|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:24:26 GMT 8
"Masih seperti itu, tidak berubah," aku seolah merungut. "Hmm.. berat juga tugas kau ni Mi, Assignment bertajuk "Mengorat Seorang Isteri" dan kalau berjaya.. BOOM!" Irman mengusik. Aku cuma tersenyum mendengar usikannya. Hanya Irman yang memahami keadaaku. Situasi yang aku alami. Malah, sedikit sebanyak, Irmanlah penyebab kami ditangkap khalwat dulu. Tapi aku tak boleh menyalahkan dia. Sewaktu melihat gadis itu rebah, Irmanlah yang sempat menyambar dan atas bantuanku juga, kami membawa Yani ke rumah Irman. Yang pasti Irman mempunyai seorang adik perempuan dan cukup selamat untuk di hantar ke situ. Namun sudah menjadi suratan, Salina meninggalkan nota menyatakan yang dia bermalam di rumah temannya. Yani ditumpangkan dibilik salina, Ketika itu juga Irman menerima panggilan yang Salina di timpa kemalangan kecil dan kerana itulah Irman meninggalkanku bersama sama Yani yang sedang nyenyak tidur. Tidak lama pemergiannya, rumah itu diserbu pegawai pencegah maksiat. Kejadian itu tidak pernah dapat diterangkan pada Iryani sepenuhnya. Malah Iryani tetap menyalahkan dan menuduh aku cuba memerangkapnya. "Kau patut terangkan kedudukan sebenar pada Yani, Mi.. Kalau tidak, sampai bilapun dia takkan tahu dan tetap meyalahkan kau," Irman cuba memberi nasihat. Aku mengeleng kepala. Nak bercakap pun payah, apatah lagi nak berbincang. Fikirku. Yani seboleh bolehnya melarikan diri dariku. Pergi kerja seawal mungkin dan pulang setelah lewat malam. Aku seolah lelaki bujang yang tak punya isteri. Makan minum dan pakaiku tidak diperdulikan. Bayangkan, kalau pakaianku pun tidak pernah disentuhnya. Kadangkala sengaja kuletakkan pakaian yang tak bergosok di tepi meja seterika dengan harapan dia akan menolongku, tapi langsung pakaianku tak di usik. Layanan batin tak perlulah kucerita, langsung tidak pernah. Kalau layanan zahir juga serupa itu, fikir sendirilah macam mana mahu mendekati gadis itu. "Nanti dulu lah Man, Yani masih marah, bagilah dia masa, lagipun aku masih boleh bersabar dengan perangainya," aku menyabarkan Irman walaupun pada hakikatnya aku cuba menyabarkan hatiku sendiri. "Dah 4 bulan Mi, kalau aku, hilang sabar dah, lagipun dah halal, hantam sajala labu. Yani tu pulak boleh tahan, dapat kau bersabar dengan perempuan macam tu? Dahlah duduk serumah. Tak terngiur ke kau? Atau kau tak punyai nafsu?" Irman seakan tidak puas hati. Aku cuma tersenyum. Maunya tidak. Yani boleh dikatakan cantik. Matanya redup. Alis lentik. Bibir merah merkah tanpa dicemari lipstik. Seolah merayu minta di kucup. Wajahnya bersih. Tidak jelita tapi menyejukkan mata. Rambutnya mengurai panjang. Hmm.. kalau tidak sabar, memang sudah lama Yani itu didekati. Yani boleh dipaksa kalau kumahu. Tapi itu bukan prinsipku. Aku mahu melakukannya dengan penuh rasa ikhlas. Penuh rasa cinta. Tapi bagaimana mahu aku pupukkan rasa cinta kalau Yani sendiri tidak mahu dicintai? Aku boleh menunggu, tapi sampai bila? Sebulan? Dua bulan? Atau setahun? Aghhh… lamanya….
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:25:09 GMT 8
Bintang dilangit di kira satu persatu. Aktiviti paling berkesan bagi menghilangkan kebosanan. Aku tersenyum sendiri. Sepatutnya waktu ini aku sudah lena diulit seorang isteri. Tapi aku masih di sini, mengira butiran bintang yang bersinar. Bintang yang kelam tetap kelam. Begitukah cerita rumah tangganya nanti. Seolah olah bintang malap yang tidak akan bersinar selamanya. Yani sudah tidur fikirku. Sebaik sahaja pulang dari pejabat, Yani langsung tidak menjengah muka. Kemudahan tandas yang ada di dalam bilik tidak memerlukan Yani keluar masuk berlegar di rumah. Hujung minggu dipenuhi dengan kerja lebih masa. Selagi boleh Yani berusaha melarikan diri.
Pernah aku cuba mengusik Yani dengan meminta setiausahaku menelefon kerumah. Kukira Yani akan menyoalku dengan riak cemburu, namun Yani seolah tidak punya perasaan. Dengan selamba dia menyampaikan pesan seperti mana di kehendaki Wirda. Bukan sekali dua Wirda menelefonku, acapkali. Setiap kali bertelefon mesti lama borak kami.. Kalau tidak lamapun, aku akan berpura pura lama walau pada hakikatnya Wirda sudah lama memutuskan talian. Wirda sendiri kehairanan melihat sikap Yani yang seakan tidak ada perasaan cemburu. Beberapa kali dia menyuarakan kehairanannya padaku. Namun itulah masalah yang perlu aku hadapi kini. Cinta Yani buatku seolah olah tidak akan tumbuh walau sekecil tunas.
