LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Jan 31, 2004 15:31:41 GMT 8
tak setimpal sungguh hukuman di atas perogol nurul huda tuh!
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 2:45:43 GMT 8
tak setimpal sungguh hukuman di atas perogol nurul huda tuh! istaz?ape hukuman yg patut kena pd si perogol tu..bg atok hukuman mati..
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Feb 5, 2004 3:09:05 GMT 8
itu tak cukup nak insafkan orang lain skali...better sebat di khalayak ramai atau rejam sampai mati di khalayak ramai gak....baru la orang cuak nak buat kat cuak...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 3:44:46 GMT 8
Nenek hilang seminggu dijumpai separuh bogelDEV KUMAR memberi minuman kepada Ensah yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu terpaksa didukung selepas dijumpai di kebun durian di Changkat Salak, Sungai Siput, semalam. SUNGAI SIPUT: Seorang nenek berusia 81 tahun yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu, ditemui dalam keadaan hanya memakai seluar dalam di kebun durian di Changkat Salak, dekat sini, semalam.
Ensah Pandak Mat Yassin ditemui jam 10 pagi semalam kira-kira empat kilometer dari rumahnya di Kampung Suak Petai, Karai, oleh seorang penoreh getah yang terdengar mangsa mengetuk kayu pada zink di kebun itu.
Ensah ditemui dalam keadaan sihat, walaupun dipercayai tidak menjamah makanan sejak kehilangannya.
Apabila ditanya polis mana pergi pakaiannya, nenek itu hanya berkata: “Panas, panas.”
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (Sungai Siput), Deputi Superintendan Dev Kumar, berkata Ensah tidak pulang selepas keluar mencari pinang berdekatan rumahnya pada 28 Januari lalu.
Beliau berkata, polis yang dimaklumkan mengenai kehilangan nenek itu sebelum ini melancarkan gerakan mencarinya termasuk menggunakan anjing pengesan serta meminta bantuan anggota Rela dan penduduk tempatan tetapi masih gagal menemuinya.
“Sekumpulan anggota Polis Orang Asli terdiri daripada 21 anggota meneruskan usaha mencari mangsa kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) bermula dari tempat dia dilaporkan hilang di rumahnya.
“Setengah jam kemudian penoreh getah berkenaan datang ke Balai Polis Karai bagi memaklumkan penemuan seorang wanita tua.
“Polis yang pergi ke tempat itu mengesahkan wanita berkenaan adalah Ensah.
“Ketika ditemui Ensah sedang duduk di atas tanah dengan hanya memakai seluar dalam, tetapi kelihatan sihat tanpa mengalami kecederaan.
“Selepas memberinya minuman dan kain, anggota polis mendukungnya keluar ke jalan sejauh lebih satu kilometer dari situ dan sepanjang berada dalam kereta dia asyik meracau-racau,” katanya di sini, semalam.
Dev Kumar berkata, mangsa dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Sungai Siput (HSS) dan doktor mengesahkan mangsa tidak dirogol.
Bagaimanapun, beliau mengaku agak ganjil seorang wanita tua seperti itu berada dalam keadaan sihat walaupun sudah seminggu hilang dari rumahnya.
“Wanita itu masih ditempatkan di hospital berkenaan untuk pemerhatian doktor,” katanya.
Sementara itu, menantu Ensah, Mohd Nordin Pandak Abdul Rahman, 67, yang ditemui di rumahnya berkata, mentuanya pernah hilang dari rumah dua tahun lalu tetapi ditemui semula tiga hari kemudian di kawasan berhampiran rumah.
Katanya, keluarganya bimbang terhadap kehilangannya kali ini kerana tiada sebarang tanda mengenai kedudukannya walaupun sudah hampir seminggu hilang
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 6, 2004 12:07:09 GMT 8
PELAJAR MENGAKU LAKU HUBUNGAN SEKS...
KUALA LUMPUR: Lebih tujuh peratus pelajar sekolah menengah mengakui pernah melakukan hubungan seksual, demikian menurut satu kajian yang dijalankan di dua sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan.
