|
Novel
Mar 7, 2004 3:09:04 GMT 8
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:09:04 GMT 8
kenApe ek cintA itu bukAn biAsA...?
Cinta itu bukan biasa...penah tak korang rasa cinta itu hanya sekadar melafazkannya melalui ucapan?tak jugak.tak semestinya cinta itu mesti dilafazkan dari muka ke muka.cinta itu luas maknanya...cinta yg bukan biasa bagi akule sesuatu yg indah tak terucap dengan kata2.kalau tak diucapkan dengan kata2pun aku gerenti cinta tu tetap adekan?tak taule camne ngan korang yg sememangnya tak memiliki cinta,tapi yg sebenar2nya kalau berbincang pasal topik cinta dah gerenti dah bukan sekadar ucapan semata2 kan? cinta itu bukan biasa...bagi aku yg takle dikatakan jiwang karat sangat.nak kata aku ni romantik entah?korang rasa?takkisahle...tapi yg penting kalau korang kenal aku taule camne jiwa aku ni.
biasanya kalau seseorang tu dah minat giler pada seseorang tu tak jugak kita istilahkannya sebagai cinta biasa ade jugak yg diklasifikasikan sebagai cinta luar biase@bukan biasa... penah tak dengar lirik lagu SITI NURHALIZA(BUKAN CINTA BIASA)? aku ni rasa tersentuh dengar baris2 lirik yg dinyanyikan oleh CT tu... opps...bukan nak puji CT pulak ek.... tapi yg pastinya cinta bukan biasa ni banyak kategorinya... ade yg cinta songsang(laki syok kat laki &pompuan cintan kat pompuan)...ade gak yg normal (laki syok kat pompuan &pompuan dah tentu jiwang kat laki kan)...ade gak yg cinta ab-normal(laki syok kat pompuan tapi pada masa yg sama syok jugak kat laki&pompuan cintan kat laki tapi bercumbu2an ngan pompuan gak)... tule... kalau aku nak cerite sure memang penat gak jari-jemari ni nak cerite.... tapi sampai sekarang sememangnya CINTA ITU BUKAN BIASA kan? terpulangle pada korang... akupun bukan insan biasa tapi kadang2 tu terfikir gak aku ni tetap insan biasa kan... cinta aku bukan cinta biasa... kenape ek cinta itu bukan cinta biase?
|
|
|
Novel
May 12, 2004 10:10:42 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 10:10:42 GMT 8
assalamualaikum...... Tinggal 3 hari je lagi aku duk kat rumah lepas tu kene gi matriks, alhamdulillah sebab akhirnya dapat juga peluang utk sambung blajar walaupun result SPM tak seberapa..tapi kebelakangan ni malas nak fikirkan benda tu...barang pun tak 'packing' lagi...saja melambat2kan...ni semua sebab aku terfikirkan famili aku...
Aku anak sulung dr sebuah keluarga yg sederhana N aku taulah tanggungjawab aku utk jaga adik2, lepas SPM pernah gak terfikir nak cari kerja tapi takyah lah....mak ngan abah keje...kali ni biar aku tolong mak kat rumah buat keje rumah...membasuh,memasak,mengemas,yelah adik2 aku semuanya lelaki...yang pompuan tu baru darjah 1, kecik lagi..itupun aku la yang amik dan anta dia gi skolah...tapi itu semua aku tak kisah..aku memang tak kisah langsung sebab aku memang suka buat keje2 rumah...itulah...rupanya ada hikmah aku tak dipilih utk PKN....
disebabkan adik lelaki aku yang sorang tu,aku rasa tak sedap hati nak pergi...aku taktaulah nak cakap camne...perangai dia kalau ikut hukum agama dah kira dosa besar...tu belum baligh lagi tu...kecik lagi....sekurng2nyer tiap2 minggu dia buat camtu...(aku kecik dulu pun nakal gak...tapi aku dah insaf)...adik aku yang sorang tu suka sgt melawan N memberontak berlebih lebihan, dan dah berbuih mulut aku,mak N abah aku nasihatkan,kadang sampai dah tak tau nak buat mcm mana...hanya doa dan kesabaran yang mengiringi kami...
aku ingat lagi satu hari tu,kalau boleh aku tak nak benda tu ulang balik, mak aku marah sangat ngan adik aku ,benda tu taklah besar kalau nak diikutkan remeh sesangat....dan sangat2 lah kecil, mak aku mengamuk kat adik aku yang sorang tu sampai kitorang adik beradik yang lain pun mak tak nak mengaku anak...lebih kurang macam orang kena sampuk...klo orang tengok mungkin salah anggap cam kes dera...sebelum ni pun slalu gak tapi takde lah seteruk ni...kitorang bukan tak sayang kat adik sorang tu...sebab sayang lah mak nangis...aku nangis...abah takde masa tu...klo tak bertambah riuh..aku tau mak penat...mak pun ada darah tinggi...abah pun bukannya sihat sangat...
dulu aku duk asrama dua tahun (tin.4 n 5)..jadi aku taktau sangat camne kat rumah...tapi bila balik cuti jer ...aku slalu dengar mak mengadu sakit kepala sampai takleh nak bangun...kat ofis problem,kat rumah pun problem...bila mak ngan abah marah n rotan adik sorang tu aku n adik yang lain mesti masuk bilik sebab tak sanggup nak tengok...n aku pun jadi tension...nasib baik bukan selalu adik aku buat perangai...kat asrama aku slalu teringat kan rumah...camnelah keadaan kat rumah...aku risau klo sesuatu terjadi..n tak tau nak cerita...jumpa kaunselor tapi bila buka citer famili aku citer benda lain..aku buat2 happy..camtakde masalah,kat sana pula aku seolah olah melarikan diri semua kaum lelaki yang ada di skolah tu....sebab aku tak sanggup bila fikir adik lelaki aku yang sorang tu...
aku seolah2 lari dari masalah sendiri...dan aku cuba menjadi seorang penasihat kepada adik2 aku...dan pembantu yang baik kepada famili aku..sudahlah...hidup ini penuh ngan cabaran...masalah aku kecik, ada orang lagi susah drpd aku...Allah hanya menguji tahap kesabaran hamba2Nya...oleh itu aku sentiasa berfikiran positif..walaupun aku tahu ianya sukar....
terima kasih kerana mendengar luahan hati ini...aku harap aku dapat menjalani kehidupan baru di matrikulasi dan terus menanti cabaran baru yang mendatang....wassalam........ :-)
|
|
|
Novel
May 12, 2004 10:19:48 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 10:19:48 GMT 8
Aku....!! Farah Adilla bte Dato' Hamdan
Namaku ady. Umurku 20 tahun. 3 bulan dari sekarang aku akan digelar "Sweet 21st Lady". "Yuk....~!!!!!"geli rasanya aku bila mama dan papa mengelarkanku begitu. Aku belajar di ITTAR kolej, dan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Kalau nak dihitung.... aku hanya akan tamat pengajian setahun lebih sahaja lagi dari sekarang. Keluargaku mungkin berada..... tetapi miskin penghuninya. Aku, mama, papa, untie imah dan uncle rahman aja. Untie imah adalah pembantu rumahku dan uncle rahman of courselah suami dia yang bekerja sebagai Driver papaku.
Kawan baikku ialah Sarah Azilla Bakarin. Aku panggil dia Zila Bakarin. Ala-ala...... pelakon seksi tu ahh.... Actually dia memang seksi but...... too nice. Sopan-santun, lemah lembut dan peramah adalah perwatakan semulajadinya yang tetap ku rasakan terlalu asli untuk dinilaikan. Aku?..... hurmmmm........ sebaliknya. Mungkin disebabkan itu kami serasi. Aku panas...... zila sejuk. Ada kalanya aku rasa mahu jadi seperti zila. Tetapi....... aku tak sanggup hidup dalam serba yang sederhana. Jauh di sudut hati....... aku bersyukur dilahirkan sebagai Farra Adilla bte Dato' Hamdan. Inilah aku....... dan aku tetap aku.
