|
Post by atokENSEM on Jan 18, 2004 3:58:06 GMT 8
Karya: I S L A M
Islam is peace, Islam is ease. Islam's not danger or disease. Islam is love and prosperity. Islam's not hatred or adversity.
Islam is salvation through repentance. Islam has love for all in abundance. Islam means no harm or affliction. Islam implores you with affection.
Islam is neither maze nor craze. Islam is giving Allah all praise. Islam is acing through the race. Islam will be on everyone's face.
Islam is worshipping only the Creator. Islam's not mere numbers on a calculator. Islam gives you power when you surrender. Islam's not a terrorist or for a pretender.
Islam is patience and perseverance. Islam eases your vengeance through tolerance. Islam is life for all eternity. Islam gives you respect, moreover dignity.
Islam is winning hearts through honesty. Islam is giving openly in charity. Islam makes you wholesome and trustworthy. Islam is in wealth as well as in poverty.
Islam is your shield against all evil. Islam is for your soul's retrieval. Islam is not fundamentalism or fanaticism. Islam is not casteism or racism.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 18, 2004 3:59:34 GMT 8
Karya: ABC Poem for Children
A is for Allah Lord of the Universe, who is One, He made the earth, stars, and sun He made angels to worship and pray, He made man from a dab of clay
B is for Bilal Bilal is that tall, brave African man, Islam freed him and gave him iman Calling the Muslims to come and pray, Was his duty each night and day
C is for Children Black, white, red, yellow, and brown, Better than the jewels in a crown Laughing or crying, short or tall, Allah loves children, one and all
D is for Du'a Remembering Allah all nights and days, By giving Him our thanks and praise Thank Allah with "Al Hamdulillah" And praise Him with "Subhanallah
E is for Earth With its mountains, rivers, and seas, Animals, birds, fruits, and trees They all declare Allah's Might, Following His laws, wills, and light
F is for Faith That which the Muslims call Iman, Is in the heart of the believing man Will come from his lip and hand, Love for Allah pouring out like sand
G is for Gabriel An angel(called Jibraeel in Islam) created by Allah from light, His duty is to serve Allah all day and night To Prophet Muhammad (S) he did appear, To bring mankind the Holy Qur'an so dear
H is for Heaven God's garden of joy, peace, and love, The home for Muslim's souls above The path to this heavenly place Is faith in Allah's guidance and grace
I is for Islam A way of life for all of who, Give to Allah the praise that is due We worship and pray five times a day, Because we know it is the best way
J is for Jesus Peace be upon him, 'Isa, the son of Maryam, To his people Allah's word did he carry By Allah's help he made the sick well, So people would believe what he had to tell
K is for Ka'bah First house of Allah in Makkah was made, By Ibrahim and Isma'il the stones were laid Millions of believers from every race, Come for Hajj tot his extra special place
L is for Life A precious gift from Allah to you, Don't waste it, he knows what you do Don't chase pleasure or forget Allah, No matter how little, say "Al-Hamdulillah
M is for Muhammad Peace be upon him, Abdullah's son, From Allah's enemies he did not run Of all the Prophets he was the last, Islam his message which we hold fast
N is for Nuh Peace be upon him, a Prophet who was very good, Allah told him to build an ark, fast as he could Take pairs of animals and the believers- all, The flood was coming and the waves would be tall!
O is for Obedience It is the duty of each Muslim to obey, The Qur'an and the Sunnah all the way Go for Hajj, give Zakah, fast, and pray, And to your parents do not say, "Nay!"
P is for Prayer It is the cornerstone of Muslim life, And the devil it cuts like a knife Prayer five times a day is a must, In Allah you should put your trust
Q is for Qur'an A blessing and guide for all of mankind, In it Allah's message you will find Of all His messages it is the last, Perfect for present, future, and past
R is for Ramadan For Muslims this blessed month of fasting, Is to celebrate Allah's love everlasting All day, no food, nor drink, nor evil deeds, Pray and read Qur'an, to heaven this leads
S is for Surah One hundred and fourteen in the Qur'an, Read them and trust in Al-Rahman, Do you know ten of them that you can say? Knowing them will help you pray
T is for Tawheed La ilaaha illallah, Allah is the only one, There is no partner with Him, nor son Allah is the answer to all that we need, Watch your heart and tongue, He knows every deed
U is for Ummah The Muslim community which Muhammad (S) found, The brotherhood of Islam made it sound Allah's laws in the Qur'an and Sunnah, Are to help everyone in the Ummah
V is for Victory It is the help from Allah to you, His guidance in everything you do Work and prayer a Muslim does need, To celebrate Allah's victory, indeed!
W is for Wudu' We must keep our minds and bodies clean, Because by Allah we are always seen Whenever you hear the call of athan, Prepare and come pray as soon as you can
X is for ...... X is not easy for us to rhyme, So we'll not waste much of your time In higher math X is hard to find, But Allah's path is clear even to the blind
Y is for Yunus Peace be upon him, a good man in a wicked town, He ran to the sea and a whale gobbled him down By the mercy of Allah he was saved to tell, His people to become good and obey Allah well
Z is for Zero-sin It is the way we each begin, Free from wordly sin So, don't let yourself forget, Keep out of the devil's threat!
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 28, 2004 20:29:04 GMT 8
Calvin Klien
Berape hari yang lepas, satu temuduge kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biaselah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suarelah pulak. Dan dalam ramai- ramai yang terpilih tu ade tige kawan kite dari terengganu telah dipilih untuk di temuduge.