Masuk bulan ke tujuh, saki baki kesabaranku masih bersisa. Yani pun sudah tidak banyak berurusan di luar rumah. Yani ku lihat berwajah pucat. Sesekali terserempak di dapur dia kelihatan letih. Tidak lagi pulang lewat dari pejabat. Setiap kali kutanya, jawapannya tetap sama, "Letih, banyak perkara perlu di fikirkan," Adakalanya aku risau melihat perubahan dirinya. Walau dia tak mengambil berat tentangku, dia masih seorang isteri yang telah aku nikahi. Perubahan padanya merisaukanku.
Pintu bilik Yani ku ketuk perlahan. Tiada jawapan. Kuperkuatkan ketukan, masih seperti tadi sedangkan aku yakin Yani ada di dalam. Dengan Peti televisyen yang berbunyi, aku begitu pasti Yani ada dibiliknya. Lagipun keretanya masih digaraj. Malah sebelum masuk tadipun aku perasan akan kasutnya. Tiada jawapan, aku diserang kebimbangan. Cepat cepat kukeluarkan kunci pendua, lantas pintu kubuka. Yani terbaring lesu dikatilnya. Televisyen yang terpasang kututup. Dia berkelubung di saat panas. Pendingin hawa tidak dipasang. Dahinya kusentuh. Panas. Perlahan ku gerakkan tubuhnya. Tiada tindak balas. "Yani, bangun sayang, abang ada hal nak bincang dengan Yani nih," pujuk ku lagi. Yani masih tidak memberi respon. Aku jadi bimbang. Selimutnya kutarik. Kakinya sejuk bagai direndam air batu. Wajah Yani kuperhatikan. Baru kuperasan yang bibir Yani tidak lagi merah tapi seakan akan biru kehitaman. Sah! Dia sakit. Pantas badan Yani kucempung ke kereta.
Wajah Yani kutatap sepuas hati. Tidak tertanggung rasa rindu andai dia pergi dulu sebelumku. Nasib baik ketumbuhan dikepalanya tidak serius. Masih boleh dirawat. Yani tidak pernah memberitahuku tentang penyakitnya. Jangankan aku, malah ibunya sendiri tidak pernah tahu. Mahu matikah dia? sedangkan menurut Dr. Fazli, Yani sudah mengetahui tentang penyakitnya. Yani menerima rawatan dihospital itu semenjak sebulan yang lalu. Doktor yang merawatnya sudah acapkali menasihatkan supaya ketumbuhan itu dibuang tapi Yani tidak sesekali membenarkan. Sungguh sungguh! Mungkinkah Yani mahu berpisah denganku sehingga sanggup membiarkan penyakit berbahaya itu memakan dirinya. Kalau itu yang Yani inginkan, demi Allah aku tak akan merelakan. "Baliklah kamu ke rumah Azmi, biar mak tunggukan Yani pulak, tak rehat langsung kamu dari semalam," emak menyuruhku. Aku hanya mampu mengeleng. Walaupun Yani sudah stabil, tapi aku tak mampu meninggalkannya. Dia isteriku. "Betul tu Mi, baliklah dulu, kalau kau sakit nanti, susah. Sudahlah Yani terlantar begini, takkan kau nak mengikutnya pula," Angah menasihatiku lembut. Aku mengangguk perlahan. Berat tanganku melepaskan genggaman Yani. Semenjak pembedahan semalam, memang mataku tidak dapat kulelapkan. Perutku yang kosong kini kian berbunyi minta diisi.
"Ya Allah, selamatkanlah isteriku, sembuhkanlah dia dari sakitnya, jangan Kau benarkan dia meninggalkan aku tatkala aku benar benar memerlukanya," Doa kupanjat pada Ilahi.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:25:41 GMT 8
Bintang dilangit di kira satu persatu. Aktiviti paling berkesan bagi menghilangkan kebosanan. Aku tersenyum sendiri. Sepatutnya waktu ini aku sudah lena diulit seorang isteri. Tapi aku masih di sini, mengira butiran bintang yang bersinar. Bintang yang kelam tetap kelam. Begitukah cerita rumah tangganya nanti. Seolah olah bintang malap yang tidak akan bersinar selamanya. Yani sudah tidur fikirku. Sebaik sahaja pulang dari pejabat, Yani langsung tidak menjengah muka. Kemudahan tandas yang ada di dalam bilik tidak memerlukan Yani keluar masuk berlegar di rumah. Hujung minggu dipenuhi dengan kerja lebih masa. Selagi boleh Yani berusaha melarikan diri.
Pernah aku cuba mengusik Yani dengan meminta setiausahaku menelefon kerumah. Kukira Yani akan menyoalku dengan riak cemburu, namun Yani seolah tidak punya perasaan. Dengan selamba dia menyampaikan pesan seperti mana di kehendaki Wirda. Bukan sekali dua Wirda menelefonku, acapkali. Setiap kali bertelefon mesti lama borak kami.. Kalau tidak lamapun, aku akan berpura pura lama walau pada hakikatnya Wirda sudah lama memutuskan talian. Wirda sendiri kehairanan melihat sikap Yani yang seakan tidak ada perasaan cemburu. Beberapa kali dia menyuarakan kehairanannya padaku. Namun itulah masalah yang perlu aku hadapi kini. Cinta Yani buatku seolah olah tidak akan tumbuh walau sekecil tunas.
