|
Novel
Aug 29, 2004 1:40:25 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:40:25 GMT 8
Yol, Ana nak jumpa kau. Datang kat tempat biasa. Jat
Ana nak jumpa aku? Biar betul? Mimpi ke aku ni? Betul ke apa yang aku baca kat skrin aku ni?
"Zha! Ko gi kat tempat lepak kita dulu tu!?" pintaku.
"Nak buat apa??" tanya Zharif. Banyak songeh dia ni.
"Pergi ajelah! Ana nak jumpa aku!!?" jeritku. Kegembiraan yang terover. Ana, aku datang!
Adriana mundar-mandir. Dia rasa malu untuk bertemu dengan Faqrul. Dia menyesal kerana bertindak melulu tadi. Patut aku dengar dulu penjelasan Yol. Izzat di sebelahnya hanya tersenyum.
"Janganlah risau. Yol mesti happy sebab kau nak jumpa dengan dia. Dia tu baik orangnya." Pujuk Izzat.
"Anaa!!"
Adriana dan Izzat berpaling. Dah sampai rupanya si Faqrul ni. Menjerit macam budak kecik. Tak control langsung.
"Yol, Ana minta maaf sebab Ana marahkan Yol tadi. Sebenarnya, Ana marah sangat kat Yol bila Ana nampak Yol duduk dengan Aida tu.?" Adriana tunduk.
"Itu maknanya Ana cemburu la. Cemburu tandanya sayang. Tak gitu??" usikku. Aku lega sebab Ana sudah mula tersenyum. "Oh, lupa pulak. Ana, ni Zharif member Yol.?"
"Hai, Zharif." Sapa Adriana.
"Hai. Tak sangka awek ko lawa nak mampus Yol.?" Puji Zharif. Adriana hanya tersenyum.
"Tengok ar sapa yang pilih." Sampuk Izzat sambil tersengih.
"Dahlah korang. Jom balik. Dah lewat ni, nanti mak Ana marah pulak. Aku jugak yang susah. Takut je tak sempat nak merasa tidur sekatil dengan Ana." Kataku selamba. Ana menjengilkan matanya.
"Kalau Yol cakap macam tu lagi, memang impian Yol tu sah tak tercapai!" ugut Adriana. Huih, takut jugak aku dengan ugutan dia ni. Bahaya, bahaya.
"Tak de la. Orang memain je tadi. Ana tak marahkan??"
Adriana hanya tersenyum manis. Auw!
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:41:21 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:41:21 GMT 8
Pn. Farizah menangis sampai bengkak mata. En. Khairul hanya mampu memujuk isterinya yang entah bila akan berhenti menangis. Azam pula termenung jauh.
"Macam mana boleh jadi macam ni?!?" tangis Pn. Farizah.
"Sabarlah, Izah. Mujurlah Aida tu selamat. Doktor kata tak ada apa-apa yang teruk. Tapi, dia kena tinggal di hospital selama tiga hari. Izah bersabarlah.?"En. Khairul menggosok bahu isterinya.
"Izah tak tahulah kenapa orang tu belasah Aida sampai jadi macam ni. Apa salah Aida, bang?" Pn. Farizah masih menangis.
"Inilah balasan untuk dosa yang dia buat, mama." Kata Azam tiba-tiba.
"Azam, kenapa Azam cakap macam tu? Dosa apa??" Tanya Pn. Farizah sambil merenung tajam anak lelakinya.
"Mama tak perlulah tahu lagi. Lepas Aida sembuh, baru saya cakap kat mama. Saya rasa saya tahu sapa yang belasah Aida. Orang tu lelaki,?" ujar Azam dengan tenang.
"Mestilah lelaki! Kalau tak, Aida takkan teruk macam ni!?" Pn. Farizah mula meninggikan suaranya. Biasalah, Aida tu anak kesayangan dia.
"Izah, abang rasa baik Izah pergi berehat. Abang nak cakap sikit dengan Azam." Tegur En. Khairul.
"Tapi, bang..."
"Izah, dengar cakap abang ni.?"
Pn. Farizah terus berlalu pergi. Dia malas nak bertekak dengan suaminya yang sememangnya tegas dan tetap pendirian itu. En. Khairul memandang anak lelakinya.
"Ayah nak Azam beritahu ayah. Apa masalah Aida sebenarnya? Ayah tahu, Azamlah orang yang paling rapat dengan Aida. Mesti Aida beritahu Azam segala-galanya kan?" duga En. Khairul.