Lebih membimbangkan apabila majoriti pelajar terbabit yang berusia di antara 16 dan 19 tahun mengakui melakukan hubungan seksual pertama ketika berusia di bawah 15 tahun dan tanpa memakai atau mengambil sebarang alat pencegahan seperti kondom atau pil.
Mereka adalah sebahagian daripada lebih 500 responden yang mengaku pernah terbabit dalam pelbagai aktiviti seksual seperti melayari laman web pornografi, mempunyai teman istimewa, berpegangan tangan, mengurat, bercium dan berpelukan.
Kajian sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 1,408 pelajar di Kota Bharu itu juga mendapati kebanyakan pelajar berkenaan adalah mereka yang aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.
(Kajian ini tidak termasuk dalam Laporan Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Malaysia 2003).
Penemuan itu sekali gus menidakkan anggapan kebanyakan pihak bahawa tingkah laku tidak sihat selalunya membabitkan pelajar atau golongan muda yang suka melepak.
Penyelia projek itu, Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi, berkata satu lagi penemuan penting dalam kajian itu ialah majoriti atau 80 peratus daripada responden menetap dengan ibu bapa.
“Masalah yang berlaku pada pelajar ini mungkin lebih teruk jika mereka tidak menetap bersama ibu bapa.
“Kita bimbang dengan penemuan ini. Walaupun dari segi peratusan pelajar yang terbabit dalam hubungan seksual ini kecil, kita tidak boleh kata masalah ini tidak serius.
“Apabila ia berlaku, ia harus diberi perhatian walaupun angkanya terlalu kecil. Malah, dalam mengkaji aktiviti seksual luar nikah ini, kita perlu gandakan peratusan yang kita peroleh kerana mungkin ada pelajar yang tidak menjawab secara jujur,” katanya kepada Berita Harian.
Kajian yang dijalankan sepanjang September 2001 itu juga mendapati sebahagian besar pelajar, iaitu 70 peratus membenarkan pengguguran dilakukan jika mengandung anak luar nikah.
Dr Muhammad Najib yang juga pakar psikiatri dan pensyarah di Jabatan Psikiatri PPSP USM berkata, sikap liberal pelajar itu membimbangkan kerana ia akan mendorong kepada amalan tidak sihat.
Berdasarkan kajian terdahulu, jika remaja mempunyai pandangan yang liberal mengenai sesuatu perbuatan yang tidak sihat, amalan mereka akan menjadi lebih teruk lagi.
Dr Muhammad Najib berkata, walaupun kajian itu hanya membabitkan dua sekolah, ia memberi gambaran menyeluruh mengenai aktiviti seks luar nikah bagi pelajar sekolah menengah di ibu negeri Kelantan itu.
Selain itu, kajian membabitkan 812 pelajar perempuan dan 596 pelajar lelaki turut mendapati tahap pengetahuan responden mengenai seks agak tinggi dengan 65 peratus dapat menjawab dengan tepat soalan mengenai pengetahuan seks.
Contoh soalan yang diajukan ialah ‘Adakah perempuan masih boleh mengandung selepas putus haid' dan ‘Penggunaan kondom adalah kaedah perancangan keluarga yang berkesan'.
Pelajar lelaki didapati lebih berpengetahuan mengenai seks berbanding perempuan, manakala tiada perbezaan ketara antara kaum. Tahap pengetahuan lebih dipengaruhi faktor umur dan jantina. Pelajar yang lebih berusia didapati lebih berpengetahuan mengenai seks.
