|
Post by eat_theDay on Feb 27, 2004 9:09:13 GMT 8
9 Mimpi Rasulullah.... 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh > >malaikatul > >maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, > >maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. > > > > > > > >2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang > >amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG > > SEMPURNA. > > > > > > 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh > > syaitan-syaitan > > dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat > > ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. > > > >4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat > > daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan > >dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi > SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari > seksaan itu. > > > >5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia > > mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah > > pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia > merasa puas. > > > > 6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang > > sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, > >maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil > >memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. > > > > > > 7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap > >gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, > maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu > mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang. > > > > > > 8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin > >tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah > SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu > menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka > dengannya. > > > > > > 9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke > >mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA > ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. > > > > > >BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN > WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 1:10:22 GMT 8
good eat the day..atok suke bc artikel ni...at least leh buat panduan..
|
|
|
Post by eat_theDay on Feb 28, 2004 8:42:38 GMT 8
good eat the day..atok suke bc artikel ni...at least leh buat panduan.. thanks... ;D ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 17:59:10 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:19:44 GMT 8
Bagaimana Mayat Yahudi Dikebumikan
Dalam pekerjaan saya, saya terpaksa berkecimpung dan bertemu dengan segala macam manusia dari segala macam bangsa dan ugama. Timbul pula satu kesempatan saya berbual2 dengan seorang lelaki yang berugama Yahudi. Dia rajin pergi ke synagogue-nya seperti kebanyakan orang kita juga rajin ke mesjid. Saya bertanya kepadanya bagaimana mayat seorang Yahudi dikebumikan. Di bawah ini adalah keterangannya:
Kebanyakan orang Yahudi tidak menyimpan mayatnya berhari-hari seperti mayat2 ugama Keristian, Buddhist, Hindu, dan lain penganut ugama kafir. Ada yang menyimpan mayatnya hanya sehari dan ada juga yang menyimpan mayatnya sampai tiga hari.
Kematian seorang Yahudi merupakan "family affair" saja dan amat jarang diumumkan di suratkabar untuk pengetahuan sahabat-handai atau masyarakat sekelilingnya (kecuali kalau si mati itu adalah seorang pembesar synagogue atau pembesar negara). Begitu juga pengebumian mayat itu merupakan "family affair" yang sangat private.
Bila mayat akan kebumikan, disiapkan sebuah lemari cermin yang berdiri, tidak sebuah peti mayat (coffin) seperti ugama2 lain. Mayat ini dibersihkan dan diberi pakaian yang bagus dan didandankan: rambutnya disikat rapi dan dibedakkan supaya wangi baunya. Mayat di-injek dengan obat yang mengeraskan tubuhnya. Selepas itu mayat itu di-berdiri-kan di dalam lemari cermin itu dan diikat di beberapa bagian tubuhnya supaya tubuh mayat dapat berdiri tegak dalam lemari cermin itu. Jadi, mayat Yahudi tidak dibaringkan dalam "coffin" seperti mayat2 ugama lain.
Di tanah perkuburan Yahudi sudah digali sebuah lobang empat persegi dengan lebar kira2 dua kaki setengah (two and half feet square) dan dalamnya kira2 enam kaki. (Tidak seperti kubur Islam yang biasanya (rectangle) panjangnya 6 kaki, lebarnya sekitar 3 kaki dan dalamnya kira2 enam kaki.) Ini kerana cermin lemari yang digunakan sebagai "peti mayat" itu akan ditanam berdiri tegak.
Waktu meng-kuburkan mayat biasanya pada waktu senja (kalau kita ?kira2 waktu maghrib) apabila matahari hampir akan terbenam ? tidak begitu terang dan tidak pula terlalu gelap. Mayat dibawa ke tanah perkuburan dengan "special trailer" yang dapat mengangkut lemari mayat itu dengan keadaan "berdiri" (maksudnya tidak perlu "dibaringkan" walaupun dalam kereta mayat. Apabila lemari mayat tiba di tanah perkuburan, lemari itu di-transfer ke sebuah trolley (beroda dua) dengan keadaan lemari itu berdiri. (Trolley ini sama seperti kita kadang2 melihat pekerja2 Pepsi atau Cocacola menolak trolley minuman dari lori masuk ke kedai).
