|
Novel
May 17, 2004 14:21:12 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:21:12 GMT 8
Yup, Dzik…"doktor Dzikri ketawa melihat Nisa. "Tak sangkanya" Nisa berkata lagi kepada Dokto Dzikri "Memang tak disangka, Dzik dapat bertemu dengan Nisa , hampir 10 tahun. Nisa tak berubah still cam dulu jugak" Doktor Dzikri begitu gembira kerana dapat berjumpa semula Nisa, satu-satunya buah hati Dzikri semasa di Kolej tapi persahabatan dihalang oleh emak Nisa kerana Dzikri adalah dari keluarga miskin. Malah keluarga Dzikri ada masuk meminang setelah kedua-dua mereka tamat pengajian di Kolej tapi ditentang dan ditolak mentah-mentah oleh emak Nisa. "Dzik, ini anak-anak Nisa Iqa, Alia dan Nabil" Nisa memperkenalkan Dzikri pada anak-anak Nisa. "Nisa, cutenya anak-anak you, but where’s your husband?" Dzikri bertanya setelah agak lama bayang suami Nisa tidak kelihatan. "Dzik, nanti senang-senang Nisa akan ceritakan pada Dzik, OK."kata Nisa pada Dzikri dengan nada lemah dan sayu. "Nisa, I’ve got to go, banyak patient lagi nih".Dzikri minta diri. Nisa mengangguk lemah. Nisa melihat ketiga-tiga anaknya dengan tidak disedari airmata mengalir lesu dipipinya. "Lia, mak nangis la, abil mak nangis kan" kata anak sulung Nisa pada adik-adiknya dan mereka menghampiri Nisa di katil. "Nape mak nangis, sakit ker mak" tanya Lia anak kedua Nisa. "Tak lah mata mak sakit, air mata mak keluarlah. Kakak nanti kalau mak tak balik kerumah jaga adik-adik, jangan nakal ye nanti nenek marah" Nisa membelai kepala anak-anaknya sambil airmata merembes laju kepipi. "Bibik masa melawat dah hampir tamat, bolehlah Bibik bawa mereka pulang iyer, ambillah duti tambang teksi dalam beg Nisa tu" kata Nisa pada Bibik Nor. "Yelah Nisa, Bibik balik dulu, Iqa, Alia Abil salam emak cepat, kita nak balik ni, esok kita datang lagi" pujuk Bibik Nor pada anak-anaknya. "Jaga diri baik-baik ye Nisa, Bibik balik dulu"Bibik Nor mengucup dahi Nisa. Nisa rasakan tenang dan bahagia sungguh bila Bibik Nor mengucup dahinya terasa seperti kehangatan seorang kasih emak terhadap anaknya. Nisa rasa berkeyakinan untuk berjuang hidup demi anak-anaknya kerana masih lagi ada yang menyayangi diri Nisa. Bibik Nor membawa ketiga-tiga anak-anak Nisa pulang. "Kenapalah emak tak seperti Bibik Nor, apa salah saya mak" hati Nisa berkata. Emak sentiasa mencari pasal sahaja dengan Nisa, sejal abang Nazlan pergi emak seakan membenci Nisa anak beranak. Apalah salah kami pada emak?. "Dah lamakah suami Nisa pergi" tanya Dzikri pada Nisa seteleah Nisa menceritakan semuanya. "8hb nie genap 3 tahun…arwah Nazlan pergi selepas Nisa melahirkan anak bongsu Nisa, arwah dapat melihat abil seketika sahaja Dzik dan sempat membeikan nama yang bakal diberi pada anak lelakinya tapi arwah tak sempat melihat anak-anaknya membesar" Nisa menangis tersedu. "Masa tu arwah dalam perjalanan nak menjemput Nisa setelah diberikan kebenaran untuk pulang kerumah, kereta yang dipandunya dilanggar oleh sebuah lori pengangkut dan arwah meninggal di hospital besar"sambung Nisa lagi sambil mengesar matanya dengan tisu. "Sudahlah Nisa, yang pergi tetap pergi, itu semua ketentuan dari ALLAH, sabar Nisa" Dzikri memujuk Nisa. "Dzik pulak selepas pinangan ditolak Dzik bawa diri ke luar negara. Dzik bekerja sambil belajar disana dan abi kedoktoran. Lama Dzik disana hampir 8 tahun dan usaha Dzik untuk lupakan Nisa sukar sekali dan Dzik ambil keputusan pulang ke Malaysia dan Dzik dapat tawaran bekerja di hospital ni" cerita Dzikri pada Nisa. "Sejak 2 bulan kebelakangan ni Dzik selalu mimpikan Nisa, Nisa menangis…itulah yang membuakan Dzik ikhtiar mencari Nisa hanya untuk bertanya khabar dan akhirnya Dzik temui Nisa di sini…Dzik puas hati dapat jumpa Nisa..hilang segala keresahan Dzik pada Nisa" sambung Dzikri sambil tunduk memandang lantai.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:22:59 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:22:59 GMT 8
"Nisa…setelah apa yang Nisa ceritakan pada Dzik…Dzikri ingin sekali menggantikan tempat arwah Nazlan itupun jika Nisa terima Dzik" kata Dzikri sambil merenung wajah Nisa yang kelihatan pucat dan lesu itu. "Sudikah Nisa jika Dzikri Abd Raziq melamar untuk menjadikan Nisa sebagai permaisuri di dalam singgahsana Dzik" lamar Dzik terhadap Nisa sambil tersenyum memandang Nisa. Nisa hanya tersenyum dalam tangisan. Hampir seminggu Nisa keluar dari hospital , semenjak keluar dari hospital emaknya seolah-olah telah berubah. Anak-anak Nisa tidak lagi menjadi mangsa kemarahan nenek mereka malah nenek mereka kini melayan begitu lembut dan sayang pada mereka. Emak seakan-akan telah berubah laku