|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 22:02:49 GMT 8
20 Perkara Jangan -------------------------
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH
1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 3.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal, kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat 6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan 7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan 8.Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9.Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa 10.Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya 11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa 12.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah 13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia. 14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 15.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 17.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 18.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH 19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya 20.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 5, 2004 8:18:06 GMT 8
apsal byk la tazkirah...perg kalah tokoh agama..... ;D
|
|
|
Post by enigma on Jan 5, 2004 11:36:18 GMT 8
apsal byk la tazkirah...perg kalah tokoh agama..... ;D biarlah dia....dia bkn saje nk menyedatkan dirinya sendiri...malah nk menyedarkan awak....saya...dan kengkawan yg lain.....understand? ;D
|
|
Qhas _da best
Senior Student
kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan, kesabaran itu ketenangan, fikirlah wahai teman!!!!
Posts: 374
|
Post by Qhas _da best on Jan 5, 2004 14:07:58 GMT 8
;D biarlah enigma.. apa2pun kita amik iktibar,,, ;D
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 5, 2004 14:55:34 GMT 8
ish malu nyer aku...nauzubillah
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 5, 2004 15:24:29 GMT 8
assalamualakum ini adalah wasiat dari penjaga makam nabi muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad . pada suatu mlm ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W.selepas membaca hamba tertidur.Dalam tidur,hamba bermimpi didatangi rasulullah lalu bersabda kepada hamba.dalam 60.000 orang yang meninggal dunia dizaman ini tiada seorangpun yang matinya dalam keadaan beriman. a)isteri tidak lagi mendengar kata suami b)Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin. c)orang yang kaya tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan. Oleh itu wahai sheikh Ahmad.hendaklah kamu menyedarkan kepada orang islam ini supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (QIAMAT) akan tiba dimana bintang terbit dari langit sesudah itu pintu matahari akan turun diatas kepala. Pesanan hamba ini. a)Berselawatlah - Untuk junjungan mulia Nabi kita MUHAMMAD S.A.W. b)Bertaubatlah - Dengan segera sementara pintu TAUBAT masih terbuka. c)Bersembahyanglah - Sebelum kamu disembahyangkan. d)Berzakat - Jangan ditinggalkan. e)Menunaikan Fardu haji - Bila berkemampuan. f)Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa -Hormatilah mereka
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 21:04:39 GMT 8
Wasiat Imam Syafie --------------------------
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 20:39:07 GMT 8
Kita yang gagal ---------------------
kgman writes: Assalamualaikum.......
Kepada semua pembaca yang melayari halaman yang penuh berinformasi dan bermanfaat ini. Moga dengan isu yang saya uar-uarkan kali ini dapat membuka minda kita semua dalam memperbaiki kelemahan dan seterusnya dapat membentuk masyarakat yang madani bersesuaian dengan norma-norma semasa mengikut acuan yang sebenarnya.
Kita yang dalam kegagalan diutarakan kerana memperlihatkan suasana masyarakat kita yang kian meruncing dalam menjalani kehidupan seharian. Apakah yang dimaksudkan dengan kegagalan ini?..... Apakah masyarakat kita ketinggalan dalam arus pembangunan sejagat?..... Apakah masyarakat kita masih lagi hidup dalam kemunduran?..... Apakah masyarakat kita masih lagi hidup melarat?.... Apakah tidak berilmu...? Atau apa-apa lagi yang boleh dibangkitkan?...... Jawapanya tentulah tidak sama sekali. Persoalan ini dibangkitkan kerana kita sedia maklum yang kita telah mencapai kejayaan dibidang tersebut dan sedang menuju ke tahap yang lebih baik. Kegagalan yang saya maksudkan disini ialah kegagalan mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai nilai-nilai roh islam dalam erti kata masyarakat madani.
Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat madani. Biarlah saya terangkan sedikit maksud perkataan madani tersebut. Perkataan madani (madaniyyah) diambil dari perkataan madinatul munawarah iaitu daulah islamiah yang pertama diwujudkan oleh junjungan mulia Rasulullah SAW selepas berhijrah ke Yatrid (sebelum di tukar ke madinah) dan mempersaudarakan golongan ansar dan muhajirin. apa yang pentingnya masyarakat Madinah pada ketika itu menjadi role model kepada kita semua dalam menerapkan nilai-nilai roh islam dalam segala aspek kehidupan. Ini kerana bukanlah menjadi satu penghalang sekiranya kita mempunyai masyarakat yang majmuk atau sedang menuju kearah pembangunan yang maju atau apa-apa alasan sekalipun. Semuanya itu telah dinafikan setelah wujudnya daulah islamiah yang pertama iaitu di Madinatul munawarah. Ini kerana segala persoalan yang kita bngkitkan pada masa kini semuanya akan terjawab sekiranya kita meneliti dan mendalami sirah-sirah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a sekalian.
