|
Post by StRiDeR on May 27, 2004 9:27:30 GMT 8
Petua nie saya dapat dari kawan saya dier dulu ader batu karang sekarangdierkata dah ok sikit sbb dier amalkan petua nie. Dier kater petua dier senang ajer cari benda yang semak mata kiter memandangnyer. Nak tahu aper dier benda yang dimaksudkan ialah lalang. Ambil lalang agak2 segenggam, kemudian basuh akarnyer dan rendamkan dalam airais krim soda dan biarkan kalau dari malam hingga esok pagi kemudian minum airnyer. Tapi jangan selalu sangat, kalau jenis sakit serius sangat amalkan 2 minggu sekali kalau yang tak berapa serius tue lakukan sebulan sekali!!! kepada kawan2 vf selamat mencuba insyaallah jika diizinkan Allah boleh mengurangkan penyakit batu karang yang di hidapi. Semua benda ciptaan Allah ade gunanyer dan ader baik dan buruknyer walaupun semak mata memandangnyer tetapi banyak khasiatnyer. wasalam..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 2, 2004 11:48:17 GMT 8
Petua nie saya dapat dari kawan saya dier dulu ader batu karang sekarangdierkata dah ok sikit sbb dier amalkan petua nie. Dier kater petua dier senang ajer cari benda yang semak mata kiter memandangnyer. Nak tahu aper dier benda yang dimaksudkan ialah lalang. Ambil lalang agak2 segenggam, kemudian basuh akarnyer dan rendamkan dalam airais krim soda dan biarkan kalau dari malam hingga esok pagi kemudian minum airnyer. Tapi jangan selalu sangat, kalau jenis sakit serius sangat amalkan 2 minggu sekali kalau yang tak berapa serius tue lakukan sebulan sekali!!! kepada kawan2 vf selamat mencuba insyaallah jika diizinkan Allah boleh mengurangkan penyakit batu karang yang di hidapi. Semua benda ciptaan Allah ade gunanyer dan ader baik dan buruknyer walaupun semak mata memandangnyer tetapi banyak khasiatnyer. wasalam.. mudah je...em...jika nak terasa nak buang air kecil..jgn tunggu2,..terus je..sbb tu leh jadi nye penyakit batu karang...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 2, 2004 11:52:15 GMT 8
waaa..tak pedih ke gune halia ha mesti pedihnye cik feimau...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 7, 2004 12:07:36 GMT 8
|
|
|
Post by KomOt on Jun 17, 2004 6:01:28 GMT 8
Penjagaan Kebersihan : Atasi Masalah BUASIR
Petikan dari : Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid (Pusat Racun Negara)
Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.
Dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.
Ciri-ciri penyakit buasir
Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
Rawatan pengubatan sendiri
Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.
Ubat untuk meredakan buasir
Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.
Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.
Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
Pilihan ubat buasir
Antara ubat yang boleh digunakan:
1. Agen Anestetik setempat
2. Pengecut saluran darah setempat
3. Pengurangan kerengsaan atau kegatalan
4. Astringen yang mengurangkan insipadu sel-sel
5. Pengurangan kesakitan dan kegatalan
Disebabkan ubat-ubatan ini digunakan secara setempat pada kawasan dubur, maka penyampaian ubat kepada buasir secara langsung adalah amat penting untuk mendapatkan kesan ubat tersebut. Dalam hal ini, ubat akan disapukan ke atas bengkak buasir luaran manakala untuk buasir dalaman, ubat disediakan dalam bentuk supositori atau paip bagi memudahkan penyampaian ubat ke kawasan dalaman dubur.
|
|
|
Post by KomOt on Jun 17, 2004 6:01:48 GMT 8
Agen Anestetik setempat
Agen anestetik atau bius setempat bertindak mengurangkan rasa sakit, gatal, pedih dan kerengsaan pada bengkak buasir melalui halangan kepada penyampaian isyarat sakit yang disampaikan oleh sistem saraf. Kebiasaannya penggunaan agen ini akan menyebabkan timbulnya rasa kebas pada bahagian yang sakit. Agen ini hanya digunakan pada buasir luaran kerana deria saraf hanya tertumpu pada bahagian luar dubur sedangkan saraf yang sama tidak terdapat pada bahagian dalaman dubur. Contoh ubat yang mempunyai tindakan menghilangkan rasa sakit adalah benzokain yang diletakkan pada buasir.