menjadi seorang yang begitu penyayang…caci maki, kemarahan tiada lagi dalam dirinya. Masam-masam muka jauh sekali…dan kini Nisa anak-beranak dilayan dengan mesra sekali oleh emak. YA ALLAH, aku bersyukur PADAMU kerana telah mengubah emak menjadi seorang emak yang tulen dan seperti yang diidam-idamkan oleh Nisa . SURATAN ALLAH, betapa agungnya kekuasaanmu YA ALLAH. Betapa sayangnya Nisa pada emak walaupun selama ini emak tidak betah dengan Nisa tapi Nisa tetap menyayangi emak sepenuh hati Nisa dan tidak sepalit pun perasaan benci dalam diri Nisa. Inilah membuat Nisa sentiasa mengalirkan airmata setiap hari. Perubahan emak telah menjadikan kami sekeluarga bertambah erat dan mesra. Itu semua SURATAN ALLAH, kita hanya mampu meminta dan berusaha ALLAH yang menentukan segalanya. "Hai, sayang, apa yang termenung lagi, tuan puteri tak mandi lagi?" kata Dzikri pada isterinya sambil mencuit pipi mulus isterinya dikatil. "Eh, abang , maafkan Nisa bang" kata Nisa samil mengesat airmatanya dan tersenyum. "Nisa, abang benar-benar rasa bahagia dan abang rasa segala permintaan abang selama ni telah termakbul, seminit pun abang tak pernah lupakan Nisa dah akhirnya kita bersama. SURATAN, abang bersyukur kepadaNYA" Dzikri membelai-belai rambut Nisa dan mengesat airmata Nisa yang jatuh mengalir kepipi. "Come on sweetheart, hari ni abang off , why don’t kita pergi ziarah mak dirumahnya" kata Dzikri sambil mengucup mesra dahi Nisa. "Betul ke ni, abang tak kisah ke, nanti kalau mak marah camner" kata Nisa lagi. "Aik, tak kan marah lagi , abangkan dah minta izin untuk kawin ngan Nisa dan emak bagi greenlight lagipun sekarang kita dah kawinkan so maknanya dia tak marah akhirnya mak terima juga abang"Dzikri memberi jaminan. "Abang, abang tak nyesal ker kawin dengan Nisa, Nisa ada anak 3 dan pernah punya suami, nanti keluarga abang cakap apa pulak" tanya Nisa mendapat kepastian dari Dzikri. "Kalau abang tak suka, tak kan abang sanggup menanti, mengharap Nisa sampai 10 tahun, walaupun Nisa dah berumahtangga, Abang terima Nisa dan anak-anak sepenuh hati abang. Tidak ada sekuman pun niat abang nak menghancurkan Nisa. Perkara lepas kita lupakan, kita doakan arwah semoga dimasukkan kedalam golongan orang yang soleh dan kita bina hidup baru, ye sayang" Dzikri meyakinkan Nisa sambil mengusap-usap lembut tangan Nisa. Dzikri dan Nisa tersentak bila anak-anaknya mengetuk pintu biliknya dan menyerbu masuk sambil naik ke katil dan memeluk Dzikri dan Nisa. Gembira benar mereka. "Emak, cepatlah kita gi umah nenek , abil rindu kat nenek ngan Bibik" ujar abil yang berada dipangkuan ayahnya…Dzikri. Dzikri mencium dan bergurau senda dengan anak-anak Nisa sementara Nisa menyediakan sarapan pagi. "Okay, come kita breakfast dulu pastu ayah bawa pegi rumah nenek, best tak, pas tu" Dzikri mengajak anak-anak Nisa bersarapan. "Pas tu aper ayah" tanya Iqa anak sulung Nisa. "Pas tu , three la, kekekekeke" Dzikri mengusik anak-anaknya sambil mereka ketawa riang menikmati sarapan pagi. "Ieeeee bestnya ayah….kakak suka tau pegi umah nenek tu" kata Alia anak kedua Nisa. Nisa hanya memerhatikan gelagat mereka dan tidak Nisa duga jodoh ditangan ALLAH, Nisa telah dipertemukan dan disatukan semula dengan Dzikri walaupun satu masa dahulu perhubungan telah dihalang…ALLAH maha berkuasa. Nisa bahagia dengan keluarga nya dan sejak Dzikri hadir dalam keluarga Nisa emaknya telah menampakkan perubahan ketara pada dirinya. Nisa tersenyum seorang dan tiba-tiba tersentak bila anak sulungnya memanggilnya. "Mak, sekarang Iqa dengan Alia dah tak rasa malu dengan kawan tau" Anak sulung Nisa memberitahu luahan hatinya pada semua. "Kenapa Iqa dan Lia malu pulak" Dzikri menyampuk kata anak-anaknya. Nisa hanya tersenyum sambil memandang Dzikri. "Iyerlah kakak dan Lia kan dah ada ayah sekarang jadi mereka tak da la nak ejek-ejek lagi" kata Iqa sambil tersenyum melihat Dzikri dan Nisa. Nisa tersentuh hati bila mendengar keikhlasan kata-kata anaknya…dan Nisa yakin Dzikri dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anak Nisa. Itulah satu-satunya permintaan Nisa pada Dzikri agar dapat menyelami perasaan anak-anak Nisa. Bagi Nisa diumpamakan mati hidup semula. Kini Dzikri menceriakan dan mengisi kekosongan Nisa sekeluarga. Aku bersyukur PADAMU YA ALLAH. SURATAN dariNYA membuatkan Nisa berpijak dibumi nyata.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:25:45 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:25:45 GMT 8
.:: Rindu Semusim ::.
" Amir, aku rasa dah tiba masanya kau berterus terang dengan Fyda tentang kedudukan sebenarnya. Aku takut dia salah sangka dengan kemesraan kau."