Azam nampak sedikit gelisah. Kemudian, dia memandang ayahnya sambil menggelengkan kepalanya
. "Zam tak tahulah nak mula dari mana." Azam mengeluh.
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:42:34 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:42:34 GMT 8
Ayah nak Azam temukan ayah dengan lelaki yang pukul Aida tu. Boleh??" En. Khairul tersenyum.
Azam kelu. Dia hilang kata-kata. Akhirnya, dia bersetuju untuk memenuhi permintaan ayahnya.
Ding! Dong! Pn Deana membuka pintu dengan tergesa-gesa. Dua orang lelaki yang tidak dikenalinya tercegat di depannya.
"Ya, cari sapa??" Tanya Pn. Deana.
"Mak! Sapa mak??"
Aku berdiri di sebelah mak aku. Dua orang lelaki itu merenung tajam ke arahku. Mak aku hanya memandangku dengan muka tanda soal.
"Awak Faqrul?" Tanya lelaki yang lebih muda itu.
"Iye. Sapa encik berdua ni??" tanyaku pula.
"Saya Azam dan ini ayah saya, En Khairul.?"
"Em, maafkan saya. Tapi, apa kena-mengena encik berdua ni dengan anak saya? Kami tak kenal encik." Celah Pn. Deana.
"Kami nak jumpa anak puan kejap. Hal penting.?" Kata En. Khairul dengan tegas.
"Mak..."
Pn. Deana hanya mengangguk. Aku apa lagi, terpaksalah aku ikut dua orang lelaki yang aku tak kenal tu. Tapi, nama diorang dua ni macam biasa aku dengar. Kitorang hanya bercakap di luar pagar rumah aku. Itu pun di atas permintaan aku jugak. Kalau boleh, tak naklah mak aku risaukan aku pasal ni.
"Er, sebenarnya awak berdua ni sapa??" tanyaku.
"Saya abang Aida dan ini ayah Aida."
"Aida?" Baru aku teringat. Apa citer Aida ni? Idop ke, mati ke? Aku betul-betul dah lupakan Aida. "Er, kenapa" Bagaimana dengan Aida?"
"Kau boleh tanya lagi macam mana?" marah Azam. Dia ingin menumbukku tetapi dihalang ayahnya.
"Kami datang ni sebab nak minta penjelasan Faqrul. Kenapa Faqrul belasah Aida? Faqrul tau kan dia pompuan??" En. Khairul tersenyum.
"Tau." Mestilah aku tau dia pompuan. Bumper dia tu besar takkan aku buta lagi? Apa punya soalan.
"So, sila jelaskan.?" Cool giler orang tua ni.
"Er, sebenarnya Aida ajak saya keluar makan ..."
"Ko jangan nak kelentong...?" sampuk Azam.
"Aku cakap betul ar. Tak caya, tanye la adik ko tu!?"
"Azam! Faqrul, sambung." Tingkah En. Khairul.
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:43:05 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:43:05 GMT 8
Er, lepas tu kitorang duduk kat atas kerusi (mesti ar kerusi, takkan bontot gajah kut?). Tiba-tiba je dia rapat kat saya. Tapi, saya tolak dia. Awek saya pulak dah tercegat kat depan kitorang. Itu saya tak kisah lagi tapi Aida cakap...?" Aku stop. Tak sangggup aku nak ulang kata-kata Aida tu.
"Apa dia cakap?!?" Azam menarik baju aku tapi aku tepis.
"Dia kata...dia dah tidur dengan saya." Huh, pahitnya aku nak telan liur ni.
En. Khairul dan Azam seperti terkejut. Mungkin mereka tidak menyangka yang Aida akan berkata begitu.
"Itulah yang buat saya marah. Awek saya bla macam tu je tapi kitorang dah okey. Masa tu, saya dah tak ingat apa-apa dan terus tumbuk Aida. Saya mintak maaf, pak cik." Aku tunduk. Memang aku kesal sebab berkelakuan kasar terhadap Aida. Tak patut aku belasah dia. Patut aku tampar dia je.
"Kalau pak cik tak puas hati, pak cik boleh pukul saya."
"Faqrul, pak cik hanya nak tahu kebenarannya saja. Ada apa-apa lagi yang pak cik perlu tahu??" Tanya En. Khairul, sopan dan tenang.
"Yang selebihnya, pak cik boleh tanya Azam.?" Kataku sambil melirik ke arah Azam. Azam gabra bukan main.
