|
Post by atokENSEM on May 7, 2004 13:22:45 GMT 8
Bhg. 4
Hari ini dia masuk awal kepejabat. Apalah malang, enjin kereta tak boleh start. Terpaksalah dia menumpang ayah, kena keluar awal sebab ayah kena berpatah balik ke PJ. “Awal Nida,” tegur Kak Seri. “Tumpang ayah, kuda tua buat perangai, demam,” dia sengih. Kak Seri hanya menggeleng. “Akak dah sarapan? Awal lagi ni, jom Nida belanja makan nasi lemak,” selepas meletak handbag didalam laci, dia merapati meja Kak Seri. “Boleh juga, akak pun tak sempat nak sarapan, Abang Hakim kau nak cepat tadi,” terkedek-kedek mereka beriringan ke gerai makan berhampiran pejabat.
“Cukup ke banyak tu, tambahlah lagi, abang belanja,” dia terkejut. Wajah sipengganggu dijeling. Kak Seri turut mengangkat wajah. “Kamu ni Hafiz, tak reti nak bagi salam,” marah Kak Seri. “Dah, akak dengan Nida yang tak dengar, kusyuk ngadap makanan, sampai orang berdiri depan mata pun tak nampak,” usik Hafiz. Nida buat tak dengar, melayan Hafiz bersembang hanya akan merosakkan mood paginya. “Kau tak makan?” hanya Kak Seri sahaja yang tak sampai hati nak memalukan Hafiz, dia layan juga budak lelaki suku masak itu bercakap. “Saya diet kak, pagi-pagi ni minum air suam aje, jaga badan,” Nida tahu kata-kata itu ditujukan khas, paling istimewa untuknya. Namun dia tak ambil pusing. Mee hoon goreng dalam pinggan dihabiskan. Teh limau nipis suam dihirup perlahan. “Tak nak tambah Nida?” Hafiz tak puas hati kerana Nida tidak mengendahkannya. “Encik Hafiz, saya takde mood pagi ni, tolong jangan ganggu saya,” Nida merenung tajam kedalam anak mata Hafiz. “Eh, kenapa takde mood, gaduh dengan pakwe ke, tak pun, susah hati sebab tak ada pakwe,” muka Kak Seri berubah. Dia kesian melihat wajah Nida yang mula merah. “Jom Nida masuk office, akak ada kerja tak siap lagi ni,” Kak Seri dah bangun, dia tak mahu berlama-lama disitu, takut Nida mengamuk. “Jomlah kak, duk sini pun bukan ada apa, langau banyaklah,” Nida turut bangun. Dia menghampiri Mak Cik Bedah, selesai membayar dia membontoti Kak Seri keoffice. Dia tahu wajah Hafiz berubah mendengar kata-katanya. Dia tak berniat nak menyakiti hati lelaki itu, tapi hatinya yang terluka, pernahkah orang ambil tahu?
Nida leka bercinta dengan kerja-kerjanya. Ruang pejabat yang agak riuh tidak diendahkan. Dia memang agak kurang bercakap kalau banyak kerja yang menghambat. “Nida, ada barang untuk kau,” Rokiah, sipenyambut tetamu yang cantik ala-ala Norish Karman menjerit memanggilnya. “Barang apa?” tak pasal-pasal dia turut menjerit. Perhatian seluruh pejabat tertumpu kepada Nida dan Rokiah. “Manalah aku tahu, ni ada orang hantar, siap dengan roses,” Nida tergamam. Salah orang kot, tak pernah ada orang hantar ros, mimpi agaknya. “Sure ke untuk aku?” jeritnya lagi. Malas benar nak bangun dari kerusi. “Ada berapa orang Ika Hanida kat sini?” Rokiah mula menapak membawa sebuah bungkusan hadiah dan roses merah 25 kuntum kemejanya. “Siapa hantar?” soalnya. “Anak cina, dah blah dah budak tu, bukalah hadiah tu,” gesa Rokiah. Teman-teman sepejabat yang lain pun turut menanti. Ajaib, orang paling low-profile dapat bunga, memang menjadi isu hangat. “Tak naklah, ni mesti ada orang nak kenakan aku ni,”. “Aku buka ya,” Rokiah mula mencapai kotak hadiah diatas meja. “Tak payah, aku nak buka sendiri karang, kau pergi buat kerja. Terima kasih banyak sebab sudi hantar kat meja aku,” dia menarik kotak tersebut dan meletak dalam laci meja. Rokiah mencebik, eleh, berlagak. “Nida, call,” Sofea menyambung talian kemejanya. “TQ Fea, Hello,”. “Happy birthday Nida, U dah dapat hadiah tu?” dia terkejut mendengar suara Radzi. Dah dekat seminggu tak terima email, tiba-tiba lelaki itu call. “Mana U tahu hari ni birthday I?” tanpa sengaja, suaranya terkuat. Sekali lagi mata-mata ramai tertumpu kearahnya. “I upah PI,” Radzi tergelak. “U kemana seminggu ni?” soalnya, suaranya