Masuk bulan ke tujuh, saki baki kesabaranku masih bersisa. Yani pun sudah tidak banyak berurusan di luar rumah. Yani ku lihat berwajah pucat. Sesekali terserempak di dapur dia kelihatan letih. Tidak lagi pulang lewat dari pejabat. Setiap kali kutanya, jawapannya tetap sama, "Letih, banyak perkara perlu di fikirkan," Adakalanya aku risau melihat perubahan dirinya. Walau dia tak mengambil berat tentangku, dia masih seorang isteri yang telah aku nikahi. Perubahan padanya merisaukanku.
Pintu bilik Yani ku ketuk perlahan. Tiada jawapan. Kuperkuatkan ketukan, masih seperti tadi sedangkan aku yakin Yani ada di dalam. Dengan Peti televisyen yang berbunyi, aku begitu pasti Yani ada dibiliknya. Lagipun keretanya masih digaraj. Malah sebelum masuk tadipun aku perasan akan kasutnya. Tiada jawapan, aku diserang kebimbangan. Cepat cepat kukeluarkan kunci pendua, lantas pintu kubuka. Yani terbaring lesu dikatilnya. Televisyen yang terpasang kututup. Dia berkelubung di saat panas. Pendingin hawa tidak dipasang. Dahinya kusentuh. Panas. Perlahan ku gerakkan tubuhnya. Tiada tindak balas. "Yani, bangun sayang, abang ada hal nak bincang dengan Yani nih," pujuk ku lagi. Yani masih tidak memberi respon. Aku jadi bimbang. Selimutnya kutarik. Kakinya sejuk bagai direndam air batu. Wajah Yani kuperhatikan. Baru kuperasan yang bibir Yani tidak lagi merah tapi seakan akan biru kehitaman. Sah! Dia sakit. Pantas badan Yani kucempung ke kereta.
Wajah Yani kutatap sepuas hati. Tidak tertanggung rasa rindu andai dia pergi dulu sebelumku. Nasib baik ketumbuhan dikepalanya tidak serius. Masih boleh dirawat. Yani tidak pernah memberitahuku tentang penyakitnya. Jangankan aku, malah ibunya sendiri tidak pernah tahu. Mahu matikah dia? sedangkan menurut Dr. Fazli, Yani sudah mengetahui tentang penyakitnya. Yani menerima rawatan dihospital itu semenjak sebulan yang lalu. Doktor yang merawatnya sudah acapkali menasihatkan supaya ketumbuhan itu dibuang tapi Yani tidak sesekali membenarkan. Sungguh sungguh! Mungkinkah Yani mahu berpisah denganku sehingga sanggup membiarkan penyakit berbahaya itu memakan dirinya. Kalau itu yang Yani inginkan, demi Allah aku tak akan merelakan. "Baliklah kamu ke rumah Azmi, biar mak tunggukan Yani pulak, tak rehat langsung kamu dari semalam," emak menyuruhku. Aku hanya mampu mengeleng. Walaupun Yani sudah stabil, tapi aku tak mampu meninggalkannya. Dia isteriku. "Betul tu Mi, baliklah dulu, kalau kau sakit nanti, susah. Sudahlah Yani terlantar begini, takkan kau nak mengikutnya pula," Angah menasihatiku lembut. Aku mengangguk perlahan. Berat tanganku melepaskan genggaman Yani. Semenjak pembedahan semalam, memang mataku tidak dapat kulelapkan. Perutku yang kosong kini kian berbunyi minta diisi.
"Ya Allah, selamatkanlah isteriku, sembuhkanlah dia dari sakitnya, jangan Kau benarkan dia meninggalkan aku tatkala aku benar benar memerlukanya," Doa kupanjat pada Ilahi.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:26:12 GMT 8
Rasa letih tidak dapat kunafikan. Bukan sahaja letih, malah sakit kepala yang di tanggung rasa tidak tertahan lagi. Sudah berpuluh ubat ditelannya. Kesakitan itu masih tidak berkurang malah kurasakan makin bertambah. "Yani ni kenapa? Abang tengok semenjak dua ini, Yani macam sakit saja" "Letih, banyak perkara yang nak difikirkan," ringkas jawapannya. Yani tahu Azmi tidak puas hati. Tapi itu sahaja jawapan yang dirasakan agak sesuai buat lelaki seperti Azmi. Sungguh keputusanku untuk bercerai dengannya tidak dipersrtujui. Nah! Apa lagi yang boleh kulakukan melainkan membiarkan dia dengan hidupnya dan aku dengan hidupku. Kini aku diuji pula dengan kesakitan ini. Ketumbuhan di kepala yang boleh menyebabkan barah. Punca kesakitanku selama ini. Fazli sudah acapkali menyuruhku membuangnya untuk mengelakkan maut menerpa. Aku menegah malah aku redha kalau Allah mahu mengambil nyawaku sepantas itu. Untuk apa lagi? Aku sendiri tidak mampu meneruskan hidupku yang selama ini tidak tahu hujung pangkal. Bukan aku tidak cuba melaluinya, tetapi aku tidak mampu. Untuk menyintai Azmi adalah suatu yg amat payah dilakukan.
Adakalanya aku cuba menghampiri lelaki itu ketika dia bersendirian mengira bintang. Tapi melihat wajahnya, aku jadi benci. Sedih. Memegang pakaianya menjadikan aku seperti jijik. Bukan tidak pernah aku cuba menyediakan makanan untuknya, tetapi cepat- cepat kuhabiskan sendiri supaya dia tidak boleh menjamah air tanganku. Sampai begitu marahku padanya. Tapi tak pernah aku melihat dia kecewa apatah lagi mengangkat suara padaku. Sedangkan aku sudah boleh dikira nusyuz. Tapi dia terus sabar. Benarkah baginya perkahwinan dalam hidupnya hanya sekali? Itu bukan masalahku. Berkahwinlah kerana aku tahu kau mampu. Kerana kau tak mungkin mampu meraih cinta dan kasihku.
