|
Post by StRiDeR on May 11, 2004 18:00:12 GMT 8
klu apple hijau camne plak aku rasa apple hijau ngan merah sama jer khasiat jer... Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.
|
|
|
Post by enigma on May 12, 2004 1:18:08 GMT 8
Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.
|
|
|
Post by enigma on May 12, 2004 1:22:58 GMT 8
Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 12, 2004 15:10:43 GMT 8
kEBaIkAn Peria.. bukan PRIA pujaan...
Assalamualaikum & salam sejahtera
Spt yg kita sedia maklum, peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya. Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium.
Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.
Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dlm segelas susu & minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir.
Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yg menyebabkan bisul, kudis buta & rasa gatal. Yg perlu dilakukan, campur segelas perahan peria & secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.
Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dgn meminum air daun peria. Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.
Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera makan.
Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dlm air garak sebelum dimasak.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 13, 2004 10:58:00 GMT 8
Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk. ye ke?atok ade kesan parut melecet sbb main futsal..tp leh ke dgn cara ni,parut tu leh hilang?
|
|
|
Post by atokENSEM on May 13, 2004 11:02:12 GMT 8
kebersihan sebahagian daripada iman... betul tu infinite..
|
|
|
Post by KomOt on May 13, 2004 15:04:56 GMT 8
Cara-cara Mengatasi Marah
Bagaimana menghilangkan Marah
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit- jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan"
kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak- tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.
Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan
syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan
telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.
Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.
berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.
|
|
|
Post by feimaumania on May 13, 2004 16:02:34 GMT 8
skang aku dh tau...aku ni baran....aku try...
|
|
|
Post by KomOt on May 13, 2004 17:27:40 GMT 8
skang aku dh tau...aku ni baran....aku try... selamat mencuba dan semoga berjaya.. ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on May 13, 2004 22:25:13 GMT 8
Tabiat Makan : Buruk, Baik & Terbaik
TABIAT MAKAN YANG BURUK *************************************
-Sarapan- Nasi lemak, mee goreng, roti canai, roti disapu dgn mentega, telur goreng, karipap & jemput2 goreng.
-Minum Pagi- Kuih, kek, coklat & kuih yg bergoreng. Kopi + susu pekat manis
-Makan Tengahari- Nasi goreng, mee goreng, nasi + ikan goreng, sayur goreng, rendang daging, kari atau gulai yg menggunakan santan. Minuman berkarbonat + daging burger, kentang goreng & donut.
-Minum Petang- Kek berkrim, kek coklat, kuih manis kuih yg bergoreng spt goreng pisang, popia goreng karipap. Teh + gula + susu pekat manis atau susu segar yg penuh lemak.
-Makan Malam- Nasi putih + daging goreng, udang masak kari, gulai ayam, sayur lobak & ubi kentang. Puding kastad atau kek.
-Makan Tengah Malam- Biskut berkrim, kek coklat, roti, mentega atau keju. Minuman bercoklat + susu + gula + susu penuh krim.
TABIAT MAKAN YANG BAIK ********************************** -Sarapan- Roti Bakar pnuh bijirin disapu dgn mentega & telur rebus. Teh + susu rendah lemak.
-Minum Pagi- Biskut lemak Kopi & susu rendah lemak
-Makan Tengahari- Nasi putih & ikan bakar, sup sayur, ayam goreng tanpa kulit, roti dgn majerin lembut yg mengandungi rendah lemak. Minuman rendah kalori.
-Minum Petang- Kek buah, sekeping goreng pisang sebiji karipap. Teh + susu rendah lemak.
-Makan Malam- Sup sayur, sup ayam, ubi kentang, kastard bersusu rendah lemak Susu rendah lemak.
-Makan Tengah Malam- Biskut tawar Susu rendah lemak + koko.
TABIAT MAKAN TERBAIK ******************************* -Sarapan- Bijirin yg mengandungi tinggi serat spt emping beras, bijirin jagung + susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dgn majerin lembut. Teh + susu rendah lemak
-Minum Pagi- Buah2an spt epal, jambu batu, betik & oren Kopi + susu rendah lemak.
-Makan Tengahari- Sandwich, roti penuh bijirin + majerin lembut, sup sayur + ikan bakar atau ikan rbus, buah2an. Air suam
-Minum Petang- Popia basah & buah2an Teh + susu tepung rendah lemak
-Makan Malam- Nasi putih, sup sayur yg dicampur dgn isi ayam, roti penuh bijirin, rojak atau salad sayuran & buah2an. Susu tanpa lemak
-Makan Tengah Malam- Roti kering penuh bijirin Susu tepung rendah lemak + horlicks
|
|
|
Post by feimaumania on May 14, 2004 13:58:57 GMT 8
aku cume mkn kul 7 je.... takde mase..bile dh online..lupe sume...siang..aku tak heran psal mkn...camne tu
|
|
|
Post by StRiDeR on May 14, 2004 14:59:01 GMT 8
aku cume mkn kul 7 je.... takde mase..bile dh online..lupe sume...siang..aku tak heran psal mkn...camne tu uish~!...bahaya kau nie...makan jer laa walaupun skit...nanti x de tenaga...terus pengsan...aku pun lau terlewat makan pagi ke...still makan gak...
|
|
|
Post by feimaumania on May 14, 2004 15:56:38 GMT 8
ntah la...tp klu kat kl,mmg kuat mkn...duk cni je krg mkn..xde geng nak lahap kot...plg kurang pun aku minum je.......
|
|
|
Post by StRiDeR on May 14, 2004 15:58:43 GMT 8
ntah la...tp klu kat kl,mmg kuat mkn...duk cni je krg mkn..xde geng nak lahap kot...plg kurang pun aku minum je....... jgn cam tue doo...kena laa makan gak...kan kita skang sedang membesar...jaga skit jadual makan kau tue tau...
|
|
|
Post by StRiDeR on May 15, 2004 0:27:00 GMT 8
cara2 menghilangkan whitehead/blackhead
nih ada cara2 untuk menghilangkan white head atau blackhead tanpa menggunakan biore porepack tu.
caranya... ambil sebiji telur ayam, asingkan putih dan kuning telur. hanya putih telur yang digunakan. kuning telur tu boleh la dimasak or buat je apa yg korang nak buat.
sapukan putih telur ke bahagian muka yg bermasalah (eg:hidung, dagu etc). lekatkan kapas muka pada bahagian tersebut. kemudian, sapukan sekali lagi putih telur ke atas kapas muka tersebut. biarkan sehingga kering.
setelah kering, cabut perlahan2 kapas muka itu dan anda akan dapati blackhead/white head melekat pada kapas. basuh muka sehingga bersih.
ulangi kaedah ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. insyaAllah, kulit muka anda akan menjadi licin dan bersih
|
|