|
Post by atokENSEM on Nov 29, 2003 2:22:19 GMT 8
a'kum..
Nama Baik Alkisah pada suatu ketika dahulu, Angin, Air dan Nama Baik berjalan bersama-sama.
Angin, datang terburu-buru seperti orang yang sedang marah. Selalu melompat di sini dan menendang debu di sana. Air berjalan dalam bentuk seorang puteri. Ia selalu membawa kendi ditangannya, menitiskan beberapa air di atas tanah sekitarnya. Nama Baik hadir dalam bentuk seorang pemuda yang tampan dengan sikap-sikap yang baik, namun sedikit pemalu.
Mereka saling menyukai, meskipun sangat berbeza di antara satu sama lain. Ketika mereka harus berpisah, mereka bertanya, "Bila kita dapat bertemu untuk berjalan bersama lagi?"
Angin menjawab, "Engkau boleh menemui aku di puncak gunung-gunung atau melompat-lompat di sekitar kakimu. Meniup debu ke mana kamu pergi."
Air berkata, "Aku juga akan selalu ada disekitarmu. Kamu boleh pergi ke laut atau ke sungai, bahkan ke dapur, untuk menemuiku."
Nama Baik tidak mengatakan apa-apa. Angin dan Air bertanya, "Nama Baik, bila dan dimana kita akan bertemu lagi?" Nama Baik menjawab, "Kamu tidak akan bertemu aku lagi di mana pun. Sesiapapun yang telah kehilangan aku sekali , takkan pernah dapat memperolehi aku lagi."
atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 30, 2003 17:15:35 GMT 8
Tempayan yang Retak Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh. Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu." "Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?" "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu. Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retakmemerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya. Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang." Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita. atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 3, 2003 17:58:48 GMT 8
Dongeng Cinderella, Snow White ancam psikologi kanak-kanak
WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat mengatakan, kisah dongeng seperti Cinderella dan Snow White mengandungi terlalu banyak stereotaip sehingga mampu mengancam psikologi kanak-kanak termasuk keganasan.
Laporan Press Association yang dipetik stesen Fox News, melaporkan penyelidik mendapati kisah turun temurun sejak 1800-an itu terlalu meletakkan kepentingan kepada kecantikan fizikal sekali gus menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan diri.
“Terlalu banyak kaitan antara kecantikan dan kebaikan serta antara paras hodoh dengan sikap malas serta kejahatan,” kata penulis bersama kajian berkenaan, Liz Grauerholz.
Beliau memberitahu HealthDayNews bahawa ibu bapa perlu mengubah jalan ceritanya.
“Ceritakan kisah Cinderella kepada anak anda seperti dia seorang lelaki. Atau ubah penghujung cerita di mana puteri itu membuat keputusan putera terbabit tidak sesuai dengannya dan beliau masih mencapai kebahagiaan dengan mempunyai kehidupannya yang tersendiri.
“Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap kesusasteraan sebelum mengajar anaknya sesuatu dan kita perlu sedar mesej yang terselit di sebaliknya,” katanya yang juga seorang profesor madya jabatan sosiologi di Universiti Purdue.
Beliau juga berkata, ibu bapa perlu membangkitkan persoalan dan berdialog dengan anak mereka mengenai maksud sebenar kisah dongeng berkenaan.
Katanya, perkara itu turut dilakukannya kepada anak perempuannya.
“Saya tidak mahu mereka menyangka kecantikan lebih berharga daripada perkara lain,” katanya.
Bagi kajian itu, Grauerholz dan rakannya Lori Baker-Sperry dari Universiti Western Illinois menganalisis 168 kisah dongeng tulisan Jacob dan Wilhelm Grimm pada 1800-an.
Hampir separuh daripada penulisan adik beradik Grimm itu dikeluarkan sebagai buku dan filem kanak-kanak.
Lima daripada kisah paling popular termasuk Cinderella, Snow White, Briar Rose (Sleeping Beauty), Little Red Cap (Little Red Riding Hood) dan Hansel and Gretel.