"Walaupun kau sahabat baikku itu tak bermakna aku bersetuju dengan segala tindak tanduk kau Yan," "Aku tak perlukan persetujuan kau Azi. Ini hidup aku. Biar aku tentukan sendiri. Kau tahu, dalam hidupku, aku tak berpeluang menentukan arah tuju, sekarang berikan kesempatan itu padaku," aku seakan bertegas. Wajah Azida ku pandang tajam. Azida memang sahabatku, malah kuanggap dia sebagai saudaraku sendiri. Dia selama ini yang tahu penderitaanku. Jerit payahku. "Mungkin kau seorang pegawai yang berkaliber dalam bekerja, tapi kau tak matang dalam hidup. Kenapa kau mesti menyeksa dia untuk kepuasan hati kau?" Azida semakin tidak puas hati. "Sepertimana dia menyeksa hidup aku dan memusnahkan impian aku? Kalau untuk orang seperti itu aku perlu bersimpati, maafkan aku" Bukan sekali dua Azida menasihatiku. Tapi hati ini begitu keras untuk menyambut nasihatnya. Kata- katanya tidak pernah salah, tapi aku sukar untuk menerima. Aku pernah cuba mendapatkan fasakh tapi tidak berjaya. Malah aku sanggup menebus talak. Tapi amaran emak membantutkan keinginanku. Baru sahaja aku diterima keluarga dan aku tidak sanggup kehilangan mereka lagi. Aku boleh kehilangan orang lain, tapi bukan emak yang membesarkan aku dengan susah payah.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:26:41 GMT 8
"Yani, abang belikan rojak buah, abang letakkan atas meja, Yani makan nanti ya. Banyak jugak abang beli tadi," Azmi menegur. Aku sekadar mengangguk. Jarang benar teguranya aku jawab dengan perkataan. Kalau boleh, aku tak mahu mendengar suaranya langsung. Aku tahu azmi tentu sedar yang makanan itu pasti akan basi. Bukan sekali dua Azmi membeli makanan untukku. Tapi entah mengapa, sukar benar untukku menjamahnya. Hampir setahun kehidupanku masih begitu. Adakalanya kasihan. Tapi sebelum kasihan itu muncul dan kembang, perasaan benciku mula meluap kembali. Besar benarkah kesalahannya padaku? Agh! Memang besar dan jelas. Dia meranapkan impianku untuk hidup bersama lelaki yang kucintai. Dia juga perosak kebahagiaan keluargaku.
Deringan telefon menganggu petangku. Semenjak Azmi lewat pulang, aku mengurangkan kerja lebih masaku. Selalunya pun aku balik lewat hanya sekadar duduk duduk di pejabat dan selagi boleh mencari kerja. "Hello, boleh saya bercakap dengan Azmi?" "Maaf, En. Azmi masih belum pulang, ada apa apa pesanan yang perlu saya sampaikan?" "Eh! Tak pulang lagi, Tadi saya minum petang dengan dia, dia kata nak balik rumah terus, lagipun malam ini kami ada janji temu," "Betul, tak pulang lagi, mungkin lewat, ada apa apa pesanan," "Kalau begitu, sampaikan pesan saya, malam nih macam biasa, jemput saya di rumah, jangan lewat, boleh ye?" lembut suara itu. Aku mengangguk laju. Agh! Dalam telefon masakan dia nampak akan anggukanku. "Tumpang tanya, akak ni pembantu rumahnya?" "Ha ah , ya.. baru mula kerja," Jawabku pantas. "Saya Wirda, teman sekerja Azmi. Azmi tak bagitahu pun yang dia ambil orang gaji baru, tapi tak mengapalah, tolong sampaikan pesan saya ya?" "Baiklah," . Telefon kuletak cermat. Hmm.. Wirda. Cantik nama itu. Lembut suaranya. Pasti cantik orangnya. Sesuai mungkin dengan Azmi. Pesanan Wirda kutulis kemas di atas kertas dan kutinggalkan di sisi telefon. Kalau Azmi itu tidak buta, pasti dia boleh nampak dengan jelas segala apa yang kutulis.