Berikut ini akan saya jelaskan apakah kegagalan yang saya maksudkan pada masa ini walaupun pada hakikatnya kita telah mencapai kejayaan ketika ini terutamanya dalam bentuk pembangunan yang menjadi kebanggaan semua. Kegagalan yang dimaksudkan ialah:-
1) Kegagalan membentuk masyarat yang bermatlamat Lillahita'ala ( hanya kerana Allah SWT ).
2) Kegagalan membentuk masyarakat yang sentiasa menjaga solat lima waktu.
3) Kegagalan membendung gejala yang tidak bermoral masuk ke negara kita malah ditalah yang menajanya terutamanya dalam bentuk hiburan yang sekadar sia-sia belaka sehinggakan anak bangsa kita seolah-olah tidak kenal adat dan budaya serta halal-haramnya.
4) Kegagalan mewujudkan suasana pembelajaran untuk menuntut ilmu sebaliknya lebih kepada untuk lulus perperiksaan semata-mata dan mendapat perkerjaan yang bagus (matarialistik) bukannya untuk mendalami sesuatu ilmu dalam erti kata sebenar-benarnya.
5) Gagal mewujudkan suasana masysrakat yang benar-benar harmoni tanpa mengira bangsa dan agama.Sebagai contoh dalam bidang pekerjaan yang sering berlaku diskriminasi.
6) Gagal mebina jatidiri anak bangsa dalam erti kata sebenarnya. Bukanlah sekadar berani mengharungi aktiviti lasak sebaliknya berani kerana benar dan tidak berani melanggar larangan Allah SWT.
7)Gagal mewujudkan institusi kekeluargaan yang harmoni. Buktinya kadar penceraian yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
8) Gagal membendung gejala negatif yang melanda masyarakat bahkan semakin hari ada sahaja perkataan baru gejala sosial di timbulkan seperti bohjan, bohsia, money boy, black money, dan macam-macam lagi. Buktinya lihat la kadar jenayah dan pertambahan pusat pemulihan dadah mahupun akhlak.
9) Gagal mengawal pergaulan bebas anak muda antara lelaki dan perempuan tanpa batasan sehinggakan ianya menjadi kebanggaan dan kebiasaan dalam masyarakat. Buktinya lihat sahaja di pasar raya atau taman-taman bunga.
10) Gagal membentuk nilai-nilai murni yang mulia dalam masyarakat. Buktinya keruntuhan akhlak dikalanyan generasi muda mahupun tua. Lihat sahajalaporan akhbar harian.
Rasanya cukuplah sepuluh perkara yang saya nyatakan itu untuk renungan bersama. Janganlah semakin maju negara kita semakin runtuh nilai-nilai roh islam dan budaya-budaya yang mulia. Apa yang paling penting untuk saya tegaskan disini marilah kita semua membetulkan segala niat kita dalam urusan seharian Lilahita'ala hanya kerana Allah SWT. Insy'Allah semulanya yang kita lakukan akan menghasilkan sesuatu yang benar-benar berjaya bersesuaian dengan kehendak Islam. Maka dengan itu tidak akan ada lagi orang yang tinggalkan solat lima waktu, tidak ada lagi orang yang runtuh akhlaknya, tidak ada lagi gejala sosial dalam masyarakat, tidak ada lagi rumah tangga yang porak-poranda, tidak ada lagi orang menuntut ilmu kerana kebendaan, tidak ada lagi pecah amanah atau rasuah dan sebagainya. Secara tak langsung wujudlah masyarakat yang harmoni iaitu nasyarakat madani seperti yang telah pun berlaku selepas pembukaan Madinatul munawarah. Marilah kita membetulkan segala kesilapan dan kealfaan yang berlaku.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:59:43 GMT 8
Dua nikmat tidak terasa ------------------------------
husnulkhatimah writes: Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.
