang papa masih menggunanya.”kata papa suatu waktu dulu kepadaku. “2 minggu dari sekarang…….. laptop ini akan menjadi kepunyaan Farah Adilla bte Dato’ Hamdan….okey….?senyum uncle sam kepadaku sambil mengisyaratkan agar laptop itu diserahkan semula kepadanya atas sebab-sebab keselamatan. Segala…..berbulan-bulan ini laptop ini disimpan di Bank Swiss…...rupanya. Itulah amanat papa kepada uncle sam.
Setelah menjelaskan segalanya………kami sekeluarga dikehendaki duduk di suatu tempat yang dirahsiakan. Pada fikiranku……kes keluarga kami bukannya begitu besar……macam di kaca televisyen. Susah betul………kalau hidup macam nih. Hendak tak hendak……. kami semua terpaksa pergi…..sebab dah….terpaksa…lah.
Hari berlalu…..begitu pantas….dikala ini aku tidak boleh berhubung dengan sesiapapun. Sesampainya aku di villa ini….semuanya serba canggih. Aku perlu memakai gelang hayat untuk memasuki villa baru kediaman kami ini. Dan satu lagi kejutan……..yang tak disangka….lelaki muda yang selalu tersenyum di Food Court Cycle & Carrie ataupun dipendekkan….lelaki yang selalu menghantar sms…..bunga sekuntum di depan cermin keretaku dan kad…layang di rumahku. Geram aku………satu persatu segalanya tersingkap. Aku merenung tajam…..ke arah zila yang ketawa lebar….. menahan perut…… kerana….katanya “Marah-marahlah…. Pepuas…..malaysia nih kecil….entah-entah tu jodoh kau tak Farah….?!!”….. “Zila……..bencinya aku tengok mamat…….nih……macam kerang busuk…….tau……?~!!!!”sambil berlalu disisi aku sempat…..menjelirkan lidah padanya. Dia hanya tersenyum sambil mengerakkan bibirnya “I Love You….Farra Adilla”sambil berlalu pergi meninggal kami sambil menuju ke kereta. “Jangan gaduh…lelaki tu…..adalah calon pilihan papa buat farah….fahammmmmm……..?!!!!”kata uncle sam kepadaku sambil tersenyum sinis. “Lupa pulak uncle nak beritahu tadi….”sambungnya sambil menunjukkan sekitar rumah ini kepadaku dan juga mama.
|
|
|
Novel
Jan 3, 2004 22:29:07 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:29:07 GMT 8
samb,
Arahan papa aku turuti…..kerana itulah amanatnya padaku melalui sepucuk surat. Walaupun aku memandang pilihan calon suamiku agak begitu kuno…. Namun aku yakin……..tiap-tiap kejadian ada hikmahnya. Cuma…….~!!! sekarang nih aku benci tengok dia selalu memandangku dari jauh….sambil senyum. Satu rumah…….~!!!!!! setiap hari tengok muka saya……..pasti akan ada cinta……walaupun awak sekeras batu…..fahammmm~!!!!katanya padaku lembut. “Yerlah……~!”balasku tanda malas nak melayan.
Ketegangan ku sedikit terubat…..kerana selama ini uncle kamal tak pernah tahu akan kewujudan zila kerana kami lahir di overseas. Segalanya dirancang begitu rapi untuk mengelakkan sebarang tindakan luar kawalan uncle kamal……..pada papa suatu hari nanti. Andai aku tiada……zilalah waris ke-2 papa…..sebab itu sijil kelahiran asli disimpan di Bank Swiss itu sejak 20 tahun lalu lagi. Segalanya titik perjalanan aku dan sejarah keluargaku terungkai sudah. Kembali ke tempat asal adalah harapanku.
Dari apa yang aku tahu……uncle kamal berang kerana kami hilang…….sebelum sempat dia berbuat apa-apa. Segalanya berjalan lancar. 2 minggu aku hidup dalam ketakutan. Duniaku hanya di dalam villa ini. Aku tidak dibenarkan keluar menjengah ke luar tingkap… atau apa-apa objek yang membuatkan “mereka” memerangkap adanya aku di sini. Macam dalam penjara.
Entah mengapa……malam tu aku mimpi yang papa meminta aku menerima calon pilihannya. Zila terlepas…..kerana aku masih ada lagi. Tiba-tiba lamunanku terhenti kerana melihat…….balik akuarium itu ada muka……Alfian Luke. Anak angkat papaku 25 tahun dahulu. Jarak usia kami 5 tahun. Dia memang hensem….bersih……sembahyang….sopan santun…….hormat mama, untie imah dan uncle rahman. Mama dan uncle sam sahaja yang tahu Luke ini anak angkat papa. “Saya akan tunggu..yang paling penting……kita selamatkan syarikat papa dulu…….faham…… notty girlll…..!!!”sambil mengusap kepalaku. Aduhai……..touchingnya……..aku rasa…. “eh…jangan kene tipu…. Farah…..mamat nih….. yang dulu selalu kacau kaukan….?”bentakku melawan hati.
Masa berlalu…….. begitu pantas….pagi ini aku harus keluar untuk menghadiri mesyuarat ahli lembaga pemegang saham pengambilan kuasa uncle kamal secara undang-undang..kerana dia sudah mengupah orang menukar surat wasiat papa di pejabat peguam. Itulah perlunya aku disorokkan….dan apapun yang terjadi….hari ini……aku pasti akan pertahankan…..maruah papaku.
Aku menaiki kereta kalis peluru….tingkap bercermin hitam….dan pemandunya adalah pegawai polis. Aduhai….. dah macam citer orang putihlah pulak….rasanya aku. Zila dan mama banyak diam…..sejak akhir-akhir ini. Tegang aku rasa……mereka berdua berubah…..drastik macam nih.
