|
Novel
May 14, 2004 15:25:53 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:25:53 GMT 8
Angin petang lembut menyapa pipi. Aku mengutip seketul batu lalu melemparkan ketengah tasik aku sengaja merehatkan diri di tepi tasik entah apa mimpi aku pergi joggingpun aku tak tahu. Tapi seronok juga, boleh cuci mata lagi. Awek…Peh!….punyalah ramai kalau aku tahu tahun lepas lagi aku jogging dekat tasik ni. Minda aku mula mengatal…Ah!..persetanlah. Aku serik kalau boleh aku tidak mahu memandang perempuan lagi. Seketul batu halus ku lemparkan lagi ditengah tasik. Percikan air naik keatas. Unik pada pandangan aku. Jika aku seorang pelukis akan aku lukiskan betapa indahnya percikan air tasik tu, tapi sayang aku tidak dianugerahkan sepasang tangan yang hebat seperti pelukis profesional setakat lukis orang lidi tu bolehlah. Dihujung sana aku lihat sepasang kekasih, gembira mereka tidak aku jadi hamba pada cinta. Kesudahannya aku yang kecewa. Kali ini aku mengutip sebiji batu yang agak besar. Batu tadi seperti juga batu batu yang sebelum ni aku lempar ketengah tasik dan sudahnya percikannya lebih tinggi dari percikan sebelum ni. Aku rasa damai tapi..
"Kenapa menganggu ketenangan air tasik tu?" Satu suara lembut menyapa aku. Macam kenal
tapi..
"Yang kau sibuk apasal aku punya sukalah aku bukan ganggu kau!" Aku malas ingat siapa yang empunya suara tu aku masih merenung jauh ketengah tasik.
"Yus!awak masih marah kat saya ke?" Gulp!.aku menoleh. Sudah agak.
"Nigina,macamana kau boleh ada kat sini!" Aku cuba mengawal perasaan aku. Aku sebenarnya tidak mahu diganggu ketika ini. Lgi lagi dengan dia yang pernah kecewakan aku
"Yus!…awak tak jawap soalan saya lagi?" Aku tunduk aku tidak berani memandang wajahnya, aku takut diracun lagi. Senyumannya cuma untuk memerangkapkan insan, insan seperti aku yang mudah jatuh cinta.
"Masa mula kau kecewakan aku, aku memang marah kat kau…tapi tidak sekarang!" Kata aku jujur. Memang sekarang aku tidak kisah pun tentang dia. Lagipun itu memang sifat aku, aku marah seseorang tu tidak lebih dari lima minit lepas tu hati aku lembut balik.
"Betul?…lapang hati Ina!" Aku pandang dia, dia senyum cepat aku mengalihkan pandangan aku ketengah tasik semula, aku tidak sanggup diracun lagi.
"Yus!…Ina rasa menyesal atas apa yang terjadi!" Aku diam. Dari ekor mata aku, aku tahu dia tengah tunduk. Mungkin sedang menahan sebak. Alah!…perempuan. Airmata tu dah mainan mereka tidak hairan de!
"Andai Ina ada kuasa ingin Ina kembalikan saat dulu, saat kita…"
"Ina…cukup!"Potong aku pantas.
"Aku cuma seorang balaci…balaci kau. Aku tak mampu memberi kemewahan seperti apa yang Amri beri pada kau, aku cuma ada sekeping hati dan hati ini telah kau lukakan. Kini kau hendak guriskan kembali luka yang telah kau guriskan dulu?" Soal aku. Inilah yang ingin aku luahkan selepas dikecewakan Nigina. Serik aku nak jadi balaci dia.
Nigina tunduk.
"Tidak Yus!….Nigina menyesal. Cinta Yuslah yang tulus, Ina silap Ina minta maaf!" Nigina mendongak memandang tepat ke anak mata aku. Aku merenung dia. Tulus cinta aku konon, tapi cinta aku nilah yang kau persiakan!.
"Kau menyesal setelah Amri ditangkap?…..entah entah apa dah Amri tu buat kat engkau, kau boleh panggil aku balaci kau…tapi ingat aku bukan balaci yang sanggup jadi pak sanggup mengutip sisa orang lain! " Terus terang aje aku cakap.
Wajahnya aku lihat berubah. Biarkan aku tak akan pujuk.
"Yus!…Yus jangan salah anggap, Ina masih suci kalau tak percaya.." Nigina hendak menangalkan butang baju kemeja yang dipakainya. Gile!.
"Nanti!" Aku tahan tangannya. Malu aku kalau dia buka betul betul. Tidak fasal aku pula kena
tangkap buat tidak senonoh.
"Biar!…buat apa halang?" Nigina memandang aku senyuman beracunnya tiada lagi yang ada cuma raut kekecewaan yang tergambar diwajahnya.
"Dahlah Ina!…aku percaya!" Aku terpaksa mengalah. Lagipun aku yakin bila melihat kesungguhannya dia masih suci itu yang aku harapkan sebenarnya.
"Salah ke Ina ingin tebus kesalahan Ina?…Salah ke Yus?" Dia menitis airmata. Aduh!..inilah buat aku lemah aku bukan boleh tengok airmata perempuan.
"Tiada ke lagi ruang untuk Yus tempatkan Ina dihati?" Aku mengelap airmatanya dengan saputangan aku.
"Terlalu payah untuk Yus katakan…..Untuk terima Ina, Yus takut kecewa lagi. Untuk menolak Ina, Yus sebenarnya masih lagi menyayangi Ina!" Aku lihat Nigina memejamkan matanya rapat rapat.
"Tak apalah Yus!…biarlah Ina pergi…memang Ina yang bodoh sebenarnya Ina bengang dengan Yus Ingat tak Yus pernah kata kat Ad yang Ina ni berlagak?" Aku diam sejenak memikirkan apa yang dikata Nigina itu. Aku ingat masa mula mula aku tengok dia, mulut aku memang celupar masa tu. Tapi takkanlah fasal tu pun dia nak bengang kat aku!.
"Yus ingatkan?" Aku cuma mengangguk.
"Maafkan Ina sekali lagi! Untuk pengetahuan Yus…Ina amat menyayangi Yus! " dia mula mengatur langkah. Sedetik.dua detik.tiga detik.dan "Ina!" Terpaksa juga aku memanggil, tidak sanggup aku melepaskan dia pergi lagi. Aku buangkan jauh ego aku. Aku sebenarnya masih lagi menyayanginya. Aku tidak mahu kehilangannya lagi. Dia menoleh ke arah aku semula dan aku senyum. Dan dia seperti mengerti senyuman aku turut tersenyum, senyumnya masih seperti dulu beracun tapi aku tidak takut lagi malah aku yakin aku akan merindui senyumannya selepas ni. Saat ini telah aku temui kebahagian yang aku cari mungkin Nigina juga seperti aku. Dan yang pastinya kasih telah kutemui…….Biar langit biar bumi menjadi saksi betapa aku masih menyayanginya walaupun dia pernah mengecewakan aku.
Tamat.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:27:26 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:27:26 GMT 8
.:: Balqis ::.
Sudah seminggu dia berada di rumah kakaknya Siti Mariam sejak kembali dari menunaikan umrah, kebetulan kakaknya baru sahaja melahirkan anak kedua, Luqman Hakim. Sudah semestinya ibunya turut berada di situ untuk menjaga kakaknya yang sedang berpantang.
"Hmmm... bila Angah nak mula bertugas semula?" tanya Siti Mariam yang baru sahaja menidurkan anaknya.
"Lagi dua hari Kak Long, rasanya Angah nak berehat puas-puas, sebab... bila dah mula bekerja nanti... tak ada pula masa nak rileks! Banyak kerja. Ialah, dah tiga minggu saya bercuti' jawab Sulaiman sambil menyuapkan roti bakar bersapu kaya ke mulutnya.
"Hmmm kamu tu Sulaiman, dalam otak lain tak ada ke? Asyik ingat kerja... je, sesekali tu fikir-fikirkanlah tentang hidup dan masa depan," sampuk Puan Asiah yang dari tadi membisu.
"Maksud mak?" Tanya Sulaiman pura-pura tak faham.
"Cuba Angah tengok Kak Long, dah 2 orang anak, kamu tu bila lagi? Nak tunggu puteri kayangan pinang kamu ye?" Leter ibunya lagi.
"Belum ada calon yang sesuai mak... lagipun perempuan-perempuan yang saya jumpa tu, semuanya tak memenuhi citarasa saya mak!"
"Kamu nak yang macam mana lagi? Yang mak berkenan kamu pula tak berkenan.."
"Alaa yang biasa - biasa cukuplah, sama seperti semua lelaki impikan... gadis yang lemah lembut, berbudi bahasa, beragama dan sedap mata memandang. Tapi, yang paling penting... namanya Balqis!"
