|
Novel
May 14, 2004 15:09:08 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:09:08 GMT 8
"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.
Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.
Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam. "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin." Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.
"Abang nak kemana tu?"Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi."Jawabnya. "Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan. "Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.
"Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.
Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja. "Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. " Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang." "Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:09:52 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:09:52 GMT 8
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. "Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum. "Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..;gatal la abang ni!" Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.
Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.
"Apa yang Ana menungkan ni?"Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. "Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.
"Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku. "Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku. "Sayang..." Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.
"Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje kemana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya. "Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. "Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. "Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?"
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:10:48 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:10:48 GMT 8
"Ish...abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan." "Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.
"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.
Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
"Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku." "Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. " Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:12:42 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:12:42 GMT 8
ku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. "Habistu apa yang sayang menungkan ni?" Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. " Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku. " Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.
" Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.
" Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. " Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. " Pasal peminangan tu." Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. " Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:13:18 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:13:18 GMT 8
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya. " Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. " Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.
" Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu. " Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu. Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.
" Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. " Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. " Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.
Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:14:50 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:14:50 GMT 8
"Bang...."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak.....nak....."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya... " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni..."Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. "Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.
Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. " Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada." Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:15:55 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:15:55 GMT 8
"Bang...."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak.....nak....."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya... " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni..."Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. "Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.
Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. " Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada." Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:17:51 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:17:51 GMT 8
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu." Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.
Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. "Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. "Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. "Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.
Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.." "Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:18:31 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:18:31 GMT 8
Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam. "Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah." "Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan." "Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah."Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. "Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. "Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.
Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.
Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku. " Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku. Amin..
Seruling Senja
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:19:41 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:19:41 GMT 8
.:: Kasihku temu.... ::.
Nigina…..tiba tiba nama pelajar baru itu top, menjadi sebutan bukan sahaja pelajar lelaki tapi pelajar perempuan juga. Kejelitaannya menjadi bualan hangat di SMSJ sebuah sekolah elit di Petaling Jaya. Pelajar lelaki kagum dengan kejelitaan gadis itu masing masing mula menyimpan harapan tinggi untuk memikat gadis itu. Pelajar wanita pula biasalah lebih ramai bebulu dari memuji mana tidaknya saham mereka jatuhlah.
"Rie!..kau tak nak usha ke awek baru tu!" Aduh meluat betul aku bila orang tanya aku tentang awek baru tu. Gila apa? Awek tu cun gila aku ni apalah sangat. Jika hendak dibandingkan aku ni dengan
Nigina tu…Peh! Macam langit dengan bumi.
"Tak usha rugi Rie…dia tu cun gila!" Ad berkata lagi. Dia tak faham, aku ni dahlah rupa tak ada harta lagilah jangan harap, aku cuma ada sekeping hati aje. Hati aku nilah yang buat aku tidak sanggup . Sedarlah diri kita sikitkan. Zaman sekarang bukan zaman dulu dulu lagi. Zaman sekarang zaman internet sendiri mau ingatlah.
"Rie!…kau ni senyap aje dari tadi apasal?" Ad memandang tepat ke wajah aku yang tidak berapa handsome ni. Budak ni aku cepuk jugak kang!.
"Ha tu ha Rie!…panjang umur budak tu!" Aku turut memandang ke arah yang sama dengan Ad. Mak hai!….bisa gugur jantung gue. Jika hendak dibandingkan dengan artis remaja yang tengah top masa kini yang dikatakan cantik tu. Jauh panggang dari api, kalau jadi artis sudah tentu tidak payah tunggu album atau lakonan keluar dekat tv sudah dipinang VIP dulu. Gila!.
"Ad!…budak berlagak macam tu pun kau nak usha ke?…tak payahlah Ad, buang karan aje!" Tiba tiba mulut aku terlepas kata. Budak Nigina tu memandang ke arah aku dengan Ad. Dia dengar kot apa yang aku cakap. Kantoi…yang mulut aku ni pun celupar sangat. Alah tapi silap budak tu jugak, pada mata aku nampak gaya dia berlagak sikit Lagipun bukan aku nak ngorat dia..lantaklah! maklumlah orang tengah glamour ni kan.
"Hai!" Tiba tiba dia menegur. Aku buat dek jelah. Mungkin dia tegur Ad kot. Fasal Ad handsome jika hendak dibandingkan dengan aku. Lepas tu dia pergi. Akupun tak kisahlah dia nak pergi.
