|
Novel
May 14, 2004 14:36:54 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:36:54 GMT 8
~Susah sedikit tidak mengapa Bulan impian jatuh ke riba~
Segalanya bagaikan mimpi. Sehingga kini Riana tidak dapat mempercayai yang dirinya kini sudah bertunang dengan Remie. Mereka bertunang tidak lama, hanya dua bulan. Itu pun kalau mengikut Remie tidak mahu bertunang, tetapi keluarganya yang beria-ria mahu mengikut adat.
Remie anak sulung, tidak hairanlah mama dan papanya begitu teruja mahu menyambut menantu. Awal-awal lagi Zaharah menawarkan diri untuk menaja pakaian perkahwinan mereka. Mulanya Riana terlalu segan tetapi bersungguh-sungguh pula bakal ibu mertuanya itu, terpaksalah Riana bersetuju. Lagi pun dia boleh juga menjimatkan kos.
Nampaknya mama Remie itu sangat baik dan ramah orangnya, tidak seperti anaknya yang jarang-jarang mahu bergurau itu. Jangankan bergurau, bercakap pun dia tidak sudi kalau tidak kena dengan anginnya. Pada pertemuan yang pertama lagi Riana sudah jatuh hati pada sikap mesra Zaharah, begitu juga kedua-dua adik kembar Remie yang sangat gembira mendapat kakak ipar. Belum apa-apa lagi mereka sudah berpesan supaya Riana melahirkan ramai anak saudara untuk mereka. Riana hanya tersenyum. Tuhanlah yang tahu betapa berdebar-debarnya dia menghadapi keadaan baru ini.
Kelam kabut juga Riana menguruskan hal-hal berkaitan perkahwinan. Masa persiapan hanya dua bulan. Mujurlah kakak dan abang ipar yang tinggal di kampung bersetuju untuk menguruskan hal-hal menjemput orang kampung dan kenduri-kendara.
Dia cuma mengeluarkan sedikit perbelanjaan. Emak dan ayah bermurah hati menanggung sebahagian perbelanjaan kenduri. Abang-abang Riana pun sudi menghulur serba-sedikit.
Duit simpanannya yang sebahagian lagi bolehlah digunakan untuk membeli barang hantaran, kad jemputan dan hadiah untuk tetamu. Kenduri di kampung ini memang dia berniat untuk mengadakannya secara besar-besaran. Itu memang impiannya sejak dulu. Riana mahu majlisnya dihadiri semua sanak saudara jauh dan dekat, semua orang-orang kampung dan semua kawan-kawannya sejak di sekolah asrama sehingga ke kawan-kawan di universiti dan di pejabat.
Riana tahu emaknya sudah cukup berkenan dengan Remie. Ternyata Remie tahu bersopan di hadapan orang tua. Berlakon pun pandai. Asal masuk waktu sembahyang Remie akan segera bersuci dan mencari sejadah. Riana senyum saja. Kalau di rumah sendiri, bukan main liat lagi soal sembahyang. Kerana kepandaiannya berlakon itu juga memikat hati ayah Riana. Kalau liat bersembahyang, tentu awal-awal lagi ditolak.
Terharu sungguh Fira bila diberitakan kepadanya Remie setuju berkahwin. Dia bersyukur sungguh dan berjanji akan hadir ke majlis Riana. Nampaknya Riana yang akan kahwin dulu walaupun Fira bertunang lebih dulu. Inilah yang dikatakan jodoh. Irfan juga begitu. Terharu dan gembira sekali menerima berita itu lewat panggilan telefon.
“Itu semua berkat daripada saya. Kan sebelum itu awak jumpa saya di PD, hah itulah berkatnya.” Gurau Irfan. Riana cuma ketawa.
Dalam keghairahannya mengurus hal perkahwinan Riana agak terkilan dengan Remie. Sikapnya acuh tak acuh saja. Semua hal berkaitan perkahwinan diuruskan sendiri daripada menempah kad jemputan sehingga ke mengedar kad termasuk kepada kawan-kawan Remie sendiri. Dia cuma memberi senarai nama dan alamat.
Soal pakaian untuk akad nikah dan majlis bertandang diserahkan bulat-bulat kepada mamanya. Bila diajak berbincang, Remie menyerahkan segala-galanya kepada Riana. Dia seolah-olah tidak bersemangat langsung untuk berkahwin.