Kebetulan pulak tige kawan kite ni adalah peserte ketige yang pertame. Ape lagi berdebar-debarlah depa orang ni. Kawan yang nombor satu mule la merungut. (bace ayat seterusnya kene ikut loghat terengganu!).
"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok".
Sampuk pulak kawan yang kedue, "Mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ."
Dan bersuare la pulak kawan yang ketige dengan berlagak macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi la jawap bende pun . Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu".
"Cee mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi".
Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun keluarlah. Ape lagi macam kera kene belacan la kawan nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.
"Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi".
Kawan nombor satu tadi pun jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak dok bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye, Pengerusi TNB yang baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk Jamaluddin Jarjis".
Kawan nombor due pulak menyampuk "Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name tu. Guane nih awang. Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."
Pastu sampuk le pulak kawang nombor tige yang berlagak pandai ni, "Bak pe yang mu jadi bodo sangat nih. Jangan tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda (seluar dalam la tu) mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB".
Ape lagi kawang nombor due suke la dengar idea bernas kawan die tu.Tapi die tak tak tahu yang kawang die nombor tige tu pun panik gak, sebab die pun tak tahu nak sebut macam mane.
Name kawan nombor due pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor due tak keluar-keluar lagi. Kawan yang nombor tige dah panik kenape kawan die tu tak keluar keluar lagi. 5 minit kemudian keluar la kawan nombor due ni dengan muke tersenyum. Kawan no. 3 pun tanye la, ape soalan yang keluar, jawap la kawan no 2 ni, Susoh jugok soalang die tapi soalang Pengerusi TNB tu aku buleh jawap, aku sempat selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi."
Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap lah kawang no 2 tadi."
Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"
Kawan no 3 pulak jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda".
Ape lagi kelam kabut le kawan kite.
Tibe-tibe kawan no 1 yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea. "Ape bende yang susoh sangat ni. Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."
Ape lagi bergegas la kawang-kawang ni pegi toilet untuk berpindah seluar dalam. Tak lame lepas tu name kawan no 3 ni pun di panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rase confident yang amat sangat kawan kite ni masuk dalam bilk interbiuw tu.
Dalam 10 minit kawan nombor 3 ni keluar sambil tergaru-garu kepale dengan muke kepelikkan. Kawan-kawan die yang luar ni tanye la kenape keluar awal sangat. Die menjawap, mase die jawap ahli panel tanye Name Pengerusi TNB, lepas tu die jawap la. Tak pasal-pasal semue ahli panel tergelak-gelak sampaikan ade yang mengalir-alir air mate tak tahan sangat. Pastu kawan-kawan ni tanye la, mase ahli panel ni tanye Name Pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengan confident die bagitahu dengan kuat dan lantang " Datuk Calvin Klien".
Rupe-rupenye mase kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Name Pengerusi TNB yang baru tu kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan.
Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang due orang lagi tu. Sebagai pengajaran untuk anda semue jangan la cube menipu mase interbiuw nanti.Tak berkat."
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:24:46 GMT 8
Rindukan ibu
Kalau semua orang dapat rasa belaian dan kemanjaan dari seorang Ayah, aku tak macam tu, Abah aku memang teramat garang, dari kecil sampailah usia aku 18tahun masih lagi merasa penangan dari Abah. Aku ni anak perempuan sulung dari adik beradik seramai 7orang, yang pertama dan kedua lelaki, ketiga akulah, keempat dan kelima lelaki jugak,keenam dan ketujuh perempuan. Dulu aku tak ada rasa hormat dengan Abah, yang ada cuma rasa takut, tak pernah langsung berbual dengan Abah, waktu makan pun asing-asing kecuali bulan puasa jek, itupun waktu berbuka, cukup dengan 3 bijik kurma(wajib makan, kalau tak abah luku kepala) dan air, tak boleh makan dulu, solat maghrib jemaah, barulah boleh makan malam, itupun Abah biasanya makan kat atas meja, kitaorang depan TV. bukan tak nak makan ngan Abah tapi takut, salah tertib makan nanti pinggan singgah kat kepala pulak.Abah punyalah tertib makan, ambik lauk ngan tangan kanan, yelah makan kan pakai tangan, jadi ambik lauk tangan kiri ler,Abah kata sudu boleh basuh,tangan kiri tu tangan setan.
Tak boleh makan sambil minum air, dah abis makan baru boleh minum,ambik lauk yang dekat jek,yang jejauh suruh orang hulurkan,jangan nak menjangkau tangan. Aku ni hantu buku, tak kiralah masa makan ke,tengok tv ke mesti ada buku terlekat kat tangan, Abah selalu tegur 'Akak nak makan buku tu letak, karang Abah koyak buku'. Aku ni memang degil, satu hari tu, waktu makan tengahari sebelum nak gi sejolah agama petang, aku bacalah buku cerita, baru pinjam dari library, tak perasan Abah ada, tetiba jek buku aku tu melayang keluar rumah dan landing atas tempayan yang penuh air. Biasalah perempuan mestilah menangis,bukannya Abah pujuk, Abah hadiahkan aku satu luku kat kepala 'Abah dah kata banyak kali,kepala ni keras sangat'.
