|
Post by StRiDeR on May 12, 2004 14:33:35 GMT 8
Bila air mata bersuara!
Waktu terus berlalu silih berganti, zaman demi zaman berubah.Begitu pantas masa beredar. Tanpa terasa, umur ini makin bertambah. Tapi... ..usia hidup amkin berkurang... . hari demi hari, minggu demi minggu, bula demi bulan, tahun demi tahun, setapak demi setapak, tempat yang dituju oleh setiap insan semakin hampir. Tempat yang pasti akan kita pergi... .itulah alam barzakh! Alam yang baru akan dihuni selepas kematian kita.
Siapakah yang tahu : Berapa lamakah lagi tersisa usia hidup kita didunia? Tak siapa yang boleh menjawabnya. Yang pasti... .semakin lama... semakin singkat dan dekat. Tapi, adakah kita telah bersedia? Apa kata jika masanya sudah telalu hampir? Bagaiman? Ah... . berfikir dan membayangkannya pun sudah terasa cemas, takut dan bimbang. Namun, kebanyakkan daripada kita masih lupa dan lalai...
Sampai bila wahai jiwa? Sampai bila? Sampai bila engkau akan lupa tentang hakikatpenciptaanmu?
Sampai bila engkau akan membelakangkan perintah rabbmu? Demi menurut selera hawa nafsumu... terlena dek khayalan-khayalan yang kosong? Sampai bila? Sampai ajal menjempumu?
Telah banyak arahan, nasihat, dan peringatan disampaikan! Tetapi masih terasa kurang. Tahukah negkau harta yang kau banggakan dan tompok-tompok itu akan membelit lehermu di akhirat nanti?
Berapa banyak pula masa yang kau habiskan dengan sia-sia? Tidak tahukah engkau masa-masa ini juga akan dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbmu Tahukah kau tentang sebuah syair mengungkapkan : tidak patutlah hidup, seseorang yang berfikir, kecuali hijrah dari sautu keadaan kesatu keadaan yang lebih baik. Janganlah engkau biarkan dirimu dipermainkan oleh dunia, sedangkan engkau melihat segala ibrah didalamnya.
Engkau tinggalkan al-Quran, sebaliknya engkau dengari lagu-lagu hina yang mempesona. Bukankah engkau juga tahu kesenangan hidup didunia hanya sementara, hanyalah sedikit cuma... berbanding dengan apa yang akan diperolehi di akhirat. Sanggup kau menggadai kesenangan dan kemewahan di sana untuk bersantai senang dengan hidup yang sementara di sini?
Mengenangkan keadaan yang sedemikian, tidak disedari air mata meminitis membasahi pipiku. Aku menangis kerana terlalu sedikitnya amalan kebaikan, dan banyaknya dosa yang manyaluti tubuhku. Tiba-tiba, serasa titisan air mata bersuara : Gerangan apa yang etrjadi wahai hamba Allah?. Siapa engkau? tanyaku. Aku titisan air matamu! jawab suara itu. Lalu, apa yang menyebabkan engaku keluar? Gelojak panas hatimu! Panasnya hatiku..? lalu apa yang meyalakan api di dalam hatiku, sehingga engkau merasa panas? Dosa-dosamu, dan maksiat yang telah engkau kerjakan. Apa... .? Dosa... ..? Apakah dosa mempengaruhi panas di dalam hati? Ya... tidakkah dikau pernah mendengar doa rasul yang dibacanya terus menerus?
Ya allah ya tuhanku, bersihkanlah segala dosaku dengan air salji yang dingin.
Aku tertunduk diam. Berbagai pertanyaan terlintas dalam benakku tidak menentu, sampai pada satu ketika aku bertanya: Mengapa Rasulullah berdoa seperti itu, padahal kita tahu air yang panas mempunyai kesan yang kuat untuk menghilangkannya?.
Oh... .pertanyaan itu telah mengingatkan aku tentang pertanyaan ibnu Qayyim al-Jauzi kepada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Jawapan beliau; sesungguhnya maksiat dan kesalahan itu akan mendatangkan panas dan najis di dalam hati, sehingga hati menjadi lemah dan tidak berdaya menghadapi api syahwat. Sesungguhnya maksiat dan dosa seperti kayu bakar yang akan memarakkan kobaran api tadi, sebab itu semakin banyak maksiat dan dosa yang dikerjakan, semakin besarlah kobaran api tadi. Sednagkan air pula membersihkan kotoran dan menghentikan kobaran api. Apabila air itu bertambah dingin, maka daya penyejukkannya akan bertambah kuat, dan mampu membersihkan kotoran secara sempurna. Hurai air mata.