Mesyuarat.. bermula jam…10.00 pagi. Aku harus berada sana jam 10.00 pagi tepat. Tidak telalu awal dan tidak terlalu lewat. Biasanya mesyuarat ahli lembaga pemegang saham…. tepat….mengikut schedulenya. Kalau di hitung……sebenarnya mengikut tatasusunan saham…..syarikat……aku telah kehilangan hak…..kerana……penipuan uncle kamal….. dia memperolehi sahamku yang bernilai 52% secara automatik dari papa. Sedangkan dia hanya memiliki 10% sahaja……saham syarikat selama 25 tahun ini.
“Dengan ini…. Mengikut kuasa undang-undang di malaysia….. beserta dengan surat wasiat Dato’Hamdan Ahmad ini saya mengumumkan mengikut perlembagaan…..akta syarikat….
“Tungguuuuuuu…….~!!!!. Silakan Datin…. Sebelum disambung ayat terakhir…… saya memperkenalkan diri saya dahulu kepada tuan pengerusi majlis serta ahli pemegang saham. Di sini saya sertakan salinan asli wasiat…..beserta……bukti penipuan Kamal bin Ahmad……yang menukar wasiat……..dan disertakan wang sejumlah RM1 juta yang telah disogokkan kepada pihak-pihak tertentu semasa proses perubahan wasiat yang dijalankan selama 2 tahun ini secara senyap oleh Kamal bin Ahmad. Sila……... Kamal…… polis sedang menunggu anda diluar…..”sambung uncle sam sambil menerung tajam….
Ekspresi wajah uncle kamal berubah…. Tiba-tiba…..bagai orang hilang anak…… bagai termakan lada……..ibarat……anjing kelaparan yang berebut makanan. Aku hanya mampu tersenyum……tanda gembira. Segalanya mudah….. kerana…..uncle sam begitu profesional……dan tepat.
“Saya kenalkan……Farah Adilla bte Dato’Hamdan”sambil memegang bahuku dan tersenyum. Keluhan ahli pemegang saham dan disertakan senyuman melegakan aku. Mereka juga terkejaut mendengar penukaran nama wasiat dari anak dato’ Hamdan ke kamal senang sangat. Mama menjelaskan kepada semua yang ada agar menyokong dan memberi tunjuk ajar kepadanya kerana aku masih mentah dalam….urusan syarikat. Tetapi jangan risau…… ak mempunyai protokolku sendiri. Aku kan anak papa……mesti aku sebijak papa…..juga…… fikirku didalam hati.
Hari berlalu begitu pantas…… zila adalah….orang ke-2 penting di syarikat dan Luke……tidak mencampuri urusan syarikat keluargaku. Tepat sungguh pilihan papa. Dia langsung tak setamak uncle kamal walaupun dia tahu dia boleh menuntut haknya seperti yang termaktub di dalam wasiat. Aku masih lagi meneruskan pengajianku di Universiti dan mengambilnya secara jarak jauh. Aku akan memastikan aku memiliki Master dalam 5 tahun pertamaku di syarikat ini. Indahnya……aku ada mama………zila….uncle imah……uncle rahman……uncle sam dan bodyguard kami……serta…….luke yang kini bergelar suami padaku. Oh…..!!! ya……. Zila pula bakal melangsungkan perkahwinannya dengan bob. Apsallah budak gemuk tu gak…. Yang si pompuan nih pilih……. Anyway…….. bob macholah…….aku aja yang selalu kata dia gemuk… dia baik…..dan yang paling penting dia bertanggungjawab itu sudah memadai. Yang paling bagusnya Luke dan bob tidak bekerja bersama kami di syarikat. Mereka bangun dan memilih membina kerjaya dari bawah……tetapi…..sekarang dan mempunyai syarikat sendiri. “Papa…..jangan risau……girl dan baby akan sentiasa…..bersama…..dan kami dah berjaya kalahkan uncle kamal……”doaku di depan kaabah…..diharap dapat didengar oleh papa. Perjalanan hidup kami masih jauh……semoga…..uncle kamal… insaf….. dan kami sentiasa memaafkannya andaikata dia dan mula insaf….. akan kesilapannya yang dulu. Kami tak pernah buang anak-anak uncle kamal dan juga untie Syirah…..itulah terapan……papa dan asuhan mama pada aku dua beradik.
Aku pasti melawat uncle kamal di rumahnya….seminggu sekali. Kesanggupan aku melawatnya akhirnya menginsafkan dia walaupun mengambil masa hampir 2 tahun lamanya. Aku membiarkan uncle kamal lepas dari penipuan. Aku sembunyikan bukti-bukti sah penipuannya dari pihak polis. Itulah janji aku pada papaku. Dia ku ibaratkan sebagai papaku juga. Kerana dialah satu-satunya darah daging papa. Adik papa seibu dan sebapa. Mungkin prinsipku tak dapat diterima oleh mama dan juga uncle sam……maaf……farah ada prinsip farah sendiri. Sekeras-keras nasi akhirnya akan lembut juga……. Dan sebusuk-busuk daging…..dibersih….pasti akan bersih juga akhirnya.
“Maafkan uncle……andai kata ada umur yang panjang…….uncle berjanji uncle akan tebus janji uncle dan menjaga kamu 2 beradik macam anak uncle sendiri. Duit papa kamu yang bernilai berpuluhan juta buat uncle buta hati 4 tahun lepas.”keluh uncle kamal kepadaku. Walaupun dunia luar tak tahu pergolakan keluarga kami………dan pastinya dunia luar tidak akan tahu……..kisah kami sekeluarga. Insyallah……..aku perlu menjaga nama baik Dato’ Kamal Ahmad …….dan juga Dato’ Hamdan Ahmad. Tahun lepas uncle kamal mendapat anugerah gelaran dato atas pencapaiannya yang mengharumkan nama malaysia kerana berada di dalam senarai ahli perniagaan yang mempunyai….. kecekapan dalam pengurusan profit syarikatnya di laur negeri mahupun di dalam negeri sendiri. Uncle kamal tak kurang hebatnya macam papa. Dan aku akan pastikan aku waris ke-3 mereka. Sementara zila…..mengambil keputusan untuk tidak menceburi dunia perniagaan. Aku lah yang kena beban segalanya. Dah nasib…..kerana akulah sahaja Farah Adilla bte Dato’ Hamdan. "
tamat
|
|
|
Novel
Jan 6, 2004 0:54:32 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 0:54:32 GMT 8
2nd story..