Penemuan lain:
l 80 peratus pelajar bersikap konservatif dan menganggap hubungan seks luar nikah sebagai tidak baik dan boleh merosakkan hubungan kekeluargaan;
l 65 peratus pelajar konservatif dan menganggap amalan melancap (autoerotisisma atau onani) untuk mendapat kepuasan seks sebagai tidak sihat dan perlu dilarang;
l 30 peratus pelajar mengamalkan onani (60 peratus dan empat peratus perempuan);
l 2.5 peratus pelajar mengaku mengamalkan homoseksualiti (lima peratus dan 0.5 peratus perempuan) (merangkumi hubungan seksual dan kecenderungan terhadap kaum sejenis);
l 60 peratus pelajar tidak mengetahui kaedah terbaik perancangan keluarga; 15 peratus pelajar bersetuju dengan penggunaan alat pencegahan sebelum perkahwinan, manakala 40 peratus bersetuju dengan penggunaannya selepas berkahwin;
Dr Muhammad Najib berkata, kajian itu juga mendapati rakan sebaya, buku dan majalah (tidak semestinya majalah lucah) adalah sumber utama bagi pelajar terbabit mendapatkan pengetahuan mengenai seks.
Beliau berkata, majoriti responden mahukan pengajaran seks di sekolah walaupun hanya 30 peratus pelajar beranggapan ibu bapa mereka sependapat dalam perkara itu.
Katanya, walaupun aktiviti seksual pelajar terbabit lebih rendah berbanding kajian terdahulu, ia perlu dielakdaripada menjadi semakin tenat.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 18:04:35 GMT 8
tak sangka..negeri kelantan ade pelajar yg melakukan seks..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 20:40:11 GMT 8
Lelaki mengaku bunuh: Motif rompak, polis angap kes Norjan selesaiLELAKI yang mengaku membunuh Norjan di bilik Hotel Shangri-La, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu dikawal ketat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kepayan, Sabah. Dia ditahan di Tawau malam kelmarin. – Gambar oleh Rozlee Abdullah KOTA KINABALU: Polis menganggap kes pembunuhan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar selesai, selepas menahan suspek utama, seorang lelaki Indonesia di Tawau ketika dipercayai mahu melarikan diri ke negara jiran. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Iliyas Ibrahim, berkata kejadian itu juga diklasifikasikan sebagai kes rompak dan bunuh, bukan bermotifkan cemburu atau balas dendam berikutan pengakuan suspek utama itu. “Lelaki berkenaan mengaku melakukan pembunuhan itu dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai rompak dan bunuh,” katanya sambil mengingatkan semua pihak supaya menghentikan sebarang spekulasi atau khabar angin. Memberitahu sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, dekat sini petang semalam, beliau berkata lelaki yang diburu sejak kelmarin itu, bekerja sebagai pelayan di Hotel Shangri-La, Bandaran Berjaya, tempat Norjan dibunuh. Katanya, lelaki itu, yang menggunakan kad pengenalan palsu Malaysia, ditahan di rumah saudaranya di sebuah kampung di Kilometer 3.2 Jalan Apas, Tawau, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin. Polis turut menemui barang kemas berupa gelang dan rantai emas, jam tangan, dua set telefon bimbit dan wang tunai RM1,450 yang dipercayai milik Norjan daripada lelaki berkenaan. Norjan, 52, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik dan Ketua Wanita Umno Bahagian Papar ditemui mati di sebuah bilik di hotel berkenaan, kira-kira jam 9 pagi Rabu lalu. Mayatnya mempunyai beberapa kesan luka di muka dan kesan tikaman di leher. Kelmarin, polis menahan reman selama seminggu seorang lelaki rakyat Pakistan berusia 27 tahun serta dua wanita berusia 52 dan 53 tahun bagi membantu siasatan. Menceritakan kronologi pergerakan suspek utama yang ditahan dalam operasi dikenali sebagai ‘Ops BB' (Operasi Bandaran Berjaya) itu, Iliyas berkata, siasatan polis mendapati dia menghantar susu dalam teko yang ditempah Norjan ke bilik mangsa kira-kira jam 4.15 pagi Rabu. “Tidak lama kemudian dia naik semula ke bilik yang sama untuk mengembalikan baki bayaran RM2 serta