|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:12:07 GMT 8
Senyuman zila meredakan hati aku. Marahku hilang bilamana dia menelek lama hp pemberian papaku itu. “Sama yeak…..~! cam hp aku?”soalku. “Hurm…. tu ahh….. kau tak kecik hati ker papa kau kasi aku jenis yang sama.?”balasnya. Aku dan zila berjalan menuju ke Food Court Cycle & Carrie. Food Court ini popular bagi pelajar kolej cosmopoint dah juga kolejku. “Tak heranlah…... janji jangan lebih dari aku…... cukuplah….... sama tak per…...”jawapku ringkas dan bersahaja sambil menarik tangan zila menuju ke gerai Nasi ayam. “Eh….. girl…. ko beli nasi aku beli air…... cepat sikit…..... aku nak gi tengok mak kat Ampang Puteri lagi dalam kul 2.00 petang?”pintanya. Aku mengangguk tanda setuju. Sambil menikmati nasi ayam…. aku diganggu oleh satu panggilan telefon yang kerap mengangguku sejak seminggu ini. “Kau jawap zila….....! aku angin kang pinggan nasi makcik nih aku hantar direct kat tepi bakul dia….... terbang lagi!”kataku sedikit marah.
Aku lihat zila ketawa dan tersenyum. Sambil menikmati nasi ayam kegemaranku, pandangku tertumpu kepada seorang lelaki yang hampir aku kenali. Sudah 2 kali aku teserempak dengannya. Tapi dimana wajah lelaki itu kulihat aku tak berapa pasti. Yang pasti wajah lelaki itu seakan pernah aku lihat sebelum ini.
“Lamanya….. kau borak…~!”rungutku. Gelak dan tawa zila buat aku tak duduk diam. “Dia kata…... kalau kau nak terbangkan pinggan nasi ayam kau tu…... dia sikitpun tak heran….. yang diherankannya nanti….... makcik nasi ayam tu….... kene heart attack tengok pinggan dia terbang~!!!”terang zila kepadaku…. “Hurm…..... dia ada kat dedekat kita…... rupanya…...” sambil melihat sekeliling…. aku Cuma attack lelaki yang berdekatan denganku. Hampa betul….! semuanya buat dek aja…......
“1st time aku tengok kau kalut…. digoda lelaki” ketawa zila sambil makan. “Cepatlah…. makan kata nak jumpa mak…. dan kul 1 lebih dah nih.”pintasku. Malas aku nak dengar komen pompuan nih. Yang aku heran…. zila nih punyalah seksi dia tak kacau, aku yang garang macam singa nih ada lagi lelaki yang berani kacau. “Oh…... lagi satu….. aku lupa dia kata dia pelajar cosmopoint. “Alah…... budak cosmo ker? Tak dek orang lain ker? Dorang tu belagak aja lebih…. bosan aku. Semua perangai sama….... macam gay….. tayang baju”rungutku… sambil berjalan laju menuju ke teksi stand. Kita balik umah dulu…... aku nak amik kereta…... leceh ah…. pakai cab time camni. Zila hanya mengangguk dan menurut langkahku yang agak laju. “Eh…... cepatlah…..... mak kau ker mak aku nih~! Kau tanak pergi aku pergi seorang senang!”kataku sambil bercekak pinggang. Lagi sekali zila tidak membalas percakapanku. Selalunya dia mesti kata tak baik cakap macam tu….... hurm…..... zila….. zila….. kenapa ngan kau hari nih… ? Persoalan yang tak sempat aku tanya dari tadi.
Sesampai di rumah aku hanya nampak untie imah sedang sibuk menilik bunga ros kegemarannya dan juga mama. Aku tak sempat…...... nak kata apa…..... aku capai kunci kereta di sisi pintu dan menyuruh zila memberitahu untie imah yang kita mahu ke hospital. Arahanku diterima dan dipatuhi. Aku tak sempat nak fikir pasal zila sekarang ini. Yang aku kejarkan sekarang adalah panggilan telefon dari papa sebentar tadi. Papa meminta aku segera ke hospital dan perlu bawa zila bersama. Sebolehnya aku cuba amanahkan diri aku. Papa meminta aku jangan memberitahu zila yang maknya semakin parah akibat lelehan nanah di payudaranya. Rupanya papa tak pergi meeting di Hotel Istana. Sejak dari pagi tadi dia berada di hospital menemankan mak zila. Akupun pelik dan mula fikir yang bukan-bukan. Scandal? Tak mungkin? Diakan mak zila…..... lagipun ayah zilakan kawan baik papa? “Aaaaarrrggghhhhh…..!!!!” teriakkanku mengejutkan zila. “Jangan nak histeria kat dalam kereta plak….... mak aku selamat nanti turn aku yang masuk hospital!”katanya sambil memerhatikanku. Aku hanya mampu tersenyum dan memberi alasan yang aku tak suka ada lelaki mengangguku.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:12:30 GMT 8
Apabila sampai sahaja di hospital, ku lihat zila seakan cuba mempelahankan lagi pergerakannya. Kalau tidak kerana arahan papa mahu sahaja aku beritahu yang maknya sedang berjuang di saat-saat akhir hidupnya. “Zila…….~!!!!!!! Quick……!!!”jeritku apabila ku lihat pandangan tajamku tidak diendahkan olehnya. “Kau nih kenapa?….. mak kau dah nazak tahu tak?… dia sengaja tak mahu papa beritahu kita sebab test pagi tadi. Kau nih tak pernah bersyukurlah…. Dapat mak baik dan faham macam dia!”sambungku sambil menarik tangan zila dengan kasar.
Pandangan zila ke arahku membuatkan aku hilang tumpuan. Kalau kali nih dia mahu memarahiku atau papaku adalah hak dia dan sebagai anak sebenar, sememangnya pihak hospital perlu memberitahunya. Kenapa dia berbeza dari zila yang kukenal. Kalau pasal bob dia muram macam nih aku dah nekad aku akan terajang bob tu esok lusa. Tetapi aku kena selidik dulu puncanya datang dari bob ataupun tidak.