"Hmm, kalau gitu terima kasihlah Faqrul. Azam kena beritahu ayah segala-galanya. Dah, mari balik.?" Diorang dua pun balik.
Aku rasa aku patut lawat Aida. Aku nak mintak maaf dengan dia. Harap-harap dia cepat sembuh.
Adriana menyanyi lagu kegemarannya, That?s why you go away, nyanyian MLTR. Sambil menyanyi dia menyikat rambutnya yang hitam berkilau itu. Bukan macam seluar Dato M Kilau. Itu lain punya kilau.
Tutt...tut..tut...Handphonenya berbunyi lagu N?sync Gone. Dia mencapai handphonenya. Faqrul.
"Helo, sayang."
"Hai, Yol. Kenapa ni??" Tanya Adriana.
"Em... saja je call Ana. Ana busy tak sekarang??"
"Tak. Ana tengah free ni. Tak tahu nak buat apa lak. Er, kenapa Yol??"
"Tak de la. Yol nak mintak something ni.?"
"Apa dia? Cakaplah."
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:43:53 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:43:53 GMT 8
"Yol..."
Aida termenung memandang dua ekor burung ciak di tingkap bilik sakitnya. Kemudian, dua ekor burung tu pun terbang pergi. Hai burung. Bestnye kalau aku dapat terbang macam kau. Aku benci diri aku ni. Air mata Aida mengalir membasahi pipi. Ayahnya dah tahu hal dia dan Helmi. Mama tak tahu lagi, ayah cakap. Abang hanya membisu seribu bahasa. Dia tak bercakap langsung masa dia melawat Aida.
"Assalamualaikum, Aida."
"Waalaikummussalam..." Mata Aida tak berkedip memandang Faqrul. Lidahnya kelu. Di samping Faqrul, Adriana tersenyum memandangnya. Dia tunduk. Malu.
"Kitorang datang ni nak lawat kaulah.?" Kataku.
"Aida, ni ada buah untuk kau. Ambiklah.?" Ujar Adriana seraya menghulurkan sebungkus buah-buahan. Aida menyambutnya.
"Aida, aku datang ni sebab nak minta maaf dengan kau. Aku rasa bersalah sebab pukul kau. Aku tak patut buat macam tu. Pagi tadi, ayah dan abang kau datang jumpa aku. Maafkan aku, Aida."
Aida hanya tersenyum tawar. "Ayah dan abang aku baru je balik. Diorang dah tau hal aku dengan Helmi. Ayah aku kecewa sangat dengan aku. Aku ni tak patut hidup kat dunia ni. Patut mati je." Nada suara Aida bergetar menahan sebak di dada.
"Aida, tak baik kau cakap macam tu. Syukurlah kau hidup. Kau tobatlah. Lupakan hal dulu tu.?" Adriana meramas tangan Aida dengan lembut. Aida makin sedih.
"Adriana! Aku mintak maaf. Aku tak patut kenakan kau. Aku...aku suka kat Faqrul..." Aida mula menangis.
Aku hanya memerhati drama di hadapanku ini. Adriana memeluk Aida sambil memujuknya. Aku tersenyum sendirian.
"Dahlah Aida. Aku ni masih kawan kau" Sampukku.
Aida hanya merenungku tanpa sepatah kata. Kemudian, dia memandang Adriana. Dia tersenyum.
"Aku doakan korang bahagia.?"
Aku dan Adriana saling bertukar senyuman. Harap-harapler. Aku memang harapkan Adriana ni isteri aku. Awek-awek aku yang aku minat dulu-dulu tu hanyalah satu kenangan yang manis dan ntah hapa-hapa. Adriana le awek khayalan aku dari taman kayangan. He,he.
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:44:40 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:44:40 GMT 8
BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...
"Anak lelaki, Encik Faqrul.?"
"Anak lelaki? Yahooo!" Aku melompat keriangan. Aku memang berharap dapat anak lelaki dan harapanku terkabul akhirnya.
"Ana macam mana?" Aku meramas tangan isteri khayalan aku tu. Bidadari aku. Pipinya kukucup.
"Ana macam nilah, bang. Comel tak anak kita tu??"
"Comel. Macam muka Ana. Tapi, hidung dia macam abang. He,he. Kira adalah jugak gen abang...?"
"Abang!" Adriana tersenyum malu. "Em, kita nak bagi nama apa kat anak bongsu kita tu??"
"Bongsu ke? Kalau boleh abang nak lagi.?" Aku tersengih.
"Hai, tak cukup ke dengan dua orang anak perempuan abang kat rumah tu?"