Kini Azmi semakin kerap menerima panggilan dari Wirda. Aku seolah merelakannya. Biarlah, lagipun Azmi punya hak untuk berkahwin lain dengan keadaanku yang sekarang ini mengabaikannya. Lagipun aku amat menyedari yang aku mungkin tidak akan lama lagi di sini. Aku sudah tidak betah lagi melakukan kerja yang banyak. Tidak lagi dibebankan dengan kerja. En. Ezham kerap benar menyuruhku mengambil cuti. Wajahku pucat katanya. Aku sekadar tersenyum. Kerap aku ke rumah emak tanpa pengetahuan Azmi. Emak sendiri menyuarakan kebimbangannya melihat perubahan anaknya ini. Dan apa yang pasti, aku akan tersenyum dan tetap menyatakan akibat keletihan ku bekerja.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:27:13 GMT 8
"Iryani, jangan meneruskan kedegilan kamu, aku sanggup merawati penyakitmu asal sahaja kau bersetuju," "Fazli, kau doktor kan? Pasti kau tahu polisi seorang pakar perubatan. Tanpa persetujuan aku sebagai pesakit kau, kau tak boleh menjalankan apa- apa pembedahan ke atasku. Lagipun aku suka begini. Penyakit ini mengingatkan aku kepada kematian dan membuatkan aku lebih dekat pada Tuhan" aku suka mengusiknya. "Iryani, aku tidak sekejam Faisal untuk melihat kau menderita. Walau apa pun yang terjadi antara kamu berdua, aku tak pernah membuangmu seperti yang lain lain. Kau boleh merahsiakan dari suamimu, keluargamu, dan semua orang. Tapi aku yakin yang kau tak mampu laluinya seorang diri Yani," doctor muda itu merenungku tajam. Aku menunduk. Aku akur akan kata- katanya. Hanya dia seorang rakan Faisal yang tidak membuangku. Yang tidak menghukumku. Malah mempercayaiku. Aku juga yakin yang aku tak mampu melalui kesakitan ini seorang diri. Tapi, aku lebih yakin yang aku tidak mampu melalui hidup yang penuh kebencian bersama suamiku sendiri. "Kau tahu Yani?" Soal Fazli membuatkanku sedar kembali. Mataku bersinar meminta penjelasan. "Faisal sering memujimu dihadapanku. Malah sewaktu kau ditimpa musibah itu, dia tidak mampu membencimu walaupun dicuba segenap perasaannya, Kecantikan dan kelembutanmu menewaskan rasa benci itu, lantas dia pergi membawa diri. Jauh dari sini. Agh! Sudah banyak kali kunyatakan ini pada kau, aku rasa kau pun mulai hafal akan kata kata ini bukan?" Soal Fazli kembali. Aku mengangguk perlahan bersama senyum. "Tapi kau perlu tahu satu perkara lagi Yani," aku kembali melihat wajah doctor muda itu. "Aku pernah mencemburui Faisal kerana berjaya menambat hatimu, aku juga cemburu pada suamimu kerana berjaya memilikimu, tapi kerana cemburu itu juga memaksa aku untuk tidak membenarkan kau menanggung kesakitan yang kau alami ini," "Maksud kau Fazli?" "Aku akan pastikan kau menjalani rawatan yang terbaik dan apa cara sekalipun, aku akan pastikan kau menjalani pembedahan dan maafkan aku kalau tiba satu ketika kau terpaksa memberi kebenaran itu," "kenapa?" soalku pantas. "Aku tak sanggup kehilanganmu walaupun aku hanya dapat memilikimu sebagai seorang sahabat. Maaf Yani, aku perlu merawat pesakitku yang lain, kalau kau tak keberatan," kata- kata Fazli mengingatkan aku yang aku sudah lama di situ. Kutinggalkan Fazli dengan tugasnya. Aku tahu Fazli pernah menyukaiku. Tetapi kufikirkan perasaan itu lenyap setelah aku mendampingi rakan baiknya.
Pil penahan sakit kutelan payah. Sakit kepalaku menyerang lagi. Bibir ku kertap kuat. Cepat kutarik selimut. Sejuk benar kurasakan pagi ini. Pendingin hawa kumatikan suisnya. Perabot di dalam bilik seakan beterbangan dan menari nari. Mata terus kupejamkan. Sakitnya bisa mencengkam otak. Lantas aku merasakan yang aku hilang kewarasan.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:27:47 GMT 8
Ya Allah, selamatkanlah isteriku, sembuhkanlah dia dari sakitnya, jangan Kau benarkan dia meninggalkan aku tatkala aku benar benar memerlukanya," suara itu kudengar samar. Terasa tanganku digenggam kemas. "Bangunlah Yani, andainya perpisahan yang kau pinta dari abang, abang rela melepaskan mu, tapi bukan perpisahan sebegini, bangunlah sayang," Semakin jelas kedengaran. Pandanganku disilaui cahaya lampu. Kelihatan Azmi disisiku mempamerkan kegembiraan. Kepala ku masih terasa kengiluan. Sakit. Tangan Azmi masih menggenggam erat tanganku. Wajah wajah yang kukenali berada disisi. "Pn. Iryani, masih ingat janji saya? Dan kini saya sudah melunasinya, tahniah En. Azmi, isteri encik sudah sedar dan keadaannya stabil. Cuma, kalau boleh, berikan dia rehat yang secukupnya," kata- kata Fazli membuatkan aku tersenyum. Teringat pada janjinya yang akan merawat aku dengan sebaiknya.