Sebenarnya segalanya berjalan dengan lancar di awal perjalanan hidupku menuju ke ambang 21 tahun. Aku dan zila seperti adik beradik lain mak dan ayah. Segala urusan perniagaan papa tak pernahku ambil tahu. Sememangnya aku tak berminat nak mengambil alih perniagaannya sekarang. Jauh sekali untuk menyandang jawatannya. Kalau disimpulkan ketat-ketat keputusanku ini aku pasti.... suatu hari nanti ianya pasti akan terlerai juga........ dan saat itu aku perlu belajar cara bertanggungjawab. Mama kata, aku terlalu manja dan terlalu simple. Sudah beratus kali mama menegur tentang cara pemakaianku ke kuliah. Di kala kesemua perempuan berbaju kurung aku lebih suka berjeans dan t-shirt. "Alah..... mama...... ady nak gi kuliah... kan nak gi kursus kahwin..... pakai kurung segala....... adeihhhh.!!.... camner nak baik bas...... nak lari.... nak kesana.. nak ke sini...... nak gi window shopping...... payah tau~!"bentakku dengan pelbagai alasan. "Nama Fara kan manis........ bila masa plak girl tukar ganti ady nih.....~!"sambil mengaru kepala.... mama menuangkan jus limau untukku bersarapan. "Eh...... lupa-lupa...... kat umah..... tukar ahhh....... mama..... tu kat kolej ajalah.......Oklah...... girl gi kuliah dulu. Zila dah misscall banyak kali nih....... tu dia mesti dah tunggu kat bus stop lama... kang muncung.... bibir...."pintasku sambil berlari menuju ker pintu dan memakai kasut adidasku.
"Girl..... uncle rahman hantar... jom.....naik... isk.... budak nih...~!"panggilnya ketika sedang asyik mencuci cermin kereta. "Aik..... uncle...... rahman.... papa tak suh tunggu kat istana tu ker?"tanyaku pantas. Sambil mengeleng......uncle rahman membuka pintu untukku. Jom uncle......hari nih girl jadi driver dan uncle jadi co-pilot...."kataku laju. "Camner nih datin....takan nak suh saya duduk kat situ... isk.. tak pernah plak jadi ngan dato sebelum nih...~!"sambil mengaru kepala yang tak gatal. "Kau ikutkan ajalah.... rahman...... tak kuasa....... dah saya nak layan..... asal dia nak naik itupun dah cukup bagus."kata Datin Fatimah.
"Best gak yeak Honda..... nih..... nak suh papa beli satu untuk girllah esok"sambil meluncur laju.... aku membiarkan uncle rahman duduk di sisi. Aku tahu dia takut kene marah ngan papa. Rasanya tak mungkin papa marah....... coz mama tak marah juga pun..tadi?. Dari aku mula naik uncle rahman tak bercakap. Aku anggap uncle rahman dan untie imah bukan makan gaji dirumahku. Mereka berdua adalah ibu bapaku yang kedua.
"Mak.... aii...!!!!..... pompuan tu muncung......lah uncle.... adeih.!!!!..... tak moh kuarlah camnih.....!!"kataku dan menyuruh uncle rahman memanggil zila sahaja. "Kau lambat lagi setengah jam test tu nak mula. Final plak tu?"rajuk zila sambil masuk kereta. "Terlambat bangunlah....girl tido pukul 5 pagi. Sambil memujuk aku berkata..... "Alah belum kul 9 pun... baru 8.30 pagi"pujukku sambil menghulurkan hpku padanya. "Tadi bob sms.... dia suh kau call dia balik"sambungku. "Tak yah..~! nanti abih test aku gi cari public phone. Kata-kata zila benar-benar buat aku rasa kecil hati. Aku silap cakap ker atau perangai dia pagi nih..... lain?. Moody dan sedih.... yang paling pasti..... matanya merah dan rambutnya tak terurus rapi. "Hurmm..... suka kaulah....sebab nih lah aku malas nak bercinta. Baik aku ganas.... camnih.... biar tak dek lelaki nak kat aku. Selamat jiwa raga...... dan emosi."hujahku sambil memandang uncle rahman yang tak berkata langsung sejak dari tadi.
Aku baru perasan yang sebenarnya aku dah menyinggung hati uncle rahman. Aku memberhentikan kereta di bahu jalan dan meminta uncle memandu dengan alasan tanganku mula kebas dah tak mampu pegang stering dan tukar gear. Rupanya benarlah....tekaanku. Ekoran mata uncle rahman seakan menyuruh aku duduk dibelakang besama zila. Bengis dimukanya sudah cukup membuktikan tanda isyarat duduk dibelakang seperti papa juga walaupun tanpa perkataan yang diucapkan olehnya. Tiba-tiba telingaku ditarik zila....
"Adeih.... sakitlah.... apsal....?tanyaku pantas. "Segarang-garang kaukan girl........ penakut gak yeak~!? ngan uncle rahman”ketawa zila.
Aku mencebikkan mukaku….tatkala uncle rahman berpaling dan memandang tepat kearahku.
Sesampainya di kolej….. aku tak mahu uncle membuka pintu untukku. Papapun tak pernah begitu…. dan aku sepastinya tak mungkin akan melampaui batas. “Thanks.. uncle…..”sambil menuju ke bilik kuliah…. ku lihat…... ekoran dan bisikan mereka sudah cukup membuatkan aku rimas dan bosan. “Wow..! ady…. driver kau ker….”azman menegurku. “Atok kau…. driver aku…...”jawapku ringkas. “Tak baik jawap macam tu…... nanti orang benci dan kata kau belagak girl…..”zila mencelah. “Aku tak suka….... nanti semua terhegeh-hegeh nak kawan ngan aku. Bosan tul aku..!”sambungku sambil naik lif dan mula menyelongkar beg untuk mencari ID Cardku. Kata-kataku hari nih banyak yang salah ker? Ataupun sememangnya zila yang bermasalah pagi nih. “Bila masa plak aku kata kau yang terhegeh-hegeh…...zila?”marahku bilamana dia menyamakan dirinya dengan ayatku sebentar tadi. “Malas aku nak gaduh.. ngan kau pepagi buta…. nih…!! kang semua benda yang aku dok hafal subuh tadi hilang…..”bentakku sambil menuju ke bilik kuliah 203. “Maaf….!”jawab zila ringkas.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:29:15 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:29:15 GMT 8
.:: Cinta zulaikha ::.
"Kenapa ni, monyok aje ni, sakit ke?" Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.
"Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku", Ain menangis teresak-esak.
"Kenapa?" Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esakannya.
"Kami, kami, kami dah putus", raung Ain.
Episod di atas mungkin sesuatu yang amat biasa kita temui. Bercinta dan merana, kecewa dan dalam sesetengah kes "frust menonggeng" hingga hilang arah tujuan. Malah di Malaysia sendiri, ruang hiburan dikuasai oleh lagu-lagu cinta remaja. Namun, apa yang ingin disentuh di sini bukanlah kisah cinta Uda dan Dara, Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun.
Perlu diketahui bahawa cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.
Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.
Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.
Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan Dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah. Namun, perasaan ini haruslah dijaga, ie.
"You must be the master of your feelings, don't let your feelings be the master of you"
Agak menyedihkan kerana ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah. Bak kata orang tua-tua:
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih kulurutkan, Buang emak, buang saudara, kerana kekasih kuturutkan...
.....Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya.....
Di sini, ingin saya buka lipatan sejarah, menyingkap kisah cinta yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.
Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf (AS) dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja. Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin.
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu." (surah Al-Maida: 3)
Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya.
Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf (AS). Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.
Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!
Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian...
Saf-One.. CINTA ZULAIKHA!!!
Kecamuk Cinta Nan Ramah Bermadah Menunda Mimpi Ke Ruangan Rasa Ke Titik Pertemuan Langit Dan Bumi Zulaikha Pasrah Mencari Erti
Tak Siapa Yang Bisa Mereda Cinta Zulaikha Membuak Di Dada Menyintai Yusuf Berwajah Tampan Terpegun Indahnya Ciptaan Tuhan
Zulaikha Kisah Cintamu Menggemparkan Sehingga Tersebut Dalam Al-Quran
Zulaikha Cintamu Mengundang Ujian Menagih Pengorbanan Di Persimpangan Cintakan Tuhan Atau Insan Pilihan
Dengan Rahmat Dan KurniaNya Jua Yang Merubah Arah Cinta Zulaikha Betapa Hebatnya Yang Maha Pencipta
Terbukti Kini Cintamu Zulaikha Hanya Kepada Tuhan Yang Esa Ombak Rindu Pun Terus Melanda Membara Cintamu Ke Hujung Usia
Note: nice!
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:31:46 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:31:46 GMT 8
Renungan mata lelaki itu tunak ke arah langit sana. Polos. Siti melabuhkan punggungnya di sebelah. Sambil matanya sesekali dilemparkan di tengah padang. Didi dan Fifi terkinja-kinja sambil tertawa riang. Sejuk hatinya melihat gelagat anak-anak itu. Dialihkan semula pandangan ke wajah lelaki itu. Yang kosong.