“Saya sibuklah. Nak kahwin kena pakai banyak duit kan. Saya tengah cari duitlah ni. Lagi pun saya tak reti hal-hal hantaran semua ni.” Begitu kata Remie.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:38:35 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:38:35 GMT 8
Cari duit ? Lupakah Remie dia pernah memberitahu Riana yang mama dan papanya sudi menyumbang separuh daripada duit hantaran yang berjumlah tujuh ribu ringgit itu ?
Sudahnya Riana sendiri yang pening kepala merujuk ke sana sini. Laman web, majalah pengantin, majalah kewanitaan, kawan-kawan habis semuanya dirujuk Riana sebagai persediaan perkahwinan.
Tambahan pula masa yang ada cuma dua bulan. Remie juga yang menetapkan tempoh itu. Bagi Riana pula tidak kisah masa persediaan singkat asalkan Remie mahu berkahwin, dia pun sudah tidak sanggup lagi menjadi isteri tidak rasmi kepada Remie. Dia mahu menjadi isteri yang rasmi, yang sah digauli agar hidupnya lebih tenteram kelak.
Dan Riana nekad selepas perkahwinan ini dia akan berubah. Dia mahu lebih dekat kepada Tuhan. Dosa-dosa yang lalu akan ditebus dengan sesungguh hati. Bukan kepalang banyaknya dosa Riana kepada Tuhan Maha Pencipta. Dan kepada rumahtangga yang dibina, Riana ingin mengabdikan diri sesungguhnya. Alam ini akan menyaksikan kesetiaan Riana yang tidak berbelah bagi. Kepada Remielah dia akan setia sehingga ke akhir hayat.
******************************************
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:39:06 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:39:06 GMT 8
“Yeay....kahwin jugak member aku.”kata Mimi sambil menepuk bahu Riana. Riana berkerut kening.
“Kau nih....cakap macam tu. Malulah aku....”
Mimi dan yang lain-lain ketawa. Bahagia sungguh Riana dikelilingi kawan-kawan rapat di hari perkahwinan. Kawan-kawan rapat sejak dari zaman sekolah sehingga ke zaman universiti.
Riana amat-amat berterima kasih. Tak sangka mereka sudi datang walau pun kampungnya agak jauh dari Kuala Lumpur. Mereka telah menyempurnakan impiannya. Saudara-mara pun ramai yang datang memeriahkan majlis.
Melihatkan majlisnya yang sesak, Riana jadi sebak. Segala rintangan telah berakhir hari ini. Dia telah pun sah menjadi isteri Remie. Rasa seperti bermimpi. Tadi sewaktu majlis akad nikah, airmatanya menitis tanda kesyukuran. Di sisinya Fira menemani sambil setia menggenggam jemarinya. Fira seorang sahabat yang setia. Dia yang tak pernah gagal berkongsi perasaan bersama Riana sejak mereka ditakdirkan berkenalan di UPM dulu.
“Tahniah Yana.....” Ucap Fira sebak sebaik saja selesai akad nikah. Dia menolong mengelap air mata di wajah Riana.
“Syyy…jangan nangis banyak sangat nanti rosak mekap.”
Riana cuma mampu senyum dalam tangisan. Hari ini hari impiannya tercapai. Remie yang dicintai sudah sah dimiliki jadi bagaimana dia tidak sebak. Hatinya berkali-kali mengucapkan syukur.
“Semoga kau bahagia sahabatku. Buang semua kisah-kisah lama dan sekarang mulakan hidup baru. Jaga Remie elok-elok tau !” Pesan Fira.
“Yalah. Kau pun selamat berbahagia. Tak lama lagi nak kahwin, ha…jaga Wan Fariz betul-betul.” Mereka ketawa.
Kesetiaan persahabatan Fira nampak jelas. Dia sudi menemani Riana sehingga ke petang dan banyak memberi nasihat itu dan ini. Dia juga turut berkongsi perasaan yang sama dengan Riana, terharu dan bersyukur tak terhingga dengan pernikahan ini. Setelah petang barulah dia bertolak balik bersama Irfan yang tiba bersama isterinya waktu tengahari.
Riana, tidak seperti pengantin baru yang lain tidaklah begitu gementar menunggu malam pertama dalam kehidupan berumahtangga. Tiada rahsia bagi Riana. Selama ini pun dia sudah biasa menjadi isteri Remie. Isteri yang tidak sah.
