|
Novel
May 14, 2004 15:46:23 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:46:23 GMT 8
.:: Kasihku Yang Terlerai ::.
Malam itu dia diselimuti kedinginan malam takala embun pagi mula menitis sendu di dedaunan. Cengkerik mula rancak berlagu, begitu juga kodok yang bersahut- sahutan di tepian parit. Lia masih lagi berteleku di jendela. Di buangkan pandangannya ke dada langit, butiran yang berkemilauan memancarkan sinaran. Namun liar anak matanya mencari- cari kelibat sang purnama. Lia menarik nafas panjang, hampa kerana purnama bersembunyi dibalik awan - gemawan. Jendela di tutup rapat, dia mengatur langkah ke hadapan cermin solek. Di renungnya wajahnya ke hadapan cermin, dikesatnya air mata yang mengalir di pipi gebunya
Di hatinya tidak putus - putus berdoa agar doaNya akan termakbul. Lia menghempaskan dirinya ke katil , namun matanya masih tidak mahu tertutup. Lena yang diharapkan namun fikirannya masih lagi merewang. Kata - kata ibunya masih lagi bermain di corong telinganya.
" Lia….bawa bersabar tentu ada hikmah , Mak pun tak percaya perkara sebegini akan terjadi. Tak sangka Wan cepat berubah. sejak berada di luar negara."
Mak Timah menceceh sambil melipat kain di beranda rumah. Lia hanya diam membisu, airmatanya mengalir lesu. Baginya Wan sudah tiada lagi dalam hidupnya, sampai hati Wan sanggup mempermainkan perasaan hatinya. Andainya dia tahu beginilah kesudahannya biarlah dia melabuhkan kasihnya kepada Shah. Insan yang pernah menagihkan kasihnya. Namun apa gunanya kerana Shah nun selamat di taman berzakh. Hatinya bagai terguris bila menerima sepucuk surat dari Wan. Di dalam suratnya Wan menyatakan rasa bersalahnya kerana telah menduakan kasih Lia, dalam senyap- senyap Wan telah berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Issabella. Issabella …sedap namanya. Tentu dia anak mat salleh…secocoklah dengan Wan yang putih melepak macam cina. Betapa pedihnya hati Lia pabila mengetahui dirinya diperlaku sedemikian, sudah genap lima tahun hubungan mereka dan selama itulah ikatan cinta Mereka diikat dengan tali pertunangan. Hari bahagia dinanti dengan penuh debaran , namun sangkaan nya meleset apabi! la Wan meminta putus pertunangan. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya di kala itu.
" Lia….. tak tidur lagi, sudahlah perkara yang lepas jangan dikenang. Hmm…. Lia hendak sambung belajar buat Master?"
Lamunan Lia melayang apabila suara Mak Timah melamar ke corong telinganya dengan tiba- tiba. Lia tersentak melihat Mak Timah, cepat- cepat dia mengesat airmatanya. Diukirkan senyuman kepada ibunya, Mak Timah melabuhkan punggungnya ke sisi Lia. Di usapnya anak rambut Lia, yang kini berada di pangkuannya.
|
|
|
Novel
May 14, 2004 15:46:56 GMT 8
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:46:56 GMT 8
" yer mak…., entahlah Mak biar masa sahaja merawat kelukaan ini. Mungkin ia baik untuk diri Lia"
Mak Timah menyelimutkan tubuh anak tunggalnya, seraya mencium dahinya. Lia mencium kedua belah pipi ibunya, Mak Timah menutup perlahan daun pintu. Lia menarik nafas panjang , dipaksanya anak mata ini tertutup rapat namun makin bulat anak matanya melihat ke atap rumah. Lia mengimbau kembali kenangan silam, entah mengapa. Hatinya terusik pabila fikiranya kembali mengulit sisa - sisa silam yang masih terpahat di kotak fikirannya.
Segalanya ku Terima ( Iusi )
Aku yang kehilangan dalam diri sendiri Terkurung dalam bayangan mu Gelak ketawa engkau bagai bertahun dulu Menyeretku ke syurga kita Itu mimpi yang terkenang, membuat aku terbuang Tika mematah semangat yang masih ada
Cerita silam ini menjadi racun bisa Dan kini aku pun melara Terlemas di dataran dilambung ombak Hidup pun, aku masih menanti mu
Akan tersingkapkah cinta Yang setelah sekian lama kita dodoikan Bersama di mimpi ngeri
Biarpun masih tergagau menjulang cinta yang patah Sebenarnya aku kesepian dan aku masih cinta Diri ini penuh luka yang tidak akan Tertutup meskipun ada pengganti Seiras wajah.
#########################################################
" Alooo…… Assalammualaikum, boleh saya bercakap dengan Shah?"
" Waalaikummusalam …… Yap , Shah bercakap. Siapa yang bercakap di sana ?"
" Hei Shah, aku nie….. Lia. Kamalia. Cepat sungguh kau lupakan aku."
" Ohhh… Lia!!!! maaflah aku tak berapa cam suara kau. Lia kau di mana tu?"
" Shah, aku ada di hentian Bas nie."
" Kau tunggu aku , 10 minit lagi aku sampai. Nanti aku jemput kau di terminal. Assalamualaikum."