Apabila tiba di lobang kubur, lemari cermin itu dimasukkan ke dalam lobang "vertical" itu dengan menggunakan tali. Yang memasukkan mayat ke dalam lobang adalah anggota keluarga saja. Setelah lemari cermin itu dapat berdiri tegak dalam lobang, maka disendalkan tanah2 agar lemari itu tidak memiring ke mana2 apabila lobang itu ditimbus dengan! tanah. Kerja2 mengebumikan mayat ini semuanya dilakukan dalam keadaan cahaya samar2, tidak terang dan tidak begitu gelap. Biasanya tidak sampai satu jam, bereslah urusan pengebumian ini.
Yang ikut menghantar mayat ke kuburan hanya anggota keluarga. Mereka yang tidak ada hubungan darah dengan si mati tidak digalakkan ikut bersama. Ini agar sikap "family affair" dalam urusan mayat dapat terpelihara. Jadi, dalam upacara mengebumikan mayat Yahudi, tidak banyak yang ikut ke cemetary. Biasanya tidak lebih dari 10 orang, dan tidak ada rabbi (bunyinya "rabai" paderi Yahudi) yang mengantarinya ke kubur. Maka tidak adalah do'a mantera yang dibacakan.
Setelah selesai pengebumian mayat, anggota keluarga pulang ke rumah. Mereka duduk di kursi dalam bentuk "circle" dan bertafakkur mengingatkan mayat yang di dalam kbur dan nasibnya di dalam kubur. Biasanya tafakkur ini berlaku sepanjang malam dari saat mayat dikebumikan sampailah hari esoknya. Mereka yang bertafakkur tidak tidur sepanjang malam. Mereka semua duduk diam membisu tanpa ada pembacaan mantera.
Impression: Sangkaan saya (repeat hanya "sangkaan"), kaum Yahudi sangat takut diketahui orang apabila seorang daripadanya mati kerana masyarakat Yahudi menjadi kurang seorang akibat kematian itu. Kenapa mayat Yahudi ditanam berdiri mungkin melambangkan "enggan tunduk" kepada Tuhan Allah walaupun sudah habis hayatnya di dunia. Apakah ini satu "kesombongan melulu" terpulanglah kepada yang ingin men-interpretasikan. Wallahu a'lam.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 10, 2004 0:52:07 GMT 8
SEGITIGA BERMUDA
Muhammad Isa Dawud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kerajaannya yang sangat besar. Dari sanalah mereka mengendalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan manusia. Al-Quran memberikan isyarat mengenai dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu ajaiban. Firman Allah SWT bermaksud :
"Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilalui masing-masing." (Ar-Rahman : 20-21)
1. MISTERI YANG SUKAR DIBUKTIKAN
Dengan itu, bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggung-jawap terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segi tiga Bermuda?
Pesawat-pesawat dan kapal laut yang dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tidak diketahui jejaknya lagi. Kebiasaannya, pesawat ataupun kapal laut yang mengalami kecelakaan ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan sama sekali. Padahal pesawat dikendalikan oleh pilot dan nakhoda yang cekap.
Dari rakaman-rakaman yang berhasil ditemukan, dan setelah diadakan penyelidikan, kehilangan pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih merupakan misteri yang sukar untuk dibuktikan.