kembali terkawal. “Adalah, nanti I cerita, U tunggulah email I nanti, Happy Birthday Nida, I wish all your dream will come true, hope U suka hadiah tu,” Nida hampir menitiskan air mata. “Thanks Radzi, I hargai ingatan U pada I,”. Sebaik meletak gagang telefon, kak Seri menghampirinya. “Happy birthday Nida,” Kak Seri menghulur tangan. Nida bangun, dicapai tangan Kak Seri dengan ucapan terima kasih. “Akak tak tahu hari ni birthday Nida, akak tak prepare hadiah,” kata Kak Seri lagi. “Tak apa, persahabatan kita ni lebih berharga sebenarnya, Kak Seri sudi layan Nida sebagai seorang adik, itu lebih membahagiakan Nida,” ucapnya kudus. Air matanya bergenang. Dia sendiri tak ingat hari itu ulangtahun kelahirannya.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 7, 2004 13:24:21 GMT 8
Bhg. 5
Suasana agak romantik. Tak pernah seumur hidup dia ber’candle-light-dinner’. Hari ni cukup istimewa, Radzi buat surprise untuk kali kedua. Keluar dari pejabat, lelaki tu telah menunggu. “I nak ajak U dinner, celebrate your birthday,” dia agak segan, teman-teman sepejabat yang turut sama ada disitu tersenyum-senyum. Lebih-lebih lagi Radzi menghulurkan sejambak mawar putih. “Kenapa tak cakap awal-awal, nasib baik I takde date dengan orang lain,” dia cuba buat lawak untuk menutup rasa malunya. “Alah, I dah baca diari U, I tahu U takde date malam ni,” usik Radzi pula, dibukanya pintu kereta untuk Nida. Sesungguhnya Nida keliru, untuk apa dia dilayan sebaik itu. Siapa dia dalam hidup Radzi. Apa hubungannya dengan Radzi hingga dilayan seistimewa itu?
“Okay ke makanan tu?” Radzi memecahkan belon angannya. “Hah? Oh, okay, sedap,” agak malu, berangan masa makan. “U ingatkan someone ya,” duga Radzi. “Nope, I terfikir, apa pasal U bersusah payah begini,” Nida berterus terang. “Saja, sebagai menghargai U, penghargaan dari seorang kawan, untuk seorang kawan, tak salahkan?”Radzi meminjam ayat Nida tempohari. Nida senyum, dia mengangguk-angguk. “Kenapa U banyak diam malam ni?” Radzi menyoal bila dilihatnya Nida membisu. “I terharu dengan perhatian U. Anyway, thanks sebab kasi I ubat diet tu, mahal tu, I pun tak mampu nak beli,” dia mengangkat wajah, membalas pandangan Radzi. “I nak bagitahu U sesuatu,” Radzi menambah debar didada Nida. “I faham perasaan U, I tahu U rasa rendah diri dengan fizikal U. I nak merealisasikan impian U, I nak tengok U kurus. Tapi, kalau U tak berjaya untuk kurus, I nak U tahu seperkara, U tu cantik. Walaupun U sihat, U tetap menawan. Kadang-kadang orang tak pandang seorang perempuan tu sebab dia kurus, langsing, cantik, orang tengok pada sikap dia. Macam U, U baik, lembut, U ada tarikan yang tak ada pada orang lain. Orang macam U, lebih sensitive dan prihatin dengan masalah orang lain. U lebih ambil berat tentang diri orang lain, U special. I anggap U kawan baik I, I menghargai U sebagai kawan I,” air mata Nida menitis. Terharu dengan pengakuan Radzi. “U jangan salah anggap dengan apa yang I buat. I kasi U ubat diet bukan sebab I nak perli U, I ikhlas, remember, I pernah cakap I ikhlas berkawan dengan U? I dah buktikan, I tak melakukan semua ni kerana tercabar atau dicabar. I senang kawan dengan U,” Nida sekadar mengangguk. Bibirnya terkunci, dadanya sebak, dia tak mampu berkata-kata. “Erm, sepekara lagi yang I nak bagitau U,” Nida mengangkat wajah. “I cuti seminggu hari tu, balik kampong,” Radzi senyum. “Patutlah tak send email,” balas Nida. “I balik bertunang,” Nida tersentak. “Really, sampai hati U tak bagitau awal-awal, tahniah,” ada sejalur rasa yang tak dapat ditafsirkannya didalam hati. “I tak nak bagitau U awal-awal, sebab I pun tak sangka akan bertunang secepat ini. Actually I baru kenal tunang I ni,” jelas Radzi. “Erm..jangan U lupa jemput I masa makan nasi minyak sudah,” sebolehnya Nida menyorokkan perasaan yang dia sendiri tidak mengerti jauh dilubuk hati. “U orang pertama I layangkan kad jemputan nanti,”.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 7, 2004 13:26:32 GMT 8