" Oda, kau jangan risau. Aku yakin Fyda tak ada feelling langsung dengan aku. Aku yakin 100%. Kalau ada pun, salah dia. Aku memang cepat mesra dengan semua orang."
" Tak baik kau mainkan perasaan orang. Nanti suatu hari kau akan dipermainkan juga. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari. Sebagai kawan aku menasihatkan saja. Selebihnya terpulang kepada kau. Aku tak nak campur."
" Oda..Oda.. Aku ingat kau dah lama kenal aku, kau boleh faham perangai aku. Tapi rupanya kau masih tak faham-faham lagi."
" Maksud kau?"
" Pernah ke aku sakiti atau mainkan perasaan perempuan sepanjang kau kenal aku?"
" Tak pernah. Jadi maksud kau?"
" Aku ni tak lah kejam sampai nak mempermainkan perasaan orang lain. Tapi kau kena tahu. Aku pun single lagi, apa salahnya kalau aku rapat dengan Fyda. Memang sekarang tak ada apa-apa, tapi siapa tahu esok, lusa. Mana tahu tiba-tiba dia jadi isteri aku, kau juga yang untuk dapat makan nasi minyak."
" Jadi maksud kau .."
Siapa sangka siapa menduga, rupa-rupanya memang jodoh aku dengan Fyda. Tak sampai sebulan aku kenal dia, kami pun meluahkan perasaan masing-masing. Biarpun aku tahu aku layak bercinta dengan Fyda memandankan usianya yang lebih 5 tahun dariku. Namun atas keberanian yang aku ada, akhirnya berjaya menambat hati Fyda.
Pantang ada masa aku atau dia pasti saling menghubungi, samaada melalui email ataupun SMS. Sehari tak mendengar suaranya bagai semusim lamanya. Mungkin inilah kata orang rindu semusim. Berubah-ubah mengikut hati dan naluri. Kadang-kala aku boleh mengawalnya dan kadang-kala aku begitu sukar menghadapinya. Namun kutabahkan juga hati ini. Akub yakin semua ini dugaan Tuhan buat ku.
Minggu depan aku bercadang nak menghantar rombongan merisik ke rumah Fyda. Aku tahu walau kami baru saja bercinta tapi kematangannya menawanku. Dan aku tak sanggup kehilangannya. Pada dasarnya Fyda juga bersetuju saja. Cuma dia agak risau kerana aku masi belajar lagi. Aku akan tamat belajar setahun setengah lagi.
Aku meyakinkan Fyda yang aku sudah cukup bersedia untuk semua ini. Lagi pun, aku cuma bercadang untuk bertunang dulu. Selepas graduat nanti barulah kami berkahwin. Akhirnya Fyda bersetuju.
Kini aku telah tamat pengajian dan telah memperolehi segulung ijazah. Aku mendapat pekerjaan sebagai penyelia mesin dan jentera di sebuah firma di selatan tanah air. Aku juga baru selamat diijabkabulkan dengan Fyda.
Pengajaran dari cerita ini ialah... kasihani isteri anda dan sayangi kawan anda. Dan actually aku belum kahwin lagi. keekekke.. jangan marah!!
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:26:41 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:26:41 GMT 8
.:: Anak ikan yang degil ::.
Di dalam sebuah sungai , tinggal satu kumpulan ikan. Dalam kumpulan ikan , ada seekor anak ikan putih. Anak ikan putih sangat nakal.Emak dia selalu pesan , jangan berenang jauh nanti kena tangkap dek manusia. Ikan putih tidak mahu dengar cakap emak dia.
Satu hari anak ikan putih berenang ke tebing sungai. Dia lihat ramai anak manusia sedang menangkap udang. Anak ikan putih sedikiput tidak takut. Dia pergi dekat dengan anak2 manusia itu. Anak2 manusia itu apabila terlihat anak ikan putih itu terus menyauknya dengan tangguk. Anak ikan putih terperangkap dalam tangguk. Dia tercungap2 kelemasan.
Nasib baik anak manusia lepaskan dia ke dalam balang yang ada air. Tubuh anak ikan putih mulai lemah kerana air kurang oksigen. Anak manusia membawanya pulang ke rumah lalu anak ikan putih dimasukkan ke dalam sebuah akuarium. Di dalam akuarium itu terdapat banyak ikan lain.Sesetengahnya anak ikan putih kenal. Antaranya ialah ibu puyu.
" Makcik puyu , buat apa disini ?" tanya anak ikan putih.Ibu puyu sangat sedih.
" Manusia dah tangkap makcik.Tidak lama lagi manusia akan tangkap makcik dan goreng makcik buat lauk " kata ibu puyu dengan gementar.
Mendengarkan kata2 ibu puyu , anak ikan putih jadi takut. Dia mungkin akan menerima nasib yang sama. Anak ikan putih menangis. Ibu puyu datang dekat dia.
" Mengapa kamu menangis " soal ibu puyu.
" Saya tak dengar cakap emak , inilah padahnya, saya kena tangkap denmgan manusia " kata anak ikan putih sambil menangis.
" Itulah lain kali jangan degil. Makcik pun sama macam kamu . Kata pakcik kamu , jangan berenang jauh2 dari lubuk, tapi makcik degil. Akhirnya kena pancing juga dengan manusia." ibu payu berecerita.
Pada petang itu , seekor anak kucing telah memanjat akuarium ikan. Anak kucing itu menjenguk2 ke dalam akuarium,hendak menangkap ikan2 yang ada didalamnya. Anak ikan putih ketakutan.Dia menjerit2 lalu dimarahi oleh ikan2 yang lain.
"Hoi! Jangan bisinglah! " kata ikan2 yang lain.
"Anak kucing tu dah biasa buat cam tu tapi kita jauh dalam air ,tak mungkin dia dapat menangkap kita" ibu ikan puyu memujuk.