Engkau benar wahai air mata. Aku merasa gelisah, dan perasaanku tidak menentu di dalam hatiku. Aku kira ini merupakan dosa dan kealpaanku terhadap Rabbku.
Ya, benar apa yang negkau katakan, kerana sesungguhnya maksiat itu mendatangkan kesialan bagi pelakunya. Oleh itu, cepatlah engkau bertaubat sebelum ajal menjemputmu.
Sebelum berpisah, bolehkah aku bertanya satu pertanyaan?
Silakan,
Aku merasakan hati ini terasa keras bagai batu karang. Berapa banyak nasihat yang masuk tetapi aku tetap lalai terhadap hak-hak Rabbku. Yang anehnya, mengapa engkau tetap keluar?
Wahai hamba Alla, itulah panggilan fitrah. Jika engkau perhatikan pada masa-masa seperti sekarang ini, engkau menemui hati yang membatu, keras bagai batu karang lautan yang tidakkan goyang diterpa hempasan-hempasan gelombang dakwah dan suara hati nurani sendiri. Engkau akan sulit menemui hati yang sentiasa beriltizm untuk zikrullah, kecuali meraka yang mandapat taufik dan hidayah Nya.
Apa yang menyebabkan perkara ini?
Cinta dunia, dan tertipu oleh fatamorgana di dalamnya. Manusia sekarang ini telah terlena dan tertipu oleh kemewahan yang palsu dan fana. Dunia tidak ubah seperti ular yang dikagumi kerana kehalusan kulit dan keindahannya. Namun, disebalik itu meraka tidak sedar dia membawa malapetaka yang besar, dan berupaya untuk mematikan. Apa yang dimaksudkan dengan racun itu?
Dosa-dosa dan maksiat, kerana sesungguhnya noda-noda dosa itu adalah racun di dalam hatimu. Maka, kita harus sucikan dan keluarkannya dari dalam. Jika tidak, maka akan matilah hati kita.
Lalu bagaimanakah caranya bagi kita untuk memebrsihkannya dari racun itu?
Dengan taubat yang terus menerus, dan hijrah ke perkampungan orang-orang yang kembali ke jalan yang benar melalui kereta orang-orang yang beristighfar, dan memohon ampun daripada Rabbnya. Dengan itu, engkau akan mengetahui segala sesuatu yang akan membersihkan hatimu dari benih-benih dosa yang akan tumbuh!
|
|
|
Post by KomOt on May 21, 2004 9:37:22 GMT 8
Petunjuk Meneguhkan Iman
Saat ini kaum muslimin sedang dihadapkan pada persoalan besar, di antaranya syubhat, syahwat, penyimpangan dari kefahaman agama, perpecahan dan lain-lain. Cubaan-cubaan tersebut silih berganti menghempas, menggoyahkan dan menghakis iman. Tidak mustahil seorang muslim selanjutnya membelot, bahkan murtad dari keIslamannya. Berikut ini di huraikan 15 petunjuk yang bersumber dari Al Qur'an dan Al Hadis yang dapat dijadikan sandaran dalam memelihara keteguhan iman kita.
1. Akrab dengan Al Qur'an
Al Qur'an merupakan petunjuk utama untuk mencapai tsabat (keteguhan iman). Al Qur'an merupakan penghubung yang amat kukuh antara hamba dengan Rabbnya. Barangsiapa berpegang teguh dengan Al Qur'an, nescaya Allah akan memeliharanya, barangsiapa mengikuti Al Qur'an, nescaya Allah akan menyelamatkannya dan barangsiapa menyeru kepada Al Qur'an, nescaya Allah akan menunjukinya ke jalan yang benar.
Allah Azza wa Jalla telah menjelaskan bahawa diturunkannya Al Qur'an secara beransur-ansur adalah untuk meneguhkan hati para hamba-Nya, sebagaimana firman Allah tatkala membantah tuduhan kaum kuffar, "Orang-orang kafir berkata: Mengapa Al Qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja? Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tertib." (Al Furqan : 32)
Di antara alasan mengapa Al Qur'an sebagai sumber utama untuk mencapai tsabat, kerana Al Qur'an menanamkan keimanan dan mensucikan jiwa seseorang, diturunkan untuk mententeramkan hati manusia dan sebagai benteng bagi orang mukmin dalam menghadapi hempasan fitnah. Al Qur'an juga membekali muslim dengan konsepsi serta nilai yang dijamin kebenarannya, sehingga dia mampu menilai sesuatu dan menimbang sesuatu secara proporsial dan benar.
