|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:52:34 GMT 8
"Aiman jangan main jauh-jauh tau! Mama duduk kat sini ye.." "Okey... Aiman main kat sini je.." "Jangan mandi laut dulu tau! Nanti kita mandi sama-sama ye.." "Iyeee!!!!"
Dari jauh ku lihat Aiman berlari riang. Bersama layang-layangnya yang cantik bewarna warni. Ku alihkan pandangan jauh ke tengah lautan sana. Ah.. aku mengeluh lagi! Sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan Aiman. Andainya benar Sha lakukan apa yang diingininya, apa lagi yang mampu aku lakukan? Memang dia ibu Aiman. Memang dia yang lebih berhak terhadap Aiman. Nampaknya sekali lagi aku perlu berkorban.. berkorban pada yang tidak pernah menghargai.
Aku tersentak!! Lamunan ku terhenti tatkala bahuku disentuh oleh seseorang. "Assalamualikum..." Benarkah suara yang aku dengar ini? "Waalaikumusalam.." Aku menoleh.. Ya Allah!!! Itulah kalimah pertama yang keluar dari bibirku setelah melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapanku. Benarkah apa yang aku lihat ini atau khayalan semata? "Liya sihat?" sah!! Benar! Azlan bekas tunangku benar-benar berada di hadapanku. "Ha?! Er.. sihat! Emm.. macam mana abang tahu Liya ada kat sini?" "Shahira yang beritahu." Perlahan Azlan melabuhkan pungungnya di sebelahku. "Maafkan Liya bang.." "Sudahlah.. lupakanlah . Abang dah tahu segalanya. Mak dan abah Liya pun dah tahu. Cuma abang kesal mengapa Liya bertindak terburu-buru tanpa berbincang dengan abang terlebih dahulu.." "Liya takut bang! Liya takut abang tidak dapat menerima Aiman. Liya kasihankan dia. Waktu itu dia masih bayi bang! Pusatnya pun masih belum kering." "Tak mengapalah Liya.. kita masih boleh mulakan hidup yang baru." "Abang masih percayakan Liya?" "Mengapa tidak? Kerana kepercayaan yang kuat terhadap Liyalah abang masih mampu tunggu Liya hingga hari ini. Abang yakin Liya tidak akan bertindak bodoh jika tiada sebab yang tertentu. Abang juga yakin terhadap cinta Liya.." perlahan Azlan merangkul bahuku. Ku genggam jemarinya.. "Terima kasih bang.."
Tanpa ku sedari Aiman berlari mendapatkanku. Mungkin dia tidak suka melihat ada orang lain berani menyentuh tubuhku. Biasalah kanak-kanak seusia itu sudah pandai berasa cemburu! Hehehe..
"Mama!! Sapa pakcik ni?" aku pandang Azlan.. tidak tahu apa jawapan yang harus ku beri pada Aiman. Azlan seolah faham kehendak naluriku. Perlahan dia berkata.. "Ini papa Aimanlah..!" "Papa??!" Aiman binggung lantas memandang tepat ke arahku.. aku tersenyum dan mengangguk. "Ini papa Aiman?" sekali lagi dia minta kepastian dariku. "Iye sayang, inilah papa Aiman.." Aiman memandang Azlan. Pap! Sekali ditamparnya peha Azlan. Azlan terkejut! "Kenapa papa tak balik rumah?! Penat mama tunggu papa! Aiman pun tunggu papa!" "Sorrylah sayang.. papa banyak sangat kerja.. ni sekarang papa dah balik, lepas ni papa tak pergi mana-mana lagi. Papa akan teman Aiman dan mama kat sini okey!" "Promise!!" "Promise!!" jawab Azlan yakin. Aiman memeluk Azlan. Tanpa kusedari aku juga berada di dalam dakapan kasih Azlan. Kami tidak ubah seperti sebuah keluarga yang sempurna. Buat julung-julung kalinya airmata kegembiraan mengalir dari kelopak mataku.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:53:14 GMT 8
"Papa! Mama ni asyik nangis aje!" kata Aiman setelah menyeka airmataku seperti selalu. "Kenapa mama asyik nangis? Aiman buat mama nangis yee.." kata Azlan. Aku tersenyum melihat dua beranak itu. Sungguh cepat mereka mesra. Aiman seolah tidak kekok dengan kehadiran Azlan. "Mana ada!! " kami ketawa bersama. Kring... kring.. bunyi loceng aiskrim "Mama.. papa.. Aiman nak Aiskrim.." "Nah duit.. belikan untuk mama dengan papa sekali ya.." kataku sambil menghulurkan sekeping wang kertas RM10.00 padanya. Aiman berlari keriangan. Aku dan Azlan memerhatikannya dari jauh. "Liya pandai mendidik dia.. lihat! dia seolah sudah pandai berfikir sendiri.. hormat pula pada orang tua. Macam inilah tokoh ibu yang abang mahu..." kata Azlan. "Ish! Ada-ada sajalah abang nih! Terima kasih sekali lagi bang!" "Sudahlah tu... dah penat abang dengar terima kasih Liya tu.. kalau di cium pipi abang ni terubat jugaklah rindu sikit!" "Ish! Orang tua ni lebih lebih pula!" aku mencubit peha Azlan. Nah amik ni! "Adoi!! Abang suruh cium lah bukannya cubit!!" "Sapa suruh mengada-ngada sangat? eh! bang... Liya ada masalah la. Liya takut! "Takut dengan siapa?" "Sha.. Shahira! Dia ugut Liya tempohari. Katanya jika Liya tidak kembalikan Aiman padanya, dia akan buat tindakan undang-undang. Dia nak buat tuduhan yang Liya culik Aiman darinya. Tapi bang.. Liya sayangkan Aiman tu.. macamana pulak dengan Aiman? Mahu ke dia tinggal dengan Sha nanti? Liya tak sanggup kehilangan dia bang.. " tiba-tiba air mataku menitis lagi.. ah! Aku ni memang kuat menangis! Sikit-sikit nak nangis!!
"Begitu sekali Sha cakap?! Tak kenang jasa betullah dia ni! Tak apalah Liya.. abang akan usahakan agar kita mendapat hak penjagaan terhadap Aiman.""Tapi bagaimana?" aku bingung! Azlan begitu yakin. "Sayang.. apa gunanya abang belajar tinggi-tinggi kalau tak boleh uruskan kes sekecil itu? Tak bermaknalah ijazah undang-undang yang abang miliki itu!"
