|
Post by KomOt on Jan 8, 2004 17:37:11 GMT 8
wahahahahaha...aku kategori no 12.. ok tak wei?? hahahaha... eh,korang gosip aku ngan makan hari plak ke?? abis la aku..rosak hidup aku.. warrgghhh..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 23:00:31 GMT 8
>Kenali Lelaki Drpd Rambutnya >> >> >> >>balik ni tengok rambut boifren ke, ayah ke, abang ke adik ataupun suami >>ke, ataupun diri sendiri asalkan yang sewaktu dengannya >> >>Kalau terkena yang negatif cepat2 botakkan kalau tidak pun pakai rambut >>palsu >> >>1) RAMBUT LURUS >>-bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang >>kesenian. >> >> >>2) RAMBUT KERINTING TEBAL >>- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah >>dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung, >> >> >>3) RAMBUT KERENTING NEGRO >>- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila >>susah hendak selesaikan masalah >> >> >>4) RAMBUT IKAL MAYANG >>- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak >>pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu. >> >> >>5) RAMBUT HALUS/LEMBUT >>- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan >>perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. >> >> >>6) RAMBUT SIKIT >>- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego dan pandai membuka >>perniagaan walaupun kecil. >> >> >>7) RAMBUT PERANG >>- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada >>masalah. >> >> >>8) RAMBUT TEBAL >>- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai >>mengambil hati seseorang. >> >> >>9) RAMBUT KUSUT >>- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak >>memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa >>pertolongan. >> >> >>10) RAMBUT BERUBAN >>-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai >>selesai kan masalah diri. (additional ..++) >> >> >>11) RAMBUT MOHICAN/PUNK >>- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. >>Amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah. >> >> >>12) RAMBUT BOTAK >>- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan >>topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik >>'IT' orang nya.. >> >> >>13) RAMBUT ALA 'ZAIBO' >>- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. >>'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana >>kes salahtafsir. >> >> >>14) RAMBUT PALSU >>- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' ..... >>Suka meenabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan. >> >> >>15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG' >>- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you >>know? >>kenaper?? tak percayaee?? >> >> >>16) RAMBUT 'RONALDO' >>- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. >>Lelaki jenis ini suka mencuri telur ikan goreng di rumah dan bermain >>bebola ikan sebagai hobi. >> >> >> >>Kenali perempuan melalui rambut??? >>Mak aiihhhh,… panjang le puloknya… kan ke pompuan byk benar pesyen rambut! >>Blum masuk bab pesyen tudung! Hehe…
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 23:01:07 GMT 8
rambut aku jenis yg no. 5 kot....
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 23:09:29 GMT 8
Cerita kuku panjang -------------------------
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut....potonglah kuku anda.
The Truth Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Wallahu'alam bissawab.
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 10, 2004 8:33:14 GMT 8
wahahahahaha...aku kategori no 12.. ok tak wei?? hahahaha... eh,korang gosip aku ngan makan hari plak ke?? abis la aku..rosak hidup aku.. warrgghhh.. la......bukan ke hidup kau mmg dah rosak??? ooppsss
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 8, 2004 2:01:58 GMT 8
tang mane yg rosak tuh ;D
|
|
|
Post by KomOt on Sept 8, 2004 16:51:47 GMT 8
uish,ni citer lama ni..aku pn tak ingat thread ni..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 24, 2004 11:03:35 GMT 8
Untuk Yang bergelar Suami & Isteri RENUNGAN BUAT PARA SUAMI
Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?! Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?! Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?! Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!
Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah! Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah". Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".
* Ucapan baik adalah sedekah. * Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah. * Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan. * Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa. * Berhubungan badan mendapatkan pahala.
KETAHUILAH WAHAI WANITA
1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 30, 2004 1:49:11 GMT 8
Hak wanita memilih bakal suami
Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya.Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya,kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan.
Allah swt , memberikan setiap perkahwinan itu dengan rasa kasih sayang dan rahmah. Tentu sahaja cinta, kasih sayang dan rahmah tidak akan ada jika perkahwinan itu dilaksanakan dengan paksa. Rasulullah saw bersabda maksudnya : "Mintalah pendapat kaum wanita dalam masalah mereka sendiri, janda menentukan dirinya sendiri, sedangkan diamnya gadis menandakan persetujuannya"(HR Tabrani)
Cara yang paling tepat untuk memilih suami yang baik iaitu dengan mengetahui latar belakang kehidupannya. Di zaman Rasulullah saw, untuk mengetahui keadaan calon suami, orang tua atau wali akan bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut. Umpamanya Rasulullah saw tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah, kecuali baginda mengetahui akhlak dan agamanya.
Islam juga membolehkan kaum wanita menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh. Sikap seperti ini tidak salah kerana bertujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah swt dan untuk memperolehi pahala daripadanya samada apakah tawarannya itu diterima ataupun sebaliknya.