"Apa yang awak pandang tu?" "Langit" "Cari apa?" "Tuhan!" "Issh...."Wari menunduk, menentang mata Siti. Dia tersenyum tawar. "Jangan fikir dimana Dia....yang penting di sini....."Siti tekap dadanya. "Biar Dia sentiasa ada di sini...."Siti tersenyum sama.
"Saya tahu....saya dah lama tak mengingati-Nya...."Keluhnya perlahan. Helaan nafasnya kedengaran. "Maksud awak?" Wari diam. Dia meregut helaian rumput lalu ditenyeh-tenyeh dengan hujung jari. "Saya hanyut....." Siti tarik nafas panjang. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Untuk bertanya lebih lanjut, takut Wari anggap dia suka mengambil tahu. Tapi untuk buat endah tak endah, kasihan pula dia pada lelaki itu. Wajahnya muram benar. Sejak semalam, ada kekeruhan wajah itu. Apa yang hendak dia luahkan?
"Siti tahu tak...."Dia bersuara semula. Siti toleh, menghadap lelaki itu. Mungkin ada sesuatu yang hendak dikongsi olehnya. "Saya jarang sembahyang...."Keluhnya. Wajah Siti dipandang tunak. Siti kehilangan kata. Dia tergamam. Lelaki ini! "Emm...err..kenapa?"Betulke soalan aku ni? "Saya....lupa pada kewajipan-kewajipan yang patut saya buat....sebagai seorang Islam..."Dia menggeleng. "Lepas arwah Papa meninggal, saya abaikan nasihatnya. Mama selalu tak sihat. Dia tak dapat nak control kitaorang setiap masa." Siti angguk kepala. "Saya selalu keluar rumah. Malas sembahyang...minum..."Dia menekup mukanya dengan tapak tangan. Siti tarik nafas panjang. Tidak disangka lelaki didepannya itu punya sejarah harian yang memualkan. Siti sendiri benci dengan manusia yang kaki minum. Yang suka berpeleseran antara lelaki dan perempuan. Anak orang kaya, banyak duit. Beginilah caranya. Tapi.....dia tahu dia tidak boleh menghukum Wari atas perbuatannya itu. Sesuatu yang aneh bagi seorang lelaki mengakui segala ketelanjurannya di depan seorang wanita. Calang-calang manusia untuk melakukannya. Dan Wari pasti punya sebab tertentu membuka segala keaibannya itu.
"Tentu Siti tak sangka, kan?"Wari renung Siti dengan mata berkaca. Siti geleng kepala. "Kenapa awak ceritakan semua ini pada saya?"Siti mengalih pandangan ke tengah padang. Hilai tawa Didi dan Fifi kuat kedengaran. "Saya tak tahu."Terhenti sebentar."Saya tak tahu kenapa saya luahkan semua ini pada awak. Saya rasa awaklah orang yang paling sesuai untuk mendengarnya. Saya tahu, saya tak patut nyusahkan awak untuk dengar ini semua.."Dia berpaling untuk bangun. "Wari..saya tak kisah kalau awak nak berkongsi cerita dengan saya..."Siti turut bangun. Dia berdiri betul-betul di depan Wari. "Kalau awak ada masalah......"Siti terhenti. Dadanya mula berdebar. "Saya sudi mendengarnya..." Wari menapak beberapa langkah ke depan. Dia menghela nafas panjang. Kedua tangan diseluk ke kocek seluar. Dari arah belakang, Siti dapat melihat susuk sebenar lelaki itu. Dia punya segalanya bagi seorang lelaki. Mungkin itu juga salah satu sebab yang membuatkan dia lupa diri. Kecantikan yang dianugerah Tuhan, selalu disalahguna.
"Siti rasa, terampunkah dosa-dosa saya?" "Kenapa tidak?" "Sudah terlalu lama saya melakukannya..." "Sebesar mana pun..selagi awak ikhlas dan nekad tidak mahu mengulanginya.....insyaAllah...bukankah Allah Maha Pemurah?"Siti berganjak ke depan. "Tapi, saya rasa diri saya ini terlalu kotor....."Wari mengeluh. "Jadi, bersihkan ia. Banyak caranya. Yang penting niat dan azam awak harus kuat..." "Apa yang harus saya buat?" "Jangan ulangi perbuatan kotor awak tu. Tinggalkan semuanya. Semua itu bukannya memberi manfaat pada diri awak. Malah merosakkan...."Wari renung wajah Siti lama. "Sekarang ni apa anggapan Siti pada saya?" "Biasa saja..." "Maksud Siti ?" "Saya tak berhak menghukum apa-apa. Malah saya berterima kasih sebab awak sudi berkongsi cerita dengan saya. Untuk menjadi seorang yang jujur seperti ini bukannya mudah. Ia juga memerlukan niat dan azam yang kuat bukan?" Wari tersenyum lebar. Wajah Siti ditatap sepenuh hati. Terasa dada dan fikirannya menjadi lapang kini.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:33:20 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:33:20 GMT 8
Ternyata Wari benar-benar berazam untuk mengubah dirinya. Siti mula sedari itu. Kerana hampir setiap malam, dia melihat Wari tidak pernah keluar rumah lagi. Pulang dari pejabat, dia membersihkan diri. Makan malam bersama Didi dan Fifi. Selepas itu menonton tv. Kadang-kadang, dia menghabiskan masanya di bilik bacaan. Mungkin banyak urusan pejabat yang perlu dibereskannya. Siti sedikit gembira dengan perubahan itu. Walau dia sendiri tidak tahu apa yang mendorong lelaki itu berubah haluan, tetapi dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya Wari sudah boleh menjadi orang harapan sekarang. Mak Ungku ternyata amat gembira dengan perubahan anak bujangnya itu. Wari yang dulu keras kepala, kini sudah mula berminat untuk bekerja. Kalau dulu setiap malam pulangnya jam 3-4 pagi, kini dia sentiasa ada di sisinya. Tidak perlu lagi Siti atau Kartini terkial-kial memimpin orang tua itu menuruni tangga, kerana tenaga Wari sudah cukup untuk menampung mamanya itu.
"Abang Acik dah lain la sekarang...."Lisa bersuara suatu hari sewaktu menolongnya menghidangkan makan malam."Dah berubah sangat..." "Kan bagus macam tu....Lisa pun suka, kan?" Balas Siti. "Tapi pelik....tiba-tiba je....mesti Acik dah putus ngan Rina...."Gumam Lisa perlahan. Siti hanya diam.
Dia sendiri tidak berapa tahu tentang hubungan Wari dan Rina. Sejak pertengkaran di rumah suatu masa dulu, Rina tidak pernah singgah di rumah itu lagi. Samada mereka benar-benar putus atau sebaliknya, Siti tidak pernah tahu. Wari juga seperti tidak mahu menyentuh perkara tersebut. Banyak perkara yang Siti ketahui adalah dari mulut Lisa. Lisa yang tidak berapa gemarkan Rina. Ternyata gadis itu cukup gembira kalau benar abangnya tidak menjalin hubungan lagi dengan Rina.
"Kenapa tak suka Rina?"Siti cuba mengorek suatu hari. "Emm....Rina tu, tak friendly sangat la kak Siti. Kalau jumpa Lisa kat bandar memang dia tak tegur...."Lisa memuncungkan mulut. "Iye?...Kot-kot dia tak nampak Lisa tak?" "Tak nampak apanye. Bersinggul bahu lagi. One more thing, dia suka lepak disko le Kak Siti..." "Mana Lisa tahu?" "Lisa ramai member kat saner....." "Oo....Lisa pun selalu lepak sana le ya?"Lisa tersengih, tersipu-sipu. "Takdelah selalu kak Siti. Sesekali jer...itupun dulu-dulu.."Siti menggeleng. Apa yang best sangat disko tu pun, dia tak tahu.
Wari juga sekarang ini agak rajin mengajaknya keluar. Kadang-kadang dengan Lisa. Kadang-kadang dengan Didi dan Fifi. Kalau tak ke taman permainan, mereka akan pergi ke kompleks-kompleks membeli belah. Ada jugalah sehelai dua pakaian yang Siti beli hasil dari duit yang diberi oleh Mak Ungku tempohari. Separuh telah dikirimkan ke kampung, separuh di serahkan kepada Melah untuk disimpan. Siti hanya simpan sedikit saja untuk kegunaan harian. Dia masih ingat lagi kata-kata Mak Ungku sewaktu menyerahkan sampul berisi wang gajinya itu.