Bhg. 6
Dah berjam-jam dia berfikir. Mawar putih masih dalam pelukan. Dia cuba mentafsir rasa yang sedang bersenandung dalam hatinya. Selama ini, dia tak pernah berjumpa dengan lelaki sejujur Radzi. Lelaki itu, yang hanya dikenali melalui IRC, dia tidak pernah meletak kepercayaan untuk mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi yang dikenali dalam alam cyber itu. Dia hanya suka-suka, membuang masa berbicara, berdiskusi diruangan itu. Dengan menggunakan nick Mahsuri, memang ramai yang terpikat dengan nama itu. Dia geli hati, ramai sangat nak jadikan dia adik angkat, kakak angkat, nak minta jadi buah hati pun ada. Dia tak berminat, kerana dia sedar dirinya siapa. Dengan Radzi ini pun, dah hampir 5 bulan berkenalan baru dia tergerak hati untuk berjumpa. Tak sangka, Radzi masih lagi sudi berkawan dengannya. Mujur juga Radzi memberitahu awal-awal bahawa dia dah berpunya. Kalau tidak, pasti dia salah sangka dengan layanan baik dari lelaki itu. Maklum sahaja, hati perempuan memang rapuh, lebih-lebih lagi dia, yang agak kesunyian. Nida mengeluh, ubat diet yang dihadiahkan Radzi diteliti. Rasanya dia tak patut menerima ubat yang mahal itu. Bukan satu set, tapi 5 set, siap dengan jadual pemakanan sekali. Dia tahu, ubat itu mahal. Bukan dia tak teringin mencuba, ramai yang berkata ubat tu berkesan dan tak mendatangkan mudarat, tapi dia tak mampu. Gajinya bukan besar, nak bayar duit kereta, isi minyak, hulur kat emak sikit, akhirnya tinggal kepingan syiling. Dia berkira-kira nak pulangkan balik ubat tersebut.
Pagi-pagi lagi dia dah hantar email kepada radzi. ‘Radzi, I tak dapat terima ubat diet tu. I nak pulangkan balik pada U. I tak layak untuk menerima sesuatu yang mahal macam tu. I harap kita boleh jumpa, I nak serah balik pada U’.
Tengahari itu dia mendapat panggilan dari lelaki itu. “U ni kenapa?” suara Radzi agak keras. “Kenapa apa? I sihat aje,”. “I bagi U ubat tu ikhlas, kenapa nak pulang balik?” “I susah hatilah Radzi. Ubat tu mahal, I tak sampai hati nak terima. Biarlah gemuk pun, I tak kisah. Tak elok U membazir untuk I,”. “I dah bagi, U makan ajalah, I tak nak U pulang balik. Lagipun bukannya I boleh pulang balik ubat tu kat kedai. U jangan fikir banyak sangat Nida, ambil aja. Ke, U tak sudi terima pemberian I?”. “Radzi..” dia mati kata. “Kalau U pulang balik ubat tu pada I, maknanya U yang tak ikhlas terima I sebagai kawan,” talian telefon putus. Suara Radzi agak keras. Dia terkedu, salahkah perbuatanku?
|
|
|
Post by atokENSEM on May 7, 2004 13:28:29 GMT 8
Bhg. 7
Sejak hari itu, dia tak berani nak hantar email kepada Radzi. Lelaki itupun senyap. Tiada panggilan telefon dan email. Dia serba salah, adakah dia telah membuat kesalahan yang besar, marah sangatkah Radzi padanya? Hampir 2 minggu, Nida mula dihimpit rindu. Walaupun Radzi hanya kawan, dia tetap menganggap Radzi seorang yang istimewa. Teringat lagu nyanyian Aishah, ‘walaupun kau bukan kekasih, namun bukan sekadar teman biasa, hadirmu membawa cahaya, dihati yang gelita…oh sayangku..’
Nida memberanikan diri. Dia klikkan tetikus pada butang compose, ditaipkan alamat email Radzi didalam kotak, kemudian, sebaris ayat yang cukup ringkas ditaip ‘I’m sorry’. Diklik pula butang send, selamat. Email telah pun dihantar. Ditunggu balasan dari Radzi. Tengahari, petang, pagi esok, tengahari, petang…begitulah seterusnya, tiada balasan dari Radzi. Nida serba tak kena, pelbagai rasa meracun perasaannya. Dia takut untuk menghubungi Radzi, tak pernah Radzi berpelakuan begitu. Hampir sebulan, tiada sebarang berita dari Radzi. Nida mula dapat menerima kenyataan, cukuplah kebaikkan yang diberikan oleh Radzi selama ini. Terima kasih nya untuk Radzi kerana melayan dengan baik selama ini tak dapat disampaikan.