Anak ikan putih menangis lagi. Pada waktu malam , dia tidak boleh tidur. Dia terfikir macam mana nak lepaskan diri dari akuarium dan pulang semula ke dalam sungai. Selepas lama berfikir dia dapat satu akal.Anak ikan putih pun berbisik kepada ibu ikan puyu. Keesokan paginya anak manusia sungguh terkejut. Dia hendak memberi ikan2 makan , tetapi ikan puyu dan ikan putih tidak bergerak. Kedua2nya sudah tidak bernyawa.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:29:40 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:29:40 GMT 8
"Wah ikan puyu dan ikan putih sudah mati" kata anak manusia.
"Buangkanlah nanti busuk air itu " kata ibu manusia.
Anak manusia pun ambil ikan2 tu dan buangkan ke dalam longkang. Nasib baik dalam longkang ada air, anak ikan putih dan ibu puyu cepat2 bernafas semula. Tetapi air longkang sangat busuk dan kotor.
"Apalah manusia ni,suka kotorkan air" kata anak ikan merungut.
"Ini bukan air sungai ini air longkang.Air longkang memang busuk.Tapi longkang ni menghala ke sungai..elok kita berenang ikut air ni" kata ibu ikan puyu.
Mereka pun berenang.Anak ikan putih batuk2 kerana terminum air longkang yang kotor. Setelah bebarapa lama , akhirnya sampailah dua ekor ikan itu ke sungai. Anak ikan putih sudah letih dan badannya lemah. Air longkang yang kotor membuatkan tubuhnya lemah. Ibu ikan puyu membawa anak ikan putih pulang kerumahnya.
Di rumah keluarga ikan puyu , mereka disambut dengan gumbira.Anak2 ikan puyu gumbira melihat ibunya selamat. Anak ikan putih pula semakin lama semakin sihat. Apabila tubuhnya kuat, dia pulang semula kerumahnya.
Sekian.....
Moral:...cari sendiri...fikir2...
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:33:54 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:33:54 GMT 8
.:: Hadirnya Hanya Sekali (Episod 3) ::. Pagi ni aku bangun agak lewat sikit. Ini semua pasal layan si Siti semalam lah. Borak punya borak sedar-sedar dah lewat pagi. Seingat aku semalam aku masuk bilik tidur pukul 6.00 pagi lepas solat subuh.
Kalau ikut sebenarnya pagi ni aku kena hantar mak ke rumah Pak Long. Lewat punya pasal mak dah pergi dulu tanpa mengejutkan aku. Aku rasa mak mesti tak nak ganggu tidur aku ni. Mak...mak.. ini yang buat Alang makin sayang dengan mak.
Bila kenang-kenangkan kembali rasa macam bersalah pulak. Yalah aku dah janji dengan mak. Aleh-aleh mak pergi seorang diri je. Kesian mak. Maafkan Alang ye mak.
Lepas mandi je aku terus bersiap, pukul 1.00 tengah hari ni aku dah janji dengan Siti nak makan tengahari bersama. Beria-ia benar dia nak belanja aku. Katanya nak celebrate kejayaan aku yang baru je menghasilkan novel terbaru. Untuk tak mengecewakan dia yang dah banyak berjasa dengan aku, so aku terimalah pelawaan dia. Sesungguhnya aku banyak terhutang budi dengan dia. Banyak sangat.
Aku masih ingat lagi dulu sewaktu aku kemalangan, orang yang selalu jenguk aku, lawat aku, bawakkan buah untuk aku dan sebagainya adalah Siti. Malah aku berani katakan kekerapan Siti datang melawat aku lebih berbanding emak aku. Itu yang buat aku terharu. Bila aku soal dia kenapa lawat aku selalu sangat? Tak jemu ke?. Korang nak tahu apa dia jawab?. Senang je, tapi sampai sekarang aku masih belum dapat menangkapnya. Nak tahu apa dia?. Ni ha ayat dia..
"Dalam hidup ini jika kita tidak merasa gembira, jangan pula kita membuat orang lain turut merasa tidak gembira.Jika kita berasa sedih, jangan pula buat orang lain rasa sedih."
Aku tak faham apa yang dia maksudkan sebenarnya. Adakah aku ni membuat dia bersedih atau dia memang mempunyai hobi menggembirakan orang lain. Entahlah labu. Tapi itulah Siti yang aku kenal. Kalau aku nak ceritakan lagi apa kebaikan yang dia pernah buat untuk aku. rasanya seminggu tak habis. Apa yang penting untuk korang tahu, Siti sepupu aku yang paling rapat dengan aku dan kami memang kamcing.
Habis di situ, aku terus bergerak ke tempat yang kami janjikan iaitu KLCC. Biasalah aku ni pun bukannya tua sangat untuk ke sana. Baru 28 tahun, muda lagi kan?. Sampai kat KLCC aku terus menuju ke aras bawah sekali sebab Siti tunggu aku depan KFC. Senang sikit katanya. Aku ikut je la.
Tiba-tiba...
Bersambung.
Mada_shienjoru@yahoo.com 5 09 2002 ]
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:36:41 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:36:41 GMT 8
.:: Masihkah ada cinta?
Suasana di lapangan terbang itu benar-benar berbeza berbanding yang lima tahun dahulu. Keadaan itu benar-benar membuatkan aku keliru. Jikalau lima tahun dahulu, aku berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Tetapi kini, aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia di alaf baru ini. Aku melihat jam tangan hadiah pemberian papa kepadaku. Baru pukul sepuluh pagi, sedangkan mama dan papa akan mengambilku pada jam dua belas tengah hari. Alamatnya berjanggutlah aku kat sini… Tiba-tiba aku terdengar satu suara memanggil dan aku menoleh.