membawa air suam yang dipesan mangsa. Ketika di bilik itu, suspek dipercayai menyerang mangsa dengan sebatang besi tajam seperti pemecah ais dan menikamnya beberapa kali sebelum mengambil barangan milik mangsa. “Kira-kira jam 7 pagi, lelaki berkenaan habis bertugas dan balik ke tempat penginapan (asrama) hotel. Kemudian pada jam 8 pagi dia menginap di sebuah hotel lain di ibu negeri,” katanya. Iliyas berkata, kira-kira jam 5 petang hari yang sama, lelaki itu pergi ke Tuaran, kira-kira 45 kilometer dari ibu negeri dan menginap di sebuah hotel di sana sehingga jam 12 tengah hari kelmarin. “Dia kemudian menyewa sebuah kereta sewa di Tuaran dan meminta dihantar ke Tawau di pantai timur, kira-kira 420 kilometer jauhnya, dengan bayaran sewa RM500. Pada jam 8.30 malam, dia tiba di sebuah rumah di Jalan Apas dan hasil maklumat orang ramai, polis menahannya jam 11.30 malam,” katanya. Beliau berkata lelaki berkenaan yang dipercayai merancang melarikan diri ke negara jiran, pernah menjalani hukuman penjara di Tawau selama tiga tahun mulai 1999 atas kesalahan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan selepas itu dihantar pulang ke Indonesia. Tahun lalu, dia kembali semula ke Sabah menggunakan kad pengenalan palsu dan bekerja di Hotel Shangri-La, Bandaran Berjaya sejak lapan bulan lalu. Suspek itu diterbangkan dari Tawau ke Kota Kinabalu kira-kira jam 3 petang semalam, dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat ini. Mengenai tiga yang ditahan reman di sini kelmarin, beliau berkata ia untuk memudahkan polis mengambil keterangan dan mereka dijangka dibebaskan tidak lama lagi. Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesaikan kes itu dengan cepat, termasuk pasukan petugas khas yang ditubuhkan polis dengan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner II Bakri Zinin.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 20:36:02 GMT 8
Edisi Utara: Jeritan selamat dua keluarga
Oleh Kamudin Baharom
KANGAR: Jeritan seorang ibu tunggal menyelamatkan lapan orang dari dua keluarga dalam satu kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Kampung Pondok, dekat sini, tengah hari semalam.
Bagaimanapun, ibu tunggal itu, Hasnah Abdul Rahman, 50-an, melecur di dahi dan kaki akibat terkena percikan api ketika menyelamatkan diri.
Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Kangar (HK) untuk diberi rawatan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, rumah papan milik Hasnah dan rumah kakak iparnya, Bedah Yut, 70, yang bersebelahan musnah sama sekali menyebabkan dua keluarga itu tinggal sehelai sepinggang.
Bedah yang kematian suaminya, Shaari Jusoh, tahun lalu, berkata jeritan Hasnah menyebabkan dia yang ketika itu bersama dua ahli keluarganya terkejut dan lari menyelamatkan diri
“Saya mendengar adik menjerit api...api beberapa kali. Bila melihat keluar rumah saya dapati api sudah begitu marak dan hampir memusnahkan rumah Hasnah.
“Jadi, saya tidak sempat menyelamatkan harta benda melainkan bergegas keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui semalam.
Walaupun rumah dan peralatannya termasuk barang kemas dan wang simpanannya musnah dalam kebakaran itu, Bedah bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan.
Seorang lagi mangsa, Romlah Shaari, 52 berkata, akibat kebakaran itu, wang simpanannya berjumlah lebih RM3,000 serta sebahagian besar barang kemas miliknya turut musnah.
“Saya dan ahli keluarga tidak sempat berbuat apa-apa kerana api cepat marak kerana angin kencang,” katanya.
Sementara, Pegawai Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Arau, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata 20 anggota dengan dua jentera bomba yangtiba di tempat kejadian pada jam 12,36 tengah hari berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berdekatan dalam masa kira-kira 50 minit
“Angin kencang menyebabkan api cepat merebak hingga memusnahkan kedua-dua rumah keluarga itu.
