jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 7, 2004 16:39:55 GMT 8
Soalan.. Kenapa lelaki yang muka dia cam rumah pecah...selalu dapat awek cun gile...dan apsal lelaki kacak gile *** dapat awek cam (sensored)..lepaih tu yang lain..biasa dapat ngan biasa..... ........beri la penjelasan logik.....
|
|
|
Post by duo on Jan 7, 2004 16:44:50 GMT 8
jawapan yang paling hakiki sekali ialah...
bukan sebab lawa atau tidak..nak ikutkan sume org pon nak yg ensem, nak yg cantik..sume org pon berusaha...tapi mmg nyata bahawa setiap jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan? haruskah kita menyoal ehendak Yang Maha Esa.. renungkanlah...
hehehe ;D
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 7, 2004 16:49:46 GMT 8
jawapan yang paling hakiki sekali ialah... bukan sebab lawa atau tidak..nak ikutkan sume org pon nak yg ensem, nak yg cantik..sume org pon berusaha...tapi mmg nyata bahawa setiap jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan? haruskah kita menyoal ehendak Yang Maha Esa.. renungkanlah... hehehe ;D Jawapan yang diberi tiada tandingan..........argh........
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 7, 2004 16:58:01 GMT 8
haaa...tahu tak per...............
semua nye dah tertulis dari Luh Mahfuz lagi tau......
|
|
|
Post by KomOt on Jan 7, 2004 17:10:25 GMT 8
ha'a..semua org ader jodoh masing2.. emm,tak pn kn.. mesti ayat dia power.. ;D
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 7, 2004 22:02:40 GMT 8
CINTA : (sebelum kahwin) C = cubit kiri, kanan rasa. I = impian indah ibarat syurga. N = nikah impian utama. T = taat setia membawa bahagia. A = awal dan akhir bersama-sama (selepas kahwin) C = cuka yang dituang pada luka. I = iblis yang merosak minda. N = nafsu semata-mata. T = tuba yang dibalas semula. A = api dalam neraka. KASIH : (sebelum kahwin) K = kongsi semua suka duka. A = abang adik, ayang anja. S = sumpah janji di bibir sentiasa. I = istana bahagia dah dicipta. H = hatiku hatimu jua. (selepas kahwin) K = kaki tangan naik kat kepala. A = abuk pun tara, nak makan apa?? S = simpati langsung tak ada. I = ironi membakar jiwa. H = hidup mati sama je. SAYANG : (sebelum kahwin) S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! A = asal free mesti nak jumpa. Y = you lap me, I lap you! A = apa saja sanggup diduga. N = nak itu, nak ini... mesti dapat. G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama. (selepas kahwin) S = salah sikit kiamat dunia. A = air tak sedap, basahlah mata. Y = yang betul dia je. A = ada takde, bagi anak reti la. N = nak dilawan, digelar derhaka. G = gaduh sampai lebam. HATI : (sebelum kahwin) H = hanya dikau yang daku cinta. A = air paip pun manis macam gula. T = tak jumpa sehari boleh jadi gila. I = igauan indah tak terkira. (selepas kahwin) H = hantu jembalang lagi sempurna. A = air mata jadi teman setia. T = tempat mengadu dah tak ada. I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 7, 2004 22:12:43 GMT 8
>Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam >keluarga:- > >a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan. >b) Air - kedua, keenam, kesepuluh >c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas >d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas > > >WANITA BERUNSUR TANAH >1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban. >2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang >pemarah. >3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan. >4) Tidak suka membantah atau membangkang >5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan. > > >WANITA BERUNSUR AIR >1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat. >2) Mengambil berat >3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan >4) Menenangkan pasangan. >5) Sangat romantis >6) Mudah menangis > > >WANITA BERUNSUR API >1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan >2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga. >3) Penasihat yang baik >4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga >5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu >6) Berwaspada selalu > > >WANITA BERUNSUR ANGIN >1) Lemah lembut dan menenangkan >2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu >3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia >4) Bijak mewujudkan suasana selesa. >5) Hati yang cepat berubah ubah >
|
|
|
Post by maxility on Jan 8, 2004 1:16:15 GMT 8
hi... bole berkenalan
|
|
|
Post by turtle on Jan 8, 2004 4:00:06 GMT 8
ehhe kau nak berkenalan gan sape max, kau ni ade2 jerla wei max asai kau x join chan aku, eheh
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 7:42:15 GMT 8
bole...kenal jer ngan semua nie...and selalu lah on-line and post yerk.... ;D
|
|
|
Post by KomOt on Jan 8, 2004 8:03:58 GMT 8
haha..nk berkenalan,kenalkn la diri tu dulu.. tul tak??
