|
Post by kAsuTbAtA on Nov 2, 2004 20:41:21 GMT 8
Kenapa Allah hilangkan lidah ikan
Rasulullah SAW bersabda,''sejahat -jahat manusia pada hari akhirat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia ini maka di akhirat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.''
Sabda Rasulullah lagi,''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka membesar-besarkan cerita.''Bila ditanya apakah hikmah,Baginda menjawab,''sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak boleh berkata,''
Seorang sahabat pun bertanya,''Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?'" Sabda Rasulullah SAW,''setelah Allah menciptakan Adam a.s, maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke bumi. Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.Pertama sekali yang di jumpai iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, "Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada di lautan dan juga daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu, ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain mengenai berita tentang Adam a.s.
Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan itu lalu di hilangkannya lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
IKHTIBAR:Bahaya bermuka dua.Wallahua'lam.
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Nov 24, 2004 18:00:55 GMT 8
Enam ciri jamin kejayaan Muslim di dunia, akhirat
AIDILFITRI dipanggil hari kemenangan dan kejayaan bagi orang Islam yang berpuasa sepanjang Ramadan. Apabila disebut kejayaan, setiap hati akan berbunga bangga, setiap mata akan bersinar.
Kalau setiap orang ditanya: Apakah impian hidupnya? Pasti mereka akan menjawab: Menjadi orang yang berjaya! Tidak kira apa bidang yang diceburi dan apa juga lapangan yang diterokai, tiada seorang pun yang mahukan kegagalan.
Allah sentiasa mendorong serta menyuruh hamba-Nya berusaha mencapai kejayaan. Perkara ini terbukti dengan begitu banyak ayat al-Quran yang membicarakan mengenainya.
Perkataan al-Falah yang bermaksud kejayaan serta pecahannya disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali. Perkataan al-Fauz yang juga bermaksud kejayaan atau kemenangan serta pecahannya disebut sebanyak 29 kali.
Al-Quran menghuraikan secara terperinci maksud kejayaan. Bagaimana mencapai, peringkat, ciri orang yang berjaya serta halangan dalam menuju kejayaan.
Bukan sekadar itu, malah umat Islam diseru dan diperingatkan agar melangkah ke mercu kejayaan sekurang-kurangnya 10 kali sehari melalui laungan azan (haiyya ‘alal-falah).
Lantaran itu, sebagai orang yang mengaku beriman, kita perlu menilai kejayaan yang dicapai atau yang ingin dicapai dengan neraca Allah yang dinyatakan dengan jelas dan terperinci dalam al-Quran.
Allah menyenaraikan ciri orang yang berjaya dan beruntung dalam firman-Nya bermaksud :
“Sesungguhnya telah berjaya (beruntung) orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri atau sahya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak dicela. Barangsiapa mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang yang memelihara amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal dalamnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1 - 11)
Ayat ini mengemukakan enam ciri mukmin yang berjaya.
Khusyuk dalam solat.
Solat adalah Rukun Islam yang kedua selepas syahadah. Kalau syahadah diibaratkan sebagai tapak sebuah bangunan, solat adalah tiangnya. Tanpa tiang, tidak mungkin terdiri bangunan. Begitulah, tanpa solat tidak terbina agama. Namun sekadar solat belum tentu menjamin kemenangan. Allah hanya menjamin kemenangan bagi mereka yang khusyuk dalam solatnya.
Khusyuk lahir daripada perasaan takwa, takut serta gentar berhadapan dengan Allah Yang Maha Perkasa. Orang yang benar-benar mengenali Allah, mengetahui sifat-Nya Yang Maha Agung, Kebesaran serta Kekuasaan-Nya yang tiada tara, dengan sendirinya akan menginsafi kekerdilan dan kehinaan diri di hadapan-Nya.
Keinsafan melahirkan rasa takut, malu dan gentar, lalu sekalian anggota tunduk menyepi dan mengadap penuh mengharap.