"Iyelah. Em, Ana lah bagi nama kat anak kita tu.?"
"Ana nak...apa ek...Ahmad Khairul Azri. Boleh??"
"Panjang tu." Peh, citarasa bini aku...
"Anak kita yang dua orang lagi tu perempuan. Cukuplah dengan dua nama. Yang ni laki, bolehlah bang. Please?" Adriana memeluk lenganku sambil tersenyum manis. Hai, terpaksalah den setuju. Kang merajuk menderitalah aku kelaparan.
"Okeylah. Abang setuju." Aku senyum.
Beberapa hari kemudian, Adriana keluar dari hospital. Dia dah ok sikit dah. Masa Ana balik, dua orang anak aku tu berebut-rebut nak peluk. Aku diorang tak peluk. Heh. Anak aku yang sulung berumur 4 tahun. Nama dia Eddie Merino. Pelikkan? Cam laki sikit. Nama Merino tu aku ambik sempena nama awek yang pernah aku minat tu. Bini aku tak tau. Rahsia tau. Anak yang kedua lak berumur 3 tahun. Nama dia Zetty Arlin. Nama Zetty tu pun nama awek yang aku minat. Nama yang ni macam pompuan lak.(Anak pompuankan).Anak-anak aku comel belaka. Tengokle baka sapa. Ha,ha,ha.
Izzat pun dah kahwin tapi belum dapat anak. Tak de rezeki lagi. Awek-awek yang aku minat tu semua dah terputus hubungan kecuali Aida. Aku dapat tahu dia bernikah dengan Helmi, budak rambut cacak tu. Dah dapat anak empat orang. Dua-dua kembar beb. Pompuan sepasang, laki sepasang.
"Abang," panggil Adriana.
"Ye?"
"Ana sayang abang. Bertuah Ana jadi isteri abang tau," kata Adriana, manja. Dia mendekati aku. "Ana memang dah terpikat dengan abang sejak abang langgar Ana dulu tu.?" Dia merangkul lenganku.
"He,he. Bagus jugak abang langgar Ana ek. Tak sia-sia abang kejar Izzat tu. Tak sangka jodoh abang dengan awek cun yang manis ni.?" Aku mencubit pipinya. Adriana hanya tersenyum.
"Ana..."
"Ye?" Adriana merenungku.
"Abang ingat abang nak anak lagilah. Boleh tak, boleh tak??" Aku tersengih memandang muka Adriana yang dah berubah tu.
"Abang ni teruk tau! Tak habis-habis nak buli Ana." Ana mencubit lengan aku. Sakit siot. Dia ni kalau cubit memang cubit betul-betul. No play-play.
"Okeylah. Jangan marah. Abang ngantuk la. Kita tidur nak? Nak?" Aku pun terus menutup lampu tanpa menunggu jawapan dari Adriana. Dan...dan...(korang faham ler, takkan aku nak explaine step by step kot?)
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:46:15 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:46:15 GMT 8
.:: Kubur cinta ::.
Tisya batuk lagi. Dia dah malas nak ke klinik. Da berbiji pil dia telan, dah berbotol ubat yang melalui kerongkongnya. Biarlah. Tisya tahu nanti dia baik sendiri. Seperti selalu. Doktor cakap antibodi dia lemah. Tisya akur, lalu banyakkan makan sayur dan buah serta pelbagai vitamin. Hasilnya? Tiada. Kadang-kadang Tisya rasa kepalanya berat dan berdenyut sakit tapi bila dia buat pemeriksaan, doctor cakap Tisya ada migrain. Makan ubat dan jauhi kafein dan coklat itu saja. Pun Tisya turutkan.
"Koff… !"
Tisya tersentak. Ada cecair yang keluar bersama batuknya. Tisya memandang tapak tangan. Merah. Tisya lap hidung, Juga berdarah.
"Mama!"
Tisya terasa ingin menangis. Tapi siapa di sisinya sekarang?
*****
"Woi… lajunya, tunggulah…"
Meera termengah-mengah membuntuti langkah Tisya yang pantas. Sesekali Tisya berhenti sambil merungut-rungut.
"Kau cepat-cepat ni kenapa … takkan lari dewan tu dikejar.."
"Banyaklah kau punya kejar. Nanti orang ramai gila kalau kau rajin pergi la beratur sepanjang keretapi tu."
Meera mengerut dahi. Terkagum dia untuk seketika. Kata-kata Tisya ada benarnya. Meera sendiri tak tahu nak beratur di barisan mana. Semua bersimpah siur.