Barulah aku nampak zila ada tindakbalas. Dia asyik menekan butang. “Tak yah kau tekan banyak kali…. Butang tu…. Takkan jadi laju gak lif nih naik.. silap haribulan lif nih tersangkut…. Pastu lampu terpadam macamana?”soalku. Sambil tersengih ku lihat zila mencebikkan mukanya. Aku tahu dia bab naik lif nih dia ralat sikit. Banyak sangat tengok cerita hollywood lif tersangkutlah…… tali lif putuslah….. alah…. Macam cerita Alien tu…. Tak pun filem terminator. “Aku sepak kang!….. sesia je…. Dalam lifpun mulut nak cabul gak!”jawabnya seakan marah.
Reaksi marah zila tak kuendahkan. Aku macam nak gelak pun ada waktu tu. Takut lagi rupanya pompuan nih. Ting~!!. Ku lihat zila berlari-lari anak menuju ker bilik rawatan. Setibanya kami di sana, ku lihat mama juga ada. Ingatkan mama ke salon rambut. Aku tak mahu melihat muka zila ketika ini. Kesedihannya cukup buat aku terasa sama. Aku paling susah hendak mengeluarkan airmata tak macam zila…… senang dan cepat terasa. Sifatku banyak menurun dari papa. Tetapi zila seakan mamaku….. cepat tersentuh dan mudah simpati pada orang lain. Pernah suatu waktu dulu disebabkan anak orang lain akan menjalani pembedahan mama sampai tak sempat nak sampai KLIA tepat pada waktunya dan akhirnya aku dan papa saja yang pergi melancong ke Bali 2 tahun lepas.
Lamunanku terhenti tatkala doktor menanyakan siapa anaknya diantara kami berdua. Rupa-rupanya baru kini aku fahami. Bukan salah bob dan puncanya jauh sekali disebabkan bob. Yang paling mengejutkan dan tak masuk di akal, jawapan zila membuatkan aku terkedu dan tegang. “Saya Cuma anak angkat”terang zila ke arah doktor muda itu. Anak angkat….!!!!! Fikirku samada zila gila atau dia masih tak siuman gara-gara test pagi tadi. Pandangan papa dan mama serentak benar-benar buat aku berfikir 2 kali. Aku tahu uncle Bakarin, papa, untie zira serta mama adalah sahabat baik. Terlalu baik umpama pepatah melayu yang berbunyi “air dicincang tak akan putus”. Itulah yang diberitahunya kepada kami. Mungkin ada sesuatu yang aku tak tahu. Rahsia apa yang mereka berempat sembunyikan dari kami berdua. “Mama….!!! Camner boleh jadi macam nih!. Kau gila ker zila….?
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:12:59 GMT 8
Keterangan zila mengenai DNA dia dan ibu bapanya cukup membuatkan aku terasa hati ini bagai tertusuk duri sembilu. Uncle Bakarin memiliki darah jenis A dan untie zira berdarah O sedangkan zila memiliki darah jenis AB. “AB….!!!”jeritku seakan tak percaya. “Ya…. Girl….. serupa ngan kau…”balasnya perlahan. Pandanganku tertumpu pada mama dan papa. Fikirku hanya satu samada zila adikku ataupun zila di ambil sebagai anak angkat. Kalau dihitung…… aku lahir pada 27 Oktober 1983 sedangkan zila sehari selepas itu. Tak mungkin kami adik beradik.
“Baiklah….. macam nih….. saya mahu zila tandatangan borang ini untuk membenarkan kami menjalankan pembedahan seterusnya. Walau peratusannya kali saya jangka hanya 30%! Saya harap kamu semua banyakan bersabar. Ini semua kuasa tuhan. Kami hanya doktor dan tak mampu menyembuhkannya. Semuanya datang dari Allah..!”kata doktor muda itu kepada zila.
Ku lihat papa mengusap rambut zila dan memeluknya. Tangisan zila membuatkan aku berlari keluar. Bukan cemburu kerana papa memeluknya dan bukan juga cemburu kerana mama turut cuba memujuknya agar behenti menangis, tetapi hati aku turut rasa pedihnya. Walaupun aku agak kasar dan berpewatakan seperti lelaki, sememangnya aku tak mampu melihat zila sedih hati aku turut merasakannya. Aku teringat sewaktu zila dilanggar kereta 1 tahun yang lalu, aku jatuh pengsan di rumah.
Ketika berada di luar, pandanganku tertumpu ke arah lelaki misteri yang tadinya ku lihat di Food Court Cycle & Carrie. Aku menjadi takut, lalu aku cuba bersembunyi di balik dinding. Beberapa minit kemudian papa keluar dan berjalan laju menuju ke arah lelaki berkenaan. Siapa dia? Hari nih pelbagai persoalan yang timbul dan membuatkan semuanya menjadi kelam kabut.
“Lahhh…. Diri tepi dinding tu apsal….. girl tak sihat ker penat or sakit? Nak papa call uncle rahman suh jemput? Ataupu girl cemburu?”soal papa padaku. “Taklah…….. sikit pun heran. Malahan tak luakpun…….!”jawabku pantas. “Dah.. tu!?” sambung papa menyoalku. “Lelaki tu dari tadi tau! ikut girl sejak kat Food Court lagi. Call polislah papa……. Jahat tu orang tu… dia mesti nak culiklah tu….”sambil menuding jari ke arah lelaki yang berkot hitam itu. Keluhan papa membuatkan aku sedikit terdiam. Senyuman papa membuatkan aku cemas. “Nama dia Rahim Kajai. Dia peguam peribadi papa. Papa yang suruh dia ikut girl dalam 2 hari nih. Hati papa tak sedaplah…sejak akhir-akhir nih macam-macam benda yang tak elok papa fikir pasal kamu 2 beradik” kata papa lagi. Tiba-tiba percakapan papa terhenti. “2 beradik……?”soalku seperti orang yang tak puas hati. “Dah jom masuk..!”pinta papa. “Tapi…!?”bentakku. “Dahlah….. jom masuk……. Nanti papa beritahu ok…..?”pujuk papa lagi. Usapan tangannya dirambutku cukup membuatkan hati aku berhenti memberontak. “Jom…..sambil menarik tanganku sempat papa berkata…… kepadaku… “Sejak bila girl papa nih!…dah pandai degil?”soalnya sambil tersenyum. “Eleh….”balasku spontan. “Malam nih bagitau….!! Kalau tak…… girl lari!”ugutku. Papa menganggukkan kepala tanda setuju. Sambil membuka pintu papa mengisyaratkanku agar diam dan terus masuk.