Aku tersenyum lagi. Iya tak ya jugak.. tunangku ini adalah seorang peguam. Aiman kembali bersama bungkusan Aiskrim. Kami makan bersama-sama. Alangkah indahnya kehidupan ini. Sinar bahagia menyinar kembali, setelah ribut dan taufan reda. Entah dari mana datangnya Sha kini sudah berada di hadapan kami. Dia melutut sambil menundukkan kepalanya.
"Liya.. Azlan maafkan aku!" eh kenapa pula dengan Sha ni? Aku bingung. "Sha.. usah begini.." kataku memujuk, ah! Terlalu mudah aku bersimpati dengan orang. "Liya.. ampunkan segala dosaku. Aku telah musnahkan kebahagiaanmu. Tadi, sewaktu aku melihat kemesraan kau dan Azlan terhadap dia, aku begitu terharu! Aku malu pada kau Liya! Aku malu pada kau juga Azlan, aku juga malu pada diriku sendiri. Jika dia berada di dalam jagaanku, belum tentu dia akan peroleh kasih seperti yang kau berikan padanya." "Usah berkata begitu Sha.." "Tak mengapalah Liya.. mungkin inilah hukuman untukku. Punya anak tapi tidak mampu untuk beri kasih sayang. Liya.. Azlan.. aku serahkan dia pada kamu berdua. Aku yakin kasih kamu tidakkan berbelah bagi terhadapnya. Kau peliharalah amanah ini agar mendapat didikan yang sempurna. Aku bersyukur punya sahabat seperti kalian berdua. Aku berharap permintaan ini tidak akan membebankan kamu berdua.." "Benarkah Sha? Terima kasih Sha.. aku berjanji akan menjaganya seperti anakku sendiri." "Liya aku ada satu lagi permintaan.." "katakanlah Sha.." "Izinkan aku menemuinya.. di masa akan datang dan beritahulah padanya hal yang sebenar apabila dia sudah mengerti kelak. Hanya dialah satu-satunya anakku yang boleh mendoakan kesejahteraan ku di alam lain nanti.." "Baiklah Sha.. mengapa tidak? Bukankah kau ibu kandungnya.." "Terima kasih Liya.. terima kasih Azlan.. aku pergi dulu.."
Shahira bangkit, mengucup Aiman beberapa kali kemudian perlahan meninggalkan kami.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:53:36 GMT 8
7 Syawal, hari bersejarah buat aku dan Azlan berlangsung dengan meriah. Aiman begitu gembira sekali melihat mama dan papanya bersanding di pelamin yang indah. Aku bersyukur padamu ya Tuhan.. bukan sedikit kebahagiaan yang kau anugerahkan padaku. Kasihnya Mak dan abah, cintanya suami, sayangnya anakku Aiman!! Aku bahagia kini.
Di hari itu Shahira juga datang untuk meraikan aku sebagai raja sehari, sempat juga dia bermesra dengan Aiman. Sebelum dia meninggalkan majlis kami dia telah menyerahkan sebuah sampul surat yang agak besar pada ku. Katanya hanya itulah hadiah perkahwinan yang mampu diberi. Dia minta aku berjanji akan buka sampul itu setelah menerima surat darinya. Permintaan peliknya itu aku tunaikan jua..
Seminggu berlalu... aku terima sepucuk surat dari Shahira. Perlahan aku buka sampul dan mambaca satu persatu patah perkataannya.
Liya,
Sudah terlalu banyak aku menyusahkan hidupmu. Sudah terlalu banyak beban ku yang kau tanggung. Maafkanlah aku Liya.. maafkanlah aku.. di dalam sampul yang ku beri padamu tempohari adalah beberapa geran rumah, tanah dan kereta milikku. Itu adalah harta peninggalan keluargaku. Aku serahkan segalanya padamu, terserahlah padamu bagaimana hendak menguruskannya.
Tahniah Liya, majlis mu berlangsung dengan meriah sekali. Aku akan doakan kebahagiaan akan terus mengiringi perjalanan hidup kalian sekeluarga. Maafkan aku kerana tidak boleh lama di situ. Tapi dalam masa yang singkat itu aku sudah cukup bahagia dan gembira bersama anakku.
Terima kasih Liya.. kerana kesudian kau dan Azlan menjaga anakku. Aku letakkan sepenuh kpercayaan ku pada kau. terima kasih sekali lagi Liya. kau berjaya mendidiknya, ku lihat dia bijak berkata-kata juga pandai menghomati orang tua walaupun usianya masih kecil.
Liya.. suatu malam aku pernah bermimpi, bertemu dengan arwah kedua ibu dan bapaku. Mereka menggamit-gamit aku untuk datang bersamanya. Entahlah Liya, aku dapat rasakan kedamaian yang abadi ada di sana.
Liya.. Andainya aku pergi.. kau peliharalah dia seperti anakmu walaupun waktu itu kau sudah punya anak sendiri... hanya itu sahaja permintaanku yang terakhir.. selamat tinggal Liya sahabatku.. selamat tinggal Aiman, ibu sayang pada mu...
Shahira
Tut..tut.. telefon berbunyi. Pantas aku menjawab panggilan itu.Hah!! Bagai gugur jantung ku setelah mendengar khabar itu. Aku terduduk membisu! Bersama linagan air mata aku mengucapkan kalimah... inalillahiwainnailaihirojiuunn.. Shahira sudah pergi selamanya akibat kemalangan jalan raya. Sebelum terlambat aku bingkas bangun mendapatkan suamiku dan juga Aiman. "Abang!!!!!"
