|
Post by SweetGirlz on Jan 2, 2004 14:15:37 GMT 8
“Ok.. jom..” Lantas mencapai purse dan nokia. Kami bergandingan keluar ke café di ground floor. Café ala2 jepun tu dipenuhi ngn CEOs dan jugak kuli2 CEOs..ahaks.. kat sini ler aku melantak tiap2 hari.. café tu bukannyer ade makanan jepun.. sumenyer makanan melayu.. cume aku dan Sue je yg panggil café tu, café jepun.. itu pun disebabkan byk gak la café kt ground floor ni. Café ni dihiasi dengan sepohon pokok bunga sakura tepi pintu masuknyer.. so, nak senang.. kiteorg taruk name sendiri.. café jepun.. ahaks.. café ni takde la besar sgt.. cume ia nampak simple dan makanannyer dipelbagaikan setiap minggu.. tu yang best dan tak bosan tuh.. inilah café feveret aku dan Sue.. ahaks.. Melangkah masuk ke dalam café tu rase semacam jer. Ntah nape aku rase ade mata sedang memandang aku.. tapi aku buat bodo jer.. dan aku tak jugak mencari mata mane yg sedang memfokuskan kat aku nih.. sambil menunggu order kami sampai, aku berborak kosong ngn Sue. Seperti biase, aku akan tetap ngn ketawa aku.. dah aku suke ketawa.. nak buat camne.. lagipun, someone said, ketawa adalah ubat segala masalah.. kan kan? Ahaks.. Tengah sedap2 aku ketawakan Si Sue ni, tetibe aku terkilas pandang pada sorang mamat kat meja tak jauh dari meja aku. Sekali pandang, dua kali pandang.. citt.. mamat berlagak tu rupenyer.. dia tgh memandang ke arah aku. Berhadapan dengannya, seseorang yang aku rase aku kenal. Namun tak pasti siapa. Mamat berlagak tu terus memandang aku sambil membulatkan matanyer. Ala.. macam mata bulat terkejut tu.. aku? Aku pun bulatkan mata aku.. cit.. nak lawan mata ker? Meh la kalo berani.. ingat aku ni penakut ker.. lame gak kami berpandangan camtu.. Sue dah rimas tgk aku diam tak berkata. Dia menoleh belakang. “Oit.. Iman!” Mami! Terperanjat aku.. cit Sue ni.. “Ape?” Masam kelat muke aku.. mamat tu masih lagi memandang cume kebulatan matanya sudah kendur. “Apsal ko pandang dia cam nak telan dia jer?” “Aku lawan mata laa..” “Aik.. bahaya ko nih..” Aku buat tak dengar jer. Mataku tajam ke arahnye. Dia? Masih begitu.. tetibe.. dia tersenyum.. dan tergelak.. kuat pulak tu.. sume org kat café tu menumpu kepadanye. Geramnyer aku.. dia mesti tgh kutuk aku dalam hati pastu gelakkan aku.. cittt.. geramnyerrr.. tetibe matanyer terkenyit2 kat aku.. aik.. kenyit mata pulak.. mmg sah buaya nih.. original buaya tembaga nih.. ishhh.. sambil senyum sambil kenyit.. nyampahnyer aku tgk muke dia nih.. Nasi goreng kampung aku sampai akhirnyer. Malas nk layan si buaya ni. Tengah menelan nasi tu, tetibe Sue mencuit tangan aku, bibirnyer terjuih ke arah pintu masuk.. mataku menghala ke arah yang sama. Si buaya tu melambai2 ke arahku, sambil senyum.. aku? Akhirnyer mamat tu dapat percume aku.. ahaks.. padan muke dia.. To Be Continued..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 2, 2004 20:21:16 GMT 8
Mat berdoa
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga. Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah" Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.
Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 2, 2004 20:21:35 GMT 8
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe... Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.
Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...." Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!! ~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan.
Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....." Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya......... Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 5, 2004 1:23:01 GMT 8
Mengapa Kau Pergi!
Sue! mengapa dikau pernah terpahat di jiwa ini. Mengapa lah aku menjadi begini.Tidakkah dikau memahami hasrat dan jiwa ini. Mengapa dirimu ada mata tidak tahu melihat dan mengapa jua ada hati tak tahu menilai? Sue hati aku masih menunggu kehadiran dirimu di dalam kehidupan ku. Tahun 1998.... ingatan ku masih segar di mana kita pernah satu kelas di dalam kolej. Kita bersusah dan gelak ketawa bersama.