Cuma dadanya berdebar bila memikirkan keadaan yang akan mereka tempuhi malam ini. Keadaan mereka sebelum dan selepas bernikah adalah berbeza. Kalau pun Remie ingin melaksanakan tanggungjawabnya di malam pertama itu, Riana dapat membayangkan keadaan itu berbeza daripada pengalaman yang sebelumnya.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:40:07 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:40:07 GMT 8
“Yeay....kahwin jugak member aku.”kata Mimi sambil menepuk bahu Riana. Riana berkerut kening.
“Kau nih....cakap macam tu. Malulah aku....”
Mimi dan yang lain-lain ketawa. Bahagia sungguh Riana dikelilingi kawan-kawan rapat di hari perkahwinan. Kawan-kawan rapat sejak dari zaman sekolah sehingga ke zaman universiti.
Riana amat-amat berterima kasih. Tak sangka mereka sudi datang walau pun kampungnya agak jauh dari Kuala Lumpur. Mereka telah menyempurnakan impiannya. Saudara-mara pun ramai yang datang memeriahkan majlis.
Melihatkan majlisnya yang sesak, Riana jadi sebak. Segala rintangan telah berakhir hari ini. Dia telah pun sah menjadi isteri Remie. Rasa seperti bermimpi. Tadi sewaktu majlis akad nikah, airmatanya menitis tanda kesyukuran. Di sisinya Fira menemani sambil setia menggenggam jemarinya. Fira seorang sahabat yang setia. Dia yang tak pernah gagal berkongsi perasaan bersama Riana sejak mereka ditakdirkan berkenalan di UPM dulu.
“Tahniah Yana.....” Ucap Fira sebak sebaik saja selesai akad nikah. Dia menolong mengelap air mata di wajah Riana.
“Syyy…jangan nangis banyak sangat nanti rosak mekap.”
Riana cuma mampu senyum dalam tangisan. Hari ini hari impiannya tercapai. Remie yang dicintai sudah sah dimiliki jadi bagaimana dia tidak sebak. Hatinya berkali-kali mengucapkan syukur.
“Semoga kau bahagia sahabatku. Buang semua kisah-kisah lama dan sekarang mulakan hidup baru. Jaga Remie elok-elok tau !” Pesan Fira.
“Yalah. Kau pun selamat berbahagia. Tak lama lagi nak kahwin, ha…jaga Wan Fariz betul-betul.” Mereka ketawa.
Kesetiaan persahabatan Fira nampak jelas. Dia sudi menemani Riana sehingga ke petang dan banyak memberi nasihat itu dan ini. Dia juga turut berkongsi perasaan yang sama dengan Riana, terharu dan bersyukur tak terhingga dengan pernikahan ini. Setelah petang barulah dia bertolak balik bersama Irfan yang tiba bersama isterinya waktu tengahari.
Riana, tidak seperti pengantin baru yang lain tidaklah begitu gementar menunggu malam pertama dalam kehidupan berumahtangga. Tiada rahsia bagi Riana. Selama ini pun dia sudah biasa menjadi isteri Remie. Isteri yang tidak sah.
Cuma dadanya berdebar bila memikirkan keadaan yang akan mereka tempuhi malam ini. Keadaan mereka sebelum dan selepas bernikah adalah berbeza. Kalau pun Remie ingin melaksanakan tanggungjawabnya di malam pertama itu, Riana dapat membayangkan keadaan itu berbeza daripada pengalaman yang sebelumnya.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:42:18 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:42:18 GMT 8
Dan Riana berpendapat malam ini adalah lebih baik. Tentu saja lebih baik kerana pergaulan mereka pada malam ini diredhai Allah bukan dilaknati seperti yang sebelum ini. Selebihnya Riana rasa gembira kerana malam ini dia akan menghadapi seorang suami, bukan seorang kekasih. Di sudut hati Riana tidak sabar menunggu peluang berduaan dengan suaminya.
Sepanjang hari ini dia tidak puas menjeling ke arah Remie yang kelihatan begitu segak dengan baju melayu hijau muda yang ditaja butik mamanya sendiri. Konsep warna hijau muda ini dipilih oleh Zaharah dan mujurnya tidak ada bantahan dari sesiapa. Riana pun bersetuju saja. Mana tidaknya, kebaya pendek dari kain satin itu begitu cocok dengan tubuh dan kulitnya. Potongannya sangat kemas dan padan sekali dengan susuk tubuh Riana yang kecil molek. Ternyata ibu mertuanya begitu bijak memilih warna yang sesuai untuk hari penting anak terunanya itu.