Pengecutan saluran darah setempat
Pengecutan saluran darah akan menyebabkan saluran darah yang terdapat pada kawasan dubur mengecut dan seterusnya menyebabkan bengkak buasir turut mengecut. Pemahaman mengenai tindakan ubat ini mudah difahami dengan mengambil contoh pengurangan air sungai yang dikawal oleh sebuah empangan. Sekiranya air sungai yang disekat mengalir, maka paras air sungai akan menurun sama seperti bengkak buasir yang reda akibat pengurangan bendalir yang masuk ke kawasan tersebut. Contoh ubat yang dikategorikan sebagai pengecut saluran darah adalah noradrenalin pada kepekatan 0.005 hingga 0.001 peratus yang disapukan pada bengkak buasir. Di samping itu, ubat ini juga meredakan rasa gatal pada bengkak buasir melalui kesan bius yang lemah.
Pengurangan kerengsaan atau kegatalan
Pengurangan kegatalan dengan cara menahan kehilangan air serta lembapan kulit menyebabkan timbulnya rasa gatal akibat kulit yang kering. Apabila darjah lembapan meningkat, bengkak menjadi lembut yang seterusnya mengurangkan kesakitan disebabkan tekanan yang terbentuk di atas bengkak buasir. Contoh bahan yang dapat menahan kehilangan air ini adalah seperti gliserin atau salap petrolatum yang membentuk lapisan berminyak di atas permukaan bengkak buasir.
Astrigen
Astringen bertindak melalui halangan ke atas kehilangan air atau lembapan daripada permukaan bengkak buasir. Juga, astringen mempunyai kesan tambahan ke atas sel-sel bengkak dengan memendakkan protein yang terdapat pada sel-sel tersebut. Contoh ubat yang mempunyai kesan astringen adalah krim zink oksida atau losyen kalamin yang apabila disapu pada permukaan kulit akan meninggalkan rasa sejuk pada permukaan kulit. Dengan kesan tersebut, rasa panas atau pedih pada bengkak buasir dapat diredakan.
Pengurang kesakitan dan kegatalan
Ubat jenis ini akan bertindak pada sel-sel bengkak ataupun juga dikenali sebagai sel radang dengan mengurangkan proses tindakbalas yang menyebabkan timbulnya sel-sel bengkak. Apabila tindak balas keradangan dikurangkan, maka proses pengecutan sel boleh terjadi dan buasir dapat diredakan. Contoh ubat yang mempunyai aktiviti seperti ini adalah krim hidrokortison pada kepekatan 0.5 peratus yang disapu ke atas buasir.
Sekiranya seseorang mengalami penyakit buasir, penjagaan kebersihan kawasan dubur amatlah penting untuk mencegah buasir. Langkah pencucian telah diterangkan dan paling penting adalah mengamalkan tabiat pembuangan air besar yang baik pada setiap hari. Pesakit selalunya akan dinasihatkan oleh para pengamal kesihatan untuk mengambil air yang banyak dan mengekalkan pemakanan yang seimbang dengan kandungan fiber yang tinggi untuk mencegah terjadinya buasir. Jika buasir terjadi berulangkali atau tidak reda selepas seminggu walaupun dengan menggunakan ubat buasir, maka segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut!
