dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:02:22 GMT 8
Clinton mahu hidup empat tahun lagi NEW YORK 4 Sept. - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung pada minggu depan masih sempat bergurau apabila menyatakan beliau mahu hidup selama empat tahun lagi.
``Saya merasa amat dirahmati, anda ingin tahu mengapa?
``Ia adalah kerana sebahagian orang yang mendapat penyakit jantung tidak pernah mendapat sebarang isyarat serangan terlebih dahulu,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghubungi rancangan Larry King Live melalui telefon dari sebuah hospital di New York, malam tadi.
``Izinkan saya menyatakan perkara ini, bukan sahaja anggota-anggota Parti Republikan yang mahu tempoh empat tahun lagi di sini (memerintah AS),'' kata Clinton dengan nada bergurau.
Beliau turut mengaku mempunyai perasaan bimbang tetapi tidak terlalu serius.
Clinton mula memasuki sebuah hospital di daerah Westchester di pinggir New York malam kelmarin selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.
Semalam, beliau dimasukkan ke Hospital Columbia Presbyterian New York yang merupakan antara unit kardiologi yang terbaik di AS.
Isterinya, Senator Hillary Clinton berkata, suaminya akan menghadapi satu pembedahan pintasan jantung pada minggu depan.
``Saya diselubungi perasaan bahawa badan saya perlu diperiksa sejak beberapa hari lalu apabila saya merasakan senak di bahagian dada.
``Dan saya tidak pernah melakukan senaman. Itulah pertama kali saya mengalami masalah tersebut dan apabila diperiksa, didapati saluran jantung tersumbat dan adalah penting ia dibuka.
``Ia memerlukan satu pembedahan,'' kata Clinton kepada Cable News Network (CNN). - AFP
p/s kalau dah nak mampus nak buat macam mana..
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:03:59 GMT 8
Wartawan Perancis dalam keadaan selamat PARIS 4 Sept - Perdana Menteri, Jean-Pierre Raffarin melahirkan keyakinannya mengenai peluang pembebasan kedua-dua orang wartawan negara itu yang dijadikan tebusan oleh kumpulan militan di Iraq tetapi berkata ia perlu dilakukan dengan penuh hati-hati.
``Kita mendapat maklumat yang begitu positif mengenai mereka tetapi bagaimanapun kita tidak boleh bertindak terburu-buru sehingga boleh membahayakan mereka,'' kata Raffarin kepada pemberita di La Chapelle-Montreuil yang terletak di barat Paris, hari ini.
Para pegawai Perancis sebelum itu memberitahu bahawa bahawa koresponden Radio France, Christian Chesnot serta wartawan akhbar Le Figaro, Georges Malbrunot berada dalam keadaan selamat sejak mereka diculik oleh kumpulan militan Tentera Islam, dua minggu lalu.
Harapan bagi menyaksikan kedua-dua wartawan itu dibebaskan mula bersemarak apabila para perunding yang terdiri daripada rakyat Iraq dan wakil Liga Arab menegaskan bahawa, mereka sangat optimis mengenai perkara itu.
Menteri Luar Perancis, Michel Barnier yang berada di Asia Barat bagi menyelesaikan krisis berkenaan berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Chesnot dan Malbrunot menerima layanan baik oleh kumpulan militan tersebut.
``Kami tahu mereka dilayan dengan baik ketika ini dan kita akan berusaha me-rundingkan pembebasan mereka secepat mungkin,'' kata Barnier sewaktu ditemu bual oleh stesen televisyen France 2 dari Amman, Jordan.
Para penculik tersebut mendesak Paris membatalkan undang-undang yang melarang para pelajar perempuan Islam memakai tudung ke sekolah. - Reuters
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:09:02 GMT 8
Air kencing ada khasiat? Oleh NAJIBAH HASSAN
``SAYA menghidap buasir hampir selama lima tahun tetapi tiada satu ubat pun yang dapat membantu menyembuhkannya. Tetapi, sejak enam bulan lalu, saya mula minum setengah gelas air kencing saya setiap pagi.
``Dan, apa yang menakjubkan ialah saya hampir sembuh,'' begitulah pengakuan seorang pekedai dari Yaounde, ibu negara Cameroon, yang tersiar dalam akhbar Le Messager.
Seorang majistret pula mendedahkan, sejak bertahun-tahun mengalami masalah keguguran rambut yang serius, dia mengalami kebotakan.
Tetapi, sejak mula mengamalkan minum air kencing, rambutnya tumbuh kembali. Kali ini, lebih menakjubkan.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Omer Otabela pernah menghubungi sebuah stesen radio. Dalam perbualannya, Omer berkongsi cerita dengan pendengar mengenai neneknya.
Menurut Omer, apabila neneknya dipatuk ular ketika berada di padang, neneknya segera minum air kencingnya sendiri.
Amalan ini kata Omer, secara tidak langsung melambatkan aliran bisa ke jantung hinggalah neneknya sempat dibawa ke hospital.
Pengakuan demi pengakuan berhubungan amalan meminum air kencing sendiri ini amat memualkan, tetapi tidak kurang yang berani `mencuba' secara rahsia.