Budak hitam
Haji Malim bermenung di ruang jendela banglo tiga tingkatnya. Kedudukan banglonya yang strategik di puncak Bukit Kaya, memberi peluang kepadanya melihat persekitaraan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu petang dengan jelas. Kereta kecil dan besar dalam berbagai bentuk bertali arus mengisi dada Kuala Lumpur. Aerobus pun bergerak dari stesen dengan pantas seperti bebola berada di awang-awang.
Di ufuk barat Kuala Lumpur, cahaya kaki langit bersaga. Mentari yang membakar dada bandaraya itu perlahan-lahan menyelinap masuk ke peraduanya. Ia menandakan tidak lama lagi waktu malam akan tiba. Itulah keajaiban ciptaan Allahuwajalla. Siang dan malam menjadi pemisah waktu.
Haji Malim ingin berhibur dengan keindahan alam ketika itu. Hati kecilnya sungguh terluka kerana kedatangan seorang budak hitam yang tidak diundang ke banglonya pada hari itu. Haji Malim tidak tahu bagiamana tetamu kerdil itu boleh masuk ke perkarangan banglonya sedangkan sekitarnya dipagari dawai berduri. Pintu pagarnya pula diawasi oleh pengawal bersenjata yang menakjubkan lagi, tetamu itu mampu mendaki bukit yang begitu tinggi. Ia hanya mampu didaki oleh kenderaan besar seperti jip atau trooper sahaja.
Budak hitam yang terpacak tiba-tiba di muka pintu banglonya kelihatan sungguh daif. Pakaiannya compang - camping. Badannya berkilat dan berminyak. Keringat yang mengalir ke seluruh tubuhnya bertambah kilat kerana kulitnya hitam seperti bontot kuali. Bau keringat dan pakaiannya yang lusuh itu menyakitkan lubang hidung Haji Malim.
"apa awak mahu datang ke sini?" tanya haji malim, seperti dia menyoal tetamu lain yang pernah datang ke banglonya.
"tuan saya lapar. Berikan saya air dan sedikit hidangan," budak hitam itu memohon simpati.
"berapa banyak?"
"sedikit sahaja. Kalau air itu boleh menahan sedikit kehausan dan makanan boleh menahan kelaparan, ia sudah cukup untuk tuan. Cukup untuk saya bersyukur," rayu budak hitam dengan tenang.
Haji Malim merenung budak hitam itu dari hujung kepala hingga ke hujung kakinya. "tunggu," kata Haji Malim setelah puas merenungi budak hitam itu.
Budak Hitam itu menunggu dengan sabar. Dia tidak berganjak sedikit pun dari tempat dia berdiri sejak tadi. Matanya meleret melihat langkah Haji Malim meniti anak tangga ke tingkat atas. Seluruh ruang banglo Haji Malim dihiasi dengan khat ayat- ayat Al-Quran, yang diperbuat daripada tembaga.
"nah seratus ringgit. Awak gunalah wang ini untuk minum, makan atau apa saja yang awak suka. Aku halalkan,"
"saya tak mahu wang. Saya nak air dan sedikit makanan, bukan wang,"
"tak mahukan not seratus ini," bisik hati kecil haji malim, sambil dia membelek-belek not seratus yang belum bertukar tangan.
"saya nak air dan sedikit makanan, itu saja," budak hitam itu mengulangi.
"tak boleh!!"
Budak hitam itu tak membalas. Dia merenuni Haji Malim lama-lama, seperti Haji Malim merenunginya tadi. Kemudiannya dengan langkah longlai dia meninggalkan Haji Malim. Haji Malim terpegun. Pelik dan takjub.
Peristiwa petang tadi jelas terbayang dalam benak Haji Malim. Ia sungguh mencuit kalbunya. Sambil berkeluh-kesah dia melmparkan pandangannya ke arah kereta-kereta yang bersimpang siur di dada Kuala Lumpur untuk menghiburkan dirinya.
"Jusuh! Taib!" teriak Haji Malim sekuat hatinya.
"Jusuh! Taib!" teriaknya sekali lagi seolah-olah tidak puas dengan teriakan yang pertama tadi.
|
|
|
Novel
Jan 6, 2004 0:55:50 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 0:55:50 GMT 8
samb.
Tidak berapa lam selepas itu, Jusuh dan Taib kelihatan berlari anak meniti anak tangga ke tingkat atas menemui Haji Malim. Jusuh dan Taib termengah-mengah keletihan. Mereka terkulat-kulat memandang wajah Haji Malim yang serius.
"saya tuan haji," kata Jusuh dan Taib serentak.
"awak pergi panggil pengawal di gate hadapan sekarang. Katakan saya mahu jumpa sekarang."
"ya," akur Jusuh dan Taib. Kedua-duanya berpusing membelakangkan Haji Malim menuruni anak tangga.
"nanti. Biar Jusuh yang pergi," Haji Malim memerintah.
Taib terpinga-pinga mendengar arahan Haji Malim. Dia kembali ke tempat asalnya berhadapan dengan Haji Malim. Seram sejuk rasanya, bagaikan menunggu hukuman gantung yang akan dijatuhkan kepadanya.
"aku masih memikirkan bagaiman budak hitam itu boleh masuk ke sini petang tadi? Awak tahu Taib?"
Taib membisu. Hati dan akalnya tidak dapat meneka bagaimana seorang budak hitam boleh muncul tiba-tiba di ruang pintu banglo haji malim. Hjh Azizah, Hjh Sharifah dan Hjh Sakinah, ketiga-tiga isteri Haji Malim pun tidak menyedari kehadiran budak hitam itu. Semuanya pelik.
"saya tak sedar tuan haji. Kalau mak-mak encik semua tahu, saya kurang arif."