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 8, 2004 8:21:16 GMT 8
jawapan yang paling hakiki sekali ialah... bukan sebab lawa atau tidak..nak ikutkan sume org pon nak yg ensem, nak yg cantik..sume org pon berusaha...tapi mmg nyata bahawa setiap jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan? haruskah kita menyoal ehendak Yang Maha Esa.. renungkanlah... hehehe ;D btul tu.....bila Allah dah kater 'kun fa ya kunn'...sape kiter nak menghalang nyer? ......ensem tak ensem ngan lawa tak lawa ni hanyalah penyebab je...bile dah jodoh ngan org tu, w/pun mula² tu x brape suke, kena la terima dgn redha nye........
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 8, 2004 8:22:02 GMT 8
DSTSS tu singkatan untuk Don't Sweat The Small Stuff. Sengaja Kak G pendekkan sebegitu kerana penulis buku berkenaan menghasilkan beberapa buah buku untuk siri2 DSTSS ini seperti DSTSS At Work, DSTSS With Your Family, dll. Pada kak G buku ni bagus dari segi mengenengahkan tips2 berguna utk mempereratkan hubungan kasihsayang antara suamiisteri. Kak G cuma mengulas secara ringkas mengikut 100 tajuk kecil seperti di dalam buku ini dan tidak akan mengalihbahasa secara detail seperti siri2 EI (Emotional Intelligence).
Untuk 100 tips2 tersebut, kak G akan bahagikan kepada beberapa postings supaya tak panjang sangat. Semoga bermenafaat, InsyaAllah. ---------------------------------------------------------------------- Tajuk buku : Don't Sweat The Small Stuff In Love Penulis : Dr Richard Carlson dan Kristine Carlson (suamiisteri) Harga : RM32.90 (di Kinokuniya KLCC, MPH, ataupun Times Bookstores) Mukasurat: 269 m/s ISBN: 0-7868-6509-1 ---------------------------------------------------------------------- Kunci utama kepada perhubungan yang aman ialah - usah ambil pusing sangat akan perkara2/hal2 remeh temeh (direct translation untuk DSTSS). Terdapat 100 tips berguna untuk mempereratkan hubungan suamiisteri.
1. Mostly, Be Pals
Bersahabat akrablah dengan pasangan sendiri di mana kebiasaannya sesama sahabat sering bantu-membantu, lebih bersabar, menerima kekurangan sahabat seadanya, pendengar setia, dsb. Sahabat karib juga selain serius sekali sekala, sering bergelak ketawa, bergurau senda serta berkongsi suka dan juga duka. Apabila sesama pasangan bersahabat karib, mereka selalunya mencari jalan tengah, berkongsi impian tanpa merasa perlu berkorban.
2. Learn to Laugh at Yourself
Seseorang perlu ada sense of humour supaya apabila ditegur pasangan (mana ada manusia yg tak pernah buat salah), kita tidak akan bersikap defensive. Sebaliknya kita mampu ketawakan diri sendiri - tentang kebodohan tindakan kita, tentang kekurangan diri, dsb. Ianya memungkinkan sakat menyakat, usik mengusik sesama pasangan serta pasangan akan merasa lebih "selamat" untuk memberi teguran atau komen.
3. Let It Go Already
Lupakan kesilapan yang sudah2. Jika kita terlalu mengenangkan kesilapan pasangan yang dulu2 tu, minda kita akan dipenuhi dengan kebimbangan, cuak, serta kecewa sehingga tak ada ruang untuk merasa "cinta".