Masa berlalu, Nida kembali diulit dengan kerja. Dilontarkan segala kepedihan yang bersenandung dalam hatinya. Biarlah, sekurang-kurangnya dia pernah merasa bagaimana rasanya dilayan dengan baik oleh seorang lelaki. Pengalaman seketika bersama Radzi amat berharga. Dia tidak berani lagi memasuki pintu IRC. Baginya dalam dunia itu, bersepah dengan pelbagai ragam manusia. Tidak dapat ditafsir sejauh mana keikhlasan seseorang dengan hanya berbual kosong dimonitor computer. Dia senang dengan hidupnya sekarang, sekurang-kurangnya, dia punya keluarga yang bahagia, punya kerjaya sendiri.
“Tak keluar lunch ke, diet kot?” kedamaiannya terusik. Hafiz yang tersenyum-senyum kambing didepannya hanya dipandang sekilas. “Tak payah dietlah Nida, kau tu memang dah baka macam tu, tak akan kurus kalau tak makan setahun pun,” lancang mulut Hafiz. Nida tetap membisu, dia cuba memekakkan telinga. “Ke, kau tunggu pakwe bunga ros hari tu?” Nida mengangkat wajah. “Hafiz, aku tak pernah kacau kau, kenapa kau nak kacau aku?” suaranya mendatar. “Aku tak kacau, sekadar nak sedarkan kau dari mimpi,” merah wajah Nida. Dia rasa terhina dengan bicara Hafiz. “Dah lah Hafiz, aku tak ada masa nak layan kau,” dia capai beg berisi kain telekung dan menuju kesurau. Hatinya tersayat luka, entah kenapa Hafiz begitu suka mengganggu hidupnya. Sejak dari dia mula masuk kerja disyarikat itu setahun dulu. Hafiz salah seorang staff sebumbung seperti membenci amat dirinya.Entahlah, dia masih mampu bersabar, selagi mampu, dia akan bersabar.
Balik dari surau, ruang pejabat dah mula riuh. Teman-teman yang baru masuk kepejabat meriah bercerita. Dia tak endahkan keadaan keliling. Dia tak ada mood nak beramah mesra. Hati yang terusik dengan gelagat Hafiz membuatkan dia hilang rasa ceria. “Nida, atas meja tu ada buah, makanlah,” Kak Seri menegur apabila dia melewati meja wanita beranak dua itu. “Kenapa susah-susah ni kak?”. “Apa yang susahnya? Bukan akak kena panjat pokok petik buah tu, makan ajelah, jangan diet melampau,” perlahan suara Kak Seri. Nida senyum, kepalanya digelengkan. “Saya bukan diet kak, cuma tak ada selera,” dia menyimpan beg berisi telekung. “Nida, akak nak tanya sikit boleh?” Kak Seri telah pun duduk dihadapannya. “Erm..” “Apa dah jadi dengan budak Radzi tu? Akak tengok Nida pun macam susah hati aje kebelakangan ni,”. “Entahlah Kak, tiba-tiba dia menyepi. Mungkin dia marah sebab saya nak pulangkan ubat diet tu,” Nida mengeluh kecil. “Kenapa Nida nak pulangkan, makanlah, akak tahu, adik akak sure cantik kalau kurus,” pujuk Kak Seri. “Tak naklah Kak, kalau nak kurus pun, biar tanpa ubat, saya nak usaha sendiri, lagipun, saya tak nak terhutang budi,”. “Terpulanglah Nida, akak harap kamu jangan patah semangat,” sempat dia berpesan sebelum kembali kemejanya. “Thanks kak,”.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 7, 2004 13:30:14 GMT 8
Bhg. 8
Tiga bulan berlalu. Nida telah mula belajar untuk melupakan. Biarlah kalau tempoh persahabatannya dengan Radzi hanya sependek itu. Dia tidak mahu mengharap lagi. Bukan dia tak cuba menghubungi Radzi, cuma lelaki itu yang tega tidak membalas emailnya. Untuk menghubungi lelaki itu melalui telefon, amat tidak mungkin, kerana dia tak pernah menyimpan nombor telefon apatah lagi alamat lelaki itu.
Hari ini hari dia selesaikan semua kerja yang tertunggak. Sebelum balik, mejanya dikemas, disusun alatulis dengan elok. Fail-fail yang penting telah diserahkan kepada Alis. “Balik dulu ya kak,” dia bersalam dengan Kak Seri. “Erm, drive elok-elok. Tenangkan perasaan, lupakanlah apa yang lepas-lepas tu, jangan kamu tak ingat nak balik sini sudah,” pesan Kak Seri. Nida tergelak kecil. “Apalah Kak Seri ni, macamlah Nida pergi lama sangat, seminggu aje tau,”. “Dalam seminggu macam-macam boleh jadi Nida,”. “Manalah tahu ye kak, terserempak tauke keropok lekor ke, tauke batik ke,” seloroh Nida. “Butalah orang tu kalau nak kat kau Nida,”serentak Nida dan Kak Seri berpaling. “Kau ni kenapa Hafiz?” Kak Seri mula naik angin. Selama ini dia boleh bersabar, tapi hari ini dia tak dapat menahan perasaan geramnya terhadap lelaki itu. “Kenapa kak, salah ke cakap saya?” “Dah lah tu kak, Nida tak kisah, biarkan aje lah. Bukan luak pun, Nida balik dulu ya kak,” Nida terus berlalu.