Grauerholz berkata, beliau mahu merekodkan bagaimana gadis dan wanita ditonjolkan dalam kisah dongeng itu.
Penyelidik mendapati 94 peratus kisah dongeng terbabit memaparkan kisah kecantikan fizikal dan purata 14 rujukan dibuat mengenai wajah dalam setiap cerita. – Agensi
Malah, menurutnya, lebih banyak rujukan dibuat terhadap kecantikan wanita berbanding lelaki dan hanya satu kisah merujuk kepada paras fizikal lelaki sebanyak 35 kali berbanding 114 kali bagi kecantikan wanita.
Selain itu, mereka yang tidak cantik tidak mendapat tumpuan dalam kisah Grimm itu dengan 20 peratus kisah mengaitkan paras hodoh dengan kejahatan dan dalam kisah lain, mereka yang hodoh turut dihukum.
end...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 10, 2003 20:06:08 GMT 8
Cintai Rasululullah S.A.W
Sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pastiakan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii.." - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarikwa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka."
|
|
|
Post by enigma on Dec 11, 2003 11:32:00 GMT 8
enigma rasa sedih...bukan sbb apa...sbb kita x dpt nak mencintai rasul kita macam Rasulullah mencintai kita..sehinggakan semua azab sakratul maut umatnya diminta dibebankan kepadanya....betapa kasih nya Muhammad kpd kita....tp dapat kah kita membalas kasihnya itu?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 2:13:19 GMT 8
BETUL TU ENIGMA.. Cerpen: Lakonan CintaBukan main seronok lagi Yani mengaturkan pertemuan rakan baiknya dengan seorang jejaka dari tempat kelahirannya. Sengaja dia buat begitu. Sangka Yani, mereka berdua akan gembira kerana kedua-duanya berpegang kepada prinsip hidup yang jitu, mempunyai minat yang sama dan mereka dilihat memang sesuai jika digandingkan bersama. Lagaknya seperti perunding jodoh. Tetapi Yani tidak tahu, dia bakal mengecewakan hati dua orang sahabatnya. Tujuan Zaid datang ke Kuala Lumpur untuk menyuarakan hasrat hatinya kepada Yani, tetapi lain pula yang terjadi. Bijak betul cara yang Yani gunakan untuk jauhkan dirinya daripada Zaid.Sekurang-kurangnya dia perlu menghargai kedatangan Zaid ke Kuala Lumpur. Bagi Yani, jika jejaka itu tidak memenuhi ciri-ciri fizikal yang dikehendakinya, jangan haraplah untuk diberi peluang bertakhta di hatinya. Mudah sungguh jawapan Yani tempoh hari, katanya simpan saja sayang mu itu. Tambahan pula, ciri-ciri Zaid banyak persamaannya dengan Murni. Telahannya, tidak salah jika dia cuba menemukan hati dua insan ini. "Aku nak lihat sekitar tempat ni dengan Khairul. Murni tolonglah bawakan kawan kita ni jalan-jalan kat sini, bolehkan Murni?" Belum sempat Murni mengangguk atau menggeleng, Yani sudah melambaikan tangannya kepada mereka berdua sambil menarik tangan Khairul, teman lelaki barunya. Terpinga-pinga Zaid dan Murni melihat tingkah laku Yani. Apa motif Yani buat begitu? Soalan yang sama menjadi tanda tanya kepada hati mereka berdua. Mereka berdua saling berpandangan kemudiannya tersenyum. Murni hanya mengangkat bahu, tanda tidak mengerti dengan tingkah laku sahabat baiknya sebentar tadi. Zaid pura-pura buat faham dengan keadaan yang bertandang dalam suasana yang tidak dipintanya itu. Perkenalan mereka berjalan dengan baik, mereka berdua memang jenis peramah orangnya. Dari satu topik ke satu topik mereka bercerita. Begitu cepat mereka menjadi sahabat yang saling faham-memahami antara satu samalain. Sahabat sejati mungkin? "Murni, awak pandai ambil hati orang. Kan bagus kalau orang yang saya sayang