|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:08:35 GMT 8
Amir…Salam Lembah Nil.
Pagi itu langit kekuningan, cahaya malu-malu menyentuh ruang atmosfera.
‘Musim begini cukup indah. Sayangnya Kaherah seperti kelmarin dan sebelumnya. Berdebu dan berhabuk, cuma warna bunga-bungaan yang baru mekar itu membiaskan cahaya gimik nirmala. Subhanallah! Realiti cukup indah, namun imaginasi lebih mengasyikkan. Pasti! Syurga tuhan adalah lebih suci dari ilusi dan fantasi yang wujud dalam enigma impian.’
Langkahnya menyusur sekitar Atabah, mencari sesuatu yang tak pasti. Hening masih menyelubung. Tiada jerit-perit penjual jalanan. Langkahnya gesit, dalam setengah jam dia tiba di Maqam Husain. Selesai solat dhuha di Masjid Husain, dia bertafakkur. Melukis baris-baris isi dalam imaginasi.
Petang itu dia berteleku di depan wajah cermin monitor suram, jarinya galak menari-nari.
From : Amir Ilyas <Salam_Lembah_Nil@y...
To : Mentally_cyco@y...
Subject : Salam dari Lembah Nil.
Assalamualaikum…
Barangkali saya sudah metelakkan kepercayaan pada seseorang yang tidak dikenali. Kerana itu saya mengutusi saudari. Kadang saya keliru, tidak tahu menaksir bahasa jiwa. Mungkin kerana miskin bahasa, tidak tahu menghurai selirat rasa.
Sehari dua ini, bimbangku tak ketara. Mungkin kecewa yang membadai tak ke mana. Bahangnya tidak meribut-menggila. Cuma sedia berbaki sedikit luka. Benar, musim di hati tak sama dengan musim di alam realiti. Aku cemburu melihat kuntum seri membunga ceria. Sedang hati meruntun luka lama.
Kehilangan banyak mengajarku. Mengingatkan diri untuk menghargai apa yang ada, menyerlahkan erti wujudnya sesuatu. Zahirnya aku kehilangan, hakikatnya aku mendapat anugerah yang lebih baik. Iaitu kesabaran. Aku sedar, ini hanya suatu plot dari kehidupan, ia bukan untuk ditangisi sepanjang hayat. Ia untuk diteladani sebagai penongkat semangat.
Kekadang, luka kecewa berdarah kembali bila kesan sejarah menerjah histories ingatan. Aku bukan sengaja, tidak pernah meminta kabut-kabut silam bertandang. Ya, ini mungkin ujian tuhan. Memaksa aku menerima. Menuntut reda, jeda dengan apa sahaja. Dunia ripuh banyak mengikis ingatan sendiri dari mengenang luka-luka lama. Sayang, terkadang aku tersungkur jua di medan ujian.
Kuyakin, musim gerhana pasti berakhir. Perlahan aku mampu melupakan dia. Jiwa makin lapang, dada makin terang. Cinta sebetulnya membebankan, ia cukup…berat! Moga-moga aku tidak menanggungnya kali kedua. Kecuali setelah beristeri. Memiliki cinta sebelum memiliki jodoh, itu mengundang bahaya. Tetapi, memiliki cinta selepas memiliki jodoh, bisa memotret bahagia. Bukankah tuhan berjanji, yang baik akan ditemukan dengan yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Mungkin luahan saya ini mampu saudari ulas kembali. Khabarkanlah pada saya. Komentar dan pandangan kritis saudari saya kira mampu mereput selendang duka yang bersidai di bahu hati. Saya benar-benar berharap ada bicara yang saudari susun disaf-saf hikmah. Saya sedia membacanya. Sebelum berundur, mohon salah dan silap dimaafi. Jika ada suatu kejengkelan, terus-teranglah. Saya tidak keberatan untuk mendengarnya. Wassalam.
Cairo_student
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:09:46 GMT 8
Sholehah…Salam dari Harehills.
Roundhay Park berkabus suram. Dia mengitari kawaan itu. Pemandangan tasik Roath Park di Wales menerjah relung ingatan, menambah ceria di jiwa. Dia melabuhi kerusi di tepi tasik, menyantap pemandangan segar puas-puas. Wajahnya redup, bagai ada gusar yang melitupi. Otaknya ligat mencetus kalimah dari emel Amir. Cuba membina hujjah dan gaya yang wajar, agar tidak mengundang silap.