“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 21:56:40 GMT 8
Edisi KL: Bungkus mi guna logo palsuPERIKSA...Mohd Sahar (kanan) dan Penolong Pengarah Bahagian Kajian Makanan Jakim, Mohd Amin Abdullah memeriksa mesin pembungkus yang menggunakan tanda logo halal palsu. -Gambar Muhaizan Yahya KUALA LUMPUR: Sebuah kilang pembungkusan mi segera di Taman Sri Bahtera, Cheras yang beroperasi sejak lebih dua tahun lalu tanpa memiliki sijil sah tanda halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, semalam. Serbuan bersepadu yang dijalankan kira-kira jam 11.30 pagi itu merampas lebih 1,000 kotak mi segera pelbagai jenama dan perisa yang dianggarkan bernilai lebih RM37,000. Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan, Mohd Shahar Osman, berkata tindakan memeriksa kilang pembungkusan itu dibuat selepas disyaki menggunakan perihal dagangan palsu. Katanya, berdasarkan rekod Jakim mendapati tiada sebarang kelulusan mengenai penggunaan logo halal dikeluarkan untuk produk mi segera keluaran kilang terbabit sehingga kini. “Mereka mendakwa hanya menjalankan kerja pembungkusan dan mi segera itu dihasilkan syarikat lain di Johor di mana syarikat itu sudah memiliki sijil logo halal sah. “Tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah walaupun mereka hanya melakukan kerja pembungkusan, syarikat ini masih perlu memohon sijil logo halal yang sah daripada Jakim,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan, semalam. Operasi yang disertai sepasukan 10 pegawai penguat kuasa KPDNHEP dan dua pegawai Jakim itu turut menyoal siasat dua lelaki di premis berkenaan dipercayai pengurus syarikat pembungkusan itu. Ketika serbuan dibuat ada lima pekerja wanita sedang menjalankan kerja membungkus di bahagian bawah bangunan kedai itu. Menurut Mohd Shahar, tindakan serbuan bersepadu dengan Jakim adalah kali pertama dilakukan ke atas premis yang menghasilkan produk makanan yang diragui tahap halalnya. “Kita akan memantau kegiatan syarikat pengeluar dan pembungkus makanan lain yang gagal mematuhi arahan untuk mendapatkan sijil perakuan menggunakan logo halal yang dikeluarkan Jakim,” katanya. Syarikat itu akan disiasat mengikut Seksyen (15) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menggunakan logo halal tanpa mendapat kelulusan Jakim. Jika sabit kesalahan pemilik syarikat berkenaan boleh dikenakan denda RM 250,000 bagi kesalahan pertama.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 22:01:14 GMT 8
Edisi KL: Lelaki Arab Saudi kena pukau
Oleh Nazarali Saeril
KUALA LUMPUR: Seorang warga Arab Saudi dirompak AS$100 (RM380) selepas dipercayai dipukau seorang lelaki dan wanita warga asing di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, kelmarin.
Mangsa, Alrabghi Ahmed Husain, 57, berkata dia didatangi lelaki dan wanita berkenaan yang mengaku warga Itali sebelum bertanyakan arah untuk pergi ke restoran makanan Islam berdekatan.
“Selepas bertanyakan arah ke restoran Islam itu, mereka memberitahu ingin menunaikan haji dan mahu melihat mata wang Riyal.
“Saya mengeluarkan dompet dan pasangan terbabit mengambil dompet saya lalu mencuri AS$100,” katanya.
Alrabghi yang kini tinggal di Jakarta berkata, dia seperti tidak sedar pasangan berkenaan mengambil wang itu.
Sementara itu, Ketua Unit Keselamatan pusat beli-belah itu, Samad Ismail, 47, berkata pihaknya berjaya menahan pasanganterbabit pada hari sama selepas mendapati pasangan itu sedang membelek dompet.
“Kami membawa pasangan itu ke bilik kawalan keselamatan supaya mengeluarkan semua barangan yang ada dalam poket mereka.
“Satu daripada barangan itu ialah sekeping mata wang Amerika Syarikat berjumlah AS$100,” katanya.