2. MISTERI SEGITIGA BERMUDA
Antara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:
Pesawat Star tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelumnya pilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat ditempat yang dituju tanpa sebarang halangan. Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda. Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya. Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, ditemukan sedang terapung-apung ditengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya seorang paderi dengan isteri dan seorang anak serta 8 kelasi kapal. Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali 2 ekor kucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 13 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nampaknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba. Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelumnya meyakini bahawa kejadian yang menimpa dua kapal itu disebabkan oleh para lanun laut. Kapal Skylob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang diSegitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuaca yang amat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran ataupun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi dengan radar dan alat-alat komunikasi yang serba canggih. Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-kapal yang mengharungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul 3 petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Taylor, Memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan. Tiba-tiba terdengar peringatan pertama kejadian bencana. Menara pengawas di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charles Taylor, Teks ucapannya yang dapat dirakam : " Disini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar ...? Harap dijawab... Kami kehilangan petunjuk untuk kembali ... kami tersesat... saya tak dapat melihat daratan!... Saya tak tahu arah barat .... semua yang ada di sekitar saya kacau... aneh... bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali... nampaknya... nampaknya... nampaknya..." Tiba-tiba suara Charles Taylor terputus. Ketua menara pengawas Lorderdile, Komander Dersink segera mengirimkan pasukan khusus untuk menyelamatkan kelima-lima pesawat itu. Dengan kecepatan yang luar biasa, berangkatlah pesawat tempur Angkatan laut Amerika dengan mebawa 13 pakar yang sangat berpengalaman dalam tugas-tugas penyelamatan. Ketika pasukan penyelamat itu tiba ditempat tujuan, tiba-tiba pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda. 3. KERAJAAN IBLIS
Demikianlah berbagai peristiwa misteri Segitiga Bermuda. Sehingga ianya dikenali juga dengan sebutan "KUBURAN ATLANTIK"
Walaupun berbagai kajian dibuat untuk mengungkapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan mahluk ghaib dan markas kejahatan. Ditempat itu pula terdapat singgahsana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah SWT, dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur pemerintahan maharaja iblis.
Menurut pendedahan Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang sangat maju dan memiliki peradapan yang amat tinggi, jauh meninggalkan masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengolah benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan. Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan menghasilkannya kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia, kecuali di zaman Nabi Sulaiman AS.
Jin yang bernama Musthafa melaporkan kepada Muhammad Isa Dawud : " Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting, Amerika, Inggeris dan Jerman bermaksud membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka meluncurkan sebelumnya. Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada disana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata. Sebab disana terdapat sebuah kerajaaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah SWT. Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang melewati daerah maut itu, dan ia membaca ayat-ayat Al-Quran, nescaya iblis bersama pasukannya tidak dapat mencelakakannya.
Petikkan dari Kisah-kisah benar jin oleh Abu Hikmah Al-Husni
|
|
|
Post by KomOt on Mar 10, 2004 8:45:12 GMT 8
BE HONEST IN YOUR LIFE..ALWAYS, AND AT ANY AGE
Several years ago an imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change.
As he considered what to do, he thought to himself, you better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it. Then he thought, oh forget it, it's only twenty pence. Who would worry about this little amount?
Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quiet.
When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said " Here, you gave me too much change."
The driver with a smile replied " Aren't you the new Imaam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your mosque. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change."
When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the heavens and cried "Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!
Remember, we may never see the impact our actions have on people. Sometimes we are the only knowledge of Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, Insha Allah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions and judging you.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 11, 2004 0:42:06 GMT 8
Pramugari Koma Ditanah Suci
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di universiti al-azhar, kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya menetap di mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama gunung semanggol, perak. Keluarga saya memang semuanya di mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di madinah.
Tiba di madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital abdul aziz jeddah untuk mendapat- kan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke mekah untuk mengerjakan ibadat haji. selesai haji, sekali lagi saya pergi ke jeddah. malangnya, bila sampai di hospital king abdul aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka mata- nya. dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "mazlan ..kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. kakak bertaubat, betul-betul taubat." "kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. katanya, "mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma islam pada nama dan keturunan saja. ibadat satu apa pun kakak tak buat. kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. rumah kakak penuh dengan botol arak. suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.", "jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi. dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "mazlan...allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. "betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "betul mazlan.
Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. balasan azab lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di neraka. "kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. "bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "hari-hari kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak- esak. nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan allah kepada umatnya yang ingkar.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 11, 2004 0:48:09 GMT 8
"Mazlan...kakak ni nama saja islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. panasnya cuma allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. "selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah."masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon. kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis. sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. bila saya membawanya ke mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh. "kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..." tegur saya. "tak apalah mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia berdoa, mohon kepada allah supaya mengampunkan dosanya. saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "tak boleh mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. mazlan tak rasa, mazlan tak tau. kalau mazlan dah merasai azab itu, mazlan juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "mazlan, kalau ada perempuan islam yang tak pakai tudung, mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa. "tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah... "kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. seperti mana kakak, suami kakak tu islam pada nama saja. tapi itu semua kesilapan kakak. kakak sudah bawa dia masuk islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan islam." sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. adakah ia bercanggah? benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat. "
|
|
|
Post by KomOt on Mar 16, 2004 12:17:59 GMT 8
Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama
"A journey a thousand miles begin with the first step"
Suatu perkara yang dirancang perlu dijalankan. Suatu perubahan yang hendak dibuat perlu ada permulaan. Sebuah cita-cita bukan sekadar angan-angan sahaja.
