sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 27, 2004 10:00:30 GMT 8
PLEASE TAKE 2 MINUTES OF YOUR TIME TO READ THIS.
Imagine this happening to you.
One day during Jummah salah, a 1,000 member congregation was surprised to see two men enter, both covered from head to toe in black and carrying sub-machine guns. One of the men proclaimed, "Anyone willing to take a bullet for Allah remain where you are." Immediately, the congregation fled, and Out of the 1,000 there only remained around 20. The man who had spoken took off his hood, looked at the Imaam and said "Okay Maulana, I got rid of all the hypocrites. Now you may begin your sermon, and the two men turned and walked out.
Too deep not to pass on...
Funny how simple it is for people to trash Allah ... and then wonder why the world's going to hell. Funny how we believe what the newspapers say, but question what the Quran says. Funny how everyone wants to go to heaven provided they do not have to believe,think, say, or do anything the Quran says. Funny or is it scary? Funny how someone can say "I believe in Allah" but still follow Shaitaan (who, by the way, also "believes"in Allah). Funny how you can send a thousand 'jokes' through e-mail and they spread like wildfire, but when you start sending messages regarding Allah, people think twice about sharing.
Funny how the lewd, crude, vulgar and obscene pass freely through cyberspace, but the public discussion of Allah is suppressed in the school and workplace. Funny, isn't it? Funny how someone can be so fired up for Allah on Friday but be an invisible Muslim the rest of the week.
Are you laughing?
Funny how when you go to forward this message, you will not send it to many on your address list because you're not sure what they believe, or what they will think of you for sending it to them. Funny how Ican be more worried about what other people think of me than what Allah thinksof me.
Are you thinking?
Will you share this with people you care about? Or not?
|
|
|
Post by KomOt on Mar 1, 2004 9:26:10 GMT 8
A'kum.. komot first time post kt sini ni..sila tunjuk ajar.. ;D
Hanya ingin mengingatkan
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Basmallah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
|
|
|
Post by KomOt on Mar 1, 2004 11:22:15 GMT 8
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", yaitu :
1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
|
|
|
Post by KomOt on Mar 3, 2004 10:08:43 GMT 8
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
|
|
Gen2
New Student
Posts: 5
|
Post by Gen2 on Mar 4, 2004 22:05:17 GMT 8
TEXTMengapa Khinzir Haram
Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.
Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1, <http://health.iafrica.com/ ) Betul ke virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya di dalam khinzir?
Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]
Virus-Virus Daripada Khinzir
Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.
Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997]
Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source: <http://news.bbc.co.uk/hi/english/health/newsid_489000/489385.htm ]
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.
Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000]
Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison, <http://www.news.wisc.edu/chancellor/yourworld/45.html ]
Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998]
Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998]
Penyakit Dan Jangkitan Daripada Khinzir
Setelah kita mengetahui virus-virus yang boleh dijangkiti dan didapati didalam virus, cuba kita lihat pulak penyakit-penyakit bawaannya. Ini adalah antara penemuan terbaru masakini
|
|
Gen2
New Student
Posts: 5
|
Post by Gen2 on Mar 4, 2004 22:08:29 GMT 8
TEXTNama nama Iblis
Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duuk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.
Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya.
1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.
2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.
3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.
4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.
5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.
|
|
Gen2
New Student
Posts: 5
|
Post by Gen2 on Mar 4, 2004 22:09:25 GMT 8
ADAB MENGUAP
1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
|
|
Gen2
New Student
Posts: 5
|
Post by Gen2 on Mar 4, 2004 22:12:16 GMT 8
ISLAM DAN TIDUR
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."
Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.
(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)
Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.
(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')
Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.
(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah
Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."
(Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.
Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.
|
|
|
Post by KomOt on Mar 8, 2004 17:21:07 GMT 8
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
|
|
|
Post by KomOt on Mar 15, 2004 11:59:51 GMT 8
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
> > 1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
> > 2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
> > 3. Esok : Hari yang belum pasti
> >
> > Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita
> > lebih baik dari hari yang pertama.
> > Jangan mengharap hari yang ketiga kerana
> > mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
> >
> > HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
> >
> > 1. Nafas Naik
> > 2. Nafas Turun
> >
> > Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
> > adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah
> > keredhaanNya dalam menggunakannya.
> > Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin
> > nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
> > dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
> >
> > HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
> >
> > 1. Kekal di dalam neraka
> > 2. Kekal di dalam syurga
> >
> > Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan
> > kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun
> > IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu
> > darinya maka hilanglah ia.
> > Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
> > Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
> > terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya
> > adalah SOLAT...
> > Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke
> > SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang
> > mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai
> > BOARDING PASS.
> > Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama
> > mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem
> > apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada
> > penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan
> > dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :- > >
> >
> > 1. Dia mungkin didenda
> > 2. Segala suratnya masuk tong sampah.