Wajah Azmi sedikit cengkung. Terpancar jelas wajah seorang yang keletihan. Aku pasti dia berada disisiku selama aku di sini. Menurut Fazli, Azmi tidak pernah meninggalkan aku dalam jangka waktu yang lama. Besar pengobanannya buatku. Meninggalkan kerjanya semata mata untuk menjagaku. Aku sudah tidak mampu membencinya lagi. Kesungguhannya melenyapkan amarahku. Pengorbanannya menyedarkan ku. Tangan Azmi kuraih perlahan ke dalam genggaman. Azmi tersentak. Aku tahu dia terkejut dengan tindakanku. "Azmi, aku tak mampu membencimu lagi, kalau ada ruang buatku, kalau ada kemaafanmu untukku, berilah aku peluang untuk menyintaimu," keegoanku runtuh bersama sebuah penyesalan. Aku tahu tak guna membenci seorang suami sebaiknya. Walaupun pertemuan kami tak pernah kuundang, aku tidak mahukan sebuah perpisahan kerana aku sedar aku adalah orang yang paling rugi kalau aku kehilangannya. "Abang sayang," Azmi membetulkan. Tanganku dikucup lembut. "Maafkan Yani abang, Yani berdosa pada abang, Maafkan Yani," Aku tidak lagi mampu menahan penyesalan. Pada Azmi kuserahkan segalanya kini. Diriku dan kehidupanku.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:28:22 GMT 8
"Agaknya waktu operation dulu, doctor buangkan sel sel yang benci pada aku kot?" gurauku pada Irman. "Mungkin lah kot, tapi baguslah tu, bahagia nampaknya kamu berdua. Senanglah kau sekarang, tak lagi makan nasi bungkus. Tidur malam pun sudah ada orang ulitkan. Wirda pun tak payah buat kerja tambahan," Irman kembali mengusik. Aku melepaskan tawa besar. "Kau bila lagi dengannya? Wirda tu walaupun tak secantik mana, tapi manja dia tu boleh cair lelaki," "Aku nak cepat, Wirda yang tak mahu, kalau aku nak jugak, dia suruh tunggu adiknya habis belajar, bukannya tunggu dia, tunggu adiknya, Nasib pulak adiknya lelaki. Kalau tak mau timbul salah faham orang tua aku," Irman seakan mengeluh. "Ya la, Wirda anak sulung, tanggung jawab dia berat pada si Zahid. Kalau tak dia yang menanggung siapa lagi?" soalku kembali. "Kalau dah adik dia, jadi adik aku lah jugak, takkan aku nak biar jek adik aku terkapai kapai, Salina tu dulu aku jugak yang bela, sekarang nih dia pun dah habis, Cuma Wirda tu saja yang tak mahu. Tak paham betul aku orang perempuan ni," "Hmm.. betul, payah nak faham perempuan ni, aku tak sangka aku dapat layanan dari Yani seperti sekarang. Kalau dulu nak dengar dia bersuara pun payah. Sekarang ni, memanjang merengek saja kerja dia," "Tuah badan kau Azmi, dulu sengsara, sekarang ini, bahagia, aku ni entah bila lagi," Irman mengeluh lagi. Aku Cuma tersenyum. Teringat akan layanan Yani padaku. Indah rupanya alam perkahwinan ini. "Kalau boleh abang tak mahu anak lagi dalam masa terdekat ni, abang tak puas lagi bermanja dengan Yani. Abang nak Yani ganti hutang Yani yang dulu dengan abang," usikku pada Yani. Yani tersenyum malu. Wajahnya mula kemerahan. "Abang suka tengok Yani blushing. Mengingatkan abang malam pertama kali kita bersama," aku semakin galak mengusik. Wajah Yani makin merona merah. Cepat- cepat dia melindungi wajahnya dengan lengan baju tidurku. Tubuh kecil itu kuraih dalam pelukan. Bibir yang pernah kuidam suatu ketika dulu kukucup lembut. Segala galanya sudah mutlak menjadi milikku. Tiada lagi resah, tiada lagi gusar. Bukan sahaja tubuhnya, malah cinta dan kehidupannya adalah milikku kini. Kerana itu juga aku membayar dengan harga yang sama. Ubun ubunnya kucium. Dengan lafaz Bismillah dan sedikit potongan doa, Yani kudekati buat kesekian kalinya. "Ya Allah, rahmatilah keluarga yang baru kubina, bahagiakanlah kami, terangilah hidup kami seperti sinar bintang di langit yang gemerlap cahayanya." ~TAMAT~
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Dec 31, 2003 16:35:09 GMT 8
ape kejadah letak citer nie...nak kena print ke..
|
|
|
Post by turtle on Dec 31, 2003 23:39:41 GMT 8
Description: Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah...dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).
1. Soalan: haloo, may i speak to ina please? Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo ina, buat ape tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo...... Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum... Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
hehehehe... yaaaaaaiiiittttt!!!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 18:00:44 GMT 8
macam kurang ajar je cara menjawab tu turle/b?
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 18:01:58 GMT 8
Nak Kaya?Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau " Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?" Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana". Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 18:03:04 GMT 8
MAKANAN ORANG MELAYU YANG POPULAR
Terdapat beberapa jenis makanan orang Melayu yang popular di Malaysia. Antara makanan yang popular ialah nasi lemak, laksa, sate, lemang dan dan sebagainya.
Nasi Lemak
Nasi lemak bukan sahaja digemari oleh orang Melayu malah digemari oleh kaum-kaum lain seperti orang Cina dan India. Nasi lemak biasanya dimakan untuk sarapan pagi. Tetapi kini nasi lemak ada dijual pada waktu malam juga. Nasi lemak pada kebiasaannya dimakan bersama sambal bilis atau sambal sotong kering, telur goreng, atau telur rebus, timun dan sayur kangkung. Nasi lemak boleh juga dimakan bersama lauk-lauk lain seperti rendang ayam, rendang daging atau kerang mengikut citarasa masing-masing.
Laksa
Laksa merupakan makanan yang popular di kalangan orang Melayu. Bagi orang disebelah utara, iaitu Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang laksa yang popular ialah laksa asam. Laksa Johor pula popular dinegeri-negeri sebelah selatan, terutama di negeri Johor. Bagi orang di sebelah pantai timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, sejenis laksa yang dinamakan laksam amat popular di kalangan penduduknya.
Sate
Sate merupakan makanan yang diminati oleh sebilangan besar anggota masyarakat di Malaysia, termasuklah orang Cina dan India. Dalam majlis keramaian seperti hari raya atau hari jadi, sate merupakan antara juadah biasa disajikan. Sate yang biasa disajikan ialah sate ayam, sate daging, sate perut dan lain-lain.