Semua ini memerlukan langkah pertama.
Memang sukar untuk individu untuk melangkah dalam membuat perubahan atau perancangan. Ini disebabkan terdapat rasa kurang selesa atau takut kepada perubahan.
Kurang selesa kerana mungkin perubahan yang dilakukan akan membawa kesan negatif kepada perancangan.
Rasa takut, kerana takut kepada kegagalan yang mungkin berlaku kepada apa yang dirancangkan.
Ada yang mempunyai rasa rendah diri terhadap cita-cita yang hendak dicapai. Takut dicemuh dan takut diketawa.
dan ada juga yang hanya masih mampu berangan-angan kepada apa yang dicita-cita. Tiada usaha untuk bermula walaupun hanya langkah pertama.
Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Tanpa langkah pertama tiada kejayaan akan dicapai.
Rasa takut melangkah merupakan penyebab utama mengapa ramai yang tidak mahu mula melangkah. Rasa takut ini adalah kerana beberapa faktor.
Faktor pertama
Takut gagal. Ada yang sebelum bermula sudah memikirkan kegagalan daripada bakal usaha yang dirancangkan. Takut gagal ini mendorong untuk tidak melakukan apa-apa langsung.
Takut gagal juga menyebabkan perancangan hanya tinggal perancangan. Perkara ini boleh melemahkan keyakinan diri dan keyakinan orang lain.
Fikiran negatif, aku tidak boleh, aku tidak boleh, aku tidak boleh menguasai diri.
Faktor kedua
Takut perubahan. Ada pula yang tidak mahu melangkah kerana takut kepada perubahan. Perubahan yang tidak lagi pasti sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan. Perubahan yang belum tahu lagi kesannya positif atau negatif. Yang pastinya ada yang takut perubahan sebelum lagi melangkah.
Faktor ketiga
Takut cemuhan. Melangkah tidak lagi, sudah jatuh tersungkur angkara orang lain. Cemuhan, kritikan dan kutukan adalah sifat semulajadi manusia terhadap manusia yang lain. Mungkin kerana cemburu, mereka mencemuh. Mungkin kerana dengki mereka mengutuk. Mungkin kerana irihati mereke mengkritik secara negatif. Tanpa kecekalan tiada siapa yang mampu menghadapi cemuhan, kritikan negatif dan kutukan. Maka kecundang jatuh sebelum lagi bermula. Sebelum lagi melangkah.
Faktor-faktor diatas perlu diatasi agar langkah pertama mampu dilakukan. Penyelesaian adalah terletak didalam minda setiap individu yang mahu membuat langkah.
Jika takut kepada kegagalan fikirkan sejenak kepada kejayaan orang lain. Setiap mereka yang berjaya pasti ada kegagalan yang disebaliknya. Malah kegagalan adalah lebih banyak daripada kejayaan namun bagi mereka kegagalan adalah hanya satu nota kecil daripada sebuah novel kejayaan mereka.
Lihatlah kejayaan Rasullah menyebarkan Islam itu sendiri. Adakah ia dicapai dengan begitu mudah atau ia dicapai dengan banyak kegagalan. Adakah baginda terus mengalah?
Bayangkan kesukaran Baginda untuk mengajak penduduk Mekah kepada mengenali Islam pada awal perkembangan Islam itu sendiri, namun Baginda tidak berputus asa membawa ajaran Islam ke tempat lain, ke tempat yang bernama Madinah. Disitulah, Islam berkembang menjadi kerajaan dan akhir secara aman Baginda kembali ke Mekah dan penduduk Mekah menerima Islam akhirnya.
Bagi mereka yang berjaya, tiada dalam kamus hidup mereka erti kegagalan. Bagi yang berjaya, kegagalan yang berlaku membolehkan mereka untuk membuat penilaian semula dan membuat langkah lain untuk mencapai kejayaan. Mereka tidak takut gagal. Mereka yang berjaya hanya mahu terus melangkah.