Mak aku kutip dan ironkan buku aku yang basah tu dan aku pegi sekolah agama dengan mata bengkak dan perut separuh lapar. Aku ni pendendam, aku pasang semangat untuk belajar pandai-pandai supaya dapat masuk asrama dan Abah tak boleh pukul aku lagi dan bila aku dah berjaya dapat gaji besar aku bagi mak jek duit,Abah aku buat tak layan. Aku berjaya masuk ke sekolah asrama penuh dan balik rumah pun, sebulan sekali jek, itupun time nak mintak duit, tapi jaranglah balik sebab aku dapat biasiswa,anak orang felda,kira susah jugaklah.cuti sekolah jek balik rumah Abah,itupun kekadang lepak rumah member ambik part time kat McD' atau KFC.Tapi bagitau Abah ada aktiviti sekolah. Tapi Abang aku yang nombor 2 tu dan adik aku no 4,puas kena belasah ngan Abah, Abangku yang sulung nenek bela,aku pun tak tau kenapa mak aku bagi kat nenek.
Untung tak kena belasah ngan Abah. Pernah sekali tu Abang aku balik lambat dari bermain,Abah rantai Abang kat tiang seri rumah dan rotan berkali-kali,aku dan adik aku cuba halang Abah, aku sayang kat abang aku tu, dia baik, kitaorang pun kena rotan sekali, kitaorang boleh lari, tapi Abang aku sampai lembik kena belasah. Mak pun selalu jugak kena pukul ngan Abah,kadang-kadang tu sampai lebam-lebam.Abah memang panas baran orangnya.Mak terlalu banyak bersabar ngan Abah.Mak memang seorang ibu mitahli,pada akulah,tak pernah dengar mak meninggi suara ngan Abah,waktu Abah pukul mak,tak pernah dengar mak melawan atau menangis teresak-esak.Cuma aku nampak airmata mak jek mengalir.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:26:34 GMT 8
Mak akulah sapu minyak kat birat-birat kitaorang,birat kat badan dan hati mak sapa yang rawat?itu semua menjadikan aku jadi benci pada Abah.Tapi mak selalu nasihat,satu hari nanti Abah mesti berubah.'Doa untuk Abah,Akak' mak selalu pesan bila aku mendirikan solat Ternyata doa kami tak sesia bila mak dapat adik aku yang kelima (jarak 7tahun ngan adik aku yg keempat) dan seterusnya,Abah dah slow,masih marah-marah tapi tak pukul lagi,kekadang jek,mungkin sebab dah tua atau tau yang kami tak suka sikap panas baran dia tu. Tapi oleh kerana asuhan yang keras macam tu, menjadikan kami manusia yang berguna dan ingat pada ibu bapa.
Abang sekarang ni dah berkeluarga dan memperolehi 4 org anak,dia seorangyang baik dan ayah yang amat penyayang. Aku pulak,masih single,pengalaman lalu membuat aku takut nak berumahtangga,takut dapat suami macam Abah,tapi Alhamdulillah Aku dapat kerja yang boleh tahan jugak dan mampu memiliki sebuah Wira 1.5 dan mampu jugak setiap bulan memberi sedikit wang kepada mak.Abah tak nak duit Aku, cukuplah bagi kat mak sorang jek,Abah pesan kat mak. Adik aku menjadi Chef di salah seorang hotel 5bintang di Johor Bahru dan telahpun memiliki sebuah rumah sendiri,Adik aku yang keempat pulak menjadi seorang polis,mereliasikan impian mak aku, adik aku yang kelima sekarang tahun akhir di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi dan yang bongsu pulak baru Tingkatan 2.
Walau dulu aku terasa yang cara Abah terlalu zalim dan mendera,tapi sekarang ini aku rasa berterima kasih pada Abah. 'Abah,you make us a better Man and Woman' Selamat Hari Bapa Abah.... Hasil dari ketegasan didikan Abah dan kelembutan belaian Mak, dua kombinasi ini menjadikan kami,warisan yang tegas namun mampu bertoleransi dalam mengendalikan apa jua keadaan. Tak mudah melatah dan naik angin tak tentu pasal. Tapi itu sifat Abang dan adik-adik jek,aku tak serupa mereka. Sedari kecil sifat aku memang berlainan,mungkin kerana 11bulan dalam kandungan mak dan lahir dengan selaput seperti kulit bawang membaluti aku dari pinggang hingga ke kaki.
Aku banyak mewarisi sifat-sifat Abah, panas baran,garang dan mudah naik kaki tangan kalau amat marah. Namun begitu aku juga memiliki separuh dari sifat Mak, pemaaf,mudah menangis,mudah mengalah,pandai memujuk tapi aku tak tunjuk sifat itu semua kerana sifat Abah lebih menguasai diri aku,mungkin kerana Aku tidak mahu orang menilai aku sebagai perempuan yang lemah dan mudahdibuli. Apabila umur aku telah menjangkau suku abad ini,sifat-sifat Abah yang ada pada diri aku telah banyak telah aku kikis,terutamanya sifat panas baran,garang dan mudah naik kaki tangan. Aku mahu menjadi seperti Mak, lemah lembut,penyayang dan sentiasa tersenyum.