Ketika kami berdua masuk ku lihat…. Zila berlari sambil menarik tanganku. Dia menyuruh aku sentiasa berada disisinya. Aku akur. Apa yang pasti…… dan hati aku sememangnya pasti…… zila adalah adik sedarahku. Keluhanku panjang membuatkan mama beralih arah dan duduk disisiku. Genggaman tangan mama menghilangkan rasa resahku. Benarlah kata orang sentuhan ibu mampu membuatkan kita berasa selamat.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:13:24 GMT 8
Zila beralih arah dan duduk disisi katil. Ketika itu ku lihat untie zira sedar dan mula berkata perlahan kearah zila. Aku bangun dan mahu menuju ke arah zila. Tetiba tanganku seakan dipegang ole seseorang membuatkan aku berhenti dan terdiam. Ku palingkan mukaku dan ku lihat tangan kiriku erat digenggam oleh mama. “Girl duduk sini….. mama rasa untie zira ada sesuatu nak beritahu….girl faham?”soalan mama membuatkan aku diam seribu bahasa. Ku anggukkan kepalaku dan kembali duduk di sisi mama.
“Mak nak cakap…..!”pinta zila kepada mama dan papaku. Tangisan dan seduan zila buat aku tak tentu arah. Sekeras-keras nasi kalau direndam air akan lembut juga…… begitulah aku. Airmata pertamaku gugur…tatkala melihat seduan dan pelukan zila ke arahku. “Kenapa….?”soalanku sekali lagi dijawab. “Malam nih…… tido umah aku….”balasku tanpa menunggu zila mengiyakannya. Papa kata, pembedahan akan bermula jam 7.00 malam. Ku lihat jam ditanganku masih 6.00 petang. Ada setengah jam saja lagi untuk zila bersamanya sebelum membiarkan doktor menyiapkan segala urusan sebelum pembedahan bermula.
Perbualan antara mereka bertiga merimaskan aku. Ku lihat tangisan mama mula kedengaran. Pelukan papa ke arah mama membuatkan aku rasa begitu tersentuh. Papa sememangnya seorang yang penyayang tetapi tegas. Mama pula banyak mewarisi sifat semulajadi wanita melayu. Tidak ubah seperti zila. Panggilan untie zira membuatkan aku berlari anak menuju ke arahnya. Aku berdiri di kiri katilnya sambil tanganku disentuh olehnya. Pandangan untie zira ke arahku dan zila membuatkan aku tak sabar menunggu setiap butir yang hendak diucapankan olehnya. “Lepas mak pergi….kamu berdua jangan gaduh. Jaga diri sesama sendiri. Kelahiran kamu 20 tahun lalu cukup buat kami teruji dan berhati-hati.”suaranya yang perlahan seakan membuatkan aku hampir berlari keluar. “Gagahkan diri kau…..Farra Adilla”pujukku. Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku tanda setuju sedangkan zila terisak-isak menahan airmata dari mengalir keluar.
Untie zira meninggal tepat jam 6.25 petang. Kedatangan doktor azmi bukan untuk mempersiapkan pembedahan lagi. Memang dah takdir agaknya. Aku merasakan yang kehadiran zila kini di dalam keluargaku pasti merubah segala yang dulunya kumiliki. Tetapi apabila aku tengok kedaifannya saat ini, hati aku jadi pasrah. Aku nekad segala yang dulunya kumiliki akan ku kongsi bersamanya. Zila kecewa kerana katanya kelahirannya membawa sial kepada keluarganya sendiri mahupun keluarga angkatnya. Kata-katanya memberikanku satu suntikan semangat setiakawan. Aku tak mahu hadir sebagai kakaknya, tetapi aku mahu hadir sebagai kawannya yang setia. Segalanya terjawab. Barulah aku faham kenapa sejak kecil lagi aku dan zila sering mendapat barang yang serupa. Kematian uncle bakarin dan untie zira menjadikan zila sangat pendiam. Kalau dahulunya aku sering dipujuk agar belajar menerima dugaan tuhan darinya. Kini, mampukah aku menasihatinya? Sebagai kakak? Ataupun kawannya yang dulu.
Mama sentiasa berpesan saat zila menjejakkan kakinya kerumah aku sebagai adik kembarku. “Zila kau nak bilik mana? Jom….. girl tunjuk ada 2 bilik kosong….. pilihlah memana…..?”kataku lembut sambil menarik tangannya. “Tak payah pilih……. Bilik baby dah lama ada. Mama dan papa tak pernah lupakan baby. Masa adilla dan azilla lahir, mama dah siapkan 2 bilik untuk kamu berdua. Tetapi kita manusia tak mampu kelawan ketentuanNYA. Mari ikut mama! Kita tengok bilik baby”sambil tersenyum mama menarik tanganku.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:13:53 GMT 8
Aku mengaru kepala yang tak gatal. Selama aku tinggal dirumah nih….. tak ada satu bilikpun yang aku tak masuk. Cuma satu biliklah akutak berani masuk, pasal mama kata bilik tu ada ‘masalah’. Bilik itu sentiasa berkunci. Aku tak pernah berpeluang untuk masuk kedalam bilik itu. Maklumlah……otak aku dah set…… mesti bilik itu berhantu.
“Imahhhhhh………”jerit mama. “Ya datin”sambil menjawap ku lihat untie imah….. kelam kabut….meluru ke arah mama. “Ambilkan kunci untuk bilik ini. Orangnya dah pun pulang kembali”sambil menjeling dan berisyarat…ku lihat untie imah meluru masuk ke biliknya. Tak berapa minit kemudian tangannya mengenggam satu anak kunci yang selama ini memangku cari. Tak sabar rasanya aku nak lihat bilik yang lebih berbelas tahun tak pernah ku jejaki walaupun didalam rumahku sendiri. Kunci diserahkan ke mama…… perlahan-lahan mama membuka kunci, sambil memusingkan sesuatu ku lihat mama mencantumkan dengan anak kunci yang lain. Apa bagusnya bilik nih sampai aku sendiri tak pernah tahu kewujudan isi dalamnya. Kenapa zila boleh lihat bilik nih! Aku mula fikirkan yang bukan-bukan. Selesai sahaja kunci dibuka, daun pintu mama tolak perlahan. Sudah menjadi kebiasaanku…….. mana boleh sabar…… buang masa namanya tu. Ku tolak sambil meluru masuk mendahului yang lain. Senyuman mama meredakan hatiku. Aku anak dia juga tak mungkin jadi salah aku masuk dulu ataupun kemudian.
