|
Post by john on Jan 21, 2004 12:32:35 GMT 8
eheh..memain jer tuh..memangler manusia x leh mkn boya..... sebut psl anaconda...smalam ader citer kt tv 2 pasal binatang ala2 anaconda.... aku makan buaya apa? rasa dia masam2 manis...sedap.... ;D
|
|
gaban
Senior Student
Posts: 249
|
Post by gaban on Jan 21, 2004 12:38:53 GMT 8
sila masuk.. [glow=red,2,300]iicalumnidinner.cjb.net[/glow] maklumat terkini mengenai dinner alumni .... ;D
|
|
|
Post by ||N3LL!3||1411<oe> on Jan 21, 2004 13:04:27 GMT 8
sila masuk.. [glow=red,2,300]iicalumnidinner.cjb.net[/glow] maklumat terkini mengenai dinner alumni .... ;D ape beza dgn website skrg?
|
|
|
Post by KomOt on Jan 21, 2004 13:04:40 GMT 8
tak nak..hahaha.. saper nk masuk?? hahaha.. ko masuk la sorang2.. ;D
tadi saper tanya aku? makan buaya ye?? emm,sedap.. kalau masak lemak cili api lagi sedap.. pastu taruk kicap.. fuuhhh.. sehingga menjilat ekor kerbau.. ;D
|
|
|
Post by ||N3LL!3||1411<oe> on Jan 21, 2004 13:06:58 GMT 8
tak nak..hahaha.. saper nk masuk?? hahaha.. ko masuk la sorang2.. ;D tadi saper tanya aku? makan buaya ye?? emm,sedap.. kalau masak lemak cili api lagi sedap.. pastu taruk kicap.. fuuhhh.. sehingga menjilat ekor kerbau.. ;D canibal lah ko ni komot!gua respect lu lah
|
|
gaban
Senior Student
Posts: 249
|
Post by gaban on Jan 21, 2004 13:08:24 GMT 8
buka canibal...pelahap tu...... ;D
|
|
|
Post by KomOt on Jan 21, 2004 13:12:22 GMT 8
ye ke?? tak perasan lak aku ni cannibal.. bukan vegetarian ke makan buaya?? ;D
|
|
gaban
Senior Student
Posts: 249
|
Post by gaban on Jan 21, 2004 13:15:01 GMT 8
ko nak nak kene sekolah ker.....jom ikut aku masuk tadika nuri ;D
|
|
|
Post by ||N3LL!3||1411<oe> on Jan 21, 2004 13:19:41 GMT 8
ye ke?? tak perasan lak aku ni cannibal.. bukan vegetarian ke makan buaya?? ;D belajar je tinggi!otak kat lutut..hahhaha
|
|
|
Post by KomOt on Jan 21, 2004 13:44:44 GMT 8
eh,ko ni makhluk asing ke?? otak kt lutut plak.. ko belajar tinggi tak?? takat tinggi tingkat 4 kolej tu buat ape ko nk bangga.. lain la kalau smpai belajar kt angkasa lepas.. ;D
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 21, 2004 14:11:20 GMT 8
eleh....setakat tu la yg ko mkn komot.....aku x saspek la...
|
|
|
Post by KomOt on Jan 21, 2004 14:47:05 GMT 8
bila masa plak aku jadi saspek polis ni?? ko ni misteri la.. punya la lama ko menghilangkan diri..
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 23, 2004 3:19:11 GMT 8
eleh....setakat tu la yg ko mkn komot.....aku x saspek la... tu nak tiru lawak apek(senario) la tu....lawak tu orang tak pakai skang la...
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 23, 2004 3:22:47 GMT 8
mamat ini cube membuktikan mulut boya ini tidak sebusuk mulut komot seperti yang dijangkakan...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 23, 2004 6:21:55 GMT 8
Sokong sebat di khalayak: Ramai setuju, tetapi perlu kajian agar tidak dipengaruhi emosi KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik bersetuju dengan cadangan supaya hukuman sebat di khalayak ramai dikenakan ke atas perogol kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian mangsa, bagi menangani peningkatan kes seumpama itu sekarang.
Bagaimanapun ada juga pihak mengingatkan agar rakyat jangan terlalu emosional sehingga mencadangkan pelbagai hukuman semata-mata kerana terlalu marah dengan apa yang menimpa Nurul Huda Abdul Ghani (gambar), sedangkan undang-undang sedia ada sudah mencukupi.
Tidak kurang juga yang menyerahkan kepada kebijaksanaan kerajaan untuk menentukan bentuk hukuman setimpal ke atas penjenayah seperti itu.
Sementara itu, tiga lagi kes membabitkan rogol di bawah umur masing-masing dilaporkan di Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan semalam termasuk membabitkan seorang lelaki berusia 75 tahun disyaki merogol anak jirannya, seorang murid tahun satu.
Laporan muka depan Berita Harian kelmarin memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai berkata, hukuman sebat di khalayak ramai ke atas perogol kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian mangsa, akan diperkenalkan berikutan meningkatnya kes rogol dan bunuh sejak akhir-akhir ini.
Nurul Huda, meninggal dunia selepas dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki di sebuah pondok pengawal keselamatan Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor, Sabtu lalu.