"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.
Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.
Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya.
Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.
Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain..janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain..
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 7, 2004 21:50:30 GMT 8
>>Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan >>sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam >>diri-diri kamu ada >>kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan >>dan >>perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di >>tangan >>kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 >>dan 8 >>dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. >>Berikut >>adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:- >> >> >> 1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara >>Rasulullah >>s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya >>dan >>kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil >>sedikit garam >> menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan >>menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan >>lauknya. >> >> >> Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam >>enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg >>kiri. Ini >>adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang >>dapat >> menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first >>process of digestion. >> >> >> Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari >>tanah >>yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu >>adalah >>sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka >>lumrahnya >>bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk >>kita. >> >> >> Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam >>juga >> adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, >> dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning >>adalah >> dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat >>menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu >>manusia. >> >> >> 2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak >>40 >>kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita >>senang >> memproseskan makanan itu. >> >> >> 3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah >>sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun >>ada >>membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka >>bakteria dan >> racun akan musnah dari sumber makanan itu. >> >> >> Cara Rasulullah minum. >> >> >> Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh >>yang >> menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar >>dan >>jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari >>bekas yg >>besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, >>kita tentu >> akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana >>apabila >> kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, >>yang >>apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama >>dengan cuka, >> menyebabkan minuman itu menjadi acidic. >> >> >> Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. >> >> >> Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. >>Mengapa >> Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang >>berzina, >>dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? >> >> >> Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau >>antibiotik yg >> dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang >>belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. >> >> >> Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan >>beribu-ribu >>sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat >>menghasilkan 10 >>unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel >>lain akan >> hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang >>belum >> berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. >>Ini >> adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran >>tentang >> kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik >>yang >>dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu >>dapatlah >>antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah >>berkahwin,walaupun >> disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi >>sahaja, >>jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat >>merebakkan virus HIV itu. >> >> >> Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr >>Jamnul >>Azhar. >> Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit >>informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar >>mengenai >>Ka'bah. >> >> >> Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat >>persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah >>dibuat kajian >> oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat >>terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. >>Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang >>bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk >>pyramid, dimana ia >>diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas >>setelah ia >>memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi >>melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, >>melambangkan kebenaran >> keempat-empat Imam tersebut. >> >> >> Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah >> >> >> TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:03:22 GMT 8
UNGKAPAN BERHIKMAH DARI NABI ISA A.S.: --------------------------------------------------------
BERMULA HAYAT KITA DI DUNIA INI HANYALAH BUAT 3 HARI IAITU,
HARI YANG TELAH BERLALU (SEMALAM) MAKA TIDAK ADA LAGI KESEMPATAN BAGIMU UNTUK MENDAPATKANNYA SEMULA
PADA ESOK HARINYA PULA KAMU TIDAK TAHU SAMADA KAMU BERPELUANG UNTUK MENIKMATINYANYA ATAU TIDAK
OLEH ITU HARI YANG MANA KAMU BERADA DI DALAMNYA (HARI INI) MAKA MANFAATKANLAH IA DENGAN SEBAIK MUNGKIN.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:41:48 GMT 8
Al-Masih Ad-Dajjal -----------------------
Raihan writes: Assalamualaikum w.b.t.
*Sebelum munculnya Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Al-Akbar), terlebih dahulu muncul dajjal si pendusta yang jumlah mereka menghampiri 30 orang, masing-masing mendakwa diri mereka adalah pesuruh Allah. *Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojol keluar. Di antara dua matanya tertulis "Kafir" (kaf,fa,ra) yang boleh dibaca oleh setiap muslim, meskipun mereka yang buta huruf.
Diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang kisah Tamim Ad-Dary yang asalnya seorang Nasrani telah memeluk agama Islam, mengenai Dajjal. Diberitahunya kepada Rasulullah bahawa beliau pernah menumpang sebuah kapal bersama 30 orang lelaki berbangsa Lakhm dan Judzam.Mereka telah dilambung ombak selama sebulan dan akhirnya, mereka mendarat di sebuah pulau di tengah lautan. Di situ, mereka bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat hinggakan tidak dapat dibezakan antara bahagian depan dan belakangnya. "Siapakah kamu?", teriak mereka dan dijawab oleh binatang itu, "Aku adalah Jassasah." Tanya mereka lagi,"Apakah Jassasah itu?" dan jawabnya lagi, "Wahai kaum, pergilah kamu menemui seseorang yang berada di dalam kuil ini kerana beliau amat mengharapkan berita daripada kamu semua."