Sate dimakan bersama kuah kacang, ketupat nasi, timun dan bawang. Sate boleh didapatkan di warung-warung ataupun di restoran-restoran yang khas menjual sate. Sate biasanya dimakan ketika masih panas. Kini terdapat sate segera yang dipeketkan dan dijual di pasar raya. Ia hanya perlu dibakar ataupun dipanaskan dan dapat dimakan dengan segera.
Lemang
Lemang juga merupakan makanan yang popular di kalangan orang Melayu. Lemang biasanya dimakan bersama rendang daging atau rendang ayam. Ia merupakan sajian utama semasa hari raya bagi setengah-setengah negeri seperti Perak, Negeri Sembilan dan Selangor. Menjelang hari raya, biasanya lemang dapat dibeli di pasar-pasar malam.
Kini lemang diusahakan secara besar-besaran. Di setengah-setengah tempat, lemang ada dijual setiap hari. Bagi mereka yang menggemarinya kini lemang boleh didapatkan pada bila-bila masa sahaja.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 2, 2004 14:11:53 GMT 8
Iman De Legend Part 2
Mamat tu melangkah dengan gaya penuh kemachoan. Citt.. perasan la tuh.. takpe2.. tanduk ni tumbuh bukan takde sebab.. ahaks.. ahaks..
“Well..what should I call u?” ngn ayunyer aku memulakan sesi berbalas serangan soalan dan jawapan. Ahaks.. ayu ke aku? Ahaks.. “Ehsan.” Dia menjawab dengan lagaknyer. Citt.. sombongnyer mamat nih.. nak kena nih.. jaga.. Iman De Tanduk sudah mare nih.. jagaaaa.. “Sebelum apa-apa, saya nak tanya En.Ehsan sesuatu. Pernah pergi interview sebelum ni?” “Pernah. Dalam 2 atau 3 kali kot.” “Emm.. maybe takde orang pernah tegur En. Ehsan sebelum ni. So, biarlah saya jalankan tugas saya.” Aku menarik nafas. Bersedia melontar bom tangan kecil.. ahaks..
“Kalau En. Ehsan pernah bace buku tentang interview la kan.. emm.. pernah tak terbace tentang betapa pentingnya hubungan mata? I mean eyes-contact.. tapi kalau En. Ehsan belum tau lagi.. biarlah saya bagitau dgn jelasnya supaya En. Ehsan tidak kecundang lagi dalam medan interview nih.” Ahaks.. mamat tu terkial-kial mencari mata aku. Ahaks.. aku sengaja melarikan mata aku ni.. ahaks.. bior dia menggelabah.. aku tahu dia sedang memandang ke arah aku. Dan aku tau dia tengah mengontrol kesipu-sipuan dia tu.. ahaks ahaks.. bom kecil terkena.. YES!
“En. Ehsan tau tak.. eye-contact ni kan, emm.. melambangkan keberanian seseorang. Tapi, bila saya pandang En. Ehsan, rasenye Encik bukanlah seorang yang berani. Dan secara conclusionnya, boleh tak saya katakan yang En. Ehsan ni tak berani sahut cabaran. Ataupun coward..” Ahaks.. cam ceramah lak pulak.. ahaks.. aku berlagak serius sambil membelek-belek kertas di hadapan itu. Walaupun itu hanya lakonan aku, mamat di depan aku tetap rase gelabah. “Bukan begitu Cik.. saya sebenarnya.. em.. em..” “Emm.. ape?” Aik! Tersengih la pulak dia.. macam hensem.. citt.. “Sebenarnye, Cik ni cantik sangat.. bergegar jantung saya dengar suara Cik. Bile tengok mata Cik, rase cair biji mata saya..” Pap! Adeh.. adeh.. tolong..tolong.. ambulanssssz.. mamat tu makin tersengih.. makin lebar sengihannya.. adeh.. aku maintain ayu.. ye ke cantik aku nih? Ahaks.. ade ke? Ahaks.. aku tau.. ini ayat buaya2 dua alam nih.. separuh darat separuh dalam air.. oooo.. nak kenakan aku balik yer? Aku senyum.. tapi bukan maintain ayu.. tapi senyum utk bersedia utk membalas serangan dia..ahaks.. “Ooo.. begitu ker? Maknanyer kalo ade client cantik, En. Ehsan pun terus break down la yer? Begitu?” Cepat2 aku menyambung balik ayat aku ni.. “Nampaknyer kalo company ni ade client yang cantik, semua business akan hancur la kan.. ish ish.. bahaya cam tu tau.. boleh bankrupt la company nih..” ahaks.. serangan demi serangan.. ahaks.. dia nampak kebuntuan. Sambil tersengih dia membuka mulutnyer. “Eh.. bukan begitu, Cik. Kalo client cantik, lagi la senang nak ayat.. puji dia lebih2 skit.. terus dia cair.. ” “Ooo.. maknanyer En. Ehsan sedang mengayat saya la ni ek?” “Begitu la nampaknyer..” dia tayang muke selumber cekodok dia.. rase nk tenyeh2 ngn pen ni.. “Ayat En. Ehsan tak laku la kat saye ni.. ” aku menjeling tajam. “Terpulanglah laku ke tak.. tapi rasenyer saye mmg akan dapat keje ni. Sebab saye yakin, Cik akan mengambil saye. Dan saye akan jalankan tugas saye dengan penuh ayat-ayat power utk menarik hati client..” dengan bangganye dia berpeluk tubuh.. eh eh.. dia ingat ini company bapak dia ker? Ingat aku nak ambik dia keje ker? Tolong skit.. kang tiap2 hari perang meletus kat office nih..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 2, 2004 14:14:47 GMT 8