Sebelum itu, pada 8 Januari lalu, Harirawati Saridi, juga 10 tahun, ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
Pelbagai pihak yang dihubungi semalam menyokong penuh cadangan Rais itu tetapi mahu kajian teliti dibuat dulu bagi memastikan ia bukan dipengaruhi emosi.
Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin, mencadangkan badan khas ditubuhkan di peringkat kebangsaan untuk mengkaji punca dan kelemahan sistem dalam pelbagai aspek yang kurang diberi perhatian membabitkan pesalah jenayah seksual.
Katanya, pelbagai aspek dari segi perundangan, keselamatan dan pendidikan perlu dikaji semula kerana dapat membantu menangani gejala berkenaan selain mencari penyelesaian terbaik.
“Badan itu perlu dianggotai wakil dari agensi kerajaan, pakar psikologi, sosiologi dan psikiatri, ahli akademik, tokoh agama serta beberapa aktivis sosial masyarakat.
“Badan itu perlu ditubuhkan oleh kerajaan, tetapi jika dapat diwujudkan sebuah Suruhanjaya Diraja ia lebih baik kerana matlamat untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan akan lebih jelas dan sejajar dengan keperluan masyarakat,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Pakar psikologi klinikal jenayah seks kanak-kanak, Dr Teoh Hsien-Jin, bagaimanapun berpendapat hukuman sebat di khalayak ramai bagi perogol kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian bukan cara terbaik untuk menangani peningkatan kes itu.
Katanya, hukuman yang disifatkan sebagai kuno itu tidak dapat menyelesaikan masalah sebenar di sebalik peningkatan kadar jenayah berkenaan.
Sebaliknya, cadangan hukuman dan penyelesaian jangka panjang yang lebih rasional perlu dicapai selain menjalankan kajian bagi mengenalpasti punca peningkatan kadar jenayah terhadap kanak-kanak.
“Kita boleh hukum sebat sebanyak yang kita mahu, tetapi adakah itu akan menyelesaikan masalah sebenar. Sekarang kita hanya bercakap mengenai dua penjenayah, sedangkan masih ramai lagi yang melakukan jenayah sama.
“Sebagai penyelesaian jangka masa panjang, pendidikan awam sangat penting selain menghentikan bekalan dadah,” katanya.
Dr Teoh berkata, cadangan mewujudkan daftar perogol juga kurang berkesan kerana ia hanya akan menyingkirkan pesalah daripada masyarakat seumur hidupnya.
Katanya, reaksi kemarahan awam yang memuncak terhadap dua kes jenayah rogol dan bunuh dalam masa tiga minggu itu difahami tetapi ia kini semakin emosional dan di luar kawalan.
“Negara sedang mengalami tekanan selepas trauma. Kita sedang merasai bahang kes ini dan kerana itu perlu ada pengurusan krisis pada semua peringkat bagi membantu orang ramai mengendalikan tekanan itu,” katanya.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Mohd Ali Hassan, berkata cadangan itu perlu menjalani penelitian lebih mendalam termasuk sama ada ia mengikut perspektif Islam.
“Saya menyokong penuh cadangan ini sekiranya tindakan itu wajar dan memberi jaminan terhadap penganiayaan ke atas kanak-kanak yang mana pesalah diberi hukuman setimpal dengan kesalahannya.
“Namun, sebelum pelaksanaannya dipersetujui, perlu ada kajian sedalam-dalamnya sama ada tindakan ini dipengaruhi oleh emosi bertujuan mengaibkan pesalah dan keluarganya atau pun untuk menjaga keharmonian negara kerana hukuman mati terhadap pesalah yang membunuh mangsa juga sudah memadai,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata hukuman terhadap penjenayah rogol tidak seharusnya melambangkan emosi dan kemarahan yang boleh ditafsir menerusi sebat di khalayak ramai, sebaliknya berdasarkan undang-undang yang adil.
“Perlu ada definisi jelas terhadap klasifikasi rogol ini dengan mengkategorikan pesalah yang merogol kanak-kanak atau mereka di bawah umur,” katanya.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim, pula berkata hukuman lebih berat bagi jenayah rogol dan bunuh itu wajar kerana pesalah menganggap keluar masuk penjara dan hukuman sebat sebagai biasa dan tidak memberi kesan langsung.
“Jika hukuman sebat di khalayak ramai mampu memberi peringatan dan pengajaran, GPMS menyokong cadangan ini, malah hukuman gantung sampai mati juga wajar terhadap pesalah yang membunuh,” katanya.
Pengarah Eksekutif Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pelaksanaan hukuman seperti itu adalah jawapan terhadap proses membina semula kemanusiaan dan memberi pengajaran kepada kelompok yang melakukan kerosakan.
“Perkembangan terbaru wabak jenayah yang melanda masyarakat kini menandakan berlaku kepincangan dalam pelbagai aspek termasuk mengejar arus pembangunan dan pemodenan, yang memerlukan penstrukturan semula fungsi institut sosial dan politik negara,” katanya.
Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang menyambut baik cadangan itu juga mahukan kajian mendalam dilaksanakan dengan turut mengambil kira kesannya terhadap keluarga pesalah serta pandangan masyarakat umum dan antarabangsa.
|
|