“Firza! Tak cakap pada kami pun kau nak balik!” sapa suara itu. “Nora, Nadia… You all buat apa kat sini?” balasku sambil bersalaman dengan rakan-rakanku yang telah lima tahun aku tinggalkan. “Hmm.. sebenarnya, aku temankan Nadia hantar boyfriend dia, Hafiz. Dia nak buat Master kat California.” Jelas Julia sambil mengenyitkan matanya kepada Nadia. “Ooo.. aku ni pulak tengah tunggu ayah aku. Flight aku tiba-tiba saja ubah schedule. Sepatutnya sampai pukul dua belas, tapi sampai pukul 9.30 tadi. Aku nak balik sendiri, tak pandailah,”balasku panjang lebar. “Oh… jadi kau kena tunggu lagi dua jamlah… Takpelah.. Ikutlah kita orang. Naik kereta aku ok? Nanti aku hantarkan kau balik. Kau call lah ayah kau.” Pelawa Nadia. “Ok…give me a minute,” balasku seraya mencari public phone untuk menghubungi papa. “Hmm..jom! Papa aku say yes!”ujarku setelah menamatkan perbualan telefonku. “Fir, kenapa tetiba aja kau pergi London after SPM dulu? Sudahlah tu, langsung tak contact kami di sini.”ujar Nora lantas mengubah keceriaan di wajahku. Aku membetulkan tudungku. “Hm... Aku saja nak tukar angin. Boring jugak lama-lama duduk kat sini.” “Yelah tu. Memang mudah nak cari alasan,kan? Kau ingat kau boleh selesaikan masalah dengan merajuk membawa diri?” Kekesalan jelas terpancar dari wajah Nora. “Merajuk? Eh.. straight to the point please…Aku tak faham.”Aku masih cuba untuk melarikan diri daripada persoalannya. “Eleh, tengok muka dia ,Nadia. Baru aku usik sikit dah blushing semacam. Sampai bila Firza? Sampai bila kau nak jeruk segala problem kau? Sampai jadi pekasam or sampai ada orang lain yang boleh ketuk pintu hati kau?”Ternyata marah Nora padaku masih bersisa. Aku masih ingat kata-katanya sebelum aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Ketika itu aku masih di sekolah itu. Last paper untuk SPM yang bakal menentukan hala tuju hidupku kelak. Kau tak boleh terus macam ni Fir. Kau masih ada kami. Kami akan tetap menyokong kau dari belakang. Memang mudah untuk kita menyayangi seseorang, tapi untuk melupakan seseorang yang kita sayangi, ianya amat payah. Sabar ya, Fir. Mungkin ada hikmah di sebaliknya…Ingat ni, ketika satu pintu kebahagiaan tertutup buat kita sebenarnya ada satu lagi pintu yang dibukakan untuk kita. Namun acapkali kita terlalu leka merenung pintu yang tertutup itu sehingga tidak dapat melihat pintu yang satu lagi. Bukankah kata-kata itu yang selalu kau katakan kepada kami ketika kami menghadapi masalah dulu??? Dan, kata-kata itulah yang kupegang ketika tanganku menggigil untuk menjawab kertas ketiga Kimia pada hari itu. Hidupku yang ceria menjadi kelam, semuanya kerana seseorang… seseorang yang amat aku sayangi.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:39:06 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:39:06 GMT 8
“Jauh termenung. Dah sampai Manchester balik ke? Hai kawan, kita cakap panjang lebar kat awak, awak berangan panjang lebar ingatkan siapa? Entah-entah, Fir dah ada ‘orang’ dekat Manchester agaknya?” Tegur Julia mematikan lamunanku. Lamunanku yang mengembalikan wajah itu. Wajah yang… “My god! Tak hilang-hilang lagi ke perangai kau yang kuat berangan tu cik Firza oi? Ingatkan dah lima tahun kat negara orang, dah berubah perangai tu. Rupanya-rupanya…” Dah lima tahun aku tinggalkan Malaysia? Macam tak percaya! Kuat juga aku mengharungi hidupkan? Patutlah dah banyak perubahan yang aku lihat. Kalaulah aku tak ke Manchester dulu, mesti aku harus menghadapi dia untuk lima tahun. Eh, di mana dia agaknya sekarang? “Astargfirullahhalazim… Firza! Kau ingatkan apa pula ni?”Sergah Nadia. “Opss, sorry! Aku tak bermaksud nak buat macam ni. Tapi, aku kan baru sampai ke Malaysia. Tempat yang membawa seribu kenangan buat diriku. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat aku lahir, membesar. Sorry ya, Nadia, Nora!” “Aku laparlah. Kita pergi makan nak?”suara manja Nora membuatkan kami tergelak. “Nora, dah besar panjang pun, suara kau macam budak-budak. Dah ada boyfriend belum ni?” tanyaku sekadar mengusik. Tanpa kusedari soalanku membuatkan mereka semakin galak mengusikku. “Cik Firza oi…awak usik-usik kita ni, yang patah dah tumbuh ke, yang hilang, dah berganti?”usik Nadia pula dan disambut oleh gelak Nora. “Opps.. kena batang hidung aku balik. Wait a minute, apa yang patah, apa yang tumbuh, apa yang hilang, apa pulak yang berganti Nadia? Can you please explain it to me?”balasku. Takkanlah aku nak mengalah. “Hmm… kau nak Nadia explain? Tak payahlah. She’s one of the most talented lawyer in Kuala Lumpur, Fir. Panjang pula nanti hujah dia. Lagipun ada jugak ‘hujan’ yang turun nanti!” perli Nora. “Sudahlah, Nadia. Tak baik kacau cik Firza kita ni. Dia inikan berjiwa sentimental sikit. Nanti dia ingat balik kisah lampau. Kesian dia.” Thanks Nora. Aku naik letih melayan kawan-kawan aku ni, bisik hati kecilku. Walaubagaimanapun, tanpa mereka, mesti aku tak sekuat sekarang. Kalau dulu ‘dia’ boleh kata aku perempuan sensitif, lemah. Tapi sekarang, aku dapat rasakan yang aku semakin matang. Tabah untuk menghadapi segalanya. Insya-Allah, kalau aku bertemu lagi dengan ‘dia’, aku masih boleh bertahan. “Hmm, kau nak makan apa Fir?”Pertanyaan Nora membuatkan aku terkejut. “Makan? Aku tak kisah. Jangan bagi aku makan western food sudah. Aku dah muntah-muntah makan benda-benda tu.”balasku. “Ok! Kita makan kat Bangsar. Boleh?” tanya Nadia