"mustahil rumah besar dan berpagar begini bpleh disusupi oleh seorang kanak-kanak kecil," Haji Malim mendengus.
"benar tuan haji," Taib kegugupan. Dia sungguh takut.
"mana mak-mak encik awak? Suruh mereka datang jumpa aku sekarang!"
Taib lantas menuruni anak tangga ke ruang tamu di bahagian bawah. Lega sungguh rasanya. Hatinya berkata-kata, biarlah Hjh Azizah, Hjh Sharifah dan Hjh Sakinah menghadapinya pula.
Ketika melalui anak tangga, Taib berselisih dengan Jusuh. Turut mengekori Jusuh, dua orang pengawal berpakaian seragam biru. Di pinggang masing-masing tersisip sepucuk pistol jenis Walter Brown. Seorang berkumis dengan wajah bengis, seorang lagi lebih muda daripadanya berkaca mata. Masing-masing berjalan dalam keadaan tunduk.
"mak-mak encik, tuan haji nak berjumpa," jelas Taib sebaik sahaja menemui Hjh Azizah,Hjh Sharifah dan Hjh Sakinah yang sibuk menyiapkan hidangan makan malam di dapur.
"ada apa ribut-ribut senja begini?" rungut Hjh Azizah, isteri Haji Malim yang tua.
"saya kurang periksa," Balas Taib pendek.
Hjh Azizah, Hjh Sharifah dan Hjh Sakinah berceloteh panjang, kemudian beriringan menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Taib hanya mengekori dengan akur. Setibanya di atas, terjadilah satu perkumpulan yang besar pada petang itu.
Perkumpulan ini begini belum pernah dialami oleh Taib setelah bekerja di rumah besar itu selama lima tahun. Begitu juga Jusuh, dua pengawal dan tiga orang isteri Haji Malim. Jusuh, Taib dan dua orang pengawal berdiri berhampiran dengan Haji Malim, manakala ketiga-tiga isterinya pula duduk dengan tertib di suatu penjuru.
"kenapa wak lepaskan budak hitam itu masuk!'' tanya Haji Malim tanpa bertangguh kepada pengawal yang berkumis.
''mustahil budak sebesar itu awak tak nampak. Sia-sia saja aku bayar gaji.'' Herdik Haji Malim.
''sumpah, lillah....'' pengawal itu mempertahankan dirinya.
''sakinah awak tahu bagaimana ini perkara ini boleh terjadi?''
''abang haji, kami bertiga tidak nampak kerana berada di dapur sepanjang masa.''
''memang benar kata adik sakinah itu,'' Hjh Sharifah membela.
Jusuh, Taib, kedua-dua pengawal dan ketiga-tiga isteri Haji Malim terus membisu. Tiada upaya mereka menyakinkan Haji Malim tentang keadaan itu sebenarnya.
''aku sungguh aib kerana perbuatan budak hitam itu. Aku beri sedekah seratus ringgit dia tak mahu terima. Dia mati-mati mahu hidangan yang disediakan oleh ketiga-tiga isteri aku. Ini melampau.....!'' cerita Haji Malim sambil merenungi ke wajah isteri-isterinya.
|
|
|
Novel
Jan 6, 2004 0:56:35 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 0:56:35 GMT 8
samb
''abang haji sudahla tu. Budak hitam itu pun dah pergi. Jangan marah-marah lagi.'' Pujuk Hjh Azizah.
Kemarahan Haji Malim tamat begitu sahaja kerana suara azan Maghrib berkumandang. Sememangnya menjadi kelaziman di banglo Haji Malim, semua orang mesti bersolat bila tiba waktunya.
Selesai solat, Haji Malim terasa lesu sekali. Lalu dia berbanting di atas sejadah yang terhampar di kamarnya. Dia tidur nyeyak, sehingga dengkurnya terdengar dari luar.
''hei manusia, kenapa kamu angkuh sekali?'' Haji Malim terdengar satu suara sayup-sayup mengherdiknya.
''siapa kau?! Aku hajilah, berbahasalah sikit!'' Haji Malim membalas. Dia merenung orang yang mengherdiknya. Wajah orang itu suci bersih. Dia berjubah putih dan senyumannya tiada putus-putus.
''kamu tiada bezanya dengan aku. Kamu makhluk Allah. Aku pun begitu.''
''aku haji, aku tinggal di Bukit Kaya. Kawasan orang ternama.''
''tapi kamu tidak bernama.''
''aku?'' Haji Malim menunding jarinya ke badannya. ''nama aku Haji Malim. Malim pilot.''
''tapi perbuatanmu tidak seperti haji. Kamu herdik babu-babu kamu seperti haiwan. Kamu layan tetamu dengan tidak sewajarnya.''
''mereka tu bebal, bodoh, dungu. Budak hitam yang datang siang tadi, aku tidak undang. Dia degil, dia bukan mahu wang tapi mahu makan makanan yang dihidangkan oleh isteri-isteri aku.''
''kenapa kamu tidak menurut kehendak dia?''
''dia comot. Pakaian dia compang-camping, tak layak dia makan sehidang dengan isteri-isteriku yang manis,'' hujah Haji Malim.
Wajah budak hitam itu menjelma di hadapan Haji Malim. Dia sedang menggamit Haji Malim dengan muka yang manis sekali. Selesai sahaja berbicara, Haji Malim menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali. Senyuman budak hitam itu tiada juga lekang dari celah bibirnya. Wajahnya semakin berseri. Ia mencuit hati kecil Haji Malim.
''kamu sungguh bakhil. Sepinggan nasi pun kamu tak upaya sedekah kepada seorang kanak-kanak.''
''tidak! Aku selalu bersedekah. Aku selalu menderma kepada yang susah dan miskin.''
''sedekah kamu tidak ikhlas. Kamu menolong bila mereka datang merayu saja. Orang kaya seperti kamu sepatutnya pergi sendiri mansari orang yang susah dan miskin.''