"Susahlah kalau macam tu" ujar Puan Asiah. Dia menggelengkan kepalanya memikirkan kerenah anak bujangnya yang sorang ni.
"Mak, saya harap-harap Luqman dan Aidil bila besar nanti tak la ikut perangai buruk Pak Ciknya!"
"Isshh... itu tak apa juga Yam, dia nakkan orang yang bernama Balqis, kalau dibuatnya nakkan omputih... err.. apa ke namanya? Alaa.. yang bebudak muda suka sekarang ni...apa...orang panggil? Britney Spears ke Christina Aguilera ke..kan ke naya kamu Yam!" Suasana hening pagi itu dipecahkan dengan ketawa tiga beranak itu apabila berbelit lidah Puan Asiah yang ingin menyebut nama penyanyi barat yang terkenal itu. Terpegun juga Sulaiman apabila mendengarkan kedua-dua nama itu disebut oleh ibunya, tapi...biasalah, ibu millenium!
"Emmm... mak nak tahu tak, Yam dengar di tadika Aidil ada guru baru. Orang cakap cantik orangnya, berbudi bahasa... kalau nak dikira , sesuailah untuk dijadikan calon..." Sengaja Siti Mariam menguatkan suaranya.
"Iya ke Yam? Anak siapa tu?"
"Anak ustaz Haji Syukri, yang selalu mengajar di surau tu. Baru je tamat universiti, kursus psikologi. Saja dia mengajar di tadika tu, katanya nak cari pengalaman," terang Siti Mariam panjang lebar.
"Amboi, elok benarlah tu Yam, kalau sesuai..bolehlah kita kenalkan pada Sulaiman... tapi apa namanya?"
"Namanya? Nurain mak.." jawab Siti Mariam pendek.
"Nurain? Hmm tak payahlah kau nak kenalkan pada adik kau Yam, kalau Balqis tu bolehlah dipertimbangkan...."
"Apa nak buat mak, melepaslah lagi nampaknya kita," ucap Siti Mariam dengan nada yang agak kesal.
Sulaiman dari tadi hanya mendengar perbualan ibu dan kakaknya. Sesekali dia menghirup milo panas kegemarannya. Geli hati Sulaiman melihat gelagat mereka berdua, pantang ada anak dara yang berkenan di hati mereka, pasti kepada Sulaiman diberitahu. Cis, ada konspirasilah pula! Komplot mencari jodoh! Memang Sulaiman sedar, kebimbangan kakak dan ibunya itu berasas, kerana usianya bukan di tahap remaja yang baru akil baligh lagi, tapi dah layak jadi bapak orang lagi! Ialah dalam usia 31 tahun dia belum menemui jodoh yang sesuai lagi. Tetapi, bagi Sulaiman itu bukan menjadi masalah kerana menurut pepatah Inggeris 'life begins at 40'! Dia tersenyum sendirian. Ramai orang bertanya, mengapa gadis bernama Balqis jua pilihan di hati? Kenapa ye?
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:28:43 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:28:43 GMT 8
Kerana Sulaiman hanya untuk Balqis! Itulah jawapannya. Memang ringkas, namun tetap timbul kekeliruan. Sukar untuk Sulaiman terangkan dengan lebih lanjut apa yang tersirat di hati, kerana dia tahu pasti tiada yang memahami.
Dia masih ingat, ketika dia masih kanak-kanak lagi, arwah Tok Wan suka bercerita kepadanya tiap kali ada waktu terluang. Suatu hari Sulaiman pernah bertanya kepada Tok Wan satu soalan yang sehingga kini terpahat di dalam dirinya.
"Tok Wan, kenapa saya dinamakan Sulaiman?"
"Sebab mengambil sempena nama nabi Sulaiman" jawab Tok Wan ringkas, sambil menyedut asap rokok daunnya dalam-dalam.
"Siapa tu Tok?" tanya Sulaiman lagi.
"Baginda merupakan salah seorang nabi yang hebat. Banyak keistimewaan yang tuhan kurniakan kepadanya. Contohnya, baginda boleh bercakap dengan haiwan, memerintah jin dan manusia selain daripada menggunakan angin sebagai kenderaannya."
"Wah, hebat betul nabi Sulaiman tu ye Tok?"
"Ya, tetapi kisahnya yang paling hebat ialah dakwahnya kepada ratu Balqis seperti yang tercatat dalam kitab Al-Quran, mengikut pendapat para ulama, akhirnya nabi Sulaiman berkahwin dengan ratu Balqis. Oleh itu, Tok harap bila Sulaiman dah besar nanti Sulaiman akan contohi sifat terpuji nabi tu ya! Jadilah seorang yang hebat dan bertakwa sama sepertinya."
"Ooo begitu kisahnya ye Tok? Nanti Sulaiman pun kena cari calon isteri yang bernama Balqislah ye Tok?"
"Iya" jawab datuknya sambil ketawa kecil melihat telatah cucunya itu. Sejak dari itulah telah tertanam dalam dirinya, Sulaiman hanya untuk Balqis!
Jam telah menunjukkan pukul 10.55 pagi. Sulaiman masih lagi tersengih sendirian apabila mengingatkan memori-memori indahnya bersama Tok Wan. Tiba-tiba dia tersentak apabila namanya dipanggil.
"Sulaiman.. ooo Sulaiman ... eh, tengok tu, kita panggil dia buat tak reti je...hmmm, beranganlah tu!" panggil Siti Mariam. Dia terus menggoncangkan bahu adiknya itu.
"Err..kak Long panggil saya ke?" tanya Sulaiman sambil tersengih.
"Iyalah, takkan Kak Long nak panggil Luqman pulak?!"
" Ada apa Kak Long?"
"Dah dekat pukul 11 ni. Boleh tolong jemput Aidil di tadika? Hari ni Cik Bakar yang selalu jemput Aidil tu tak dapat jemput, katanya dia ke rumah saudaranya yang sakit"
"Boleh, apa salahnya." jawabnya pendek.
"Ha Man, sambil-sambil kau dah ke situ, jeling-jelinglah Cikgu Nurain tu. Manalah tahu... kalau - kalau berkenan. Terlanjur mak ada di sini, bolehlah berkira apa yang patut." pesan Puan Asiah.
"Eh, emak ni ke situ pulak! Kan saya dah cakap kalaulah bukan bernama Balqis, biar secantik manapun, biar seribu yang datang, huh..sebelah matapun takkan dipandang!"
"Amboi, tak sayang mulut.. jangan cakap besar Angah, kalau sekejap lagi hati dah mula suka, baru kelu lidah nak berkata, maka berputiklah cinta... baru kau tahu langit tinggi ke rendah! Ha masa tu baru tahu betapa azab menanggung panahan asmara! Pesan orang tua, terlajak perahu boleh diundur Angah.." sindir Siti Mariam sambil membetulkan duduknya.
"Panas.. panas... okeylah mak, saya pergi dulu ye? Karang kalau lama lagi...hmmm mahunya rentung saya mak... kena fire!." Cepat - cepat Sulaiman meninggalkan meja makan dan terus berlalu meninggalkan ibu dan kakaknya.
Dengan berhati-hati Sulaiman meletakkan keretanya di hadapan tadika An-Nur. Dia bergegas ke tadika tersebut agar tidak lambat menjemput Aidil. Lega hatinya kerana kanak-kanak tadika itu belum keluar lagi. Sulaiman menanti dengan sabar walaupun bahang mentari kian terasa. Sambil membetulkan kaca mata hitamnya dia mendengar dan menghayati kanak-kanak menasyidkan Asma-ul - Husna. Sayup-sayup kedengaran suara seorang wanita yang begitu merdu sekali. Dia terpesona seketika apabila terdengar suara itu mengalunkan nasyid tersebut. Terdetik di hatinya mencari siapakah gerangan empunya suara yang begitu mempersonakan. Melalui celahan cermin tingkap, samar-samar kelihatan seorang wanita yang bertudung biru lembut. Setelah selesai bernasyid, seorang demi seorang kanak-kanak bersalaman dengan guru itu. Tersentuh hati Sulaiman apabila melihat guru tersebut mengucup dahi setiap muridnya.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:29:47 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:29:47 GMT 8
"Ah, dia benar - benar seorang wanita yang penyayang" bisik hati kecil Sulaiman dan dia benar-benar terpana.
"Cik Man, Cik Man.." Sayup-sayup suara itu mengejutkan lamunannya.
"Eh, Aidil, bila Aidil keluar? Puas Cik Man tunggu... tapi tak perasan pula Aidil dah keluar" ujar Sulaiman sambil melemparkan senyuman kepada anak saudaranya itu.
"Dah lama Aidil berdiri tepi Cik Man, tapi Cik Man buat tak tahu je... haa...Cik Man tengok Cikgu Ain ye?"