"Siti, kalau Mak Ungku minta Siti terus kerja di sini untuk sebulan dua ni, macamana?"Siti tergamam seketika. Wajah Mak Ungku yang jernih itu ditatap lama. "Sambung kerja?"Mak Ungku mengangguk. "Emm....kak Maria tak kisah ke?" "Maria yang mahu Siti terus di sini. Dia belum sihat sepenuhnya, Siti. Makcik pun risau dengan kesihatannya itu. Sebab tu makcik suruh dia duduk di sini dulu. Tak payah balik ke rumahnya di Bangi tu.."Mak Ungku mengeluh. "Emmm....saya...saya kena tanya dengan emak dulu, Mak Ungku. Sebab hari tu janji dengan mak, sebulan aje..."Siti gigit bibir. 'Kalau macam tu, baguslah.....minta izin dengan orang tua dulu. Makcik tak paksa...."
Dan akhirnya Siti keluarkan kembali pakaian-pakaiannya yang telah siap dikemas tempohari. Nampaknya dia terpaksa bersetuju untuk terus menetap di situ. Dia tidak sampai hati hendak menghampakan permintaan Mak Ungku. Selebihnya dia simpati pada Maria. Dia tahu Maria masih belum sembuh sepenuhnya. Pembedahan itu nampaknya tidak sepenuhnya berjaya. Itu yang diberitahu Wari kepadanya tempohari. Ahh..Wari....Hati Siti berdebar setiap kali membayangkan lelaki itu. Lelaki yang berbeza kini. Lelaki yang renungannya begitu berlainan sekali. Seakan ingin menerobos ke seluruh jantungnya. Dan Siti akui hatinya bukannya kuat sangat untuk menahan perasaan tersebut. Hatinya belum cukup tega.
"Siti..."Wari menghampirinya suatu hari. Siti tergamam seketika. Wari yang segak berbaju melayu, sedang berdiri betul-betul di hadapannya. "Wari nak makan ker?"Siti cepat-cepat mencapai pinggan di rak. "Nak....tapi dengan Siti..."Balas lelaki itu lembut. "Emm....Siti makan kejap lagi. Tunggu Didi dan Fifi sekali..."Suara Siti bergetar. Dia cuba mengawal perasaan. Kenapa gemuruh semacam? "Tak....Wari nak ajak Siti makan .....kat luar.."Wari tersenyum. Siti pandang Wari, cuba mengesan riak wajah lelaki itu. "Dengan Lisa sekali?" "Tak.....dengan Siti. Lisa makan dengan budak-budak tu nanti.." "Tapi...." "Saya dah bagitahu Lisa. Janganlah risau sangat...."Wari ketawa kecil. "Lisa volunteer nak jaga budak-budak tu...."
Siti tarik nafas panjang. Ni mesti Lisa dah berpakat dengan abangnya. Lisa memang beriya-iya mencadangkan agar dia keluar dengan abangnya itu. Memang Lisa suka melaga-lagakan dia dengan Wari. Kadang-kadang Siti jadi malu dengan usikan Lisa yang melulu itu. Walau di depan Wari. Tapi Wari tidak pula menunjukkan tanda-tanda marah. Malah, senyuman lelaki benar-benar menggetarkan jiwa. Kenapa lelaki itu berubah tiba-tiba. Mana keegoan dan kesombongan dia dulu. Adakah kerana perwatakannya yang telah berubah kini, telah menghasilkan satu suasana yang berlainan? Sesuatu yang indah mungkin?
Untuk pertama kalinya, malam itu Siti memberanikan diri keluar berdua dengan lelaki itu. Itupun setelah Wari beriya-iya mengatakan telah memaklumkan kepada Mak Ungku. Dan berjanji untuk pulang sebelum jam sebelas. Hanya makan-makan, begitu kata Wari waktu dia masuk ke dalam kereta. Lisa di muka pintu mengenyitkan mata. Suka benar gadis itu. Dan Siti, hanya mendiamkan diri, selain memikirkan bagaimana keadaan dia malam itu. Solekan nipis di wajahnya hasil tangan Lisa, adakah berlebihan? Blouse dan skirt kembangnya adakah berpadanan? Ahh...segala-galanya diluar kawalan. Dia seperti menjadi dirinya yang lain. Dia seperti sengaja membohongi hatinya. Melarikan diri dari seorang lelaki untuk menerima seorang lelaki. Kenapalah aku ni lemah sangat! Siti menghela nafas.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:34:50 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:34:50 GMT 8
"Kenapa Siti?"Wari menoleh sekilas."Kenapa mengeluh? Penat ye?" "Eh, taklah...."Balas Siti perlahan. Dia mengangkat muka, memandang polos ke hadapan. "Kita pergi kat depan ni je. Tak payah jauh-jauh. Sini pun makanannya sedap-sedap...."Wari bersuara disulami ketawa kecil. Dalam hati dia berasa senang sekali. Penerimaan Siti malam itu bagai membuka ruang baru dalam hidupnya.
"Kalau makan ramai-ramai seronok juga.."Siti bersuara. "Makan ramai-ramai dah selalu. Kali ni Wari nak kita berdua je..."Ishh....Siti jadi takut mendengar perkataan tersebut. Dia gigit bibir kuat-kuat. Cuba meredakan debar di dadanya. Janganlah dia nak beromantis pulak dengan aku....
Wari memperlahankan keretanya sebelum berhenti betul-betul di depan sebuah tasik. Siti keluar, dan merasakan kedinginan malam itu. Bintang di langit bertaburan, tetapi angin malam seolah-olah membawa petanda hujan. Dia mengekori langkah Wari yang bersahaja. Agaknya Wari sudah selalu berkunjung ke sini. Kalau bukan dengan Lisa, pasti dengan Rina. Tiba-tiba Siti terbayangkan Rina. Bagaimana hubungan mereka berdua. Kenapa Wari mengajaknya keluar tidak Rina. Sudah putuskah mereka?
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:35:26 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:35:26 GMT 8
"Kita duduk sini je lah..."Suara Wari kedengaran. Siti tarik kerusi lalu melabuhkan punggung. "Siti nak makan apa?"Tanya Wari sebaik pelayan lelaki berbaju batik datang kepada mereka. "Apa-apa saja..."Wari angkat kening. Dia tersengih. Gabra semacam je Siti ni......dia takut dengan aku ke? "Saya order, jangan Siti tak makan pulak...."Siti senyum sama. Silap-silap aku minum aje. Malu punya pasal!
Terasa bagai tak lalu makan dibuatnya. Biasanya waktu makan begini, ada Didi dan Fifi yang memeriahkan suasana. Kadang-kadang ada Lisa kalau dia tidak ke mana-mana. Kali ini hanya mereka berdua. Dalam suasana, yang Siti tidak pernah membayangkan. Kalau dulu, Wari selalu memberi alasan yang bukan-bukan bila mengajaknya keluar, kali ini nampaknya dia berterus terang. Seolah ada keyakinan pada diri lelaki itu akhir-akhir ini. Tutur katanya lembut, dan riak wajah ada ketenangan kini berbanding sewaktu awal pertemuan mereka. Siti dapat rasakan perbezaan itu.
"Banyak perkara yang saya nak tahu pasal Siti sebenarnya...."Wari bersuara. "Emm?"Siti angkat kening. "Kampung Siti di mana?" "Emmm..."Siti telan liur. "Kat Kota Tinggi.." "Kota Tinggi tu kat Johor, kan?"Siti angguk. "Mak ayah Siti?" "Ada lagi." "Mak ayah kerja apa?" "Bapak noreh getah je. Mak tak kerja."Balas Siti jujur. Minuman yang dipesan sampai. Siti menyedutnya seketika. "Saya pernah ke Johor, Desaru Resort. Masa tu saya konvoi ke sana ramai-ramai masa hari merdeka..." "Oh....itu dah dekat sangat dengan rumah saya tu..."Siti tersenyum ceria. "Dekat sangat?" "Emmm..kalau ke Desaru, lalu kawasan kampung saya dulu...." "Kalau gitu, boleh saya singgah rumah Siti..."Siti ketawa. "Boleh....kalau awak datang Johor, jemputlah ke rumah saya..."Balas Siti lancar. "Emm...minggu depan?" "Ha?"Siti angkat muka. Wajah Wari dipandang lama. Biar betul mamat nih! Aku cakap main-main je. Dia serius ke? "Kenapa, tak boleh ke?" Dia ketawa kecil. "Eh, awak ni, jangan main-main la...."Siti tarik muka. "Takkan tak boleh saya nak datang rumah awak. Saya pun nak merasa kehidupan di kampung sana..." "Nak menoreh?"'Siti tergelak sama. Debarnya sudah menghilang. Dia rasa semakin selesa berbual dengan lelaki itu.