Haji Malim termenung. Kata-kata itu dikajinya dalam-dalam. Haji Malim masih ingat. Deman dari setinggan Kenanga menerima pertolongannya setelah dia datang mengadu, Esah janda anak lima dari Kampung Gelam dan Jali serta Jamil, dua orang anak yatim dari Lembah Hijau, semua senasib dengan Deman.
''tidak cukupkah itu?'' tanya Haji Malim.
''itu tanda kamu bakhil. Kamu tidak mahu bersusah payah.''
''contohnya?''
''pada hari ini, kamu enggan memberi makan kepada seorang budak hitam semata-mata dia comot dan daif. Kamu tidak redha dia makan makanan yang dimasak oleh isteri-isteri kamu.''
''salahkah aku berbuat begitu?''
''apalah ada pada nafsu seorang kanak-kanak yang daif begitu. Kamu sebenarnya bakhil, tidak ingin masakan sedap-sedap dinikmati oleh orang lain, sedangkan kamu sendiri tidak makan. Kamu makan roti sahaja bukan? Kamu sakit jantung bukan.....?''
pertanyaan itu bertalu-talu memukul gendang telinga Haji Malim. Ia menusuk hingga ke hulu hatinya. Lidahnya kelu. Fikirannya buntu.
|
|
|
Novel
Jan 6, 2004 0:57:43 GMT 8
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 0:57:43 GMT 8
samb
''kamu betul-betul bakhil. Tidakkah kamu tahu memberi makanan pada orang yang lapar, balasannya syurga?''
''syurga!'' ''syurga!'' ''syurga!''
Haji Malim bertempek berulang kali. Dia mendepa kedua belah tangannya cuba mencapai sesuatu. Ia seolah-olah dahan pokok yang rendang dengan buah yang lebat dan ranum. Apabila kedua belah tangannya tercapai, dahan itu serkah tiba-tiba dan menerbitkan bunyi yang kuat seperti penahan petir. Haji Malim langsung jatuh bersama-sama dahan itu ke dalam kolam air yang berasap. Ketika kakinya mencecah, air itu terasa amat dingin. Kemudian ia terasa semakin lama semakin panas. Berbahang. Haji Malim cuba berpaut semula pada dahan yang serkah itu, tetapi malang dahan dan pokok yang berbuah ranum itu sudah hilang dari pandangannya. Kolam air itu pun telah bertukar menjadi sebuah kolam yang luas idak bertepi.
''tolong!!'' ''tolong!!'' teriak Haji Malim.
Setelah tersedar dari tidur Haji Malim merasai sungguh aneh. Seluruh badanya basah kuyup. Ketiga-tiga isterinya sudah berda di sisinya. Cemas.
''abang haji mengigau tadi?'' tanya Hjh Sakinah lembut.
''mana Jusuh, mana Taib, mana pengawal-pengawal di luar? Mana mereka?!''
''sabar abang haji....'' pujuk Hjh Sharifah, tersedu.
''mana mereka? Aku mahu mereka cari budak hitam itu sampai dapat! Aku mahu jumpa budak hitam itu semula!''
Ketiga-tiga isterinya turun ke bahagian bawah mendapatkan Jusuh, Taib dan pengawal di pintu pagar. Tidak berapa lam kemudian, bunyi deru Trooper memecah kesunyian senja turun dari puncak Bukit Kaya meninggalkan Haji Malim yang sedang dibungkus rasa gelisah.
Jusuh yang memandu Trooper itu memecut selaju mungkin. Dia igin mempercepatkan misi memburu si budak hitam yang berada entah di mana.
tamat
|
|
|
Novel
Jan 7, 2004 0:07:55 GMT 8
Post by atokENSEM on Jan 7, 2004 0:07:55 GMT 8
Aku....!! Farah Adilla bte Dato' Hamdan tajuk ni adik atok ade novel dia!
|
|
|
Novel
Jan 11, 2004 5:24:02 GMT 8
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 5:24:02 GMT 8
.:: Akulah Suraya Itu - Part 1 ::.
Su, hujung minggu ni Su mesti balik jugak. Tak boleh tidak.” Keras suara Mak memberikan arahan. Aduh… pening betul aku dengan karenah Mak nan seorang ni. Dari minggu lepas lagi dia beria-ia benar suruh aku balik kampung. Beria-ia jugak aku berdalih kononnya kerja bertimbun. Alahai Mak... aku arif benar dengan Mak tu. Tak de benda lain la tu. Mesti soal pinangan anak Pak Seman yang sudah tiga minggu tergantung tanpa jawapan dariku. “Dah lama diorang tunggu Su. Malu Mak dengan Abah ni. Su tu tak apelah duduk jauh. Kami ni yang hari-hari mengadap muka Pak Seman tu dah tak tau nak berdalih apa lagi. Asal jumpa aje muka Abah dia tanyakan pasal pinangan tu. Malu kami Su! Kalau Su tak balik jugak, Mak kira jadi aje.
Senang cerita.” Ugutan Mak buat aku tak senang duduk. Mak bukan main-main. Apatah lagi dalam soal jodohku. Pak Seman ni pun satu. Dah takde anak dara lain ke dalam kampung tu sampai aku yang dipilihnya untuk anak tunggal kesayangannya tu?? Hishh.. Iwan ni pun satu jugak. Belajar jauh-jauh tapi makwe pun tak boleh cari. Sudahnya aku jugak yang jadi mangsa. Timbul pula rasa menyesal kerana terlalu rapat dengan keluarga Pak Seman. Tapi kalau dah rumah pun dekat, tak kan tak nak bertegur sapa. Kalau kat bandar tu lain lah. Masa Mak Kiah sakit dulu pun aku yang bersengkang mata menjaga dia. Masa tu Iwan baru melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pak Seman pulak ke Ipoh sibuk uruskan hal tanah yang nak dibeli. Hmm.. kan dah! Tak pasal-pasal Pak Seman anak-beranak kena membebel dengan aku! Nak tak nak terpaksa jugak aku kemaskan baju ala kadar. Nampak gayanya aku kena balik juga. Dibuatnya Mak terima pinangan tu tak ke naya aku! Tapi takkanlah Mak kejam sampai macam tu sekali. Ah.. manalah tau kalau Mak bertindak nekad? Balik ajelah!
