|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2005 13:40:24 GMT 8
nasib kali ni tak menyebelahi kite..
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 18, 2005 9:54:08 GMT 8
nasib kali ni tak menyebelahi kite.. Ok ahh tu #3....drik thun lpas...#4.....eh..nnti diorg nk bt friendly lwn England nyer player tau...diorg select ikot prestasi kt Tiger Cup nie...Khalid sorg je wakil Malaysia...
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 18, 2005 12:01:39 GMT 8
Edisi Nasional: 'Kerabat' lagak polis
Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD ahmadnazri@hmetro.com.my
SEREMBAN: Empat lelaki yang mengaku kerabat diraja Pahang ditangkap kerana menyamar sebagai polis untuk mengutip sumbangan sempena tayangan amal filem Gerak Khas The Movie 3 (GK3) di luar pusat hiburan di bandar ini, awal pagi semalam.
Mereka yang mempunyai gelaran tengku di pangkal nama masing-masing berusia dalam lingkungan 35 hingga 45 tahun, mengaku sebagai anggota polis dari Bukit Aman yang mahu membuat kutipan tayangan amal filem itu di Cineplex Terminal One di sini, malam esok.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Abdullah, berkata dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, empat lelaki terbabit pergi ke sebuah pub di bandar ini dan bertemu pengurus pusat hiburan itu.
Katanya, kumpulan lelaki menunjukkan sekeping kad kuasa palsu dan mengaku mereka pegawai polis dari Bukit Aman dan meminta pemilik pub itu memberi sumbangan tanpa menetapkan jumlahnya.
Menurutnya, selepas meminta sumbangan, empat lelaki terbabit pergi ke pusat hiburan karaoke bersebelahan dan sekali lagi mengaku sebagai polis untuk minum dan berhibur secara percuma.
Bagaimanapun, katanya, ketika itu pengurus pub menghubungi polis kerana mengesyaki kad kuasa yang ditunjukkan adalah palsu.
Beliau berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan diketuai Inspektor Jeffrey Tan Lain Boch menunggu kumpulan lelaki terbabit sebelum menahan mereka ketika cuba menaiki sebuah kereta di luar pusat hiburan itu, kira-kira jam 3 pagi.
“Siasatan polis mendapati kereta Proton Wira berwarna putih itu ditampal pelekat bulat bertulis ‘BA’ yang hampir menyerupai pelekat pada belakang kereta polis.
“Kita juga mendapati seorang daripada lelaki terbabit pernah ditangkap kerana menyamar sebagai polis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Polis juga masih menyiasat sama ada empat lelaki benar-benar kerabat diraja atau sebaliknya. Bagaimanapun, maklumat pada kad pengenalan mereka menunjukkan mereka beralamat di Pahang.
Mohamad berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Mohamad berkata, empat lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban kira-kira jam 11 pagi semalam untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Majistret Ahmad Faizadh Yahya memerintahkan empat lelaki itu ditahan reman hingga Rabu depan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 24, 2005 12:24:32 GMT 8
Ok ahh tu #3....drik thun lpas...#4.....eh..nnti diorg nk bt friendly lwn England nyer player tau...diorg select ikot prestasi kt Tiger Cup nie...Khalid sorg je wakil Malaysia... ye ke?tak tau plak atok..
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 26, 2005 15:12:38 GMT 8
ye ke?tak tau plak atok.. Aha....tp...xtau lak bile diorg ni lwn...Hah..pagi nie Tok (27 Jan) Chelsea vs Manutd....Carling Cup....Old Trafford...sokong mne?
|
|
|
Post by ISO2005 on Jan 27, 2005 10:54:49 GMT 8
Pelajar mangsa terbaru denggi di Pahang
KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan empat menjadi mangsa terbaru wabak denggi di negeri ini apabila meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, petang Isnin lalu. Wan Noorain Wan Ali, 16, pelajar Sekolah Menengah Afzan di sini, dimasukkan ke wad hospital itu, selepas dikatakan muntah-muntah, kira-kira sepuluh kali ketika berada di rumahnya, di Kampung Darat Sekolah, Beserah, dekat sini.