|
|
|
Post by atokENSEM on Jul 16, 2004 10:37:41 GMT 8
Penjagaan Kebersihan : Atasi Masalah BUASIR Petikan dari : Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid (Pusat Racun Negara) Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir. Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak. Dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir. Ciri-ciri penyakit buasir Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar. Rawatan pengubatan sendiri Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah: 1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. 2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor. 3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur. 4. Ketumbuhan pada kawasan dubur. Ubat untuk meredakan buasir Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir. Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia. Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak. Pilihan ubat buasir Antara ubat yang boleh digunakan: 1. Agen Anestetik setempat 2. Pengecut saluran darah setempat 3. Pengurangan kerengsaan atau kegatalan 4. Astringen yang mengurangkan insipadu sel-sel 5. Pengurangan kesakitan dan kegatalan Disebabkan ubat-ubatan ini digunakan secara setempat pada kawasan dubur, maka penyampaian ubat kepada buasir secara langsung adalah amat penting untuk mendapatkan kesan ubat tersebut. Dalam hal ini, ubat akan disapukan ke atas bengkak buasir luaran manakala untuk buasir dalaman, ubat disediakan dalam bentuk supositori atau paip bagi memudahkan penyampaian ubat ke kawasan dalaman dubur. alhamdulillah..atok tak pernah kena lagi..
|
|
|
Post by KomOt on Jul 22, 2004 7:06:28 GMT 8
Tongkat Ali bukan sekadar rangsang seks... Oleh Azran Jaffar
SEBUT saja Tongkat Ali (eurycoma longifolia Jack), ramai akan mengaitkan dengan tumbuhan yang dipercayai mampu memberi kecergasan dan menambah tenaga selain memberi kesembuhan dan melegakan pelbagai masalah kesihatan.
Namun kerana ramai lebih gemar mengaitkan Tongkat Ali dengan rangsangan tenaga batin, maka ini menjadikan tumbuhan ini lebih sinonim kepada perkara berkaitan seks sedangkan khasiatnya bukan semata-mata untuk itu.
Sungguhpun begitu, walaupun khasiat Tongkat Ali diakui namun tidak ada satu kaedah tetap yang diketahui dalam penyediaan bahan ini untuk membolehkan mereka yang mengambilnya mendapat nilai perubatan yang maksimum.
Pensyarah di Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Azimahtol Hawariah Lope Pihie, berkata selama ini khasiat Tongkat Ali diperoleh dengan melakukan proses merebus akarnya.
Bagaimanapun, tidak ada formula tetap mengenainya seperti nisbah air dengan akar Tongkat Ali yang diperlukan untuk menghasilkan rebusan, berapa lama rebusan perlu dilakukan juga sebanyak mana air yang perlu tinggal selepas rebusan dibuat, katanya.
Kebanyakan pengamal perubatan tradisional melakukannya berdasarkan pengalaman dan juga ilmu perubatan tradisi yang dimiliki yang menjadikan ia berbeza antara satu pengamal dengan yang lain.
Sungguhpun khasiat Tongkat Ali banyak diperkatakan, namun timbul juga pertanyaan adakah tumbuhan ini benar-benar mempunyai potensi; dalam urusan yang berkaitan dengan hormon lelaki seperti testesteron.
Inilah yang cuba dibuktikan Prof Azimahtol Hawariah dalam kajiannya bertajuk Phytopharmaceutical product from Eurycoma longifolia: A hormonal therapy for low libido ini men.
Kajian ini sudah beberapa kali dibentangkan dan yang terbaru di International Exhibition of Inventions, New Techniques and Products di Geneva dan membolehkan Prof Azimahtol mendapat pingat perak.
"Daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati sememangnya Tongkat Ali mampu meningkatkan rangsangan seks kepada seseorang, tetapi apa yang lebih penting ia juga mampu mengatasi masalah ereksi," katanya dalam temubual baru-baru ini.
Apa pun katanya, keinginan saja tanpa diterjemahkan kepada reaksi tidak ada makna dan inilah kelebihan yang ada pada Tongkat Ali kerana Tongkat Ali meningkatkan penghasilan hormon testesteron.
Katanya, apa yang lebih menarik mengenai Tongkat Ali ialah ia bukan sekadar meningkatkan keinginan tetapi juga mampu membantu mereka yang menghadapi masalah libido seksual rendah.
Prof Azimahtol Hawariah berkata, daya rangsangan yang rendah di kalangan lelaki disebabkan rendahnya hormon testesteron yang disebabkan oleh masalah pada testis dan juga kelenjar pituitary di otak, juga masalah fizikal yang membawa kepada kegagalan untuk mencapai dan mengekalkan ereksi serta masalah ejakulasi dan ketidakupayaan mencapai syahwat.