Tetapi di sesetengah tempat, amalan yang dikenali sebagai urinoterapi ini, dipercayai menjadi amalan sejak wujudnya manusia di muka bumi ini.
Khabarnya, kelebihan meminum air kencing ini pernah didokumentasikan. Sejak berkurun-kurun lamanya, masyarakat Cina, dipercayai mengamalkan minum air kencing untuk merawat sebarang masalah kesihatan dalaman dan luaran.
Menurut ceritanya, semasa Perang Dunia Pertama, pengamal-pengamal perubatan yang berada di medan perang pernah menggunakan air kencing untuk merawat pesakit.
Air kencing yang dinyahkuman ini, diberi kepada pesakit yang mengalami masalah gangren atau tisu-tisu hujung saraf yang mati.
Ada laporan mendedahkan, bekas Perdana Menteri India yang hidup hingga berusia 99 tahun, minum satu pain air kencingnya setiap hari sepanjang hayatnya.
Malah, sesetengah pengamal mencadangkan, DHEA, iaitu sejenis hormon yang ada hubungan kaitnya dengan testosteron banyak di dalam air kencing.
Bahan ini, dipercayai, berkesan untuk mereka yang ingin kekal awet muda, antikanser dan antikegemukan.
Sesetengah pendapat mengatakan, ia dapat membantu mereka yang menghidap asma dan jangkitan pada usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk bercampur darah.
Terbaru, seorang ahli akademik Thailand menguar-uarkan amalan meminum segelas air kencing sehari, dapat membantu mengatasi masalah resdung.
Selain itu, ia juga dapat menghitamkan rambut dan merawat penyakit kanser. Menurut pengamal perubatan alternatif dan tradisional Thai, Jabatan Pembangunan, Ratree Cheepudomwit, beratus-ratus orang yang mengamalkan amalan ini setiap hari diuji tahap kesihatan mereka.
``Secara keseluruhan, ia dapat melambatkan proses penuaan dan mempunyai kesan positif pada kesihatan
``Memang kami dapat lihat kesannya dari hujung kaki hingga ke rambut. Ini termasuklah dapat mengurangkan masalah kelemumur, rambut beruban, kanser dan masalah resdung,'' katanya yang memperoleh tip ini dari manuskrip Buddha purba sejak lebih 2,500 tahun lampau.
Bagaimanapun, bukan semua dakwaan beliau ini berasas. Seorang dalam setiap 10 orang yang mengamalkan amalan ini mengalami tindak balas seperti cirit-birit.
Amalan yang dipercayai agak popular di sesetengah negara ini mendapat tentangan hebat daripada pihak berkuasa di Cameroon.
Sebuah buku bertajuk Urinotherapy dari Switzerland yang cukup laris jualannya di Cameroon, rupa-rupanya menimbulkan rasa kurang senang kepada menteri kesihatannya.
Sebuah akhbar telah memetik dan menguar-uarkan kononnya, amalan seperti ini adalah penawar universal terhadap semua jenis penyakit.
Dari seringan-ringan masalah kesihatan seperti bisa patukan ular hinggalah penyakit yang serius seperti ketidaksuburan.
Apa yang membimbangkan, sebaik buku tersebut tersebar luas, bermacam-macam pengakuan timbul dalam media. Baik menerusi media cetak, mahupun media elektroniknya.
Senario yang cukup membimbangkan ini menyebabkan, kerajaan Cameroon mengharamkan amalan ini. Mereka yang masih meneruskan amalan seperti ini, boleh dipenjarakan.
Bagaimanapun, para pengamal perubatan mempunyai pandangan mereka tersendiri. Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Dr. Mafauzy Mohamed, menegaskan amalan minum air kencing seboleh-bolehnya mengundang risiko tersendiri.
Ini kerana, sesetengah air kencing mungkin mengandungi kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan pada saluran kencing.
``Jika kuman ini masuk ke dalam badan, ia boleh menyebabkan seseorang itu demam, jangkitan pada paru-paru dan hati.
``Jangkitan jenis ini yang paling biasa ditemui,'' katanya.
Air kencing adalah toksik yang dikumuhkan daripada tubuh sebagai sejenis bahan-bahan buangan yang tidak perlukan.
Ia terhasil daripada pembuangan sel-sel tubuh yang tidak diperlukan.
Air kencing mengandungi urea, iaitu sejenis bahan yang terhasil daripada metabolisme protein.
``Bahan ini perlu dibuang, jika ia berkumpul dalam tubuh ia boleh menyebabkan seseorang itu koma.
``Kandungannya yang terlalu tinggi dalam tubuh boleh mengganggu fungsi otak. Lebih membahayakan, ia boleh mengakibatkan kematian jika dibiarkan tanpa rawatan,'' jelas beliau.
Secara purata, setiap orang akan membuang air kecil antara satu setengah liter hingga dua liter sehari.
Sepanjang pengalamannya sebagai seorang pengamal perubatan dan pakar endokrin, beliau tidak pernah mendengar amalan seumpama ini.