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 21, 2003 2:26:35 GMT 8
atok tak bace..adik atok yg baca..dia tak abis baca lagi!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 26, 2003 1:03:55 GMT 8
skrg dia dah habis bace?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 26, 2003 4:51:20 GMT 8
tak tau la atok..belom abis baca lg kot...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:13:41 GMT 8
Cinta PertamaAku teringat satu cerita diwaktu bulan raya. Di kala itu aku boleh dikatakan comel badan mengiurkan dan paling penting...... aku memiliki kulit yang putih bersih. Saat itu saham aku tinggi sangat tak macam sekarang. Bila di ingatkan kembali aku pernah digoda oleh lelaki yang berusia 20 tahun dan aku 23 tahun dan yang paling harunya boyfriend aku juga berusia 21 tahun. Hensem dia macam Hithrik Rosham...... itu kata oranglah. Usia perkenalan aku dengan imran lebih kurang 2 tahun lebih. Perkenalan kami berbaur pergaduhan yang kerapkali mengundang pertengkaran yang paling hebat di IRC. Entah mengapa...... aku terpanggil untuk menerima cintanya. Secara jujur aku menganggapnya cinta pertamaku. Indah betul cinta pertama. Seindah pelangi selepas hujan. Seindah pancaran matahari di subuh hari dan secantik lebah yang mengangkut madu diwaktu siang hari. Ibarat padi yang masak tunduk berisi menyembah ke tanah. Tiada cacat celanya walaupun usia kami terlalu membataskan pemikiran matang kami. Yang pastinya dia terlalu matang dan aku pula sebaliknya. Cinta kami bersandarkan keikhlasan......... itulah pendapatku. Saat bercinta begitu indah......... kata orang..... cinta pertama mampu buat kita jatuh tersungkur atau tegap berdiri jika tiang utamanya kukuh. Kekukuhan itu terletak di bahu lelaki dan perempuan hanya sebagai pendukungnya sahaja. Tahun baru pertamaku aku sambut dengannya. Raya dan puasaku jugak begitu. Saat yang palng indah di waktu hari valentine. Hari yang bersejarah dalam hidupku. Tetapi aku bukan tukang rumah....... dan imran bukan tukang kayu. Langit yang cantik kadang kala mampu mengubah rupa. Begitu jugalah kami. Tahun itu semuanya aku sambut dengan imran. Indah juga pengalaman baru ku itu fikirku didalam hati. Makin lama kami semakin lali...... dengan perangai masing-masing. Tiada rahsia perilaku yang kami sorokkan. Semuanya jujur dan terang kerana bagiku penipuan dalam bercinta cukup tak selesa tingkahlaku. Ibarat makan ayam KFC dengan garfu dan pisau. Hehehehehe...... 1st time aku berpura-pura ala-ala...... anak loaded gitu...... stail western konon..... imran pun begitu. Satu insiden yang paling tak dpt aku dan imran lupakan ialah ayam kami terpelanting ke meja sebelah gara-gara ayam imran liat.. kah kah kah kah........ nasib baik...... masa tu orang tak ramai...... "Its must be yours right?!!!" tegur mat saleh... tu.... "Guna tangan dah boleh makan"sambung mat saleh lagi. Waktu tu aku tak dapat menahan ketawaku kepada imran....... aku, imran dan mat saleh tu ketawa bagai nak rak........ ibarat KFC tu kami yang punya........ Sampailah...... sekarang....... aku paling geli hati bila tgk pasangan bercinta makan kat KFC pakai garfu dan pisau untuk makan ayam goreng.... janggalkan........ "Sehingga menjilat jari" senang slogan KFC...... sinki bukan tak ada... nak basuh tangan. Kini aku kembali ketawa lagi...... melihat pasangan yang disebelahku melakonkan watak yang serupa dengan kami dikala mula bercinta. Aku ketawa sambil memandang imran yang sibuk mencapai cili sos sambil meletakkannya di pingganku dan juga pinggannya. "Kenapa?...."tanya nya hairan melihat aku ketawa bagai nak rak.... "Tu...~!!! macam ayam awak yang terpelanting kat plate mat saleh tu......?"sambungku sambil menahan perut. "Adik pakai tangan aja...... jangan nanti ayam tu lambung kat plate abg dah........"kata imran kepada pasangan yang berada disebelahku. Pasangan bercinta tu ketawa..... dan kami sama-sama..... berbual..... rupa-rupanya itulah kali pertama mereka dating berdua. Cinta kami tetap segar seperti dulu. Jika sampai jodoh kami akan mengakhiri zaman percintaan kami minggu depan. 2 tahun perkenalan ditambah dengan 2 tahun percintaan menjadikan aku leka......dalam dunia cinta ciptaan imran. Sungguhpun kami berbeza usia...... tidak mengubah suratan dunia..... dan tiada pandangan serong dari sekeliling. Aku mengaku hubungan ku dengannya ada pasang suruh........ kedatangan orang ketiga antara kami......... cemburu...... sikap tidak percaya....... tiada tolak ansur....... semua itu aku dan imran mampu atasi. Aku bersyukur aku memiliki cinta pertama dan juga terakhir. Aku berdoa agar kami akan sentiasa bahagia...... dan aman tanpa gangguan dari sesiapa... Kau memberinya ya allah........ aku bersyukur...... dan kau mengambilnya ya allah....... aku bertakafur semoga hatiku tetap denganMU.....