Detik itulah aku bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang sempurna. Detik itu juga aku memahami erti kerinduan, cinta luhur dan keayunan budimu. Tapi mungkin aku terlalu hina di matamu. Atau pun dirimu melihat aku hanyalah seorang student yang belum mengerti kehidupan dan tanggungjawab. Kau pernah menghampakan dan mengecewakan hati dan perasaan aku ketika itu. Tapi aku faham mungkin dirimu berbuat demikian hanya untuk menyedarkan diriku ini bahawa perjalanan hidupku masih jauh lagi untuk ke jinjang pelamin. Habis pengajian, aku terus berusaha untuk memenuhi sepatutnya untuk duniawi dan akhirat. Aku belajar agama, mencari kerjaya. Tapi diriku sedar bukan itu yang kau pandang. Itu lah aku katakan bahawa hatimu keras. Kini aku setia menanti. Kau pernah menyatakan bahawa dirimu bersedia untuk menerima seorang lelaki yang bergelar suami pada umur dirimu waktu 28 tahun. Aku kini menghitung hari dan waktu yang telah di janjikan. Dan aku mungkin sedar bahawa waktu itu mungkin hari kebahagiaan atau kekecewaan dan kehampaan serta pengorbanan yang sia-sia. Ada 4 tahun lagi aku menunggu dirimu. Mudah-mudahan Allah mengurniakan aku sebuah kebahagiaan yang perlu peliahara. Kini hatiku hambar. Aku sudah serik dengan permainan perempuan. Hati dan perasaan lelaki di perlekehkan..... Tiap waktu aku berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar. Jiwaku meronta, kalut, sendu, rimas dengan perempuan. Bukan hatiku bosan, mungkin kerana aku redha.. apa yang tuhan akan berikan padaku. Kehidupan aku kosong. Sibuk dengan perniagaan yang memeningkan. Sesekali untung berjuta dan rugi pun hampir muflis. Tapi itu adalah rempah ratus kehidupan. Aku percaya suatu hari nanti waktu waktu yang ditunggu akan tiba. Kepada Sue, aku mencintai dirimu bukanlah paras rupa, harta, atau sebagainya. Aku mencintai dirimu hanya Allah S.W.T semata-mata. Aku percaya bahawa jodoh dan mati itu di tangan tuhan. Aku percaya bahawa aku di cipta dan aku percaya bahawa aku berpasangan. Namun Allah itu yang lebih mengetahui. Aku sekadar merancang, tuhan penentu segala-galanya. Sue! buka kan laaa hatimu.... berdoa pada tuhan.... sekiranya aku diciptakan untuk dirimu maka perdekat & dipermudahkan.... sekiranya aku bukan diciptakan untuk dirimu maka perjauhkan dan campaklah diriku jauh jauh agar hati dan perasaan dirimu tidak kecewa. SalamX sue.... aku tidak menyesali pada pertemuan dan perpisahan.... cuma aku terkilan diriku tidak di berikan peluang..... Sue! ada mata untuk melihat dan ada hati untuk menilai!!!! Wassalam... -jiwa^lara-"
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 2:27:15 GMT 8
Saudah - Isteri tua yang taat
Para sahabat dapat merasakan kesepian Rasulullah s.a.w selepas kematian isterinya, Sayidatina Khadijah Khuwailid. Sebagai seorang pemimpin masyarakat, mereka faham kesibukan Rasulullah dan baginda memerlukan seorang isteri untuk menguruskan rumah dan anak-anak baginda. Tetapi siapakah wanita yang paling layak untuk diperisterikan baginda?
Seorang sahabat wanita, Khaulah Hakim tampil mengusulkan agar Rasulullah melamar Aisyah Abu Bakar. Tetapi Aisyah ketika itu masih mentah dan belum sesuai untuk memikul tugas sebagai seorang isteri. Sementara menunggu Aisyah matang dua atau tiga tahun lagi, seseorang perlu berada di rumah Rasulullah bagi menguruskan rumah dan anak-anak baginda. Bagi para sahabat, calon paling sesuai ialah Saudah Zam’ah, wanita Bani Adi bin Najar yang sudah bertahun-tahun menjanda.
Seluruh masyarakat mengenali Saudah sebagai muslimah yang tabah. Dia dan suaminya antara orang yang mengikuti hijrah pertama ke Habsyah pada zaman awal perkembangan Islam. Ketika itu, masyarakat Islam berada dalam keadaan tertekan kerana ditindas hebat oleh orang kafir Quraisy. Untuk menyelamatkan diri, Rasulullah merestui sesetengah mereka berhijrah ke Habsyah. Selepas kematian suami dan anaknya di tanah asing itu, Saudah hidup sendirian di sana sehinggalah dia kembali ke Mekah.