"Eh, tak adalah... yang mana satu cikgu Ainpun Cik Man tak kenal. Betul, Cik Man betul- betul tak perasan Aidil tadi sebab semuanya nampak sama je bila pakai uniform. Hmm, pandai-pandai ajelah Aidil nak usik Cik Man ye?" ujar Sulaiman tersipu malu. Dalam hatinya terdetik 'kantoilah pulak!'
"Aidil, itu ke cikgu Ain?" tanya Sulaiman sambil menunjuk ke arah seorang wanita muda yang berpakaian serba biru yang sedang tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah murid-muridnya.
"Ye, itulah cikgu Ain. Cik Man nak tahu...cikgu Ain tu baik sangat. Bukan itu je, Cikgu Ain tu cantikkk.... macam Aiswarya Rai, heroin yang Aidil suka!"
"Iya?"
"Ha aaa... cikgu Ain pandai bernasyid juga tau Cik Man? Suara dia sedap..macam Siti Nurhaliza. Dia selalu ajar Aidil nasyid!.
'Perrgghh.. baik dia punya promote Si Aidil ni! Ingatkan ummi dengan neneknya saja yang promote cikgu tu lebih - lebih...Aidilpun sama? Ni mesti ada pakatan anak beranak ni?' Fikir Sulaiman sendirian.
"Jom kita balik, dah panas terik ni. Karang kalau Aidil demam, tak boleh pula nak ke sekolah," ajak Sulaiman. Berat juga dia ingin melangkah, kerana dia belum puas menatap wajah ayu Cikgu Nurain itu. Dalam diam dia mengakui bahawa Cikgu Nurain memang cantik. Kulitnya putih melepak, alis matanya hitam dan lentik, bibirnya mungil kemerahan, bersopan, ayu, dan penyayang. Tapi sayang, namanya Nurain, bukannya Balqis... ah, lupakan saja!
Kesejukan bilik yang berhawa dingin itu tetap tidak menyejukkan keadaan pegawai muda itu. Suasana bilik itu tetap hangat dengan kesibukannya. Banyak betul kerja yang perlu diselesaikannya. Masih bertimbun fail - fail yang tidak diusiknya lagi. Maklumlah, hampir sebulan dia bercuti. Dia agak tertekan. Keserabutan fikirannya ditambah pula dengan kehadiran Rina, sekretari Tuan Ramli yang 'gelenyarnya' tidak terkawal. Apa tidaknya, dari pagi dia mengganggu Sulaiman. Baru sahaja Sulaiman melabuhkan punggungnya di kerusi, Rina sudah terpacul di muka pintu menanyakan khabar. Katanya dah dekat seminggu dia demam sebab teringatkan Sulaiman. Lepas itu dia datang lagi meminta ole-ole dari Mekah. Lepas itu dia dating lagi..dan lagi dan lagi. Ada - ada sahaja perkara yang membuatkan dia ke bilik Sulaiman.
"Man... nanti kita lunch sama?" ucap Rina sebaik sahaja sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi empuk bilik pegawai muda itu.
"Hmm, I sibuk la Rina. Banyak betul kerja yang perlu I siapkan. You cuba tengok fail-fail ni, petang ni Tuan Ramli nak tengok laporannya. Sorry ye.." elak Sulaiman.
"Kalau macam tu, I bungkuskan untuk you ok? You nak makan apa? I belikan untuk you."
" No, thanks. I dah makan heavy breakfast tadi. Kenyang lagi.."
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:33:06 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:33:06 GMT 8
"Alaa you ni! Ada- ada je alasan kalau I ajak. Hmm jangan menyesal Man, kalau silap-silap nanti you terlepas I... kalau masa tu you merayu, I dah tak layan...mmm baru you tahu!." Rina terus berlalu pergi.
Lega hati Sulaiman bila dia tidak lagi diganggu. Harapannya selepas waktu rehat nanti Rina takkan mengganggunya lagi. Memang Sulaiman tidak nafikan, Rina cantik, gaya persis model. Make-upnya entah berapa kilo, pakaiannya up to date habis. Tapi perangainya? Tuhan saja yang tahu. Satu ofis tahu, dulu dia cuba memikat Tuan Ramli sewaktu pegawai itu mula-mula bertukar ke pejabat itu. Tapi, Tuan Ramli tak layan... maka dia beralih pula kepada bos kecik, siapa lagi kalau bukan Sulaiman Hadi!
Malam semakin larut, di luar rumah kedengaran cengkerik galak menyanyi. Tetapi Sulaiman masih tidak dapat melelapkan matanya. Entah apa masalahnya, matanya masih tidak mahu dilelapkan. Sudah puas dia berkalih tempat tidur, sekejap miring ke kanan,sekejap ke kiri. Sejak pertama kali terpandang wajah itu, di matanya sentiasa terbayang- baying keayuan Cikgu Nurain. Sudah puas dia menidakkan perasaan hatinya bahawa Cikgu Nurain memang hebat! 'Ah, mengapalah namanya Nurain? Mengapa tidak Balqis?" Bentak hati kecilnya. Tanpa menunggu dengan lebih lama dia terus berwuduk dan melakukan solat istikarah agar dia diberi petunjuk...
Suasana itu memang indah dan mendamaikan. Pohon-pohon hijau merendang dan dihiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni serta harum baunya. Dari jauh, Sulaiman terpandang seseorang yang berkerudung hijau muda di pinggir tasik. Dengan perlahan dia menghampiri lembaga itu. 'Ah, wanita rupanya' bisik hati kecil Sulaiman. Dia memberanikan diri untuk menyapa wanita itu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, Sulaiman," jawabnya.
"Eh, saudari tahu nama saya?"
"Ya," jawabnya pendek.
"Bagaimana pula saudari tahu nama saya? Siapa saudari ni?" tanya Sulaiman keliru.
"Saya Balqis."
"Balqis?." Tersentak dengan itu, Sulaiman terjaga. Cepat-cepat dia beristighfar. Sayup- sayup kedengaran suara azan berkumandang memecah kesunyian pagi. Sulaiman kaget, sudah tiga malam berturut-turut dia mengalami mimpi yang sama. Pagi itu dia segera mengisi borang cuti kecemasan. Dia terus memandu ke rumah Kak Longnya.
"Sebenarnya Angah, mak dan kak Long kau adalah merisik serba sikit tentang cikgu Nurain tu, Daripada pandangan mata mak , dia baik, sesuai kalau kau nak jadikan isteri. Tapi, sayangnya namanya Nurain, bukannya Balqis seperti yang kau idamkan."
"Itulah sebabnya saya balik ke mari hari ni juga sebab nak bincangkan perkara inilah mak," ucap Sulaiman sambil membetulkan silanya.
"Tapi masalahnya, bila saya buat istikarah, saya tetap dapat petanda yang nama gadis tu Balqis... ini yang merunsingkan saya mak, sebab saya rasa saya dah jatuh hati pada cikgu Nurain."
"Angah, petunjuk dari Allah tu macam-macam. Kata orang, tak semestinya kita nampak wajah orang tu... kadang-kadang ia bergantung kepada kekuatan perasaan kita juga," sampuk Siti Mariam yang baru saja meletakkan Luqman ke dalam buaian.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:34:06 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:34:06 GMT 8
"Betul tu Sulaiman, cuba kamu fikirkan mengapa selepas kamu terjumpa Nurain, perasaan kamu dah lain? Sebelum ni kamu tak pernah berperasaan beginikan? Walaupun dah ramai orang kamu jumpa ?" Tanya ibunya. Sulaiman hanya mengangguk lemah.
"Macam nilah Angah, kak Long cadangkan supaya Angah berjumpa dengan Cikgu Nurain tu. Terangkan hal yang sebenar."
"Biar betul Kak Long ni? Nak suruh saya pergi buta macam tu je... cakap saya sukakan dia? Terkejut beruk cikgu tu karang! Mahunya dia pengsan seminggu!"
"Ishh.... gentleman la sikit Angah, lagipun kita berhajat baik. Cikgu Nurain tupun berpelajaran juga, takkanlah dia nak cepat melatah. Kalau dah suka tu... cepat- cepatlah sikit, nanti terlepas susah pulak! Lagipun apa yang kak Long tahu, dia belum berpunya tau."
"Eh, macam mana Kak Long tahu ni?"
"Alahh, kami ni kan perempuan?" Ujar Siti Mariam tersenyum lebar.
"Macam ni Sulaiman. Hari tu terlanjur Kak long kamu menghantar Aidil ke tadika mak ikut sekali, dapatlah bersembang dengan cikgu tu" terang Puan Asiah.
"Hmm.. mak promote le serba sikit tentang Angah.. tapi tak la lebih-lebih" sampuk Siti Mariam.
"Eh, iya ke mak? Terima kasihlah sebab bersusah payah pasal saya. Kalau dah macam tu, rasanya eloklah saya bertemu dengan Nurain sendiri," ujar Sulaiman bersemangat.
