|
Post by kuzy on Mar 23, 2004 12:39:02 GMT 8
susah sangat takyah susah2 jadi org susah....biar die rase susah ;D
|
|
|
Post by eat_theDay on Mar 23, 2004 16:16:28 GMT 8
Rasulullah SAW dengan sebiji limau
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih
dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya. "Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang
biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
WALLAHUA'LAM
|
|
|
Post by eat_theDay on Mar 23, 2004 16:30:46 GMT 8
kerat kuku jgn kerat sebarangan........ RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA: >Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * Hari Sabtu :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. * Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. * Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat * Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit * Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya >kepapaan. * Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. * Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan >oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupunia >hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlukita >hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kitajuga >perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yangdiajar, >eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah,Bukannya tong >sampah sekalipun tong sampah tu bersih. Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawatNabi >dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangankanan, >kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiridan >last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start denganjari >kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnahyang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.Wallahu'alam. Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 24, 2004 11:50:16 GMT 8
yup... islam is the way of life
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 25, 2004 11:38:49 GMT 8
Hamas mahu bunuh Sharon
KAHERAH: Pemimpin tertinggi Hamas yang baru, Khaled Meshaal, menyuarakan harapan bahawa anggota pergerakan itu akan dapat memburu pemimpin tertinggi Zionis termasuk Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, bagi membalas dendam pembunuhan pengasas kumpulan itu, Sheikh Ahmed Yassin.
Meshaal yang diwawancara akhbar al-Hayat semalam, juga berkata bahawa Hamas akan mengkhususkan aktiviti penentangannya terhadap Israel di wilayah negara Yahudi itu dan kawasan Palestin.
“Oleh kerana musuh mensasarkan kepemimpinan kami dan simbol besar seperti Sheikh Ahmed Yassin, adalah wajar sekali penentangan kami bertindak balas dengan mensasarkan ketua-ketua Zionis,” katanya.
Ditanya jika ia termasuk Sharon, beliau berkata: “Ya, termasuk Sharon, tetapi ia terpulang kepada pemimpin tentera kami. Saya harap mereka berjaya.”
Awal semalam, laporan dari Baitulmaqdis memetik Menteri Luar Israel, Silvan Shalom, sebagai mendesak kerajaan negara Yahudi mengusir pemimpin Palestin, Yasser Arafat dari ibu pejabatnya di Ramallah, Tebing Barat.
“Saya menyarankan langkah ini sejak tiga tahun lalu dan Kabinet keselamatan sudah pun memutuskan tindakan mengenainya beberapa bulan lalu iaitu kita perlu menghalau Arafat,” katanya kepada radio Israel dari New York.
Shalom berkata, langkah mengusir Arafat supaya tinggal dalam buangan akan membenarkan kemunculan kepemimpinan Palestin yang membolehkan kemungkinan kemajuan dicapai dalam peta damai.
Pelan damai itu adalah tajaan Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Russia.
Bagaimanapun, kemajuannya terhad sejak dipersetujui oleh Israel dan pemimpin Palestin pada Jun lalu.
Langkah Shalom mengulangi desakan supaya Israel mengusir pemimpin veteran Palestin itu dibuat selepas negara Yahudi itu memperhebat aktiviti menggempur pergerakan pejuang Palestin khususnya dengan membunuh Yassin, Isnin lalu.
Kelmarin, pemimpin tentera darat Israel, Moshe Yaalon membayangkan bahawa Arafat juga ada dalam senarai sasaran bunuh penjajah Zionis itu.
Sementara itu, menurut laporan dari BEIRUT, dua warga Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan kelmarin selepas mereka melancarkan beberapa roket ke arah negara Yahudi itu sebagai membalas dendam pembunuhan Yassin, kata sumber.
Pergerakan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin-Ibu Pejabat Pemerintahan (PFLP-GC) berkata, anggotanya melancarkan tiga roket ke Israel, sehari selepas pembunuhan pengasas Hamas itu.
“Kumpulan Ahmed Yassin PFLP-GC melancarkan roket ke arah Israel dan mereka diserang pesawat pejuang Zionis,” kata sumber PFLP-GC.