``Kalau ada pun, saya hanya mendengar sebagai sebahagian amalan tradisional, bukan dalam perubatan Barat,'' jelasnya. Beliau ketika dihubungi mengakui, amalan minum air kencing untuk menyembuhkan penyakit, atau tujuan-tujuan lain untuk kesihatan bukanlah satu amalan yang baik.
Sekalipun sebagai bahan buangan yang tidak diperlukan, namun air kencing mempunyai fungsi tertentu.
Antaranya, untuk mendiagnos penyakit-penyakit seperti buah pinggang, diabetes dan penyakit-penyakit komplikasi akibat diabetes.
Selain itu, penyakit yang diakibatkan oleh hipertensi dan kehamilan juga boleh dikesan melalui air kencing.
Sehubungan itu, Mafauzy, mengingatkan kepada mereka yang pernah atau berura-ura untuk mengamalkan minum air kencing supaya hentikanlah atau lupakan hasrat tersebut.
``Ini kerana sehingga hari ini belum ada bukti yang menunjukkan amalan seperti ini berkesan seperti yang didakwa,'' ujarnya.
Tambahnya, mereka yang mendakwa amalan seperti ini dapat menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu, hanyalah kebetulan saja.
Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong turut bersependapat dengan beliau bahawa belum ada kajian saintifik yang membuktikan amalan seperti ini baik pada kesihatan.
``Sukar untuk saya memberi pandangan kerana tiada data yang mengatakan amalan sebegini mempunyai kesan positif kepada kesihatan,'' jelasnya ketika dihubungi. p/s er, sanggup ke nak minum air kencing....
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:10:53 GMT 8
Nurul Izzah terima ijazah KAJANG 4 Sept. - Anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Nurul Izzah, hari ini menerima ijazah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik dan Elektrikal pada Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini.
Dia adalah salah seorang graduan cemerlang yang berjaya menamatkan pengajian dengan mendapat Nilai Purata Gred Keseluruhan (CGPA) 3.68.
Menurut Nurul Izzah, 24, kejayaannya itu merupakan kemenangan berganda dalam hidupnya, selain meraikan saat-saat manis pembebasan bapanya setelah enam tahun dipenjarakan.
``Syukur Alhamdulillah, pembebasan bapa merupakan anugerah yang paling utama dan ia menjadi idaman saya selama enam tahun ini.
``Perancangan saya selepas ini ialah untuk memastikan bapa selamat sampai ke Munich bagi mendapatkan rawatan, hal-hal yang lain akan difikirkan kemudian,'' katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen tersebut.
Menurut Nurul Izzah, prinsip bapanya yang dipegang selama ini menjadi dorongan kepada kejayaannya.
Sementara itu, ibunya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail gembira dengan kejayaan anak sulungnya itu.
Katanya, beliau bangga dengan kemampuan Nurul Izzah membahagikan masa sehingga berjaya dalam pelajaran, walaupun pada masa yang sama turut memikul tanggungjawab berat sebagai isteri.
Khamis lalu, Nurul Izzah turut mendapat Anugerah Muslim Cemerlang 2003 daripada Akademi Sains Malaysia (Asasi).
p/s ini pun kena masuk paper...
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:12:18 GMT 8
Komputer bimbit untuk pelajar IPTA BANTING 4 Sept. - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk membenarkan semula pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan ibu bapa membeli komputer bimbit untuk anak mereka yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mohd. Shafie Salleh berkata, walaupun skim yang pernah diperkenalkan pada tahun 2000 itu disalahgunakan oleh sesetengah pencarum sehingga memaksa kerajaan memansuhkannya tetapi ia boleh dipertimbangkan semula dalam usaha kerajaan membekalkan komputer untuk setiap pelajar IPTA.
``Mungkin kita boleh memberikan peluang kedua kepada pencarum untuk mengeluarkan wang bagi membeli komputer tetapi kali ini mungkin dengan syarat yang lebih ketat dan terhad kepada mereka yang mempunyai anak yang akan ke IPTA,'' katanya selepas merasmikan Program Sayangi Belia, ICT Jejak Menara Gading dan Belia Bersama Pemikiran Tun Dr. Mahathir di sini hari ini.
p/s habis lerk habis lerk....
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:17:01 GMT 8
Ijazah Sarjana - Kerenah 10 anak tidak halang suami isteri Oleh MARZITA ABDULLAH
WAN Mohd Nasir Wan Abu Bakar bersama isterinya Nik Ramelah Muhamad bersama-sama lima daripada 10 anak pasangan itu bergambar selepas majlis Konvokesyen UPSI di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini. --------------------------------------------------------------------------------
MELAYANI pelbagai kerenah anak seramai 10 orang dan beban tugas sebagai pendidik tidak menghalang sepasang suami isteri, Wan Mohd Nasir Wan Abu Bakar, 49, dan Nik Ramelah Muhamad, 46, untuk menggenggam ijazah sarjana dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Pasangan suami isteri itu, yang mengikuti program yang sama iaitu Ijazah Sarjana Pendidikan (Rekabentuk dan Teknologi Instruksi) menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen ke-6 UPSI baru-baru ini.