Anda boleh bayangkan ketika dipanggil bertemu orang atasan. Sebelum pergi anda berfikir baju apa hendak dipakai, bagaimana cara hendak masuk ke biliknya, bagaimana cara duduk, apa hendak jawab apabila ditanya, bagaimana mimik muka dan sebagainya.
Ketika bertemunya, tentu anda tidak terfikir untuk melayan atau memberi perhatian kepada orang lain, walaupun orang yang paling anda sayangi.
Demikian apabila kita mengadap Allah yang jauh lebih besar dan berkuasa daripada orang atasan kita. Tetapi mengapa kadang-kadang kita tidak berasa kebesaran-Nya? Itu yang perlu diperbaiki supaya kita tersenarai dalam golongan orang yang berjaya.
Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.
Kita semua tahu betapa berharganya masa. Ia lebih bernilai daripada emas dan pelbagai harta. Hilang emas boleh dicari ganti, tetapi tidak demikiannya dengan masa. Masa yang berlalu tidak mungkin dapat kembali lagi. Menghabiskan masa untuk perkara sia-sia adalah kerugian yang tiada bandingannya.
Perkara yang tidak berguna adalah yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan sama ada di dunia atau akhirat. Ia merangkumi perbuatan, perkataan, fikiran, perasaan atau khayalan.
Perkara itu sia-sia, mungkin kerana ia haram, maka kita mendapat dosa dengan melakukannya. Atau ia harus, tetapi tidak ada kena mengena dengan diri dan kehidupan kita. Maka, sia-sia saja melakukannya.
Lantaran orang yang suka menghabiskan masa untuk perkara itu, tentu tidak boleh digolongkan dalam senarai orang yang berjaya.
Mengeluarkan zakat.
Mukmin yang berjaya tidak memikirkan kepentingan diri semata-mata. Dia sedar harta yang diperoleh walaupun dengan usaha dan titik peluhnya sendiri, tidak mungkin diperoleh tanpa kudrat serta nikmat daripada Allah. Mukmin yang berjaya ialah mereka yang tahu nilai harta dan meletakkannya pada tempat yang betul.
Mukmin wajib bersyukur kepada Allah, Pemilik dan Pemberi segala harta di dunia ini serta mengikut segala ketentuan yang dituntut oleh Allah. Jadi untuk menjadi mukmin berjaya, akui nikmat yang diterima dengan penuh kesyukuran serta bebaskan diri daripada belenggu kepentingan diri, kikir harta dan lokek jiwa.
Memelihara kemaluan dan kehormatan diri.
Hubungan seksual adalah sebahagian daripada naluri yang dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap insan sesuai dengan hikmah penciptaannya iaitu menjadi khalifah di bumi. Khalifah bermakna makhluk yang silih berganti iaitu daripada satu generasi lahir generasi berikutnya.
Bagi memastikan naluri itu berfungsi dengan sebaiknya, Allah mensyariatkan perkahwinan. Tanpa perkahwinan terputus kesinambungan zuriat bani insan. Begitu juga jika dibiarkan naluri yang dibekalkan digunakan tanpa batasan.
Dengan itu setiap orang berkewajipan mengawal nafsunya demi keselamatan generasi yang bakal mewarisinya. Kegagalan melahirkan generasi sejahtera adalah kegagalannya dalam melaksanakan sebahagian daripada fungsi yang diamanahkan kepadanya.
Menunaikan amanah dan janji.
Pepatah Melayu yang sangat masyhur berbunyi: “Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”. Sesungguhnya amanah dan janji adalah asas hubungan setiap orang dengan pihak lain.
Sebelum lahir ke dunia, manusia berjanji dengan Allah untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya (lihat surah al-A’raf, ayat 172).
Manusia juga telah menyanggupi di hadapan-Nya untuk memikul amanah yang telah ditolak oleh langit, bumi dan bukit bukau (lihat surah al-Ahzab, ayat 72).
Semua itu adalah janji dan amanah yang paling asas. Sekiranya janji dan amanah itu dimungkiri dan dikhianati, sukar untuk kita mengharapkan janji lain ditepati.