> >
> > Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas
> > segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....
> > Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara
> > percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap
> > detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada
> > Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu
> > masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan
> > Allah meredhai.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 15, 2004 12:04:21 GMT 8
so hari2 kene semayang... hari jumaat semayang jumaat. ;D
|
|
|
Post by KomOt on Mar 15, 2004 12:58:07 GMT 8
ye la tu..kn sembahyang tu kewajipan semua umat Islam..jgn tinggal sembahyang doo.. kalau tak sengaja,Qada' balik sembahyang tu..
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 20, 2004 23:38:10 GMT 8
A reminder to us all. Allah SWT won't ask...
ALLAH WON'T ASK... ... ...
1. Allah won't ask what kind of car you drove, but will ask how many people you drove who didn't have transportation.
2. Allah won't ask what your highest salary was, but will ask if you compromised your character or morals to obtain that salary.
3. Allah won't ask the square footage of your house, but will ask how many people you welcomed into your home.
4. Allah won't ask about the fancy clothes you had in your closet, but will ask how many of those clothes helped the needy.
5. Allah won't ask about your social status, but will ask what kind of class you displayed.
6. Allah won't ask how many material possessions you had, but will ask if they dictated your life.
7. Allah won't ask how much overtime you worked, but will ask if you worked overtime for your family and loved ones.
8. Allah won't ask how many promotions you received, but will ask how you promoted others.
9. Allah won't ask what your job title was, but will ask if you performed your job to the best of your ability.
10. Allah won't ask what you did to help yourself, but will ask what you did to help others.
11. Allah won't ask how many friends you had, but will ask how many people to whom you were a true friend.
12. Allah won't ask what you did to protect your rights, but will ask what you did to protect the rights of others.
13. Allah won't ask in what neighborhood you lived, but will ask how you treated your neighbors.
14. Allah won't ask about the color of your skin, but will ask about the content of your character.
15. Allah won't ask how many times your deeds matched your words, but will ask how many times they didn't.
|
|
noi24
Junior Student
Posts: 51
|
Post by noi24 on Mar 21, 2004 1:39:54 GMT 8
Assalamualaikum... > > > > > > Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga > > segala perlakuan kita > > > > semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh > > Allah SWT pada setiap masa > > > > > > dan ketika. > > > > * Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. > > > > * Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. > > > > * Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. > > > > * Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi > > muafakat. > > > > * Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita > > menjadi kuat. > > > > * Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi > > hormat. > > > > * Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun > > tersekat. > > > > * Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun > > meningkat. > > > > * Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan > > menjadi pesat. > > > > ....... > > > > > > TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan > > menjadi pesat, > > > > kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. > > > > * Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam > > kulat. > > > > * Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, > > > > * KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. > > > > * Apabila manusia telah mengubah tabiat, > > > > * ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. > > > > * Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin > > hari makin liat. > > > > * Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang > > bertukar jadi jahat. > > > > * Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin > > pula nak kaya cepat. > > > > * Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua > > pula nak mati lambat. > > > > * Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum > > madu telan jer la > > > > * minyak gamat. > > > > * Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. > > > > * Semua nak tunjuk kuat. > > > > * Bila berjudi, percaya unsur kurafat. > > > > * Tapi hidup pula yang melarat. > > > > * Tali kasut dah tak berikat. > > > > * Rambut pun jarang sikat. > > > > * Yang perempuan, pakai mini sekerat. > > > > * Suka pakai baju ketat. > > > > * Suka sangat menunjukkan pusat. > > > > * Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. > > > > * Pakai pulak yang singkat-singkat. > > > > * Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. > > > > * Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. > > > > * Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. > > > > * Duduk jauh berkirim surat. > > > > * Bila berjumpa, tangan berjabat. > > > > * Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. > > > > * Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. > > > > * Usah peduli agama dan adat. > > > > * Usah takut Allah dan malaikat. > > > > * Yang penting apa kita nak buat? > > > > * Kita 'bukti' lah kita buat. > > > > * Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. > > > > * Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah > > pula anak-anak yang > > tak cukup sifat. > > > > * Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok > > bayi dibuang di merata > > tempat. > > > > * MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. > > > > * Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. > > > > * Habis manusia telah tersesat. > > > > * Inilah dia fenomena masyarakat. > > > > * Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, > > > > * Marilah kita pakat mengingat, > > > > * Bahawa dunia hari ini makin singkat, > > > > * Esok atau lusa mungkin kiamat, > > > > * Sampai masa kita semua akan berangkat! . > > > > * Berangkat menuju ke negeri akhirat. > > > > * Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. > > > > * Masa tu, sindri mau ingat. > > > > * Umur mu
|
|
|
Post by kuzy on Mar 23, 2004 12:36:11 GMT 8
semua kate ader at kat blakang
|
|