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:15:49 GMT 8
Iman De LegendHi” “Hii” “Asl pls” “24/f/jb, u?” “24/m/kl” “Keje ke study?” “Keje, u?” “I?” “Ye la, u la..bukan ke I tengah ckp ngan u ni..” “Jangan le marah..hehehe.. I pun dah keje. Honestly, I’m Ehsan. What’s urs?” “Emm..kalo u tak tau nama I boleh tak?” “Kenapa pulak?” “Ade la..” “Nama tak penting. Yang penting hati.Kan?” “U ni.. cam nak buat I terpikat ngn u je la.. kih kih…” “La.. terpikat ker? Tu tak pakai ayat pemikat lagi tu..hehehe..kalo pakai kang u yang takleh tido malam.. asyik teringat I je.. hehehe” “Ok la.. nama I Iman. Puas hati?” “Ooo.. Iman. Cantik name tu. Mesti cantik dan beriman kan? hehehe” “Tak cantik pun. Tu cume nama aja. ” “Ye la Iman.. asal u bahagia. So, u keje kat mane kat jb tu?” “Keje buat kerepek. Kih kih kih” “Kalo nak order kerepek boleh lah order.. penghantaran percume jer.. kih kih kih” “Laaa.. ye ke? Feveret I tu.. u buat kerepek ape? Kerepek merepek ek?” “Eh! Mane u tau nih? Kih kih kih” “Hehehe.. tengok kaki la cik adik ooi.. anak sedara pak nujum ni..” “Wah.. hebatnyer.. anak sedara pak nujum.. tapi tak best la..sbb pak sedara u tu tak pegi sekolah la..” “Aik! Nape lak?” “Sebab I tak buat kerepek merepek tu.. I cume tau merepek jer.. kih kih kih” “Heheheheheheheheheheheheheh” “Aik.. Gelak lak dia.. Nape lak?” “Pecah la rahsia u.. abih tu u keje ape? Ala.. tak salah kalo tau pun. Lagipun bukannyer I kenal pun u kan?” “Aduh.. terkenaaaa… kih kih kih” “Keje tu tak penting kan? Same gak ngn name.. yang penting hati kan?” “Dia berbalas serangan nampaknyer.. takpe2..kite serang la kali ni.. jaga la.. heheheh” “Ok2… dah stand by ni.. cepat la serang terhegeh2 la u nih.. nak serang ke tak nih? Ha? Ha?” “Amboi.. melawan ek.. samseng ek.. name Iman.. tak beriman pun..” “Eh eh.. ape kena ngena ngn nama I ni. Yang u sibuk2 sebut name I kenape?” “Mak oi.. garangnyer anak dara ni.. tak tau la anak dara jb ni garang2.. adehhh.. agaknye kena angin Singapore nih.. dah suke sgt duk kt Tembok Besar tu.. ” “Wah wah.. sedapnyer ngutuk orang ek.. tak sedar diri la tu.. patut la.. orang kate orang kl ni sume sombong2.. sebab tu banyak yang terjun lombong.. ” “Aik.. dia kenakan kite balik.. takpe2.. ni nak cari gaduh la nih ek?” “Ape ek ek? Ingat tekak org terlekat tulang ikan ker?” “Amboi.. bahasa.. cantiknyer.. tu le org kate.. bahasa mencerminkan bangsa.. abih la Melayu kalo sume camni..” “Ceramah nampak..” “Bukan ceramah tapi sendiri mau ingat laaa….” “Argh.. malas ler layan mamat ni.. blah la.. tido lagi sedap..” “Amboi..ko ingat aku rajin sgt nk layan ko tu?” “Kalo malas, apsal tegur tadi? Hah?” “Dah la..malas nk gaduh..tak kenal dh gaduh..blah la..” “Hey.. aku pun malas nk gaduh ngn ko tau tak? Layan tido lg best daaa… cittt” Disconnected!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:16:38 GMT 8
samb.
Traffic light Simpang dr Pontian ke JB.
Ape ke hal mamat ni.. layan lagu pun takkan sampai tersengguk2 lak? Kete punye la cun, tuan dia..emphhh.. ya Rabbi, serabai giler.. bagi kt aku pun ok gak kete ni.. leh aku make up jadik evo.. ahak.. ha.. dah hijau pun.. lepas brek.. jalan.. aik.. mamat tu.. hahahahahaha… tido rupenyer… ingat layan lagu rock.. kena hon free.. amik ko.. tu le.. sape suruh layan awek malam2 buta..kang pagi nk pegi keje dah ngantuk.. hahahahaha..
Ruhas Technoology Sdn Bhd
“Iman, hari ni awak kena conduct interview. 5 candidates for one post.” En. Hasri menarik muka perasan CEO. Memang dia CEO pun. Ahak.. “Adeh.. deh.. deh.. sakit perut la En Hasri.. esok boleh tak?” Aku tunjuk muka mintak kesian.. Ahakss.. “Apa awak ingat ini company bapak ye, Iman?” Matanya dicegilkan tepat ke arah aku. Aku tersengih.. “Eh eh.. dah baik la En Hasri.. hihihi” Aku angkat seraya tabik kepadanya. En Hasri menggeleng kepala sambil berlalu. Melenggang Mak Minah.. Ahaks.. “Eh ko ni, tak tau takut lansung.. Dengan bos pun ko boleh buat main ek” Suraya mengutil lenganku. Adeh.. “Sakit la.. ko ni apsal? Silap tahun ke? Sedap jer main kutil2 org..” “Ye la.. ko tu.. takde keje ke? Asyik nyakat bos je..” “Ala..aku nyakat pasal aku sayang bos aku tau.. hihihi” “Sayang? Bio betul ko ni, Iman? Dah buang tebiat?” “Hihihihi.. ala bos tu hensem.. apa salahnya.. ” “Ish.. ko Iman.. muke lawa tapi ada ke kenan kat bos yang dah tua tu? Takde kelas remaja lansung la ko ni..” “Ala.. kelas2 tak main la.. janji dia byk duit.. hihihihi” Aku menjeling sambil mengangkat kening ke arah Suraya. Ahaks.. “Dah.. sudah2… pukul 10 ade interview.. ko handle..” “Eh.. apsal aku kena handle ek? Takde manusia lain ke?” Muka ku sengaja ku masamkan.. macam buah mangga muda tu.. “Eh.. bukan ke department ko perlukan staf? Ko tu dulu bising.. staf tak cukup.. Dev. Department tak cukup staf.. sebab tu project lambat siap..” Suraya mencekak pinggang di hadapan ku. Matanya dibulatkan. ”Hihihihi.. ye ke?”Ahaks “Ala Sue.. aku saje je.. nak bagi ko naik angin pagi2 ni.. takde org sakat ko lagi hari ni kan? So aku take over dulu la.. hihihihi” Ahaks.. kesian Suraya. Kena sakat ngan aku.. Ahaks.. nasib baik aku tak cuit pinggang dia.. kalau tidak menari Asalehe la dia.. Ahaks.. Suraya. Nama yang dah cukup masak aku dengan perangainya. Merangkap sepupu tunggal perempuan dalam senarai sepupu kepupu ku. Ahaks.. kami dah macam adik beradik.. suke kutuk mengutuk.. ahaks..ape nak buat.. dah masing2 mulut laser.. terutamanya aku.. cume beza aku dan Sue, dia dah ade pakwe.. dan aku.. masih solo.. ahaks.. Iman de Solo.. cis.. bestnyer nama gitu,kan? Ahaks..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:17:55 GMT 8