“Yana, apa terhegeh-hegeh lagi ni...dah malam, cepat pergi siapkan bilik sana.” Tegur emak apabila dilihatnya Riana masih berlengah-lengah di dapur.
Riana tersengih. Dia tahu maksud emaknya. Bilik pengantin itu memang sudah kemas, tiada apa yang nak dikemaskan lagi. Sudah jam sepuluh, mungkin sudah masanya dia masuk ke bilik. Tadi dia segan hendak memerap di bilik, ramai saudara-mara yang bermalam di rumah itu. Risau pula kalau dikata dia tak sabar menunggu malam.
Riana masuk ke bilik dengan senyap-senyap. Kotak-kotak hadiah memenuhi penjuru bilik. Dia pun tidak menyangka akan menerima hadiah sebanyak ini. Kawan-kawan Remie pun ramai yang datang, masing-masing membawa hadiah.
Riana menukar pakaian dengan sehelai baju kelawar. Tidak perlu dia menyediakan baju tidur yang seksi untuk malam ini, dia tidak perlu bersusah payah menggoda Remie.
Sambil menunggu Remie masuk dia duduk di depan almari solek sambil memerhatikan wajahnya di cermin. Keningnya yang lebat telah dipantis oleh mak andam sehingga tinggal nipis sebaris. Riana berharap keningnya akan tumbuh lagi selepas ini.
Cantik juga wajahnya selepas disolek siang tadi. Semua orang memuji-muji akan seri di wajahnya, kecuali Remie. Ah, Remie memang tidak suka memuji perempuan. Dia memang pantang lelaki memuja wanita berlebihan.
Kalau menonton drama melayu di televisyen, mulutnya bising mengutuk lelaki yang bersedih-sedih kerana perempuan. Suaminya itu memang tinggi egonya.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:43:43 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:43:43 GMT 8
Riana menjeling ke pintu. Remie belum juga masuk. Belum habis muzakarah agaknya. Riana cuma berharap Remie tidak bosan mendengar ayahnya berceloteh. Ayahnya itu memang suka berbual dengan anak-anak lelaki. Tadi pun tiga orang abang Riana turut serta ayah dan Remie berbual di anjung luar. Nampaknya Remie diterima baik oleh seluruh ahli keluarganya. Riana paling takut kalau Remie tidak dapat menyesuaikan diri di dalam keluarga baru itu. Syukurlah Remie berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas, jadi tiada masalah untuk melayan ayah dan abang-abangnya berbual.
Melewati jam sepuluh empat puluh lima, Remie masuk dengan wajah yang kelihatan letih. Dia terus saja berbaring di katil. Riana menghampiri.
“Well, what should I call you now, abang ?”
Remie memejamkan mata. “Nothing change us. We are still the same !”
Terangkat kening Riana mendengar kata-kata itu. “Of course we changed. We are married now, husband and wife. Don’t you happy ?”
Remie tersenyum sedikit. “Yalah....tapi tak payahlah tukar-tukar nama. Saya suka awak panggil saya Mie aje.”balasnya sambil menyuruh Riana menutup lampu dengan isyarat. Dipeluknya sebiji bantal lalu mengiring ke kanan. Riana turut berbaring selepas menutup lampu. Tubuh Remie dipeluknya dari belakang.
“Takkan dah nak tidur ?”
Kedengaran Remie ketawa kecil. “Habis nak buat apa lagi ?”tanyanya sinis.
Riana turut tersenyum. Tangannya mencari tangan Remie lalu digenggamnya erat.
“Thank you Mie....sayang sangat kat awak....”bisik Riana perlahan.
Kasihnya mendalam. Kini di dalam pelukannya bukan lagi seorang kekasih tetapi seorang suami. Pastilah Riana kini yang Remie memang jodohnya, miliknya yang abadi. Orang yang akan bersama-samanya mengharungi kehidupan ini ialah Remie, bukan orang lain. Remielah yang akan terus merajai hatinya, kini dan selama-lamanya.
belum habis lagi...