Ketika di dalam kuil itu, mereka melihat seorang manusia yang sangat besar tubuhnya dan kuat anggotanya. Beliau terbelenggu dengan besi di mana kedua-dua tangannya diikatkan kepada leher dan lututnya hingga bersatu dengan kedua buku lalinya. Mereka pun menanyakan siapakah beliau sebenarnya dan jawabnya,"Kamu semua telah ditakdirkan untuk mengetahui akan keadaanku, beritahulah aku siapakah kamu semua ini." Lalu, mereka memberitahu siapakah mereka dan bagaimana mereka boleh terdampar ke situ.
Kemudian, lelaki itu bertanya kepada mereka,"Khabarkan kepadaku tentang Kurma Baisan." Mereka bertanya, "Apakah yang kamu ingin ketahui mengenainya?" Beliau berkata," Aku bertanya kepada kamu tentang pokoknya, adakah ia masih berbuah?" Jawab mereka,"Ya." Lalu beliau berkata," Sesungguhnya ia hampir-hampir tidak berbuah. Khabarkan kepadaku tentang danau Thabariyah."
Mereka bertanya lagi, "Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?" Balasnya, "Adakah ia masih berair?" Jawab mereka, "Banyak." Katanya, "Sesungguhnya airnya hampir-hampir kehabisan. Khabarkan kepadaku tentang air Zagher."
Merekapun bertanya kepadanya, "Apakah yang ingin kamu ketahui mengenainya?" Balasnya, "Adakah ia masih mempunyai air? Adakah para penduduknya bercucuk tanam dengan menggunakan air tersebut?" Mereka menjawab, "Ya. Di dalamnya banyak air dan para penduduknya menggunakan air itu untuk bercucuk tanam."
Kata lelaki itu lagi, " Khabarkan kepadaku tentang seorang Nabi orang-orang ummi (buta huruf), apakah yang dilakukannya?" Mereka menjawab, "Dia telah muncul dari Mekah dan tinggal di Madinah." Beliau bertanya lagi, "Adakah ia dimusuhi oleh bangsa Arab?". "Ya." Jawab mereka. Soalnya lagi," Bagaimanakah beliau memperlakukan mereka?" Mereka menjawab," Nabi itu telah menzahirkan dirinya di kalangan orang-orang Arab di sekitarnya dan mereka telah mentaatinya." Kata lelaki itu, "Itu sudah terjadi." "Benar." Sahut mereka.
Maka,berkatalah lelaki itu," Sesungguhnya mereka lebih layak mematuhinya dan aku memberitahu kepadamu tentang diriku yang sebenarnya. Aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal. Sesungguhnya aku hampir diizinkan keluar dan menjelajah bumi. Setiap tempat akan aku singgahi selama 40 malam kecuali Mekah dan Tayyibbah (Madinah) kerana kedua-duanya diharamkan ke atasku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, aku dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang tajam di tangannya untuk menghalangiku. Di setiap celah dan lorong terdapat malaikat yang menjaganya.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
*Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam, sehari seperti setahun, sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di antaranya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini. *Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara kedua-dua telinga keldai itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti. *Dajjal akan berkata," Aku adalah Tuhanmu," padahal sebelah matanya butadan terdapat tulisan 'kafir' di antara kedua matanya. *Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga dan satu lagi sebagai neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam 'syurga' itu ternyata adalah neraka, sementara orang yang dimasukkan ke dalam 'neraka' itu ternyata adalah syurga. *Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia. Dia membawa satu fitnah yang amat besar. *Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit supaya menurunkan hujan serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia yang telah dibunuhnya. Lalu, akan diserunya,"Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?" *Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam, tetapi sempat dihadang oleh Dajjal. *Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang turut serta bersama mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal. *Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam yang mencair di dalam air. Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya, hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,"Wahai Ruhullah, ini ada orang Yahudi." Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi pengikut Dajjal.
Riwayat ini hanya terdapat pada Ahmad. (Imam Ahmad) Wallahualam.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:32:29 GMT 8
Peristiwa Semasa Hijjatul Wada? -----------------------------------------
Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :
1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
2. Seorang sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa ?Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah?.