"Ha.. beraturlah kau sampai besok. Aku dah pesan bangun awal. Kau bukannya tak tahu student sini berapa ribu lagi nak terhegeh-hegeh."
Meera hanya tersengih-sengih. Maklumlah, kali pertama mendaftarkan diri di IPT, mana dia tahu.
"Aku haus… kau nak kirim?"
Meera mengangguk.
"Apa-apa je lah.. thanks darling."
Tisya berlalu sambil mendengus. Bengang betul dia hari ni. Memang dia tak suka tempat yang ramai manusia sebegini. Tapi kerana kasihankan Meera dia menyabarkan diri. Ikutkan hati dah lama dia cabut balik. Dia berhenti di depan mesin air. Tisya masukkan jumlah yang diminta. Lepas tekan button merah untuk ice lemon tea, dia bingung.
"Aik.. tak turun pun. Tak sekolah punya air kotak."
Dumm… Tisya menerajang mesin. Dia tak mempedulikan bisikan manusia di sekelilingnya. Lantaklah.. bukan duit diorang.
"Padan muka. Bak balik duit aku. "
"Nah!"
"Eh mesin tahu bercakap?" Tisya garu kepala.
"Sini lah…"
Tisya berpaling. Seorang pemuda tersenyum sambil menghulurkan syiling.
"Apa nih, saya bukan mintak sedekah awak…"
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:46:57 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:46:57 GMT 8
Pemuda itu tergeleng. "Saya bukannya nak bagi awak. Saya nak ajar macamana pakai mesin yang tak sekolah ni."
Tisya diam sambil memandang gerak geri pemuda itu.
"Nah… iced lemon tea kan… ni bukan sedekah, saya belanja."
Tisya hanya memandang pemuda itu berlalu.
"Berlagak tu. Ingat kau hensem sangat. Terima kasih sajalah. Rezeki aku nak buat cam ner."
Tisya merungut sendirian. Tapi air yang sejuk itu tetap diteguk rakus.
"Tisya!"
Dia mendapatkan Meera yang melambai.
"Sikit air, hauslah…"
"Dah habis register ke?"
"Haah, kat sini dah. Tapi nanti kena ke fakulti. Pas tu…"
"Dah dah. Aku tahulah. Nanti aku tunjuk."
"Tak payahlah… nih ada member baru aku ni nak bawak aku pergi sama."
Tisya teralih pada teman-teman baru Meera.
"Nih Siti, Rozi, Hanim, Firdaus ngan Hakimi. Diorang satu course ngan aku tau."
"Korang, ni cousin aku, Tisya."
Tisya mengangguk dan bersalam.
"Eloklah tu dah ada member. Aku lapar ni… soru dulu lah yer… apa-apa hal carik aku kat café atas tu."
"Okey…"
"Si Tisya tu macam dah biasa je kat sini… dia senior ke?"
Siti bertanya dengan wajah penuh tanda tanya. Meera hanya tersenyum dan mengangkat bahu.
*****
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:47:41 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:47:41 GMT 8
"Hai sorang je?"
Nyaris aku tersedak. Laa budak tadi.
"Boleh join?"
Aku angguk dan mengisyaratkan dia supaya duduk.
"Dah habis register?"
Pemuda itu angguk.
"Kau ambik course apa?"
Aku terbatuk. Pemuda itu merenung hairan.
"Aku ni ada muka student sini ke?"
Pemuda itu tersengih. "Muka tu tak tahulah, memang lain dari yang lain."
Sah nak kenakan aku lagilah tu.
"Tisya!"
Aku menoleh geram. Budak Meeera ni kalau tak jeritkan nama aku biar satu cafe ni dengar tak sah agaknya.
"Tengok aku bawak sapa nih."
Aku tepuk dahi. Alahai dah terjumpa pulak.
"Aku duk sana lah. Member panggil tu."
Pemuda tu minta diri. Aku angguk. Meera tersengih menuju ke arahku sambil mengepit lelaki di sebelahnya.
"Tisya ponteng kelas ye?"
"Mana ada papa. Hari ni lecturer mc."
Meera di sebelah menekup mulut. Aku mencubitnya, geram.
"Meera nak makan apa? Ni uncle belanja sebab dah jadi mahasiswi sekarang."
Aku menjelirkan lidah pada Meera. Bangga la tu.
"Eksyen pulak tu. Kelas pun tak masuk lagi."