Sepanjang penghidupan kami jarang sekali aku lihat mak bermasam muka, walau payah sekalipun mak akan sentiasa tersenyum,namun kekadang bila aku renung matanya ada kesedihan di situ, tapi mak tak pernah tunjuk kat anak-anak,terutamanya kat aku kerana mak tau aku ni pendendam,dan paling teruk sekali mak juga tau, aku akan laksanakan dendam aku bukan dengan cara kasar tapi dengan cara reverse psychology,aku mampu menganalisa dan aku akan jadi pemangsa bukan lagi sebagai mangsa. Tapi cerita dulu,kisah suku abad yang dulu,apabila melihat wajah mak yang semakin dimamah ketuaan,namun masih berseri hasil dari wudhu' yang tak pernah kering dan selawat yang tak pernah putus,dengan sendirinya aku mendidik diri aku untuk menjadi seperti mak, supaya apabila Allah ambil mak dari aku,...... Aku mampu mendidik dan menjaga adik-adik aku,teramat penting sekali mereka hormat kepada aku dan menjadikan sebagai pelindung sebagaimana mereka berlindung kepada mak,meletakkan segunung kepercayaan kepada aku seperti aku menyerahkan nyawa aku pada mak.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:28:21 GMT 8
Garis-garis ketuaan mak semakin hari semakin terserlah,sakit kakinya semakin menjadi-jadi,hampir saban minggu aku menghantar dia pergi berurut,namun sakitnya terkadang surut kekadang pasang. Kalau boleh aku nak bagi mak kaki aku,tapi apakan daya. Kadang-kadang tu,jantung mak pun memberi masalah kepadanya,pernafasan mak tersangkut-sangkut macam orang semput.Aku selalu diundang rasa takut,takut kehilangan mak dalam waktu terdekat ni. Aku tak mampu mengharunginyasendirian. Aku juga takut,tanpa mak kami adik-beradik akan hidup berpecah dan membawa haluan masing-masing. Abah pula dah semakin akrab dengan kami,sifat lamanya masih ada tapi telah dibendung,terserlah kasih sayang Abah sekarang ni. Namun begitu Abah masih tak mampu mengapai kasih sayang kami sebagaimana kukuhnya kasih kami pada mak Suka melihat Abah melayan kerenah cucu-cucunya,dipeluk,dicium,bergurau dan menyuap cucunya makan.
Mungkin Abah mahu menebus ketegasan didikan masa lalunya kepada kami dengan mencurahkan kemesraan pada cucu-cucunya. Kekadang mengalir air mata aku melihat kemesraan Abah dengan cucu-cucunya, rasa cemburu campur rasa terharu,mengapa aku tak dapat merasai itu semua dahulu.Mengapa Abah tidak begitu dahulu. "Abaaaahhhhhhh!" lantang jeritanku memanggil Abah, sambil memangku tubuh Mak yang terkulai di pangkuan Aku. Takungan air mata aku pecah bercucuran. "Abah, Mak jatuh,Mak tak bangun-bangun" "Mak, bangun Mak. Jangan buat Akak macam ni Mak. Mak,Akak sayang Mak. Mak bangun". Aku usap tubuh Mak lembut, Aku kejutkan Mak suruh Mak bangun. Tapi Mak tak jugak bangun, Mak masih diam di pangkuan Aku. Nafas Mak beralun lemah. Wajah emak seperti orang tidur nyaman dan tersenyum.
Waktu itu aku tahu yang Mak dah tak ada,tapi aku tak mahu terima kenyataan ini. Aku tetap usap wajah Mak, aku lurut jari-jemari tangan Mak, Aku cium kaki Mak. "Mak kalau Akak buat salah,Akak sakitkan hati Mak,Mak hukumlah Akak,tapi jangan buat Akak macam ni. Mak bangun, Akak masih nak manja dengan Mak." Tapi Mak tak bangun-bangun. Mak terus tidur selamanya. Jiran tetangga datang dan Aku masih erat memeluk tubuh Mak, mereka pisahkan Aku dari Mak, Aku meraung, Aku nak bersama dengan Mak tapi mereka tetap menghalang Aku dari mendekati Mak. Mereka kata "redhakanlah Mak pergi Akak, kalau Akak sayangkan Mak, pegi ambik air sembahyang,bacakan yasin untuk Mak" Aku bangun dan aku sempat mengerling ke arah Abah, sayunya wajah Abah.
Abah yang pada aku adalah seorang yang kuat, gagah dan perkasa, malah tiada ada apa yang mampu mengoyahkan kekuatan dan kelelakian Abah, tapi hari ini, tika dan saat ini Abah kelihatannya terlalu lemah, terlalu tua dan terlalu dihimpit perasaan sebak. Kali pertama dalam sejarah kehidupan Aku, aku melihat air mata Abah mengalir kontras. Serta mertanya segala ketakutan dan kesakitan aku dulu terhadap Abah hilang, diganti oleh rasa terharu dan amat sayang pada Abah. Bukan setakat Abah, aku dan adik-adik sahaja di landa rasa ketidak percayaan atas kehilangan Mak, malah semua orang seolah tak percaya.
Mak tak sakit, Mak sihat dan pagi itu pula aku dan Mak masih sempat berbual dan bergelak ketawa, malah kami merancang nak bersiar-siar ke bandar JB sambil melawat Mak Long kat Hospital Tun Aminah. Waktu itu pukul 10pagi, "aku kata mak cepatlah siap mak, pukul 11pagi kita nak bertolak" dan "mak kata nantilah kejap, pukul 10.30pagi nanti mak mandilah siap-siap". Aku borak lagi dan sempat makan lagi dengan mak, kemudian mak kata dia nak buang air besar dan sempat bergurau lagi "perut-perut kau nak buang air ke tidak", aku gelakkan mak. Mak bangun dan aku bangun sama dengan mak untuk temankan Mak ke bilik air sebab lutut dia lemah, aku takut dia terjatuh kalau aku tak paut dia. Tiba-tiba mak rebah dan aku paut kuat tubuh mak sambil melaung memanggil Abah. Waktu itu pukul 10.30 pagi.