“Minggu lepas Rohaya anak Mak Aji Leha tu kawin. Meriah betul majlis dia. Maklumlah, anak bungsu. Perempuan pulak tu.” Mak dah mula dah… Seingat aku setiap kali aku balik mesti telinga aku ni disogokkan dengan berita-berita yang aku tak ingin nak dengar tu. Anak orang tu kawinlah, anak orang ni bertunang lah.. Hishh.. Mak ni tak habis-habis mendera telinga aku. Masa aku balik tiga bulan lepas Mak canang-canangkan pasal perkahwinan Rohaya pulak. Terpaksalah aku menadah telinga. Aku memandang Abah meminta simpati. Ala, Abah pun sama aje. Cuma tersengih memandangku. “Dengar tak Mak cakap ni Su?” Suara Mak dikuatkan bila melihat aku seolah-olah hilang pendengaran untuk seketika. “Dengar Mak. Anak Mak ni tak pekak lagi. Rohaya tak jemput Su pun?” Soalku sekadar berbasa-basi. Mataku masih terarah pada peti televisyen. Time aku nak tengok cerita best ni Mak pulak bukak cerita dia yang tak berapa nak best tu. “Kalau jemput pun macamlah Su balik. Sibuk memanjang. Padahal kerja cikgu tadika macam Su ni tak adelah sibuk mana.” “Mak macam pandang rendah kat kerja Su je…” ucapku perlahan. “Taklah sampai macam tu. Tapi Mak pelik tengok Su ni. Sibuk tu mengalahkan guru besar. Nak balik jenguk Mak dengan Abah sebulan sekali pun liat.” Aku cuma diam mendengar kata-kata Mak. “Nama pun kerja Mak. Kalau tak kerja tak sibuk pulak.” Balasku perlahan. “Sibuk sampai tak ada masa nak fikirkan soal masa depan sendiri! Su, Mak dengan Abah ni ada tak ada anak Su sorang ni jelah. Kami pun teringin nak menimang cucu macam orang lain. Sepupu-sepupu Su yang sebaya tu semua dah kahwin. Dah ada anak pun. Tapi Mak tengok Su ni kawan lelaki pun tak ada.” Ha… itu dia khutbah Mak dah bermula. Aku allergik betul kalau Mak bukak topik ni. “Mak, umur Su baru 25, bukannya 52. Mak sibuk-sibuk suruh Su kahwin ni macamlah Su ni dah tua sangat. Mak dah bosan ke jaga Su selama ni?” Soal ku sengaja memancing perasaan Mak. “Jangan nak mengada-ngada Su. Kalau Mak dah bosan tak de nye Mak nak suruh Su balik jenguk Mak dengan Abah ni.” Balas Mak sambil menghadiahkan cubitan dipahaku. Aku pantas mengelak. Cubitan Mak memang berbisa. “Sudah-sudahlah tu Jah. Suraya balik sekali-sekala awak pulak sibuk berceramah soal kahwin. Tau la dia fikirkan masa depan dia. Ntah-ntah kat KL tu dia dah ada pak we, mana kita tau? Kan Su?” Eh.. Abah ni boleh tahan jugak. Terkedu aku mendengar usikan Abah. Hmmm… Rindu pulak kat Mak dengan Abah. Dah dekat empat bulan aku tak balik kampung rupanya. Beg yang hampir penuh berisi pakaian ku tolak ke tepi almari. Aku menjeguk ke luar. Housemate aku si Farah sudah tidur agaknya. Biliknya sudah gelap. Aku merebahkan diri di atas katil memejamkan mata agar cepat lena. Harap-harap malam ini tidurku lena sebab dua malam sudah aku bermimpi yang pelik-pelik.
|
|
|
Novel
Jan 11, 2004 5:24:42 GMT 8
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 5:24:42 GMT 8
Pagi yang sungguh indah! Dengan semangat yang berkobar-kobar aku melangkah turun dari kereta Kancil putihku dan mengatur langkah ke bilik guru di sebelah kanan. Ramai kanak-kanak yang sudah tiba. “Selamat pagi cikgu!” Ucapan dari mulut-mulut comel itu sudah mampu membuatkan aku melupakan masalah di kampung. Aku hanya sekadar senyum dan mengangguk membalas ucapan itu. Sampai di bilik guru, aku melabuhkan punggung di atas kerusi hijau yang empuk itu. “Su, ni action plan untuk hari sukan nanti. Kat sini akak dah listkan benda-benda yang Su kena buat.” Kertas putih ditangan Kak Hanim segera ku sambut. “Terima kasih.” Ucapku pendek. Kak Hanim berlalu ke mejanya. Vogue betul dia semenjak bersuami baru ni! Maklumlah suami bisnesman. Suaminya dulu meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Masa tu baru kahwin dua bulan. Kesian Kak Hanim! Sekarang baru nak merasa bahagia. Aku membelek-belek kertas itu. Hmm.. banyak jugak kerja aku. Ketika jam menghampiri pukul 8.30 pagi aku bergegas ke kelas Cempaka. Rata-rata murid-murid di dalam kelas ini berumur lima tahun. Walaupun masih kecil tapi semuanya rajin belajar. Senang kerja aku. Tapi ada jugak seorang dua yang tak Makan saman. Huh.. pening jugak aku dibuatnya. Keranah budak-budak ni pulak tak menentu. Hari baik diorang mendengar kata. Tapi bila hari semuanya degil aku rasa macam nak cekik-cekik je. Nasib baik anak orang! Apapun aku memang sayangkan budak-budak. Kalau tak takkan aku bersusah payah dapatkan kerja kat sini. Sudahnya berminggu-minggu Mak membebel kerana ijazah aku jadi perkasam kat rumah. “Ala… zaman sekarang susah nak dapat kerja Mak. Ada ijazah pun orang