Ternyata Siti, benar-benar berlainan dengan Rina. Wari dapat merasakannya. Dia tidak berasa terdesak, atau rungsing. Berbanding dengan Rina yang selalu membentak dan sedikit mendesak. Yang gemarkan liburan. Yang tidak pernah memikirkan realiti kehidupan selain dari keseronokan semata-mata. Sesuatu yang hilang dulu terasa terisi kembali. Hatinya yang kering, kini basah disirami.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:36:30 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:36:30 GMT 8
"Emm...itu gelang yang saya bagi hari tu ke?"Mata Wari tertancap pada pergelangan tangan Siti yang bersinar. Siti cepat-cepat tarik tangannya. Dia tersipu. Ahh...kenapa lupa nak tanggalkan? "Semalam keluar lupa nak tanggalkan..." "Kenapa nak tanggalkan pulak. Biarlah ia kekal di situ...kalau boleh sampai bila-bila..."Siti hampir tersedak mendengarnya. Dia memalingkan wajah. Tak sanggup dia menentang renungan lelaki. Issh....lain benar bunyinya. Hati Siti berdebar-debar. "Emm....yang warna hijau tu, mesti Mak Siti yang bagi?"Wari menunjuk ke arah seutas lagi gelang yang melingkar di pergelangan tangan Siti. Siti menggeleng. "Yang ni...."Dia teragak-agak. "Emm...Hadi yang beri hari tu....sebelum balik ke sini..."
Wari tarik nafas panjang. Tiba-tiba dia rasa menyesal mengemukakan pertanyaan itu . Ahh...hati... bertenanglah. Kenapa perlu gugup, kenapa perlu berdebar. Wari cuba meredakan perasaannya yang sudah mula tidak menentu.
"Siti suka pada Hadi, tu?"Wari tidak teragak-agaknya bertanya. Dia ingin tahu hati gadis ini yang sebenar. "Eh, tak lah...."Siti sedikit terkejut. Sekali berjumpa, takkan terus suka! "Emm.....tapi..dia tu baik orangnya. Dengarnya....dah nak bertunang.." "Iyer?"Wari agak terkejut. Dalam hatinya sedikit riang, tetapi dia cuba mengawal agar tidak ketara kelihatan. Rasanya dia ingin tertawa sepuas hati mendengar perkhabaran itu. Siti perasan perubahan wajah Wari bila mendengar katanya itu. Dia sedikit lega, walaupun dalam hati rasa bersalah juga kerana membohongi lelaki itu. Dia tidak pernah tahu samada Hadi sudah berpunya atau sebaliknya. Apatah lagi ingin bertunang. Dia cuma ingat kata-kata Hadi sebelum dia bertolak pulang dahulu. Lelaki muda itu ternyata ingin menjalin hubungan yang lebih istimewa dengannya. Bukan sekadar kenalan singkat. Semua itu dinyatakan di dalam surat yang dilampirkan bersama gelang hijau tersebut. Kalaulah Siti tahu maksud sebenar yang tersirat di hati Hadi, sumpah dia tak akan mengambil pemberian tersebut. Dia takut Hadi salah sangka.
Dan kini, berhadapan dengan Wari, sesuatu yang sukar juga. Dia tidak ingin Wari anggap dia punya apa-apa hubungan dengan Hadi. Dia seperti dapat rasakan perasaan Wari yang berbunga terhadapnya. Dan perasaannya juga!
"Kenapa Siti?"Wari menoleh sekilas."Kenapa mengeluh? Penat ye?" "Eh, taklah...."Balas Siti perlahan. Dia mengangkat muka, memandang polos ke hadapan. "Kita pergi kat depan ni je. Tak payah jauh-jauh. Sini pun makanannya sedap-sedap...."Wari bersuara disulami ketawa kecil. Dalam hati dia berasa senang sekali. Penerimaan Siti malam itu bagai membuka ruang baru dalam hidupnya. "Kalau makan ramai-ramai seronok juga.."Siti bersuara. "Makan ramai-ramai dah selalu. Kali ni Wari nak kita berdua je..."Ishh....Siti jadi takut mendengar perkataan tersebut. Dia gigit bibir kuat-kuat. Cuba meredakan debar di dadanya. Janganlah dia nak beromantis pulak dengan aku....
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:38:23 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:38:23 GMT 8
Wari memperlahankan keretanya sebelum berhenti betul-betul di depan sebuah tasik. Siti keluar, dan merasakan kedinginan malam itu. Bintang di langit bertaburan, tetapi angin malam seolah-olah membawa petanda hujan. Dia mengekori langkah Wari yang bersahaja. Agaknya Wari sudah selalu berkunjung ke sini. Kalau bukan dengan Lisa, pasti dengan Rina. Tiba-tiba Siti terbayangkan Rina. Bagaimana hubungan mereka berdua. Kenapa Wari mengajaknya keluar tidak Rina. Sudah putuskah mereka?
"Kita duduk sini je lah..."Suara Wari kedengaran. Siti tarik kerusi lalu melabuhkan punggung. "Siti nak makan apa?"Tanya Wari sebaik pelayan lelaki berbaju batik datang kepada mereka. "Apa-apa saja..."Wari angkat kening. Dia tersengih. Gabra semacam je Siti ni......dia takut dengan aku ke? "Saya order, jangan Siti tak makan pulak...."Siti senyum sama. Silap-silap aku minum aje. Malu punya pasal!
Terasa bagai tak lalu makan dibuatnya. Biasanya waktu makan begini, ada Didi dan Fifi yang memeriahkan suasana. Kadang-kadang ada Lisa kalau dia tidak ke mana-mana. Kali ini hanya mereka berdua. Dalam suasana, yang Siti tidak pernah membayangkan. Kalau dulu, Wari selalu memberi alasan yang bukan-bukan bila mengajaknya keluar, kali ini nampaknya dia berterus terang. Seolah ada keyakinan pada diri lelaki itu akhir-akhir ini. Tutur katanya lembut, dan riak wajah ada ketenangan kini berbanding sewaktu awal pertemuan mereka. Siti dapat rasakan perbezaan itu.
"Banyak perkara yang saya nak tahu pasal Siti sebenarnya...."Wari bersuara. "Emm?"Siti angkat kening. "Kampung Siti di mana?" "Emmm..."Siti telan liur. "Kat Kota Tinggi.." "Kota Tinggi tu kat Johor, kan?"Siti angguk. "Mak ayah Siti?" "Ada lagi." "Mak ayah kerja apa?" "Bapak noreh getah je. Mak tak kerja."Balas Siti jujur. Minuman yang dipesan sampai. Siti menyedutnya seketika. "Saya pernah ke Johor, Desaru Resort. Masa tu saya konvoi ke sana ramai-ramai masa hari merdeka..." "Oh....itu dah dekat sangat dengan rumah saya tu..."Siti tersenyum ceria. "Dekat sangat?" "Emmm..kalau ke Desaru, lalu kawasan kampung saya dulu...." "Kalau gitu, boleh saya singgah rumah Siti..."Siti ketawa. "Boleh....kalau awak datang Johor, jemputlah ke rumah saya..."Balas Siti lancar. "Emm...minggu depan?" "Ha?"Siti angkat muka. Wajah Wari dipandang lama. Biar betul mamat nih! Aku cakap main-main je. Dia serius ke? "Kenapa, tak boleh ke?" Dia ketawa kecil. "Eh, awak ni, jangan main-main la...."Siti tarik muka. "Takkan tak boleh saya nak datang rumah awak. Saya pun nak merasa kehidupan di kampung sana..." "Nak menoreh?"'Siti tergelak sama. Debarnya sudah menghilang. Dia rasa semakin selesa berbual dengan lelaki itu.
Ternyata Siti, benar-benar berlainan dengan Rina. Wari dapat merasakannya. Dia tidak berasa terdesak, atau rungsing. Berbanding dengan Rina yang selalu membentak dan sedikit mendesak. Yang gemarkan liburan. Yang tidak pernah memikirkan realiti kehidupan selain dari keseronokan semata-mata. Sesuatu yang hilang dulu terasa terisi kembali. Hatinya yang kering, kini basah disirami.
