jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 8, 2004 8:40:33 GMT 8
ceramah agama aper plak?? btul aper?? x kan nak post lirik lagu plak kat site ni?? itu nama nye x sesuai ngan majlis, En Aragorn....macho gile....errmmmm....macho ke?? sape kata aku aragorn...macho takde la..tapi pepandai la kau buh sendili la...
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 8, 2004 8:52:36 GMT 8
sape kata aku aragorn...macho takde la..tapi pepandai la kau buh sendili la... ngkau tu la....asyik tukar nick name je...kjp tu.....kjp ni...pas ni kau nak pakai nama aper pon, aku ttp pggl kau En Kozzymind.......
|
|
Qhas _da best
Senior Student
kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan, kesabaran itu ketenangan, fikirlah wahai teman!!!!
Posts: 374
|
Post by Qhas _da best on Jan 8, 2004 9:09:22 GMT 8
to arargon macho giler: he..he.. kat sini aku nak bg pendapat aku lerk... mcm nie... kita kena redha dengan aper yang telah diberi.... rupa bukan pengukur keikhlasan hati seseorang... mcm yg pernah kita bincangkan sebelum nie... ko gak kata.. ko akan terima org berdasarkan keikhlasan & kejujuran.. so.. apa yg perlu kita buat sekarang, kita kena redha k... mungkin ko ader pengalaman.. that's why ko terfikirkan benda2 mcm nie...so.. now.. redhalah.. bak kata duo.. dah ditentukan kita nak buat mcm mn tul tak? aku nak celoteh panjang sebenarnya.. but... nanti ko malaih plak nak baca.. so... aku stop dulu.. nanti aku sambung.. k..okies... ;D
Jodoh Pertemuan di tangan Tuhan...
|
|
|
Post by enigma on Jan 8, 2004 13:07:10 GMT 8
sape kata aku aragorn...macho takde la..tapi pepandai la kau buh sendili la... erm....suke ati ko lah.
|
|
|
Post by KomOt on Jan 8, 2004 14:22:01 GMT 8
erm....suke ati aku lah. ;D
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 8, 2004 14:23:13 GMT 8
erm....suke ati aku lah. ;D tetiba je mencelah!!!
|
|
|
Post by KomOt on Jan 8, 2004 14:30:53 GMT 8
|
|
Qhas _da best
Senior Student
kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan, kesabaran itu ketenangan, fikirlah wahai teman!!!!
Posts: 374
|
Post by Qhas _da best on Jan 8, 2004 14:35:32 GMT 8
tak baik gaduh... nanti tergoda siot.. sesuai sgt lah gaduh kat thread ni plak... he..he..he.. jgn mare yerk....
|
|
|
Post by john on Jan 8, 2004 15:14:37 GMT 8
adakah cik makan hari dan komot telah timbul erasaan suka sama suka di antara mereka....kita tunggu ulasan dari mereka selepas ini....
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 8, 2004 15:19:16 GMT 8
adakah cik makan hari dan komot telah timbul erasaan suka sama suka di antara mereka....kita tunggu ulasan dari mereka selepas ini.... firstly, kau jgn nak memandai translate nick name aku... secondly, kau jgn nak memandai padankan aku ngan En KomOt tu....ari tu diaorg padankan aku ngan En PoKai B, pas tu KomOt,pasni aku tak tau la saper...ntanntah kau kut!! hmmm...x nak aku!! thirdly, pasni kau jgn nak memandai-mandai............
|
|
|
Post by john on Jan 8, 2004 15:59:17 GMT 8
aku bukan nak memandai..tapi cume nak menghangatkan suasana je.. ;D
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 8, 2004 16:09:28 GMT 8
aku bukan nak memandai..tapi cume nak menghangatkan suasana je.. ;D 'pandai' la kau!!!
|
|
|
Post by john on Jan 8, 2004 16:17:27 GMT 8
time kasih
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 8, 2004 16:18:24 GMT 8
time kasih sama-samaaaaaaaaaaaa...... ;D
|
|
Qhas _da best
Senior Student
kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan, kesabaran itu ketenangan, fikirlah wahai teman!!!!
Posts: 374
|
Post by Qhas _da best on Jan 8, 2004 16:46:13 GMT 8
;D" Untuk Suker-Suker" ** BETUL ATAU KEBETULAN......**
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara ;D
|
|