" Okay set!!!!! Aku tunggu. Waalaikummusalam"
" Klik"
Ganggang telefon diletak rapi, Lia mengatur langkah seraya melabuhkan punggungnya ke kerusi. Lia menanti penuh gembira terasa tidak sabar untuk melepaskan kerinduanpada keluarga yang berada di kampung. Lia menanti Shah dengan penuh sabar. Terbayang wajah Shah di ruang kotak fikiranya. Wajah anak muda itu sering bermain- main difikirannya. Shah merupakan sahabat karibnya sewaktu kecil hinggalah Lia kini meningkat dewasa
Sahabat ( Fauziah Latif )
Semalam yang pergi Sayup tak berpaling lagi Tinggalkan semua yang pahit dan manis Di titian waktu aku yang terpisah Jauh di hidup mu kini menghisab rindu
Sebaris nama mu ku sematkan Seraut wajah mu terpahat di ingatan Di kaulah di antara insan yang bertakhta di jiwa Seingat ku dulu kita bergandingan Bahu teguh bersatu bagai isi dan kuku Dan tiada pernah ku menduga ku kehilanganmu
Bagai angin pantas menderu pergi membawa Khabar yang pahit sekali sahabatku Aku kini mencari bayangan mu
Seingat ku dulu kita bergandingan bahu Teguh bersatu bagai isi dan kuku Kini ku rasakan kekosongan Setelah kau tiada lagi menemani jalan Yang ku lalui Jalan- jalan yang sama di titi Sahabat ku , aku resah merindui mu.
~TAMAT~
|
|
|
Novel
May 17, 2004 13:29:21 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:29:21 GMT 8
.:: Salah Siapa......? ::. Apa salah aku??!! Apa salah aku??!!!Cakap pada aku apa salah aku!!!" jerit Pak Rashid dengan tubuhnya disandar di pintu biliknya dan dadanya ditepuk tepuk beberapa kali.
"Mengucap bang Rashid mengucap! Bawa istighfar banyak banyak. Ini bukan caranya untuk melepaskan geram!" Mak Timah isteri Pak Rashid cuba melegakan keadaan yang sememangnya hangat bak air panas yang baru mendidih.
Mak Timah juga tidak kurang seperti Pak Rashid, menangis tersedu-sedu mengenangkan nasib yang menimpa mereka. Tetapi Mak Timah lebih penyabar. Dia cuba menahan sebak di dada dengan banyak beristighfar dan berdoa. Siti, anak kedua Mak Timah yang berumur 16 tahun pula tersandar di sofa di ruang tamu dengan linangan air mata yang berlenangan tanpa henti.
"Apakah tidak cukup didikan agama yang kita beri? Apa yang kurang dari kita Mah? Apa yang dia mahu dari kita? Kenapa dia begitu kejam? Tidak cukup ke makan dan minum kita beri selama ini? Kenapa?!!" Pak Rashid tidak mampu bertahan lagi untuk menyambung rintihannya. Esakan tangisannya semakin kuat seperti seorang kanak-kanak yang inginkan susu.
" Sabar bang. Dah nasib kita. Kita serahkan sahaja pada Allah," Mak Timah memujuk.
" Sabar awak kata?!Mana boleh sabar macam gini? Awak sanggup dibuat macam kayu? Macam Sampah? Awak Sanggup!!!"
" Mengucap bang Rashid mengucap. Kita berserah sahaja ye bang," Mak Timah mengesat air matanya dengan lengan bajunya sambil menghadap suaminya yang masih bersandar dengan kakinya terbujur dan tangannya menepuk nempuk dadanya yang begitu pedih.
Siti, melihat keadaan ibu bapanya yang begitu memilukan, mengangkat kaki lalu menuju ke biliknya dan mengunci pintu. Dia melemparkan tubuhnya ke katilnya lalu menutup mukanya dengan bantal dan meraung sekuat-kuatnya. Selama 16 tahun hidupnya, tidak pernah hatinya begitu pedih lebih pedih daripada tikaman pedang. Siti tidak percaya bahawa orang yang disanjungi, disayangi, dihormati sanggup berbuat sesuatu yang begitu kejam. Gambar keluarganya yang tergantung didinding biliknya ditatapinya. Ditenung wajah abangnya yang hitam manis, berbadan tegap, dengan seragam askar, gambar keluarga yang diambil sewaktu Azmi, abangnya itu tamat menjalani perkhidmatan negara. Siti teringat bagaimana abangnya sentiasa memanjakan dirinya dan sentiasa turut kemahuan Siti. Pokoknya, Siti seperti permata bagi Azmi, dijaganya dengan penuh kemesraan. Azmi juga tidak putus-putus menasihati adiknya setiap kali Siti membuat kesilapan.