pun macam awak," ujar Zaid cemburu pada keunikan gadis sederhana itu. "Buah hati awak siapa?" "Kawan baik awak." "Maksud awak Yani?" Zaid menganguk. "Sampai hati dia buat saya macam ni. Dia gadis pertama yang bertandang di hati ini. Sangka saya, kami akan kelihatan seperti pasangan bahagia lain. Tak sangka pula, dia boleh berjalan dengan lelaki lain di depan saya. Kalau tak sukakan saya sekalipun, kenapa perlu nafikan saya sampai begitu sekali di hadapan awak."Ada keperitan dalam nada suara Zaid. "Zaid... bawa bertenang. Murni kan ada, Murni punkawan Zaid juga kan?" Senyuman ikhlas yang terukir dari bibir nipis itu menyejukkan kembali amarah di hati Zaid. "Entah kenapa Zaid luahkan semua ni pada Murni?" Zaid seolah-olah dalam kebuntuan. "Tak mengapa Zaid. Saya dah biasa macam ni. Mungkin sebab orang terlalu cepat mempercayai saya. Begitu mudah mereka meluahkan emosi mereka kepada saya." "Sebab awak mudah memberi kepercayaan Murni. Sebab tu jugalah orang mudah mendekati awak." "Hati saya akan tetap tersimpan untuk Yani, awak tolonglah saya Murni." Rayu Zaid kepadanya. Murni mengangguk. Macam perunding cinta pula lagaknya. Walaupun sebenarnya dia hanyalah perunding hiasan dalaman. "Kenapa kau buat macam tu pada dia tadi?" Soal Murni sebaik sahaja Yani mahu melabuhkan punggungnya di sofa empuk rumah sewa mereka. "Buat apa?" Soal Yani pura-pura tidak tahu. "Kalau orang dah suka pada kau janganlah buat macam tu walaupun kau tak sukakan dia." Murni cuba memberikan nasihat kepada teman serumah baiknya itu. "Aku nak kamu berdua digandingkan bersama. Zaid lebih sesuai dengan kau." "Senangnya kau nak pas-pas macam tu? Kau ingat dia bola? Perasaan dia untuk kau. Begitu mudah kau melampiaskan dia pada aku?" Soal Murni agak berang dengan sikap Yani. Walaupun pengalaman cintanya tidak sedalam Yani, tetapi, dia tidak perlukan ejen pencari jodoh. Tambahan pula, orang yang hendak dijodohkan pula hatinya pada orang lain. Bukankah tidak masuk akal namanya? "Kau tak perasan ke dia banyak persamaannya dengan kau. Terlalu emosi dalam soal-soal cinta." "Kau kata cinta sejati itu emosional? Suka hati kaulah. Esok-esok kau nilailah sendiri ada apa dengan cinta?" Pesan Murni sebelum berlalu ke biliknya. Ilyani tersenyum memikirkan dia sudah terlepas daripada satu bebanan. Dia tidak perlu fikirkan lagi mengenai Zaid. Zaid sudah diberikan kepada Murni. Tetapi dia tersilap buat kedua kalinya apabila Zaid masih menuntut cinta daripadanya. Pernah mereka bertelagah kerana persoalan ini. Dan akhirnya, kedua-duanya mengadu kepada Murni tentang apa yang terjadi. Murni juga yang menjadi perunding mereka. Sejak makan hati dengan tingkah laku Yani, Zaid bersumpah supaya Yani jatuh cinta dengannya suatu hari kelak. BERSAMBUNG...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 14, 2003 7:25:50 GMT 8
Cerita untuk renungan
Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita diatas boleh menyedarkan kiter betapa pentingnyer KERJA....bukan kerana duit..!! walaupun apapun kerjaya kiter...jika dilakukan dengan bersungguh sungguh besar ertinya..!!
wassalammm..!!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 18, 2003 0:32:32 GMT 8
Bumi Senget Seorang anak murid bertanya gurunya : "Tuan Guru, kenapa bila manusia keluar dari rumah, mereka menuju ke arah yang berlainan? ( utara selatan timur barat)" Maka tuan guru dengan slumber menjawab..........." kalau semua manusia keluar ke satu arah, maka sengetlah bumi ni.......tak stabil...." stabil-stabilkan minda kita.........