Dalam pejalan ke Tadika An-nur fikiran Sulaiman semakin berkecamuk. Degupan jantungnya semakin kuat. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Adakah tindakan yang bakal diambilnya itu tepat? Mengapa egonya selama ini musnah kerana seorang wanita bernama Nurain? Di manakah ikrarnya? Sulaiman hanya untuk Balqis? Dia semakin keliru. Namun dia sudah nekad. Setibanya dia di perkarangan tadika itu, jam telah menunjukkan pukul 11.40 pagi. Suasana sekeliling tadika lengang kerana kanak-kanak telahpun pulang dari tadika. Dari jauh Sulaiman ternampak kelibat dua manusia, Cikgu Nurain menemani Aidil di taman permainan kecil di sebelah tadika.
"Assalamualaikum," sapa Sulaiman.
" Waalaikumsalam," jawab Cikgu Nurain lembut.
"Saya Sulaiman, pakcik kepada Aidil. Maaflah buat cikgu terpaksa menunggu Aidil. Emaknya tak dapat jemputnya. Dia minta saya jemput," terang Sulaiman membuka bicara. Hatinya semakin berdebar-debar. Aidil yang tadi leka bermain terus berlari menghampirinya apabila ternampak kelibat Sulaiman.
"Cik Man... nak jemput Aidil ke? Boleh tak Cik Man tunggu sekejap? Aidil tak puaslah main buaian..." rengek anak kecil itu.
"Pergilah main, lagipun Cik Man ada hal sikit dengan cikgu Nurain. Nanti Cik Man panggil Aidil ok?" Beritahu Sulaiman sambil melemparkan senyuman.
"Cikgu Nurain, boleh saya bercakap sekejap?" Tanya Sulaiman agak gugup.
"Boleh, apa salahnya, cakaplah saya sudi mendengarnya" jawabnya lembut. Bibirnya terukir segaris senyuman manis, lantas dia menundukkan wajahnya. Sulaiman terpesona melihat cahaya mata Nurain buat kali pertama. Hatinya semakin berdebar. Lidahnya bagaikan kelu untuk berkata, namun digagahi juga.
"Sebenarnya apa yang saya ingin katakana ini agak berat sedikit. Saya harap Nurain tak tekejut mendengar apa yang ingin saya katakan nanti." Sulaiman tarik nafas dalam-dalam, lalu dihembuskannya perlahan-lahan. Dia mencari sedikit kekuatan dan ketenangan untuk meneruskan bicara. Nurain yang dari tadi duduk, tenang menunggu bicara apa yang bakal diluahkan.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:34:45 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:34:45 GMT 8
"Sebenarnya, sejak pertama kali saya bertemu Nurain, hati saya terpaut. Namun, saya telah cuba menafikan perasaan itu tetapi saya telah gagal. Masa tu saya agak gementar dan takut untuk menuruti kata hati saya kerana.."
"Kerana nama saya Nurain dan bukannya Balqis?" pintas Nurain.
"Err... mana Nurain tahu?" Tanya Sulaiman kaget.
"Adalah, rahsia.." ujar Nurain sambil menekup mulutnya menahan tawa.
Dalam fikiran Sulaiman terbayang wajah Kak Long dan emaknya. Ini mesti kerja pakatan komplot dua beranak tu, entah-entah Aidilpun terlibat tak? Detik hati kecilnya. " Betul, tapi itu dulu. Saya terlalu mengikut perasaan, tenggelam dalam ilusi saya sendiri. Mungkin saya tidak berpijak di dunia yang nyata waktu tu. Tapi setelah saya fikirkan masak-masak, apa ada pada nama?"
"Boleh saya tahu..itupun kalau Sulaiman tak keberatanlah, boleh ceritakan sikit tak... kenapa nak sangat dengan orang yang bernama Balqis ni? Girlfriend lama ke?"
"Eh, tak adalah... saya ni belum pernah ada teman istimewa, sebab sebelum ni saya terlalu komited terhadap studi dan kerjaya... sampaikan terlupa hal-hal lain. Tapi kalau saya ceritakan kenapa saya sukakan orang yang bernama Balqis, Nurain jangan ketawakan saya tau. Janji?" tanya Sulaiman besungguh.
"Ok, saya janji."
"Ceritanya begini. Masa saya kecil-kecil dulu, arwah datuk saya suka bercerita tentang nabi-nabi. Salah satu daripadanya, tentang nabi Sulaiman dengan ratu Balqis. Sejak dari situlah saya terpengaruh untuk mencari pasangan hidup bernama Balqis juga! Sebab kebetulan nama sayapun Sulaiman." ujar Sulaiman jujur. Nurain tertawa kecil.
"Pelik betul awak ye? Kalaulah semua orang lelaki di dunia ni macam awak... " Nurain tidak meneruskan kata. Geli hatinya mendengar cerita Sulaiman itu.
"Hmm kalau saya tanyakan sesuatu boleh?"Tanya Sulaiman. Nurain hanya menganggukkan kepalanya.
"Nurain sudah berpunya?." Nurain menggelengkan kepala.
"Sudi tak Nurain terima saya?" tanya Sulaiman berani. Nurain terdiam seketika. Pandangannya dilemparkan jauh-jauh. Beberapa ketika kemudian dia bersuara.
"Saya ni belum berpunya. Tentang pilihan jodoh, saya serahkan kepada bapa saya. Kalau dia setuju, setujulah saya. Bagi pihak diri saya tiada halangan."
Hati Sulaiman sedikit berbunga, halangan pertama rasanya sudah dilepasi. Namun dia perlu berjumpa dengan keluarga Nurain sendiri.
"Kalau begitu, bila agaknya masa yang sesuai saya bertemu dengan keluarga Nurain?"
"Hmm.. datanglah ke rumah Ahad ni. Ada sedikit kenduri kesyukuran. Majlis doa selamat untuk adik saya yang nak ke oversea. Bolehlah Sulaiman berjumpa dengan saudara-mara sekali."ujarnya sopan.
" Insya-Allah" jawab Sulaiman pendek.
"Hmm, saya rasa dah lewat ni. Lagipun tak manis dipandang orang. Kalau tak ada hal lain lagi, saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum." Pinta Nurain dan berlalu pergi.
" Waalaikumsalam" balas Sulaiman pendek sambil matanya menghantar Nurain jauh hingga keluar pintu pagar tadika. Malam itu selepas menikmati makan malam, Sulaiman sekeluarga duduk di anjung depan rumah. Aidil dan Luqman sudah lama dibuai mimpi. Dari tadi emak dan abang ipar Sulaiman membisu seribu bahasa. Sulaiman pula entah melayang ke mana.
"Ha Angah, apa keputusannya? Jadi ke rumah Nurain?"
"Kalau diikutkan hati, memanglah jadi, tapi risau pula saya kalau-kalau keluarga Haji Syukri tu tak dapat terima kehadiran saya nanti. Silap-silap Haji Syukri tembak saya dengan senapang gajah, naya saya!"
"Janganlah risau dan fikirkan yang bukan-bukan. Haji Syukri tu baik orangnya. Untuk pengetahuan kamu, mak ada berjumpa dengannya merisikkan Nurain. Setakat ni mak belum dapat kata putus darinya. Rasanya dia tiada halangan cuma dia ingin berjumpa dengan kamu" ujar Puan Asiah bersahaja.
"Eh, mak risikkan Nurain tanpa pengetahuan saya?"
"Hmm.. mak kenal benar dengan citarasa anak mak ni. Tak payah nak berselindung, sekilas ikan di air, mak dah tahu jantan betinanya! Lagipun mak berkenan benar dengan Nurain. Sekarang ni cuma bergantung kepada kamu, kamu yang nak berkahwin... terpulanglah. Emak tak mahu memaksa" ujar Puan Asiah panjang lebar. Dengan perlahan Sulaiman menarik nafasnya dalam-dalam, lalu dihembusnya lama-lama... dia benar-benar lega!
Suasana rumah Haji Syukri agak lengang. Kelihatan hanya saudara mara rapatnya sahaja yang masih tinggal. Dari tadi Nurain tak menang tangan melayani tetamu- tetamu wanita di bahagian dapur. Kini dia sibuk menghidangkan sedikit jamuan untuk ibu dan kakak Sulaiman yang datang agak lewat. Di anjung rumah, kelihatan Haji Syukri sedang rancak berbual dengan Haris, abang ipar Sulaiman. Di sebelahnya kelihatan Sulaiman yang sedang 'control macho' . Kalaulah ditoreh mukanya... entah-entah tak berdarah kot?
Sesekali terdengar mereka tertawa kecil,entah apa yang melucukan. Sulaiman dapat merasakan kemesraan antara dia dan Haji Syukri kian terjalin. Tanggapannya tentang Haji Syukri sebelum ini ternyata meleset. Haji Syukri peramah dan pandai menyusun kata. Maka tak hairanlah jika dia mengajar di surau pasti penuh sesak dengan jemaah.