Nasihat yang sering dinyatakan oleh Azmi kepada Siti ialah jangan jadi seperti Tanggang. Jangan derhaka kepada Ibu - bapa. Pokoknya Azmi sering menasihati Siti supaya menjaga hati ibu-bapanya itu. Cerita Tanggang yang mereka suka menonton sekeluarga di kaca Tv menjadi suatu contoh bagi mereka. Tapi kini, semuanya berubah. Nasihat yang diberi oleh Azmi kepada Siti telah menjadi sebaliknya. Kini Siti yang harus menasihati abangnya Azmi supaya tidak menderhakai ibu - bapa. Siti kesal, begitu kesal dengan sikap abangnya yang begitu dihormatinya. Kasih sayangnya terhadap Azmi menjadi benci. Dia jijik melihat wajah abangnya itu.
" Ringg!!!Ringg!!! "
Telefon berdering beberapa kali tetapi tiada yang mahu menyahutnya. Akhirnya, Siti keluar dari biliknya lalu mengangkat ganggang telefon itu. Dengan suara yang bergetar dia memberi salam.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 13:35:59 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:35:59 GMT 8
Assalamualaikum."
" Hello! Boleh saya bercakap dengan Encik Rashid?" Seorang lelaki menanyakan Pak Rashid.
" Encik siapa? Abah tak berapa sihat. Boleh tinggalkan pesanan? Saya anaknya."
" Saya peguam Azmi, Mr Lee, tolong beritahu Encik Rashid, dia dikehendaki turun ke Mahkamah untuk tandatangan beberapa dokumen esok. "
" Dokumen apa lagi!!Tak cukup ke awak hancurkan keluarga saya?" Siti meninggikan suara.
" Maaf Puan, saya hanya menjalankan tugas saya. Tolong beritahu Encik Rashid ya. Terima Kasih"
Mr Lee menggantung panggilannya itu.
" Setan!!! Pergi jahanam lah Peguam." Siti menghempas ganggang telefon itu.
" Kenapa Siti? Kenapa jerit jerit macam gitu? Kan tak baik?" Mak Timah menyampuk.
" Abah tahu, abang Azmi kau dah ambil lawyer untuk putuskan hubungannya dengan keluarga kita kan? Dia dah tak nak ada kena mengena dengan keluarga kita kan?" Pak Rashid meneka dengan tepat.
" Astagfirullahalazim. Azmi!! Apa salah mak nak? Kenapa kau buat aku macam gini? Ya Allah Ya tuhanku. Apa yang terjadi dengan keluarga ku ini? Ya Allah!!!" Mak Timah turut terkejut lalu pengsan.
Mendengar berita Mak Timah pengsan, Pak Kassim, abang sulung Mak Timah bergegas datang ke rumah Mak Timah. Pak Kassim, seorang ustadz yang mengajar di Masjid Sultan tidak tahu menahu tentang masalah yang telah melanda keluarga adiknya itu. Melihat keadaan Mak Timah dan Pak Rashid, Pak Kassim menuntut penjelasan dari Siti yang kebetulan berada di sisi ibunya itu. Pada mulanya Siti keberatan untuk menceritakan keaiban keluarganya itu tetapi selepas didesak, akhirnya dia terpaksa membocorkan rahsia mereka.
Azmi seorang anak yang baik dan cerdik. Azmi lah satu-satu anak mereka untuk membantu mereka menyekolahkan adik adiknya kerana Mak Timah sudah tidak bekerja dan Pak Rashid sering sakit sakit. Azmi di sekolahkan sehingga ke peringkat University. Pak Rashid dan Mak Timah juga tidak lupa untuk mendidiknya dengan ilmu agama. Dari kecil dia sudah dihantar mengaji dan madrasah. Pokoknya, Azmi seorang anak yang cukup didikan dari segi duniawi dan ukhrawi.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 13:37:54 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:37:54 GMT 8
Semenjak dia berkenalan dengan seorang wanita dari Filipina, Janet, yang juga menjadi kekasihnya, Azmi berubah. Salah satu punca perubahan sikap Azmi adalah kerana Pak Rashid tidak merestui perhubungan mereka kerana kekasihnya itu berlainan bangsa dan agama. Pak Rashid seorang yang berpegang kuat dengan agama. Dia tidak mahu anak-anaknya terpesong. Hati Pak Rashid tidak beberapa senang melihat Janet yang berpakaian Seksi datang ke rumah dan berkepit dengan Azmi. Mak Timah cuba membela anaknya dengan memberi alasan bahawa Janet boleh dididik jika mahu tetapi Pak Rashid berdegil. Baginya, biar anaknya mencari seorang yang beragama Islam. Lagipun, Janet tidak menampakkan minatnya dalam agama Islam. Memburukkan lagi keadaan, Janet tidak begitu peramah dengan ibu-bapa Azmi.
Lama kelamaan, Azmi semakin berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat Pak Rashid dan Mak Timah lagi. Dia lebih banyak mengikut kata-kata Janet. Kadang kala dia tidak mahu balik ke rumah setiap kali Pak Rashid menegurnya tentang Janet.
Saat yang tidak diingini pun berlaku. Tercetuslah pertelingkahan sengit di antara anak dan bapak. Pada suatu hari, Azmi menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Janet. Janet pula telah berjanji akan memeluk agama islam. Pak Rashid tetap melenting dan serta merta menghalangnya. Mak Timah hanya mampu menangis. Dia tidak tahu mahu menyebelahi mana pihak. Baginya, Azmi tidak salah berkahwin dengan seorang bangsa dan agama asing asalkan wanita itu sanggup memeluk islam. Pak Rashid tetap menegakkan tentangannya itu. Akhirnya, dengan perasaan yang marah, Azmi melafazkan kata kata yang begitu kesat dan pedas kepada mereka.