Dia kemudiannya meminta Alrabghi mengecam wang itu dan apabila diperiksa melalui nombor siri didapati ia sama dengan wang yang hilang.
“Ini kerana mangsa sudah merekodkan semua nombor siri mata wang terbabit untuk keselamatan.
“Selepas berpuas hati dengan soal-siasat yang dijalankan, kami membawa pasangan itu ke Pejabat Polis Pelancong berhampiran untuk ditahan,” katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 22:06:48 GMT 8
Edisi Nasional: Kami sangka pesawat kawalan jauh
Oleh Hadzlan Hassan
SABAK BERNAM: “Saya lihat ia berpatah balik sebelum berputar-putar dan mendarat.
“Ketika itu, seorang lelaki warga asing keluar daripada pesawat berkenaan sambil memegang telefon bimbit,” kata Mohd Hafifi Yusof, 18.
Hafifi antara sekumpulan lima remaja yang tiba awal di tempat kejadian sebuah pesawat ringan model Z-601 9M Cam mendarat cemas di kawasan bendang Parit 3 ½ Barat, Sungai Besar, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Menurutnya, dia bersama beberapa rakannya memang mengesyaki sesuatu apabila melihat pesawat berkenaan terbang rendah dan berpatah balik ke tempat kejadian.
“Apabila sampai kami melihat ia berputar-putar sebelum mendarat. Ketika itu seorang lelaki keluar dari pesawat. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilihat bercakap sesuatu melalui telefon bimbit.
“Dia kemudian meminta kami bercakap dengan seorang lelaki , mungkin majikannya yang ingin mengetahui nama kampung ini,” katanya.
Selain Mohd Hafifi, Seorang lagi saksi, Ani Asmawi, 66, pada mulanya menyangka ia pesawat kawalan jauh berdasarkan saiz dan ketinggian penerbangannya.
“Saya tidak menyangka ia pesawat terbang sebenar sehingga melihat seorang lelaki keluar daripada pesawat berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Jaafar, berkata pesawat berkenaan dipandu seorang warga Austria, Richard Wintersteeler dan berlepas dari Subang.
Ruchard yang juga seorang Pengarah Urusan Asis Kraiberg, TPE (M) Sdn Bhd melakukan penerbangan latihan peringkat terakhir iaitu yang ke 3 selepas melakukan 21 jam penerbangan.
Berikutan kejadian itu, pesawat milik kelab Penerbangan ESB itu terpaksa dileraikan sebelum dihantar untuk dibaik pulih.
Sementara itu, jurulatih penerbangan berkenaan, Johari Mohammad, berkata setakat ini, pihaknya mengesyaki kejadian berlaku akibat masalah kerosakan enjin.
“Sebenarnya ia kes terpencil kerana kebarangkalian berlaku kerosakan seperti itu terlalu tipis kerana kita melakukan sekurang-kurangnya tiga pemeriksaan terhadap pesawat berkenaan sebelum berlepas,” katanya.
Menurutnya, juruterbang pesawat berkenaan mengendalikannya dengan baik walaupun dia menerima kecederaan ringan di kaki.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 22:11:44 GMT 8
Edisi Utara: Tauke biskut hairan dapat 14 saman
Oleh Ahmad Saufi Mansor
NIBONG TEBAL: Seorang peniaga biskut dari Taman Nibong Tebal, di sini, berada dalam dilema apabila didakwa mempunyai 14 kesalahan tidak membayar tol kira-kira lima tahun lalu yang membabitkan bayaran berjumlah RM513.20.
Peniaga terbabit, Koh Aun Leng @ Khor Hun Leng, 61, yang memiliki kereta Honda Civic bernombor pendaftaran PDX 8288 dikatakan melakukan pelbagai kesalahan terbabit dengan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).
Koh hairan bagaimana perkara itu boleh timbul selepas lima tahun kerana dia tidak pernah melakukan kesalahan terbabit, dan mengesyaki perbuatan itu dilakukan pihak lain.