Mindanya santai berlegar, ilusinya menjelajah sekitar eropah musim panas baru-baru ini. Dari sekitar bandar Manchester, lalu ke Wales dan Scotland. Sayangnya dia belum sempat menjenguk Paris. Sekarang musim sudah berubah. Di sini, dingin mula menghurung, air di tasik belum mahu membeku. Latar sekitaran tasik musim begini kurang meriah. Tetapi dia percaya tasik Loch Lomond dan Locearn Head di Scotland tetap menawan.
‘Ya, dunia memang indah!’ Sholehah senyum. ‘Kerana keindahan itulah, ramai yang lupa bahawa dunia ini bapa temberang. Penipu nombor satu’. Ketawa sendirian. Dia mendongak. Titisan air menyapa muka. Langit yang bergerimis memaksa dia beredar.
Kamarnya sentiasa menanti. Komputer peribadi kaku di hujung katil. Dia senyum, idea datang. Dia harus mengungkap kata hati kepada baris kalimat bisu.
From : Sholehah <mentally_cyco@y...
To : Salam_Lembah_Nil@y...
Subject : Salam dari Harehills
Assalamualaikum Wbt. Wrt.
Apa khabar saudara di Lembah Nil? Mudah-mudahan duka-kecewa, kusut-kusam di dada surut dan lerai beransur-ansur. Bicaramu sungguh halus, kukira kau seorang yang puitis. Aku terkedu, bagai ada irama yang kau iringkan dalam tulisanmu. Sebetulnya aku bukan pemidato, lagakku bukan seperti ahli filsafat Aristotle atau Plato. Hanya insan biasa yang masih menyusur mencari prinsip hidup. Secebis intuisiku, mungkin mampu dicebisi melewati pemikiranmu. Jika ia tidak membantu, kuserah pada tuhan yang lebih memahami rusuh dijiwamu.
Kalau cinta suatu kesalahan, selayaknya Juliet dipersalahkan. Jika cinta suatu kegilaan, wajarlah Romeo mati katak meminum racun sendiri. Watak mitos itu adalah simbol, bahawa cinta ada kegilaannya, ada keributannya, cinta memang berkuasa membina dan membinasakan. Apapun, yang kutahu, kalau bukan kerana Nur Muhammad, mustahil manusia dicipta. Tidak begitu? Bukti kasih tuhan pada makhluknya, lalu alam ini dijadikan, Nur Muhammad sebagai penyebab. Jadi, cinta tidak salah, yang salah ialah mereka yang tidak tahu menilai tempat-letaknya.
Aku bersetuju, jika kau katakan memiliki cinta selepas dijodohkan itu bisa mengundang bahagia. Tetapi jangan lupa, perceraian berlaku dimana-mana. Adakah perkahwinan suatu jaminan bahagia akan hadir? Tidak bukan? Kata George Bernard Shaw – A life spent in making mistakes is not only more honourable but more useful than a life spent doing nothing. Akurlah, semua manusia pernah tersilap. Ambillah pengajaran darinya. Jangan menyalahkan cinta yang pernah hadir. Sebaliknya setiap kegagalan, barangkali punya petanda buat dirimu.
Menghadapi realiti perlu berani. Mara tanpa kekuatan, akan merencit warna hina. Segala sekitarmu tidak akan berubah tanpa kekuatan dari tangan sendiri. Hidupmu, kenanganmu, duniamu akan statik tanpa usaha. Ingin gapai suatu yang besar, harus dahulu berguling-gelantang. Kata orang tiada kejayaan semanis madu andai tiada perjuangan sepahit hempedu. Bukan begitu? Jacob Bronowski ada menyebut – We have to understand that the world can only be grasped by action, not by contemplation. The hand is more important than the eye. The hand is the cutting edge of the mind.
Kalau dirimu menyatakan kedukaan itu hadir juga walau dirimu sering menjauhi, pasti kerana tuhan mahu mengujimu. Seharusnya sempadan hatimu perlu dibatasi benteng kukuh agar tidak dikuasai emosi. Berbasa-basi dengan ilusi, akan melemahkan jiwa sendiri. Tutuplah pintu perasaan bila situasi tidak membenarkan kamu melayannya. Kerana perasaan sendiri selalunya menjadi racun kepada minda. Kalau buta kerana tiada cahaya, itu biasa. Tetapi, jika buta kerana mata tidak mahu dibuka, itu kebodohan yang nyata.