" Ha Syukri, mana bakal menantu kamu?" tanya seorang lelaki yang umurnya hampir seabad. Namun lelaki itu kelihatan masih sihat dan wajahnya tenang mendamaikan. Perbualan Haji Syukri, Haris dan Sulaiman terhenti seketika.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:35:56 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:35:56 GMT 8
"Hmm, ini dia ayah" ucap Haji Syukri sopan sambil menunjukkan ke arah Sulaiman yang berada di sebelah Haris. Dia tersenyum tenang. Sulaiman tiba-tiba gugup! 'Eh, biar betul Haji Syukri ni.... kalau nak berguraupun janganlah buat aku aku terkejut macam ni' detik hati Sulaiman.
"Sulaiman, inilah datuk Nurain, baru semalam sampai dari kampung" perkenal Haji Syukri.
"Apa khabar Tok? Saya Sulaiman" ujar Sulaiman sambil bersalam.
" Oh, inilah bakal suami Balqis ye? Hmm secocok benarlah!" ucapnya sambil tersengih menampakkan beberapa batang gigi yang masih tinggal.
"Balqis?" Sulaiman tersentak apabila nama itu disebut. Dia keliru. Dikumpulnya keku-atan, lalu dia bertanya dengan sopan.
"Maafkan saya, tadi Tok menyebut nama Balqis, siapa tu Tok?" Tanya Sulaiman dengan wajahnya penuh persoalan. Datuk hanya tersengih, lalu memandang tepat ke muka Haji Syukri. Haji Syukri turut tersenyum. Seketika kemudian Haji Syukri bersuara tenang
"Balqis tu, Nurainlah. Nama sebenarnya Nurain Balqis. Datuk yang memberikan nama tu padanya. Hanya datuk yang memanggil namanya Balqis, sedangkan ahli keluarga yang lain memanggilnya Nurain. Dah panggil Nurain dari kecil, jadi melekatlah hingga ke besar", terang Haji Syukri memecahkan kebuntuan. Penerangan Haji Syukri itu membuatkan semua orang faham, lebih-lebih lagi Sulaiman. Dia tersenyum sendirian. Dalam hatinya mengucap kesyukuran. Doanya di depan Kaabah telah diperkenankan. Ikrarnya Sulaiman hanya untuk Balqis bakal terlaksana... dan senyumannya semakin lebar.
Petikan daripada Majalah Remaja 15 September 200
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:37:24 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:37:24 GMT 8
.:: Anugerah ::. Angin petang menolak perlahan tudung yang menutup kepalanya. Dia termangu menghadap ketenangan tasik. Namun, dalam ketenangan tasik itu hatinya sebenarnya penuh dengan badai luka. Cukup kuat gelora di lautan jiwanya, menghempas satu rasa yang bercelaru di pantai kecewa. Tasik Shah Alam cuma memandang sepi pada wajah mendungnya. Keputusan yang satu masa dulu dirasakan betul, kini nampak goyah. Dia kalah. Tiada niat di hatinya untuk menyimpan rasa iri, namun, sesungguhnya dia kalah.
Dia kalah pada Kak Salmah. Siapa yang harus dipersalahkan kini? Dia cuma menghela nafas panjang. Bahagia yang dia kecapi satu masa dulu, kini beransur pergi meninggalkannya. Dan, air matanya sudah kering meratapi perubahan hidupnya itu. Berita yang dia dengar lebih setahun dulu amat mendebarkannya. Satu berita yang amat menakutkannya. Walau pada hakikatnya dia gembira mendengar berita daripada Abang Othman, namun hatinya gundah mendengar kata-kata keramat daripada lelaki itu. Dia bimbang. Bimbang bakal ada perubahan yang akan mengecewakannya.
"Kak Salmah mengandung…," bicara Abang Othman terhenti di situ. Senyum manis terukir di bibirnya, sambil memeluk mesra bahu Kak Salmah. Kak Salmah turut tersenyum riang. Nadia tergamam seketika. Petang yang nyaman kini terasa membahang. Menyedari dua pasang mata itu menikam wajahnya, dia turut mengukir senyum. Senyum yang bagaimana terpamer di bibirnya, dia tidak tahu.
"Tahniah kak…," ucapnya separuh sedar. Kak Salmah tersenyum manis.
"Terima kasih, Nadia ,"
Nadia tersenyum tawar. Tiba-tiba dia berasa cemburu. Kenapa? Dia tidak tahu. Selama ini perasaan itu tidak pernah hadir.
"Mari masuk Sal…," Abang Othman memeluk pinggang Kak Salmah sambil melangkah masuk ke dalam rumah, meninggalkannya tercegat di tengah laman. Hatinya tersentuh. Amat tersentuh. Kenapa dia menjadi amat sensitif hari ini? Dia merenung pasangan yang barangkali masih gembira dengan berita yang mereka terima tadi. Tanpa sedar Nadia terduduk di buaian besi di laman rumah. Abang Othman sudah berubah. Kak Salmah juga sudah berubah. Dia terasa diabaikan. Terasa terpencil di rumah itu. Dia sudah tidak diperlukan lagi. Barangkali itu hanya perasaannya. Nadia cuba memujuk perasaannya sendiri. Sudah 15 tahun Abang Othman dan Kak Salmah menanti saat ini, sudah tentu mereka gembira dengan berita ini. Dan kegembiraan itu telah membuat mereka lupa pada kewujudanku barangkali. Hati Nadia memujuk lembut. Dan untuk 9 bulan seterusnya dia terus memujuk hatinya sendiri. Abang Othman semakin meminggirkan dirinya. Masanya banyak habis dengan Kak Salmah. Dan, Kak Salmah tidak pernah bersuara tentang perubahan Abang Othman. Dia sendiri pula , tidak suka membesarkan hal itu. Dia tahu siapa dirinya. Sudahnya dia menderita di dalam diam.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:38:37 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:38:37 GMT 8
"Kak Salmah sedang sarat sekarang… jadi abang kenalah selalu bersamanya. Nadia pun selalulah perhatikan Kak Salmah tu…," itulah kata-kata yang keluar dari bibir Abang Othman setiap kali Nadia meminta perhatiannya. Sudahnya dia cuma mendiamkan diri. Tidak mahu ada pertelingkahan yang berlaku. Biarlah. Biarlah Abang Othman bahagia. Biarlah Kak Salmah gembira. Dirinya? Biarlah dia bertahan selagi dia mampu. Perit hatinya setiap kali melihat Abang Othman terlalu mengambil berat tentang Kak Salmah. Sedang dirinya, perlahan-lahan terabai daripada perhatian Abang Othman. Abang Othman tidak seperti dulu lagi. Kak Salmah pun sudah tidak sebaik dulu. Dalam diam dia mula menghirup pahitnya madu yang terhidang di hadapannya. Hatinya makin terseksa melihat tingkah suami isteri itu. Saban hari hatinya menangis menahan rasa. Ingin lari daripada situasi yang menyeksakan itu, Nadia nekad untuk sambung belajar. Dalam diam dia menghantar surat permohonan dan apabila dia suarakan kepada Abang Othman selepas itu, Abang Othman tidak menghalang. Hampir tiga bulan selepas Kak Salmah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel untuk Abang Othman, dia berangkat ke Shah Alam. Memperjudikan nasib sebagai seorang pelajar. Dia hanya mampu menitiskan airmata apabila Abang Othman hanya melepaskan dia sendirian datang ke sini tiga bulan yang lalu.
"Armin demam kuat. Nadia tak kisah kan kalau Nadia pergi sendiri? Nanti… bila dah sampai, inform pada abang."
Nadia mendongak. Merenung tajam wajah Abang Othman. Beg pakaian disisihkan seketika.
"Takkan Nadia nak pergi sorang. Nadia bukannya ada siapa-siapa lagi. Nadia hanya ada abang je. Temankanlah Nadia. Bukannya lama pun. Dua tiga hari je," Nadia cuba memujuk.
"Tapi… Armin tak sihat. Nadia kena faham…,"
"Asyik Nadia je nak kena faham. Abang langsung tak hiraukan Nadia sekarang ni…"
"Nadia kena faham…," kata-kata Abang Othman terputus apabila mendengar panggilan Kak Salmah.
"Abang! Armin muntah!"