2. Iltizam dengan Syari'at Islam
Allah berfirman:
"Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66)
Jelas sekali, tidak mungkin kita mengharapkan orang-orang yang malas dan tidak melakukan amal salih dapat memiliki keteguhan iman. Allah hanya akan menunjukkan kepada orang yang beriman dan mengamalkannya, jalan yang lurus. Oleh kerana itu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan para sahabat senantiasa melakukan amal salih dan menjaganya secara terus-menerus. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
"Barangsiapa memelihara solat dua belas raka'at (sunat rawatib), nescaya ia dijamin masuk syurga." (At Tirmidzi 2/273)
|
|
|
Post by KomOt on May 24, 2004 0:13:27 GMT 8
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani dan segala puji hanya untuknya.
KELUAR RUMAH PAKAI SELUAR PENDEK(LELAKI) PAKAI RANTAI(LELAKI)TAK KIRA EMAS,MANIK KONONYA FESYEN PAKAI SUBANG(LELAKI) SEBELAH ATAU DUA BELAH PAKAI BAJU KURUNG TAPI TAK PAKAI TUDUNG (AMOI OPIS AKU BOLEH PAKAI) BERKEPIT JANTAN BETINA TAK KIRA TEMPAT MINUM ARAK WALAUPUN SIKIT MASUK DISKO MENARI-NARI terloncat2 TAK SOLAT ATAU KEKADANG JER TAK PUASA TAK BAYAR ZAKAT TAK PERNAH BACA QURAN TAK PERGI SEMBAHYANG JUMAAT
MEREKALAH GOLONGAN YANG SAMA DENGAN BUKAN ISLAM CUMA BEZANYA PADA KAD PENGENALAN YANG BERTULIS AGAMA ISLAM.
"Sesungguhnya rasulullah amat membenci umat islam meniru2 cara atau gaya hidup orang bukan islam" "Serban yahudi bukan serban islam, janggut yahudi bukan janggut islam, cincin yahudi bukan cincin islam"
INGATLAH SAUDARA2KU, AGAMA ADALAH CARA HIDUP, JIKA CARA HIDUP KITA BUKAN CARA HIDUP ISLAM,APA ERTINYA KITA MENGANUTINYA, ISLAM ADALAH SYUMUL(MENYELURUH) KENAPA DIKUTI AJARANNYA SEPARUH-SEPARUH?
"Islam itu indah"
|
|
|
Post by KomOt on Jul 8, 2004 9:05:34 GMT 8
KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam.Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
|
|
|
Post by KomOt on Jul 22, 2004 7:10:59 GMT 8
Yesterday is history, Tommorow's a mystery, Today's a gift, That's why we call it the Present.
"Each day I wake in gratitude. Thanking Allah, He let me rise And To Him I only Seek His assistance."
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Aug 9, 2004 8:08:09 GMT 8
Hafallah Tujuh Kalimat
1) Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2) Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3) Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 4) Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok. 5) Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6) Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7) Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya
|
|
|
Post by KomOt on Sept 24, 2004 9:25:39 GMT 8
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaahaillalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang-kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini Laa ilaaha illalLah! Wassalam.