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 18, 2003 0:33:41 GMT 8
Baby Baru? Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya. Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni? Mamak: Saya bini juga surat India mari. Ali: Apa dia cakap? Tentu good news.... Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hatila. Saya belanja free minum jugak! Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni? Mamak: Yala, saya sudah tiga tahun tarak balik. Ali: ?
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 18, 2003 0:38:05 GMT 8
aku mungkin tua dan kampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh
Pada suatu hari, seorang Nyonye iaitu Nyonye Mei Lee datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Nyonye Mei Lee akan menginap. Nyonye Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonye Mei Lee melihat ke sekeliling.
Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut. "Excuse me, aku mungkin tua dan datang dari kampung, tapi tidak bererti hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! bilik ini begitu kecik, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!" Lalu pelayan itu pun menjawab, "Nyonye, ini adalah lift"
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:00:35 GMT 8
Chitosan Chitosan diperbuat daripada polysaccharide chitin. Ia adalah kanji yang banyak terdapat di dalam kulit udang, kerang dan binatang laut berkulit yang lain.
Fungsi chitosan ini samalah seperti fibre (serat) tetapi ia mempunyai kelebihan iaitu ia boleh melekat kepada lemak. Chitosan mengandungi caj-caj positif, dan ini membolehkannya melekat kepada lemak, kolesterol, triglyceride dan asid hempedu yang mengandungi caj-caj negatif.
Oleh kerana ia tidak dicerna dan diserap ia tidak menambah kalori ke dalam badan anda.
Kesan-kesan baik yang didapati dengan memakan chitosan
1) Lemak-lemak dari makanan boleh ditapis. Lemak-lemak ini dikeluarkan dari badan dan tidak diserap ke dalam badan.
2) Mengurangkan LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
3) Antacid. Ia melawan asid berlebihan yang dikeluarkan dalam perut / usus. Baik untuk yang menghidapi ulser dan gastrik.
Keburukan chitosan
1) Chitosan melekat kepada vitamin yang larut dalam lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ada kemungkinan juga chitosan melekat kepada beta carotene. Ini menyebabkan vitamin-vitamin ini tidak dapat diserap oleh badan.
2) Chitosan mengurangkan penyerapan kalsium. Orang yang berisiko menghidapi osteoporosis tidak digalakkan mengambil chitosan.
3) Chitosan boleh mengurangkan kandungan bakteria baik Bifidobacteria dan Lactobacillus. Bakteria ini penting dalam fungis enzim yang sempurna di samping penting untuk pengeluaran vitamin tertentu.
4) Chitosan boleh menghalang penyerapan ubat-ubat tertentu yang bergantung penyerapannya kepada penyerapan lemak. Ubat-ubatan yang diperbuat daripada lemak seperti pil perancang hendaklah diambil empat jam sebelum atau selepas pengambilan chitosan.
5) Sebagai fibre (serat), chitosan menarik air. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit. Terlalu banyak chitosan pula boleh menyebabkan anda rasa kenyang.
Siapa yang tidak boleh menggunakan chitosan
1) Tidak semua orang boleh mengambil chitosan. Invdividu di bawah ini disarankan tidak mengambil chitosan :
2) Mengandung atau menyusukan bayi
3) Orang yang mengambil ubat-ubat seperti blood thinner
4)Orang yang mengalami osteoporosis
5) Orang yang memakan ubat yang banyak. Ini kerana pemakanan ubat pada waktu yang berdekatan dengan pengambilan chitosan menyebabkan ubat tersebut mungkin tidak berfungsi sepenuhnya.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:01:48 GMT 8
Dia menapak, mata menari riak gundah. Garis-garis dahi melakar kerut emosi. Amir tetap maju, Rahim selamba di sisi. Tetamu datang tidak putus-putus. Dia memasuki halaman sederhana luas. Susunan pasu bunga tambah memadatkan. Encik Atif berbaju melayu ungu, senyum tegar menyambut tetamu.