"Jangan usik dia Tisya. Kamu tu, papa nak masukkan kat sini tak nak. Kalau tak, dah jadi senior Meera."
"Alah.. tak minatlah, pa. Nanti papa selalu spot check Tisya. Tak der privacy lah nanti."
"Oi sayang, orang datang sini nak belajar, bukannya suka-suka."
Tanpa di suruh, budak Meera ni menyampuk.
"Betul cakap Meera tu. Ha, kalau kamu nak sambung degree kat sini pun papa boleh uruskan nanti."
"Tengoklah papa."
Aku malas nak bertekak. Papa memang macam tu. Aku memang rimas nak study kat sini. Lagi pun kebanyakan mereka aku kenal. Dah biasa lepak sini pun. Lecturer kat sini pun selalu datang rumah. Maklumlah bapak aku kan dekan. Tu yang boring. Nanti apa-apa aku buat terus je sampai kat bapak aku. Hish tak dapat aku bayangkan. Aku lebih bahagia dengan kolej sekarang. Walaupun tak sestandard orang yang study IPT kat sini aku lagi best. Pakai apa pun tak terikat dengan law. Lagi pun course yang aku ambik sesuai dengan minat aku. Tu yang turut menarik minat Meera untuk belajar yang sama course Graphic Design. Ah, belajar kat mana pun sama aja. Yang penting kita buat yang terbaik.
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:48:52 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:48:52 GMT 8
***
Diam tak diam dah setengah semester aku tak jenguk Meera. Jauh apa Shah Alam tu. Jam lagi. Tapi hari ni aku nak surprisekan dia. Mesti dah ramai kawan sekarang. Mesti glamer kat fakulti FSSR dia tu. Itu yang dihajatkan sebenarnya.
"Oi… baru nampak batang hidung."
Aku tersengih melihat Meera yang pura-pura marah. Haa kan betul tu la keje diorang melepak.. tunggu kelas bukannya nak membaca ke, menelaah ke.
"Nih member-member aku, Tisya. Ada yang kau dah kenal kan?"
Aku anggguk dan hadiahkan diorang senyuman.
"Ada kelas ni. Ehh jap.. kau nak tengok gambar masa minggu silaturrahim hari tu tak."
Meera hulurkan album. Aku membelek sambil tersenyum sendiri. Mesti teruk budak ni kena buli. Hehe.
"Haa.. yang ni budak most wanted kat sini tau. Semua akak senior nak ambik jadik adik angkat. Pak we angkat pun ada."
Budak ni? Eleh aku kenal lah.
"Sapa nama? Ehh kau pun sama terminat jugak lah tu. Bukan aku tak kenal sepupu aku ni."
"Dean. Hensem tak? Dia tahu kau cousin aku. Dia kirim salam."
"Hmm.. tak hensem pun.. tak minat." Aku mencebik.
"Tu la kau. Asyik cakap besar je. Aku nak tengok sangat gaya kau bercinta. Mesti tangkap lentuk."
"Hello.. ni Tisya lah. Geli lah syok-syok kat orang ni."
"Dah, aku nak blah. Tapi tunggu aku tau. Banyak benda aku nak cerita."
"Ya lah.."
Buat apa lah aku nak lepak kat sini. Dah le pakai t-shirt seluar bermuda lagi. Silap-silap kena saman. Kesian bapak aku kena bayar. Ehh kejap. Toilet! Aku berlari untuk melepaskan hajat. Peh lega…Aku melangkah keluar dengan penuh kesopanan alamak.. ha.. kan dah accident.
"Ops.. sorry, sengaja."
Aku buat lawak. Pemuda itu tersenyum sambil kenyitkan mata. Aku tergamam. Hilang idea nak menyakat. Dada aku berdebar gila masa ni. Aku pun tak tahu kenapa.. Dia hilang. Masuk toilet gak kott. Rilek. Kenapa pulak aku gabra. Setahu aku lah.. aku tak pernah macam ni. Agaknya terkena sumpahan la.
Trut titi tit. Aiseh telipon pulak.
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:49:38 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:49:38 GMT 8
Hello…eh papa."
"Tisya kat school ye? Kenapa pakai short."
Alamak sapa lah yang repot. "Tisya ada bawak spare. Alah lagi pun Tisya bukannya student sini."
"Tak manis Tisya. Apa kata orang kat sini. Anak papa tak respek dengan rules."
"Yer la orang tukar ni. Papa dah makan?"
"Kenapa Tisya nak belanja ke?"
Ehh lawak le tu.