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:44:56 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:44:56 GMT 8
Riana menjeling ke pintu. Remie belum juga masuk. Belum habis muzakarah agaknya. Riana cuma berharap Remie tidak bosan mendengar ayahnya berceloteh. Ayahnya itu memang suka berbual dengan anak-anak lelaki. Tadi pun tiga orang abang Riana turut serta ayah dan Remie berbual di anjung luar. Nampaknya Remie diterima baik oleh seluruh ahli keluarganya. Riana paling takut kalau Remie tidak dapat menyesuaikan diri di dalam keluarga baru itu. Syukurlah Remie berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas, jadi tiada masalah untuk melayan ayah dan abang-abangnya berbual.
Melewati jam sepuluh empat puluh lima, Remie masuk dengan wajah yang kelihatan letih. Dia terus saja berbaring di katil. Riana menghampiri.
“Well, what should I call you now, abang ?”
Remie memejamkan mata. “Nothing change us. We are still the same !”
Terangkat kening Riana mendengar kata-kata itu. “Of course we changed. We are married now, husband and wife. Don’t you happy ?”
Remie tersenyum sedikit. “Yalah....tapi tak payahlah tukar-tukar nama. Saya suka awak panggil saya Mie aje.”balasnya sambil menyuruh Riana menutup lampu dengan isyarat. Dipeluknya sebiji bantal lalu mengiring ke kanan. Riana turut berbaring selepas menutup lampu. Tubuh Remie dipeluknya dari belakang.
“Takkan dah nak tidur ?”
Kedengaran Remie ketawa kecil. “Habis nak buat apa lagi ?”tanyanya sinis.
Riana turut tersenyum. Tangannya mencari tangan Remie lalu digenggamnya erat.
“Thank you Mie....sayang sangat kat awak....”bisik Riana perlahan.
Kasihnya mendalam. Kini di dalam pelukannya bukan lagi seorang kekasih tetapi seorang suami. Pastilah Riana kini yang Remie memang jodohnya, miliknya yang abadi. Orang yang akan bersama-samanya mengharungi kehidupan ini ialah Remie, bukan orang lain. Remielah yang akan terus merajai hatinya, kini dan selama-lamanya.
belum habis lagi...
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:47:03 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:47:03 GMT 8
.:: Cinta internet ku ::. Assalamualaikum WBT
Kali ini aku ingin menceritakan ttg kisah cinta ku, Cinta Internet. Sebelum ini, aku sudah 2 kali gagal dalam bercinta. Entah dimana silapnya, aku pun tak tahu. Mungkin aku terlalu mentah ataupun terlalu setia melulu. Kisah cinta yang lalu tak perlu lah dikenangkan. Di sini aku ingin ceritakan kisah cinta aku dengan adik angkat ku sendiri yang ku kenali di dalam MIRC.
Pada tahun 1999, aku mengalami kemalangan jalanraya dan telah dimasukkan ke hospital ke hospital selama hampir seminggu. Syukur Alhamdulillah, umur ku masih dipanjangkan olehNya. Setelah keluar daripada hospital, aku hanya berehat dirumah sementara untuk menghabiskan cuti sakitku. Pada satu hari, kawan baik ku iaitu Amir dating kerumah dan mengajak aku menemaninya ke sebuah cyber café. Tujuannya adalah untuk berchating. Aku pulak pada tika itu amat naïve dan mentah dengan chatting ni, so aku ikut je si Amir ni.
Sampai je disana, dia mengajar aku bagaimana untuk menggunakan MIRC. Aku menggunakan nama samaran hantu^toya memandangkan aku tak tahu nama apa yang harus aku gunakan. Aku melayari laman kampung dan melihat lihat sahaja, tiba-tiba aku ditegur oleh nick anturayer Jadi kami pun berbual bual sebentar. Selepas bertukar tukar sedikit maklumat dan no telefon aku dan Amir terus pulang. Dalam perjalanan pulang, si anturayer tadi menghubungi aku di telefon bimbitku. Kami berbual bual sebentar sebelum talian terputus (maklum la dia hanya menggunakan public phone, dan jarak yang jauh iaitu dari Kelantan dan aku pula di Pulau Pinang).
Seminggu telah berlalu, dan aku hampir melupakan peristiwa tersebut. Namun, pada satu hari, aku telah menerima sepucuk surat daripada si gadis tadi. Isi kandungan yang pendek tetapi tersusun rapi dengan tulisan yang kemas dan cantik itu telah membuatkan ku tertarik. Dia mengenalkan dirinya sebagai Wan Norhayati dan bersal dari Kelantan. Masih lagi belajar di lower six. Semenjak dari saat itu, kami sering berhubungan dengan snail mail (surat pos daaaaa). Email bagi ku tidak menarik dan sehebat surat biasa. Dalam sebulan hampir 2 pucuk surat kami berhubungan. Pada saat itu, kami hanya sebangai adik dan abang angkat sahaja memandangkan jarak umur yang berbeza 6 tahun. Aku banyak memberikan nasihat dan teguran kepada dia melalui surat dan juga dengan panggilan telefon.