Segala yang tak baik tentang zila, bilik nih…. Terbongkar juga. Segalanya sama. Katil, kerusi, almari, peralatan solek, minyak wangi semuanya seperti yang berada dibilikku kini. “Duplicate….!!!!… bila kemas?…. erkkk…… beli tak nampak…… erk….sss malas tanyalah…… bersih…… macam orang kemas setiap hari…..?”semua soalanku mama balas dengan senyuman. “Untie imah yang buat semuanya”jawab mama. Untie imah mengangguk tanda setuju. “Meh……meh……meh…… pompuan!… rupanya bilik yang aku dok sibuk citer kat kau… berbelas-belas tahun nih….. kau punya rupanya”sambil tersenyum aku menarik tangan zila menuju ke meja solek. “Hik….hik….hik….sama ngan akulah…..cantiklah…..!”kataku lagi. “Aku tak mahu rampas mama dan papa kau. Macamana kau boleh tak marah. Sedangkan aku tengah marah?…”luahan zila benar-benar buat aku terkedu….dan terdiam. “Aku tak marah langsung. Cuma mungkinlah aku mengaku aku terkejut…!! tapi kan kau pernah beritahu aku….apa yang berlaku, walaupun pahitpun dugaan yang kita perolehi, sebagai manusia….kau tak boleh menyoal…..kenapa ianya terjadi!”sambil memandang tepat ke arah zila. “Kali nih kau kena gunakan ayat yang sering kau berikan padaku untuk coolkan hati aku……!”sambil memalingkan mukaku ke arah mama.
Mama terdiam……dan berlalu….. tanpa berkata sepatahpun untuk zila mahupun aku. Sebelum mama berlalu pergi….. aku sempat mendengar perbualan antara mama dan untie imah. “saya dah agak dah imah……persoalan nih akan berulang juga”.
Hari berganti hari…. Minggu berganti minggu……. Kehidupan aku dan zila macam biasa sahaja….. kerana kami sememangnya dah serasi….. Cuma kali ini dia adalah kembarku. Tiada syak wasangka…… tiada…… sakit hati. Cuma yang tidak berubahnya ialah…… mak zila…. Telah meninggal dunia …… kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Kemudian papa mengambil keputusan untuk menunaikan umrah dan haji sekaligus. Kedatangan puasa kali ini aku hanya menyambutnya bersama zila. Kami dah besar…… lagipun untie imah dan uncle rahman ada untuk menyiapkan segala kelengkapan menyambut lebaran yang bakal tiba. Aku tak kisah…. Kerana tahun ini aku mempunyai teman sejati…..iaitu Sarah Azilla Dato’ Hamdan.
Rupanya kegembiraan aku hanya seketika…… kerana berita kematian papaku di mekah…. Benar-benar memeranjatkan aku. Mama pasrah….. dan menerima ketentuan ilahi. Aku faham…… mungkin mama pura-pura tabah…… kerana…… dah memang keinginan papa untuk meninggal di mekah kalau diizinkanNYA. Kepulangan mama di KLIA aku sambut dengan senyuman. Senyuman mama begitu indah walaupun aku dan zila masi melihat…… bengkak mata dan kedut resah diwajahnya. Kata-kata semangat zila buat aku dan mama berani menempuh hari esok tanpa papa. Di kala ini aku banyak termenung…. Memikirkan siapa yang akan menguruskan syarikat papanya itu. Kalau nak di harapkan Uncle Kamal…… memang lingkup syarikat papa. Mama pula langsung tak tahu bagaimana nak menguruskan syarikat.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:15:08 GMT 8
“Aku………~!!!!!” bentakku didalam hati….. “Tak mungkin…..!!!”sambungku memberontak. Pertemuan lelaki misteri yang sering mengekoriku adalah menamat segala keresahan. Dia adalah peguam peribadi papa selama 25 tahun yang lalu dan merangkap bodyguard peribadi keluargaku…. Aku tak pernah lihat kemunculannya….. Cuma sejak akhir-akhir ini dia kerap muncul. Papa pernah berbual dengan mama di bilik sembahyang…. Mengenai uncle kamal yang ingin mengambil alih syarikatnya….. beberapa bulan lalu dengan kerjasama beberapa orang pemegang saham. Segala bukti papa simpan di laptopnya. Tapi sejak pemergian papa ker mekah….. aku tak pernah lihat laptop itu lagi di bilik tidur papa. Mama pula hanya mendiamkan diri bila aku bertanya mana perginya laptop kesayangan papa itu. “Entahlah…..sayang….. manalah mama tahu… mungkin papa dah beri pada….. Uncle Sam”jelas mama sambil berlalu pergi menuju ke dapur untuk menyiapkan minum petang kami. Zila pula awal-awal lagi menyerah kalah…… jangan ditanya padanya cukuplah…… katanya padaku….. lalu berlari anak sambil mengekori mama dari belakang. Entah mengapa……. Segalanya misteri…..
Pagi yang indah……… macam nih kene pergi ke kuliah……adoi…….malas rasanya. Zila pula… dah siap……. Sambil berlagak memusingkan baju barunya kepadaku. Hurm……. “asal tak kejutkan”rajukku padanya. “Eh….. kita dah kejut awak tu yang tidur macam beruang…..”balasnya pantas….. sambil mengejekku busuk. Aku capai tuala dan mandi. Aku tak sempat nak ambil sarapan kerana kelas akan bermula ½ jam dari sekarang…… zila….. dan aku memecut…….kereta…. dengan laju. Entah mana peginya mama awal pagi macam nih……..fikirku dalam hati. “Mama gi mana…… zila….”tanyaku pada zila yang sedang memandu. “Entah…..bangun tadi tak nampak….. untie imah pun tak tahu….uncle rahman pun tak dek…jangan risaulah…. Mama ngan uncle rahman tu~!!!”pujuk zila padaku.
Nasib baik kelas pagi tadi sempat sampai…….petang nih aku dan zila terus balik ke rumah….. kerana mama kata ada hal penting dan minta kami berkumpul. Bunyinya macam sensasi dan drastik aja…… Time….. begini….. aku teringatkan papa…… rindunya pada papa. “ Rindu kat papaaaaaaaaaaa……..!!!!!!!”jeritku sambil memandu pulang menuju kerumah. Zila tak mampu berkata apa…… kerana dia… juga pernah rasa kehilangan orang tersayang. Kami berdua senyap terus….. menerus sampailah ke rumah. “Dah.. okey ker…… jangan buat mama risau…nanti dia nangis lagi”tegur zila padaku. Aku hanya mengangguk.