Waktu mak pergi, Abang aku yang sulung ada kat JB, Abang aku yang kedua ada kat Kota Tinggi, Adik aku yang keempat sedang bekerja di Hotel(chef)JB, Adik aku yang kelima sedang bekerja di Perak(polis),Adik aku yang keenam berada di IPTA Melaka dan yang bongsu sedang berada di sekolah ko-kurikulum. Hanya ada aku dan Abah di rumah. Abah pula waktu itu sedang mesin rumput di laman rumah. Tinggal aku dengan Mak, dan aku adalah orang yang berada di samping mak di saat-saat akhirnya. Abang dan adik-adik aku semua meraung seolah-olah tak terima kenyataan yang mak dah tak ada. Abah tak mampu berkata apa-apa, cuma menyuruh kami ambil air sembahyang dan bacan yasin untuk mak.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:30:27 GMT 8
Aku cuba menjadi seorang manusia yang kuat untuk hari itu, aku pujuk adik-adik aku dan aku dapat membaca yasin 7kali di hadapan arwah mak sebelum dibawa pergi. Mak dikembumikan selepas Asar, dan alhamdulillah, majlis pengembumian Mak berjalan dengan lancar dan berlangsung dengan mulia sekali. Awalnya sewaktu mak dimandikan dan aku turut memandikan mak, tubuh mak lembut,tak berbau dan tiada najis. Sewaktu mak dikafankan, kain kafan mak banyak lebih dan Abah jahitkannya menjadi "saprah" dan sedekahkan di surau buat sejadah sembahyang. Sewaktu dikebumi pula, cuma perlu 3 orang untuk mengangkat tubuh mak masuk ke liang lahat.
Mereka kata tubuh Mak amat ringan dan tanah buat menambak kubur mak, terlalu banyak lebihannya. Semua orang memuji-muji dan memperkatakan keajaiban pada hari itu. Aku mengambil cuti satu minggu dan hari-hari itu aku habiskan dengan setiap pagi membawa Abah dan adik-adik melawat mak dan membaca tahlil dan yasin untuk mak. Sehingga hari ke 9,kuburan mak masih lagi basah sedangkan tanah lebihan dari kuburan Mak sudah lama kering. Dan Abah sejak hari itu telah benar-benar menjadi seorang Abah, dia tidak lagi pemarah dan setiap masa dan ketika Abah akan bercerita tentang mak pada aku, segala kebaikan mak dan kemuliaan sifat mak.
Abah kata mak benar-benar seorang isteri yang solehah. Selama mak masih ada hayat, Abah tak pernah memuji mak, selalu marah mak adalah, tetapi setelah kehilangan mak, barulah Abah berbicara segalanya kebaikan dan kesolehan mak. Segala wajah kegarangan yang ada pada muka Abah, telah diganti dengan wajah sayu dan kasih sayang. Hari Rabu keenam balik semula ke IPTA Melaka, aku dan Abah hantarnya ke bus station Larkin, sebelum adik menaiki bas, Abah peluk dan cium dahi dia. Selama ni Abah tak pernah cium kami hatta sekalipun. Begitu berubahnya Abah, Abah menjadi lembut dan amat penyayang. Dengan adik-adik aku yang lain dan aku pun begitu juga, sebelum kami semua kembali ke bekerja, Abah akan peluk dan cium dahi kami.
Kasih sayang aku yang dulunya terlalu sedikit untuk Abah, namun sekarang ini kasih aku terlalu melimpah untuk Abah walau ianya tak mampu menyamai kasihku yang melimpah ruah untuk arwah mak. Tapi segalanya kemungkinan apabila waktu mengizinkan. Al-Fatihah untuk arwah Mak yang kembali rahmatullah pada 15hb Jun 2002 jam 10.45pagi. Wassalam. Pemergian Mak memberi tamparan yang amat hebat pada aku, kehidupan aku waktu ini aku rasakan cukup hambar. Jika dulu, aku 'looking forward' ke hari minggu untuk balik kampung jumpa mak. Selalunya mak akan ajak aku jejalan naik kereta, yelah mak tak boleh aktif sangat nanti lutut dia 'cramp', kalau jalan pun mak guna tongkat dan aku akan paut dia. Tapi kini, semua kenangan tu tak akan berulang lagi. Selama ini segala apa yang aku lakukan, semuanya untuk mak.