Sebelum ini, kes pertama kematian akibat wabak denggi dilaporkan membabitkan seorang suri rumah berusia 46 tahun, di Maran.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang kesal dengan kejadian terbaru itu, berkata walaupun pihak berkaitan sudah diminta membuat pengasapan di premis tertentu berhampiran sekolah berkenaan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
“Isteri saya memberitahu beliau sudah meminta warden asrama meminta Jabatan Kesihatan membuat pengasapan di kawasan berhampiran sekolah berkenaan pada minggu pertama persekolahan, tetapi tiada sebarang tindakan.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, termasuk jabatan terbabit dan kemungkinan ada berlaku salah faham, terutama mengenai kejadian yang menimpa keluarga pelajar itu,” katanya.
Kematian pelajar berkenaan dimaklumkan Adnan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri, tengah hari semalam.
Adnan yang turut sedih dengan kematian Wan Noorain berkata, isterinya, Datin Seri Junaini Kassim yang mengajar di sekolah itu memaklumkan mengenai kes berkenaan kepadanya, kelmarin.
Ketika ditemui, ibu mangsa, Rosiah Ismail, 50, mendakwa anaknya lewat mendapat rawatan ketika berada di unit kecemasan HTAA, tengah hari Isnin lalu.
Beliau berkata, anaknya dibawa ke hospital itu kira-kira jam 12 tengah hari dengan beliau sendiri menolak anaknya itu menggunakan kerusi roda hospital berkenaan ke bilik kecemasan .
“Selepas lebih dua jam menunggu, saya melihat dia kelihatan lemah dan apabila menghampirinya, anak saya mengadu hendak pitam dan sakit di punggung.
“Saya terus memaklumkan mengenai keadaan anak kepada seorang kakitangan di bilik berkenaan dan meminta saya menolak anak saya ke katil, sebelum meminta saya keluar.
“Kemudian ada seseorang datang memberitahu anak saya memanggil saya dan apabila menghampirinya, arwah memaklumkan bahawa dia muntah hitam. Saya yang panik dengan keadaan itu terus memberitahu seorang doktor yang sedang mencuci tangan di sinki.
“Saya terdengar doktor berkenaan bertanya siapa doktor yang merawat anak saya dengan nada agak tinggi dan ketika itu barulah anak saya dirawat iaitu selepas hampir tiga jam menunggu,” katanya.
Beliau berkata, anaknya kemudian dibawa ke wad tujuh hospital itu untuk mendapat rawatan lanjut kerana Unit Rawatan Rapi (ICU) dikatakan penuh, sebelum disahkah meninggal dunia kira-kira jam 6.50 petang.
Suaminya, Wan Ali Wan Abdullah, 56, berkata Wan Noorain, anak bongsu daripada tiga beradik pada hari raya pertama dan kedua Aidiladha mengadu beliau tidak sedap badan.
“Isteri saya kemudian membawanya ke klinik swasta, sebelum ke Poliklinik Beserah berikutan sepanjang malam (Isnin), iaitu bermula jam 10 malam, dia tidak boleh tidur kerana muntah-muntah.
“Keadaannya begitu lemah dan sentiasa dahagakan air, selain kesejukan menyebabkan seluruh badannya pucat dan ketar,” katanya yang bertugas dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
P/S : "Mencegah lebih baik drp mengubati..."
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 28, 2005 8:15:25 GMT 8
Chelsea jmpe Liverpool la nnti...konfom la tu....Carling Cup...Chelsea dpt....
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 31, 2005 10:44:08 GMT 8
Aha....tp...xtau lak bile diorg ni lwn...Hah..pagi nie Tok (27 Jan) Chelsea vs Manutd....Carling Cup....Old Trafford...sokong mne? M.U kalah lah beb!
|
|
|
Post by Dexter love cats on Feb 5, 2005 9:06:09 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2005 16:36:38 GMT 8
biasalah..ade kalah,ade mng..
|
|