Nik Ramelah yang bertugas sebagai guru agama di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Baru berkata, sikap anak-anak yang boleh berdikari banyak membantunya dan suami mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
``Anak-anak memahami situasi yang kami lalui dan saling membantu antara sesama mereka jika melihat kesibukan kami mengulang kaji pelajaran,'' katanya.
Malah kadang kala, anak-anak turut menyertai mereka mengulang kaji pelajaran masing-masing.
Namun kata Wan Mohd Nasir yang bertugas sebagai Penyelia Petang di Sekolah Menengah (SM) Syed Mashor di Batang Kali, dalam kesibukan itu, mereka tetap memastikan keperluan anak-anak diutamakan.
Katanya, oleh kerana program yang diikutinya hanya terdiri daripada dia dan isteri serta seorang lagi rakan maka banyak kerja kumpulan dilakukan bersama-sama.
``Selalunya tugasan ini akan diselesaikan selepas anak-anak tidur bagi memudahkan kami berbincang,'' katanya.
Pasangan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mempunyai anak berusia antara enam tahun sehingga 20 tahun.
Dalam pada itu, penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Norlaili Abdul Rahman, 36, yang telah mempunyai tiga anak menyifatkan dorongan suami, Mohd Rasidi Embong, 37, membantu kecemerlangannya dalam pelajaran.
Dia dan suaminya bersama-sama menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) pada majlis konvokesyen kali ini.
``Tumpuan dan konsistensi adalah petua untuk berjaya di samping itu perbincangan dengan suami mengenai pelajaran turut membantu,'' katanya yang berasal dari Cheras, Selangor dan turut menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor.
Seorang lagi penerima anugerah berkenaan, Nadiah Yan Abdullah, 41, berkata, tugasan pelajaran seringkali diselesaikan semasa di kampus.
``Ini kerana kesibukan sebagai suri rumah dan menguruskan tiga anak di samping membantu suami dalam perniagaan mengehadkan masa saya untuk mengulangkaji di rumah,'' katanya yang berasal dari Melaka.
Namun begitu Nadiah yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) berkata, sokongan suami banyak meringankan bebanan tugasnya sebagai isteri, ibu dan pelajar.
Sementara itu, penerima Pingat Emas Canselor, Nor Azrin Md. Latip, 33, berkata, persaingan dengan rakan-rakan serumah mendorong dia berusaha lebih gigih.
Dia yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) berkata, selain dia, beberapa rakan serumahnya turut cemerlang dalam pengajian melalui persaingan sihat itu malah mereka juga menerima pelbagai anugerah pada majlis konvokesyen itu.
``Namun saya tidak menyangka menerima anugerah ini tetapi apa pun saya bersyukur kerana impian untuk menjadi guru akhirnya tercapai,'' katanya yang mempunyai dua anak dan kini bertugas sebagai guru di SM Kebangsaan Ampang, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu majlis konvokesyen kali ini turut menyaksikan kejayaan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Siti Salmah Mat Jusak, 44, menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Awal Kanak-kanak).
``Saya meminati bidang ini kerana mempunyai kaitan dengan tugas sekarang yang berkaitan dengan kebajikan dan hal ehwal wanita,'' katanya.
Beliau yang pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Pendidikan Khas di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam waktu terdekat ini.
Turut berjaya menggenggam ijazah ialah penggubah lagu dan penulis lirik terkenal Mohd Azam Sulung, 40, atau dikenali Azam Dungun yang menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Muzik).
Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah muzik dalam bidang multimedia di UPSI menyifatkan kejayaannya sebagai pendorong kepada rakan-rakan seperjuangan dalam bidang muzik untuk meningkatkan kecemerlangan mereka.
``Kepada rakan-rakan, ilmu perlu dicari, walaupun kita telah mahir dalam bidang aplikasi muzik namun kita perlu menerokai bidang teori kerana ia banyak membantu meningkatkan kemahiran kita,'' katanya
p/s congratulation....pak....
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:20:37 GMT 8
Sukan
Raul memang tonggak Real MADRID - Michael Owen mungkin membantu kemenangan Real Madrid ke atas Mallorca dalam aksi pembukaan bola sepak liga Sepanyol tetapi pemain digantikannya dalam perlawanan itu, Raul Gonzales yang mengalami kecederaan paha masih menjadi pilihan pasukan berkenaan bagi membawa cabaran bulan ini.
Walaupun Owen yang mencipta ruang kepada Ronaldo untuk menghasilkan jaringan, dia masih di belakang pemain Brazil itu dan Raul pula dalam senarai di barisan depan.
Fernando Morientes yang menghabiskan musim lalu bersama naib juara Liga Juara-Juara, Monaco sebelum ke Bernabeu, turut mengintai peluang dalam kesebelasan utama pasukan tersebut yang mempunyai banyak pilihan pemain musim ini.
Usaha Owen untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama cukup mencabar minggu ini apabila jurulatih baru dari Sepanyol, Luis Aragones lebih memberi tumpuan kepada Raul yang disifatkan sebagai pemain penting dalam pasukan bimbingannya.