"Emm...itu gelang yang saya bagi hari tu ke?"Mata Wari tertancap pada pergelangan tangan Siti yang bersinar. Siti cepat-cepat tarik tangannya. Dia tersipu. Ahh...kenapa lupa nak tanggalkan? "Semalam keluar lupa nak tanggalkan..." "Kenapa nak tanggalkan pulak. Biarlah ia kekal di situ...kalau boleh sampai bila-bila..."Siti hampir tersedak mendengarnya. Dia memalingkan wajah. Tak sanggup dia menentang renungan lelaki. Issh....lain benar bunyinya. Hati Siti berdebar-debar. "Emm....yang warna hijau tu, mesti Mak Siti yang bagi?"Wari menunjuk ke arah seutas lagi gelang yang melingkar di pergelangan tangan Siti. Siti menggeleng. "Yang ni...."Dia teragak-agak. "Emm...Hadi yang beri hari tu....sebelum balik ke sini..."
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:39:46 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:39:46 GMT 8
"Betul ker kau nak ke Johor, Wari?"Mak Ungku kerut dahi memandang Wari yang kelihatan ceria petang itu. "Boleh tak Ma?"Wari duduk di sebelah, memaut bahu Mak Ungku. "Nak buat apa?" "Emm..saja. Nak rasa hidup di kampung. Siti kata sekarang ni musim durian."Mak Ungku menggeleng. Hatinya sedikit berat melepaskan Wari. "Lagipun, Wari bukan pergi sorang. Lisa pun ikut sama. Minggu depan kan cuti sekolah."Wari memicit-micit bahu Mamanya. "Lisa tu cuti. Tapi Wari kan kena ke pejabat. Siapa nak uruskan pejabat nanti?" "Ala.....itu Ma jangan risau. Kat sana ramai pembantu Wari. Sebelum ni pun mereka yang uruskan. Lagipun, Wari dah bagitahu Azimin......"Wari bangun, membetulkan seluarnya. "Nanti apa kata keluarga Siti, Wari? Kau tak segan ke.." "Ish...Ma ni....kan saya pergi dengan Lisa. Lagipun bukannya lama sangat...2-3 hari je..."Wari membelek-belek wajahnya dicermin. Senyum tak putus-putus terukir di dua bibirnya. Sekejap-kejap dia melihat jam tangannya. "Ni bersiap-siap nak ke mana. Baru balik...dah nak keluar?"Mak Ungku tarik nafas panjang melihat gelagat anak bujangnya itu. Perubahannya ketara benar. Dari liar, dia menjadi sopan. Dari pemarah, menjadi girang begitu. Sedikit sebanyak dia berasa gembira dengan perubahan itu. Tapi kadang kala, dia curiga juga. "Saya nak keluar ni......nak gi tengok wayang!" "Dengan Rina?"Wari tersengih. "Tak, dengan Siti!"
Mak Ungku beristighfar dalam hati. Dia menghela nafas panjang. Ternyata apa yang dia takutkan selama ini telah terjadi. Wari, Siti itu bukan untukmu!
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:40:30 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:40:30 GMT 8
Genggaman tangan mereka terlerai. Siti tersenyum malu. Dia tidak tahu kenapa dia membiarkan Wari menyentuh tangannya. Kalau boleh dia tidak mahu semua itu berlaku. Dia berlari-lari anak. Meninggalkan Wari di gigi pantai. Terasa berat kakinya di selaputi debu-debu pantai yang halus. Seketika dia menghela nafas. Angin yang bertiup menyegarkan badan. Pandangannya dilemparkan. Memerhatikan susuk Wari yang membongkok, mengutip kerikil-kerikil tajam. Bila Wari menoleh ke arahnya, Siti melambai tangan.
Ahh...terlalu jauh aku dibawa keadaan. Tapi perasaan ini....bukan boleh disisihkan!
"Nak balik ker?"Wari mencungap bila sampai di depan Siti. "Jom!"Siti membetulkan tudungnya. "Cepat sangat la.."Muncung. "Kata nak cari durian? Lisa dah lama tunggu kat rumah tu. Nanti dia merajuk."Siti tarik muka. Mesti Lisa marah sebab tak ajak dia ke Desaru petang itu. Tapi Wari yang berkeras tidak mahu membawa Lisa sama. Tak ada privacy, katanya. "Esok kita pergi lagi...?" "Esok kita dah balik KL...jangan perasan...."Siti ketawa kecil. "Lain kali, saya nak datang sini lagi...."Wari mempercepatkan langkah, menyaingi Siti. "Awak kawin le dengan orang Johor....tiap-tiap minggu boleh balik.." "Dengan Siti?"Siti terdiam. Dia mengerling ke wajah Wari. "Tak nak la..."Siti juih bibir. "Ohh....lupa..Siti tak nak sebab...nak tunggu siapa tu...Zair...Huzair?" "Wari!"Sepantas kilat jemari Siti sudah mengutil lengan Wari. Wari mengeliat kesakitan. "Kan saya dah cakap jangan ungkit lagi cerita tu. Kalau saya tahu macam ni, tak nak saya cerita kat awak!"Siti melajukan langkah. Dia terdengar derai ketawa Wari di belakang. "Okay..okay..."Wari memaut lengan Siti. Siti membalikkan badan. Wajah mereka bertentangan."Saya tak ungkit lagi....tapi ada syaratnya..." "Apa syaratnya?" "Jadi milik saya!"
Siti tersenyum. Dia tidak mahu menjawabnya, Biarlah hati saja yang berkata 'ya'
***********************************
Azimin resah di bangku. Melihat Maria yang masih lena di perbaringan. Pemandangan yang biasa waktu petang-petang begini. Dia melonggarkan tali lehernya. Nafasnya yang turun naik dibiarkan reda seketika. Perasaannya menjadi hampa. Bukan dia tidak pernah berasa begitu. Tapi kali ini lebih-lebih lagi. Malah, mengetahui kepulangan Siti ke kampung bersama Wari sebentar tadi, seakan meruntun segenap perasaannya. Apalah yang Wari buat di sana? Kerja di pejabat ditinggalkan, semuanya dibiarkan orang lain yang uruskan. Azimin berasa sebal dengan perangai Wari sejak akhir-akhir ini.
Dia turun ke dapur sebentar untuk mengambil minuman. Seketika pandangannya bertembung dengan kelibat Kartini yang muncul dari bilik air. Kartini tersenyum penuh makna sebelum masuk ke bilik belakang. Azimin menggeleng. Butang kemeja mula dibuka satu persatu. Perlahan-lahan dia menyusup masuk ke bilik yang sama.
bersambung
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:45:12 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:45:12 GMT 8
.:: Aku Kau dan Dia ::. Hasil karya : irasofea
--------------------------------------------------------------------------------
Salam. This is the complete story of Aku kau dan dia. To those who read, sorry for taking such a long time to finish it.. took me more than a year! Seorang sahabat mengemel kemana kesudahan cerita ini. Im gonna be really2 busy in the next few months and probably after that.. forever.. jadi saya putuskan untuk menghabiskan cerita ini walaupun the old plan was to make the story longer. Selamat membaca!
Lihat pada dirimu Terimbas masa lalu Kau ku dan dia Tersenyum bersama Takdir yang menentukan Pilihan kehidupan Kau ku dan dia Tak akan bersama Bersama dengannya Tidak diduga sayang Bagaikan bermimpi Tidak kusedar Kau mengharapkan kita Bersama bermanja berdua Kiranya kerinduan Bisikan suaraku Itu perasaan Menguji fikiran Dalam hatimu Masih ada kasih sayang Terimalah hakikatnya Teman hidupmu bukanlah diriku ini
Lagu Amy Mastura bagaikan menyentak tangkai jantungku. Pandanganku masih terpaku pada daun-daun kering musim luruh di luar tingkap, tapi memoriku jauh mengimbas kenangan lalu. Aku, kau dan dia…
''Sofea, after kelas kita jumpa kat DS,'' ujar Dina sambil berlari ke tingkat atas block akademik.
Aku mengangguk, senyum. Semenjak empat belas bulan yang lepas ayat yang sama Dina lontarkan. Telingaku sudah lali mendengarnya, tapi aku senang.
Dina dan Sofea, pasangan dua sejoli maktab. Semua pelajar maktab sudah maklum, ke mana saja kami akan berdua, ke Pusat Sumber Pendidikan PSP, prep, DS, outing dan tidur pun tidak mahu dipisahkan. Mungkin jika pelajar lelaki yang bermulut celupar bisa gelarkan kami lesbian. Namun kami tak pernah peduli, asal kami bahagia. Dina adalah separuh jiwaku, kami pasti akan sentiasa bersama…. selamanya… selamanya?