" Kalau abah tidak izinkan Azmi kahwin dengan Janet, Azmi akan putuskan hubungan Azmi dengan keluarga ini? Azmi tidak peduli lagi. Azmi ada hak untuk menentukan masa depan Azmi!" Azmi menjawab dengan begitu lantang tanpa memikirkan kedudukannya sebagai seorang anak.
Tanpa berlengah, Azmi membungkus beg bajunya lalu bergegas keluar dari rumah. Pak Rashid membiarkan sahaja Azmi pergi. Sangka Pak Rashid, Azmi sudah besar dan pandai berfikir. Satu hari dia akan sedar yang mana baik dan yang mana buruk. Namun sangkaan Pak Rashid tidak begitu tepat. Keputusan yang diambil oleh Azmi benar benar dilaksanakan. Beberapa hari kemudian, Azmi diketahui telah pun bernikah dengan Janet. Yang menyedihkan dan amat memalukan lagi ialah Azmi dan Janet dinikahi di sebuah Gereja. Hampir putus jantung Pak Rashid mendengar berita itu. Tidak disangkanya Azmi yang pandai dan berpendidikan tinggi bukan sahaja akademik tetapi agama juga, tergamak membuat begitu. Menjadi orang kafir.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 13:40:59 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:40:59 GMT 8
Pak Kassim mendengar kisah yang amat mengaibkan itu, mengucap banyak banyak. Dia berasa kesal pula kerana membiarkan anak saudaranya sendiri menjadi Kafir. Pak Kassim juga merasakan bahawa dia tidak layak menjadi seorang ustad sedangkan anak saudaranya syirik pada Tuhan.
" Sekarang Azmi di mana? Apa rancangannya seterusnya?" Pak Kassim bertanya lagi kepada Siti yang masih teresak esak.
" Siti pun tak tahu Wak, kata abah Azmi nak putuskan hubungannya dengan keluarga. Dia tak mahu ada kena mengena dengan kita lagi. Peguam dia suruh datang ke mahkamah esok untuk tandatangan dokumen."
" Astaghfirullahalazim. Sesungguhnya anak yang menderhakai kedua ibu-bapanya tidak cium bau Syurga apa entah lagi masuk Syurga. Azmi tak sedar ke? Azmi tak takut ke?" Pak Kassim melemparkan hujahannya.
" Bukan itu sahaja Wak, tadi Janet telefon, dia beri amaran pada abah. Dia kata kalau kami ganggu mereka lagi, abang Azmi akan buat aduan pada polis."
" Tak pe Rashid. Tuhan maha adil. Dia ingat dia boleh lepas. Huh! Senang senang nak hantar mak bapak sendiri masuk lokap? Tidak semudah itu. Negeri kita sendiri ada undang-undang. Anak yang membiarkan mak-bapak mereka akan didakwa. Dia ingat ini negeri dia? Dah buat mak bapak macam ni lepas tu nak dakwa pula? Biar bang, Tuhan akan balas jasa "Baik" dia." Pak Kassim berhujah lagi dengan suara yang lantang.
Hujahan Pak Kassim kena pada tempatnya. Tuhan maha adil. Tuhan telah berfirman bahawa anak yang derhaka bukan sahaja mendapat balasan di akhirat tetapi di dunia juga. Beberapa hari kemudian, Janet melarikan diri bersama seorang lelaki ke Filipina. Azmi pula, sewaktu mahu mengejar Janet, telah dilanggar sebuah lori dan telah mengalami cedera parah sehingga kehilangan otak. Selepas menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura, Azmi diletak di Hospital Mental Singapura. Azmi sudah tidak mampu lagi meminta ampun dari kedua ibu - bapanya. Sebagai seorang ibu yang penyayang, Mak Timah mengampunkan segala dosannya. Kerana terlalu tertekan dengan keadaan, Mak Timah jatuh sakit. Dengan kehendak Allah, Mak Timah menghembuskan nafasnya terakhir sewaktu dia mengerjakan solat Subuh. Doanya yang terakhir hanya "Ampunkan segala dosa anak-anaknya". Pak Rashid pula asyik termenung dan lebih mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Pak Rashid serba salah. Kini dia tidak tahu siapakah yang harus dipersalahkan? Dirinya sendiri? Entahlah salah siapa hanya Tuhan sahaja yang tahu.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 13:42:50 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:42:50 GMT 8
.:: Airmata lelaki ::.
PENDAHULUAN
Cerpen ini diadaptasi dari sebuah kisah benar (sahabat baik saya) yang diceritakan dari email. Nama,watak serta plot di dalam cerpen ini telah diubah supaya cerpen ini tidak menimbulkan unsur sensitiviti bagi sesetangah pihak. Penghasilan cerpen ini sekadar ingin dijadikan sebagai ikhtibar untuk kita semua.
Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku terpaku diruyung minda. Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiqterakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunyapurnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.