Walaupun penyerang tersebut dikatakan tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama minggu depan dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Bosnia, bintang tengah Real, Guti menjawab kritikan itu.
``Saya rasa kritikan terhadap Raul tidak adil. Dia adalah simbol kelab ini dan ketua pasukan yang hebat. Dia beraksi dalam perlawanan bertaraf tinggi untuk beberapa tahun dan merupakan nadi pasukan kebangsaan,'' kata Guti kepada pemberita di kem latihan Real di kawasan luar Madrid.
Raul, 27, penjaring terbanyak Liga Juara-Juara suatu ketika dahulu dengan 45 gol dan merupakan anggota pasukan yang memenangi gelaran pada 1998, 2000 dan 2002 telah dikritik beberapa bulan lalu selepas prestasinya merosot di peringkat kelab dan antarabangsa.
Real tidak memenangi sebarang piala musim lalu dan Raul bersama pasukan kebangsaannya juga tewas dalam Euro 2004.
Tetapi menurut Guti, Raul adalah pemain yang boleh mengubah Real apabila tahap kecergasannya tinggi.
``Sesiapa pun tidak boleh merendahkan keupayaan Raul. Dia akan bangkit untuk mencapai semula prestasi sebagaimana kehebatannya sebelum ini. Raul akan sentiasa beraksi,'' kata Guti. - AFP
p/s raul raul raul he we dot the goal
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:21:54 GMT 8
Bicara Agama
Agama bukan mainan di media -- Selesaikan isu yang boleh menjadi bom jangka mengikut saluran lain Oleh Datuk Dr. Ismail Ibrahim
Sebuah media on line di negara ini telah menggunakan kebebasan akhbar dengan sebaik-baiknya untuk melaporkan segala peristiwa yang berlaku di negara ini tanpa berat sebelah mengikut pengakuan media tersebut. Hal ini memanglah amat baik, terutamanya ketika sebahagian besar anggota masyarakat dapat berfikir secara terbuka, dan dapat menerima perubahan yang berlaku di dunia global ini.
Bagaimanapun saya merasakan bahawa walau sebebas mana sekali pun kita membicarakan isu-isu bangsa dan negara, tentulah terdapat perkara-perkara sensitif yang memerlukan pertimbangan yang wajar dan teliti ketika perkara-perkara tersebut disentuh di dalam media kita, seperti isu agama.
Bila saya menyebut hal ini, mungkin ada orang yang akan menuduh saya sebagai seorang yang tertutup pemikiran, atau tidak berani membicarakan isu ini secara berterus terang dan terbuka. Tetapi saya sebenarnya bukanlah ingin menjadi seorang yang berat sebelah kepada mana-mana pihak. Cuma saya merasakan bahawa kebebasan kita membicarakan isu agama ini haruslah dilakukan secara yang penuh hikmah dan bijaksana.
Kita tidak perlu berkonfrontasi atau terlalu terbuka sehingga kelihatan berat sebelah. Apabila ada orang yang berat sebelah, maka akan terdapatlah orang lain yang akan menjawab, yang juga akan mengambil sikap berat sebelah. Perdebatan atau perbincangan seperti ini tidak akan berakhir dengan baik dalam forum seperti media ini.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:23:01 GMT 8
Saya mempunyai pandangan demikian, kerana sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-47 telah memperlihatkan kemajuan dalam berbagai-bagai bidang, termasuk di dalam kesatuan pemikiran umum tentang perpaduan bangsa Malaysia. Perpaduan ini diakui sebagai manifestasi toleransi di antara berbagai-bagai kaum dari kepelbagaian agama, dan persefahaman mereka dalam mengamalkan agama masing-masing sejak turun-temurun tanpa banyak mempersoalkan perkara-perkara yang sensitif, dan tanpa mempedulikan sangat hal ehwal urusan dalaman agama orang lain.
Saya percaya bahawa semua pengikut agama yang berbeza-beza di negara kita memahami isu ini dan terus-menerus menghormatinya tanpa banyak ungkit-mengungkit sehingga boleh menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat berbilang etnik dan agama ini. Rakyat negara kita masih dapat menahan kesabaran dan masih bersikap tenang dalam menghadapi sebarang perasaan tidak puas hati yang dianggap bukan isu fundamental dalam beragama dan dalam mengamalkan ajaran dan nilai agama masing-masing. Mereka bersikap demikian semata-mata kerana menghayati semangat orang Malaysia yang tidak mudah hilang sabar dan mencari perselisihan kerana isu titik bengik.
Hal ini nampaknya rata-rata diakui dan dihayati oleh semua kalangan masyarakat secara sedar dan insaf, malah perayaan tahun ini menyaksikan ketua pembangkang dari DAP menonjolkan semangat kesepaduan mereka dengan pihak kerajaan dalam menghayati perayaan nasional ini. Mereka sendiri mengakui bahawa semangat rakyat pada tahun ini menunjukkan kesepaduan yang lebih erat lagi dalam membangunkan negara yang aman damai ini.
