Post by atokENSEM on Jan 23, 2004 6:23:34 GMT 8
Presidennya, Datin Paduka Zaitoon Othman berkata adalah penting untuk melindungi kanak-kanak yang tidak berkuasa untuk mempertahan dan melindungi diri sendiri.
“Sungguhpun cadangan itu baik, ia penting dikaji secara lebih lanjut, termasuk sama ada ia boleh mencapai matlamat dan mendatangkan kesan sebagaimana yang dikehendaki,” katanya.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Kuthubul Zaman Bukhari bagaimanapun berkata, pihaknya kurang bersetuju dengan cadangan itu kerana tiada kajian menunjukkan bahawa sebatan di khalayak ramai akan mengurangkan kes seumpama itu.
“Ini bukan satu jawapan kepada permasalahan ini. Saya rasa kita kena kaji semula untuk mencari cara lain bagi menanganinya,” katanya sambil memberikan contoh, kes pengedaran dadah masih berlaku walaupun ada hukuman mati mandatori.
Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Dr Mohammed Yusoff Hussain berpendapat cadangan sebat di khalayak ramai ke atas penjenayah seumpama itu langkah yang baik untuk melindungi kanak-kanak dan bagi mengelakkannya berulang.
Katanya, dalam Islam ketika ketika peperangan sekalipun, orang Islam tidak boleh menganiaya wanita dan kanak-kanak bukan Islam yang menunjukkan penekanan kepada menjaga maruah kanak-kanak dan wanita.
“Apatah lagi dalam keadaan masyarakat yang damai dan bertamadun, kita bertanggungjawab menjaga wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada penganiayaan,” katanya.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata cadangan itu adalah satu perkembangan positif kerana matlamat sebatan dalam hukum syariah adalah bertujuan mendidik, menjadikan pengajaran dan menimbulkan kegerunan masyarakat serta mengaibkan mereka yang melakukannya.
“Kalau sebatan dibuat di luar penjara, orang ramai akan dapat melihatnya yang akan menimbulkan rasa insaf di kalangan orang yang mungkin ada niat untuk melakukannya,” katanya.
Pas turut menyokong hukuman sebat di khalayak ramai ke atas perogol kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian kerana ia mampu membendung jenayah itu daripada berleluasa.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelaksanaan cadangan itu tentu boleh menakut dan menggerunkan orang kerana manusia yang melakukan kejahatan, sama ada rogol atau rasuah adalah bernafsu jahat.
Katanya, pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai adalah untuk memberi kesedaran dan menjadikan teladan kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi pula berkata, parti itu bersetuju bermuzakarah dengan Umno bagi mencari penyelesaian menangani gejala sosial terutama kes rogol membabitkan kanak-kanak.
Beliau berkata, Pas yakin boleh bersatu dan bekerjasama dengan Umno serta meminta isu muzakarah tidak dijadikan gimik dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, muzakarah itu akan menjadi titik pertemuan yang baik antara dua parti bagi menunaikan tanggungjawab bersama dan ia dianggap lebih penting daripada isu pilihan raya.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar, berkata hukuman sebat di khalayak ramai sekiranya mampu membendung jenayah rogol dan menggerunkan pelakunya, wajar dilaksanakan selain hukuman mati terhadap perogol yang menyebabkan kematian mangsa.
“Hukuman sebat perogol di khalayak ramai dapat memberi kesedaran, peringatan serta pengajaran kerana selagi ia tidak ‘menggerunkan’ pesalah, mereka tidak akan sedar,” katanya.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Tan Chai Ho, berkata walaupun beliau menyokong cadangan itu, ia perlu dikaji dengan lebih teliti oleh Kabinet.
Ahli Parlimen Tapah, Datuk S Veeraisingam, berkata sebarang keputusan perlu diteliti oleh Kabinet sama ada hukuman sebat di khalayak ramai dapat menghentikan jenayah rogol dan bunuh di kalangan masyarakat.
“Hukuman bagi kesalahan rogol sudah ada, tetapi sekiranya ia membabitkan pembunuhan kita juga ada hukuman mati, justeru terpulang kepada Kabinet untuk menentukan berapa berat hukuman terhadap pesalah ini,” katanya.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Suleiman Mohamed, pula berkata hukuman antara lima hingga 20 kali sebatan sedia ada sudah memadai kerana risiko menjalankan sebatan di khalayak ramai amat besar walaupun ia memberi pengajaran kepada masyarakat.
“Jenayah rogol juga boleh disabitkan hukuman mati sekiranya menyebabkan kematian, manakala jika rogol saja, hukuman sebatan maksimum mencukupi tanpa perlu dilakukan di khalayak ramai, memadai dengan publisiti yang diberikan media kerana masyarakat mengikuti perbicaraan itu,” katanya.
ATOK HARAP..HUKUMAN YANG SETIMPAL PADA SI PEROGOL!!!!!!