"Abang pergi tengok Armin dulu ya," Abang Othman terus berlalu meninggalkan Nadia dengan perasaan yang terbuku. Sampai hati Abang Othman. Sakit hati dengan sikap Abang Othman , Nadia tidak lagi menggesa malah tidak lagi bersuara di hadapan Abang Othman. Dia terlalu berkecil hati dengan Abang Othman. Terasa sangat terpinggir dengan layanan Abang Othman. Sudahnya dia pergi sendirian ketika Abang Othman dan Kak Salmah tiada di rumah. Abang Othman sibuk. Sibuk menghantar Armin ke klinik. Bukan sedikit airmata yang tumpah saat dia melangkah keluar dari rumah tanpa ada sesiapa yang mengiringinya. Perlahan dia menyeka airmatanya. Tasik Shah Alam sudah berwajah suram. Sudah lama dia di sini rupanya. Tanpa sedar perlahan dia mengusap perutnya. Di situ ada tersimpan darah daging Abang Othman. Hatinya masih goyah untuk mengkhabarkan berita itu pada Abang Othman. Dia tawar hati sebenarnya untuk berkongsi berita itu dengan sesiapa pun. Lagi pun Abang Othman sudah ada Armin… Empat bulan dia merahsiakan berita itu. Biarlah ianya menjadi rahsia selamanya. Abang Othman pun amat jarang menghubunginya. Selama tiga bulan dia di sini hanya dua kali Abang Othman menghubunginya. Kali pertama dia memohon maaf kerana tidak dapat mengiringi pemergiannya dan kali kedua apabila dia mendapat tahu yang Nadia tidak sihat. Itupun kawan serumah Nadia yang memaklumkan kepada Abnag Othman tentang keadaan Nadia secara diam-diam. Tanpa pengetahuan Nadia. Selepas itu tiada lagi berita daripada Abang Othman. Pasti Abang Othman tengah sibuk melayani kerenah anak sulungnya dan sedang bahagia hidup bersama dengan Kak Salmah tanpa ada dia sebagai pengganggu lagi. Dia mengeluh perlahan. Gusar kadang-kadang apabila dia memikirkan nasib anak di dalam kandungannnya. Dia pernah berjanji untuk melahirkan seorang bayi yang comel untuk Abang Othman dan kini… janjinya hampir tertunai. Tapi rasanya sudah terlambat. Zuriat daripadanya mungkin tidak diperlukan lagi… sebagaimana dirinya tidak lagi diperlukan olah pasangan suami isteri itu. Jemarinya erat menekan perutnya. Dia bagai dapat merasakan penderitaan yang bakal ditanggung oleh anaknya itu.
*****
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:39:53 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:39:53 GMT 8
Nadia … ada orang nak jumpa," suara Nita kawan serumahnya menyentuhlembut telinganya selembut ketukan di pintu biliknya. Nadia mengesat airmata yang laju mengalir. Entah kenapa sering sangat dia menangisi nasibnya sendiri. Dia tahu tindakannya itu tidak betul. Namun dia tidak berdaya. Dia amat sedih dengan sikap lepas tangan Abang Othman. Daripada dia mulamenjejakkan kaki di Shah Alam sehinggalah kandungannya hanya menunggu harisahaja, sekali pun lelaki itu tidak menjengah muka. Memang Abang Othman tidak tahu dia mengandung… namun Abang Othman patut mengambil tahu tentang dirinya. Kerana…. dia adalah isteri Abamg Othman yang sah. Perlahan dia mengangkat punggung sambil memegang perutnya yang memboyot. Untuk seketika dia memandang wajahnya di cermin. Memastikan segala kesan air mata tersisih daripada wajahnya. Kemudia dia melangkah perlahan membuka pintu bilik. Nita masih tercegat di depan pintu biliknya.
"Siapa Nita?," soalnya perlahan.
"Entah. Aku tak kenal."
Nadia tersenyum nipis. Perlahan dia melangkah keluar. Ingin melihat siapa tetamunya. Hatinya tiba-tiba disentap sayu melihat susuk tubuh yang membelakanginya di ruang tamu. Dia amat kenal tubuh itu. Abang Othman. Apa yang Abang Othman buat di sini? Langkahnya terasa kaku tiba-tiba. Namun dia gagahkan jua.
"Abang…," dia bersuara perlahan. Suara tanpa nada. Rasanya dia sedang berdepan dengan seorang yang amat asing. Abang Othman berpaling dan wajahnya disapu riak terkejut yang amat sangat. Untuk seketika dia terdiam. Cuma matanya memendang perut Nadia yang sarat.
"Nadia…," akhirnya dia bersuara perlahan. Nadia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sekali lagi airmatanya mengalir dengan amat mudah. Segera disekanya. Dia tidak mahu menangis lagi. Dia harus kuat.
"Apa abang buat di sini?," soalnya menahan sendu.
"Abang ada urusan di KL. Terus abang ke sini. Ingat nak jenguk Nadia."
Nadia merenung wajah Abang Othman seketika.
"Nadia sihat. Tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Tak payahlah abang susah-susah datang jenguk Nadia. Kesian Kak Salmah tinggal sorang. Kesian Armin tak ada siapa nak jaga."
Abang Othman melangkah mendekati Nadia. Perlahan dia menyentuh jemari Nadia. Nadia menarik perlahan.
"Nadia …kenapa tak beritahu abang?"
"Beritahu apa?"
"Nadia mengandung. Kenapa abang tak tahu? Kalau abang tak ke sini… sampai Nadia bersalin pun abang tak tahu Nadia mengandung..," Abang Othman bersuara. Ada nada geram di dalam alunan suaranya.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:41:22 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:41:22 GMT 8
Abang ada masa ke untuk dengar berita ni? Abang senang hati ke mendengar berita ni?"
"Sudah tentu abang suka. Nadia mengandungkan anak abang… kenapa Nadia rahsiakan? Berbulan-bulan Nadia menanggung beban ini sendirian. Kenapa Nadia?"
"Nadia harus belajar untuk hidup susah…"
Abang Othman diam. Cuma matanya tajam menikam wajah Nadia. Dia dapat rasakan ada kelainanan pada bicara Nadia. Nadia tidak pernah bercakap begini di depannya.
"Apa maksud Nadia?"
"Nadia dah penat menjadi pengacau kebahagiaan abang dan Kak Salmah. Nadia dah tak sanggup nak hadapinya lagi."
"Apa Nadia cakap ni? Abang tak pernah anggap Nadia macam tu."
"Dan… Nadia tak pernah ada di hati abang. Abang kahwin dengan Nadia kerana anak. Cuma kerana anak. Bila Kak Salmah mengandung… Nadia terus diketepikan."
"Nadia… jangan cakap macam ni.."
Nadia merenung tajam wajah Abang Othman. Segala layanan pahit yang diterimanya tiba-tiba menyerbu di ingatan.
"Nadia tak mungkin lupa dengan apa yang dah abang lakukan pada Nadia. Sejak daripada Kak Salmah mengandung… sehingga dia melahirkan Armin. Itu semua cukup untuk sedarkan Nadia yang Nadia sebenarnya tidak diperlukan. Langsung tidak diperlukan. Abang sanggup lepaskan Nadia datang ke sini sendirian padahal Nadia ni isteri abang. Mana tanggungjawab abang sebagai seorang suami? Dan berapa kali abang datang jenguk Nadia selama Nadia di sini? Tak pernah! Entah Nadia sihat ke sakit ke… entah Nadia hidup…entah Nadia mati…. Abang tak pernah nak ambil kisah. Abang tak pernah ambil berat pasal Nadia. Sampai hati abang buat Nadia macam ni.." Nadia menarik nafas. Letih bercakap tanpa henti.
"Nadia …abang minta maaf. Abang langsung tak bermaksud untuk meyingkirkan Nadia. Abang sayangkan Nadia. Mungkin selama ini abang lalai dengan Armin. Nadia harus faham… 15 tahun abang nantikan kehadiran seorang anak. Akhirnya impian abang termakbul…"
"Dan… abang boleh singkirkan Nadia macam tu saja?" pintas Nadia bersama sekuntum senyuman pahit.
"Abang mengaku abang silap. Maafkan abang.."
"Saya dah tawar hati…" ujar Nadia ringkas. Abang Othman memegang erat tangan Nadia. Nadia mengalihkan muka ke arah lain.
"Beri abang peluang untuk berubah ya.."
"Setahun abang sia-siakan peluang yang saya bagi. Berilah peluang untuk saya pilih cara hidup yang boleh membahagiakan saya…," Nadia mula menggunakan ganti diri 'saya'… cukup memberi kesan sayu di hati Abang Othman. Daripada seorang gadis yang manja dan lembut, kini Nadia menjadi seorang wanita keras hati.
"Anak kita perlukan bapa…"
"Jangan gunakan anak saya sebagai alasan. Anak ini satu anugerah untuk saya lalui hidup ini dengan berani. Cuma satu yang Nadia nak… jagalah isteri dan anak abang baik-baik. Dan jangan ganggu saya lagi."
"Nadia… abang sayangkan Nadia dan abang adalah bapa kepada anak ini.." ujar Abang Othman sambil menyentuh perut Nadia.