pula. “Bolehlah..,” balasku. Berbagai-bagai kenangan yang menerjah kotak fikiranku sepanjang perjalanan ke Bangsar. Lima tahun aku di Manchester. Dan bererti, sudah lima tahun aku meninggalkan Malaysia. Papa, mama, Adik, Kak Yati, Abang Nuar, rakan-rakan baikku dan tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland aku tolak hanya kerana seseorang. Jika dulu aku bersungguh-sungguh untuk melanjutkan pelajaranku ke Ireland dalam bidang perubatan, namun kerana ‘dia’ juga ditawarkan dengan tawaran yang sama, aku mengalah. Aku mengikut kehendak papa untuk melanjutkan pelajaran ke Manchester, dalam bidang pengurusan perniagaan. Apabila aku pulang ke Malaysia nanti, aku boleh menguruskan syarikat papa.Biarlah Nora dan Nadia mengatakan aku tidak teguh pendirian. Sesungguhnya aku ada alasan tersendiri atas keputusanku itu. Lamunanku terhenti apabila Nadia menghentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. “Kita makan sini ya,”ujar Nadia. Aku mengangguk lalu memandang wajahnya. “Mengapa Nadia? Kau nampak macam tak happy.”ujarku apabila melihat wajahnya yang sugul. “Aaa... aku ok,”balasnya perlahan sambil mengambil tempat di restoran berhawa dingin itu. “Fir…macam tak tahu saja yang cik abangnya baru berlepas ke US. Sakit rindulah tu.”Usik Nora. “Dah,dah,dah. Kita nak makan apa?”Nadia mula bersuara seorang pelayan mendekati meja kami.
.:To be continue...:. ||~Yna^||
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:42:06 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:42:06 GMT 8
.:: Beruk ::. JAM lapan minit loceng berbunyi. Murid-murid berbaris di tengah padang mengadap tiang bendera yang sudah condong. Di puncaknya sehelai bendera lasam terbelit kaku. Sudah lama bendera itu tidak berkibar. Lima minit murid-murid berbaris, tanpa seorang pun datang mengawas. Barisan-barisan itu bengkang-bengkok macam ular kena pukul. Begitulah setiap hari. Mereka berbaris kerana disuruh. Untuk apa mereka tak tahu. Dan tiang bendera bersama sehelai kain berjalur merah putih di depan, ertinya haram tidak tahu. Sebentar kemudian barulah keluar seorang guru, Bercekak pinggang. Dia cuma memperhatikan murid-murid itu dengan penuh kejemuan. Tidak ada satu tafsiran pun terhadap masa depan murid-murid itu. Dia cuma makan gaji.
"Dengar sini semua!" dia bersuara, tapi kata-kata itu tenggelam dalam suara bising murid-murid.
"Diam! dengar sini semua." Cikgu Izma meninggikan suaranya. Murid-murid diam. Tapi barisan macam tadi juga. Bengkok.
"Sudah berapa kali saya pesan. Waktu rehat jangan dekat kereta," Cikgu Izma memberi amaran keras. Amaran yang selalu diucapnya.
Murid-murid menoleh ke belakang. Kereta Volkswagen menjadi tumpuan mereka. Kura patah besar, kata setengah murid-murid. Murid-murid yang diam itu sering benar mendengar amaran seperti itu. Amaran-amaran seperti itu melebihi dari nyanyian negaraku. Mereka lebih hormat kepada kereta Cikgu Izma dari bendera dan lagu negara. Pernah setahun dulu, dua tiga orang murid menyepak-yepak bendera buruk, yang gugur sendiri dari tiang. Selesai Cikgu Izma memberi amaran itu, murid-murid dibenarkan masuk ke darjah masing-masing. Dan Cikgu Izma kembali ke bilik guru, langsung berbual-bual dengan guru-guru yang lain. Mereka bercakap-cakap pasal kereta. Pasal tangga gaji dan pasal lelaki.
Lapan setengah masing-masing masuk bertugas. Cikgu Izma masuk darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh bangun. Masing-masing bangun, tapi sama. Malas. Cikgu Izma tidak ambil pusing soal itu. Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Izma membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Cikgu Izma sedar. Ia memerhati murid itu dengan pandangan yang tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya. Semakin lama Cikgu Izma memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya.Mengaru-garu betis yang basah dengan air embun.
"Adi! Mari sini!" Cikgu Izma memanggil murid yang datang lambat itu dengan marah. Murid yang bernama Adi itu bangun lambat-lambat. Kemudian menlangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia akan menerima habuan. Dan kawan-kawannya yang lain pun sudah menduga yang Adi akan menerima habuan. Begitu-lah selalunya.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:43:26 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:43:26 GMT 8
"Berdiri di situ!" perintah Cikgu Izma sambil telunjuknya menunjukkan di tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Adi berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetup-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat. Tapi kali ini dia bercadang dia akan berterus-terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Izma.
"Mari dekat sini, Adi!" perintah Cikgu Izma bila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihenyak ke kerusi. Murid yang bernama Adi itu mendekati sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya. Cikgu Izma memerhati atas bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak dari darjah empat dulu lagi. Adi tidak berani memanggung kepala bila Cikgu Izma memerhatikannya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluar yang lusuh itu.
"Kenapa awak datang lambat?" akhirnya Cikgu Izma bersuara.
Adi tidak menjawap. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab samada rumahnya jauh atau aral gendala yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.