Oleh itu saya rasa isu agama adalah merupakan kunci kepada kesepaduan ini, kerana di antara sekian banyak isu nasional, maka agama adalah merupakan isu yang mungkin paling sensitif. Orang amat tersinggung dan akan bertindak ganas sekiranya hilang kesabaran dengan tindakan provokasi oleh pihak-pihak tertentu terhadap kepercayaan masing-masing.
Kerana hal inilah saya rasa, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah menegaskan ketika ditanya tentang isu ``azan'' tempoh hari, bahawa hal itu bukan lagi menjadi isu, kerana masyarakat negara ini telah pun menerima amalan ini sekian lama, dan tidak perlu lagi dibangkitkan begitu rupa. Rakyat Malaysia mengetahui sempadan dan batasan penerimaan ini, sama ada lambang atau simbol agama dalam bentuk azan, loceng yang dibunyikan ketika waktu-waktu sembahyang bagi pengikut agama tertentu, dan bunyian-bunyian lain yang melambangkan tradisi agama atau budaya para pengikut agama yang berbeza-beza di negara kita ini.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:23:37 GMT 8
Memanglah kalau mengikut emosi dan sentimen melulu, mungkin terdapat segelintir anggota masyarakat yang resah atau terganggu dengan hal tersebut, dan yang lebih fanatik lagi akan terasa seolah-olah kepercayaannya digugat dan diganggu dengan suara-suara itu. Tetapi hal ini tidak seharusnya dirasakan di negara ini yang telah sekian lama hidup bersama dalam kepelbagaian etnik dan agama.
Malah orang Islam sendiri telah memahami dasar ini daripada pengajaran agama mereka, iaitu berdasarkan sejarah dan teladan kehidupan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ayat-ayat suci al-Quran sendiri yang agak banyak memberikan panduan agar semangat toleransi dan perdamaian ini dapat diamalkan dengan semua keturunan di dalam masyarakat. Satu ayat yang jelas memberi isyarat tentang perkara ini ialah ketika Allah melarang orang-orang yang beriman daripada mencela sembahan orang lain, kerana perbuatan itu mungkin akan menimbulkan reaksi yang sama dari orang lain, iaitu dengan mencela Allah pula.
Maka dalam konteks ini, orang Islam sendiri seharusnya menjaga supaya segala perkataan dan perbuatan mereka tidak menyinggung perasaan, apa lagi kepercayaan orang lain.
Ketika saya masih menjawat jawatan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) tidak lama dulu, saya pernah menerima surat daripada seorang penganut agama Hindu yang tinggal berdekatan dengan sebuah masjid di sebuah taman perumahan di kawasan Petaling Jaya. Penulis surat tersebut mengadu bahawa bapanya sedang sakit kuat, dan ia berasa terganggu dengan suara lantang pita rakaman bacaan ayat suci al-Quran yang dipasang hampir satu jam lamanya sebelum azan subuh. Oleh kerana saya tidak mempunyai kuasa apa-apa, maka saya telah meminta nasihat dan pertolongan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mencari penyelesaian tentang perkara ini.
Pihak JAIS telah menjalankan siasatan, dan mendapati bahawa aduan penulis surat tersebut adalah benar, lalu dinasihatkan pihak masjid tersebut supaya bekerjasama dan mengambil tindakan yang adil.
Akhirnya saya menerima surat sekali lagi daripada penulis tersebut yang menyatakan bahawa pihak masjid berkenaan telah mengambil tindakan memendekkan masa memperdengarkan pita rakaman bacaan al-Quran tersebut sebelum azan subuh, dan amat melegakan perasaannya, kerana hal itu tidak lagi mengganggu bapanya yang sedang sakit.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:24:57 GMT 8
Saya mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut, bahawa dalam sebarang krisis, atau perasaan tidak puas hati yang berbangkit dari amalan agama, haruslah ditangani dengan baik.
Dengan nasihat dan hikmah pihak yang berkenaan, maka pihak masjid tersebut telah mengambil sikap bertolak ansur yang baik demi kepentingan awam dan demi menghormati perasaan orang bukan Islam yang menjadi jiran masjid tersebut.
Dengan itu, masyarakat lain juga seharusnya memahami batas-batas toleransi yang wujud di kalangan orang Islam, dan mereka seharusnya menghormati batas-batas tersebut supaya toleransi dan perdamaian ini dapat wujud dengan baik di kalangan mereka.
Hal ini memerlukan penjelasan yang secukup-cukupnya di kalangan anggota masyarakat negara kita yang berbilang agama. Malah saya percaya ketua-ketua agama seharusnya menunjukkan teladan yang baik dalam hal ini. Oleh itu saya gembira kerana baru-baru ini telah berlangsung perjumpaan terbesar dunia para ketua agama Kristian di negara kita tanpa sebarang gangguan dan sungutan, malah mendapat restu daripada ketua negara kita sendiri sebagai simbol toleransi agama di negara kita.