Semakin lama hubungan kami semakin rapat Tetapi tetap sebagai adik dan abang. Jarak yang jauh membataskan hubungan kami. Hanya surat dan telefon yang menjadi sendi dalam perhubungan kami ini. Setelah hampir setahun berhubungan, barulah aku dan bertukar gambar masing masing. Orangnya mmg manis dan menawan. hatiku semakin tertarik untuk mengenalinya dengan lebih mendalam tetapi kau kurang yakin dengan hubungan jarak jauh sebegini. Sedangkan hubungan ku sebelum ini selalu kecundang walaupun didalam daerah yang sama, inikan pulak hubungan yang agak jauh melintasi Banjaran Titiwangsa.
Hubungan kami selepas itu ada pasang surutnya. Sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Maklumlah aku sibuk dengan kerja dan juga dengan kursus kursus yang aku terpaksa lalui. Manakala dia pula telah memasuki Politeknik Kuala Trengganu. Walaupun begitu kami masih lagi berutus surat dan juga telefon. Hubungan kami menjangkau 3-1/2 tahun Namum kami belum lagi pernah bertemu muka. Tetapi pada bulan Ogos 2002, dia telah bertanya suatu soalan yang agak memeranjatkan dan tak ku jangka. Adik angkatku telah memulakan langkah pertama. Dan huluran tangannya telah kusambut dengan hati yang lapang dan terbuka. Lagipun, aku telah lama menyimpan perasaan terhadap dia namum aku tak berani mengungkapkan ungkapan itu kepada dia. Bermula dari tarikh itu, kami telah declare sebagai pasangan kekasih.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:48:47 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:48:47 GMT 8
Semenjak hari itu hatiku begitu melonjak kegembiraan. Masa bagiku berlalu begitu pantas Pada bulan puasa tahun yang sama, hubungan kami menerima cubaan yang pertama. Ada seorang lelaki yang meminati dia ingin dating untuk meminang pada awal tahun 2003. Ayahnya begitu beria-ia ingin menerima lelaki tersebut, namum dibantah oleh si dia. Setelah didesak berkali kali, barulah dia memberitahu ayahnya yang dia telahpun mempunyai pilihan hatinya sendiri. Ayahnya tidak bersetuju dan menentang hubungan kami kerana alas an yang kami berdua belum pernah bertemu dan juga jarak yang jauh. Kata putus diberikan ayahnya, aku harus ke sana secepat mungkin untuk bertemu dengan kaum kelurganya. Keesokkan harinya, pada 29hb Disember 2002 aku bertolak kesana. Setibanya di Kelantan, aku menetap di rumah abang angkatku di Pengkalan Kubor. Pada padi harinya, setelah berjanji masa dan tempat aku dan dia bertemu di hadapan Hotel Diamond Puteri Kota Bharu. Pertama kali terpandang wajah dan bertentang mata, hatiku terus terpaut. Kami kemudiannya terus ke Pasaraya Billion di KB untuk makan tengah hari. Lidah ku kelu untuk berkata kata, begitu juga dengan dia. Setelah kami berbincang dan berbual bual tentang hubungan kami (kerana keesokkannya aku harus bertemu keluarganya), aku meninggalkannya di hadapan Pasar Besar Siti Khadijah. Oleh kerana waktu itu waktu pulang kerja dan ditambah dengan hujan yang lebat dan aku pula tidak mahir memandu di KB, aku telah tersesat jalan. Namun kuasa Allah mengatasi segala galanya. Dalam keadaan panik, aku telah bertemu kembali dengan dia. Setelah diberi petua dan petunjuk, aku berjaya menemui jalan pulang ke Pengkalan Kubor.