"Hee beruk! Saya tanya kenapa awak datang lambat?" Cikgu Izma hampir-hampir memekik.
Adi diam juga. Ia masih tunduk juga. Panggilan beruk padanya bukanlah sekali itu saja, dan bukan sekadar Cikgunya seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan beruk, sebab dia membela seekor beruk.
"Pandang sini!" sergah Cikgu Izma sambil mengangkat dagu Adi dengan pembaris panjang. Adi memanggung kepala.
"Saya tanya kenapa awak datang lambat?"
Dengan suara gagap-gagap bercampur takut, Adi menjawap, "Beruk ... beruk ... saya putus rantai, Cikgu!"
"Haaa, kalau dah putus apa yang awak buat," Cikgu Izma bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka dengan murid-murid.
"Saya cari Cikgu."
"Dah jumpa?" Adi angguk. Tersenyum.
"Sebab tu awak datang lambat?" Angguk juga.
"Awak lebih penting beruk dari sekolah ya? Sebab tu awak pun macam beruk," Cikgu Izma berleter. Muka Adi dipandang dengan jijik.
"Saya sayangkan beruk saya Cikgu. Dia kawan baik saya!" kata Adi dengan jujur. Marah Cikgu Izma naik meluap. Jawapan Adi itu sungguh menyakitkan hatinya. Ia mengaru-garu kepala. Tubuh kurus Adi dipandangnya, kelihatan macam seekor semut.
"Awak nak main-mainkan saya ya?" Cikgu Izma menahan marah. Matanya bersinar- sinar.
"Tidak Cikgu, saya ... " "sudahhh!" tiba-tiba Cikgu Izma menempik. Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Adi. Adi terhoyong-hayan tapi tidak menangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah. Dengan langkah lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawannya diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian padanya.
"Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!" Cikgu Izma bersyarah pada murid-muridnya yang lain.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:45:55 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:45:55 GMT 8
"Berdiri di situ!" perintah Cikgu Izma sambil telunjuknya menunjukkan di tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Adi berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetup-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat. Tapi kali ini dia bercadang dia akan berterus-terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Izma.
"Mari dekat sini, Adi!" perintah Cikgu Izma bila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihenyak ke kerusi. Murid yang bernama Adi itu mendekati sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya. Cikgu Izma memerhati atas bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak dari darjah empat dulu lagi. Adi tidak berani memanggung kepala bila Cikgu Izma memerhatikannya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluar yang lusuh itu.
"Kenapa awak datang lambat?" akhirnya Cikgu Izma bersuara.
Adi tidak menjawap. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab samada rumahnya jauh atau aral gendala yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.
"Hee beruk! Saya tanya kenapa awak datang lambat?" Cikgu Izma hampir-hampir memekik.
Adi diam juga. Ia masih tunduk juga. Panggilan beruk padanya bukanlah sekali itu saja, dan bukan sekadar Cikgunya seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan beruk, sebab dia membela seekor beruk.
"Pandang sini!" sergah Cikgu Izma sambil mengangkat dagu Adi dengan pembaris panjang. Adi memanggung kepala.
"Saya tanya kenapa awak datang lambat?"
Dengan suara gagap-gagap bercampur takut, Adi menjawap, "Beruk ... beruk ... saya putus rantai, Cikgu!"
"Haaa, kalau dah putus apa yang awak buat," Cikgu Izma bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka dengan murid-murid.
"Saya cari Cikgu."
"Dah jumpa?" Adi angguk. Tersenyum.
"Sebab tu awak datang lambat?" Angguk juga.
"Awak lebih penting beruk dari sekolah ya? Sebab tu awak pun macam beruk," Cikgu Izma berleter. Muka Adi dipandang dengan jijik.
"Saya sayangkan beruk saya Cikgu. Dia kawan baik saya!" kata Adi dengan jujur. Marah Cikgu Izma naik meluap. Jawapan Adi itu sungguh menyakitkan hatinya. Ia mengaru-garu kepala. Tubuh kurus Adi dipandangnya, kelihatan macam seekor semut.
"Awak nak main-mainkan saya ya?" Cikgu Izma menahan marah. Matanya bersinar- sinar.
"Tidak Cikgu, saya ... " "sudahhh!" tiba-tiba Cikgu Izma menempik. Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Adi. Adi terhoyong-hayan tapi tidak menangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah. Dengan langkah lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawannya diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian padanya.
"Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!" Cikgu Izma bersyarah pada murid-muridnya yang lain.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:47:30 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:47:30 GMT 8
Murid-muridnya diam membisu. Sekala mereka berpaling memandang Adi yang malang itu. Tapi Adi, macam tidak ada apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air bertakung.
Tiga hari sesudah itu Adi tidak datang ke sekolah. Dari desas-desus murid-murid yang lain. Cikgu Izma mendapat tahu yang Adi sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, hati Cikgu Izma diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Ia terasa macam ada satu dosa yang di-lakukannya terhadap Adi. Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya itu salah di segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Bila ditanya cuma beruknya saja menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi bila dia mendapat tahu Adi berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia merasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Adi belajar hingga tamat. Dia menyesal.
Tengahari itu Cikgu Izma tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus ke rumah Adi yang terletak sejauh 4 km itu. Dia tidak memberitahu pada Guru Besar. Biarlah hal itu dia menyelesaikannya sendiri. Untuk sampai ke rumah Adi, Cikgu Izma terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri-kanan pokok-pokok "keman malu" dan senduduk. Berlopak-lopak. Tiada ramai orang lalu-lalang. Kampung tempat tinggal Adi sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Izma, Bahawa memang patut Adi tidak selalu datang ke sekolah bila memandang jauhnya dan jalan yang sunyi lengang. Kalau dia sendiri pun jadi Adi, dia tentu jadi macam Adi. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidiki lebih dulu.