"Pa.. mama kirim salam.. dia suruh balik rumah, makan."
"Tisya…"
"Sorry, tapi memang Tisya rindu nak makan sekali macam dulu. Ada mama, papa. Bestkan?"
"Tisya, kan kita dah bincang hari tu. Tisya pun dah terima kenyataan kan? Jangan risau, Insya Allah kita berpeluang makan sama macam dulu. Okey sayang?"
"Ye la papa. Janji lagi…"
"Tisya tak nak jumpa papa ke? Tidur sini ke hari ni? Esok tak der kelas kan?"
"Tak tahu lagi. Tengoklah cam ne. Tisya tengah tunggu Meera habis kelas."
"Jangan nakal-nakal ye?"
"Ye.. babai papa. I love U."
Aku offkan handphone. Senang.
"Kenapa mengeluh? Ada problem ke?"
Aku tersentak. La dia ni ponteng kelas ke? Dean tersenyum lagi. Senyumlah kau. Aku memang suka pun tengok. Aku cuba buka mulut tapi terasa berat. Aik, biasanya aku nih bukan main peramah. Tapi depan makhluk ni lain pulak.
"Err.."
"Aku Dean. Kau ni Tisya kan? Meera's cousin?"
Aku angguk. Ya Allah berilah kekuatan untuk bersuara. Terngiang- ngiang kata Meera yang mencabarku. Aduhai kenapa jadi cam ni. Jatuh la ego aku.
"Ponteng ke?"
Akhirnya mampu jugak aku bersuara. Dia tergelak.
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:50:39 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:50:39 GMT 8
Tak tunggu kelas art history. Ha tu Meera dah datang. Aku pergi dulu ye? Senyum sikit. Dari tadi terkebil-kebil."
Alamak, malu. Ye ke aku blur tadi.
"Kenapa dengan kau ni ternganga je. Lalat masuk karang."
"Apa ilmu dia pakai ha, Meera. Aku rasa dah jatuh cintalah."
"Merepeklah kau. Oo tadi cakap besar. Nanti jatuhlah saham kau. Kan semua jantan yang tergila-gila kau tolak mentah-mentah. Cinta monyet konon. Tak ada masa tangkap lentuk la kan?"
Aku tergelak besar. Terkena batang hidung sendiri. Aku memang tak pernah jatuh cinta. Bercinta tu ada tapi kejap-kejap. Agaknya inilah balasan…
"Lupakan je la Tisya. Dean tu dah ada awek la. Sebab tu dia masuk sini… awek dia tu dah part 3 budak Hot Cat."
"Lawa ke Meera?"
"Ehh.. ke situ pulak. Dah dia suka lantak la lawa ke tak…"
Ehh melawan budak Meera ni.
"Alah, baru couple. Kawin pun boleh cerai."
Tiba-tiba mood aku hilang. Meera segera perasan dengan perubahan ku itu. Ah dia tak tahu sakitnya hatiku pada perpisahan. Yang jadi mangsa? Aku.
"Aku tak kira. Aku dapatkan jugak budak Dean tu. Pastu aku tayang kat kau. Kau cabar aku tak?"
Meera tergelak kecil sambil menepuk bahu.
"Go for it girl. Tapi bertuah la Dean tu, boleh cairkan hati sepupu aku yang keras macam batu ni. Cayalah."
Aku menjelir lidah. Tiba-tiba perut berbunyi.
"Aduh.. apa-apa hal carik nasik dulu."
Sampai di port biasa kami, aku tanpa tunggu lebih terus melahap. Meera lain la control ayu. Orang dah glamer kat sini kata kan.
"Hai Tisya, lama tak nampak!"
"Ehh, Wan. Kau belum habis lagi ke?"
"Ada lagi 2 semester la. Nih junior aku ni, Meera kan?"
Meera mengangguk. Aku tenung Wan atas bawah. Dah lain sekarang. Makin hensem.
"Dah kawin belum."
Wan tersedak. Aku dengan Meera sama-sama tertawa.
"Kau ni memang nakal tak sudah. Adu kat bapak kau baru tahu."
"Eleh bakal bapak mertua kau jugak."
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:51:35 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:51:35 GMT 8
Tiba-tiba aku terdiam. Dean berdiri di sebelah Wan. Entah kenapa Aku tengok air mukanya berubah. Agaknya aku perasan sendiri.
"Ha, Sya nih roommate aku, Danial."
"Dah kenal. Duduklah.."
Aku control keadaan. Agaknya memang aku tak ada nafsu kat dia. Demi ego terpaksalah aku sahut cabaran yang aku sendiri buat.