Dia banyak berfikir sepanjang perjalanan ke Terengganu. Segalanya akan cuba dilupakan dalam masa seminggu ini. Dia mahu rehatkan fikiran. Perasaannya perlu ditenangkan. Bukan senang dia hendak mendapatkan keizinan emak. Berbakul-bakul bekal nasihat yang mak kirimkan. Emak risau, dia tak pernah kemana-mana bersendirian. Kali pertama izinkan, itupun dengan janji yang berjela-jela.
Sampai ke Kuala Terengganu, dia menghubungi Mastura, sahabat baiknya sewaktu dikolej dulu. Sambil menanti Mastura, dia menjamu perut dengan keropok lekor goreng dan air kelapa. Makan ditepi laut, ditemani angin dan ombak, benar-benar berjaya membuang segala kekeruhan dihatinya. “Nida!” terdengar namanya dijerit. “Mas..” macam dalam filem Hindustan, dia berlari mendapatkan Mastura. Mereka berpelukan. “Rindunya aku dekat kau, kau drive sorang aje dari KL?” “Ha’ah, nak berapa orang lagi?” dia sengih, mengunjukkan plastik berisi keropok lekor pada Mastura, teman itu hanya menggeleng. “Kau datang ngan sapa?”. “Angah aku hantar tadi, aku dah suruh dia balik,”. “Maaflah Mas, susahkan kau aje,”. “Tak apa, aku suka kau sudi datang umah aku yang buruk tu, kau jangan bimbang, kau akan jadi tuan puteri selama berada kat sini, aku dah apply cuti, kita gi jalan puas-puas ya,” dia keseronokkan, inilah peluang yang dinanti-nantikan. “Thanks, kau memang best,”. “Jom, mak aku dah masak sedap-sedap untuk kau, hari tau kau request laksamkan, hah, makan puas-puas,” Mastura menarik tangannya. “Bertambah gemuklah aku,” kedua-dua gadis itu ketawa, ria.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 7, 2004 13:31:14 GMT 8
Bhg. 9
Dia malu-malu alah. Keluarga Mastura mesra sungguh. Dia dilayan macam ahli keluarga sendiri, tak, kadang-kadang dia terfikir yang dia ni MB masuk kampung, ditatang macam minyak yang penuh. “Makanlah Nida, tok soh malu-malu,” Acik Leha, emak Mastura menegurnya. “Ya mak cik, takde malulah,” dia angguk, mukanya merona merah. Apa taknya, dia dapat rasakan angah, abang Mastura yang nombor dua tak sudah-sudah perhatikan dia. “Yang mu tu tak makang lagi kenapa ngah?” bukan angah aje yang terkejut, dia pun terkejut sama dengan teguran dari Cik Leha. “Tak dok bendalah mak, heran tengok orang KL ni, pemalu sangat,” sudah, dia pula yang menjadi alasan. “Tok soh renung lelama Ngah, anak dara orang tu,” usik Mastura, membuatkan jarinya laju mencari peha gadis itu. “Makanglah, tok soh maingkan dia, nangih nanti,”Cik Leha menghulurkan sambal ikan pada Nida. “Gheti ke makan ikan tu, ikan kayu tu,” usik Lina adik Mastura pula. “Hah?” dia ternganga, kayu? “Tok soh dilayan budak-budak ni Nida, ikan tu ikan aya, ada orang panggil ikan tongkol, alah, ikan tuna tu adik-beradik dia la tu,” rajin Cik Leha memberi info, Nida sekadar senyum dan mengangguk. “Sedap cik,” pujinya ikhlas. “Hah, dah sedap tu makan, mu buat dok nampok aje budak-budak ni,” balas Cik Leha dalam rojak bahasa Melayu-Terengganunya.