“Ok.. Eh. Ehsan. Setakat ini saja. Terima kasih kerana telah menggunakan ayat2 power Encik tu.. tapi saye ni kebal.. setakat ayat power camtu takdenyer saye nak ambik Encik bekerja kat sini.. ” Aku puas.. bior dia kenal sape aku… dictator pun dictator la.. janji aku puas hati.. janji rock.. ye! ye! “Aik! Takkan itu jer interview.. emmm… senang la kalo interview cam ni.. petik jari pun boleh dapat keje nih..” Amboiiii.. berlagak giler mamat nih.. “We will see!” Aku senyum sinis kat dia.. Bior dia sakit hati.. dia ingat aku ni sape.. lady tea ker? Dia belum kenal lagik sape aku.. hahaha.. aku takkan contact punye la mamat sombong nih.. berlambak lagi orang lain yg nak keje.. setakat mamat tak sedar diri tu, simpang bukan setakat 44 tapi 4444 lagik, ha kau.. dia bangun dengan muka bangga dia pastu memandang kepada semua calon2 yang lain.. “Hati-hati.. singa Afrika tu..hahaha” Dia berlagak seolah-olah berbisik kepada mamat2 lain yang tengah tunggu turn tuh.. sambil menjeling ke arah aku.. citttt.. boleh blahhhhh… mamat2 yang lain tu semua merenung aku dengan wajah tertanye2.. ape yg sedang berlaku.. Mood aku yang pagi tadi giler2 dah jadi bertambah giler. Bukan giler sengih tapi giler sbb tensen kt mamat berlagak tu tadi. Nasib baik nama aku Iman.. masih beriman lagik aku nih.. sabar2.. bleh control lagik nih.. aku menggoyang2kan kerusi duduk aku.. bersila atas kerusi tu (habbit aku bile duk atas kerusi!) kemudian, aku sengaja berpusing2.. sambil nyanyi lagu Dilemma.. aku berfikir.. ntah sape la yang jadi mangsa mamat berlagak tu.. kesian awek dia.. mesti kena tahan telinga sbb asik dgr pakwe dia berciter ttg kehebatannyer.. Yarks! Rase nak muntah lak.. ahaks.. geli rase anak tekak aku.. tu tak dgr lagik ayat tu, kalo aku dgr ayat dia tu mau aku dpt penyakit baru.. alergik.. allergic to man.. ahaks2.. “Oit.. Iman!” “Ko buat ape tu?” Ala… kacau daun betul la minah ni sorang.. Sue sudah tercegat di depan meja aku.. ntah bile mase dia masuk pun aku taktau.. ahaks.. tu le aku.. dulu kuat berangan mase kat sekolah.. skrg ni sudah tukarrrr laa… kuat mengutuk pulak... ahaks.. “Tengok tu.. org tanye dia, dia sengih pulak..” Aku makin tersengih.. ahaks “Bile mase ko dah pandai menceroboh bilik aku ni ha?” Saje.. nak kenakan Sue.. “Eh eh.. ko tu.. aku ketuk pintu, ko buat bodoh jer.. mane aku tak geram.. aku masuk je la..” Sengihan aku bertukar menjadi ketawa yg meledak2.. hehehehe.. “Ko tu.. sibuk jer.. aku tgh sedap layan hobi aku ni, ko datang kacau lak.. apsal? Bos panggil aku ker?” “Oit cik kak.. skrg pukul brape? Cube tgk jam tu.” Dia sudah mencekak pinggang.. Alamak! “Sorry ler Sue, aku terlupe.. sedap sgt aku layan hobi aku tadi.. tak sedar.. haa.. jom ler.. mesti ko dah kebulur kan?” Lunch time la.. “Ko tu.. ntah sape yg jadi mangsa kutukan ko tu.. sampai tak sedar masa.. teruk tul la ko ni.. cuba la ubah skit.. name jer Iman.. tapi tak beriman..” “Aik! Nama aku ko jgn kutuk ek.. no komen2 ek kt name aku nih.. sape kate aku tak beriman.. kalo aku tak beriman dah lame dah aku pegi hempuk kepala mamat tak sedar diri tadi tauu..” Aku menegak badan aku.. tunjuk muke marah.. ahaks.. “Ooo.. pasal mamat tu.. Syed Ehsani tu ek..” “Eh.. mane ko tau..” Sue tersengih. Eh, dia pulak sengih.. “Aku tau la.. mamat tu kuor bilik ko, terus jer ckp kat aku.. dia tanye aku, ko ni datang bulan ke ari nih?” Sue ketawa. Menjadi2 ketawa dia.. “Ape? ” “Dia ckp camtu ker? Eeiii nak kena mamat berlagak nih.. tak sedar diri.. tak tau diuntung.. ntah anak sape ntah mamat tu.. eeeii.. ringan je mulut aku ni aku ngumpat dia nih..eeiiii” Tanganku menumbuk2 meja di hadapan. Sambil mematah2kan jari, dalam hati aku penuh dengan kutukan2 membina.. gerammmnyerr.. “Ala..Iman, relak la.. tak lame lagi ko nak keje ngn dia.. jangan gaduh2.. kang jadi cinta2 pulak.. ” Sue menambah. “Argh.. tak kuasa aku nk keje ngn mamat camtu.. buat ape.. mengabihkan boreh company jer.. berlambak lagi yang ok.. dia tu? Em.. lain tahun la kalo nak keje ngn aku nih..” Aku kembali tersenyum.. kuasa di tangan si Puteri Iman laaa .. ahaks.. “Dah la.. jom la.. aku dah lapar nih.. ”
|
|