tak pandang dah. Biarlah Su kerja cikgu tadika ni dulu. Esok-esok kalau dapat peluang lagi baik Su berhentilah.” Penat aku memujuk Mak melepaskan aku berkerja di KL dulu. Dalam sekejap-sekejap tu rupanya hampir empat tahun aku berkerja di sini. Dah mampu beli kereta pun. Rumah pulak aku sewa berdua dengan Farah, setiausaha di sebuah syarikat pembinanan. Jimat sikit. “Cikgu! Tengok Hakim ni. Dia nak tiru lukisan saya!” Jeritan halus dihujung kelas menarik perhatianku. Hish budak-budak ni! Ada-ada aje. Aku melangkah ke arah Syafiq dan Hakim. Perlahan-lahan aku mengusap kepala Hakim yang tertunduk memandang meja. Dengan budak-budak ni kena pakai psikologi sikit. “Kenapa Hakim nak tiru lukisan Syafiq?” Soalku lembut. Hakim masih tunduk. “Hakim, pandang cikgu, sayang. Hmm.. Hakim malas nak lukis sendiri ye?” Pujukku lagi. Aku memandang Syafiq di sebelahnya. Anak kecil itu tekun mewarna lukisannya. “Hakim… Hakim bukan malas cikgu. Tapi Hakim tak tahu nak lukis macamana. Cikgu suruh lukis gambar mama dengan papa. Hakim dah lukis gambar papa… tapi Hakim tak tahu nak lukis gambar mama. Hakim tak pernah jumpa mama pun. Papa kata mama dah tak ada. Dia pergi jauh. Sebab tu Hakim nak tengok gambar mama Syafiq tapi dia tak nak bagi.” Ucap Hakim perlahan, takut-takut. Aku jadi sebak. Memang aku mudah tersentuh. Hakim ku dakap erat. Kesian dia. Tak ada Mak rupanya. Ishh.. kenapalah aku suruh budak-budak ni lukis gambar keluarga. Ye tak ye jugak… tak semua orang bertuah ada Mak dan Ayah. Bisik hatiku sendiri. “Hakim, kalau Hakim tak tau nak lukis macamana, Hakim tak payah lukis ye? Lukis aje gambar papa dengan Hakim.” Pujukku lagi. Mata redup itu kembali bersinar. “Hakim nak lukis gambar cikgu jadi mama Hakim, boleh?” Soal Hakim lagi. Eh.. budak ni! Tanpa sedar aku mengangguk. Ala.. bukan apa pun. Dia cuma nak pinjam aku jadi mama dia dalam lukisan tu. Suka hatilah Hakim.. asalkan Hakim bahagia. Wajah Hakim bertukar ceria . Dia mula mencapai crayon dan melukis semula.
|
|
|
Novel
Jan 11, 2004 5:25:56 GMT 8
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 5:25:56 GMT 8
Aku membelok ke kiri. Rumah kayu yang sederhana besar itu bagai menggamit kepulanganku. Enjin kereta ku matikan. Hmm.. dah lama tak balik. Pokok rambutan depan rumah ni pun tengah berbuat lebat. Langkah kanan betul. Aku keluar dari kereta dan menggeliat malas. Lenguh pinggang aku dibuatnya. Lama tak memandu jauh. Panjang leherku mencari kelibat Mak dan Abah. Mana pergi orang tua ni? Pintu rumah terbuka pulak tu. Kang masuk pencuri susah pulak. Aku menjinjit beg pakaianku ke beranda. “Assalamualaikum… Mak! Su dah sampai ni…” Laungku. Ish.. macam tak de orang je. Aku menolak daun pintu yang terbuka separuh tu. Hmm.. agaknya Mak kat belakang kot! Aku terus menjengah kebun sayur di belakang rumah. Hah.. kan dah kata. Mak ni tak boleh duduk diam. Ada aje kerja yang dia nak buat. “Assalamualaikum, Mak!” Buat kali kedua aku memberi salam. Mak menoleh. “Suraya! Dah lama sampai?” Tangan Mak ku salami. Senyum meleret-leret dia melihat kepulanganku. Sukalah tu, aku ikut kata dia. “Baru je. Mak duduk belakang ni tapi pintu rumah kat depan tu terbuka. Kang masuk pencuri susah nanti.” Lancar mulutku membebel. Mak cuma tersenyum-senyum. “Sapalah yang nak masuk mencuri dalam rumah kita tu Su. Bukannya ada apa-apa pun. Setakat tv buruk tu, tolak kat muzium pun tak laku. Jomlah naik rumah. Kita tengok apa yang dah kena curi!” Usik Mak. Amboi… aku pulak kena sindir. “Mak ni…” Aku tidak mampu berkata-kata lagi. Pelik betul Mak ni. Gembira semacam. Ni aku baru balik, belum aku terima pinangan tu lagi. Kalau aku terima mau dia melompat-lompat kesukaan. Langkah kaki ku atur membontoti Mak. “Abah mana Mak? Tak nampak pun dari tadi.” soalku sambil menarik kerusi di meja Makan. “ Abah pergi beli barang dapur sikit. Banyak yang dah habis ni.” Terang Mak ringkas. Rajin betul Abah ni. Walhal bukannya kau tak boleh pergi beli. “ Kan nanti Su boleh tolong beli?” Balasku pendek. “Ala, Abah tu kan memang rajin. Macam tak kenal pulak.” Ujar Mak lagi. Aku jungkit bahu. Abah memang rajin. Kadang-kadang risau aku dibuatnya. Motor buruk tu bukan boleh percaya sangat. Dibuatnya dia meragam tengah jalan, tak ke naya Abah kena balik jalan kaki. Aku nak beli motor baru dia tak nak. Sayang katanya motor tua tu. Abah! Abah! Aku senyum sendiri. Mak mengatur cawan teh di meja. “Minumlah. Nanti balik le Abah tu.” Aku menyuakan cawan ke mulut perlahan-lahan. Sedap betul teh Mak ni. Memang tak boleh celen. “Hmm… lama betul Su tak rasa teh