Selesai mengemas, Nida dan Mastura duduk-duduk diatas pankin dibawah pohon mangga yang rendang. “Esok, kita gi Cendering ya, view kat sana cantik,” cadang Mastura. “Erm..bestnya, aku nak amik gambar banyak-banyak,”. “Ke kau nak pergi shopping dulu?” “Alah, aku lama lagi kat sini, bila-bila pun takpa, kereta tua tu sedia bawa,” tergelak-gelak dua gadis dibawah pohon mangga itu. “Mas, tak mboh ajok mek comel tu gi bandor ke?” angah menegur dari atas beranda. Dia bertenggek atas tangga batu sambil main gitar. “Haa, malam ni gi bandar ye, kalau kau nak tengok pemandangan waktu malam kat sinilah, takde apa special pun, tapi malam ni ada pasar malam, selalunya kitorang tak masak kalau ada pasar malam, import je makanan dari sana,” Mastura nampak seronok dapat melayan Nida. “Aku no problem,”. “Takpe, malam ni pergi ngan angah, angah nak belanja orang KL,”. “Nida bukan orang KL lah angah, Nida pun orang kampung jugak, cuma duduk aje kat KL,” kurang sedikit rasa segannya pada abang Mastura itu. “Samalah tu, malam ni, Nida mintalah nak makan apa pun, angah belikan,” Nida ketawa. “Mentang-mentanglah Nida gemuk, angah asyik ingat nak belanja makan aje ya,” dia mengusik. “Isk, ada ke pulak, angah belum habis cakap lagi, kalau Nida nak benda-benda lain pun angah sure beli punya, jangan minta masjid terapung tu cukup, pitih angah tak cukup,”. “Amboi, seronoknya orang berdua ni, macam kita ni tak wujud pulak. Ngah, sejak bila jadi manusia murah hati ni, skala tu payoh nak belanja,” Mastura mencelah. “Bila pulok, awok kan dah keje, buat apa ngah nak belanja, Nida ni kes lain, dia tetamu kehormat,” wajah Nida berona merah. “Jangan kata gitu ngah,” dia tak tahu nak kata apa, yang pasti dia rasa dihargai disini.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 7, 2004 13:33:01 GMT 8
Bhg. 10
Dia berjalan-jalan disepanjang pesisiran pantai. Desiran ombak yang membasahi kakinya memberikan dia rasa bahagia. Tanpa ditemani Mastura, dia berseorangan dipetang nan indah itu. “Tak takut kena culik ke jalan sorang-sorang ni?” Nida terkejut, segera dia berpaling kearah pemilik suara. “Angah ni, biasa ke buat kerja takut-takutkan orang ni,” dia mengukir senyum. “Tak adalah, ni kali pertama, kenapa, takut ke, sorry lah,”. “Awal angah balik hari ni, tak gi dating dulu ke?” “Ewah, serkap jarang nampak, Nida salah soalan le, patutnya Nida tanya, lambat angah sampai, dah lama Nida tunggu nak berdating dengan angah kat sini,” Angah ketawa kuat, manakala Nida menarik muncung. “Ke situ pulak,” Nida mula mengatur langkah, membiarkan Angah menghabiskan sisa tawanya. “Weih, merajuk ke, janganlah gitu, angah gurau aje, comel juga ye muka orang merajuk, macam teddy bear,” angah mendekatkan diri dengan Nida. “Sapa pulak nak merajuk, angah ni kan, hei…nak aje Nida campak kat laut, bagi jerung makan,” dia pura-pura marah. “Sampai hati Nida, kalau angah tak ada nanti, Nida rindu pulak. Mulalah ada orang tak lalu makan, tak lena tidur,” usik angah lagi. “Perasan,” hanya itu yang lahir dari bibirnya. Nida mula teringatkan seseorang, rindukah aku padanya? “Kenapa ni Nida, angah salah cakap ke?” angah mula panik melihat riak wajah Nida yang berubah mendung. “Tak ada apa-apalah angah, Nida okay, Nida nak baliklah, nanti Mas cari pulak,” segera dia berlalu, entah kenapa perasaan sayu menyentuh nalurinya.
***
“Nida, ada orang kasi,” Mastura meletak sebuah bungkusan dihadapannya. “Sapa kasi?” “Bukalah dulu, baru tahu,”Mastura tersenyum-senyum. “Tak naklah, kau main-mainkan aku ya,”. “Eh minah ni, aku tak de masa nak main-mainlah, bukalah, aku nak tau juga apa isinya,” gesa Mastura. Perlahan-lahan Nida membuka bungkusan sederhana besar itu. “Sapa kasi ni Mas, kenapa pulak berhadiah-hadiah ni, confius aku,” Nida mengerut dahi. “Eee..comelnya, geramnya aku, nak tahu kau bacalah kad tu,”.
‘Istimewa buat budak comel, janganlah merajuk, sorry kalau angah buat salah’.