Aku belajar pepandai dan menjadi seorang yang cukup sempurna, supaya dapat bagi kesenangan pada mak, tapi mak hanya mampu mengecapi itu semua hanya seketika. Impian aku untuk mak belum tercapai tapi mak dah pergi. Apabila mak pergi, mak telah membawa keseluruh jiwa dan raga aku, ianya seolah-olah turut mati bersama bersemadinya jasad mak. Aku memang amat manja dengan mak, dulu mak zaman mudanya mak dan remajanya aku,mak akan korekkan telinga aku,potongkan kuku aku dan urut badan aku kalau aku kelihatannya letih. Dan apabila tuanya mak dan dewasanya aku, aku pula akan ketipkan kuku mak,urut kaki mak dan masak untuk mak jika aku pulang ke kampung. Tapi selalunya mak akan masak untuk aku jika aku beritahunya aku akan pulang. Bila sampai kat rumah jek, makanan telah terhidang untuk aku.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:34:59 GMT 8
Mak memang seorang ibu yang amat-amat prihatin dan penyayang. Dan aku benar-benar terasa kehilangan yang amat besar dan tidak dapat digambarkan oleh perkataan. Airmata ini pula,terlalu murah sekarang ini,acapkali teringat memori-memori pahit dan manis bersama mak,mudahnya air mata mengalir. Jika dulu bila teringat kat mak, aku akan telefon dia dan bagitau "Mak, Akak rindu kat Mak" dan mak akan ketawa "Macam budak kecik jek",. Kemudian aku akan minta mak doakan aku supaya selamat dunia dan akhirat. Kalau dulu ada orang buli aku atau selalu sakitkan hati kat ofis, aku akan ngadu kat mak dan mak akan kata "biarlah Akak, biar dia buat kita,kita bersabar dan sembahyang jangan lupa, Allah tu amat memahami dan pengasih". Hati aku amat tenang mendengar jawapan dari mak, bukan sahaja kerana jawapan dari mak tapi alunan suara mak yang mersik dan penuh kasih.
Aku akan telefon mak setiap hari, untuk tanya yang mak sihat atau tidak dan melepaskan rindu, jika tak dengar suara mak satu hari aku akan jadi tak tenteram. Kadang-kadang tu bila aku sibuk sesangat aku lupa nak telefon mak dan mak pula yang telefon aku "Anak mak sihat?,nape tak telefon?", sayu suara mak di hujung talian. Tapi kini, aku kehilangan semua itu dengan sekelip mata, tiada lagi gemersik suara mak dan deringan telefon dari mak untuk aku. Rasa macam mimpi. Airmata ini tanpa segan-segan mengalir tak kira waktu dan tak kira ketika.
Abah adalah lelaki sejati, maksud aku lelaki sejati adalah lelaki yang tak pernah ke dapur menolong mak masak dan tak pernah menukar lampin kami adik beradik apatah lagi bangun malam membancuh susu untuk kami adik beradik. Pada Abah itu semua kerja perempuan. Kerja Abah adalah mengerah tulang empat kerat untuk rezeki keluarganya. Apabila mak balik kampung B.Pahat,waktu nak melahirkan adik-adik aku. Abah akan makan di kedai. Sehingga habis pantang barulah mak balik semula ke sisi Abah. Namun untuk Abah menjenguk dapur sekadar memasak, gigit jarilah gamaknya. Pagi Sabtu aku pulang ke kampung seperti biasa. Tiada lagi suara mak yang menyambut salam aku, tapi suara Abah. Garau tapi sayu, aku capai tangan Abah dan aku cium. Lesunya aku lihat Abah, mungkin masih 'trauma' atas kepergian mak.
Hari ini, aku rasa amat terharu melihat Abah terkial-kial di dapur sedang menyiang ikan, kemudian Abah memarut kelapa dan memotong bawang dan lada. Selepas memotong bawang dan lada, aku lihat Abah termenung merenung lada dan bawang yang berenang-renang kat dalam mangkuk berisi air. Aku kerling dengan ekor mata aku melihat apa yang ditenung dek Abah, Rupanya melihat-lihat resepi yang disalin kat secebis kertas. Terbit kasihan di hati aku, Aku tanya Abah, nak masak apa. Nak masak ikan lemak pedas rupanya. Abah segan nak tanya aku,betul ke resepi nih. Aku kata kat Abah, tak pelah biar jek Akak buat, Abah duduk jelah. Kemudian aku rendamkan lada dan kupaskan bawang bebanyak dan 'blend'kan sekali untuk Abah, supaya lain kali dia tak perlu nak buat tu semua apabila nak masak. Cuma perlu siang ikan dan tumis sahaja.
Abah teliti cara aku masak satu persatu dan bertanya itu dan ini. Syahdu perasaan ini. Petang itu aku kembali ke Johor, setiap detik perjalanan pulang aku, air mata ini gugur disahut dengan hujan yang turun dengan lebatnya. Teringat arwah Mak, terkenang dakapan lesu Abah dan mengenang hari-hari yang bakal aku lalui tanpa Mak. Sebelum berangkat aku sempat menziarah 'persemadian mak', ingin aku laungkan "Mak, Akak rindukan Mak, Mak kembalilah" tapi kata-kata itu tak boleh aku laungkan kerana itu akan menyeksa Mak. Itu bermakna aku tak redha dengan kepergian Mak. Aku redha dengan qada' dan qadarNya, tapi aku memang masih rindu dan perlukan mak, hari ini, esok dan selamanya.
-tamat-
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:37:30 GMT 8
Anak kecil dan seketul batu
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 18:09:09 GMT 8
Raja Yang Tidak Bisa Tidur
Terkisahlah pada suatu masa, di kerajaan antah berantah yang dipimpin oleh seorang raja yang sangat peduli dengan nasib rakyatnya, kedamaian dan ketenangan selalu mewarnai kehidupan rakyat di kerajaan itu. Sang raja memimpin rakyatnya dengan prinsip “ing ngraso sung tulodho”, yaitu memberikan contoh yang baik kepada semua rakyat dan para pembantunya, bukan dengan prinsip “ing ngarso ngusung bondo”, atau menggunakan aji mumpung untuk memupuk kekayaan pribadi.