"Rie dia tegur kaulah!..Apasal senyap aje?" Ad memandang aku. "Kan dia tegur kau?" Aku tanya Ad balik.
"Dia tegur kaulah….Tahniahlah. Kau kira beruntung, setakat yang aku tahu..Nigina ni tak layan orang sangat lagi lagi lelaki." Kata Ad ketika itu perhatian aku tertumpu kearah sebuah kereta yang baru masuk kepekarangan sekolah. Mengancam beb kereta dia CRX lagi, tapi selamba aje dia masuk tidak tahu undang undang sekolah apa…….Mak hai!. Aku terkejut beruk..r upanya kereta tu menjemput Nigina. Nigina telah hilang didalam perut kereta. Kereta tu pun mengaum garang sebelum berlalu pergi. Siol betul! Pemandu kereta tu macam hendak menunjuk nunjuk dekat pelajar.
Berlagaklah konon.
"Ad!…macam tu kau nak suruh aku usha dia…dah hilang akal apa?" Aku memandang Ad. Dan aku terus berlalu pergi
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:20:27 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:20:27 GMT 8
"Yus..Yusrie, Hoi nantilah dulu!" Panggil Ad namun panggilan itu hilang dibawa angin lalu. Aku sudah melangkah jauh. Aku tak nak jadi bahalol, kalau aku ikut kata Ad tadi usha awek tu!…entah entah mamat yang bawak CRX tu balak dia tak fasal fasal aku kena cepuk tak ke naya aku. Tak nak aku kena cepuk fasal perempuan macam orang tak ada maruah aje!. Buat malu mak bapak.
* * *
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:21:25 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:21:25 GMT 8
Tension betul sejak balik sekolah sampai sekarang aku tak boleh lupa dengan Nigina sampaikan makan nasi tu pun aku ternampak wajah dia dekat dalam pinggan nasi aku. Aku tak pernah lagi dilanda perasaan sebegini apakah aku sudah jatuh cinta. Ah!…tak mungkin kalaupun aku jatuh cinta biarlah dengan gadis lain bukan dia, dia terlalu unggul untuk aku.
"Abang Yus…abang Yus!" Aku tersentak. Adik perempuan ku yang baru berusia 6 tahun sudah tercegat dihadapan aku. Sumpah aku tidak sedar lansung dengan kehadiran dia. Gila jugak penangan Nigina ni.
"Abang Yus!….mama suruh pergi kedai!" Kata adik ku. Sebelum aku tanya sudah terjawabpun soalan yang hendak aku tanya. Macam dia tahu tahu aje.
"Kedai…. beli apa?" Aku boring betullah nak keluar petang petang macam ni cuaca sekarangpun tak menentu petang macam ni pun panasnya semacam aje. Agaknya kalau berjemur tidak sampai dua jam kulit aku yang cerah ni boleh jadi gelap.
"Pergilah tanya mama!" Ucap Ain terus berlalu keluar sambil memeluk bantal busuknya. Hendak tak nak terpaksa aku pergi jugak kalau tidak bising pulak orang tua tu walaupun mama aku tu tak adalah tua sangat. Aku cuma berjalan kaki aje ke 7 eleven yang, tidak jauh dari rumah aku. Sedang aku membuka pintu 7 eleven tiba tiba "Ops! sorry!" Aik!…aku yang langgar dia, dia yang minta maaf kat aku. Hilang akal kebudak ni? Kasihan buku bukunya beterabur diatas simen. Akupun tunduk kononnya nak tolong kutiplah. Ops…..mata bertentang mata tiba tiba terasa dada aku seperti dilanggar LRT. Mak ooi!…camana aku boleh terlanggar dia ni.
"Aik!…apasal muka awak merah…rilekslah. Saya bukan sengaja langgar awak!" Katanya sambil tersenyum . Aku terpukau melihat sinar matanya. Kenapalah aku mesti bertemu dia dalam keadaan macam ni. Aku rasa aku belum bersedia untuk bertemu dengan dia. Aku tahu saat ini hati aku cair, secair coklat dibakar mentari.
"Er!…panas..tu muka aku merah!" Kelam kabut Aku menjawab.Alah Yusrie rilekslah jangan gabra sangat dengan perempuan
Aku rilekslah ni! Jawab suara hati aku.