Kukira bicaraku suah cukup panjang. Andai ada silap dalam bicaraku, pohon ampun. Bukankah manusia ini lemah. No body perfect!
Sekian, wassalam.
Sholehah,
Harehills, Leeds.
Februari berlalu, bermakna tiga bulan lebih emelnya sepi tanpa balasan. Dia meratai halaman menerusi tingkap. Kuntuman indah mula memutik. Hembus dingin makin suam, hembus segar bunga-bungaan membuah sayang. Dia terbayang laut kebiruan di persisiran Devonshire, lebih-lebih lagi bila pantai Cornwall yang indah itu tergambar di mata. Terasa seperti mahu terbang ke sana.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:10:47 GMT 8
Amir…Musim Itu Berlalu Jua.
Amir menatap tulisan yang dikutip dari bicara Sholehah, temannya dari UK itu. Sudah beberapa minggu dia cuba mencari maksud untuk petikan-petikan itu. Akhirnya dia menulisnya kembali kalimah yang telah diterjemahkan di atas kertas putih.
(Dunia itu bulat, tempat yang mungkin kelihatan seperti penghujung. Sebetulnya boleh juga menjadi tempat suatu permulaan.) - Ivy Baker.
(Setiap jalan keluar adalah pintu masuk ke tempat lain.) - Tom Stoppard.
(Hidup yang berlalu dengan membuat kesilapan adalah lebih bermakna dan berguna daripada hidup yang tidak melakukan sesuatu apapun.) - George Bernard Shaw.
(Kita harus fahama bahawa dunia ini mampu dicapai hanya dengan tindakan, bukan dengan angan-angan. Tangan lebih penting daripada mata. Tangan anda umpama mata pedang kepada minda anda.) - Jacob Bronowski.
Tiga bulan menyepi, dia bergetus mahu mengutus khabar. Bukan untuk temannya di Harehills, tetapi untuk kakaknya Wati. Dalam kemilau warna bunga, hatinya berbisik ceria.
From : Cairo_Student@y...
To : Wati <Ummi_Danish@y...
Subject : Musim Sudah Berubah.
Assalamualaikum.
Apa khabar kakak di sana? Mudah-mudahan sihat sentiasa. Kak wati sibuk barangkali. Ya, kakak kan seorang tutor, assignment student pasti bertimbun di atas meja.
Dalam kesempatan ini, Am mahu mengukir terima kasih. Atas sokongan kakak diwaktu Am kesukaran. Terima kasih kerana prihatin dalam soal jiwa dan perasaan saya.
Akhir-akhir ini, saya seperti terlihat kemilau bunga begitu indah. Serinya meruntun-runtun dijiwa. Atma segar, jiwa subur. Itulah, musim berbunga sudah menguntum agaknya.
Benar kata kakak, tidak sama musim dijiwa dengan musim realiti. Tetapi, selagi ia digelar musim, suatu masa ia akan berubah jua. Bukankah musim itu bererti waktu. Setiap waktu akan berlalu. Yang tinggal hanya sisa kenangan. Tidak perlu menangisi, tidak perlu dikesali. Kerana musim itu akan berlalu jua.
Sebagai penutup bicara, saya ingin berpantun :
Desir Bayu Deru Semilir,
Angin Timur Berpuput Damai,
Dari Seberang Salam Diukir,
Ukhwah Fillah Takkan Terlerai.
Bulan Terang Bintang Temaram,
Lazuardi Bergerimis Menangis Mendudu,
Sedih Hilang Ceria Bersemayam,
Musim sedih itu akhirnya berlalu.
Adikmu,
Amir.
~TAMAT~
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:13:00 GMT 8
Maafkan sayang
"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.
Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.
Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang aki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.
Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, ahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini....... pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi.
"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.
"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu.
"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"
"Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..." Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:14:00 GMT 8
"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah.
"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.
"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.
"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.
"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu.." Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.
"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang... AYAH.." Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..
"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati.. hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."
"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan Anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.
"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang. Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...
"tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku.