3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan ?Apakah itu Haji ??. Sabdanya yang bermaksud ? Haji itu berhenti di Arafah?. Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud : ?Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami?
Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 12, 2004 8:38:56 GMT 8
Peristiwa Akhir Zaman
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ’anhuma berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi sallallahu ’alaihi wassallam sedang berada dalam suatu majlis dan datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan bertanya kepada Rasulullah sallallahu ’alaihi wassallam., "Bilakah akan terjadinya hari Qiamat?" Maka Nabi sallallahu ’alaihi wassallam pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata,
"Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi sallallahu ’alaihi wassallam selesai dari percakapannya, beliau bersabda,
"Di mana orang yang bertanya tentang hari Qiamat tadi?"
Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! saya ya Rasulullah". Maka Nabi sallallahu ’alaihi wassallam bersabda,
"Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Qiamat."
Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu". Nabi sallallahu ’alaihi wassallam menjawab,
"Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari Qiamat".
Hadis Riwayat Bukhari
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 20:23:12 GMT 8
would like to share something that had been deposited in my mailbox lately..... pls take your time and read this msg (even if you are very busy) for Renungan dan Iktibar......
SATAN'S MEETING:
(Read even if you're busy)
Satan called a worldwide convention of demons.
In his opening address he said,
"We can't keep Muslims from going to Mosque."
"We can't keep them from reading their Quran and knowing the truth."
"We can't even keep them from forming an intimate relationship with their Allah and his messenger Muhammad."
"Once they gain that connection with Allah, our power over them is broken."
"So let them go to their Mosques; let them have their covered dish dinners, BUT steal their time, so they don't have time to develop a relationship with Allah and his messnger Muhammad."
"This is what I want you to do," said the devil:
"Distract them from gaining hold of their Allah and maintaining that vital connection throughout their day!"
"How shall we do this?" his demons shouted.
"Keep them busy in the non-essentials of life and invent innumerable schemes to occupy their minds," he answered.
"Tempt them to spend, spend, spend, and borrow, borrow, borrow."
"Persuade the wives to go to work for long hours and the husbands to work 6-7 days each week, 10-12 hours a day, so they can afford their empty lifestyles."
"Keep them from spending time with their children."
"As their families fragment, soon, their homes will offer no escape from the pressures of work!"
"Over-stimulate their minds so that they cannot hear that still, small voice."
"Entice them to play the radio or cassette player whenever they drive." "To keep the TV, VCR, CDs and their PCs going constantly in their home and see to it that every store and restaurant in the world plays music constantly."
"This will jam their minds and break that union with Allah and his messenger Muhammad."
"Fill the coffee tables with magazines and newspapers."
"Pound their minds with the news 24 hours a day."
"Invade their driving moments with billboards."
"Flood their mailboxes with junk mail, mail order catalogs, sweepstakes, and every kind of newsletter and promotional offering free products, services and false hopes."
"Keep skinny, beautiful models on the magazines and TV so their husbands will believe that outward beauty is what's important, and they'll become dissatisfied with their wives. "
"Keep the wives too tired to love their husbands at night."
Give them headaches too!
"If they don't give their husbands the love they need, they will begin to look elsewhere."
"That will fragment their families quickly!"
"Give them story books to distract them from teaching their children the real meaning of Salat."
"Keep them too busy to go out in nature and reflect on Allah's creation. Send them to amusement parks, sporting events, plays, concerts, and movies instead. "Keep them busy, busy, busy!"
"And when they meet for spiritual fellowship, involve them in gossip and small talk so that they leave with troubled consciences."
"Crowd their lives with so many good causes they have no time to seek power from Allah."
"Soon they will be working in their own strength, sacrificing their health and family for the good of the cause."
"It will work!" "It will work!"
It was quite a plan!
The demons went eagerly to their assignments causing Muslims everywhere to get busier and more rushed, going here and there.
Having little time for their Allah or their families.
Having no time to tell others about the power of Allah and his messenger Muhammad to change lives.
I guess the question is, has the devil been successful in his schemes?
You be the judge!!!!!
Does "BUSY" mean:
B-eing
U-nder S-atan's Y-oke?
Please pass this on, if you aren't too BUSY!
I don't think I know 10 people who would admit they love Allah. Do You Love Him?
IF YOU LOVE Allah, PASS THIS ON!!!!!!!
|
|