"Dahlah saya minta maaf…menyusahkan awak tadi!" Nigina senyum lagi. Ah…manisnya senyumannya dalam manis tu ada racunnya dan aku rasa aku dah terkena racunnyalah. Habislah aku!.
"Saya Nigina…"
"Aku tahu!" Potong aku pantas. Ish!…celuparnya mulut aku kang dia berlagak pulak. Belum apa apa sudah tahu nama.
"Oh!..dah tahu baguslah. Nama awak?"
"Er!..Yus Yusrie!"
"Kru ke?" Gurau ke perli.
"Yus ni sombong ya!" Dia senyum lagi.
"Sombong!" Bila pulak aku ni sombong..aku rasa dekat SMSJ tu akulah paling ramah. Dia ni salah orang kot.
"Hem!…saya senyum dekat Yus…Yus buat dek aje!"
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:23:28 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:23:28 GMT 8
Senyum..senyum dekat aku? Bila ha!. Aku cuba mengingati bila pernah dia senyum dekat aku semalam ? Kelmarin ? tahun lepas ke? Gila, dia baru masuk hari ni tahun lepas pulak. Mulalah mengarut minda aku ni.
"Malu aje saya bila saya senyum dekat Yus…Yus tak balas!"
"Er!"
"Panggil Ina aje!" Oh! Dia membahasakan dirnya Ina..hantam ajelah!.
"Boleh tanya tak?"
"Tanyalah apa nak tanya pun!" Dia senyum lagi. Ish!…geram betul aku.
"Ina senyum dekat aku ke?…aku ingat Ina senyum dekat kawan aku!" Ucap aku jujur. Nigina senyum lagi. Ish!…apalah suka sangat dia ni senyum. Buat membakar pesona aku aje!
"Entahlah..tapi masa tu memang saya senyum dekat Yus!"
"Tapi Ina..senyuman kau tu aku rasa beracunlah!" Tiba tiba perkataan tu pulak yang keluar dari mulut aku. Hairan betul. Nigina pulak semakin manis senyumannya. Memang beracun pun. Mulut kau tu celupar sangat tak pandai cover senyuman nilah nanti akan membunuh jiwa kau! Kali ni Nigina tersenyum dalam hati. Dia bukan tidak dengar kata kata Yusrie masa disekolah. Ada dikatanya dia berlagak salah oranglah.
"Okeylah!…esok kita jumpa lagi!" Nigina menghadiah senyuman paling indah buat aku dan kerana senyuman itulah aku dibebel mama sebab tidak membeli barang yang disuruh mama. Macam mana nak beli asyik teringat Nigina dan senyumannya langsung lupa tentang tujuan aku ke kedai.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:24:01 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:24:01 GMT 8
Rasanya hari inilah hari yang paling malang dalam hidup aku terpaksa lak bertumbuk kerana perempuan. Malu aje!..buat jatuh maruah aku, tapi aku terpaksa kalau aku tak bertumbukpun maruah aku sudah jatuh bergolek golekpun. Barulah aku tahu selama 23 hari termasuk hari sabtu dan ahad aku bercinta dengan Nigina, aku sedar dia cuma ingin permainkan perasaan aku. Terasa menyesal aje berkawan dengan dia, dulu dia yang beria- ia hendak berkawan dengan aku puas aku tolak pelbagai alasan yang aku bagi dia tak nak terima dan kesudahannya aku yang parah. Ini yang buat aku rasa tak nak bercinta lagi. Patut ke aku tengok Nigina keluar dengan balak lain jalan depan aku dah tu Nigina pun satu dipeluknya balak tu depan aku macam aku ni halimunan tak wujud depan dia walaupun ada. Balak tu pun samalah macam Nigina gatal. Hati aku memang panas tidak sanggup aku tengok awek aku curang depan mata. Tapi kesudahannya…ni yang buat aku sedih rasa macam nak nangis aje nasib baik aku ni lelaki kalau perempuan mungkin dah banjir. Ada patut Nigina kata aku ni yang tidak malu, perasan lebih sedangkan selama ini dia cuma anggap aku ni balaci dia. Aku ni pun bahalol masa bercinta dengan dia dulu semua dia suruh aku buat. Sanggup aku ponteng kelas semata mata hendak beli nasi lemak dekat SS 15 yang sedap tu kerana permintaan dia. Dah tu aku kantoi pulak. Kantoi dengan guru displin pulak tu, Encik Sah yang garang gila. Cikgu tu memang anti dengan pelajar melayu. Fasal kes tu aku kena gantung sekolah tiga hari. Gila!…betapa kecewanya aku. Hadiah yang aku dapat dalam percintaan ni cuma lebam biji mata kanan, padan muka aku. Memang aku serik, aku pasti aku tak akan bercinta lagi lepas ni.