"Nadia sendiri tidak mampu megubah kenyataan itu. Kenyataan tetap satu kenyataan. Sebagaimana pahitnya kenyataan yang abang berikan pada Nadia… dan Nadia tak mampu mengubahnya. Cuma … Nadia minta abang faham perasaan Nadia dan biarlah Nadia pilih cara hidup Nadia sendiri."
Abang Othman diam seketika. Tidak sangka begini akhirnya. Dia mengambil mudah tentang Nadia kerana Nadia seperti tidak kisah dengan apa yang dia lakukan.
Nadia tidak memberontak malah tidak pernah mencari masalah selama ini. Namun, hari ini Nadia tiba-tiba berubah. Amat berubah. Puncanya? Memang dia yang salah.Tapi tidak bolehkah Nadia memaafkannya? Tiba-tiba bibir matanya terasa panas. Dia menangis di bahu Nadia. Menagis semahu-mahunya.
"Maafkan abang…," bisiknya di dalam sedu penyesalan.
"Dah lama Nadia maafkan abang. Cuma.. untuk lupakan kepahitan itu… Nadia tak berdaya…"
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:42:17 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:42:17 GMT 8
.:: Tugas terakhir Lina ::. I terpaksa balik dululahh...., Puan Maria.... I got an appointment this evening...., " Lina berdiri sambil memegang beg sandangnya,...Mari merenung jamnya.... Sudah pukul 5:45 petang..... tapi projek mereka masih belum siap..... dan sekarang Lina sudah minta izin pulang...... "But we need to finish this proposal by tomorrow morning.....I want everything to be done before tomorrow........" Maria memandang Lina seolah-olah meminta simpati.... "Yes..., but it's all settle except for slides preparation....I boleh buat esok pagi.." janji Lina... "Okaylah..... go ahead but promise come early tomorrow...," Maria mengingatkan..... "No problem... I tak pernah datang lambat Puan Maria..., incase you've forgotten...," Lina tersenyum "Of course...... You never late.... but i belive tought is a special occasion, judging from I seen and.... jangan nak gaduh2 lagi..... Tak baik...., nanti si Zam tu lari...., siapa yang rugi.. " Lina cuma tersengih mendengar komentar bosnya yang dianggap seperti kakaknya... Maria memerhatikan lina yang kelihatan anggun petang itu....., melangkah keluar dari pintu office.... Lina cantik...., lemah lembut dan bijak.... Beruntung sungguh boyfriendnya.... Lina bukanlah seperti lain2 sekretari yang memilih untuk tidak bekerja dengan bos perempuan.....Kini.... tinggal Maria sendirian untuk menyiapkan kerja itu....Nasib baiklah Maria memang jenis bos yang pandai buat keje endiri...Tahap kelajuan menaip bukan calang2...., Maklum laaa dia naik dari bawah...... sebelum duduk di kerusi Manager sekarang....Maria masih lagi tekun merekabentuk prensentation yang sesuai kerana Maria..... memang cerewet dalam hal2 begini...... Tidak ramai sekertarinya yang boleh memahani apa yang Maria mahukan...... kecuali....Lina yang nampaknya boleh membaca fikiran Maria.... dan mempunyai etika yang baguss... Cuma tak suka stayback...... Maklumlah orang muda.... tentu lebih seronok keluar dengan kekasih daripada...... bergelut dengan kertas2 dan angka2..... "Hhmmm.., mampus aku..!!!... Macam mana nak design lay-out nie..??...... Macam ni buruk.., ..macam tu pulak hodoh...., Problem....,Problem...!!!.. Bila aku boleh tidur nie.... ..rungutnya...,Maria memang nampak betul2 tension sampai bercakap sendirian,..... Beberapa ketika kemudian....., Maria hanya termenung dimejanya....,sambil mengadap komputer....Kepalanya betul2 buntu!!!.... Jam di monitor komputer menunjukan 7:30malam............. Tiba2 kedengran bunyi swipe card digunakan di pintu utama.... "Assalamualaikumm..., Puan Maria...." suara yang memberi salam didengarnya... Untuk memastikannya...., Maria berpaling...."Waalaikumsalam....., Eh.., kan ada date..??" Maria merenung Lina yang kelihatan agak murung...... "Date I cancel lah.....," jawab Lina perlahan.."Kesian you...., takpe...., kita siapkan projek nie yer......I pun sampai tahap buntu dah nie....I nak pergi sembahyang Maghrib dulu......You buat bagi habiss...., nanti I antar you balik...," Maria bangun dan mencapai Al-Quran di hujung meja.....Lina mengangguk dan terus duduk di kerusi yang Maria duduki sebentar tadi..... "I stuck kat Motor Risks tu.... Tak tau nak buat lay-out kemalangan jalanrayalah....." Maria menggaru2 kepalanya... "Kalau boleh I nak yang betul2 real supaya potential client tu.... faham kenapa kerajaan wajibkan insurans kenderaan..... Boleh tak you buat something.....ngeri tapi menginsafkan orang yang memandangnya.....,"sambungnya sambil mengambarkan apa yang diingininya...."Sure.., no problem.... I dah alami kemalangan jalanrayanie....I rasa I boleh buat apa yang you nak...," balas Lina......Maria tersenyum lega...., Dia tahu kemampuan Lina...,"Good.., I pergi sembahyang kejap...., Lepas tu I nak mengaji sampai Isyak.....,and don't hesitate to interrupt me if there is anything.....,"Lina angguk... "You bacakan Yassin untuk I..., boleh tak ..??...Maklumlah I tak sempat belajar mengaji...," kata Lina perlahan sambil memandang Maria.... "Tak sempat ke malas....??" Lina cuma tersenyum mendengar sindiran pedas Maria... "Kita keje nie keje jugak...., Jangan sampai jadi hamba kerja dan lupa pada kewajipan......I rasa tak pernah nampak you sembahyang......... "Lagipunn kita...bukannya tak ada kemudahan untuk beribadat kat office nie.....," Sekali lagi Lina terkena....., Pedas..tapi itulah kenyataan!!!... Dia tahu Maria tidak bermaksud menyakiti hatinya..... "Eerrrkk.., tak sempat...." balas Lina sambil tunduk..... Maria terus menuju ke surau yang terletak cuma kira 20 meter...... Dari dalam surau.... Maria dapat mendengar keybord komputer berdetik2...... Selesai sembahyang Maghrib.... Maria terus berdoa..... semoga proposal itu diterima....Kemudian Maria membaca AL-Quran sementara menunggu waktu Isyak....Kedengaran bunyi printer sedang digunakan...... Cepat dan cekap sungguh Lina bekerja......bisik Maria... Belum pernah Maria rasa puas hati denga sekretari2nya...sebelum ini... Jam sudah menunjukkan.... menandakan masuknya waktu Isyak..... Maria....mengerjakan solat Isyak dengan tenang....,Setelah selesai..... Maria bersolek ala kadar dan terus menuju ke mejanya.....Suasana di pejabat sudah senyap sunyi.... Mungkin Lina sudah menyelesaikan tugasnya.... Maria lihat di atas mejanya proposal itu sudah lengkap dengan slide lay-out dan Maria dapat membayangkan presentationnya esok akan success...