Interview Room Aku perhati sume mamat2 yang tengah beratur kat depan aku. Sumenye muka boya.. ahaks.. sume muke mintak keje.. ade yang tersengih2.. ish.. buruk betul sengihannyer.. bleh buat aku ngigau la kalo mimpi.. ahaks.. sorang je perempuan.. ish.. best ni.. kena la tolong kaum sendiri dulu kan? Ahak.. So.. “Nur Fadhlina Yusuf.” Minah control ayu tu mengangkat tangan separuh bahu. Terus aku anggukkan kepala. Dengan seriusnya. Ahaks.. control2.. ahaks.. minah ni pakai baju kurung biru lembut. Sesuai dengan perwatakan dia yang lembut tu. Senyumnya masih gugup. Aku tersenyum. “Pertama kali interview?” “Iyer.” “Ok.. don’t worry. Saya tak makan orang pun walaupun saya belum makan lagi.” Dia cume menggangguk. “Kenalkan diri awak. In your own way.” Aku memandang tepat ke arah anak mata yang kian yakin itu. Mulut kecil yang dipalitkan cume lip balm itu pun mule bergerak2. Sesekali matanya memandang kiri dan kanan. Riak mukanya serius bercerita. Aku jadi ralit lak tengok muke dia ni. Ish.. gilo ko apo.. ahaks.. tetibe mulut kecil itu berhenti. Dah abih rupenye..ahaks.. punye la panjang.. cam nak karang biodata utk novel jer.. ahaks.. Aku meneliti resume yang dikepilkan bersama surat permohonan jawatan Secretary tu. Bakal jadi secretary aku la tu. Ahaks.. “So, tell me. How you convinced yourself to take this new challenge?” Aku menseriuskan muke. Anak mataku tidak lepas dari merenung wajahnya yang ayu itu. “Emm.. I have to face this challenge anyway. Even it’s not this time but someday I know the day will come. And I think the day is today.” Dengan tenang dia menjawab. Aku termenung seketika. Senyum menjalar di bibir kecil ku. Sambil menaikkan sedikit keningku, aku menyambung.. “Well, you think the day is today. But how do you know, the place is right here? Why not any another place.. bigger company than this company, may be?”” “Well.. this is my first try. And I don’t think this is the ikan bilis company. It’s more than that. Emm.. as I’m fresh graduate. It’s good enough for me to try my luck somewhere.” Dia senyum lagi. Aku membalas. “Ok, Miss Nur Fadlina. Thank you. We’ll contact you soon.” Aku mengakhiri sesi pertama itu. Dia mengakhiri sesi ini dengan mengucapkan terima kasih dan menghulur tangan utk bersalam. Kami berbalas senyuman lagi. Melihat kelibat gadis itu berlalu di sebalik pintu kaca itu, aku meneruskan sesi temuduga. Mataku berkelip2 membelek sejumlah resume yang berada di tangan. Mata nakalku sempat menilik seorang demi seorang jejaka yang duduk beratur di tepi dinding berdekatan dengan meja. Dengan jelas, aku dapat melihat, salah seorangnya. Sepertiku ku pernah lihat… tapi di mana ya? Dahi berkerut memikirkan di mana aku pernah jumpa mamat tu seorang. Berbaju kemeja hitam. Penampilan agak menarik. Ahaks.. gatal ker aku? Tengah syok aku berfikir, tetibe aku teringat. Pagi tadi. Ahaks.. yes! Mamat yang tido kat dalam kereta di simpang traffic light. Ahaks.. tanduk pun sudah tumbuh laa… ahaks.. ahaks.. nantikan samb nye...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:19:50 GMT 8
Maafkan Abah, Ain
Perkenalan selama dua tahun dan setelah mengenal hati budi masing-masing akhirnya Zaleha dan Rahman bersetuju memeterai janji untuk hidup bersama dan membina mahligai impian, dengan harapan ikatan perkahwinan itu akan memberikan sinar dalam kehidupan mereka. Walaupun Rahman hanya bekerja sebagai pemandu bas kilang sahaja namun bagi Zaleha itu bukan halangan untuk menerima Rahman sebagai teman hidupnya, dia rela dan sanggup berkorban demi cinta sejati. Setahun usia perkahwinan mereka semuanya dianggap bahagia dan dengan penuh harapan menanti akan dikurniakan cahaya mata pertama supaya dapat mengukuhkan lagi kasih sayang mereka berdua.
Namun harapan tinggal harapan cahaya mata yang ditunggu-tunggu masih tidak menampakkan kemunculannya, perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang mula bergoncang setelah 3 tahun hidup bersama semuanya berpunca dari ketiadaan anak.Rahman mula menuduh isterinya mandul tidak boleh memberikannya seorang anak dan mula bermain 'kayu tiga', saban hari kehidupan rumahtangga mereka dipenuhi dengan pergaduhan semuanya ingin menunjukkan ego masing-masing hingga pada satu tahap rumahtangga mereka seperti tidak boleh diselamatkan lagi. Namun Allah Maha Kaya ketika mereka hampir bercerai-berai cahaya mata yang menjadi punca segalanya akhirnya mula menampakkan tanda, kehidupan rumahtangga mereka yang semakin kelam mula menunjukkan sinarnya.
Rahman seperti tidak percaya bila dia mengetahui Zaleha telah mengandung 2 bulan, seperti 'bulan jatuh ke riba' bila dia mendengar khabar dari isterinya, hilang semua perasaan benci terhadap isterinya selama mereka 'berkonfrentasi'. Setelah menanti penuh debar selama 9 bulan 10 hari akhirnya cahaya mata yang dinanti selamat dilahirkan, alangkah gembiranya dia bila diberitahu oleh nurse yang dia mendapat anak perempuan, kini dia puas cita-citanya untuk menjadi seorang ayah termakbul jua akhirnya, anak yang comel itu dinamakan Nurul Ain.
Dia berjanji dalam dirinya untuk menjadi seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab dan ingin membuang segala tabiat buruknya selama ini dan membina semula keluarganya yang hampir runtuh dahulu. Anak yang lahir ini ditatang bagaikan minyak yang penuh, segala keperluannya disediakan dan sejak kelahiran Nurul Ain dia sudah banyak berubah, sudah tidak pulang lewat lagi, tidak suka berfoya-foya di luar dan paling mengembirakan Zaleha suaminya sudah mula mengingati SuruhanNya yang selama ini sudah lama ditinggalkan.
