Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 4:53:39 GMT 8
KomOt said:
Risiko kanta sentuh warnaSejak akhir-akhir ini wujud satu kekeliruan masyarakat
tentang penggunaan kanta sentuh warna. Populariti
kanta sentuh warna yang hangat diperkatakan kini telah
menjadi satu ikon dalam fesyen remaja khasnya kaum
wanita.
Ahli profesional dalam bidang penjagaan mata sudah
lama menyatakan kebimbangan mereka.
Percambahan bilangan pembeli kanta sentuh warna yang
tidak mendapat sebarang pemeriksaan mata daripada
optometris terlebih dahulu, amat membimbangkan.
Mereka membeli kanta sentuh warna daripada jurujual
atau optisyen berdasarkan `jualan atau sale,. yang
menawarkan harga yang rendah tanpa mengambil kira
kesesuaian dan keselesaan kanta tersebut pada mata
mereka.
`Kenapa perlu periksa mata? Mata saya tidak perlu
sebarang kuasa kanta', ini adalah antara soalan yang
kerap dikemukakan oleh pembeli kanta sentuh warna
tanpa mengetahui bahaya yang ditempah.
Pemeriksaan mata perlu dilakukan ke atas semua pemakai
kanta sentuh tidak kira sama ada kanta yang dipakai
itu berwarna atau tidak. Atau, mempunyai kuasa atau
sebaliknya.
Pentingnya pemeriksaan mata adalah untuk menentukan
kesesuaian kanta sentuh tersebut dengan mata si
pemakai.
Terdapat sebilangan orang yang tidak boleh memakai
kanta sentuh disebabkan oleh mata yang terlalu kering,
alahan teruk pada kelopak mata atau menghidap
penyakit-penyakit mata yang lain.
Jadi, penting untuk mengetahui sama ada anda
sememangnya layak ataupun tidak untuk memakai kanta
sentuh sebelum membelinya.
Kanta sentuh warna terdapat dalam pelbagai jenama,
saiz, corak dan warna. Setiap jenama mempunyai saiz
yang berbeza dari segi kelengkungan dasarnya mahupun
diameter kanta. Oleh itu pemasangan kanta ke atas mata
pemakai akan menunjukkan persembahan yang berbeza bagi
setiap jenama yang lain.
Anda mungkin pernah mencuba kanta sentuh warna yang
mempunyai jenama yang berbeza dan anda akan rasa
kelainan setiap satunya.
Keselesaan semasa memakai kanta sentuh warna tidak
menggambarkan kesesuaian sebenar kanta tersebut pada
mata anda. Anda mungkin berasa sangat selesa dengan
kanta sentuh tetapi pemasangan kanta tersebut mungkin
sangat ketat.
Ia boleh menghalang oksigen dan air mata daripada
memasuki kawasan kornea. Selepas beberapa jam barulah
anda dapat perhatikan mata menjadi merah dan rasa
tidak selesa mula timbul.
Cuba bayangkan sekiranya anda mempunyai sepasang mata
yang kurang sensitif, biasanya terjadi pada pemakai
kanta sentuh yang sudah lama anda mungkin tidak dapat
merasai perubahan yang berlaku. Maka, kanta akan terus
dipakai tanpa menyedari proses pembengkakan kornea
atau (edema) menjadi semakin teruk.
Ini memudahkan anda mendapat jangkitan. Sekiranya
fenomena ini kerap berlaku anda mungkin terdedah
kepada bahaya kebutaan.
Terdapat terlalu banyak laporan dari hospital-hospital
kerajaan dan klinik-klinik mata tentang penyalahgunaan
kanta sentuh yang hampir atau telah menyebabkan
kebutaan kepada pemakainya.
Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada pemasalahan
ini. Pertama disebabkan premis optikal yang tidak
mempunyai kelayakan. Atau, optometris yang bertauliah
gagal menjalankan pemeriksaan ke atas pemakai kanta
sentuh baru serta tidak memberi nasihat dan tunjuk
ajar pemakaian dan hygine yang diperlukan.
Kedua, pemakai kanta sentuh itu sendiri yang tidak
akur dengan nasihat dan penjagaan kanta sentuh yang
telah disyorkan oleh optometris dan tidak menghadiri
sesi ulangan pemeriksaan (aftercare) yang telah
diatur.
Komplikasi kanta sentuh
Antara penyebab paling ketara berlakunya komplikasi
terhadap pemakai kanta sentuh warna ialah sikap suka
berkongsi kanta sentuh dengan rakan-rakan.
Ini kerap kali berlaku pada pemakai kanta sentuh
occasional yang tidak mempunyai sebarang kuasa
refraksi.
Oleh itu mereka bebas berkongsi kanta sentuh warna.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa penyakit serius
boleh berjangkit melalui pemakaian kanta sentuh
antaranya hepatitis B, AIDS dan SARS.
Pengguna, perlu sedar tentang risiko ulser kornea yang
berkait dengan pemakaian kanta sentuh warna melebihi
had yang disyorkan.
Terdapat banyak kanta sentuh warna jenis pakai buang
satu bulan di pasaran. Sekiranya pemakai terus
menggunakan kanta tersebut melebihi daripada tempoh
hayatnya, jangkitan dalaman mata, kornea berparut dan
lain-lain masalah boleh menyebabkan penglihatan
terjejas. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan
kebutaan dan kehilangan mata.
Perlu diingat, kanta sentuh warna hanya boleh dipasang
dan dibeli oleh optometris bertauliah untuk
menghindari semua risiko ini.
Hanya optometris yang berpengalaman boleh mengesan
risiko-risiko awal pada mata pemakai kanta sentuh
warna.
Mereka juga boleh menasihat dan memantau pengguna yang
bermasalah sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Pemakai kanta sentuh warna juga perlu diingatkan
bahawa kanta mereka perlu didisinfeksi secara sempurna
setiap hari.
Ramai yang mengambil jalan mudah dan murah dengan
hanya merendam kanta dalam larutan saline sahaja.
Pemakaian kanta sentuh warna perlu dipandang serius.
Ini semua mempunyai hubung kait dengan kesan
meletakkan benda asing di dalam mata. Ketahuilah
bahawa kanta sentuh warna boleh menyebabkan risiko
yang serius seperti kebutaan.
Selain itu, ia boleh mengakibatkan kecederaan pada
mata sekiranya diperoleh tanpa pemasangan yang betul
oleh optometris bertauliah.
- UTUSAN MALAYSIA
tak berani lah pkaia camtu..