Keesokkan harinya dengan ditemani abang angkatku, kami ke rumah dia. Hatiku berdebar debar. Tangkai jantungku bagaikan hampir putus apabila kereta kami memasuki kawasan rumahnya. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana hebatnya pertempuran yang berlaku didalam jantungku. Setelah kami masuk kerumahnya, aku berbual bual dengan ibu dan neneknya. Tak lama kemudia, ayahnya pulang dari kerja. Hati dan jantung yang tadinya baru nak bertenang kembali bersilat dan berperang. Kali ini lebih hebat lagi kerana ditambah dengan rasa senak perut. Adus Dugaan dugaan
Selepas itu bermulah sesi Edisi Siasat versi Kota Bharu hehehe Aku ditemuduga oleh ibu dan ayahnya. Seumur hidupku, tak pernah aku bertandang ke rumah teman wanitaku. Dan ini adalah yang pertama dan yang terakhir bagi perit nak menanggung degupan jantung dan rasa senak perut. Hampir 2 jam di rumahnyam aku dan abang angkatku pun meminta diri untuk pulang kerana pada malamnya aku akan bertolak pulang ke Pulau Pinang. Hatiku terasa amat lega dan lapang setelah selesai perjumpa dengan keluarganya.
Setelah aku tiba di Pulau Pinang keesokkan harinya, aku menerima panggilan daripada sidia yang menyatakan ayahnya bersetuju dengan pilihannya. Keluarganya akan datang ke Pulau Pinang sebelum Hari Raya Aidiladha untuk bertemu dengan keluargaku pula. Hubungan kami selepas itu berlalu tanpa masalah yang besar. Adat la sekiranya ada sedikit salah faham, sedangkan lidah lagi tergigit. Hari yang ditunggu telahpun tiba, keluarganya tiba di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan. Mereka telah ku hantar untuk menginap di sebuag ountry club di Seberang Jaya. Pada keesokkan harinya, mereka semua datang kerumahku untuk berjumpa dengan pihak keluargaku pula. Nampak gayanya, hubungan aku dan sidia akan berlalu tanpa ada masalah lagi kerana kedua dua belah pihak nampaknya bersetuju dengan pilihan masing masing.
Dipendekkan cerita, pada 2hb Jun 2003 kami telahpun bertunang selepas 2 kali pertemuan sahaja. Mungkin ada orang yang tidak yakin dengan cinta internet mahupun hubungan cinta hanya selepas 2 kali bertemu sahaja namun itulah kami. Hubungan kami bermula tanpa kenal rupa dan wajah masing masing. Kami Cuma mengenal hati budi melalui surat dan suara di hujung talian telefon.
Setelah sebulan bertunang, dia dapat melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Politeknik Seberang Perai. Semenjak tarikh itu, hubungan cinta kami semakin bersemarak. Hubungan sebagai adik angkat, kekasih, tunang kami ini akan di akhiri dengan hubungan suami isteri yang sah pada awal bulan Julai nanti setelah dia menamatkan pelajarannya. InsyaAllah. Semoga hubungan cinta kami ini akan terus mekar dan marak untuk selama lamanya.
p/s : baby.... i will love you till the end of time.....
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:50:51 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:50:51 GMT 8
Assalammualaikum W.B.T Marilah kita bersama2 menegakkan kembali haq Allah dalam diri dan keluarga serta masyarakat dengan menanamkan Dasar Agama dan Aqidah melalui amalan zikir berikut dengan NIAT,YAKIN dan IKHLAS semata2 kerana Allah Taala pada setiap masa dan ketika walau dimana kita berada.Disamping itu jagalah solat fardhu yang lima dan juga amalan wajib yang lain.
1. BERISTIFAR Beristifar sebanyak yang mungkin bagi memohon keampunan dari Allah diatas segala dosa yang kita lakukan secara sedar mahupun tidak sedar.Menurut riwayat Rasulullah S.A.W yang maksum dan dijanjikan syurga pun beristifar sebanyak 70 kali sehari,inikan pula kita umatnya yang tidak lekang dari membuat dosa.INSYALLAH.
2. BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH S.A.W Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat berselawat keatas NAbi.Inikan pula kita hambaNya.Dengan berselawat dapat menenangkan hati.INSYALLAH
3.KALIMAH TAUHID (Lailahaillahu Muhammadar Rasulullah) Tanamkan berterusan di dalam hati kalimah ini yang dengannya kita tidak akan putus dari mentauhidkan diri kepada ALLAH S.W.T dan mengakui Nabi Muhammad S.A.W utusan ALLAH yakni pesuruh ALLAH.