Namun 'harapkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari' itulah nasib yang menimpa keluarga kecil ini, Tuhan seperti hendak menduga keutuhan iman seseorang itu dengan menurunkan dugaanNya, 15 hari sebelum genap umur Ain setahun anak kecil ini telah di serang demam panas yang teruk, kesan dari ini otak Ain telah mengalami kerosakkan dan Doktor mengesahkan kemungkinan besar Ain akan mengalami terencat akal seumur hidup...... Berita ini bagai panahan petir bagi Rahman, seperti baru semalam dia menyambut kelahiran cahaya matanya yang comel kini semuanya seperti sudah berakhir baginya.Rahman bagaikan tidak dapat menerima hakikat keadaan anaknya itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri ekoran apa yang terjadi pada anaknya.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:20:36 GMT 8
Sering juga dia mengatakan pada kawannya mengapa mesti anaknya menerima nasib begitu kenapa tidak anak orang lain, dia seperti tidak dapat menerima ketentuan dari Yang Maha Esa. Dalam situasi begini anak-anak istimewa seperti Ain sepatutnya memerlukan perhatian yang lebih dari Ibu bapanya namun tidak bagi Rahman, jika dulu anak itulah yang sering ditimang, dicium, dibawa kemana-mana dia pergi dan dengan bangga memperkenalkannya kepada kawan-kawannya, namun kini dia seperti malu mahu menerima Ain sebagai anak kandungnya sendiri.
Tiada lagi kucupan mesra, senda gurau dan belaian mesra dari seorang bapa pada anaknya, Rahman seperti menjauhkan diri dari anaknya baginya tiada faedahnya melayan anak yang sudah terencat akal hanya membuang masa saja.Kekusutan fikirannya menyebabkan Rahman kembali pada hobi lamanya berfoya-foya di kelab dangdut hingga ke subuh, tinggallah Zaleha seorang diri melayan karenah anak 'istimewa'nya itu dan demi memberi tumpuan sepenuh hati pada anaknya Zaleha sanggup melepaskan jawatannya sebagai guru sekolah semuanya dilakukan untuk anaknya itu.
Sepuluh tahun sudah berlalu, Ain membesar seperti anak-anak normal yang lain, Zaleha bersyukur kepada Allah walaupun anaknya berkeadaan begitu anggota tubuhnya seperti anak-anak yang lain tiada cacat celanya, Ain boleh berjalan, berlari dan bermain cuma fikirannya saja seperti bayi dan hanya boleh bercakap sepatah dua perkataan.Pengalaman Zaleha sebagai guru digunakan sepenuhnya untuk mengajar anak perkataa-perkataan ringkas, walaupun kadang kala dia begitu kecewa dengan sikap suaminya Rahman yang seperti lepas tangan dan tidak pernah mengambil tahu mengenai hal anaknya itu, jauh sekali mahu memandikan dan memberikan makan untuk Ain semuanya dilakukan sendiri oleh Zaleha .
Sikap kurang ajar dan panas baran Rahman terhadap Ain anak kandungnya semakin ketara, saban hari ada saja benda yang menimbulkan kemarahannya terhadap Ain jika dia sudah marah maka hingaplah tangan dan kakinya di badan anak kecil ini, jika tidak kerana Zaleha mungkin lebih teruk Ain di'kerja'kan bapanya sendiri. Memanglah sikap anak istimewa seperti Ain kadang kala menimbulkan masalah seperti kencing dan berak di merata tempat dan adakalanya merosakkan barang perhiasan, namun budak seperti itu apa yang dia tahu...... Puas sudah Zaleha menasihati suaminya supaya mengubah sikapnya dan jangan sampai menyesal di kemudian hari namun maki hamun yang dilemparkan kepadanya, bukan isterinya saja yang cuba mengubah sikapnya, kawan baiknya Sahak juga pernah menasihatinya namun 'penampar jepun' yang hinggap di muka dengan amaran jangan mencampuri urusan rumahtangganya.
Zaleha hanya mampu menangis melihat keadaan tubuh Ain yang lembab-lembab setiap kali Rahman membelasah anaknya pernah sekali kerana tidak tahan melihat perangai suaminya mendera Ain dia meluru ke dapur mengambil pisau dan menyerahkanya pada Rahman supaya bunuh saja Ain kalau betul dia bencikan sangat anaknya sendiri jangan lagi di sakitinya lagi, zaleha seperti tidak mampu lagi menanggung derita setiap kali anaknya didera.Jiran sebelah menyebelah hanya mampu melihat saja untuk masuk campur takut parang panjang menunggu di depan pintu dan pernah sekali jiran sebelahnya melihat Ain di lempar keluar oleh Rahman melalui tingkap rumahnya namun dia hanya mampu melihat saja untuk menolong jauh sekali takut dengan sikap panas baran Rahman.Ada juga jiran yang mahu melaporkan kepada polis hal ini namnu bila mengenangkan kebaikkan Zaleha pada mereka tidak sampai hati untuk mereka melaporkannya.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:21:26 GMT 8
Namun Tuhan Maha Kaya dosa yang kita lakukan di dunia adalakanya dibayar 'cash' didunia juga......... Malam itu hujan turun dengan lebat dan setelah balik dari menghantar pekerja pukul 12 malam Rahman pulang dengan kepenatan namun bila sampai saja di muka pintu kakinya terpijak najis di depan pintu, dia tahu kalau tak 'si terencat akal' ini tiada orang lain yang buat, dengan hati yang panas Rahman meluru ke bilik anaknya dan menariknya keluar dengan paksa dan terus dicampaknya keluar rumah " Tidur kau di luar situ" teriak Rahman sambil mengunci pintu.
Zaleha cuba meminta simpati dari suaminya supaya anaknya dibenarkan masuk namun tak diendahkan oleh Rahman....menangislah anak kecil itu di luar rumah sambil mengetuk pintu dengan keadaan hujan yang lebat, apa yang mampu dilakukan oleh anak kecl ini hanya menangis saja..............Zaleha tidak mampu berkata apa-apa lagi hanya pilu mendengar tangisan anaknya di luar dan tinggallah anak kecil itu keseorangan di luar...... Seperti biasa Rahman akan keluar seawal pukul 6 pagi untuk mengambil pekerja ke kilang dan ketika keluar dari rumah matanya melilau sekeliling untuk melihat dimana anaknya berada namun dia tak menjumpainya, biarkanlah saja tahulah dia masuk ke rumah pagi nanti fikirnya.