Awal Januari, 1995. Aku masih ingat detik itu.
''Ma dan ayah pulang dulu, Sofea jaga diri baik-baik. Belajar betul-betul,'' itulah pesanan terakhir ma setelah selesai menolongku mengemas segala barang ke dalam locker.
Aku pandang anak mata ayah. Pandangan yang sama sembilan tahun lalu tika maut menghampiri hidupku. Dalam dan penuh bermakna. Aku salami ma dan ayah, kukucup tangan mereka. Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan, kurasa mataku bergenang. Kutarik nafas dalam…. Huhhhhh
''Ayah dan mak awak sayang betul dengan awak yer!'' Suara itu mengejutkanku. Aku alihkan muka mengadap tubuhnya yang sedang berdiri setentang dengan lockerku. Tekaku dia juga pelajar baru. Wajahnya bentuk bujur sirih, matanya bulat, anak matanya seakan hijau, berambut lurus sampai ke bahu dan mulutnya… bibirnya nipis mengukir senyum. Cantik! Belumpun sempat aku bersuara, dia hulurkan tangan.
''Nama saya Dina, new student as well.''
''Saya Sofea, Sofea Abdul Rahman,'' ujarku pendek.
Perkenalan yang baru terjalin itu kami terokai, sehari demi sehari kami semakin akrab. Dina gadis manis dari Seremban. Anak tunggal seorang usahawan. Hidup dipenuhi kemewahan, segala yang diingini pasti dikecapi. Tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mendekatinya pasti setuju dia gadis cantik berperwatakan menarik, sentiasa gembira dan ceria. Dulu di awal perkenalan aku juga tertipu. Sehinggalah pada suatu waktu Dina meluahkan segalanya. Tali persahabatan yang kami bina membongkar segalanya. Tiada lagi rahsia antara kami.
Dina dipenuhi kemewahan, tapi tidak dengan anyaman kasih sayang. Ibunya menghilangkan diri ketika Dina masih merah. Bapanya keruan tidak tahu di mana silap dirinya sehingga ibunya pergi tanpa sebarang alasan. Semenjak ibunya pergi, bapanya menjadi seorang 'workholic'. Dari bayi merah sehinggalah usianya belasan tahun, dunianya hanyalah dengan belaian pembantu rumah, Mak Temah. Bapanya jarang benar bersuara. Dina merasakan setiap kali melihat kelibat bapanya, seperti ada kebencian yang amat, meledak dilontarkan terhadapnya.
''Mungkin Daddy bencikan Dina kerana kelahiran Dina membuatkan ibu pergi. Mungkin kerana Dina Daddy tidak dapat mencari pengganti ibu, meninggalkanya dengan status duda segak beranak satu. Mungkin mungkin… mungkin,'' itulah hitungan Dina yang aku sendiri tak dapat membantu mencari jawapannya. Dina sudah jemu membuat perhitungan, sehinggalah dia membuat keputusan untuk membawa diri ke asrama penuh. Kejauhan dari kelibat bapanya mungkin dapat memberikannya sedikit ruang mencari apa yang hilang dalam jiwanya.
MRSMPC, syurga yang menyatukan kami. Routine harian yang padat, homework yang tidak pernah putus, soalan add math yang seringkali bagai memecahkan otak, prep yang membosankan, segalanya jadi indah dan mudah tika di sisi Dina. Aduh… aku rindu saat itu.
''Sofeaaaaaaaa we need to catch the bus hurry up!'' terdengar laungan Linda dari tingkat bawah.Oooo gosh begitu jauh fikiranku merantau melampaui batas waktu... butang mini disc hi-fiku aku tekan. Jauh aku mengelamun sehingga terlupa sesiku dengan Dr. Green....
Ward 15 Royal Hospital. ''Where the hell is it?'' gertak hatiku. ''Ini semua salah kaulah, dah tak tahu mana wad datang lambat jugak,'' satu lagi suara memberontak. Perasaanku berperang.
''Nurse, could you tell me where ward 15 is?'' akhirnya aku terpaksa bertanya kepada seorang jururawat yang lalu di sebelahku.
''Sorry I’m late,'' aku berkata perlahan tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Dr. Green hanya melihat dengan ekor matanya, kemudian menyambung kembali percakapannya.
‘I’ll give each of you a patient, go and get them and give me a full case report by next week. Is it understood?’
Erghhh! Aku mendengus. Seminggu? Repot patologi masih tersadai, hari ni pula dapat kes baru. Aku merungut sendirian tapi jauh di sudut hati aku tidak pernah menyesal memilih bidang ini. Inilah citaku sejak kecil. Bagai terpampang nama Dr Hashim MRCP di depan mataku. Kalau dulu perkataan MRCP tiada pernah kutahu apa maksudnya, kini itulah yang aku idam-idamkan.
Dari Dr.Hashim, fikiranku merantau lagi. Mengimbas peristiwa hampir tiga belas tahun yang lampau.
''Ayah, cepat balik ke rumah yah,'' Intan anak sulongnya berteriak dengan suaranya yang termengah-mengah.
''Adik Sofea pengsan, muka semua pucat, jari semua biru ayah!'' Intan menambah tapi suaranya kini tersekat-sekat dan wajahnya tambah panik.
Rahman terkejut mendengar suara Intan dan dengan spontan dia melompat turun dari tebing tinggi pangkal pokok getahnya. Ditinggalkan botol pepsi berisi air kosong penghilang dahaga dan pisau toreh di tangan tadi. Mereka bergegas pulang melepasi batang-batang pokok getah, lopak-lopak air dan batas-batas sawah. Kalau Sofea tidak teruk sakitnya, hanya setakat sakit dada takkan mungkin isterinya menghantar si Intan memanggilnya pulang. Kebun Ah Seng yang tak terjaga, sebelum sampai ke kebunnya bukan tempat permainan budak-budak!
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:46:26 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:46:26 GMT 8
''Sofea makin sesak nafasnya bang!'' Imah, isterinya mengadu.
Dia sendiri kaget melihat keadaan Sofea. Jari kaki tangan semua dah naik biru. Mukanya pucat lesi, tak ubah macam mayat. Anakku mayat hidup??
''Imah cepat berkemas, bawa anak-anak masuk ke kereta,'' ujarnya pendek.
Kereta Datsun tua bercat hijau terang itu memecut laju. Sejam perjalanan dari Marang ke Hospital Kuala Terengganu. Satu jam, bukan waktu yang singkat, apa-apapun boleh berlaku. Ya Allah selamatkanlah anakku!
''Keadaannya stabil buat masa sekarang tapi seperti yang telah saya terangkan, pembedahannya tidak boleh ditangguhkan lagi. Jika abang lambat, mungkin saya tidak dapat membantu,'' jelas Dr Hashim kepada ayah.
Ayah buntu. Ma juga buntu. Kak Intan yang berusia dua belas tahun itu sememangnya memahami keadaan yang bergolak. Adik Husni yang muda dua tahun dariku hanya duduk diam di kerusi di sebelahku, mungkin sedang cuba untuk mengerti.
Ma yang dari tadinya berdiri mendukung Azrul, adik bongsuku yang baru pandai merangkak, melangkah menghampiri katilku dan akhirnya melabuhkan punggung di sampingku. Ma seperti sudah hilang kekuatan untuk berdiri.
Aku alihkan pandangan ke wajah ayah. Pandangan itu.. tajam, dalam dan penuh harapan. Setiap kali ayah dalam keadaan begitu, pasti ada air jernih yang akan mengalir dari kelopak mataku. Perasaan bersalah menyerang diri. Kenapa hidupku harus menyusahkan orang tuaku? Dari lahir sehinggalah kini berusia sembilan tahun, aku mengheret ayah menjadi pengunjung setia hospital ini. Setiap hari Rabu ayah akan menunggu dengan kereta tua milik arwah datuk di bawah pokok ketapang di halaman sekolah. Perkara ini tidak perlu lagi dimaklumkan kepada guru-guru. Mereka semua faham, tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Inilah jadual tambahanku, yang sememangnya tak perlu di lalui oleh rakan seusia yang lain. Usia sembilan tahun sudah mengajar aku erti hidup!
Sembilan tahun… peristiwa itu tiga belas tahun yang lalu.. dan kini usiaku hampir sesuku abad! Aku menghitung sendiri. Takdir Allah siapa yang mampu menduga. Usiaku dipanjangkan, rahmat yang benar-benar besar dari-Nya. Takkan repot yang sekecil itu tidak boleh kau siapkan Sofea? Cubaan yang lagi besar pernah kau tempuhi! Suara hatiku kembali menyedarkanku ke dunia realiti.