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Sept 28, 2004 14:20:24 GMT 8
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun >yang > hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada >sesuatu > yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka > segala-galanya telah hilang dari diri seseorang. > > > "Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik > bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, > sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya >membaca > "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut >Ka'bah, > dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada >di > belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti > diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya >seorang > laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang >itu > lalu berkata: > "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja > memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah > bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau >akan > aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah." > > Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, >lalu > bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" >"Belum," > jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya >percaya > dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah >melihatnya, > dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu > dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. > > Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! > Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di >akhirat!" > Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya >kepada > dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera > tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, > Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata >kepadanya: > > "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa >itu > biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah > mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta > dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi > orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang > mengingkarinya." > > Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari >langit > dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu >dan > bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona > dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di > hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil > mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian > pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: > > "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat > perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan > dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau > perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan > akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan > betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia >memperhitungkan > kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan > pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba >akan > memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!' > > Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun > menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, >air > mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril > turun lagi seraya berkata: > > "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan > bersabda: > Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, > penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la > bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan >menghisab > dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. >Allah > sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di >syurga > nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila >mendengar > berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan >keharuan > dirinya. " > > > > Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim > Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita >semua. > Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang >yang > mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Sept 28, 2004 14:21:48 GMT 8
Jadikanlah cerita ini sebagai iktibar. Semoga Allah memberkati kita >semua... > > > >Subject: Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku.. > > "Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku diambil dari majalah >Iskandariah Mesir, MANAR ISLAM" Menurut majalah tersebut, pada suatu >hari, >seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat >menaiki >sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. >Malangnya >walau pun tinggal dibumi yangterkenal dengan tradisi keislaman, pakaian >gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi >hampir >terlihat segala yang patutdisembunyikan bagi seorang perempuan dari >pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. > Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang >tua >yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika >kamu >berpakaian yang baik,yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama >Islam kamu, tu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya >menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. > Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu >dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai >orang >tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu >memiliki > >sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?. > Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan >orang >tua itu gadis itu tertawa mengejek >panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan >telefon >bimbitnya kepada orang tua tadi >sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat."Ambil hanphone ku ini >dan >hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam >untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui >bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. > Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si >gadis >manis.Sayang wajahnya yang ayu tidak >sama dengan perilakunya yang buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut >terdiam ada yang menggelengkan kepala >kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang >masih >muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu >menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih >teruk lagi. > Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi >bermulut >celupar tersebut di dapati tertidur di >muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain >mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang >tua >tadi memeriksa nadi si gadis.Sedetik kemudian dia menggelengkan >kepalanya. >Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak >disangka. > Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan >itu. >Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke >pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah >tersebut. Tapi >sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang >terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar >api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan >kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja >menyentuh >tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan >mayat itu. > > Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis >malang >tersebut. Apakah hasratnya menempah >sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,sesungguhnya >Allah >itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan >ikhtibar >dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan >sekali >sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw >dengan mempersendakan atau ejekan. > > Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus >kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya >dan >seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, >pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, >tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang >akan >menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. > > Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang >bodohitu?Mereka itulah orang yang ingin melawan >Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan >bererti >anda ingin melawan arahan Tuhan.Sewaktu di sekolah anda tertakluk >dengan >undang-undang sekolah,dalam pekerjaan anda tertakluk dengan >undang-undang >yang di lakar oleh majikan anda,di dalam negeri anda tertakluk di bawah >undang-undang negara anda. > > Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga >terlalu >prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak >di >bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal >oleh >yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada tamanlarangannya, begitu >juga >Allah swt. Taman laranganNya adalah >perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi >ini. >Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di >atas >jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita. > > > >Wallahualam bissawab.
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Sept 28, 2004 14:23:54 GMT 8
WASIAT RASULULLAH S.A.W.
ADAB UZ-ZIFAF
Ahmad telah menceritakan : “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam”
Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”
Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.”
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.”
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.”
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),”
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”…..1*
(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
Ikhlas,
|
|
|
Post by KomOt on Oct 11, 2004 14:54:54 GMT 8
Assalamualaikum!
Puasa yg berkesan utk kesihatan
Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa: Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter). (ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan (iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang. (iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa (v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku. (vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka) (ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam (iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan. (iv) Mengulangi makan sepanjang malam. (v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan (vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh. (ii) Air paip masak yang tidak ditapis. (iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya. (iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention) (v) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga(14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak) (ii) Makan kerap (iii) Kuih-muih yang payah dihadam (iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut (ii) Kesihatan bertambah baik
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Nov 3, 2004 22:54:19 GMT 8
Assalamu'alaikum, > > > > > > Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan > > langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu > > lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. > > > > Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha > > illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: > > > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada > > rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, > > hanya untuk usaha kita yang sedikit dan sambil lewa. > > > > Laa ilaaha illalLah! > > Wassalam.
|
|
gaban
Senior Student
Posts: 249
|
Post by gaban on Nov 8, 2004 14:36:15 GMT 8
Tazkirah yg kasut bata antar dah diberu oleh komot....harap tgk dahulu sebelum antar...jgn asyik copy and paste jerk...... ;D
|
|