Justeru, gejala mengkhianati amanah dan memungkiri janji begitu berleluasa dalam masyarakat kini. Lebih malang lagi bangsa Melayu sering dikaitkan dengan tabiat tidak menepati janji. Apabila satu janji dimungkiri atau satu amanah dikhianati, kepercayaan akan hilang, buruk sangka dan dendam akan subur. Kejayaan yang diharap, kecundang yang datang.
Sentiasa memelihara solat.
Ciri pertama berkaitan dengan solat. Ciri terakhir juga berkaitan dengan solat. Isyarat yang cukup jelas menunjukkan betapa pentingnya solat dalam Islam.
Solat adalah amanah Allah, kemuncak pengabdian insan terhadap Penciptanya. Islam tidak mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh seseorang sekiranya dia meremehkan solat.
Menjaga solat dari segi waktu, rukun, syarak, adab serta hikmahnya adalah teras utama untuk berjaya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 25, 2004 14:05:48 GMT 8
good artikel ni salju..sampai atok print out..
|
|
scorpio
Junior Student
scorpio n batman together with you
Posts: 139
|
Post by scorpio on Jan 14, 2005 9:50:27 GMT 8
Sabtu 2/10/2004
"Satu cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.
Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.... Ceritanya begini....
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang Negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun dipatri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.....
|
|
scorpio
Junior Student
scorpio n batman together with you
Posts: 139
|
Post by scorpio on Jan 14, 2005 10:11:09 GMT 8
Assalamualaikum sahabat2 PPSM_dis2004 jadikanlah renungan ini sebagai peringatan sepanjang masa buat kita semua agar setiap perbuatan yg akan kita lakukan di jadikan ibadah bukannya membawa keburukan kepada kita.Manusia diciptakan sebagai hamba maka kita seharusnya taat kepada perintah ALLAH.Semoga kalian dirahmati olehNYA.
IBU KITA
Ketika berusia setahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : “Tak nak ! Taknak !”
Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola…cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari untuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian , menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama…kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata… “Itu bukan urusan ibu”.
Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya…kita kata “ saya tidak mahu jadi seperti ibu”.
Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan…… “perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!”
Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut… “ibu , tooooolongglah….”
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, “itu dulu, sekarang zaman moden..”.
Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata “kami sibuk, tak ada masa nak datang”
Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak. Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu…
Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.
“sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku adalah semata-mata kerana Alllah SWT”
wassalam
|
|
scorpio
Junior Student
scorpio n batman together with you
Posts: 139
|
Post by scorpio on Jan 14, 2005 10:17:51 GMT 8
BANDA ACEH: Berpuluh-puluh masjid masih berdiri teguh dengan kubah mereka terserlah di bawah sinar matahari, di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar di sini ? satu fenomena yang menunjukkan kekuasaan Tuhan di samping seni bina yang bagus.
Kesan bencana tsunami di utara Sumatera, Indonesia 26 Disember lalu menyebabkan sebahagian besar rumah dan bangunan di beberapa bandar ranap akibat dihentam ombak besar.
Namun, di sepanjang pantai yang dilanda bencana, puluhan masjid masih berdiri teguh.
"Kekuasaan Tuhan menghalang masjid daripada ranap," kata Mukhlis Khaeran, yang menyaksikan ombak menghanyutkan rumahnya di Baet dekat sini, tetapi tidak menjejaskan masjid berdekatan.
"Dia menghukum kita kerana ketamakan serta keangkuhan, tetapi Tuhan akan melindungi rumahnya (masjid)," Khaeran memberitahu AFP, dengan lengannya cedera kerana bencana yang mengorbankan lebih 100,000 orang di Aceh.
Masjid adalah pemandangan biasa di kebanyakan tempat di Indonesia, terutama di Aceh, yang dianggap sebagai pintu masuk Islam ke negara kepulauan itu yang mempunyai paling ramai penduduk Islam.