Mak ni.” Cawan yang hampir kosong ku letakkan di atas piring. Seketika kemudian terdengar enjin motor Abah memasuki halaman rumah. Tidak lama kemudian dia muncul menjinjit beg plastik yang berisi pelbagai jenis barang. “Dah lama sampai Su?” soal Abah sambil menghulurkan barang-barang tersebut kepada Mak. Aku bingkas menyalami Abah. “Baru je, Abah.” Balasku pendek. “Berapa hari Su cuti?” Soal Abah lagi. Aku menuangkan teh ke cawannya. “ Tiga hari je bah. Tak boleh tinggal budak-budak tu lama-lama sangat. Tak de cikgu ganti.” Terangku lembut. Abah terangguk-angguk. Mak mengambil tempat duduk di depanku. Tiba-tiba aku rasa serba tak kena. Aku tahu sebentar lagi topik itu akan diperbahaskan. Hm.. bosan betul! Aku mengeluh perlahan. “Hmm… tiga hari? Sampai hari Isnin la ni?” Soalan Abah ku biarkan tanpa jawapan. “Su, esok Iwan balik. Mak dah jemput dia makan tengahari kat sini.” Hah.. itu dia mukaddimah dari Mak. Aku terpempan. Iwan balik? Rasanya sudah lama benar aku tak tengok dia. Hampir sepuluh tahun. Sejak dia pergi ke luar negara, tiga tahun selepas itu aku masuk UTM. Sejak itu kami tak pernah bersua lagi. Agaknya macamanalah rupa dia sekarang? Kurus cekeding macam dulu lagi ke? Berspek tebal lagi ke? Hmm.. jauh aku mengelamun. “Su, mengelamun pulak dia!” Mak mencuit lenganku. Aku termalu sendiri. “Dah lama tak jumpa dia Mak. Agaknya dia macammana sekarang?” Soalku ingin tahu. Mak tersenyum. Ala.. Mak ni aku tanya macam tu pun dia senyum-senyum. Segan pulak aku. “Macam dulu jugak Su. Tapi dah berisi sikit. Makin segak pun ye. Bagus budak tu Su. Hormat orang tua. Kerja pun bagus.” Hmm.. Mak ni. Kalau dia dah berkenan tu memang semuanya baik belaka. Tapi aku mengaku memang Iwan tu baik. Ala.. tu masa kecik. Dah besar panjang ni mana tau dia dah berubah. “Apa kerjanya si Iwan tu bang? Tak reti pulak saya nak menyebutnya. Engi.. engener? Ish..tak reti la Mak nak menyebutnya.” “Engineer... jurutera Jah oi!” Wah.. pandai jugak Abah sebut perkataan tu. Maklumlah Abahku ini bekas guru besar sekolah. Aku terdiam. Engineer? Hebat betul Iwan sekarang. Hmm.. padan ke dengan cikgu tadika macam aku ni? “ Apa keputusan Su? Abah kalau boleh tak nak paksa. Tapi fikirlah masak-masak demi masa depan Su. Kami ni nak tengok Su bahagia aje. Si Iwan tu kan dah lama Su kenal. Dah tau hati budi dia. Keluarga Pak Seman tu pun dah macam saudara kita. Su fikirlah.” Ujar Abah tenang. Kenal hati budi? Hmm.. memang masa kecik-kecik dulu kami rapat. Main pondok sama-sama, main lastik sama-sama. Dia la kawan dialah lawan. Teman sepermainan dan sepergaduhan. Tapi tak kan sikitpun perangai dia tak berubah? Hishh.. seram pulak aku. Mamat cekeding tu nak jadi suami aku? Tak pernah terfikir pun. Iwan tua tiga tahun dari aku. Maknanya sekarang umur dia 28. Ala.. baru 28 dah sibuk-sibuk nak kahwin. Aku pulak yang kena paksa. Hmm.. Iwan… Tiba-tiba terasa cubitan berbisa Mak singgah dipahaku. Aku mengaduh. “Tau pun sakit. Abah tanya tu. Mengelamun aje budak ni. Dah angau ke?” Ish.. Mak ni. Garang pulak. Aku nak melangut sikit pun tak boleh. Aku memandang wajah Abah. Aku mengingat-ingat semula apa soalan Abah tadi. Lupa pulak! Oh.. Abah tanya keputusan aku. “Su fikir dulu Abah, Mak. Nikah kahwin ni bukan boleh main-main. Ini soal masa depan Su. Tapi awal-awal lagi Su mohon maaf kalau keputusan yang Su buat nanti tak macam yang Abah dan Mak harapkan.” Ewah-ewah.. pandai pulak aku menyusun kata-kata. Wajah Abah ku pandang tepat. Mengharapkan pengertiannya. “Abah tak kisah kalau jodoh Su bukan dengan dia. Siapa pun jodoh Su Abah terima. Tapi Mak Su ni ha, dah tak sabar-sabar nak timang cucu. Abah ajak timang anak lagi sorang tak nak!” Gurauan Abah membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Mak menarik muka masam. “Abang ni ke situ pulak. Sedarlah sikit bang oi.. kita ni dah tua. Larat ke awak nak timang anak lagi? Hishh.. buat malu je!” Balas Mak. Abah.. Abah… nak timang anak lagi pulak. Hmm.. Abah memang suka bergurau. “Alah.. abang bergurau je tadi. Abang sedarlah Cik Jah oi.. kita ni dah tua. Tapi kalau ye pun nak timang cucu, sabar-sabarlah. Kesian Suraya ni ha awak paksa dia kahwin.” Pujuk Abah lembut. Mak memandang wajahku. Simpati pulak aku tengok Mak ni. Teringin benar dia bercucu. Sabarlah Mak.. ada jodoh Su kahwin jugak nanti. Desis hatiku sendiri. “Su, fikirlah dulu. Mak pun tak nak paksa. Sebelum Su balik KL bagitau Mak keputusan Su. Tak baik biar orang tertunggu lama-lama.” Lembut suara Mak meresap ke sanubariku. Akhirnya Mak faham juga. Baguslah…
samb nanti!
|
|