Alangkah terkejut dan terkedunya aku….. lelaki misteri itu sedang berbual dengan mama di ruang tamu sambil ditemani oleh uncle rahman. “Mamaaaaaa…..!!!! dia nih jahat…. Selalu ikut girl kat kolej….”jeritku. “Ya… allah budak nih…..~!!!!”senyum mama sambil menarik tanganku dan zila menuju ke sofa. “Tak mohlah…….”bentakku. “Jangan mengada…..cuba dengan dulu…”kata uncle rahman kepadaku. Aku hanya mencebikkan muka tanda memberontak….sambil menghentakkan kaki aku memalingkan mukaku ke arah lelaki yang mix-asia itu. “Jangan risau….. saya bukannya orang jahat. Saya kawan papa kamu.”katanya lembut. Hurmmm……alasan keterangannya kurang meyakinkan aku. “Buktinya….~!!!! tunjukkan pada saya”sambungu pantas. Mamapun kalah……dan uncle rahman juga tak mampu berkata apa. “Soalan yang bagus…… kerana saya dah siap sedia….sebab papa kamu kata….. kamu nih….tegas dan degil orangnya.”katanya lagi sambil memberikan aku surat pelantikannya menjadi peguam peribadi secara rahsia sekaligus merangkap bodyguard kami berdua. “Itulah sebab…..kenapa sejak akhir-akhir nih saya kerap muncul disekeliling kamu berdua atas sebab-sebab keselamatan kamu berdua…!!”sambungnya lagi. Terkedu aku bila dengar dia menjelas satu persatu.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:15:40 GMT 8
Darah daging sendiri nak hapuskan kami dua beradik…….. semata-mata ingin mengambil alih syarikat dengan cara profesional. Mustahil uncle Kamal sanggup culik kami yang satu-satunya anak saudaranya yang ada. Papa dan dia dua beradik sahaja. Uncle kamal ahli perniagaan terkemuka juga. Namanya sebaris 10 jutawan malaysia. Hurmmm……..diamku tanda kalah. Dan kemuramanku lemahnya aku sebagai manusia.
Itulah sebabnya uncle sam sering muncul….. dan lelaki yang berpakaian t-shirt putih itu adalah bodyguard kami rupanya. patutlah sejak 2 tahun ini papa sering menelefonku tiap 1 jam. Sampai aku naik bosan. Kata mama……..papa sengaja tak mahu aku tahu kerana takut aku fobia bila bertemu orang asing. Sambil menunjukkan sijil kelahiran zila sebagai Sarah Azilla bte Hamdan. Kenapa papa palsukan sijil kelahiran zila…..? Belum sempat aku buka mulut…. Uncle sam menjelaskan yang uncle kamal sejak dari dulu memang ingin merampas syarikat papa yang bernilai bernilai berpuluhan juta dollar Amerika. “Kamu kena ganti…..papa kamu di syarikat. Ini dah termaktub dalam undang-undang malaysia….yang waris terdekat ataupun waris tunggal muncul diwaktu mesyuarat ahli lembaga pengarah yang akan berlangsung 2 minggu dari sekarang. Segala bukti kejahatan uncle kamal kamu ada disimpan di laptop ini.”ulasnya sambil mengisyaratkan sesuatu kepada pembantu di sebelah kanannya. Kerinduan aku pada papa terurai sudah…….laptop kesayangannya muncul dihadapanku. “Boleh saya pegang sebentar laptop papa?”pintaku lembut sambil menahan airmata dari keluar. Aku mencapai laptopnya lalu memeluknya erat. “Suatu hari nanti…….laptop ini akana menjadi kepunyaan girl….okey…..sekarang papa masih menggunanya.”kata papa suatu waktu dulu kepadaku. “2 minggu dari sekarang…….. laptop ini akan menjadi kepunyaan Farah Adilla bte Dato’ Hamdan….okey….?senyum uncle sam kepadaku sambil mengisyaratkan agar laptop itu diserahkan semula kepadanya atas sebab-sebab keselamatan. Segala…..berbulan-bulan ini laptop ini disimpan di Bank Swiss…...rupanya. Itulah amanat papa kepada uncle sam.
Setelah menjelaskan segalanya………kami sekeluarga dikehendaki duduk di suatu tempat yang dirahsiakan. Pada fikiranku……kes keluarga kami bukannya begitu besar……macam di kaca televisyen. Susah betul………kalau hidup macam nih. Hendak tak hendak……. kami semua terpaksa pergi…..sebab dah….terpaksa…lah.
Hari berlalu…..begitu pantas….dikala ini aku tidak boleh berhubung dengan sesiapapun. Sesampainya aku di villa ini….semuanya serba canggih. Aku perlu memakai gelang hayat untuk memasuki villa baru kediaman kami ini. Dan satu lagi kejutan……..yang tak disangka….lelaki muda yang selalu tersenyum di Food Court Cycle & Carrie ataupun dipendekkan….lelaki yang selalu menghantar sms…..bunga sekuntum di depan cermin keretaku dan kad…layang di rumahku. Geram aku………satu persatu segalanya tersingkap. Aku merenung tajam…..ke arah zila yang ketawa lebar….. menahan perut…… kerana….katanya “Marah-marahlah…. Pepuas…..malaysia nih kecil….entah-entah tu jodoh kau tak Farah….?!!”….. “Zila……..bencinya aku tengok mamat…….nih……macam kerang busuk…….tau……?~!!!!”sambil berlalu disisi aku sempat…..menjelirkan lidah padanya. Dia hanya tersenyum sambil mengerakkan bibirnya “I Love You….Farra Adilla”sambil berlalu pergi meninggal kami sambil menuju ke kereta. “Jangan gaduh…lelaki tu…..adalah calon pilihan papa buat farah….fahammmmmm……..?!!!!”kata uncle sam kepadaku sambil tersenyum sinis. “Lupa pulak uncle nak beritahu tadi….”sambungnya sambil menunjukkan sekitar rumah ini kepadaku dan juga mama.