Anas ra berkata : Ada seorang wanita yang datang menawarkan dirinya kepada Rasulallah saw dan berkata : Ya Rasulullah saw apakah baginda memerlukan aku?. Puteri Anas ra yang ada di situ mencela wanita tersebut. Kemudian anas ra berkata kepada anaknya itu : Dia lebih baik daripadamu wahai anakku. Wanita tersebut suka dengan nabi dan menawarkan dirinya. Kerana sikap wanita tersebut tidak melanggar tuntutan agama, maka Rasulullah saw tidak mencelanya, maka baginda menolak tawaran tersebut dengan cara berdiam diri, agar tidak melukakan perasaan wanita tersebut.
Islam juga memberi hak kepada kaum wanita agar menolak pasangan yang dijodohkan untuknya atau yang meminang dirinya. Jika orang tua atau wali sesuka hati memaksa kahwin dengan lelaki yang tidak disukai lantaran akhlaknya yang buruk, maka wanita itu berhak menolaknya.
Anis binti Qatadah mempunyai suami bernama Khanfasa` bin Khaddam yang meninggal dunia dalam Perang Badar. Ayahnya mengahwinkannya dengan orang lain secara paksa. Anis Bin Qatadah menghadap Rasulullah saw dan menceritakan nasibnya itu. Ya Rasulullah ayahku memaksa aku kahwin dengan pilihannya, sedangkan aku lebih menyukai bapa saudara daripada anak-anakku sebagai pengganti suamiku. Maka perkahwinan itu dibatalkan oleh Rasulullah saw, dan Rasulullah saw merestui perkahwinan Anis dengan saudara suaminya,kerana kepentingan wanita tersebut dan anak-anaknya.
Tidak ada yang berhak memaksa seorang gadis untuk kahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Tetapi jika ayahnya telah memilih untuknya suami yang soleh maka itu lebih baik baginya agar menerimanya. Kerana orang tua selalu menginginkan agar anaknya bahagia, serta memperolehi suami yang bertanggungjawab.
Perkahwinan yang berdasarkan paksaan kadang-kala akan menerima kehancuran kerana di antara suami isteri tidak sayang menyayangi dan tidak saling mencintai. Firman Allah swt maksudnya : Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.(Ar-Rum : 21)
Jika kaum wanita atau gadis ingin memilih calon suaminya sendiri, maka janganlah mengikut keinginan nafsu sahaja. Perhatikanlah aspek keimanan dan ketakwaan yang dimiliki oleh calon suami tersebut. Jangan selalu mengutamakan kedudukan dan harta, kerana kedudukan dan harta boleh lenyap bila-bila masa sahaja. Allah akan menjamin kebahagiaan hidup suatu keluarga di dunia ini jika mereka beriman dan bertakwa kepada Allah swt. Firman Allah swt maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(An-Nahl :97)
Jangan merasa bimbang jika calon suami tidak mempunyai harta yang banyak. Namun seandainya ia tergolong orang yang bertaqwa dan beramal soleh maka Allah akan memberikan rezeki yang cukup kepadanya. Abu Dzar berkata,bahawa Rasulullah saw bernah bersabda maksudnya : Sesungguhnya aku mengetahui suatu ayat, sekiranya orang ramai berpegang teguh dengannya mereka akan hidup makmur. Kemudian baginda membacakan ayat tersebut maksudnya : Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginyajalan keluar. Dan memberikan rezeki daripadanya arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu. (Ath-Thalaq :2-3)
|
|
|
Post by enigma on Sept 30, 2004 15:42:48 GMT 8
Untuk Yang bergelar Suami & Isteri RENUNGAN BUAT PARA SUAMI Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?! Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?! Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?! Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?! Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah! Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah". Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya". * Ucapan baik adalah sedekah. * Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah. * Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan. * Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa. * Berhubungan badan mendapatkan pahala. KETAHUILAH WAHAI WANITA 1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun. 2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah. 3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah. 4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid. 5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin. 6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka. 7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah. 8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu. banyaknya pahala dan ganjaran hidup berumah tangga....
|
|
|
Post by KomOt on Oct 1, 2004 10:13:37 GMT 8
pahala khawin,sama dgn pahala kita bina masjid..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 1, 2004 16:50:27 GMT 8
pahala khawin,sama dgn pahala kita bina masjid.. a'a betul tu...
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Oct 3, 2004 15:00:30 GMT 8
uiii..ni yang nak kahwin cepat ni..hahaha... ;D
|
|
|
Post by KomOt on Oct 4, 2004 10:19:15 GMT 8
aku nk kumpul duit byk2..nnt leh kawin cepat2..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 12, 2004 20:35:56 GMT 8
aku nk kumpul duit byk2..nnt leh kawin cepat2.. hah....jgn lupa jemput org yg dok jauh..... ;)boleh mkn nasik minyak nih...
|
|