Seorang pejuang mati disusuli dengan rakannya yang parah beberapa ketika kemudian, katanya.
Seorang lagi rakan mereka cedera dalam serangan terhadap kawasan Wadi Slouqa dekat sempadan Lubnan-Israel. – AFP/Reuters
|
|
|
Post by kuzy on Mar 26, 2004 11:09:36 GMT 8
Mimpi Rasulullah
Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan keampunan kepada Allah SWT.
Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:
1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.
2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.
3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.
4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.
5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.
6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.
7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.
8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengannya.
9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.
11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.
12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.
13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.
14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.
15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.
16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.
17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.
19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari.
20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 26, 2004 16:00:15 GMT 8
masya-allah...
|
|
|
Post by kuzy on Mar 26, 2004 17:22:19 GMT 8
seboleh2nya hindarila sumer tu
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 27, 2004 1:19:58 GMT 8
seboleh2nya hindarila sumer tu insyaallah..
|
|
|
Post by KomOt on Mar 29, 2004 11:57:00 GMT 8
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah - cinta dunia - kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu) - panjang angan-angan - rakus - bakhil - suka pada pujian - riak - ujub (merasa kagum) - takut dan gelisah - buruk sangka - memandang rendah pada orang lain - merasa suka pada dosa - merasa aman daripada pembalasan "ALLAH" - putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik) - Banyakkan bezikir - Banyakan Beristigfar - Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" - Jangan tidur berseorangan - Baca doa pagi dan petang - Bersugi - Melaksanakan solat jemaah - Berwudhuk sebelum tidur - Menutup aurat - Membaca doa masuk tandas. - Banyak berselawat pada hati - Bertaubat, beristighfar - Banyakan baca Al-Quran - Membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih - Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah - Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat) - Penghuninya jujur dan memenuhi janji - Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal) - Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra) - Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 14:24:37 GMT 8
agak2 ko bangglo mak lampir, setan masuk tak
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 14:25:20 GMT 8
"More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes."
"If memory serves me correctly, I was wearing a little white tank top and a short black skirt. I had been raised Orthodox Muslim, so I had never before worn such revealing clothing while in my father's presence. When we finally arrived, the chauffer escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day. My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them." He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."
|
|
|
Post by KomOt on Mar 30, 2004 9:45:19 GMT 8
agak2 ko bangglo mak lampir, setan masuk tak dh baper byk dh setan kt umah tu..
|
|
|
Post by KomOt on Mar 30, 2004 9:45:42 GMT 8
Azan..
Lidah kelu disaat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan > waktunya > yg tidak kita ketahui. Cuba kita amati?Mengapa kebanyakan orang yg > nazak, > hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya > mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut. > Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: > " Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan > kelukan > lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita > disarankan > agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan > berkumandang. > > Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. > Jika > lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri??mengapa > azan kita tidak boleh mendiamkan diri ?.!!! Lantas sesiapa yg > berkata-kata > > ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dgn > kelunya lidah kita semasaajal hampir tiba ?maka kita tidak dapat > mengucap > kalimah "Lailahaillallah.." yg mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah > ini > ketika nyawanya dicabut ?Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk > mereka. > Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan?dan mohon kpd Allah > supaya > lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya > Allah..anugerahkanlah kematian kami dgn kematian yg baik lagi mulia, > lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah..semasa sakaratul > maut > menghampiri kami ?amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."
|
|
|
Post by KomOt on Mar 30, 2004 9:49:11 GMT 8
> " Hai orang-orang yg beriman, ingatlah akan Allah dgn ingatan yg > sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)." Surah Al-Ahzab : > 41. > " > Dan sampaikanlah berita gembira kpd org2 mukmin bahwa sesungguhnya bg > mereka > kurnia yg besar dari Allah. Janganlah engkau ikut org2 kafir dan org2 > munafik dan biarkanlah mereka menyakiti engkau dan tawakallah kpd Allah. > Cukuplah Allah sbg wakil." Surah Al-Ahzab : 47-48.
|
|