Arahan papa aku turuti…..kerana itulah amanatnya padaku melalui sepucuk surat. Walaupun aku memandang pilihan calon suamiku agak begitu kuno…. Namun aku yakin……..tiap-tiap kejadian ada hikmahnya. Cuma…….~!!! sekarang nih aku benci tengok dia selalu memandangku dari jauh….sambil senyum. Satu rumah…….~!!!!!! setiap hari tengok muka saya……..pasti akan ada cinta……walaupun awak sekeras batu…..fahammmm~!!!!katanya padaku lembut. “Yerlah……~!”balasku tanda malas nak melayan.
Ketegangan ku sedikit terubat…..kerana selama ini uncle kamal tak pernah tahu akan kewujudan zila kerana kami lahir di overseas. Segalanya dirancang begitu rapi untuk mengelakkan sebarang tindakan luar kawalan uncle kamal……..pada papa suatu hari nanti. Andai aku tiada……zilalah waris ke-2 papa…..sebab itu sijil kelahiran asli disimpan di Bank Swiss itu sejak 20 tahun lalu lagi. Segalanya titik perjalanan aku dan sejarah keluargaku terungkai sudah. Kembali ke tempat asal adalah harapanku.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:16:09 GMT 8
Dari apa yang aku tahu……uncle kamal berang kerana kami hilang…….sebelum sempat dia berbuat apa-apa. Segalanya berjalan lancar. 2 minggu aku hidup dalam ketakutan. Duniaku hanya di dalam villa ini. Aku tidak dibenarkan keluar menjengah ke luar tingkap… atau apa-apa objek yang membuatkan “mereka” memerangkap adanya aku di sini. Macam dalam penjara.
Entah mengapa……malam tu aku mimpi yang papa meminta aku menerima calon pilihannya. Zila terlepas…..kerana aku masih ada lagi. Tiba-tiba lamunanku terhenti kerana melihat…….balik akuarium itu ada muka……Alfian Luke. Anak angkat papaku 25 tahun dahulu. Jarak usia kami 5 tahun. Dia memang hensem….bersih……sembahyang….sopan santun…….hormat mama, untie imah dan uncle rahman. Mama dan uncle sam sahaja yang tahu Luke ini anak angkat papa. “Saya akan tunggu..yang paling penting……kita selamatkan syarikat papa dulu…….faham…… notty girlll…..!!!”sambil mengusap kepalaku. Aduhai……..touchingnya……..aku rasa…. “eh…jangan kene tipu…. Farah…..mamat nih….. yang dulu selalu kacau kaukan….?”bentakku melawan hati.
Masa berlalu…….. begitu pantas….pagi ini aku harus keluar untuk menghadiri mesyuarat ahli lembaga pemegang saham pengambilan kuasa uncle kamal secara undang-undang..kerana dia sudah mengupah orang menukar surat wasiat papa di pejabat peguam. Itulah perlunya aku disorokkan….dan apapun yang terjadi….hari ini……aku pasti akan pertahankan…..maruah papaku.
Aku menaiki kereta kalis peluru….tingkap bercermin hitam….dan pemandunya adalah pegawai polis. Aduhai….. dah macam citer orang putihlah pulak….rasanya aku. Zila dan mama banyak diam…..sejak akhir-akhir ini. Tegang aku rasa……mereka berdua berubah…..drastik macam nih.
Mesyuarat.. bermula jam…10.00 pagi. Aku harus berada sana jam 10.00 pagi tepat. Tidak telalu awal dan tidak terlalu lewat. Biasanya mesyuarat ahli lembaga pemegang saham…. tepat….mengikut schedulenya. Kalau di hitung……sebenarnya mengikut tatasusunan saham…..syarikat……aku telah kehilangan hak…..kerana……penipuan uncle kamal….. dia memperolehi sahamku yang bernilai 52% secara automatik dari papa. Sedangkan dia hanya memiliki 10% sahaja……saham syarikat selama 25 tahun ini.
“Dengan ini…. Mengikut kuasa undang-undang di malaysia….. beserta dengan surat wasiat Dato’Hamdan Ahmad ini saya mengumumkan mengikut perlembagaan…..akta syarikat….
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:16:45 GMT 8
“Tungguuuuuuu…….~!!!!. Silakan Datin…. Sebelum disambung ayat terakhir…… saya memperkenalkan diri saya dahulu kepada tuan pengerusi majlis serta ahli pemegang saham. Di sini saya sertakan salinan asli wasiat…..beserta……bukti penipuan Kamal bin Ahmad……yang menukar wasiat……..dan disertakan wang sejumlah RM1 juta yang telah disogokkan kepada pihak-pihak tertentu semasa proses perubahan wasiat yang dijalankan selama 2 tahun ini secara senyap oleh Kamal bin Ahmad. Sila……... Kamal…… polis sedang menunggu anda diluar…..”sambung uncle sam sambil menerung tajam….
Ekspresi wajah uncle kamal berubah…. Tiba-tiba…..bagai orang hilang anak…… bagai termakan lada……..ibarat……anjing kelaparan yang berebut makanan. Aku hanya mampu tersenyum……tanda gembira. Segalanya mudah….. kerana…..uncle sam begitu profesional……dan tepat.
“Saya kenalkan……Farah Adilla bte Dato’Hamdan”sambil memegang bahuku dan tersenyum. Keluhan ahli pemegang saham dan disertakan senyuman melegakan aku. Mereka juga terkejaut mendengar penukaran nama wasiat dari anak dato’ Hamdan ke kamal senang sangat. Mama menjelaskan kepada semua yang ada agar menyokong dan memberi tunjuk ajar kepadanya kerana aku masih mentah dalam….urusan syarikat. Tetapi jangan risau…… ak mempunyai protokolku sendiri. Aku kan anak papa……mesti aku sebijak papa…..juga…… fikirku didalam hati.