4. Turn Up The Heat
Di dalam meng"hangat"kan perhubungan, "nyalakan" apa jua perkara yang anda fikirkan boleh menghangatkan kasihsayang. Berubah kepada menjadi seseorang yang lebih baik hati, lebih pemurah, lebih gemar memuji serta lebih penyabar dan pemaaf.
5. Consider That The Grass Probably Isn't Greener
Pernah diulas secara panjang lebar di dalam posting "Alkisah Rumput Rumah Sebelah" yang disiarkan pada 24 June 2003. Hargai pasangan kita dan jangan sampai merasa bahawa pasangan orang lain tu adalah lebih baik berbanding pasangan kita.
6. Throw Away Your Scorecard
Jangan terlalu berkira - seperti kita buat "lebih banyak" kerja2 rumahtangga berbanding pasangan kita. Atau kita bayar lebih banyak bil drp si dia. Tatkala dilanda pemikiran2 sebegini, alihkan tumpuan kepada perkara2 yang "dibuat/dilakukan" pasangan kita dan bukannya perkara2 yg tidak dibuatnya. Contohnya, jika kita merasakan kita banyak menyumbang di dalam melakukan kerja2 rumah berbanding suami, cuba tumpukan perhatian kepada kerja2 yg dilakukannya seperti mencuci kereta, bertukang, dll.
7. Be Kind First
Layani pasangan sebagaimana anda mahu dilayan. Tanamkan sifat2 baik hati, pemurah, pembelas, dsb.
8. Don't Use Your Partner As A Punching Bag
Jangan menjadikan merungut serta mengomplen kepada pasangan kita (tentang masalah2 di pejabat, dengan kawan2) sebagai habit. Sekali sekala tak mengapa. Andai terlalu sering - boleh menyebabkan pasangan merasa seperti "punching bag". Usah terlalu membebankan minda mereka.
9. Ask The Question, "Whose Quirk Is This, Anyway?"
Ianya bersangkutan kesilapan/kelemahan kecil pasangan yang adakalanya payah untuk diterima. Contohnya, mungkin pasangan kita terlupa nak cuci pinggan nya sendiri. Ada sesetengah pasangan yg amat pembersih boleh melenting jika selalu2 si dia terlupa. So, sebelum nak melenting atau merungut tu, berfikir sejenak, jika kita melenting...bermakna kitalah yg silap kerana terlalu cerewet atau berkira sedangkan cara mudah nak settlekan kesilapan tu cuma memerlukan tindakan semudah kita sendiri yang membasuhnya.
10. Talk To Him His Way
Apabila berbincang dengan pasangan, ambilkira cara pasangan berfikir serta cara mereka melihat akan sesuatu situasi agar saranan kita akan lebih diterimapakai pasangan kita.
11. Avoid The Words, "I Love You, BUT"
Kadangkala, kita sering menyatakan cinta pada pasangan tetapi di waktu yang sama, kita juga mengomen atau menegur. Contohnya, saya cintakan awak, TETAPI saya tak gemar sikap awak yang selalu membuatkan saya tertunggu2. Seeloknya, pisahkan antara keduanya - nyatakan cinta, dan di waktu lain, atau gunakan ayat lain, menegur/mengomen pula.
12. Fill Your Life with Opportunities to Express Love
Apabila diri kita dipenuhi dengan perasaan2 cinta - terhadap Ilahi, manusia, binatang, dan juga alam, dengan sendirinya kita meletakkan diri kita di dalam keadaan "menarik" cinta datang kepada kita (kita dicintai). Apabila hati dipenuhi cinta, kita jadi lebih baik hati, lemah lembut, dan juga lebih penyabar - ciri2 yang membuatkan pasangan serta orang sekeliling mencintai kita.