"Sebenarnya, kajian saya sebelum ini lebih banyak berkisar kepada keberkesanan herba dalam merawat masalah kanser dan kajian ini adalah kesinambungan daripada kajian-kajian sebelum ini yang mana Tongkat Ali juga adalah sebahagian daripada herba yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional," jelasnya.
Bagi memastikan keberkesanan Tongkat Ali, Prof Azimahtol Hawariah terlebih dulu menjalankan kajian terhadap tikus yang mana dengan memberikan dos tertentu ekstrak Tongkat Ali tikus jantan didapati mengejar tikus betina dan ini membuktikan Tongkat Ali memberi kesan kepada rangsangan seks.
Dalam menjalankan kajian ini Prof Azimahtol Hawariah menggunakan ekstrak Tongkat Ali yang diperoleh melalui satu proses membabitkan air. Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan bagaimana proses pengekstrakan itu dilaksanakan kerana sedang dalam proses mempatenkannya.
Ekstrak yang dihasilkan berupaya merangsang testes bagi menghasilkan hormon testesteron dan dihidrotesteron. Selain itu ia juga meningkatkan bilangan atau konsentrasi sperma di samping kesuburan.
Prof Azimahtol Hawariah berkata, dalam kajian yang dijalankan terhadap tikus, peningkatan dihidrotesteron dalam serum tikus merangsang peningkatan nitrik oksid yang mengatur tahap cGMP dan cAMP. Ini membolehkan berlakunya satu proses yang menyebabkan ereksi berlaku.
Apa yang lebih memberangsangkan ialah ia tidak mendatangkan masalah kepada mereka yang sedia menghidap penyakit seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi atau kencing manis.
Katanya, oleh kerana Tongkat Ali adalah bahan semula jadi maka ia adalah lebih baik dan dengan pengambilan yang berterusan bahan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang berlibido rendah.
Ini kerana, nilai yang dimilikinya membantu mereka yang menghidap penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan libido seksual seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Bagi memudahkan pengambilan ekstrak ini Prof Azimahtol menyediakannya dalam bentuk pil dan cecair. Bagaimanapun katanya kos menghasilkan ekstrak ini agak mahal kerana ia menggunakan banyak akar Tongkat Ali.
Dalam hal ini Prof Azimahtol Hawariah berkata, beliau tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan bekalan akar Tongkat Ali kerana banyak pihak yang bersedia untuk membekalkannya.
Apa pun, walaupun kos menghasilkan sebiji pil Tongkat Ali dikatakan mahal oleh Prof Azimahtol Hawariah tetapi jika dibandingkan dengan beberapa pil mengatasi masalah libido yang ada di pasaran ia adalah jauh lebih murah.
Apa yang jelas, dengan kajian yang dijalankan Prof Azimahtol Hawariah membuktikan akar tumbuhan Hutan Hujan Tropika ini sememangnya berkesan dan mampu menjadi penyelesaian kepada mereka yang menghadapi masalah libido seksual rendah.
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 19, 2004 12:22:48 GMT 8
pjg nye..ape2 pun,atok mempunyai tenaga yg tersendiri...tak main la tongkat2 ali ni...
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Sept 6, 2004 19:42:18 GMT 8
pjg nye..ape2 pun,atok mempunyai tenaga yg tersendiri...tak main la tongkat2 ali ni... bersyukur dgn apa yg ader...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 9, 2004 1:56:47 GMT 8
bersyukur dgn apa yg ader... betul tu...
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 26, 2004 18:13:50 GMT 8
13 TIP ERATKAN PERSAHABATAN
1. KESABARAN Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?
11. AMBIL BERAT Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!
12. SALING BERHUBUNG Jauh dimata, dekat dihati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 26, 2004 18:24:08 GMT 8
Tips disukai ramai
Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :
*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang."