"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.
"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang, Abang." Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma .... janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang. Assalamualaikum suamiku.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:15:23 GMT 8
Anne mangsa kerakusan abang sendiri
Anne merasakan seluruh kehidupannya gelap, kosong dan tidak bermakna. Lebih pedih, bukan sekali Anne dijadikan mangsa tetapi berulangkali. Sejak kecil saya dijaga datuk dan nenek. Bagi mereka kehadiran saya, sekurang-kurangnya boleh mengubat kesunyian mereka dan menjadi penyeri kehidupan mereka berdua, cerita Anne memulakan perbualan.
Bersama mereka saya ditatang bagai minyak yang penuh. Limpahan kasih sayang, didikan agama dan segalanya. Malah apa sahaja keinginan saya dipenuhi. Saya rasa bertuah dapat tinggal dengan mereka. Pendek kata kehidupan saya dipenuhi dengan kebahgiaan.
Selain saya, abang long juga tinggal bersama mereka. Oleh kerana kami tinggal bersama, saya lebih rapat dengannya berbanding dengan adik beradik lain. Dia sentiasa memanjakan saya. Malah, kalau saya melakukan kesalahan abang longlah yang menyelamatkan saya dari dimarahi. Bukan itu sahaja, ke mana-mana sahaja dia pergi, dia akan membawa saya. Paling tidak, pasti ada buah tangan. Waktu itu, saya rasa abang longlah orang yang paling memahami saya dan paling saya sayangi. Di dalam kelas juga saya adalah antara pelajar yang cemerlang dan mempunyai ramai teman. Selain itu, saya juga aktif dalam sukan terutamanya bola jarring. Tetapi segalanya berubah apabila saya mula menginjak usia 13 tahun. Kegembiraan yang saya keapi selama ini rupanya tidak bertahan lama. Seingat saya waktu itu, saya telahpun datang bulan Saya sendiri rasa ada perubahan dalam diri. Saya menjadi malu dengan abang long dan hubungan kami tidah mesra seperti dahulu. Mungkin juga ini didorong oleh pergaulan dan pembelajaran saya di sekolah.
Semakin hari saya rasakan hubungan saya dengan abang long semakin renggang. Biarpun abang long uba melayan saya seperti dahulu, tetapi saya rasa tidak selesa. Malah kadangkala saya rasakan perhatian dan tindak-tanduk abang long abang long ada yang tidak kena, terutama apabila dia mengusap lembut kepala saya dan sebagainya. Kalau dahulu, mungkin itu perkara biasa, tetapi sekarang saya sudah anak dara sunti. Suatu malam, kebetulan datuk dan nenek tiada dirumah kerana menziarahi kakak sepupu yang baru melahirkan cahaya mata. Tinggallah saya bersama abang long. Pada saya, segalanya macam biasa sebab sebelum inipun saya memang selalu tinggal berdua dengan abang long.
"Selepas makan malam, saya melangkah ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran. Saya tinggalakan abang long menonton TV di ruang tamu. Setelah penat menelaah pelajaran saya terus melelapkan mata. Sedang lena beradu tiba-tiba tidur saya terganggu apabila saya merasakan selimut saya ditarik. Pada masa yang sama, saya rasakan ada tangan kasar menjalar di tubuh lalu meretap baju tidur saya. Saya cuba melawan, tetapi tidak berdaya. Sebaliknya, tubuh saya terus ditindih. Saya menjerit ketakutan, tetapi suara saya seolah-olah tersekat di kerongkong. Dalam kesuraman malam tersebut saya dapat melihat wajah abang long cukup bengis dan nampak rakus. Abang long yang berada dihadapan saya kini, bukannya abang long yang saya kenali selama ini. Tanpa belas kasihan abang long terus meragut kesucian saya tanpa mendengar rintihan saya. Selesai melampiaskan nafsu setan nya. Abang long memberi amaran kepada saya agar tidak memberitahu kejadian tersebut kepada sesiapa pun... Saya hanya mampu menangis. Tambahan pula, orang yang paling saya sayangi dan sanjungi selama ini menghancurkan masa depan saya. Tidak cukup sekali, kira-kira sejam kemudian abang long kembali memaksa saya melayan nafsu syaitannya."