Zubir,
Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-dura hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang.Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir!
Mukadima h warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 13:44:58 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:44:58 GMT 8

May 17, 2004 13:46:28 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:46:28 GMT 8
Zubir, Natasya Aminah Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya dikampus University of Leeds, London. Natasya pelajar fakultiku. Natasya tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah kesuatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk melegelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritkan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya, namun Natasya cuba menolak k erana sudah tidak tahan dengan sikap bekas keksihnya yang kaki perempuan. Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang. Cinta aku pada Natasya teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bagsa Natasya juga beralsanya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun.
Persoalan yang singgah diendokarp minda Zubir kian terjawab. Zubir mula mengerti gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.
Zubir, Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Natasya mula tergugat. Aku kepingin anak yang bias panggil aku ayah! Mungkin ini balas an kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya diKosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima. Namun, Natasya tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!
|
|
|
Novel
May 17, 2004 13:51:16 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:51:16 GMT 8
Zubir, Aku mula abaikan Zubir. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah.Dia mengandung. Natasya, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu Haziq. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk di bucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami, putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah,resah yang makin mencengkam di jiwa.
Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.
Zubir, Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh,dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam ya ng berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami, katanya. Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Haziq. Sarah tinggalkan aku bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu. Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?
Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik. Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Zubir terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.
Zubir, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Natsya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih saying seorang ibu.Aku rela sembah Natsya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu
|
|
|
Novel
May 17, 2004 13:56:13 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 13:56:13 GMT 8
Kisah Jibrail
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."
Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
SetelaH selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti aka! n datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata:"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud..
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:05:18 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:05:18 GMT 8
.:: Suratan atau Kebetulan - Episod 1 ::.
"Bangun!!!!!..." Kedengaran nyaring suara gadis itu mengejutkan penghuni bilik itu. "Mmmm..apa ni sadz...orang mengantuk lagi la...kacau betul" rungut lin kerana tidurnya diganggu. "Entahlah sadz ni orang baru nak masuk bab pegi dating ngan Brad Pitt ni, kacau betul", Fadzila pula menambah. "Eh..anak dara 2 orang ni...tak reti-reti nak bangun..dah pukul berapa ni? kata nak pergi Tanjung Bidara..lewat nanti..dah le kita nak naik bas kalau naik kapal terbang ke..takpe juga...takpun ada kenderaan sendiri...bangun lah woi", Sadz, gadis genit itu menyambung. "Tanjung Bidara!!?", sahut lin dan Fadzila hampir serentak.
Hari ini tiga sahabat itu telah berjanji untuk pergi ke Tanjung Bidara bersama. Langit kelihatan cerah dengan suara unggas berkicau riang menandakan cuaca baik hari ini. Mereka sampai ketika jam menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi.
Kelihatan ramai pengunjung disitu. Kebanyakkan mereka adalah dari kalangan yang berkeluarga. Kanak-kanak berlari riang meredah ombak yang menghempas lembut. Udara yang segar, pemandangan yang cantik dengan batu-batuan disitu menambahkan lagi daya tarikan dipantai Tanjung Bidara ini.
Fadzila, Lin dan Sadz berjalan menyusuri pantai. Menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.
"Eh..kau lihat tu, mereka asyik memandang kearah kita dari tadi," Ujar Lin kepada kedua-dua sahabatnya. " Ye la, ala...biasalah tu...kau tu lawa sangat." Fadzila mengusik Lin yang sememangnya pantang diusik, merah padam muka menahan malu. "Pandailah kau" Lin menjawab. Sadz yang dari tadi mendiamkan diri masih tidak bersuara. Hanya mengangguk tanda setuju. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk bermandi-manda dipantai itu, bergurau senda, ketawa riang...tanpa menyedari dua pasang mata memerhati kearah mereka. Tanpa disangka-sangka cuaca yang cerah tadi mula bertukar wajah. Langit mulai mendung dengan angin bertiup semakin kuat. Pengunjung-pengunjung yang bermandi-manda mula meninggalkan pantai. Termasuklah ketiga-tiga sahabat tadi. Hujan mula turun mencurah-curah. "Tak sangka kan..tadi cerah bukan main, tiba-tiba je hujan." Ujar Fadzila terketar-ketar menahan kesejukan. Mereka berlindung dibawah pondok dimana mereka meletakkan beg pakaian yang dibawa. "Hujan rahmat kot." Lin menambah. Hampir 30 minit kemudian, hujan mula berhenti. Mereka bertiga menuju ke gerai makan untuk mengisi perut. Sedang mereka asyik menikmati makanan yang dipesan tadi..kedengaran suara seseorang menegur. "Assalamulaikum…adik-adik semua..hmmm tengah..makan ke.?" Sapa seorang pemuda yang entah bila dan dari mana datangnya. Disisnya berdiri seorang jejaka tampan berkulit cerah. Mungkin kawannya. "Eh..taklah..kitaorang tengah tidur ni," Lin menjawab. Huh boleh tahan juga anak dara sorang ni. Berani dia buat lawak bodohnya. Pemuda itu hanya tersenyum memandang. Tanpa dipelawa mereka menarik bangku dan duduk semeja dengan mereka bertiga. "Saya Azhar dan ini kawan saya Azizan," Pemuda yang menyapa tadi memperkenalkan dirinya. Matanya tajam merenung Sadz yang berada betul-betul dihadapannya. Senyap..tiada respon dari ketiga-tiga sahabat itu. "Macam tak sudi berkenalan dengan kami je," Pemuda yang bernama Azhar tadi menambah, manakala temannya hanya mendiamkan diri. "Sebenarnya dari tadi kami memerhati cik adik bertiga ni, maaflah kalau mengganggu, kami ni sebenarnya hanya nak berkenalan, itupun kalau sudi." Rendah nada suaranya seakan meraih simpati. Ketiga-tiga sahabat itu hanya memandang antara satu sama lain. Akhirnya salam perkenalan diterima oleh ketiga-tiga gadis itu.