Menurutnya, sebelum ini, dia pernah membuat laporan di Balai Polis Nibong Tebal pada 3 April 1999 mengenai kehilangan cukai jalan berikutan cermin hadapan keretanya dipecahkan dalam kawasan rumah.
Katanya, keadaan menjadi semakin buruk apabila ada anggota polis datang ke rumahnya memaklumkan kenderaan dipandunya tidak menjelaskan bayaran selepas mengisi minyak di Taiping, Perak pada keesokan harinya.
“Saya terkejut kerana kereta ini tidak pernah sampai ke Taiping, malah jika menjalankan perniagaan sekalipun saya mempunyai jadual laluan harian yang tetap selain menggunakan van.
“Bagi menjelaskan keadaan, saya kemudian menunjukkan kepada anggota polis terbabit laporan polis mengenai kehilangan pita cukai jalan, selain mendakwa kereta berkenaan mungkin menggunakan nombor plat palsu,” katanya.
Koh berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi, Tan Cheng Liang, di sini, semalam.
Selain itu, Koh turut menerima saman had laju apabila kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di Tapah dan Kuala Kangsar, Perak namun dia sudah membuat bayaran selepas diminta berbuat demikian.
Malah, dia pernah meminta gambar daripada pihak polis berhubung saman had laju berkenaan dan mendapati kenderaan yang melakukan kesalahan itu sama seperti miliknya.
Menurutnya, perkara itu kemudian berlanjutan apabila anak lelakinya, Khor Chun Ping, 26, diminta memberhentikan kereta oleh pegawai Plus di plaza tol Juru, kira-kira jam 8.29 pagi kelmarin.
Katanya, pegawai Plus berkenaan memaklumkan kereta Honda Civic PDX 8288 dipandu anaknya memiliki 14 kesalahan menceroboh tol atau tidak membayar tol di beberapa lokasi dengan jumlah bayaran tidak dijelaskan RM513.20.
“Mereka kemudian menyerahkan satu salinan kesalahan termasuk enggan membayar tol, tiada tiket transit, tiada maklumat masuk, mempunyai tiket transit yang berlebihan dan tiket transit tidak sah.
“Kesalahan dilakukan antara 24 Julai 1999 hingga 2 Oktober tahun sama, dengan nilai bayaran serendah RM13.90 hingga RM58 tanpa diketahui siapa yang melakukannya,” katanya.
Menurutnya, dia kini tertekan kerana bimbang akan menerima surat saman lain kerana mungkin orang yang menggunakan nombor plat keretanya turut melakukan pekerjaan haram.
Sementara itu, Tan berkata, beliau akan menulis surat kepada pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi berkaitan untuk meminta penjelasan berhubung perkara ini.
Beliau hairan bagaimana kes seperti ini boleh timbul selepas lima tahun walaupun pengadu terbabit sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan pita cukai jalan miliknya.
“Saya tidak tahu apa tindakan yang dilakukan polis mahupun JPJ selepas dimaklumkan mengenai kehilangan cukai jalan kerana mereka sepatutnya sedia maklum tugas masing-masing,” katanya.
“Justeru, saya cadangkan kepada pihak polis mahupun JPJ supaya melakukan pemantauan melalui sistem yang mereka miliki jika berlaku kehilangan cukai jalan,” katanya.
|
|
gaban
Senior Student
Posts: 249
|
Post by gaban on Feb 20, 2004 22:36:34 GMT 8
Umat Islam Palestin..diseksa oleh Yahudi laknat..diikat mata..dan ditanam ditengah pancaran cahaya matahari....Berdoalah untuk kesejahteraan saudara kiter yg dianiya oleh org kafir...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 22:46:21 GMT 8
bkn tu saje..mereka dibunuh tak kira usia...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 4:41:48 GMT 8
atok mintak maaf..sbb atok tak mempunyai mase utk keluarkan akhbar dr NST dan Metro ttg kematian allahyarham khairunnizam abd wahid..sbb mase tu..atok tergesa2 pegi ke hospital melawat arwah..
|
|