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 20, 2003 4:40:52 GMT 8
sorilah s.girlz..atok tak berminat baca novel!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:05:37 GMT 8
Hina sangat ke aku nie?
Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi.. sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu...dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.
Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)
Aku pun gerak.member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....
Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak....mesti member aku soundnyer....aku pun start tulis......."HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie...sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...
aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".....Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "IM LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....
LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"
AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"
LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"
Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.
Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sq. Wang.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:06:33 GMT 8
AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind" Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh.... aku senyum dengan bangganya. Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk.... so Kita orang piler kat Lot 10 balik... Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya" MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul" AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit" Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh "HI LINA", sekali................... Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ..... "KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku smeua gelak, aku blur...... Adaker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalu apa yang aku lalu.. aku betul betul tak paham....... Adakah semua perempuan cantik macam nie? ??
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:07:14 GMT 8
Mungkin kot....Aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik.. Bodoh ker aku? AKu rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.... aku pulak tak faham... BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!! Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh.Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam,member aku semua pun senyap.........aku tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...tengah aku dok tolong tuh.. tiba-tiba...... LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!" Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak.....aku pun senyap" PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie........ Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang.... aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia?? AKu : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolongdia..mana saya ada ambil beg" LINA: " Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik.Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana nie" AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you,apsal you kata I curik bag you" Aku dah panik........ AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie" LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orangmacam you, muka pun macam muka pencuri..." ADUH!!!! AKu dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi.. AKU : "Then what is this? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???" LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I" Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa.... Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang bersalah.. aku tak mengaku..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:07:50 GMT 8
PAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI", Itulah kata kata dia kat aku... Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. AKu pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap Manager : "APA MASALAH NIE??? OK..What your Name?" LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi" Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising" AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan" Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag" LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil...... sapa lagi...muka dia pun muka pencuri" Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang.....semua okay...takda yang hilang.. Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia....... APA YG PATUT AKU LAKUKAN? ? Aku pun senyap, aku pun keluar...Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik.... MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan" ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...." Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:08:26 GMT 8
AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"
Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"
AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"
LINA : "APa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"
AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"
Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"
Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe
Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon.
LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf......."
Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia..
"Setakat RM300, ko ingat aku apa....... budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."
Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap.......
Aku amik cek tuh aku pun koyak.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....
Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam....... banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, memebr aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik... aku pun nak jugak amik...
so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla......tiba tiba aku dengar dia sound aku..
LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"
Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia..... aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.........
"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."
Sekian... kisah hidup aku............nostalgia aku...... manis masin hidup aku..............................aku akan terus perjuangan aku sebagai penulis..............selamat berpuasa, selamat hari raya..maaf zahir dan batin.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:09:49 GMT 8
Karya: Aku....!! Farah Adilla bte Dato' Hamdan
"Namaku ady. Umurku 20 tahun. 3 bulan dari sekarang aku akan digelar "Sweet 21st Lady". "Yuk....~!!!!!"geli rasanya aku bila mama dan papa mengelarkanku begitu. Aku belajar di ITTAR kolej, dan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Kalau nak dihitung.... aku hanya akan tamat pengajian setahun lebih sahaja lagi dari sekarang. Keluargaku mungkin berada..... tetapi miskin penghuninya. Aku, mama, papa, untie imah dan uncle rahman aja. Untie imah adalah pembantu rumahku dan uncle rahman of courselah suami dia yang bekerja sebagai Driver papaku.
Kawan baikku ialah Sarah Azilla Bakarin. Aku panggil dia Zila Bakarin. Ala-ala...... pelakon seksi tu ahh.... Actually dia memang seksi but...... too nice. Sopan-santun, lemah lembut dan peramah adalah perwatakan semulajadinya yang tetap ku rasakan terlalu asli untuk dinilaikan. Aku?..... hurmmmm........ sebaliknya. Mungkin disebabkan itu kami serasi. Aku panas...... zila sejuk. Ada kalanya aku rasa mahu jadi seperti zila. Tetapi....... aku tak sanggup hidup dalam serba yang sederhana. Jauh di sudut hati....... aku bersyukur dilahirkan sebagai Farra Adilla bte Dato' Hamdan. Inilah aku....... dan aku tetap aku.