4.APABILA DITIMPA MUSIBAH/KEMALANGAN Lafazlah 'Innaillahiwainnaillahirajiun'apabila ditimpa musibah/kemalangan dan redha atas ketentuan ALLAH.Sesungguhnya daripadaNyalah kita datang dan daripadaNyalah kita kembali.
Amalkanlah dan sebarkanlah haq ALLAH ini epada keluarga,rakan2 dan juga masyarakat (ISLAM dan BUKAN ISLAM)semoga tertegaknya haq dan Agama ALLAH di atas muka bumi.Dan jangan lah kita terpedaya dengan Rahmat dan Tipudaya Dajjal.SEbaliknya hendaklah kita mengharapkan semata2 Rahmat dan Keredhaan ALLAH semata2.Beringatkah bahawa sesungguhhya kita hidup di AKHIR,AKHIR,AKHIR Zaman yakni KIAMAT makin tiba.
Firman ALLAH :-
"Dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka menyembahku "
SURAH Adz-Dzaariyat Ayat 56
"Sesungguhnya agama yang diredhai ALLAH hanyalah ISLAM ......................................... Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat ALLAH maka sesungguhnya ALLAH sangat cepat hisab-Nya."
SURAH Ali-Imran Ayat 19
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:53:32 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:53:32 GMT 8
menuju kampung..
Walau Bagaimana Besar Sekalipun Darjatmu Di Dunia Ini, Satu Hari Nanti Kamu Tetap Akan Kembali Ke Perut Bumi
Sebagaimana Kamu Bermegah Melakukan Maksiat Di Muka Bumi Ini, Maka Suatu Hari Nanti Kamu Tetap Akan DiAzab Dalam Perut Bumi
Walau Banyak Mana Pun Ketawamu Di Muka Bumi Ini. Satu Hari Nanti Kamu Tetap Akan Menangis Di Perut Bumi
Sebagai Mana Kamu Bermegah Dengan Memakan Dan Minum Minuman Haram. Satu Hari Nanti Tubuh Mu Tetap Akan Menjadi Makanan Ulat
Walau Banyak Mana Pun Harta Yang Kamu Kumpulkan Di Muka Bumi Ini. Satu Hari Nanti Akan Musnah Juga Harta Mu Itu Hinggalah Kamu Masuk Ke Perut Bumi
Walau Banyak Mana Pun Kamu Gunakan Cahaya Di Muka Bumi Ini, Suatu Hari Nanti Kamu Tetap Akan Hidup Dalam Gelap Gelita Di Dalam Perut Bumi
Walau Bagaimana Pun Kamu Berlagak Dan Bertakbur Di Atas Muka Bumi Ini, Satu Hari Nanti Kamu Tetap Akan Di Hina Dalam Perut Bumi
Walau Banyak Mana Ramai Sekalipun Sahabat Mu Di Atas Muka Bumi Ini, Satu Hari Nanti Kamu Tetap Akan Kesorangan Dalam Perut Bumi
Note: Renungkanlah
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:56:23 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:56:23 GMT 8
.:: Peringatan! ::. Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT,
Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.
Wassalamualaikum
|
|
|
Novel
May 14, 2004 14:58:31 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:58:31 GMT 8
.:: Hukum memakai inai ::.
"Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku atau jari. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut adalah hukum pemakaian henna, bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan mazhab-mazhab dan hadis-hadis tertentu."
Mazhab Hambali menyatakan bahawa kaum lelaki mahupun perempuan dibolehkan atau diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka dengan henna kecuali di bahagian kepala. Manakala mazhab Syafie pula berpendapat bahawa kaum lelaki diharuskan memakai henna pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya. Walau bagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Bagi kaum perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya pula dilarang memakai inai.
Imam An-Nawawi Rh dalam fatwa Al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Manakala wanita yang telah bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka. Berdasarkan mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya, bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada di dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed).
Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan." Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda: "Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu." (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)
Tiga hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram. Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
Wallahua'alam.
Rujukan; Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:05:37 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:05:37 GMT 8
.:: Air Mata Di Malam Pertama ::. kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.
Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.
Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu. "Ana dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.
"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti."Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
"Assalamualaikum!" Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.
Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku. "Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.
Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku. "Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. "Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia." Janjinya padaku.
Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku. Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:06:51 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:06:51 GMT 8
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.
Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami. "Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.
"Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. "Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana." "Apa!!!"Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. "Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.
"Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.
"Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. "Ujar mak setelah sekian lama membisu. "Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi. "Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. "Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.";
"Ini cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. "Ahhhhgggg..."Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.
|
|