"Eh, ila kenapa termenung je ni?" sapa lin membuatkan Fadzila tersentak. Hilang terus segala apa yang dikenangkannya tadi. "Lin, terkejut aku. Takde apa-apalah." Ila menjawab. "Kalau takde apa-apa takkanlah kau termenung...cubalah cerita pada aku apa masalah kau sebenarnya." "Takde apa-apa aku Cuma teringat masa mula-mula kita mengenali abang Azhar dan Azizan…” “Ohhh kau rindukan abang Iz ke? Hei..cinta dah berputik ye?”
“Lin, kau takkan faham…memang aku dah jatuh cinta...”Fadzila bersuara perlahan. "Ila ceritalah..kalau aku boleh tolong aku tolong..ni mesti pasal abang Iz kan..baguslah kalau kau dah boleh terima dia…sejak bila kau jatuh cinta dengan dia ha…dulu bukan main lagi kau tolak cintanya mentah-mentah..nak bersahabat je konon ?". Lin mengusik.
Lin..kalaulah kau tahu apa yang tersirat dihatiku pasti kau akan terkejut, pasti kau akan mengatakan aku kawan yang makan kawan. Hati Fadzila berkata-kata sendiri . Memang aku telah jatuh cinta tapi bukan dengan Abang Iz seperti yang kau fikirkan. Walaupun lelaki itu sering melayanku dengan baik dan tidak pernah berputus asa untuk merebut hatiku, namun hatiku belum terbuka untuknya. Aku tidak tahu kenapa sukar untuk ku menerima cinta yang dihulurkan. Hampir setahun perkenalan dengan Abang Iz. Pada mulanya aku tidak menyangka lelaki itu menaruh hati padaku. Sehinggalah suatu hari ketika kami bertemu di tempat dimana buat pertama kalinya kami bertemu..pantai Tanjung Bidara. Disitulah segala rahsia hatinya padaku diluahkan. Tapi apakan daya hatiku belum dapat menerima cintanya.
“Ila...ila...tu pun jadi masalah ke..kan dia pun sukakan kau apa lagi…” Lin bersuara mematikan lamunannya. "Entahlah Lin, aku tak tahu...sukar untuk aku meluahkannya. Memang aku dah jatuh cinta …tapi cintaku bukan untuk Abang Iz..itu yang merunsingkan aku.” “Eh..kalau bukan dengan Abang Iz dengan siapa lagi? Setahu aku kau mana ada kawan lelaki lain..apatah lagi yang rapat macam Abang Iz tu.” Tanya Lin kehairanan. Risau melihatkan kekeruhan diwajah sahabatnya itu. Entah apa yang tersirat dihatinya Lin sendiri tidak faham. Fadzila masih keliru dengan perasaannya sendiri. Dia kesal mengapa hatinya bukan untuk Azizan. “Lin aku ingin dicintai dan menyintai…tapi malangnya aku menyintai seseorang yang tak mungkin menjadi milik aku…dan ‘dia’ bukanlah Abang Iz…dan ‘dia’ tak mungkin menyintaiku…” Fadzila mula tersedu menahan rasa hati yang bergolak dijiwanya kini. “Aku tak berdaya melupakannya…aku telah terlanjur………” Fadzila tidak dapat meneruskan kata-katanya. Hatinya dipagut pilu. Jiwanya merana.
Siapakah sebenarnya yang kau cintai….apakah rahsia disebaliknya……?
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:10:15 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:10:15 GMT 8

May 17, 2004 14:13:38 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:13:38 GMT 8
.:: Suratan ::.
Aku tak tahan lah, anak-anak kau lasak, jahat tak sanggup aku" rungut emak Nisa sambil menarik muka. "Aku nak sembahyang pun tak senang, nak makan pun susah asyik nak mengacau aje, heeee kalau cam ni tak taulah aku"leteran demi leteran keluar dari mulut emak Nisa.
Nisa yang baru melangkah masuk dari pagar terdengar bebel emaknya memarahi anak-anak Nisa yang sedang menjangkau 6, 5 dan 3 tahun. Semuanya dalam peringkat lasak . Macam mana lagi Nisa nak buat memang tahap umur begitu budak-budak memang tengah lasak. Sambil kaki Nisa masuk kerumah sambil itu juga tangan Nisa mengutip segala permainan anak-anaknya bersepah disana-sini. Masuk pula ke dalam rumah tak cukup dengan sepah barang permainan, aduan, leteran dari emaknya bertubi-tubi ke telinga Nisa. Nisa jadi geram belumpun Nisa duduk macam-macam rungutan dari emaknya mengenai anak-anaknya.