Kerana itulah seperti yang saya sebutkan di atas bahawa saya dukacita juga, kerana pada masa-masa yang terakhir ini, media Internet on line itu nampaknya telah membuka satu perdebatan yang agak khusus tentang isu agama di negara kita, sehingga terdapat di antara tulisan-tulisan yang disiarkan telah membicarakan isu ini secara yang agak sinikal dan mengandungi unsur-unsur provokasi di antara para pengikut agama di negara kita.
Memang diakui bahawa setiap orang bebas menyuarakan pandangannya tentang isu ini, termasuk memberikan definisi dan pentafsiran terbaru tentang kedudukan agama Islam di dalam perlembagaan, atau kedudukan agama lain di negara kita ini, tetapi apakah hal ini perlu dilakukan dalam bentuk cabar-mencabar, dan merendah-rendahkan agama orang lain?
Kita harus ingat bahawa kita sebenarnya berada di negara Malaysia. Ukuran yang dibuat berasaskan negara lain sama ada di Barat atau di Timur, tidaklah sebenarnya mencerminkan ukuran menurut ``order'' kita sendiri di negara ini. Amalan kita sekian lama inilah yang menjadikan negara ini aman damai sehingga hari ini. Oleh itu saya merasakan agak keterlaluan bagi media Internet tersebut membuka perbahasan yang meluas tentang isu sensitif mengenai agama ini. Media tersebut tidak seharusnya menyamakan perdebatan tentang isu agama ini dengan isu ekonomi, politik atau bahasa rasmi negara ini yang sebenarnya telah mengalami kemalapan yang besar, tetapi rakyat masih dapat bertolak-ansur kerana isu-isu itu tidaklah sebesar isu agama dari segi sensitivitinya.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:27:42 GMT 8
Bersyukur ulama tidak memerintah negara Oleh ASTORA JABAT
BERSYUKUR kepada Allah kerana golongan agama termasuk ulama tidak memerintah negara ini dan kebanyakan negara Islam. Saya berkata begitu bukan kerana menentang penyertaan golongan agama dalam politik atau tidak mahu ulama menjadi pemimpin negara. Tidak ada nas daripada al-Quran dan hadis yang mengharamkan golongan agama atau ulama terlibat dalam politik dan menjadi pemimpin negara.
Malah saya menyokong golongan agama atau ulama terlibat dalam politik dan menjadi pemimpin negara jika mereka ada kelayakan untuk berbuat demikian.
Agak pelik saya orang yang mendapatkan pendidikan agama dari peringkat rendah (sekolah agama pondok) sehingga ke peringkat tinggi (universiti) bersyukur kerana negara ini dan kebanyakan negara Islam lain tidak diperintah oleh golongan agama. Apa rasional yang menyebabkan saya berkata begitu?
Jawapannya, selepas menilai realiti kebanyakan golongan agama hari ini seperti yang terdapat di Mesir, Pakistan, Sudan, Algeria, Iran, Afghanistan, Malaysia dan lain-lain.
Di Mesir sebagai contoh, berapakah golongan agama, yang dikira maju dan terbuka pemikiran mereka? Dalam peringkat pergerakan hanya pergerakan al-Ikhwan al-Muslimun (al-Ikhwan) yang dianggap moderat jika tidak mengambil kira sejarah silam pergerakan agama itu kerana terlibat dalam kekerasan dan keganasan.
Dalam peringkat ulama kita dapati seorang dua ulama yang berfikiran maju dan terbuka seperti Syeikh al-Azhar, Dr. Mohamamed Sayed Tantawi, Dr. Mohammad Amara dan Dr. Yusuf al-Qaradawi.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:29:09 GMT 8
Dalam peringkat pemikir Islam kita dapati Fahmi Huweidi, Dr. Kamal Abu al-Majd, Gamal al-Banna dan Dr. Hassan Hanafi.
Sebenarnya bukan penulis seorang saja yang bersyukur kerana golongan agama atau ulama tidak memerintah negara.
Ulama reformis dari India, Syeikh Abu al-Hassan al-Nadwi sebagai contoh lebih rela berada di bawah negara sekular India daripada berada dalam negara yang didirikan atas asas pemisahan agama, iaitu Pakistan yang diperjuangkan oleh rakan-rakannya termasuk Abu al-Ala al-Maududi, pemimpin Jamaat-e- Islami (JI).
Dulu pendirian Syeikh an-Nadwi ini dianggap janggal dan tidak disukai ramai Muslim di seluruh dunia.
Tetapi kini ramai menyedari pendirian Syeikh an-Nadwi itu tepat.
Pendirian Syeikh an-Nadwi menolak penubuhan negara agama itu amat rasional sekali. Ini bukan saja dilihat dalam konteks Pakistan yang ditubuh atas asas pemisahan agama antara Islam dan Hindu tidak berjaya, tetapi juga dilihat dalam konteks kemerbahayaan India apabila dikuasai parti agama.
Pakistan kini bukan saja bergelut dengan pelbagai konflik antara Muslim dan Hindu peringkat luar negara seperti pergaduhan dan perang antaranya dengan India, tetapi pada waktu yang sama ia juga bergelut dalam peringkat dalam negeri kerana berlaku permusuhan agama dan bunuh-membunuh yang tidak kunjung tamat antara Muslim dan Hindu, Muslim dan Kristian, Sunnah dan Syiah dan sebagainya.
