|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 26, 2004 0:39:11 GMT 8
ooo..main edit2 lak ek..nasib baik komot tak quote..hehhehe.. yelah...cek komot tu kan...pakar tatabahasa..pakar ejaan kat forum iic nih.... fuh nasib baik...tukar cepat2..klu tak..... kena tegur ngan pakar bahasa... ;D
|
|
|
Post by KomOt on Oct 26, 2004 13:26:30 GMT 8
ish,ade lak cenggitu..mane ade komot nk tegur..bahan ade la..hehehe..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 26, 2004 14:41:39 GMT 8
ish,ade lak cenggitu..mane ade komot nk tegur..bahan ade la..hehehe.. iskh..iskh..camner malaysia nak maju
|
|
|
Post by KomOt on Oct 26, 2004 15:14:25 GMT 8
malaysia (mana) boleh!! ;D
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 26, 2004 22:10:28 GMT 8
ish,ade lak cenggitu..mane ade komot nk tegur..bahan ade la..hehehe.. hihihihiihi...nasib baik edit...cepat2...kalau tak....mm....jadi bahan bahasa..... ;D
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 26, 2004 22:12:34 GMT 8
Misteri cinta
"Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta denga seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu..."
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 26, 2004 23:48:03 GMT 8
malaysia (mana) boleh!! ;D teruk..teruk..beruk..
|
|
|
Post by KomOt on Oct 27, 2004 11:17:49 GMT 8
beruk..teruk..busuk(kasut)..kihkihkih.. ;D
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 27, 2004 13:51:35 GMT 8
beruk..teruk..busuk(kasut)..kihkihkih.. ;D tiru2 ayat org laks..takder idea ar tuh..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 27, 2004 23:08:58 GMT 8
tiru2 ayat org laks..takder idea ar tuh.. cek komot dah habis kehabisan....idea....tu cik kasutbata....
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 27, 2004 23:57:38 GMT 8
cek komot dah habis kehabisan....idea....tu cik kasutbata.... mmg tepat tuh..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 29, 2004 23:26:06 GMT 8
mmg tepat tuh.. a;a....kan ;Dhihihiih
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 29, 2004 23:26:59 GMT 8
WANITA TANAH : Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak - Taurus (21 April - 20Mei) - Virgo (24Ogos - 23 September) - Capricon (22 Disember - 20 Januari).
* seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. * Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. * Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. * Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. * Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. * Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API : Wanita api dilahirkan di bawah lambang - Aries (21 Mac - 20 April), - Leo (24 Julai - 23 Ogos) - Sagittarius (23 November -21 Disember).
* Dilahirkan sebagai pemimpin * Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. * Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. * Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. * Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mesra sedih dan terhiris. * Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. * Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN : Mereka ini lahir di bawah lambang - Gemini (22 Mei - 21 Jun), - Libra (24 September - 23 Oktober) - Aquarius (21 Januari - 19 Februari).
* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. * Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. * Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. * sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. * Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. * Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR : Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak - Cancer (22 Jun - 23 Julai), - Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan - Pisces (20 Februari - 20 Mac).
* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. * Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. * Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. * Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 29, 2004 23:27:14 GMT 8
PESANAN UNTUK WANITA : * Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
* Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
* Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
* Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
* Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
* Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
* Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
* Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
* Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
* Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 30, 2004 1:35:38 GMT 8
PESANAN UNTUK WANITA : * Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. * Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. * Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. * Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. * Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. * Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. * Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. * Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. * Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. * Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu. perspektif yg berbeza utk di teliti oleh seseorg yg bergelar wanita..
|
|