Selepas bersalaman dengan ayah pengantin, dia cuba mencari posisi. Dari luar rumah, matanya tercari-cari. Suasana sesak, tetamu keluar masuk melalui pintu depan. Sukar untuk mencelah pandangan di khalayak begitu.
Kakinya menapak ke dalam, hatinya berdebar kencang. Tidak peduli apa yang bakal ditemui, dia harus menatap sepasang mata milik dia. Hatinya terkeduh saat terpandang sepasang pengantin duduk berdua-duaan di dalam kamar. Pintu kamar berhias seri, dalamnya penuh dengan bunga andaman. Keluarga terdekat memenuhi ceruk kamar.
‘Habibah!’ Bisik Amir. Kakinya menghampiri kamar, Rahim kaget. Amir tekad, walau apapun dia harus bersua. Dari jauh kelihatan Shamsul senyum, lelaki yang baru bergelar suami nampak bahagia. Habibah ceria. Entah benar atau dibuat-buat. Tiada siapa yang tahu.
Amir tercacak di pintu kamar, menatap mata Habibah dalam-dalam. Bagai diserang garuda, wajah Bibah hilang warna. Kelu dan kaku. Pucat metah. Shamsul menyedari, dia bangkit menerpa.
“Tolong, jangan ganggu dia. Dia sudah menjadi isteri saya yang sah.” Shamsul bernada lembut. Jiwa Amir berbantah. Wajah lelaki itu ditenung. Khalayak mula menekuni. Mata-mata semakin liar.
“Saya bukan mahu mengganggu majlis mulia ini. Cuma hati saya terkilan, mengapa hal ini berlaku pada saya? Mengapa dia yang awak ambil sebagai isteri? Mengapa bukan saya yang menjadi suaminya? Mengapa? Cakap…Mengapa!” Amir terlepas kawalan. Suasana gamat, bagai nak kiamat.
Habibah bangkit, mendepani Amir. Shamsul mati andar, dia tertolak ke sisi. Tangannya mengepal penumbuk, mencari semangat yang hilang. Bibirnya bergetar. Bagai mahu melepas seluruh nafas dan jiwanya.
“Amir, hubungan kita sudah berakhir. Saya sudah menjadi isteri orang. Pergilah dari sini, keluarlah dari hidup saya. Keluarlah untuk selamanya.” Bibah tunduk, lemah. Amir terpukul. Inikah perempuan yang pernah menyayanginya? Inikah wanita yang dicintai sepenuh hati.
“Bibah, awak memang berhati mulia. Agaknya, saya cukup hina, tidak layak duduk bergandingan dengan perempuan seperti …”
Pang! Penampar jepun hinggap ke mukanya. Habibah menangis, dia mengangkat tangannya buat kesekian kali. Mata Amir membulat.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:02:50 GMT 8
“Aduh!” Dia terjaga. Tangan Bibah yang hinggap kemuka masih terbayang. Dia beristighfar. Jam berbunyi. Pukul 2.00 pagi.
Malam itu matanya sengkang. Jaga diusik mimpi. Dirinya bangkit menguak mulut jendela, matanya terpelangak. Kawasan bertanah melecak. Basah akibat hujan petang tadi. Kabus gerimis sudah hilang. Cahaya bintang taram-temaram. Sayang, bulan tidak sudi muncul. Mungkin bukan waktu untuknya bersinar.
( II )
Wati…Samakah musim di hati dengan musim di alam realiti?
Wati membelai rambut Danish, anak kecil itu mudah lena di ribaannya. Pintu rumah dibuka. Kedengaran derap kaki Amir melangkah masuk diiringi emak dan ayah. Mereka baru selesai bersolat Isyak di masjid.