Aku melangkah keluar dari ruang kafeteria hospital selepas selesai menikmati prawn sandwich dan segelas cappuccino. Masa untuk bertemu pesakitku Miss N.A Karen!
Pada buku nota kecil di tanganku tertulis Ms N.A Karen oncology ward 10 south. Miss? Agaknya berapa umurnya ya? 20… 30-an? Aku cuba mentafsir dari namanya. Persetankan… asalkan dia pesakit yang senang diurus dan pencerita yang bagus! Senanglah kerja nanti. Aku tersengih sendiri.
Kukenakan kot putih yang pagi tadi sempat kurentap dari hanger di almari, disumbat ke dalam beg galas. ‘Don’t forget your student card,’ suara Dr Etna Clinical Skill yang garang dua tahun yang lepas seakan bergegar di telinga. Ada juga guna garang perempuan itu!
Mataku meliar mencari senarai nama pesakit di papan tanda putih wad 10 south. Ya, itu dia katil 5a. Dalam jarak empat kaki aku dapat melihat dengan jelas seorang wanita sedang duduk membelakangiku, menghadap peti televisyen.
''Hello Ms Karen,'' kataku pendek sambil mengukir senyum.
Teringat pesan Dr Hashim, waktu aku di wad tika aku khabarkannya tentang cita-citaku. ‘Kalau Sofea mahu jadi doctor yang baik, mesti selalu senyum.’
Wanita itu berpaling. Dia nampak terkejut. Agakku kerana aku datang dari arah belakang.
''I’m Sofea, third year medical student. Your doctor, Dr Green gave me your name in a hope that I could learn something about your disease. Is it okay if I ask you a few questions and then do some examination on you?'' terangku dengan panjang lebar. Lancar dan penuh keyakinan. Bukan pertama kali ayat itu kuluahkan. Berpuluh kali mungkin. Agaknya latihanku seperti latihan si teruna yang ingin meluahkan rasa cinta buat si dara. Mungkin lebih lagi.
Mulutnya yang sedikit ternganga tadi tertutup perlahan. Punat remot televisyen ditekannya. Senyap.
''Yes, of course you can. What do you want to know about me?'' soalnya kembali sambil tersenyum.
Seorang wanita yang ‘efficient’ kurasakan. Ini sudah bagusssss. Amin… pesakit yang seperti inilah yang kuidam-idamkan.
Aku kupas ceritanya sehabis mungkin. Dari sejarah sakitnya, sejarah ubat hinggalah ke sejarah keluarga. Dia wanita berusia 40 tahun, menghidap kanser sejak lima tahun yang lalu. Yang aku perasan, apabila kutanyakan mengenai keluarga, air mukanya berubah. Dia yang tadinya ramah bercerita tiba-tiba diam. Argghhh aku ada tanya soalan pelik ker? Aku tertanya sendiri. Akan tetapi beberapa minit selepas itu dia mula bersuara. Katanya dia pernah berkahwin. Anaknya mungkin seusiaku kini. Wanita itu mengangkat mukanya memandang tepat ke mataku, dari anak matanya aku dapat mentafsir dia seperti menyimpan kerinduan yang amat. Sejurus selepas itu aku dipeluk dan diciumnya.
''I’m sorry I was carried away. Could we continue this some other time?'' dia bersuara perlahan, tapi intonasinya seolah benar-benar mengharapkan kehadiranku besok.
''Yes, sure if that’s fine with you. Thanks a lot for your willingness then,'' aku membalas sambil tersenyum lagi.
|
|
|
Novel
May 12, 2004 12:48:21 GMT 8
Post by atokENSEM on May 12, 2004 12:48:21 GMT 8
Aku tertanya-tanya juga, siapakah yang datang melawat. Semenjak di sini, tidak pernah Dina menerima pelawat. Kata Dina, dia tiada saudara-mara yang rapat. Bapanya anak tunggal. Nenek dan datuknya telah lama meninggal. Keluarga sebelah ibu, Dina tidak pernah bercerita. Bukan dia mahu berahsia, tapi dia sendiri tidak pernah mengetahui cerita ibunya. Wajah ibunyapun tidak pernah ditatap. Tidak juga pada sebuah potret!
''Sofea, aku kena balik ke Seremban sekarang,''kata Dina. ''Daddy tunggu di bawah,'' sambungnya.
''Daddy?'' aku terkejut. Keras soalanku, sekeras meluatnya hatiku terhadap lelaki itu. Ketidakprihatinannya membuatkan aku membenci makhluk yang Dina panggil Daddy. Apakan tidak, Aidilfitri yang lepas Dina terpaksa membawa diri beraya bersama keluargaku. Bukan aku tidak gembira Dina menjejakkan diri ke rumahku yang serba sederhana, tapi aku terharu dengan nasibnya. Kata Dina, setiap kali selepas solat hari raya, bapanya akan menghantarnya ke kampung Mak Temah. Petang barulah dia akan dijemput pulang. Itulah sambutan Aidilfitri dalam hidup Dina dari setahun ke setahun.
''Daddy datang jemput Dina jumpa Mak Temah. Mak Temah sakit tenat Sofea,'' raung Dina. Aku peluk Dina. Teresak-esak dia menangis.
''Kau jaga diri Dina. Pertemuan kita kerana Allah, perpisahan kita juga kerana Allah Dina,'' kata-kata itu terlontar saja dari bibirku. Tapi aku tidak menyesal. Itu bukan doa. Walaupun berita yang diterima bukan berita kematian, aku bimbang kalau Mak Temah betul-betul kembali ke hadrat Ilahi, hati Dina berkecai lagi. Perempuan tua itulah tempat Dina menumpang kasih. Aku tidak tahu sejauh mana Dina mampu mengawal diri jika Mak Temah tiada di sisi.
''Cek kak, apersal di renung jek raket tennis tu? Ada lekat gambar pakwe ker?'' soal Ariff suatu petang beberapa hari selepas Dina pulang ke Seremban.
Aku angkat muka. Masam.
''Takkan aku tegur macam tuh dah marah kot?'' katanya lagi sambil tersengih mengejek.
''Nampak raket ni? Aku lepuk kang tak pasal!'' aku menjawab acuh tak acuh.
''Sofea lepak laaa. Aku gurau je. Takkan itu pun nak marah?'' suaranya lembut minta simpati.
Baru dua hari Dina hilang dari pandangan, hidupku sudah tidak betah lagi. Gurauan kecil Ariff pun aku boleh naik angin. Arghh bukan salah dia. Salah aku, terlalu mengikut perasaan. Dina mungkin sedang menemani Mak Temah sehingga dia betul-betul pulih, detik hatiku cuba mententeramkan diri sendiri.
''Aku tahulah member baik kau tak ada… aku kan ada. Anytime boleh temankan kau. Kalau kau nak aku ‘fly’ masuk asrama ko pun aku sanggup,'' Ariff menambah lagi.
Aku tergelak kecil. Termakan juga dengan lawak bodoh si Ariff.
''Dah ada raket kat tangan tu, jom lawan tenis. Siapa kalah kena belanja orang menang makan nasi ayam kat café, setuju?'' soalnya lagi bersungguh-sungguh.
Bosan, bosan. Kenapalah aku perasan betul aku terer main tennis? Kan dah kena belanja si Ariff. Adoi, hilanglah tiga ringgit duit aku!
''Sofea, mata kau sepet ek macam anak cina. Patutnya mata kau bulatlah, macam Sofea Jane tuh,'' kutuk Ariff selamba sewaktu kami melangkah ke café.
''Eleh taulah mata dia lawa, kutuk ajer kerja,'' aku membalas cuba menahan geram.
''Hehehe, kau cakap mata aku lawa? Huaaaa tak lelap la aku malam ni. Mesti menari-nari je keja mata aku malam ni, lupa duty dia kat tuan dia time tidur dah sampai malam nanti,'' ujar Ariff lagi.
Matanya dipejamkan seketika sambil kepalanya di geleng ke kiri ke kanan. Lucu. Tika itu aku sempat mencuri pandang tepat ke wajahnya. Belumpun sempat kualihkan pandangan ke lain, Ariff membuka matanya. Wajahku ditenungnya. Lama. Berderau darahku. Aku senyap, menunduk seakan pesalah yang sedang menunggu hukuman. I got caught in action!
***********************************************
|
|