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 12, 2004 21:06:01 GMT 8
Petua Mengawal Marah
Apakah punca perasaan marah dan cemburu? Bagaimana pula cara untuk mengawal perasaan tersebut? Adakah terdapat sebarang zikir atau ayat yang boleh dibaca bagi mengatasi perasaan marah? Setakat manakah seorang isteri boleh bersikap cemburu?
Jawab: Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud)
Itulah punca marah.
Punca cemburu?
Sebab kita kasih dan cinta kepada seseorang. Cinta membuahkan rasa cemburu (ghirah). Cemburu terhadap agama adalah wajib hukumnya. Bagaimana jika agama ini dipersenda-sendakan. Syariat Islam dileceh-lecehkan. Nabi Muhamad s.a.w. dihina-hina. Kemungkaran berlaku didepan mata. Murtad berlaku di sana-sini?
Kalau kamu tidak ada perasaan apa, itu tandanya kamu tidak ada sifat cemburu langsung pada agama kamu. Tidak ada sifat cemburu bermakna kamu tidak kasih pada agama ini. Jika kamu bereaksi tertentu termasuk marah dsbnya adalah tanda kamu ada sifat cemburu pada agama kamu. Itu tandanya kamu kasih pada agama ini.
Dulu, jika anak perempuannya menconteng arang ke muka orang tuanya dengan melakukan zina, mau saja anak itu tembus perutnya dirodok parang pendek atau golok. Itu cemburu namanya...
Ada anak-anak perawan yang murtad, kamu jadi susah hati. Kamu jadi marah. Kamu ambil langkah yang sewajarnya berdasarkan bidang dan kemampuan masing-masing, itu cemburu namanya. Kamu kasih kepada agama kamu. Kalau kamu tidak ada apa-apa. Kalau kamu jadi bodoh seperti orang yang kena pukau. Iman kamu perlu dikoreksi kembali. Kamu tidak ada sifat cemburu pada agama kamu.
---------------------------------------------------------------------
Jika isteri bersifat cemburu kepada suaminya, itu adalah wajar. Puncanya ialah cinta dan kasih. Cinta membuahkan cemburu. Cemburu pula melahirkan kemarahan. Tidak semua cinta itu terlarang. Tidak seluruhnya cemburu itu dibenarkan. Tidak semestinya kemarahan itu berfaedah.
Tiada cinta, tiadalah cemburu. Dan orang yang tiada sifat marah langsung adalah ibarat keldai. Orang yang pemarah adalah orang membiarkan syaitan menguasai dirinya.
Gunakanlah pertimbangan akal. Berjalanlah atas lorong-lorong kesederhanaan. Sematkanlah cinta, cemburu dan marah pada tempatnya masing-masing.
---------------------------------------------------------------------- Isteri wajar sahaja bersikap cemburu asal sahaja ada landasannya. Asal saja bertempat. Asal saja bersederhana. Jika tidak bersikap begini si isteri akan menuduh macam-macam kepada suami, sangka-sangka buruk yang terlarang akan bermunculan. Rumahtangga akan berantakan.
---------------------------------------------------------------------- Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang pandai bergusti, hanyasanya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah).
Rasulullah pernah menganjurkan doa kepada Aisyah r.a.: "Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lindungilah aku dari syaitan." (HR Ibnu Sunni)
Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang yang sedang marah berwuduk (lihat HR Abu Daud).
Wallhu a'lam
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 25, 2004 13:12:03 GMT 8
13 TIP ERATKAN PERSAHABATAN 1. KESABARAN Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain. 2. BERTERUS TERANG Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang. 3. IKHLAS Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita. 4. SALING MENGHORMATI Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu. 5. JUJUR Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan. 6. SALING FAHAM MEMAHAMI Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya. 7. SALING MEMAAFKAN Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri. 8. BERTOLAK ANSUR Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya! 9. JAGA TUTUR KATA Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain. 10. NASIHAT MENASIHATI Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia? 11. AMBIL BERAT Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan! 12. SALING BERHUBUNG Jauh dimata, dekat dihati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya. 13. BERTELINGKAH Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula. artikel ni patut diikuti..utk lg mengeratkan siratulrahim..
|
|