“Angah?” sekali lagi dahinya berkerut. Mastura angguk, bibirnya terukir senyuman. “Dia minta maaf, dia takut kau marah dia sebab dia salah cakap, eh, bagitau lah kat aku, angah buat apa kat kau?” Mastura mula nak menyibuk. “Tak ada apa-apa, dia salah fahamlah ni,”. “Salah faham apa? Kau tahu tak, aku tak pernah tengok angah segelabah macam ni, masa putus dengan Kak Firah dulu pun tak seteruk ni muka dia,” Mastura menarik Teddy bear yang dihadiahkan angah dari tangan Nida dan menempatkan didalam pelukannya. “Aku teringatkan Radzi, ingat tak budak yang aku kata bagi aku ubat diet tu, tiba-tiba aku rasa sedih, tu aku balik terus dari pantai tadi, agaknya angah ingat aku marah kat dia kot,” jelas Nida. “Oh, gitu, takpe, nanti aku khabarkan kat dia. Eh, kau rasa sesuatu tak Nida,”. “Rasa apa?”. “Angah macam ambil berat kat kau,”. “Gila, merepek lah tu,” Nida menolak bahu Mastura. “Betullah Nida,”. “Kau jangan Mas, aku tak sukalah tengok muka kau tersengih-sengih macam ni, buruk macam monyet sarkas,” Nida bangun dan menuju kepintu. “Aduh!” terdengar jeritan Nida, segera Mastura bangun dari katil. “Kenapa?” “Sorry,” Nida dan angah berdiri kaku, sambil mata masing-masing bertatapan. “Woi, kenapa ni?” sergah Mastura sambil tersengih-sengih. “Tak ada apa-apa,” segera Nida menuju semula kedalam bilik, wajahnya merona merah, malu, sesungguhnya dia malu yang teramat. “Angah, dah kena sumpah jadi patung ke?” terdengar suara Mastura menegur angah yang masih kaku dihadapan pintu bilik. “Say sorry kat Nida, kata kat dia angah ajak date petang esok,” angah berlalu dengan senyuman. “Kau dengar tak Nida? Kau dengar tak tadi apa yang angah kata?” Mastura keseronokkan. Dia mencampakkan diri diatas tilam empuk. Nida hanya membisu, dadanya masih berdebar kencang, masih terbayang adegan perlanggaran antaranya dan angah didepan pintu, masih jelas dilayar ingatan, tajam mata angah merenung kearahnya. “Nida, kau dengar tak aku cakap apa ni,”Mastura menampar pehanya. “Aku dengar, aku takut Mas,” tiba-tiba air matanya mengalir. “Kenapa ni Nida?” Mastura mula cemas. “Aku tak tahu, tiba-tiba aku rasa takut, aku…aku..aku takut,”Nida menutup mukanya dengan telapak tangan. “Syyhh..jangan macam ni Nida, aku faham perasaan kau, dan aku rasa kali ni kau tak perlu takut, sebab aku kenal angah, aku tahu hati angah,” Mastura seakan memahami gelodak rasa dihati sahabat baiknya itu. Nida gelengkan kepala, suaranya umpama tersekat ditekak. “Aku tak nak main api Mas, aku tak mahu ambil risiko,aku sedar diri aku siapa Mas,”. “Percaya kat aku, kau akan dapat merasa bahang bahagia dari api itu, dan aku pasti kau tak akan terbakar dalam kecewa. Kau jangan pandang rendah pada diri kau, cuba kalau sesekali kau fikir benda yang positif, aku tahu kali ni kau tak akan salah langkah, sebab angah aku bukan macam spesis yang pernah mengecewakan kau dulu,” bersungguh-sungguh Mastura meyakinkan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:33:57 GMT 8
Menghargai KekasihMENGHARGAI APA YANG KEKASIH TIDAK MAHU
Kebanyakan teman wanita lebih mementingkan penampilan diri sehingga melupakan apa yg teman lelaki inginkan. Justeru itu, jgn salahkan teman lelaki kalau kebahagiaan kamu umpama telur di hujung tanduk. Sepatah kata, harus dijadikan pedoman dan kamu akan lebih dihargai sekiranya belajar menghargai apa yg pasangan tidak mahu kamu lakukan. Perhatikan adakah kamu tergolong seperti perkara yg dinyatakan: Pura-pura bodoh walaupun kamu tahu penyelesaian sesuatu masalah. Kamu sengaja bersikap demikian atas alasan inginkan perhatian dari kekasih kamu. Menangis keterlaluan hanya kerana perkara remeh. Merajuk tak tentu pasal. Segala hal peribadi yg patut diselesaikan sendiri, contohnya membayar bil telefon, mengambil baju di kedai dobi dan sebagainya sengaja diserahkan kepada kekasih. Selalu bercakap dgn anda manja dan kebudak-budakkan. Sering mereka2 cerita atau menimbulkan masalah dengan harapan kekasih kamu akan memberi perhatian yg lebih. Risiko yang akan kamu hadapi: Kekasih akan hilang hormat pada kamu Selama mana kamu bersikap begitu, kamu terus dianggap anak kecil bukan kekasih yg matang. Memang sesetengah kekasih senang dgn keadaan begitu tetapi ianya memberi kesan buruk pada mereka. Dalam semua segi, kamu dianggap sebagai teman wanita yg tidak pandai menghargai diri sendiri mahupun kekasih sendiri. Sebarang keputusan atau apa yg kamu lakukan tidak mungkin mendapat kepercayaannya melainkan dengan bantuan org lain. Kamu akan kehilangannya Hakikat ini nyata. Bayangkan bagaimana sabarnya seorang kekasih melayan karenah kamu, lambat laun akan jelak dan bosan. Sampai bila kamu harus bergantung kepadanya dan sampai bila pula dia harus sentiasa ada di sisi kamu utk memberi bantuan? Apabila persoalan ini akan bermain di fikiran kekasih kamu, ini menandakan satu hari nanti kamu akan kehilangannya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:35:55 GMT 8
Situasi Lelaki Yg Harus Difahami Wanita10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI
Lelaki... 1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. 5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. 6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. 7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua. 8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya. 9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:37:52 GMT 8
Situasi Lelaki Yg Harus Difahami Wanita10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI
Lelaki... 1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. 5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. 6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. 7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua. 8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya. 9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:39:26 GMT 8
Situasi Lelaki Yg Harus Difahami Wanita10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI
Lelaki... 1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. 5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. 6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. 7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua. 8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya. 9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:40:53 GMT 8
SehaluanAdakah Kamu Dan Si Dia Sehaluan??
Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya. 'Cinta mencintai beerti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. Mungkin pada kamu kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain. Tapi, bagaimana pula jika kamu berdua berbeza prinsip? Di mana temanmu itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg kamu berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu. Jika di dalam soal ini, kamu harus pandai memainkan perananmu utk menjamin kebahagiaan perhubunganmu. Jangan pula kamu sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Kamu seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jgn terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada kamu juga. Masalah Pendidikan Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti kamu. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada kamu. Kamu harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah.Tetapi jgn kamu berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin kamu lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna tarafmu terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, kamu haruslah menghormatinya. Mungkin juga kamu merasai, kamu telah dibelakangi, tetapi jgn kamu membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu. Masalah Usia Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan kamu pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu. Jadi kamu harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu. Masalah Keluarga Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila kamu dan pasanganmu tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya. Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan.Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang perhubunganmu, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, kamu tidak boleh menyalahkan si dia. Kamu harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini kamu harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Kamu tahu kan itu semua utk kamu juga,kan?Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu. Kepercayaan Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu. Kamu haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidupmu si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Kamu haruslah cuba faham. Mungkin hari yg kamu tetapkan tidak sesuai baginya. Masalah Keupayaan Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga kamu lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara kamu dan si dia. Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik kamu jgn mengambil sebarang tindakan. Jika kamu mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa kamu. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:42:29 GMT 8
Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup? Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.
Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan “Ya” atau “Tidak”.
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?
(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?
(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?
(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri? (6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?
(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?
(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?
(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?
(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?
(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?
(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?
(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?
(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?
(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?
(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?
(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?
(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?
Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan “Ya” sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab “ya” kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan “Ya” itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian. Telah diarkibkan dari forum Teratak Anna Abadi dan kiriman pengunjung Homepej Anna Abadi
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:44:58 GMT 8
Lelaki WanitaAPA YG LELAKI SUKA DAN TAK SUKA PADA WANITA
Lelaki suka: Sikap kelakar Budi pekerti dan kesopanan Murah hati Senyuman manja Pandai memasak Pandai dalam mengenakan pakaian Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya Tak mudah naik angin Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak Tak terlalu seksi dalam berpakaian "Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang" Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya Berwawasan atau bercita-cita tinggi Mempunyai keyakinan diri yg tinggi Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan. Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki Wanita yg mengambil berat tentang lelaki Sikap keibuan Sukakan kanak-kanak Suara lembut tanpa dibuat2 Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan lelaki tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut tahu bersyukur pandai berjimat-cermat tak mengharapkan lelaki dalam semua hal Lelaki Tak Suka Wanita yg suka mengumpat sombong dan bongkak menunjukkan sikap yg terlalu memiliki hisap rokok "Kau ni macam orang tiga suku!"Mengutuklah tu... Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian "Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!" "Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan.." wanita yg hipokrit pembohong dan suka mencari alasan terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang pengotor dan pemalas tak bertanggungjawab langsung tak pandai mengemas terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan kuat berleter walau hal remeh temeh boros berbelanja tak tahu memasak sikap manja yg terlalu menyakitkan hati "Queen Control" atau suka mengarah2 tak pandai bergaya atau selekeh suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli suka mengungkit2 hal-hal lalu panas- baran kuat merajuk dan sukar dipujuk terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi tak mahu mengakui kesilapan dan ego
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:46:09 GMT 8
Lelaki Idaman WanitaLelaki Idaman Wanita
Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas dan bersih. Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
|
|