Meskipun terbabit dalam perjuangan kemerdekaan sejak lama dulu, Aceh, yang sebahagian wilayahnya melaksanakan undang-undang syariah, terus menjadi wilayah utama penduduk Islam di Indonesia.
Kepercayaan keagamaan di Aceh serta sekitar Lautan Hindi diuji pada 26 Disember lalu apabila gempa bumi mencetuskan ombak besar yang melanda pantai dan memusnahkan kawasan terbabit.
Ketika sesetengah penduduk bercakap mengenai kemurkaan Tuhan, beratus orang berlindung di masjid dalam keadaan panik untuk lari daripada ombak ganas dan berdoa kepada Tuhan selepas bencana tsunami.
Di perkampungan Kaju, dekat sini, ratusan rumah musnah manakala masjid di kawasan terbabit hanya mengalami kerosakan dinding.
"Penduduk Aceh berkata masjid adalah rumah Allah dan tiada siapa boleh merobohkannya melainkan Tuhan sendiri," kata Ismail Ishak, 42, yang menggali timbunan runtuhan rumahnya untuk mencari tujuh saudara maranya.
Di Pasi Lhok, kira-kira 20 kilometer dari pekan Sigli, utara Aceh, 100 orang yang lari berlindung dalam masjid selamat, manakala hampir setiap rumah di lima kampung sekitarnya ranap, kata imam besar kawasan itu, Teungku Kaoy Ali.
Di Meulaboh, pekan di barat Aceh yang terletak 150 kilometer daripada pusat gempa bumi yang mencetuskan ombak besar maut itu, 10,000 mati tetapi masjid di bandar itu tersergam di tengah-tengah kehancuran.
Seorang penduduk disini, Achyar berkata, apabila beliau melihat ombak besar muncul dari laut, nalurinya menyatakan lari ke masjid berhampiran.
"Saya memanjat menara masjid dan memegang kuat kepada wayar elektrik sehingga air surut.
"Kebanyakan daripada rakan Cina saya lemas kerana mereka berlindung di tingkat dua kedai mereka," katanya.
Satu penjelasan yang diberi kenapa masjid tidak musnah adalah kebanyakannya dibina lebih kukuh daripada struktur lain.
Namun, sebuah masjid di Sigli dibina daripada kayu tetapi masih terselamat walaupun bangunan lain di sekelilingnya musnah.
Masjid Baiturrahman di sini rosak sebahagiannya daripada gempa bumi dan tsunami, tetapi terbukti berguna sebagai tempat berlindung, hospital untuk rawat mereka cedera dan kini juga sebagai rumah mayat. ? AFP
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 18, 2005 9:32:11 GMT 8
Assalamualaikum sahabat2 PPSM_dis2004 jadikanlah renungan ini sebagai peringatan sepanjang masa buat kita semua agar setiap perbuatan yg akan kita lakukan di jadikan ibadah bukannya membawa keburukan kepada kita.Manusia diciptakan sebagai hamba maka kita seharusnya taat kepada perintah ALLAH.Semoga kalian dirahmati olehNYA.
IBU KITA
Ketika berusia setahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : “Tak nak ! Taknak !”
Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola…cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari untuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian , menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama…kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata… “Itu bukan urusan ibu”.
Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya…kita kata “ saya tidak mahu jadi seperti ibu”.
Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan…… “perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!”
Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut… “ibu , tooooolongglah….”
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, “itu dulu, sekarang zaman moden..”.
Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata “kami sibuk, tak ada masa nak datang”
Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak. Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu…
Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.
“sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku adalah semata-mata kerana Alllah SWT”
wassalam
Peringatan yg amat bagus bt anak-anak yg slalu mlawan mak diorg...cukup ahh waktu kecik2 lu....jage ahh hati diorg nie....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2005 17:04:32 GMT 8
Peringatan yg amat bagus bt anak-anak yg slalu mlawan mak diorg...cukup ahh waktu kecik2 lu....jage ahh hati diorg nie.... jgn sesekali melawan mak kite..sbb die yg bersusahpayah melahirkan kite..
|
|