Sebenarnya segalanya berjalan dengan lancar di awal perjalanan hidupku menuju ke ambang 21 tahun. Aku dan zila seperti adik beradik lain mak dan ayah. Segala urusan perniagaan papa tak pernahku ambil tahu. Sememangnya aku tak berminat nak mengambil alih perniagaannya sekarang. Jauh sekali untuk menyandang jawatannya. Kalau disimpulkan ketat-ketat keputusanku ini aku pasti.... suatu hari nanti ianya pasti akan terlerai juga........ dan saat itu aku perlu belajar cara bertanggungjawab. Mama kata, aku terlalu manja dan terlalu simple. Sudah beratus kali mama menegur tentang cara pemakaianku ke kuliah. Di kala kesemua perempuan berbaju kurung aku lebih suka berjeans dan t-shirt. "Alah..... mama...... ady nak gi kuliah... kan nak gi kursus kahwin..... pakai kurung segala....... adeihhhh.!!.... camner nak baik bas...... nak lari.... nak kesana.. nak ke sini...... nak gi window shopping...... payah tau~!"bentakku dengan pelbagai alasan. "Nama Fara kan manis........ bila masa plak girl tukar ganti ady nih.....~!"sambil mengaru kepala.... mama menuangkan jus limau untukku bersarapan. "Eh...... lupa-lupa...... kat umah..... tukar ahhh....... mama..... tu kat kolej ajalah.......Oklah...... girl gi kuliah dulu. Zila dah misscall banyak kali nih....... tu dia mesti dah tunggu kat bus stop lama... kang muncung.... bibir...."pintasku sambil berlari menuju ker pintu dan memakai kasut adidasku.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:10:28 GMT 8
"Girl..... uncle rahman hantar... jom.....naik... isk.... budak nih...~!"panggilnya ketika sedang asyik mencuci cermin kereta. "Aik..... uncle...... rahman.... papa tak suh tunggu kat istana tu ker?"tanyaku pantas. Sambil mengeleng......uncle rahman membuka pintu untukku. Jom uncle......hari nih girl jadi driver dan uncle jadi co-pilot...."kataku laju. "Camner nih datin....takan nak suh saya duduk kat situ... isk.. tak pernah plak jadi ngan dato sebelum nih...~!"sambil mengaru kepala yang tak gatal. "Kau ikutkan ajalah.... rahman...... tak kuasa....... dah saya nak layan..... asal dia nak naik itupun dah cukup bagus."kata Datin Fatimah.
"Best gak yeak Honda..... nih..... nak suh papa beli satu untuk girllah esok"sambil meluncur laju.... aku membiarkan uncle rahman duduk di sisi. Aku tahu dia takut kene marah ngan papa. Rasanya tak mungkin papa marah....... coz mama tak marah juga pun..tadi?. Dari aku mula naik uncle rahman tak bercakap. Aku anggap uncle rahman dan untie imah bukan makan gaji dirumahku. Mereka berdua adalah ibu bapaku yang kedua.
"Mak.... aii...!!!!..... pompuan tu muncung......lah uncle.... adeih.!!!!..... tak moh kuarlah camnih.....!!"kataku dan menyuruh uncle rahman memanggil zila sahaja. "Kau lambat lagi setengah jam test tu nak mula. Final plak tu?"rajuk zila sambil masuk kereta. "Terlambat bangunlah....girl tido pukul 5 pagi. Sambil memujuk aku berkata..... "Alah belum kul 9 pun... baru 8.30 pagi"pujukku sambil menghulurkan hpku padanya. "Tadi bob sms.... dia suh kau call dia balik"sambungku. "Tak yah..~! nanti abih test aku gi cari public phone. Kata-kata zila benar-benar buat aku rasa kecil hati. Aku silap cakap ker atau perangai dia pagi nih..... lain?. Moody dan sedih.... yang paling pasti..... matanya merah dan rambutnya tak terurus rapi. "Hurmm..... suka kaulah....sebab nih lah aku malas nak bercinta. Baik aku ganas.... camnih.... biar tak dek lelaki nak kat aku. Selamat jiwa raga...... dan emosi."hujahku sambil memandang uncle rahman yang tak berkata langsung sejak dari tadi.