Rasulullah bersimpati dengan nasib Saudah. Selepas mendapat keizinan baginda, Khaulah segera meminang Aisyah dan Saudah. Dia berjumpa Abu Bakar terlebih dahulu, sebelum langsung ke rumah Zam’ah. Di sana dia bertemu Saudah dan bertanya, “Apakah kebaikan dan berkat yang diberikan Allah kepadamu?”
“Apa yang berlaku sehingga engkau bertanya begitu?” Soal Saudah, kehairanan.
“Rasulullah mengutusku untuk melamarmu,” kata Khaulah.
“Aku bahagia mendengarnya. Temuilah ayah dan katakan hal itu kepadanya,” Saudah ternyata terperanjat tetapi sangat gembira mendengarnya.
Saudah menguruskan rumah tangga Rasulullah selama tiga tahun. Selepas baginda menikahi Aisyah, dia rela hati menyerahkan tugas itu kepada Aisyah. Malah Saudah juga begitu murah hati menghadiahkan gilirannya kepada Aisyah kerana ketika itu dia sudah uzur. Dalam diam, dia sangat memahami betapa istimewanya Aisyah di hati baginda. Oleh itu, Saudah cuba memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada Aisyah dengan harapan mendapat keredaan Allah dan terus kekal sebagai isteri baginda.
Aisyah sendiri sangat mengagumi jasa dan kebaikan Saudah terhadapnya. Dia pernah berkata, “Tiada seorang pun yang aku ingin selalu berada di bawah bimbingannya kecuali Saudah Zam’ah. Kerana dia berwatak tegas.”
Saudah meninggal dunia pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Dalam satu riwayat, Aisyah menceritakan, isteri-isteri Rasulullah pernah bertanya baginda, siapakah yang paling cepat menyusul baginda ke alam baqa. Jawab Rasulullah, “Yang paling panjang tangannya.” (Maksud ‘panjang tangan’ pada Rasulullah, ialah orang yang paling banyak bersedekah dan berusaha dengan tangan sendiri). Mereka kemudian mengukur tangan masing-masing, dan Saudah yang paling panjang tangannya. Memang ternyata akhirnya Saudah yang paling cepat menyusul kewafatan Rasulullah.
Ketika kematian Saudah, Ibn Abbas sujud ke bumi. Apabila ditanya mengapa dia berbuat begitu, jawab Ibn Abbas, “Rasulullah pernah bersabda, apabila melihat satu keagungan Allah, maka bersujudlah. Apakah keagungan Allah yang lebih besar selain meninggalnya seorang isteri Rasulullah?”
Wanita ini juga seorang perawi hadis. Dia meriwayatkan lima buah hadis daripada Rasulullah. Sebuah hadis dimuatkan dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Ada mengatakan Imam Bukhari turut meriwayatkan dua buah hadis yang diriwayatkan Saudah.
Saudah dikenang sebagai seorang isteri solehah, taat dan tegas. Sebagai isteri tua di kalangan isteri-isteri Rasulullah, peranannya dianggap penting untuk membimbing para isteri yang lain. Sebagai seorang Umul Mukminin, dia menduduki status tertinggi dalam masyarakat dan menjadi rujukan semua orang
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 7, 2004 0:26:35 GMT 8
sampaikan........
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?. Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 5:27:20 GMT 8
.:: »¤« C-r-A-z-Y^J-o-K-e-S »¤« ::. Situation 1
Ieyna : Can people tell the future through the cards? Watie : Yes, my mother looks at my report cards & tell me what is going happen when daddy gets home!!
Situation 2
Hotel guest : Can u give me a bath & room? Hotel Receptionist : I can give u a room but you`ll have to take your own bath!!
Situation 3
Dentist : Open ur mouth...wider...wider... Kusha : Doc, are u going to look in walk in??