“Ramai jemaah di surau?” Wati memancing bicara adiknya. Amir seperti mengerti, pantas duduk bersila di sisi Wati. Matanya memandang Danish, anak saudaranya yang baru lena. Emak dan ayah menyusur ke bilik menyalin pakaian.
“Jemaah seperti biasa, orang-orang tua aje. Yang muda susah nak jenguk masjid. Sibuk barangkali.” Acuh tak acuh Amir menjawab. Wati diam, cuba mencari ayat yang sesuai. Tiga hari lagi Amir akan kembali ke Kaherah. Sebelum berangkat, dia mahu selirat derita di jiwa Amir terurai juga sekalipun tidak semuanya.
“Am, menangisi suatu kehilangan akan menambah kecewa. Mengharap pada yang sudah tiada, akan menambah seksa. Tiada guna menyimpan resah, menyimpan sabar ada baiknya.”
“Resah dan kecewa, dari tuhan kak. Jodoh dan takdir juga dari tuhan. Tidak meredhainya adalah suatu keingkaran. Sebetulnya tidak sukar untuk menerima suatu kehilangan. Tetapi, untuk melupakan segala kenangan perlu ketabahan.”
Wati diam, cuba membelek kata-kata Amir. Dia tidak mahu adiknya memendam rasa. Bimbang badai di jiwa akan membinasakan.
“Jangan menanam angin, kelak kamu akan menuai badai. Tanamlah sabar dan istiqamah, pasti kamu akan menuai thabat.” Amir senyum pahit. Kakaknya yang selama ini sibuk sebagai tutor di UITM Shah Alam mampu meledakkan kata-kata begitu. Kagum. Itulah hebatnya bicara, senang diluahkan sukar dilaksanakan. Latar belakang pengajian Wati dari sekolah agama membuatkan dia petah berbicara begitu.
“Badai bermusim, angin bermusim. Tengkujuh ada pasang surut. Bulan bintang ada lelap dan serlah. Derita di jiwa ni, lambat laun hilanglah.” Balas Amir tidak mahu kalah.
“Musim-musim di alam realiti tidak sama dengan musim-musim di hati. Adakalanya hati lebih cepat berubah, adakalanya ia lebih sukar, bahkan ada musim yang tidak pernah berubah. Siapa tahu Am.”
“Berubah atau tidak, itu soal kedua. Pokoknya saya cuba sedaya upaya untuk melupakan. Sekalipun kakak membantu, hanya saya sahaja yang dapat menyelesaikannya. Hati saya, saya yang menanggung bebannya. Doakan supaya saya temui penawarnya.” Amir bangkit dari duduk. Berlalu tenang ke kamar. Sebelum hilang di balik pintu, Amir menoleh.
“Mungkin penawarnya ada di Kaherah” Amir senyum. Matanya tampak bersinar.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:04:17 GMT 8
Hujan belum turun di Kota Kaherah. Bandar Husain, Abbasiah, Ramsis dan Tahrir kian tandus dalam kemacetan. Mentari kelihatan muda, deru angin dingin kian melanda. Habuk dan debu galak berterbangan sambil mengelus-elus kulit wajah. Musim sejuk sudah mula, namun musim sedih di hati tidak juga reda.
Tiga bulan di sini, pengajian dan persatuan membuatkan dia walah dalam kesibukan. Dunia ripuh dan rimas memaksa tumpuannya beralih dari derita jiwa. Dia jeda, mengikut takdir yang tertulis. Beberapa minggu lalu. Menerusi Yahoo Mesenger, dia berkenalan dengan seorang pelajar dari United Kingdom yang mengambil jurusan kaunseling. Pemilik Nick name Mentally_cyco adalah seorang perempuan.
‘Adakah dia mampu memberi sedikit pandangan dalam hal ini?’ Dahinya bekerut seribu, cuba menaksir sejuta garis-garis samar di benaknya. Amir masih ragu. Dia tidak mahu menyuburkan rasa gundah di dada. Bimbang kalau-kalau deritanya makin membara. Apapun, dia akan cuba bertanya.