"Yus…Rilekslah!" Ad cuba menyabarkan aku.
"Ni semua kau punya fasallah Ad!….kau yang sibuk galakkan aku berkawan dengan budak gila tu. Kalau tidak mesti benda ni tak akan terjadi!" Ad pun aku bengang jugak, fasal dia yang beria ia suruh aku usha Nigina tu, tapi dia tak tanggung apa yang aku tanggung, diatak rasa apa yang aku rasa disaat ini. Dan dia tak akan faham sebab dia tidak mengalaminya, yang dia tahu cuma menyabarkan aku. Kalau ikutkan hati aku dengan dengan dia aku belasah nasib otak aku boleh berfungsi lagi ingat kawan.
"Tapi Yus…aku tak tahu perangai dia tu baik sikit je dari jalang….kalau aku tahu akupun tak nak benda macam ni jadi dekat kau!"Suara Ad.
"Dah jadi macam ni…..bolehlah kau cakap macam tu, kalau tidak kau yang beria ia!" Aku rasa boleh hilang akal macam ni.Tapi apa nak dikata cempedak jadi nangka yang bahalolnya aku jugak.
Aku pernah terbaca satu atikel, kalau nak bercinta tu mestilah bersedia dalam semua segi yang paling utamanya bersedia untuk dikecewakan.
"Sorrylah Yus!"
"Dahlah Ad!….malaslah aku nak fikirkan benda ni lagi. Buat sakit jiwa aje!" Ucap aku saat ni rasa..ah!….aku tak kan bunuh diri macam lagu exist tu.Biarlah Nigina tu bahagia aku yakin suatu hari nanti dia akan kecewa seperti mana aku kecewa ketika itu baru dia sedar. Masa mula mula bercinta dengan dia, aku rasa itulah cinta yang terunggul aku janji untuk tidak mengecewakan dia kerana aku pasti aku terlalu menyayangi sehingga aku sanggup buat apa sahaja memang patut dia kata aku cuma balaci dia. Aku rela tapi aku tidak sangka bergini pula jadinya. Cuma apa yang menjadi persoalan dalam diri aku apa dosa aku sehingga sanggup dia curang sedangkan dia tahu aku terlalu menyayanginya yang pedihnya dia curang setelah aku melafazkan kata keramat macam lagu Siti Nurhaliza tu"Aku cinta padamu!" Dan lagu tu jugak aku selalu tujukan khas untuknya. Dan dia pun sama.Cuma yang aku hairan sungguh sampai hati dia mengecewakan aku. Ah!……bukan setakat lagu Siti Nurhaliza tu aje. Semua lagu yang ada sebut ' Love You ' aku selalu tujukan padanya. Rumah aku tak ada telefon tapi aku sanggup keluar cari telefon awam. Semata mata hendak telefon radio yang ketika tu rancangan permintaan sedang ke udara.
* * *
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:24:28 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:24:28 GMT 8
Gempar satu sekolah balak Nigina, Amri kena tangkap khalwat dengan seorang bohsia dekat rumah Amri sendiri ketika keluarga Amri tiada dirumah. Dan orang paling gembira disaat ini sudah tentulah aku padan muka Amri yang berlagak sejak akhir akhir ni sebab dapat merampas Nigina dari aku. Sebelum ni ke hulu kehilir dia usung awek bohsia dia tu dengan Virago dia. Sayang Nigina tidak pernah nampak akupun malas nak beritahu nanti dia kata aku cuma mahu menagih kasihnya. Sorrylah!…aku ada maruah beb!. Dan paling padan muka Niginalah, dia ingat orang handsome macam Amri tu baik sangat dan orang selekeh macam aku ni jahat sangat?. Tuhan tu adilkan. Tidak perlu aku buktikan tapi kenyatan terlebih dulu membuktikan segalanya.