Di India pula umat Muslim dalam keadaan tertekan bila negara demokrasi paling besar di dunia ketiga itu dikuasai oleh puak pelampau agama Hindu.
Dengan itu tidak hairan jika umat Islam India yang berjumlah lebih kurang 150 juta itu lebih suka tinggal di bawah kerajaan sekular.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:30:36 GMT 8
Maka itulah sebabnya pilihan raya umum di India baru-baru ini yang mencatatkan kemenangan bagi Parti Kongres yang sekular dianggap menjadi kemenangan bagi umat Islam negara berkenaan.
Pemikir dan ulama Mesir terkenal, Dr. Fathi Osman pula pernah berkata, nasib baik negara-negara Arab tidak dikuasai oleh golongan agama. Kerana pada pandangan beliau, jika mereka berkuasa, mereka akan melakukan kezaliman lebih teruk daripada pemimpin nasionalis Arab Mesir, Presiden Gamal Abdel Nasser. Dr. Fathi tidak berbeza dari Syeikh an-Nadwi. Pandangan beliau sudah tentu dipertikaikan oleh ramai orang kerana bagaimana boleh dihukum golongan agama begitu kerana mereka belum lagi pernah berkuasa di mana-mana negara Arab.
Bagaimanapun, saya percaya ada kebenaran dalam pandangan Dr. Fathi itu. Ini kerana beliau sebagai pemikir dan ulama besar yang pernah terlibat dalam pergerakan al-Ikhwan pada zaman mudanya tidak dapat tidak mesti mengetahui pemikiran golongan agama dalam pergerakan agama yang paling berpengaruh di Mesir dan negara-negara Arab itu.
Sebenarnya banyak bukti yang menyokong pendirian Dr. Fathi itu. Selain pemisahan Pakistan daripada India, pengalaman pemerintahan golongan agama di Iran dan Afghanistan turut menjadi bukti. Siapakah di kalangan umat Islam di seluruh dunia mahu menerima pemerintahan golongan agama di Iran dan Afghanistan?
Malah dalam sejarah Islam pun banyak contoh golongan agama merosakkan negara seperti tindakan menutup pintu ijtihad. Sebagai contoh golongan agama yang mempengaruhi kerajaan pada masa lalu melancarkan perang untuk puak Muktazilah yang dianggap menyeleweng dan bertentangan dengan pemikiran Ahli Sunah Waljamaah, tetapi mereka menggunakan pendekatan yang tidak betul kerana menutup pintu ijtihad. Menutup pintu ijtihad bererti melarang cerdik pandai berfikir dan seterusnya membawa kemunduran kepada ummah dan negara.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 2:32:17 GMT 8
Yang rugi bukan saja puak Muktazilah, tetapi negara dan umat Muslim secara keseluruhannya.
Dalam agama Kristian banyak pengajaran yang dapat diambil ketika gereja mempunyai kuasa pada zaman pertengahan dulu. Ramai ilmuan, saintis, pejuang dan sebagainya dibunuh kerana membawa pandangan yang tidak direstui gereja.
Mungkin ada sesetengah orang menganggap bahawa golongan agama di Malaysia terutama Pas berbeza dengan golongan-golongan di negara-negara Arab, Iran dan Afghanistan. Bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka itu. Ini bukan saja dilihat perjuangan Pas terutama di bawah pimpinan ulama kini berbeza sedikit sahaja dengan golongan-golongan agama di negara-negara Arab, Iran, Afghanistan dan lain-lain, tetapi juga melihat kefahaman agama yang dominan di Malaysia adalah dogmatis dan konservatif belaka.
Malah jika dihalusi, kita akan dapati bahawa pemikiran kebanyakan ulama UMNO dan kerajaan tidak begitu berbeza dengan ulama Pas. Mereka sama-sama memerangi keterbukaan pemikiran dengan pelbagai alasan. Mereka menganggap perbezaan pandangan yang merupakan rahmah dalam Islam sebagai perkara terlarang.
Kadang-kadang kita dapat melihat dengan jelas bahawa halangan yang membezakan antara sesetengah ulama UMNO dan kerajaan dengan ulama Pas bukan bertitik tolak kepada dasar perjuangan, tetapi bertitik tolak kepada kedudukan dan kepentingan. Bila tidak ada lagi kedudukan dan kepentingan, halangan berkenaan pun tidak ada dan mereka menjadi katak lompat di musim hujan. Itulah yang berlaku apabila beberapa cerdik pandai agama tertentu yang terkenal sebagai ulama kerajaan berpindah kepada Pas ketika negara dilanda krisis politik besar pada tahun 1998-1999 dulu. Ketika itu mereka bermimpi melihat kedudukan dan kepentingan mereka berada di pihak pembangkang, maka mereka pun muncul sebagai hero Pas untuk merebut kedudukan dan kepentingan. Sesetengah mereka mendapat kejayaan separuh jalan melaksanakan mimpi mereka.
|
|