Aku baru perasan yang sebenarnya aku dah menyinggung hati uncle rahman. Aku memberhentikan kereta di bahu jalan dan meminta uncle memandu dengan alasan tanganku mula kebas dah tak mampu pegang stering dan tukar gear. Rupanya benarlah....tekaanku. Ekoran mata uncle rahman seakan menyuruh aku duduk dibelakang besama zila. Bengis dimukanya sudah cukup membuktikan tanda isyarat duduk dibelakang seperti papa juga walaupun tanpa perkataan yang diucapkan olehnya. Tiba-tiba telingaku ditarik zila....
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 5:11:07 GMT 8
"Adeih.... sakitlah.... apsal....?tanyaku pantas. "Segarang-garang kaukan girl........ penakut gak yeak~!? ngan uncle rahman”ketawa zila.
Aku mencebikkan mukaku….tatkala uncle rahman berpaling dan memandang tepat kearahku.
Sesampainya di kolej….. aku tak mahu uncle membuka pintu untukku. Papapun tak pernah begitu…. dan aku sepastinya tak mungkin akan melampaui batas. “Thanks.. uncle…..”sambil menuju ke bilik kuliah…. ku lihat…... ekoran dan bisikan mereka sudah cukup membuatkan aku rimas dan bosan. “Wow..! ady…. driver kau ker….”azman menegurku. “Atok kau…. driver aku…...”jawapku ringkas. “Tak baik jawap macam tu…... nanti orang benci dan kata kau belagak girl…..”zila mencelah. “Aku tak suka….... nanti semua terhegeh-hegeh nak kawan ngan aku. Bosan tul aku..!”sambungku sambil naik lif dan mula menyelongkar beg untuk mencari ID Cardku. Kata-kataku hari nih banyak yang salah ker? Ataupun sememangnya zila yang bermasalah pagi nih. “Bila masa plak aku kata kau yang terhegeh-hegeh…...zila?”marahku bilamana dia menyamakan dirinya dengan ayatku sebentar tadi. “Malas aku nak gaduh.. ngan kau pepagi buta…. nih…!! kang semua benda yang aku dok hafal subuh tadi hilang…..”bentakku sambil menuju ke bilik kuliah 203. “Maaf….!”jawab zila ringkas.
Aku membiarkan saja adegan salah faham ini dari menganggu fikiranku sekarang. Walaupun begitu aku tetap perlu bertanya apa yang merunsingkan fikirannya pagi ini. Aku hanya mengambil masa 1 jam untuk menghabiskannya. Lama aku menunggu zila di bawah. Ada barang yang aku lupa hendak beri padanya. Papa kata aku kena bagi hp nih padanya.
Aku tak pernah sangsi mengapa papa sering memberikan zila barang yang hampir serupa denganku. Dari beg sandang, peralatan makeup, duit saku dan duit untuk shoping kesemuanya hampir sama. “Ah….! mungkin sebab papa kesiankan dia agaknya. Lapipun aku dan zila berkawan sejak di sekolah tadika lagi. Membesar bersama-sama membuatkan aku cukup memahami perangai dan perasaannya. Kadang-kala aku terfikir yang kami nih.. mungkin…........ Lamunanku terhenti tatkala zila menyergah aku dari belakang. “Lamanya…. nih jawap soalan ker buat soalan..?”rungutku padanya. “Alah….. setengah jam lambat dari kau….. kannya sampai satu jam pun. “Nah….!!! papa kasi”sambil menghulurkan hp nokia 8250 kepadanya. “Taknaklah…. duit pengajian nih pun aku tak mampu nak bayar cepat….. papa kau dah kasi yang lain. Aku tak pandai pakai…... lagipun aku bukannya perlukan hp?”katanya sambil menolak kotak hp kembali kebadanku. “Tul taknak…..! jap….. aku call papa sat….”gertakku. Sambil menghulurkan hp padanya ku lihat wajah zila benar-benar berubah. “Nahlah….kau jawap ngan sendiri”sambungku. Kali ini zila menurut perintah seperti sebelumnya. Ini barulah zila yang kukenal sejak bebelas tahu yang lalu. Jarak antara aku dan zila hanya setahun.
“Banyak sangat budi papa kau girl! Pada aku sekeluarga. Tak mampu aku nak balas! Entah macamana aku nak balas akupun tak tahu. Sejak ayah aku meninggal papa kaulah tempat aku memanggil ayah”katanya perlahan sambil mengambil hp dari tanganku.
|
|