Akhirnya sampai juga. Cikgu Izma terpaksa menyeberangi sebatang titi yang melintasi sebuah parit yang seluas 10 kaki. Adi tidak ada. Berkali-kali Cikgu Izma memanggil tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Izma naik. Cikgu Izma menolak pelawaan itu tapi berkali-kali pula orang tua itu men-jemputnya. Akhirnya Cikgu Izma mengalah bila orang tua itu memberitahu yang ia lumpuh, tidak dapat turun. Sekali lagi sebak menyerang hati Cikgu Izma. Rupa-rupanya kesulitan Adi berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.
"Adi ke mana Makcik?" tanya Cikgu Izma.
"Entahlah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung."
"Dia panjat pokok kelapa?"
"Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak Makcik lumpuh." Terang ibu Adi dengan hiba. Dia meninjau-ninjau kalau-kalau ternampak Adi. Cikgu Izma memerhati di sekitar rumah Adi. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Adi. Dindingnya tembus di sana-sini. Tidak ada apa yang boleh di-namakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.
"Dah lama Makcik lumpuh?" tanyanya.
"Dah hampir setahun." terang orang tua itu lagi. Cikgu Izma yang duduk di muka pintu saja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Adi semakin tebal.
"Saya datang ni nak tahu, mengapa Adi tak ke sekolah lagi?"
"Entahlah. Katanya dia tak mahu ke sekolah lagi. Telinganya sakit" Cikgu Izma termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung, tiba-tiba dia melihat Adi pulang, beruknya di atas bahu. Adi membimbit dua biji kelapa.
"Haa, itu pun dia dah balik," Kata Cikgu Izma dengan tersenyum. Orang tua itu menjenguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. lebih dari itu dia tidak berdaya.
"Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapanya meninggal," kata orang tua itu dengan sedih.
Adi yang sudah hampir sampai dengan rumahnya itu terhenti seketika bila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu Cikgu Izma. Tapi bila dia sudah pasti benar-benar segera melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan di tanah, dia meluru mendapatkan Cikgu Izma. Tersenyum girang. Bersalam tangan. Beruk yang ditinggalnya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.
"Dah lama Cikgu sampai?" tanya Adi.
"Baru sekejap," jawap Cikgu Izma. Keramahan Adi sungguh mengejutkan Cikgu Izma. Beruk yang ditinggalkan oleh Adi di halaman rumahnya itu melompat-lompat dengan suara garang. Adi menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru tuannya. Cikgu Izma terpandang telinga kanan Adi. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.
"Dekat sini Adi," kata Cikgu Izma dengan lembut. Adi mendengar kata-kata itu berlainan dengan perintah semasa disekolah. Kata-kata itu macam kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Izma.
"Senget sedikit kepala awak," lagi Cikgu Izma berkata.
|
|
|
Novel
May 17, 2004 14:48:53 GMT 8
Post by atokENSEM on May 17, 2004 14:48:53 GMT 8
Adi menyenget kepalanya. Cikgu Izma memegang kepala Adi dan menekannya sedikit untuk mempastikan sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah- marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu mengigit tangan Cikgu Izma. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya. Cikgu Izma mengaduh sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Adi menempik beberapa kali supaya beruk itu berlalu. Tapi tempikannya tidak diendahkan oleh beruk itu. Ia terus menyerang Cikgu Izma.
Demi untuk menyelamatkan Cikgu Izma, Adi mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa. Lalu, dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya. Beruk yang garang itu menjadi lemah. Telentang diatas lantai. Sebelum menghembuskan nafasnya yang akhir, mata hitamnya memandang Adi dengan sayu. Kelopak mata berbulu itu tergenang air jernih. Adi terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Izma menahan darah di lengannya dengan sehelai saputangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak dengan lembing. Suasana sepi, Cikgu Izma memandang Adi. Adi memandang beruknya seakan suatu mimpi. Dan Ibu tua itu memandang anaknya dengan tafsiran yang asing. Adi melutut di sisi beruknya. Lembing yang masih terpacak di dada beruknya, dicabut. Darah likat berpalut di mata lembing itu. Adi tidak dapat menahannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua tetap membisu. Dia tersedu-sedu. Tersedu-sedu.
"Terimakasih Adi," tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Izma berkata. Darah di lengan masih juga keluar.
"Cikgu sakitkah?" tanya Adi di antara sedu-sedannya.
"Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Adi," kata Cikgu Izma lalu turun dari rumah itu.
"Cikgu, saya minta maaf," kata Adi sebaik-baik saja Cikgu Izma memijak tangga bawah.
"Tak apa ... tapi awak mahu ke sekolah lagi?" di tunduk. Kaku. Sedih.
"Lebih baik awak ke sekolah hingga darjah enam." Cikgu Izma memberi nasihat.
"Saya tak dapat ke sekolah lagi Cikgu," tiba-tiba Adi menjawap sayu.
"Kenapa?"
"Beruk ... saya mencari makan dengan beruk itu Cikgu."
Hati Cikgu Izma bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Adi benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia sedar, bahawa beruk itu pada Adi merupakan tali penghubung nyawanya selama ini. Dia melangkah pulang dengan hati yang sebak. Tapi Adi yang terpaku di ambang pintu itu lebih pilu lagi.
~TAMAT~
|
|
|
Novel
Aug 27, 2004 23:50:29 GMT 8
Post by ~BuTtErfLy~ on Aug 27, 2004 23:50:29 GMT 8
:Das'kum.. wah bagus betul ruangan ni yek...macam2 ada.......teringat kat pak cik abas MMA... ;D
|
|
|
Novel
Aug 29, 2004 1:07:59 GMT 8
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 1:07:59 GMT 8
:Das'kum.. wah bagus betul ruangan ni yek...macam2 ada.......teringat kat pak cik abas MMA... ;D hehehe...ke situ lak die!
|
|