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:43:47 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:43:47 GMT 8
I terpaksa balik dululahh...., Puan Maria.... I got an appointment this evening...., " Lina berdiri sambil memegang beg sandangnya,...Mari merenung jamnya.... Sudah pukul 5:45 petang..... tapi projek mereka masih belum siap..... dan sekarang Lina sudah minta izin pulang...... "But we need to finish this proposal by tomorrow morning.....I want everything to be done before tomorrow........" Maria memandang Lina seolah-olah meminta simpati.... "Yes..., but it's all settle except for slides preparation....I boleh buat esok pagi.." janji Lina... "Okaylah..... go ahead but promise come early tomorrow...," Maria mengingatkan..... "No problem... I tak pernah datang lambat Puan Maria..., incase you've forgotten...," Lina tersenyum "Of course...... You never late.... but i belive tought is a special occasion, judging from I seen and.... jangan nak gaduh2 lagi..... Tak baik...., nanti si Zam tu lari...., siapa yang rugi.. " Lina cuma tersengih mendengar komentar bosnya yang dianggap seperti kakaknya... Maria memerhatikan lina yang kelihatan anggun petang itu....., melangkah keluar dari pintu office.... Lina cantik...., lemah lembut dan bijak.... Beruntung sungguh boyfriendnya.... Lina bukanlah seperti lain2 sekretari yang memilih untuk tidak bekerja dengan bos perempuan.....Kini.... tinggal Maria sendirian untuk menyiapkan kerja itu....Nasib baiklah Maria memang jenis bos yang pandai buat keje endiri...Tahap kelajuan menaip bukan calang2...., Maklum laaa dia naik dari bawah...... sebelum duduk di kerusi Manager sekarang....Maria masih lagi tekun merekabentuk prensentation yang sesuai kerana Maria..... memang cerewet dalam hal2 begini...... Tidak ramai sekertarinya yang boleh memahani apa yang Maria mahukan...... kecuali....Lina yang nampaknya boleh membaca fikiran Maria.... dan mempunyai etika yang baguss... Cuma tak suka stayback...... Maklumlah orang muda.... tentu lebih seronok keluar dengan kekasih daripada...... bergelut dengan kertas2 dan angka2..... "Hhmmm.., mampus aku..!!!... Macam mana nak design lay-out nie..??...... Macam ni buruk.., ..macam tu pulak hodoh...., Problem....,Problem...!!!.. Bila aku boleh tidur nie.... ..rungutnya...,Maria memang nampak betul2 tension sampai bercakap sendirian,..... Beberapa ketika kemudian....., Maria hanya termenung dimejanya....,sambil mengadap komputer....Kepalanya betul2 buntu!!!.... Jam di monitor komputer menunjukan 7:30malam............. Tiba2 kedengran bunyi swipe card digunakan di pintu utama.... "Assalamualaikumm..., Puan Maria...." suara yang memberi salam didengarnya... Untuk memastikannya...., Maria berpaling...."Waalaikumsalam....., Eh.., kan ada date..??" Maria merenung Lina yang kelihatan agak murung...... "Date I cancel lah.....," jawab Lina perlahan.."Kesian you...., takpe...., kita siapkan projek nie yer......I pun sampai tahap buntu dah nie....I nak pergi sembahyang Maghrib dulu......You buat bagi habiss...., nanti I antar you balik...," Maria bangun dan mencapai Al-Quran di hujung meja.....Lina mengangguk dan terus duduk di kerusi yang Maria duduki sebentar tadi..... "I stuck kat Motor Risks tu.... Tak tau nak buat lay-out kemalangan jalanrayalah....." Maria menggaru2 kepalanya... "Kalau boleh I nak yang betul2 real supaya potential client tu.... faham kenapa kerajaan wajibkan insurans kenderaan..... Boleh tak you buat something.....ngeri tapi menginsafkan orang yang memandangnya.....,"sambungnya sambil mengambarkan apa yang diingininya...."Sure.., no problem.... I dah alami kemalangan jalanrayanie....I rasa I boleh buat apa yang you nak...," balas Lina......Maria tersenyum lega...., Dia tahu kemampuan Lina...,"Good.., I pergi sembahyang kejap...., Lepas tu I nak mengaji sampai Isyak.....,and don't hesitate to interrupt me if there is anything.....,"Lina angguk... "You bacakan Yassin untuk I..., boleh tak ..??...Maklumlah I tak sempat belajar mengaji...," kata Lina perlahan sambil memandang Maria.... "Tak sempat ke malas....??" Lina cuma tersenyum mendengar sindiran pedas Maria... "Kita keje nie keje jugak...., Jangan sampai jadi hamba kerja dan lupa pada kewajipan......I rasa tak pernah nampak you sembahyang......... "Lagipunn kita...bukannya tak ada kemudahan untuk beribadat kat office nie.....," Sekali lagi Lina terkena....., Pedas..tapi itulah kenyataan!!!... Dia tahu Maria tidak bermaksud menyakiti hatinya..... "Eerrrkk.., tak sempat...." balas Lina sambil tunduk..... Maria terus menuju ke surau yang terletak cuma kira 20 meter...... Dari dalam surau.... Maria dapat mendengar keybord komputer berdetik2...... Selesai sembahyang Maghrib.... Maria terus berdoa..... semoga proposal itu diterima....Kemudian Maria membaca AL-Quran sementara menunggu waktu Isyak....Kedengaran bunyi printer sedang digunakan...... Cepat dan cekap sungguh Lina bekerja......bisik Maria... Belum pernah Maria rasa puas hati denga sekretari2nya...sebelum ini... Jam sudah menunjukkan.... menandakan masuknya waktu Isyak..... Maria....mengerjakan solat Isyak dengan tenang....,Setelah selesai..... Maria bersolek ala kadar dan terus menuju ke mejanya.....Suasana di pejabat sudah senyap sunyi.... Mungkin Lina sudah menyelesaikan tugasnya.... Maria lihat di atas mejanya proposal itu sudah lengkap dengan slide lay-out dan Maria dapat membayangkan presentationnya esok akan success...
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:44:33 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:44:33 GMT 8
InsyaAllah... dia akan mendapat premium yang agak lumayan dalam keadaan gawat2 begini....Maklumlaaa dalam keadaaan suasana ekonomi jatuh begini....,setiap syarikat besar akan menggunakan insurans untuk mengurangkan risiko kerugian.... Satu demi satu Maria meneliti slide tersebut.....dan dia berpuas hati dengan hasil kerja Lina.... Nampaknya Lina sudah membuat beberapa pembetulan pada kerja Maria sebentar tadi....dan Lina bijak memilih warna.....Maria rasa..., Lina lebih sesuai masuk ke bidang grafik dari bidang insurans..... yang kurang kreativitinya... yang tinggi ini.... "Eeeeee...... ngerinya...., macam manalah agaknya dia boleh design gambar eksiden punya real..??" detik hati Maria.... Maria memandang slide bertajuk Motor Risks..... Sebuah kereta dan bas ekspres menghimpit sebuah motosikal.....Kedua2 pemboncengnya mati.... Salah seorang daripadanya...tercampak dan terbaring..... agak jauh dari motosikal......manakala yang seorang lagi terhimpit di bawah kereta...Digambarkan boot kereta kemek dan cermin pecah.......Tinggi sungguh imaginasi Lina mengambarkan keadaan cermin kereta pecah berderai....dan darah membasahi jalan raya....Maria sudah membayangkan suasana presentation esok......"It is going to be successful presectation with all this slides...." Maria tersenyum gembira dan segera mengemas begnya.....Lina masih tidak kelihatan...Mungkin ke bilik air....agaknya...Maria mencari di sana kemudian.... berpusing satu pejabat....dan memanggil nama Lina....namun tiada sahutan....... Ke mana pula Lina pergi..?? "Dia dah balik agaknya budak nie...," bisik Maria setelah gagal menemui Lina.... Mungkin keluar ketika dia sedang sembahyang dan tidak memberitahu Maria...."Tak apalah...janji kerja dah siap..."detik Maria...sambil membawa komputer bimbitnya....dan ke semua persediaan untuk presentation kerana dia tidak bercadang untuk singah ke pejabat terlebih dahulu...pagi esok...Seperti yang dijangkakan...., presentation berjaya.... Pelanggannya bersetuju dengan setiap kelas insurans yang di cadangkan...Malah pelanggannya juga sanggup meningkatkan lagi sum insured bagi risiko harta benda mereka..... Maria memandu ke pejabat dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.... Tiba di bangunan Sime Darby..., Maria segera menuju ke lif dan menekan butang ke pejabatnya.... Maria masuk ke pejabat bersemangat... untuk berjumpa Lina dan mengucapkan terima kasih atas hasil usaha kerjanya semalam... Tengah hari nanti Maria bercadang mahu belanja Lina makan.. Walaupun Lina sememangnya patut membantunya tetapi Maria memang suka mengambil hati orang bawahannya... "Puan Maria .., macam mana you boleh happy aje hari nie...?? tegur Faridah.., penyambut tetamu di pejabat nya.... "Presentation I success..., sebab tu I happy....Lina dah sampai..??" tanya nya.... "Lina..??...Err.., you tak tahu ke..??"wajah Faridah berkerut memandang Maria... "Tak tau apa??... Semalam Lina patut keluar dengan Zam.., tapi pukul 7:30 dia datang balik ke pejabat.... tolong I buat kerja,.... Dia kata datenya cancel...." Maria menatap Faridah yang begitu kehairanan... "Dia datang balik ke pejabat pukul 7:30.. ?... Tolong you buat keja..??... Errr you tak baca paper hari nie ker...??.." Mata Faridah terbeliak.... Banyak tanya pulak Faridah nie.... "Why...." hati Maria mula gusar..... Faridah menghulurkan suratkhabar dan.... otak Maria pantas mencerna pandangan matanya.....Hatinya berdebar kencang ketika membaca tajuk utama akhbar hari tu...... 'DUA PEMBONCENG MOTOSIKAL MAUT DIHIMPIT KERETA DAN BAS' Turut disiarkan gambar tragedi tersebut.... "Ya Allah...., apa yang Kau cuba tunjukkan padaku..??" kaki Maria begitu lemah dan dia terduduk di sofa tetamu...... Matanya masih terpaku pada gambar di dada akhbar sambil otaknya ligat membandingkan slide Motor Risks yang dibuat oleh Lina malam tadi.....Perlahan2 Maria bangun menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.....Maria mahu membaca surah Yassin....., seperti apa yang Lina minta......
|
|