"Mak, saya baru balik kerja Mak, letih saya tak hilang lagi, boleh tak Mak bagi saya rehat dulu, mandi, makan ke?"pinta Nisa dengan lemah pada Emaknya yang menampakkan muka yang masam dan tidak senang pada anak-anak Nisa. "Huh orang lain pun kereje jugak tapi kau ni Nisa teruk memanjang ler tak sihat, sakit itu lah sakit inilah, tak yah kereje lah kalau sakit berenti"suara mak Nisa meninggi. Apalah salah anak-anak Nisa sampai dicemuh begitu. Mereka masih kecil lagi tidak tahu apa-apa. Peringkat umur begitu memanglah. Tapi Nisa hanya mendiamkan diri Nisa walaupun Nisa terasa jauh hati dengan Emak. Setiap kali Nisa balik kerja Emak sentiasa memasamkan muka, bila Nisa bercakap dengan Emak seperti endah tak endah sahaja. Itulah yang sentiasa berputar di otak Nisa apa yang Emak mahu lagi pada diri Nisa ini. Disebabkan Nisa ingin menyenangkan Emaknya dicarikan seorang pengasuh yang bekerja pagi dan balik petang untuk mengasuh anak-anak Nisa dan sekaligus menjaga Emak yang kurang sihat. Segala kerja tidak perlu dilakukan oleh emak. Apa lagi yang emak hendak. Nisa tidak mahu jadi anak derhaka. Cukuplah penderitaan yang Nisa tanggung sesudah ditinggalkan oleh suaminya Nazlan. Nazlan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menjemput Nisa di hospital selepas bersalin anak ketiga. Amat perit Nisa rasakan tanpa suami disisi. Nazlanlah pengisi kekosongan. Nisa amat menyayangi Nazlan tetapi ALLAH lebih menyayangi Nazlan. Biarlah Nazlan pergi dan Nisa redha. Nazlan pergi dan meninggalkan Nisa dengan zuriat-zuriatnya yang masih kecil dan tidak tahu erti apa-apa. Perginya Nazlan membuatkan Nisa seperti patung. Kaku dalam setiap apa jua yang dilakukan. Kosong segala-galanya. Ke hulu ke hilir depang belakang semuanya Nisa hadapi seorang tanpa sesiapa. Semenjak pemergian Nazlan, Nisa benar-benar tertekan. Emaknya seakan-akan sudah tidak betah lagi dengan Nisa dan anak-anak. Anak-anak Nisa kerap dimarahi, dimaki dan lain-lain lagi. Nisa tidak tahan akan tingkah laku emaknya. "Camnilah kalau anak tak berbapak, jahat, perangai tak serupa orang, pegilah berambus dengan mak kau, asyik nak menangis, melalak" cemuh emak Nisa pada anak-anaknya. Nisa yang kebetulan baru sampai di hadapan pintu pagar rumah terdengar kemarahan dan cemuhan emak Nisa pada anak-anaknya. Terdengar suara anak ketiga Nisa, abil menangis. Rasa nak gugur jantung Nisa bila mendengarkan cemuhan itu. Nisa sedar diri Nisa sekeluarga menumpang di rumah emak. Tapi Nisa hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Nisa rasa keadaan sekeliling Nisa berpusing dan Nisa jatuh dihadapan pagar rumah. Sedar-sedar Nisa berada dihospital dan ditepi katil Nisa ketiga-tiga anak Nisa memerhatikan Nisa bersama Pak Amir, Makcik Normah dan juga Bibik Nor, pengasuh anak-anak Nisa. Mereka yang menghantar Nisa ke hospital. Nisa pengsan. Tapi mana emak tidak kelihatan. Nisa amat lemah sekali tapi airmata Nisa berjujuran melihat anak-anak Nisa "Nisa, pakcik dan makcik balik dulu yer, elok-elok ye, rehat" pak Amir dan makcik Normah minta izin untuk pulang. Anak-anak Nisa masih di bilik Nisa dan mereka pulang bersama pengasuh mereka Bibik Nor. "Terima kasih ye pakcik, makcik kerana sudi menolong menghantar saya ke hospital, buat susah pakcik aje" Nisa bercakap perlahan. Masih lemah lakunya. "Ok, Nurse dia dah sedar." Doktor muda dihadapannya mengarahkan jururawat memeriksa keadaan Nisa. "Doktor, bila boleh saya keluar" tanya Nisa pada doktor muda itu. Doktor muda hanya tersenyum memandang Nisa sambil membetulkan cermin matanya. "Puan Nisa awak belum boleh keluar lagi buat masa ini, puan baru masuk wad, puan pengsan" terang doktor muda itu kepada Nisa. "Mungkin awak ni terlalu penat dan awak juga kekurangan darah dan air dalam badan, awak berehat dahulu ok."doktor muda menjelaskan pada Nisa. "Oh ya, saya doktor Dzikri, Dzikri Abd Raziq" doktor muda mengenalkan dirinya "Dzikri…Dzik.?" Nisa seakan-akan mengingatkan sesuatu dan tersenyum lebar sambil membesarkan matanya, terkejut gamaknya.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:15:18 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:15:18 GMT 8