Hari berlalu begitu pantas…… zila adalah….orang ke-2 penting di syarikat dan Luke……tidak mencampuri urusan syarikat keluargaku. Tepat sungguh pilihan papa. Dia langsung tak setamak uncle kamal walaupun dia tahu dia boleh menuntut haknya seperti yang termaktub di dalam wasiat. Aku masih lagi meneruskan pengajianku di Universiti dan mengambilnya secara jarak jauh. Aku akan memastikan aku memiliki Master dalam 5 tahun pertamaku di syarikat ini. Indahnya……aku ada mama………zila….uncle imah……uncle rahman……uncle sam dan bodyguard kami……serta…….luke yang kini bergelar suami padaku. Oh…..!!! ya……. Zila pula bakal melangsungkan perkahwinannya dengan bob. Apsallah budak gemuk tu gak…. Yang si pompuan nih pilih……. Anyway…….. bob macholah…….aku aja yang selalu kata dia gemuk… dia baik…..dan yang paling penting dia bertanggungjawab itu sudah memadai. Yang paling bagusnya Luke dan bob tidak bekerja bersama kami di syarikat. Mereka bangun dan memilih membina kerjaya dari bawah……tetapi…..sekarang dan mempunyai syarikat sendiri. “Papa…..jangan risau……girl dan baby akan sentiasa…..bersama…..dan kami dah berjaya kalahkan uncle kamal……”doaku di depan kaabah…..diharap dapat didengar oleh papa. Perjalanan hidup kami masih jauh……semoga…..uncle kamal… insaf….. dan kami sentiasa memaafkannya andaikata dia dan mula insaf….. akan kesilapannya yang dulu. Kami tak pernah buang anak-anak uncle kamal dan juga untie Syirah…..itulah terapan……papa dan asuhan mama pada aku dua beradik.
Aku pasti melawat uncle kamal di rumahnya….seminggu sekali. Kesanggupan aku melawatnya akhirnya menginsafkan dia walaupun mengambil masa hampir 2 tahun lamanya. Aku membiarkan uncle kamal lepas dari penipuan. Aku sembunyikan bukti-bukti sah penipuannya dari pihak polis. Itulah janji aku pada papaku. Dia ku ibaratkan sebagai papaku juga. Kerana dialah satu-satunya darah daging papa. Adik papa seibu dan sebapa. Mungkin prinsipku tak dapat diterima oleh mama dan juga uncle sam……maaf……farah ada prinsip farah sendiri. Sekeras-keras nasi akhirnya akan lembut juga……. Dan sebusuk-busuk daging…..dibersih….pasti akan bersih juga akhirnya.
“Maafkan uncle……andai kata ada umur yang panjang…….uncle berjanji uncle akan tebus janji uncle dan menjaga kamu 2 beradik macam anak uncle sendiri. Duit papa kamu yang bernilai berpuluhan juta buat uncle buta hati 4 tahun lepas.”keluh uncle kamal kepadaku. Walaupun dunia luar tak tahu pergolakan keluarga kami………dan pastinya dunia luar tidak akan tahu……..kisah kami sekeluarga. Insyallah……..aku perlu menjaga nama baik Dato’ Kamal Ahmad …….dan juga Dato’ Hamdan Ahmad. Tahun lepas uncle kamal mendapat anugerah gelaran dato atas pencapaiannya yang mengharumkan nama malaysia kerana berada di dalam senarai ahli perniagaan yang mempunyai….. kecekapan dalam pengurusan profit syarikatnya di laur negeri mahupun di dalam negeri sendiri. Uncle kamal tak kurang hebatnya macam papa. Dan aku akan pastikan aku waris ke-3 mereka. Sementara zila…..mengambil keputusan untuk tidak menceburi dunia perniagaan. Aku lah yang kena beban segalanya. Dah nasib…..kerana akulah sahaja Farah Adilla bte Dato’ Hamdan. "
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:17:59 GMT 8
tok...sy dah postkan novel yg sy citerkan atok tu..bace tau!penat sy post kan..
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 13:43:54 GMT 8
sian kat die........
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:35:45 GMT 8
dah baca blom tok?
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:50:20 GMT 8
Aiman Sayang Mama
Sering kali hatiku bertanya.. mengapa Liya?! Mengapa?! Kebahagiaan yang sudahpun berada di genggaman semudah itu aku lepaskan.. bagai angin berlalu aku pergi meninggalkan segala keindahan yang menjadi idaman setiap insan sepertiku. Kekosongan yang kucari, kesepian yang ku nanti.. benarkah itu semua bisa menenangkan hatiku yang sering bergelora.. Bodohkah aku? Zalimkah aku?
Masyarakat sekeliling memandang serong padaku. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mereka.. ah! Berdosakah aku? Perempuan murahan! Tidak bermaruah! Datang ke kampung ini untuk menutup malunya di kota sana.. Semudah itu mereka menghukum aku tanpa menyiasat kedudukanku yang sebenar.
Ah! Lantaklah!! Perawan yang sebatang kara ini akan terus mengharungi hari-hari mendatang walaupun ribut berpanjangan. Tuhan akan membantu hambanya yang benar. Itulah nekadku.. itulah peganganku..
Ini semua kerana engkau Sha.. Persahabatan yang terjalin antara kau dan aku telah mengundang segala musibah yang terpaksa ku tanggung ini. Semuanya berpunca dari kau! Perbuatan yang terkutuk kau lakukan, aku pula yang terpaksa menerima bebannya. Mengapa beban ini kau tinggalkan padaku Sha?! Siapa yang zalim sebenarnya?! Kau atau pun aku?!
Terkadang aku menyesal, punya sahabat seperti mu. Sahabat yang tidak pernah menghargai pengorbananku. Hatiku benar-benar tersinggung Sha! Aku marah padamu! Aku jijik melihat muka mu! Setelah beban ini kau tinggalkan padaku, kau hilang entah ke mana. Kerana kau, aku terpaksa melucutkan cincin tunang yang indah di jari manisku. Kerana kau, aku tinggalkan segala persiapan perkahwinanku. Kerana kau juga aku korbankan kebahagiaanku.
Anak kecil itu! Anak kecil itulah beban yang kau tinggalkan untukku. Walaubagaimanapun aku tidak pernah menyalahkannya. Dia tidak berdosa! Dia tidak mengerti! Kini.. dia umpama permata hatiku, sumber inspirasiku. Dialah kekuatanku.. dia juga ketabahanku. Kerana dia aku mampu pejamkan mata, kerana dia aku bisa pekakkan telinga. Biarlah apa mereka nak kata.. mulut manusia, bukan senang untuk dikawal.. bila penat berhentilah mereka.