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 5:28:20 GMT 8
.:: Photographer ::. The Smiths were unable to conceive children and decided to use a surrogate father to start their family. On the day the proxy father was to arrive,Mr. Smith kissed his wife and said, "I'm off dear,the man should be here soon." Half-an-hour later, just by chance, a door-to-door baby photographer rang the doorbell, hoping to make a sale. "Good morning madam. I've come to........" "Oh, no need to explain. I've been expecting you",Mrs. Smith cut in."Really"? The photographer asked. "Well, good! I've made a speciality of babies." That's what my husband and I had hoped. Please come in and have a seat." After a moment she asked, blushing, "Well. Where do we start?" "Leave everything to me. I usually try two in the bathtub, one on the couch and perhaps a couple on the bed. Sometimes the living room floor is fun too; you can really spread out." "Bathtub, living room floor? No wonder it didn't work for Harry and me." "Well, madam, none of us can guarantee a good one every time. But if we try several different positions and I shoot from six or seven angles, I'm sure you'll be pleased with the results." "My, that's a lot of..........." gasped Mrs. Smith. "Madam, in my line of work, a man must take his time. I'd love to be in and out in five minutes, but you'd be disappointed with that, I'm sure." "Don't I know it", Mrs. Smith said quietly. The photographer opened his briefcase and pulled out a portfolio of his baby pictures. "This was done on the top of a bus in downtown London." "Oh my goodness!!!!" Mrs. Smith exclaimed, tugging at her handkerchief. "And these twins turned out exceptionally well, when you consider their mother was so difficult to work with." "She was difficult?" Asked Mrs. Smith."Yes, I'm afraid so, I finally had to take her to Hyde Park to get the job done right. People were crowding around four and five deep, pushing to get a good look." "Four and five deep?" asked Mrs. Smith, eyes widened in amazement. "Yes", the photographer said. "And for more than three hours, The mother was constantly squealing and yelling - I could hardly concentrate. Then darkness approached and I began to rush my shots. Finally,when the squirrels began nibbling on my equipment, I just packed it all in." Mrs. Smith leaned forward. "You mean they actually chewed on your,um.... equipment?" "That's right. Well madam, if you're ready, I'll set up my tripod so that we can get to work." "Tripod? " "Oh yes, I have to use a tripod to rest my Canon on. It's much too big for me to hold very long. Madam? Madam?......Goodness, she's fainted!!!"
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 5:29:40 GMT 8
.:: Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca ::.
Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri...
"Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia.
Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang.
Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh.
Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah.
Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.
La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa.
Demikian adanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 5:31:48 GMT 8
Ferrari, Evo dan Kancil
pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
Dia pun jalanla.. dengan perlahan dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamattu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'
kalo tak baca lawak kat atas ni..atok tak tahu nak cakap apelah!memang lawak gila..bile atok baca lagi sekali mesti tergelak!lagi2 lawak Ferrari, Evo dan Kancil tu.. ;D
|
|
|
Post by turtle on Jan 11, 2004 7:29:02 GMT 8
citer nie mmg lawak lar tok. ehehe nak terkentot aku, tapikan cite ni kan dah ade dlm forum nie. cuba atok check balik. moderator nick azehri kot yg post
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 12, 2004 0:55:30 GMT 8
citer nie mmg lawak lar tok. ehehe nak terkentot aku, tapikan cite ni kan dah ade dlm forum nie. cuba atok check balik. moderator nick azehri kot yg post ye ke?citer yg mane satu..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 14, 2004 1:37:01 GMT 8
Ferrari, Evo dan Kancil
pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
Dia pun jalanla.. dengan perlahan dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamattu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!' kalo tak baca lawak kat atas ni..atok tak tahu nak cakap apelah!memang lawak gila..bile atok baca lagi sekali mesti tergelak!lagi2 lawak Ferrari, Evo dan Kancil tu.. ;D
ade ke kancil nak racing dgn evo dan ferrari yang mempunyai enjin yg 5 kali ganda dr kancil! hish!hish! tergelak bc cite lawak tu tok..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 14, 2004 1:39:35 GMT 8
Tanda-tanda sebuah Kematian
Renungkanlah.... Tanda-tanda saat kematian :
a) 100 hari : seluruh badan rasa bergegar b) 60 hari : pusat rasa bergerak - gerak c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang mati di arash akan gugur dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematian. kadang-kadang orang yang akan mati merasa seolah-olah nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan kelihatan seperti sedang runsing. d) 7 hari : mengidam makanan e) 5 hari : anak lidah bergerak - gerak f) 3 hari : bahagian tengah dahi bergerak - gerak g) 2 hari : seluruh dahi rasa bergerak - gerak
h) 1 hari : terasa bahagian ubun-ubun bergerak - gerak di antara waktu subuh dan asar. i) saat akhir : terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (bahagian belakang badan) Bila sudah merasa tanda-tanda akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan bercakap-cakap lagi.
Subhanaallah ..... Maha Suci Allah......
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 15, 2004 1:31:53 GMT 8
ade ke kancil nak racing dgn evo dan ferrari yang mempunyai enjin yg 5 kali ganda dr kancil! hish!hish! tergelak bc cite lawak tu tok.. tau jugak pasal keta ye s.girlz
|
|