Yup, Dzik…"doktor Dzikri ketawa melihat Nisa. "Tak sangkanya" Nisa berkata lagi kepada Dokto Dzikri "Memang tak disangka, Dzik dapat bertemu dengan Nisa , hampir 10 tahun. Nisa tak berubah still cam dulu jugak" Doktor Dzikri begitu gembira kerana dapat berjumpa semula Nisa, satu-satunya buah hati Dzikri semasa di Kolej tapi persahabatan dihalang oleh emak Nisa kerana Dzikri adalah dari keluarga miskin. Malah keluarga Dzikri ada masuk meminang setelah kedua-dua mereka tamat pengajian di Kolej tapi ditentang dan ditolak mentah-mentah oleh emak Nisa. "Dzik, ini anak-anak Nisa Iqa, Alia dan Nabil" Nisa memperkenalkan Dzikri pada anak-anak Nisa. "Nisa, cutenya anak-anak you, but where’s your husband?" Dzikri bertanya setelah agak lama bayang suami Nisa tidak kelihatan. "Dzik, nanti senang-senang Nisa akan ceritakan pada Dzik, OK."kata Nisa pada Dzikri dengan nada lemah dan sayu. "Nisa, I’ve got to go, banyak patient lagi nih".Dzikri minta diri. Nisa mengangguk lemah. Nisa melihat ketiga-tiga anaknya dengan tidak disedari airmata mengalir lesu dipipinya. "Lia, mak nangis la, abil mak nangis kan" kata anak sulung Nisa pada adik-adiknya dan mereka menghampiri Nisa di katil. "Nape mak nangis, sakit ker mak" tanya Lia anak kedua Nisa. "Tak lah mata mak sakit, air mata mak keluarlah. Kakak nanti kalau mak tak balik kerumah jaga adik-adik, jangan nakal ye nanti nenek marah" Nisa membelai kepala anak-anaknya sambil airmata merembes laju kepipi. "Bibik masa melawat dah hampir tamat, bolehlah Bibik bawa mereka pulang iyer, ambillah duti tambang teksi dalam beg Nisa tu" kata Nisa pada Bibik Nor. "Yelah Nisa, Bibik balik dulu, Iqa, Alia Abil salam emak cepat, kita nak balik ni, esok kita datang lagi" pujuk Bibik Nor pada anak-anaknya. "Jaga diri baik-baik ye Nisa, Bibik balik dulu"Bibik Nor mengucup dahi Nisa. Nisa rasakan tenang dan bahagia sungguh bila Bibik Nor mengucup dahinya terasa seperti kehangatan seorang kasih emak terhadap anaknya. Nisa rasa berkeyakinan untuk berjuang hidup demi anak-anaknya kerana masih lagi ada yang menyayangi diri Nisa. Bibik Nor membawa ketiga-tiga anak-anak Nisa pulang. "Kenapalah emak tak seperti Bibik Nor, apa salah saya mak" hati Nisa berkata. Emak sentiasa mencari pasal sahaja dengan Nisa, sejal abang Nazlan pergi emak seakan membenci Nisa anak beranak. Apalah salah kami pada emak?. "Dah lamakah suami Nisa pergi" tanya Dzikri pada Nisa seteleah Nisa menceritakan semuanya. "8hb nie genap 3 tahun…arwah Nazlan pergi selepas Nisa melahirkan anak bongsu Nisa, arwah dapat melihat abil seketika sahaja Dzik dan sempat membeikan nama yang bakal diberi pada anak lelakinya tapi arwah tak sempat melihat anak-anaknya membesar" Nisa menangis tersedu. "Masa tu arwah dalam perjalanan nak menjemput Nisa setelah diberikan kebenaran untuk pulang kerumah, kereta yang dipandunya dilanggar oleh sebuah lori pengangkut dan arwah meninggal di hospital besar"sambung Nisa lagi sambil mengesar matanya dengan tisu. "Sudahlah Nisa, yang pergi tetap pergi, itu semua ketentuan dari ALLAH, sabar Nisa" Dzikri memujuk Nisa. "Dzik pulak selepas pinangan ditolak Dzik bawa diri ke luar negara. Dzik bekerja sambil belajar disana dan abi kedoktoran. Lama Dzik disana hampir 8 tahun dan usaha Dzik untuk lupakan Nisa sukar sekali dan Dzik ambil keputusan pulang ke Malaysia dan Dzik dapat tawaran bekerja di hospital ni" cerita Dzikri pada Nisa. "Sejak 2 bulan kebelakangan ni Dzik selalu mimpikan Nisa, Nisa menangis…itulah yang membuakan Dzik ikhtiar mencari Nisa hanya untuk bertanya khabar dan akhirnya Dzik temui Nisa di sini…Dzik puas hati dapat jumpa Nisa..hilang segala keresahan Dzik pada Nisa" sambung Dzikri sambil tunduk memandang lantai.
|
|