Ketika bas yang dipandunya mula bergerak dia merasakan seperti tayar belakang bas melanggar sesuatu, dia memberhentikan bas dan turun untuk memeriksanya sambil menyumpah baru pagi semalam dia mencuci basnya. Bila dia menyuluh di bawah bas alangkah terperanjatnya dia bila melihat sekujur tubuh kecil berlumuran darah terbaring di celah tayar belakang basnya. Dia seperti sudah dapat mengagak tubuh kecil itu milik anak yang sangat dibencinya lain dan tak bukan...Ain. Tubuhnya mula mengigil perasaan bersalah, takut dan cemas mula menular dalam fikirannya, dia cuba memerhatikan kembali...Ya Allah anakku!!!..dengan pantas dia menarik tubuh kecil itu keluar dari bawah bas...Rahman meraung bila melihat tubuh anaknya berlumuran darah, dia cuba mengerakkan tubuh anaknya dengan harapan anaknya masih bernyawa...namun semuanya sudah terlambat anaknya sudah kembali rahmatullah..
Di subuh yang hening itu dapat dilihat oleh alam terlerainya ego seorang ayah, sambil memeluk sekujur tubuh yang selama ini menjadi bahan 'santapanya' terpancar kembali dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap anaknya, timbul perasaan kesal yang amat mendalam dalam sanubarinya..namun semuanya sudah terlambat, tubuh kecil yang tidak bernyawa itu di peluk erat sambil teresak-esak....Suara raungan dan tangisan Rahman memecah kesunyian subuh itu membangkitkan Zaleha dari lena, bila dia melihat saja keadaan suaminya memeluk anaknya di tengah jalan dia sudah tahu apa yang telah terjadi pada anak kesayangannya itu, bagaikan halilintar menyambar tubuhnya bila dia melihat tubuh anaknya berlumuran darah, lemah terus tubuhnya hanya air mata mengalir deras dari kelopak mata....
Pagi itu gempar seluruh penduduk kawasan itu bila mendengar berita Rahman melanggar anaknya sendiri, jiran-jiran mula mengerumuni di tempat kejadian melihat bagaimana keadaan kekesalan seorang lelaki bernama ayah enggan menyerahkan tubuh anaknya untuk diuruskan pengkebumiannya.Sudah lebih 3 jam jiran-jiran memujuk dan menasihati Rahman supaya dia tabah menghadapi dugaan Allah dan melepaskan dakapannya namun semuanya sia-sia belaka, Rahman seperti tidak mahu berpisah dengan anak yang selama ini menjadikannya lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ayah, dibelai dan dicium tubuh kecil yang semakin kebiruan itu, namun setelah dipujuk oleh ibu dan ayahnya akhirnya Rahman melepaskan dakapan erat terhadap tubuh anaknya.
Akhirnya jenazah Nurul Ain sempat dikebumikan petang itu juga dan berakhirlah penderitaan seorang anak istimewa yang tidak mengerti apa yang telah dilakukan oleh ayahnyanya sendiri. Dari perbualan jiran-jiran setelah 'dicampakkan' oleh ayahnya di luar dan mungkin kerana keadaan hujan lebat pada masa itu dan kerana kesejukkan Ain telah berlindung di bawah bas dan mungkin kerana kesejukkan dan kepenatan Ain tidak sedar dari tidur bila Rahman mula mengerakkan basnya pada pagi itu dan terjadilah peritiswa yang menyedihkan.itu,mayat anak kecil itu remuk di bahagian dada dan kakinya kerana digilis tayar bas yang dipandu ayahnya. Setelah kejadian ini sikap dan perangai Rahman mula berubah dia hanya mengasing diri dan sering termenung sendirian hingga pada satu tahap dia seperti tidak dapat mengawal perasaannya menangis dan bercakap seorang diri sambil memeluk bantal milik arwah anaknya.
Sudah puas Zaleha dan bapa dan ibu mertuanya mencari bomoh untuk cuba mengubatinya penyakit suaminya namun masih gagal, walaupun suaminya berkeadaan begitu Zaleha masih tetap setia pada suaminya tidak terlintas dalam fikirannya untuk meminta cerai. Sudah dua sejak kematian Nurul Ain namun Rahman masih tidak berubah malah semakin bertambah teruk seperti sudah hilang ingatan malahan makan, mandi dan membuang najis juga perlu diuruskan oleh ibunya sikap dan perangainya tidak ubah seperti arwah anaknya dulu....
Kerana mengalami tekanan dan desakkan dari kedua ibu bapa serta mertuanya akhirnya Zaleha merelakan perpisahan dengan suami tercinta dan kini berbahagia bersama suami barunya, sedangkan Rahman akan melalui hari-hari suramnya bersama kenangan yang tidak akan dilupakanya..... Maaf jika cerita ini terlalu panjang dan biarlah cerita ini menjadi iktibar dan pedoman kepada semua insan yang bergelar Ayah/Bapa/Abah supaya menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. kepada mereka yang menpunyai anak-anak istimewa tahniah diucapkan jika anda menpunyai bersikap sabar, punya rasa tanggungjawab dan sanggup berkorban ketika menjaga anak-anak ini. Mereka juga manusia biasa yang memerlukan belai mesra dan kasih sayang dari kedua Ibu bapa........Fikir-fikirkanlah.....
Note: Tak dapat nak disahkan benar atau tidak...tapi jadikanlah kisah ini suatu teladan utk kita semua. Anak2 adalah rezeki dari Allah utk setiap pasangan suami isteri..tak kira sihat..sakit..sempurna mahupun cacat. Sayangilah mereka semua...
-tamat-
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:22:21 GMT 8
Sinar Bintang
Angah sudah hilang daya nak mengangkat tangan. Mak sudah hilang suara menjerit. Kakngah langsung tidak mahu campur tangan. Aku sendiri sudah tidak mampu meminta ampun lagi. Perit dimuka tidak hilang akibat penampar angah. Aku tahu mak malu. Angah malu, Along malu, semua orang malu akibat perbuatan aku. Tapi aku tak bersalah. Aku tak terlibat. Semua berlaku akibat salah faham. Bunyi kereta jelas kedengaran. Angah cepat- cepat keluar. Mak menerpa ke arahku. Pantas batang tubuhku yang lesu dipeluk mak. Suara bising bising diluar jelas kudengar.