( III )
Sholehah…Mampukah Cinta Kedua Terbina?
Bunga di taman tidak seindah bulan lalu. Semenjak Disember bertamu, suasana ceria dan meriah sudah kepudaran. Dia terbayang Orkid ungu yang meratai Alexandra Gardens, juga bunga kuning yang mendatari kawasan City Hall di Wales. Sekalipun ziarahnya ke Wales atau City of Cardiff hanya seketika, namun semua itu masih segar diingatan
Awan kini hilang bentuk, tampak seperti cairan lilin. Selalunya salji tidak turun di Bandar Leeds. Berlainan di Scotland, pergunungan Ben Nevis dan Aonach Mor akan sarat dengan tompokan putih setiap tahun. Ramai pengunjung yang akan bermain papan luncur. Lelaki semalam hadir diingatan. Tiada yang istimewa tentangnya, hanya nick name Salam_Lembah_Nil itu kuat bertugu. Perbualan dalam chat room berlangsung hampir sejam. Dia sempat membaca resah dijiwa lelaki itu. Dia sempat mengenali nama Amir, Shamsul dan Bibah.
‘Lelaki itu dalam kesedihan. Kesedihan di atas kegagalan cinta pertama. Kata orang, cinta pertama sepenuh hati, cinta kedua separuh hati, cinta ketiga sekadar pemujuk hati. Hmmm…mungkin lelaki lebih mudah melupakan kekecewaan berbanding wanita.’ Dia meneruskan langkahnya memasuki gerbang Leeds Metropolitan University. Kelas Counseling skills akan bermula sekejap lagi. Selain kelas itu, Theory Of Therapy juga sangat diminatinya.
‘Adakah lelaki itu akan menerima cinta kedua dan ketiga? Atau…hanya cinta pertama yang dibawa mati. Mungkin dia jenis yang setia, mudah-mudahan luka kecewa di jiwanya tidak terlalu dalam’ Dia melepaskan keluhan ringan sebaik merebahkan tubuh di kerusi. Matanya dibiarkan melirik suasana pelajar di dalam kelas. Pantas lirikan mata jatuh ke bukunya. Di situ tercatat jelas namanya dengan tulisan tangan berbunga ‘This book belong to Sholehah Ishak, Second year student of counseling course’.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:07:18 GMT 8
Ruang maya menjadi paksi, dua benua tersimpul dalam satu bicara. Madinah Nasr dan Harehills didekatkan menerusi teknologi digital. Amir tidak melepaskan peluang pertemuan ini, dia mahu mengcungkil apa-apa yang baik untuk mencuci keruh jiwanya.
‘Mentally_cyco, selalunya perpisahan mengundang duka. Apabila berpisah dengan orang kesayangan, ramai yang menangisi pemergian mereka. Mudahkah untuk mengubati kedukaan itu?’ Amir sengih. Terasa lucu dengan soalan sendiri.
‘Salam_Lembah_Nil, tidak semua pemergian itu ditangisi. Biasanya, pemergian orang tersayang ke tempat yang lebih baik harus disyukuri. Adapun sebaliknya, pemergian yang belum terjamin ke mana tujuannya mungkin mengundang resah. Bukan kita yang menentukan jatuh bangun seseorang, panjatkanlah doa sebagai iringan restu dari kita untuk mereka.’
‘Maksudmu bagaimana Mentally? Adakah pemergian ke tempat yang lebih baik itu seperti hijrah Rasul? Ataupun bila berpisah dengan seseorang atas tujuan yang baik, maka ia tidak perlu digusarkan?’ Dahi berkerut, senyumnya mati. Serius menekan bibir minda.
‘Ya, telahanmu ada betulnya. Aku tidak begitu pasti sama ada seperti hijrah rasul atau tidak. Apa yang ingin kujelaskan. Kadang-kadang manusia suka menyatakan perpisahan sebagai suatu yang menyedihkan. Sedangkan, perpisahan boleh jadi suatu anugerah, suatu rahmat, suatu keberuntungan. Seperti berpisah dengan teman yang jahat. Kan itu satu keuntungan?’