"Yus!….kau dah dengar berita tu ke?" Aku cuma tersenyum memandang Ad. Sebelum langau bangun lagi aku dah tahu cerita tu!. Berita terkini yang berkait dengan orang tersayang mestilah ambil tahu.
"Padan muka dia orangkan…ingat buat projek haram tu boleh lepas apa?" Ad senyum sinis.
"Memanglah Ad!….kalau lepas dengan manusia… dengan Tuhan kantoi jugak!" Sampuk E-ka.
Aku cuma mendiamkan diri. Benda tidak elok macam ni mana boleh sorok.
"Yus!…aku rasa lepas ni mau rasanya Nigina tu melutut kat engkau!" Aku memandang Ad.
"Nigina!…tadi aku jumpa dia muka toya aje. Tegurpun dia buat dek aje!" E-ka pula berkata. Satu sekolah semua tahu tentang cinta aku dengan Nigina tu. Aku rasa aku tahu apa nak buat jika dia melutut dekat aku menagih kasih yang pernah aku berikan dulu, memang aku berharap agar dia kembali menemui aku selepas mendengar cerita tentang Amri ditangkap. Biar dia tahu balaci dia dulu lebih tulus cintanya dari balak mewah dia tu.
"Tapi Yus!…mahu ke kau terima dia balik?" Satu soalan cepu emas dari Ad. Aku serba salah nak terima balik, dia pernah mengecewakan aku. Tidak mahu terima balik aku sendiri masih menyayanginya dan aku selalu berdoa agar satu hari nanti dia akan kembali kepada aku semula. Dan dapat aku rasakan saatnya sudah hampir tiba.
"Ha' ahlah Yus!…mahu ke kau terima dia balik?" Tanya E-ka wajahnya manis. Kenapalah E-ka ni tak jatuh cinta kat aku?. Aku rasa E-ka ni lebih tulus cintanya dari Nigina.
"Aku tak kisah….tapi ingatlah dia pernah kecewakan kau, dan jangan salahkan aku andaikata kau pilih dia…kemudian kau dikecewakan semula!" Kata Ad sedikit ada nasihat juga.
"Aku dah tak campur kali ni!" sambung Ad lagi.
"Aku rasa tak mungkin…tapi siapa tahu hati manusia sering berubah. Hari ni kata sayang esok kata bencikan!" Tutur aku sambil tersenyum. Setakat ni aku rasa akulah lelaki paling tabah walaupun telah dikecewakan Nigina aku masih tabah mengharungi hidup ini.
"Aku yakin…akupun perempuan juga. Aku pasti saat ni Nigina sedang kecewa mungkin kecewa yang amat sangat….aku rasa kalau kau masih sayangkan dia masa nilah kau pergi jumpa dia. Pujuk dia sekurang kurangnya dia tahu yang dia tersilap!" Kata E-ka panjang.
"Dan dia juga akan tahu cinta kau tulus, setulus cinta Romeo dan Juliet!" Sambung E-ka lagi.
"Gila!…kalau aku jumpa dia mana perginya maruah aku?. Kalau nak pun biar dia sendiri jumpa aku barulah aku tahu tulus cintanya!" Tegas ku. Gila!…bukan aku yang tinggalkan dia, tapi dia yang tinggalkan aku. Tak kuasa aku nak pergi jumpa dia. Biarlah dia sendiri jumpa aku jika masih ada lagi sisa sisa kasihnya pada aku.
"Aku tak campur!" Ad tarik diri . Dia berlalu pergi meninggalkan aku bersama E-ka ketika ini. Aku membiarkan sahaja dia berlalu pergi.
"Sorry E-ka!…aku lelaki aku ada maruah, kalau aku sendiri yang datang jumpa dia…apa kata dia nanti, saham dia lagi naik. Biarlah takdir aje yang akan menentukan ada ke tidak jodoh aku dengan dia!" Ucap aku sebelum berlalu pergi. Sempat aku lihat E-ka cuma menggeleng kepala. Lantaklah!...kau perempuan aku lelaki mana kau faham sikap lelaki. Mungkin aku ego tapi ego aku bertempat, kalau yang salah tu aku…aku sendiri akan jumpa dia minta maaf. Tapi dia……..
* * *
|
|