****
"Hello Meera kau kat mana? Datang rumah aku tak?"
"On the way la ni."
"Dean apa khabar?"
"Ehh khabar aku kau tak tanyer."
Aku tertawa riang. "Bunga dah kasi?"
"Sett… kenapa kau suruh aku bagi kat Wan? Bagi terus kat Dean kan senang. Aparra."
":La.. politik la. Kan diorang sebilik. Dean ada tanyer tak?"
"Mesti lah, lagilah aku balik saing dengan dia. Banyak betul dia tanya. Siapa yang bagi la, Wan tu ada awek ke…aku cakap alah dia kenal sapa yang bagi tu. Ada ke patut si Wan tu, dia suruh budak Dean tolong bawak bunga tu sebab dia naik motor, takut rosak. Dean tak kisah pun."
Terbeliak mata aku. "Kau ada cakap aku kasik ke?"
"Tak lah, tapi aku rasa dia boleh agak la."
"Biarlah.. eh kau datang sini cepat. Boring ni. Mama outstation lagi."
"Ye la… kalau tak kau tak nak tolong buat assignment aku, tak ingin aku ke sana."
"Eh, banyak cakap pulak. Cepat datang."
"La.. dah aku dalam bas ni. Sah-sah bukan aku yang bawak."
Ye tak ye. Aku tepuk dahi. Cepat datang Meera. Aku betul-betul busan ni. Mama pun dah tahu aku sunyi, bukannya nak entertain. Papa pun sama. Aku ingat kalau diorang berbaik balik pun keadaan begini jugak. Masing-masing sibuk. Tak per la pa, mama, Sya dah besar. Tahulah jaga diri sendiri. Mama tahu belikan itu ini untuk Tisya, papa pulak hulur duit tak habis-habis. Memang Tisya bersyukur, agak nya inilah kasih-sayang yang papa dan mama curahkan pada Tisya. Terima kasih banyak-banyak. Tapi Tisya nak buat apa pakai baju lawa- lawa, pakai barangan branded, ma? Buat apaTisya pegang duit beribu- ribu sebulan, pa? Sedangkan Tisya sunyi. Sakit pening semua Tisya sendiri yang jaga. Tisya dah makan ke belum siapa yang kisah?
*****
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:52:14 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:52:14 GMT 8
"Tisya tak sihat ke?"
"Kenapa Wan? Aku nampak sakit ke?"
"Muka pucat sikit… dan nampak cengkung."
"Biasalah, Wan. Student. Banyak assignment."
"Ha.. bila nak ajar aku buat animation. Yang 3D punya."
"Datang lah rumah. Ah tak pun aku bagi kau software 3d Mac. Nanti kau boleh try sendiri."
Wan angguk. Dari jauh Meera melambai. Aku membalas.
"Kau makan roti je Wan? Diet ke?"
Meera mengerut kening. Wan memandangku. Aku faham maksudnya.
"Dia memang tak makan nasik. Dari kecik pun makan roti. Tak der roti tak leh hidup. Kan, Wan?"
"Betul le tapi sikit ajalah. Aku makan juga nasi, kalau terpaksa. Memang tak boleh makan, aku pun tak tahu kenapa."
"Oooo.."
Aku tahu Meera masih kompius. Nak buat macam mana. Dah dia suka makan roti. Sebuku roti tu dia boleh habiskan sekejap je. Tak payah sapu apa. Pelik tapi ada keistimewaannya juga.
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:53:59 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:53:59 GMT 8
Tisya, Dean nak jumpa."
"Ha?"
Dah lama aku tak dengar nama itu disebut. Aku pun hampir lupa.
"Dia nak belanja kau sebab hari tu birhday dia kau kasi coklat kan?"
"La, kau bagitau ke Wan?"
"Nak buat macam mana, kau pun tahu aku ni lembut hati."
"Dia marah?"
Ada getar dalam suaraku kali ini. Wan tersenyum penuh makna.
"Dia makan sorang tahu? Kitorang mintak sikit pun tak kasi."
Aku turut tergelak. Nakal jugak budak Dean ni.
"Dia ada kat mana sekarang?"
"Kat tasik. Buat assignment.."
Aku terus berdiri.
"Eh, tak menyabar je dia ni. Tunggulah."
Aku tersengih.
"Aku dah bagi can ni, tak paham-paham lagi ke?"
Meera dan Wan berpandangan. Aku segera berlalu.
*****
|
|