Bagi yang takut kepada perubahan. Fikirkan sejenak tentang diri kita ini. Fikirkan sejenak tentang ciptaan Allah ini. Diri kita sendiri.
Bayangkan diri kira sewaktu hari pertama kejadian kita ini. Daripada satu cel berubah menjadi beribu cel, kemudian menjadi daging dan tulang, darah mengalir, jantung berdengup.
Sembilan bulan, Kepada ibu berlaku perubahan semata-mata untuk kita dalam kandungan. Sembilan bulan kita berubah pada tahap setiap minggu pasti ada perkembangan.
Apabila kita lahir apakah perkara pertama seorang manusia mahu apabila lahir ke dunia? Mahu cuba melangkah. Mahu cuba mengetahui dan mengenali dunia sekeliling. Perkara ini hanya mampu dilakukan dengan perubahan pada tubuh badan. Kekuatan otot dan tulang. Akhirnya mengiring, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya pandai bangun sendiri, melangkah dan berjalan.
Lihatlah dan perhatikan diri kita sendiri. Ia memerlukan perubahan agar kita berjaya berdiri dan membuat langkah pertama. Apakah kesan perubahan itu membawa kesan negatif kepada kita? Adakah ia membawa keburukan kepada kita?
Pasti yang ada hanyalah kesan parut jatuh bangun kita belajar berjalan dan jika sekarang ditanya tiada siapa boleh tunjukkan parut bila mula belajar berjalan untuk langkah pertama.
Dan lihat diri kita sekarang ini bermisai, berjanggut, berdada dan sudah matang. Maka fikirkan sejenak, perubahan yang berlaku kepada tubuh kita adalah untuk persediaan untuk kita menjadi lebih matang dan bersedia dalam mencapai kejayaan.
Mengapa kita masih lagi takut perubahan untuk membuat langkah.
Bagi yang takut cemuhan. Cemuhan, kritikan negatif dan kutukan adalah lumrah. Lumrah alam. Ia melambangkan keikhlasan mereka yang memberikan perhatian kepada diri kita. Ia merupakan pertanda bahawa kita diperhatikan.
Mengapa masih takut lagi. Tiada lagi kita keseorangan dalam membuat langkah. Cemuhan mereka adalah keikhlasan hati mereka. Kejujuran mereka dalam penyataan mereka. Jadikan kata-kata mereka sebagai cabaran dan kata-kata semangat. Bahawa apa yang telah dinyatakan tidak sama sekali tidak.
Hanya selepas mencapai kejayaan dengan membuat langkah pertama barulah kita mampu menangkis cemuhan, kritikan negatif dan kutukan, tanpa perlu berkata apa-apa.
Akhir bicara, marilah kita ambil masa sebentar untuk menilaikan perjalanan hidup kita ini, Perjalanan hidup yang beribu batu. Adakah kita sudah ambil langkah pertama, langkah yang betul dalam mencapai kejayaan kepada apa yang kita cita-citakan?
Adakah kita sudah mulakan langkah pertama untuk mencapai cita-cita hidup kita.
Tutuplah mata. Tutuplah mata dan bayangkan cita-cita yang kita mahu capai. Sila tutup mata anda semua selama 10 saat ,Bayangkan cita-cita masing-masing.
Jangan buka mata lagi. Dengan kaki kanan, langkahlah setapak ke depan. Buatlah langkah yang pertama. Anda teleh membuat langkah pertama cita-cita anda.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 10:23:02 GMT 8
yup bukan senang nak jadi senang..
|
|
|
Post by KomOt on Mar 18, 2004 13:19:47 GMT 8
yup bukan senang nak jadi senang.. dan bukan susah nk jadi susah.. ;D
|
|
|
Post by kuzy on Mar 18, 2004 16:23:55 GMT 8
dan bukan susah nk jadi susah.. ;D bukan susah nak jadi yang bukan2 ;D mcm aku
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 20, 2004 14:47:32 GMT 8
dan bukan susah nk jadi susah.. ;D aik..camna tu ye..
|
|
noi24
Junior Student
Posts: 51
|
Post by noi24 on Mar 20, 2004 20:56:29 GMT 8
Bersusah susah dahulu Senang senang nanti l. kalau malas besusah-susah lah slamanya.
|
|