Amir mematah-matahkan jari, mata memandang skrin. Kagum hadir. Mentally galak menulis. Amir menekuni.
‘Salam_Lembah_Nil, zahirnya kita menganggap perpisahan adalah suatu pengakhiran. Bagiku itu tidak benar. Ivy Baker ada menyebut – The world is round, the place which may seem like the end may also be only the beginning.’
‘Pengakhiran adalah suatu permulaan? Itu tidak pelik. Kelahiran insan, pengakhiran hidup alam rahim. Kematian adalah permulaan kepada alam barzakh. Ya, berakhirnya suatu kisah, bererti bermulanya suatu kisah lain. Begitu maksudmu bukan?’
‘Ya, itu sinonim bicara Tom Stoppard – Every exit is an entry somewhere else- Salam, pada dasarnya kau sudah mengerti. Cuma realiti kekadang menakutkan. Takut menerima perpisahan, takut menerima kehilangan. Kerana ketakutanlah, akhirnya kita lemah menerima takdir.’
‘Mentally, aku tidak pernah menolak takdir. Takut? Sebetulnya perkara yang amat kutakuti telahpun berlaku. Apa lagi yang harus kutakuti. Silapnya barangkali, aku belum mampu menerima hakikat ini.’
‘Salam, Maafkan aku, bukan maksudku untuk mengatakan kau penakut.’
‘Mentally, saat pertama aku menghadapi kehilangan Bibah. Yakinku pada sebuah hubungan hilang. Aku memaksa jiwa agar tegar menerima keadaan. Ah, jiwaku bergasak metah. Bukan mudah, cukup payah!’
‘Kau hanya bimbangkan perasaanmu, perasaan orang lain bagaimana? Bibah sendiri, adakah dia suka kehilanganmu? Ibubapa Bibah pula bagaimana, adakah menerimamu itu suatu keberuntungan dimata mereka? Shamsul pula, tidak kecewakah dia kalau Bibah menolak pinangannya?’
‘Kau tahu aku tidak punya jawapan untuk soalanmu. Hanya pemilik sahaja yang tahu getus hatinya.’
‘Ya, tiada siapa mampu membaca hati manusia sepenuhnya. Kerana itu kau harus menduga dan meramal. Dan ramalanmu harus optimis. Tidak menyalahkan mana-mana pihak. Menerima segala keadaan dan menganggap ianya suatu ujian. Mungkin dengan terkorban cintamu, banyak cinta lain yang akan mekar dan subur.’
‘Kupesan padamu, hidup ini hanya sekali. Tiada ulangan dan putaran, ia menyusur dan akan sampai ke penghujung. Jangan mudah dihambat oleh belenggu silam. Tutup matamu, jangan toleh belakang, maralah ke depan. Van Gogh ada menyebut – what would life be if we had no courage to attempt anything! - Berani itu adalah satu kemestian!’
Amir terkulat-kulat memahami kalimah asing. Cuba menjadi penterjemah yang tidak bertauliah.
‘Salam, andai kamu tidak keberatan, ceritakan padaku kesusahanmu. Barangkali aku ada kata-kata azimat untuk melerai selirat dukamu. Kutegaskan padamu, ego lelakimu tidak akan membantu. Kalau kau masih mempertahankan dendam lama, menangisi pemergian yang tak mungkin kembali. Kau memang seorang manusia yang rugi.’
Amir diam. Kalimat perempuan itu memedihkan. Amir bungkam. Kalimat itu menekan-nekan perasaan.
‘Aku ego? Menyimpan dendam silam? Ah! Benarkah aku begitu?’
Pertemuan itu diharapkan mampu membina keteguhan yang sudah roboh. Puing-puing kepercayaan barangkali sudah melebur, larut dalam kepanasan amarah jiwa. Selagi ruhnya masih dikandung badan. Darah masih mengalir dijantungnya. Dia harus mencantum kembali leburan yang melikat di kolam kecewa.
|
|