Tetamu mak tak dirai. Malah kehadirannya menambah benci mak. Mereka masuk dijemput penuh amarah oleh Angah. Nah! Lelaki itu. Lelaki itu berdiri di hadapanku. "Maafkan saya, saya akan bertanggung jawab, Benarkan Yani menjadi isteri saya yang sah", perlahan suara itu kudengari. "Memang kau patut bertanggung jawab. Kau dah rosakkan nama baik kami, keluarga kami, kau nak lari macam tu saja?" Angah mengherdik. Along cuma memerhati. "Cepat siap Yan, kita ke pejabat kadi. Petang ni kau berdua nikah," Angah menambah geram. Sakit hatinya belum hilang di tambah pula dengan ketenangan lelaki di hadapannya ini. Seolah menguji kesabarannya. "Kita orang melayu, ada adat, kalau tak mahu buat adat yang sebenar, sekurang kurangnya biarlah di adakan majlis," kedengaran suara menyampuk. Angah berpaling. "Pakcik boleh kata macam tu kerana anak pakcik lelaki, adik saya perempuan, malunya kami akibat perbuatan mereka nih lebih tertampar kepada kami sekeluarga. Itu namanya beradat? Entah entah pakcik nak bagi ruang bagi budak jantan tu lari dari sini?" Angah menyindir. Ayah pemuda itu terdiam mendengar kata Angah. "Yan tak mahu kahwin dengan dia. Yan tak sanggup. Yan tak kenal dia, Yan tak mahu kawin," aku bersuara lemah. Sakit di bibir tetap tidak kebah. Aku bangun melangkah perlahan menuju bilik. Angah menggila mendengar kata ku. Tangan Angah naik kembali. Mujur ditahan pemuda itu. Mak sudah pantas memeluk ku. "Saya akan kahwini Yani. Abang jangan pukul Yani lagi. Abah, saya akan kahwini Yani walau apapun terjadi," tegas pemuda itu. Aku membulatkan mata. "Aku dah cakap, aku taknak kawin dengan kau. Aku tak kenal kau. Aku benci kau. Sebab kau semua ini terjadi. Aku tanak kawin ngan kau. Aku benci kau! Aku tanak kawin!" Aku sudah tidak dapat menahan sabar. Sebab dialah! Sebab dialah semua ini terjadi. Kalau bukan sebab dia, aku tak ditimpa aib. Kalau tak kerana dia, aku tak di pukul Angah.
Bilik ini seakan mengerti akan kesedihanku. Walaupun serba mewah, ia nampak muram. Seperti mana aku. Walaupun dibaluti pakaian cantik, masih tidak berseri. Aku mengimpikan sebuah perkahwinan yang meriah walaupun tidak gilang gemilang. Aku mengimpikan semua yang indah indah sewaktu majlis perkahwinanku. Tapi segalanya sudah berakhir. Impianku hanya tinggal impian. Azmi! nama itu telah tertulis menjadi suamiku. Bukan Faisal. Agh! Beratnya hukuman yang terpaksa kuterima. Maafkan aku, aku tak bersalah. Dia! Dia yang memerangkapku. Air mataku mengalir lagi.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:23:24 GMT 8
Bilik pintu dikuak perlahan. Wajah lelaki itu tenang. Aku mengalih pandangan. Badanku beralih. Tak sudi ku lihat lelaki itu dihadapanku. Lelaki yang memusnahkan segala impianku. Maruahku dan hidupku. "Yani, abang tahu, abang bersalah, tapi tak bolehkah Yani memaafkan abang? Menerima abang sebagai suami Yani seperti mana abang menerima Yani sebagai isteri abang," lembut suaranya. Namun belum cukup untuk melembutkan hatiku. "Maaf? Setelah apa yang berlaku. Kau menghancurkan segala impianku, kehidupanku. Kini kau minta aku menerima kau sebagai suamiku. Lupakan. Aku tak mampu dan tak sanggup," "Hmm.. abang tahu Yani masih marah, abang faham. Kerana kesilapan abang, Yani terpaksa menghadapi aib. Tapi Yani juga perlu faham, abang juga merasakan tamparannya. Abang juga aib. Abang mengahwini Yani. Abang tak sanggup melihat Yani dibuang keluarga," "Kahwin atau tidak, namaku sudah tercemar. Kau tak perlu kasihani aku, malah kau boleh menceraikan aku. Aku tak perlu dikasihani oleh orang seperti kau. Aku boleh hidup sendiri," "Cerai!?" Azmi seakan terkejut. Tidak terlintas difikirannya untuk menceraikan gadis itu. Biarpun perkahwinan itu tidak pernah terlintas di kotak fikirannya. Azmi cuma mengeleng kepala. "Terpulanglah pada apa yang Yani fikirkan. Yani tidak punya pilihan selain menjadi isteri abang. Abang harap Yani akan belajar menyintai abang seperti mana abang cuba belajar menyintai Yani. Dan buat pengetahuan Yani, abang sama sekali tidak akan menceraikan Yani. Bagi abang, perkahwinan biarlah sekali seumur hidup, walaupun tidak dirancang, sekali abang berjabat tangan dengan abang Yani untuk menreima tanggung jawab berat itu, bermakna abang sudah menyerahkan kehidupan abang pada Yani. Yani fikirkanlah sebaiknya. Abang tidak memaksa, tapi jangan sampai abang bertidak sendiri," Azmi melangkah keluar. Aku hanya memandang siling. Air mataku tumpah lagi. Malam jahanam itu masih berlingkar didalam kepalaku. Kepalaku diserang rasa sakit. Sedar- sedar aku sudah berada disebuah bilik. Kedengaran bunyi bising diluar. Sebaik sahaja melangkah, lelaki berkopiah putih itu meminta kad pengenalanku. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas sedang di soal; dan orang itu adalah Azmi. Aku yang mulanya terpinga pinga mulai faham. Aku ditangkap khalwat bersama seorang pemuda yang tidak pernah kukenal. Kerana peristiwa itu aku menghuni lokap semalaman. Along yang menjaminku pagi itu. Kerana peristiwa itu aku di timpa aib, mak ditimpa aib, malah seluruh keluargaku ditimpa aib. Malah kerana peristiwa itu Faisal tidak lagi mempercayaiku malah meninggalkanku terus dari hidupnya. Kerana peristiwa itulah juga aku terpaksa mengahwini lelaki itu.
|
|