Siang dan malam sang raja selalu berpikir dan berupaya untuk meningkatkan kemakmuran rakyat. Tiada hari tanpa berpikir untuk itu, walaupun segenap pembantu dan seluruh rakyat sangat mendukung upaya-upayanya, membuat ia tidak bisa lagi tidur sejak diangkat menjadi raja.
Melihat rajanya sudah lama tidak bisa tidur, para pembantu berusaha sekuat tenaga untuk membantu raja agar bisa tidur seperti sedia kala. Berbagai cara telah ditempuh, bahkan dengan mendatangkan tabib-tabib yang terkenal di kerajaan itu.
Sang raja yang bijaksana menyadari atas segala yang telah dilakukan para pembantunya. Agar tidak merepotkan mereka, akhirnya sang raja memutuskan untuk berusaha sendiri, mencari jalan keluar agar bisa menikmati tidurnya kembali. Ia pun meninggalkan kerajaan dan mengembara secara “incognico” atau menyamar, sebagai rakyat biasa.
Singkat cerita, dalam penyamarannya, sampailah ia di sebuah perkampungan petani. Dari jauh ia memperhatikan seorang petani berpakaian sedikit robek sedang tidur pulas di bawah pohon mangga di pinggir sawahnya. Sebuah cangkul tergeletak di dekat si petani. Sang raja merasa heran, mengapa orang semiskin itu bisa tidur dengan pulas, bahkan tanpa alas tidur dan tanpa bantal pula. Padahal dirinya yang hidup serba kecukupan tidak dapat tidur sama sekali.
Tanpa sadar, ia mendekati petani itu dan memperhatikannya, barangkali ada sesuatu yang bisa ditiru sehingga dirinya bisa tidur seperti si petani. Lalu ia berbaring di dekat petani itu sambil berusaha memejamkan matanya. Sampai lama ternyata sang raja tidak bisa tidur juga. Akhirnya ia memutuskan untuk berguru pada petani itu bagaimana caranya bisa tidur pulas.
Keesokannya, sang raja mulai mondok (berguru) pada petani itu di gubugnya, dan ia melakukan pekerjaan seperti yang dilakukan si petani. Pelajaran di mulai pada saat ayam jantan mulai berkokok. Ia mengikuti si petani menimba air mengisi jamban air. Kemudian pergi ke sawah, mengairi sawah, mencangkul dan membajak. Lalu mencari rumput untuk pakan ternak. Setelah itu sang raja pun belajar “mblandong” (membelah kayu). Siangnya, ia makan beralaskan daun pisang dengan lauk ikan asin dan sambal. Lalu ia mencoba istirahat siang, tidur di pinggir sawah. Bagi si petani, sebentar saja sudah tertidur pulas. Lain halnya sang raja yang berada di sampingnya, ia belum bisa tidur. Sorenya, aktivitas mereka dilanjutkan kembali, kegiatan itu berlangsung terus sampai berhari-hari bahkan berminggu-minggu.
Setelah sekian lama mondok, karena kecerdasannya ia berhasil menamatkan pelajarannya dengan predikat “dapat tidur dengan cepat dan pulas”, dan dengan pemahaman yang dalam mengenai kehidupan sehari-hari rakyatnya.
Sang raja akhirnya menyadari bahwa selama ini dirinya selalu terbebani oleh urusan-urusan kerajaan yang tidak ada habis-habisnya, seperti demonstrasi, unjuk rasa, krisis moneter, pengangguran, terror bom dan lain sebagainya. Itu semua mengakibatkan dirinya tidak bisa tidur. Lain halnya dengan si Petani yang tidak pernah terbebani urusan-urusan seperti itu.
Setelah merasa lulus walau tanpa STTPL (Surat Tanda Tamat Pendidikan dan Latihan), sang raja berpamitan dan mengucapkan terima kasih atas kesempatan mondok gratis (karena akomodasi dan konsumsi ditanggung si petani). Ia meminta agar si petani tidak keberatan bila sewaktu-waktu dirinya akan kembali lagi. Si petani menyanggupinya dengan senang hati, ia bangga karena telah menjadi guru yang sukses walau tanpa honor ataupun imabalan apapun. Dan yang lebih membanggakan lagi adalah perasaan dapat menolong sesama dan dapat bersaudara dengan orang yang baru dikenalnya.
Berita kembalinya sang raja ke istana disambut suka cita oleh segenap rakyat dan para punggawa (aparat kerajaan). Pesta penyambutan diadakan selama tujuh hari tujuh malam dengan berbagai pertunjukan tari dan hiburan.
Suatu hari, si petani dikejutkan dengan datangnya utusan raja yang membawa surat perintah. Isinya agar si petani menghadap sang raja sekarang juga. Dengan perasaan takut karena biasanya yang dipanggil raja adalah rakyat yang berbuat salah, berangkatlah ia menghadap sang raja.
Sesampainya di istana, betapa kagetnya si petani. Ternyata dia tidak dihukum, bahkan ia diberi hadiah banyak sekali. Barulah si petani menyadari bahwa orang asing yang dulu pernah tinggal di rumahnya adalah sang raja itu sendiri.