Tiga tahun berlalu tanpa ku sedari. Sesekali aku tersenyum sendirian.. anak kecil itu sudah petah berbicara. Gelagatnya sering mencuit naluri keibuanku. Kepulanganku sering disambut dengan hiruk pikuk suaranya. Ah! Alangkah bahagianya! Terima kasih sayang.. kau bisa membuat hati mama tersenyum lagi.. hilanglah kegusaran walaupun hanya untuk seketika.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:51:05 GMT 8
Walaupun raut wajahnya tidak sedikitpun seiras denganku, itu bukanlah alasan untuk aku tidak mengaku dia anakku. Walaupun dia wujud bukan dari benih yang halal, dia tetap manusia! Dia adalah anugerah dari yang Esa. Tuhan menghantarnya bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak, dia punya rezekinya yang sendiri. Aku amat menyayanginya.
Akan ku didiknya dengan penuh kasih sayang, agar dia menjadi manusia yang berguna. Tidak seperti ibu yang melahirkannya. Aku berjanji pada diriku, apapun yang terjadi, biar siapa ayahnya aku tetap ibunya. Dia tetap anakku! Aku yang memeliharanya sedari tapak kakinya sebesar dua jari.
Ah.. aku mengeluh lagi. Ramadan menjelma, aku masih di sini. Masuk tahun ini genablah tiga tahun aku berpuasa dan berhari raya di tempat orang. Tanpa abah dan mak.. tanpa adik-adik. Juga tanpa Azlan tunangku. Alangkah siksa rasanya menjadi anak terbuang ini.. apalagi yang hendak dikesalkan.. sudah ini jalan yang menjadi pilihanku. Terima sahajalah!
Terlintas juga di fikiran untuk pulang berhari raya. Kerinduan ini tidak mampu lagi aku sembunyikan. Tapi anak kecil itu telah mematikan langkahku. Sudah redakah amarah mak dan abah? Pasti mereka terpaksa menanggung malu kerana majlis yang bakal diadakan terpaksa dibatalkan. Bagaimana pula dengan Azlan? Pasti dia kecewa dengan tindakanku ini. Adakah dia masih menanti kepulanganku? Atau dia sudah miliki pengganti diriku.. airmataku menitis lagi..
"mama.. Aiman nak air!" suara anak kecil itu sering mengganggu lamunanku. Terpaksalah aku melayan kerenahnya. Jika tidak, merajuknya akan berpanjangan. Sesekali bermain di benakku, bagaimana jika dia bertanyakan 'siapa ayahnya?' 'di mana ayahnya?' apa yang harus aku jawab? Perlukah aku terus berdusta? Tapi sampai bila?
*** "Aku mintak maaf Liya. Aku sudah insaf ! Aku tahu aku telah banyak menyusahkanmu." "Bagaimana kau dapat mencari aku di sini Sha? Apa tujuanmu datang ke sini?" "Itu tidak penting Liya. Aku ke mari untuk memohon ribuan keampunan darimu, juga ingin mengambil kembali anakku." "Apa?!! Ambil Aiman?!! Tidak semudah itu Sha!" "Dia anakku Liya! Aku yang melahirkannya! Aku ibunya!! Darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah dagingku! Aku berhak terhadapnya" "Kika begitu mengapa tidak dari dulu kau pelihara anak dari darah daging kau ini? Kenapa kau serahkan dia padaku tanpa memberi aku apa-apa pilihan?" "Aku terpaksa Liya! Aku terpaksa! Aku tiada jalan lain lagi.." Shahira menangis tersedu. "Bagaimana dengan aku? Setelah pertunanganku terpaksa di putuskan! Setelah perkahwinanku dibatalkan. Kau datang untuk merampas kebahagiaanku lagi? Tidak cukupkah selama ini kau menyiksaku?" "Tolong kembalikan anakku Liya.. tolonglah.. aku amat merinduinya.." "Huh! Terlalu mudah kau buat permintaan! Setelah segala kemarahan mak dan abahku meledak! Setelah kepercayaan Azlan musnah! Setelah makian dan hinaan masyarakat setempat aku telan, kau nak ambil kembali anak itu?" "Aku tinggalkan keluargaku, aku putuskan pertunanganku, ini balasan yang kau beri padaku? Segala kebahagiaanku kau rampas Sha.. kini kebahagiaan yang secalit ini pun nak kau rampas? Manusia jenis apa kau ni?! Aku tidak akan serahkan Aiman pada kau! Tidak sekali-kali!" sambungku lagi. "Aku dah minta dengan cara yang baik.. tidak berhasil, nampaknya aku terpaksa mengemukakan hal ini pada yang berkuasa. DNA dia dan aku pastinya sama kerana aku ibunya. Aku boleh menuduh kau menculik anakku!" "Berambus kau dari sini Sha!! Keluar dari rumahku! Keluar!!!"
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:51:50 GMT 8
Aku menghempas tubuhku di katil.. tersedu-sedu mengenang nasib diriku yang malang. Kemunculan Shahira ibu kepada Aiman itu telah membuat hatiku tidak mampu lagi untuk tenang. Adakah aku akan kehilangan anak kesayanganku itu?! Walaupun bukan aku yang melahirkannya, walaupun bukan darah dagingku yang mengalir dalam tubuhnya tapi kasih sayangku menyaluti setiap inci tubuhnya!
Mengapa Sha terlalu kejam?! Di mana harusku pergi lagi? Bagaimana dengan kehidupanku yang akan datang jika sumber kekuatan dan ketabahanku telah hilang?
"Mama.. nape mama nangis? Sape buat?" Aku bangkit dari pembaringan. Mendapatkan tubuh kecil itu lantas mendakap seerat-eratnya. Sehingga tiada lagi ruang yang mampu memisahkan aku dengannya. Perlahan Aiman menyeka airmataku yang semakin deras.. tapi dia masih tidak faham..
"Aiman sayang mama tak?" "Sayang!" "Kenapa Aiman sayang mama?" "Sebab mama sayang Aiman! Sebab mama.. kan mama Aiman!" aku tersenyum tawar.. kudakap kembali tubuh kecil itu. "Aiman.. Aiman nak duduk tak dengan ibu baru?" "Ibu?! Tak maulah!! Aiman nak duduk dengan mama.." "Tapi kalau ibu baru ambil Aiman jugak macamana?" "Aiman pegang kaki mama kuat-kuat!!" aku ketawa.. "Mama.. bila mama nak bawa Aiman mandi laut? Dulu mama janji nak bawa?!" "Mandi laut? Okey.. kita pergi esok ye..." "Yee yee yee" dia melonjak kegembiraan, kemudian pipiku di cium berkali-kali. Ah.. Aiman anakku sayang.
|
|