13. Look for the Gifts
Minda manusia mampu menemui/mendapati apa yang dicari. Jika kita mahu mencari kebaikan di dalam sesuatu perkara, maka kebaikanlah yang kita dapat.Dan jika mahu mencari keburukan di dalam sesuatu, maka keburukanlah yang bakal kita jumpa. Apa jua kejadian/timpaan musibah, kita harus melihat dari sudut - apa jua yang berlaku ada rahmat di sebaliknya. InsyaAllah, dengan berpemikiran positive sebegini - kita akan kurang merasa terganggu terutamanya dengan perkara2/hal2 remeh temeh.
14. Mark Your Calendar
Kebanyakan wanita akan lebih terdedah kepada mood negative tatkala hampir didatangi haid (PMS - premenstrual syndrome). Di kala ini, kesilapan kecil pun boleh membuatkan isteri naik angin. So, ada baiknya, catit di kalender akan waktu kedatangan haid isteri supaya suami boleh lebih memahami situasi isteri serta lebih banyak bersabar dan isteri pula perlu adjust dirinya agar lebih berusaha mengawal diri/mood.
15. Share an Insight
Sering2lah berkongsi pendapat/pandangan dengan pasangan terutamanya akan cara2 untuk lebih membahagiakan kehidupan dan juga mempereratkan hubungan.
16. Stay Away from Ultimatums
Elakkan dari memberi "kata dua" - memilih samada A atau B. Contohnya; "kalau tahun ni tak balik beraya rumah mak saya, saya nak mogok selama seminggu". Ianya membuatkan pasangan kita tersepit serta merasa terpaksa di dalam membuat sesuatu pilihan. Dan ianya juga boleh melemahkan hubungan.
17. Allow Time for Transitions
Di dalam hidup kita, adakalanya terdapat perubahan besar yang perlu kita hadapi seperti - dapat baby baru, bertukar kerja, berpindah rumah, dsb. Ambillah masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru serta harus difahami akan perubahan yang berlaku agar kita jadi lebih terbuka dengan situasi baru serta tidak terus mengharapkan agar hidup kita masih sama keadaannya seperti dulu2 (sebelum terjadinya perubahan tersebut).
18. Don't Fight Unless the Mood Is Right
Pernah diulas secara panjang lebar di dalam posting "Alkisah Tentang Berkelahi" siaran 30 Jun 2003.
19. Know Your Own Value
Setiap dari kita adalah special (tersendiri), unik, penting... Justeru, sumbangan kita, pemberian serta nilai hidup yang kita sumbangkan dan berikan kepada perhubungan/ikatan suamiisteri adalah penting serta bermakna. Apabila pasangan merasakan masing2 memberikan sumbangan unik kepada kerukunan rumahtangga, ianya akan menyuburkan hubungan kerana masing2 merasakan diri masing2 sebagai rakan kongsi.
20. Put a Positive Spin on It
Dalam apa jua masalah yang dihadapi, kita mempunyai pilihan samada mahu melihat pengalaman pahit tersebut dari sudut positive atau dari sudut negative. Samada kita melihat apa jua situasi sebagai - ada rahmat yang tersembunyi di sebaliknya, ataupun kita melihat situasi berkenaan sebagai bukti bahawa kehidupan adalah sukar serta tidak adil - semua itu ... kitalah yang memilihnya untuk melihat ianya dari sudut yang bagaimana.
-------------------------------------------- Keluarga Bahagia, Ummah Sejahtera !
Setakat ini dulu, InsyaAllah kak G sambung ke siri berikutnya. wassalamualaikum wbt.
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 8, 2004 8:22:40 GMT 8
btul tu.....bila Allah dah kater 'kun fa ya kunn'...sape kiter nak menghalang nyer......ensem tak ensem ngan lawa tak lawa ni hanyalah penyebab je...bile dah jodoh ngan org tu, kena la terima........ amboi....ceramah agama nampak...hehehehe.... ;D
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 8, 2004 8:39:33 GMT 8
amboi....ceramah agama nampak...hehehehe.... ;D ceramah agama aper plak?? btul aper?? x kan nak post lirik lagu plak kat site ni?? itu nama nye x sesuai ngan majlis, En Aragorn....macho gile....errmmmm....macho ke??
|
|