Demikian, kisah di atas hanyalah dongen atau (dipaido keneng), boleh untuk tidak dipercaya. Tapi yang penting ada beberapa pelajaran bagus yang bisa diambil, diantaranya:
Ilmu itu tidak bisa didapat dengan cara meniru/mencontoh, tetapi harus dipelajari langsung dari guru melalui kuliah, ceramah, diskusi dan praktek. Ilmu itu bukan sekedar dipelajari, tetapi yang lebih penting adalah diamalkan. Mencari ilmu memerlukan pengorbanan yang besar, biaya yang besar serta kesadaran (niat) dan kemauan yang kuat. Pelaksanaan praktek dari ilmu yang telah dipelajari tidak dapat dikerjakan sendiri, tetapi harus dengan dukungan sesama (kerja sama). Keberhasilan pencapaian tujuan dari belajar suatu ilmu adalah tergantung dari disiplin diri dalam menerapkan ilmu itu, yakni taat dan setia dengan apa yang telah dipelajari.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 19, 2004 15:57:54 GMT 8
citer ni..walau pjg tp ade panduan disebalik citer ni..
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 17:38:33 GMT 8
letih tu copy n paste..kawkawakw
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 17:39:57 GMT 8
Dusun Kampung Vs Dusun Bandar AHhhh ...................... kesian juga ruangan saya ni .... inda ada banyak peminat ..... inda mengapalah biar saya cerita2 sorang2 at least kamurang baca juga ..... baca separuh pun inda kisah ...... Satu hari ni kan adalah kawan saya dari kampung datang pigi semenanjung so dia staylah sekejap di rumah kamiurang punya keluarga. Saya dah lama tinggal di Bandar bagi pengetahuaan kamurang .... lebih kurang masuk 6 tahun. So keesokan hari lepas si kawan ni sampai di sini rumah saya (Johor Bahru) ..... so saya bawalah dia jalan2 sana bandar JB .... Beginilah start cerita dia ........ saya ada skill tinggal di bandar dan si kawan ni masih lagi fresh dari kampung ...... dia inda tau betul cara hidup di bandar. Kami jalanlah di shopping kompleks di City Square, then tiba2 datang ni salesman yg jual sim kad telefon ....... diurang paksa2 terima tu risalah bah ...... so saya(dusun bandar) buat macam gini ....... first saya muat macam pekak dan inda faham apa2 bahasa diurang cakap ... sedangkan diurang cakap engilish sama melauy sama saya ...... Saya lepas2 saja macam gitu bah ...... then di belakang saya ni si kawan ...... dia lurus betul2 macam budak2 dusun fresh kita dari kampung ........ First dia cakap "Inda maulah bang ". Then ni salesman .... bagi org bandar taulah ... kalau kita start saja satu words ... dia boleh balas kita 1000++ words ..... ini lah itulah semua pasal kebaikan sim kad seolah2 barang tu jauh lagi baik dari surga yang kita faham........ Cerita selanjutnya ... diurang mau si kawan ni tulis nama saja bah ...... diurang cakap tulis nama saja lain2 inda payah.........................." Ok lah" si kawan setuju ..... saya belum perasaan lagi ni tau ...... lepas si kawan tulis nama di satu borang ni ..... terus tu salesman cakap sekarang perlu bayar sikitttttttttttttttttt saja .... RM88 untuk beli sim kard ......... Si kawan pucat macam ayam napasa bah ...... hehehehehe. Lepastu saya yang masa tu dah perasaan si kawan kena paw..... sengaja tunguk cara dia handle tu keadaan ..... Nampaknya dia inda tau lagi .... so datanglah ni Juruselamat (sayalah katakan )..... terus cakap sama tu salesman .... "kami ada beberapa ringgit saja di sini ni, saya ada Rm 3 , geng kau boleh tambah Rm 2 kah ". Terus ni si kawan bagi Rm 2 bah ..... dia belum lagi tau silap mata saya macam mana..... lepastu saya tanya tu salesman ....... "ni dia Rm 5 ....... so mana tu sim kad, sya mau " ni sales man ni pun cakaplah baik2 "Dik, sim kad harga Rm 88 ".... so saya balas "betulkah, tadi cakap bayar sikit ...... tinguk tu borang " ... so ni salesman pun bagilah tu borang, then lepas saja saya dapat tu borang, saya yang kebiasaan bawa pen sendiri terus kasi kansel-kansel tu semua si kawan sudah tulis, then cakap " ayooooo.... tapi cakap bayar sikit ... sikit bagi saya kurang dari RM5 ...... lagipun kami sudah ada hp". Saya lepastu terus kasi letak tu borang di meja diurang dan cakap ........ "nanti lepas ada banyak duit kami beli sim kad, ok" then jalan cepat2.... hehehehhehh . Nasib baik dia inda tumbuk saya ..... Ginilah cara orang bandar hidup ..... tipu2 sikit.......................... Lepas pulang tu saya kasi lecture sikit kawan ni ....... "geng, lain kali kalau ada orang salesman macam gitu tidak kira apa2 jenis barang diurang jual , buat2 macam tidak pernah ada telinga atau jangan sikitpun layan apa2 benda mau kasi tulis nama ". Pamacam ............................ ni cerita benar ni .... saya inda mau kasi kondem ni budak2 yang baru datang dari kampung ... tapi inilah hakikatnya.... semua orang pun belajar dari pengalaman ....... Macam saya time first2 datang sifu saya ....... jaga saya baik2 so saya tidak pernah bayar apa2 barang yang sales man ni offer.. OK C U Next cerita saya mau kasi cerita kamu ...... "pasal cabut dan menang "
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 31, 2004 0:41:59 GMT 8
atok lbh suke dok di kg b'banding bandar..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 1:56:08 GMT 8
penemuan yg menakjubkan
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wassalam.
|
|