|
Post by eat_theDay on Feb 13, 2004 15:12:13 GMT 8
ASSALAMUALAIKUM.............. ;D ;D
Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
10. Isetan.( YANG INI TAK DAK DALAM KITAB ) Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak w/pun baru dpt duit ptptn...hehehe ;D ;D Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Feb 13, 2004 15:18:14 GMT 8
walatubazirr.................jadi jangan lah kite membazir.....
|
|
|
Post by enigma on Feb 13, 2004 15:48:44 GMT 8
ASSALAMUALAIKUM.............. ;D ;D 10. Isetan.( YANG INI TAK DAK DALAM KITAB ) Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak w/pun baru dpt duit ptptn...hehehe ;D ;D Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
berbelanja tu biarlah berpada-pada.... ingat...membazir amalan syaitan..... jgn jadi saudara syaitan..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 16:37:14 GMT 8
berbelanja tu biarlah berpada-pada.... ingat...membazir amalan syaitan..... jgn jadi saudara syaitan.. so..bile dpt ptptn..berbelanja lah dgn sebaik2nye..jgn terlalu boros..ok?
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 19:44:05 GMT 8
o.k, tok...insya-Allah...kitaorg ingat pesanan atok tue...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 15, 2004 20:25:12 GMT 8
o.k, tok...insya-Allah...kitaorg ingat pesanan atok tue... tp..kalo ade duit lbh tu..blanja lah atok ye?
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 21:30:18 GMT 8
tp..kalo ade duit lbh tu..blanja lah atok ye? mana boleh...hehehe ;D...alaa..atok mesti byk duit...belanja lah kitaorg lak... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 16, 2004 0:58:25 GMT 8
mana boleh...hehehe ;D...alaa..atok mesti byk duit...belanja lah kitaorg lak... ;D kedekutnye..ala..gaji atok tak seberape sgt!
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 16, 2004 19:30:27 GMT 8
kedekutnye..ala..gaji atok tak seberape sgt! o.k la...lau ader, saya belanja atok yer... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 2:24:16 GMT 8
o.k la...lau ader, saya belanja atok yer... ;D cantek........................................ ;Dsediakan mknn dlm forum ni pun sudah!sbb jumpa tu..mustahil lah!
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 17:52:18 GMT 8
Hanya sepertiga hakim, kadi masuk syurga
ALLAH berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 58 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk menunaikan amanah kepada yang berhak. Sekiranya kamu menentukan hukum antara sesama manusia hendaklah ditetapkan dengan adil. I k l a n
“Sesungguhnya Allah memberi nasihat dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah selalu mendengar dan memerhatikan.”
Ayat di atas memberi penjelasan mengenai kedudukan amanah kepada manusia yang harus dipertanggungjawabkan kerana manusia akan disoal mengenainya di akhirat kelak.
Amanah merangkumi dua perkara, iaitu amanah kepada Allah dan amanah sesama manusia.
Amanah yang berhubung dengan Tuhan ialah perintah yang berkaitan dengan ibadat, seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan perbuatan lain yang dituntut seperti berbuat baik sesama manusia.
Perkara itu menjadi tugas dan tanggungjawab manusia kepada Allah dan tidak ada pengecualian baginya. Kecuaian menunaikan amanah bererti manusia itu mengkhianati Tuhan dan kecelakaan menantinya.
Amanah sesama manusia pula ialah berbuat baik kepada ibu bapa, menyampaikan barang kiriman, berbuat baik sesama manusia, tidak mengurangi timbangan atau ukuran sukatan dalam perniagaan, menutup aib sesama manusia dan perbuatan lain yang bertujuan baik dan memenuhi perintah Allah.
Selain itu, ada amanah yang dikhususkan kepada pemerintah, hakim, kadi yang berkuasa sebagai penegak undang-undang dan segala tugasnya mesti adil, jujur bukan saja kerana amanah sesama manusia, malah kepada Allah.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Dua pertiga daripada kadi dan hakim (penegak hukum) masuk neraka, sedang hanya sepertiga saja masuk syurga.”
Hadis ini adalah satu peringatan yang keras dan tajam agar penegak hukum dan segala petugasnya benar-benar adil, jujur dan tidak berat sebelah dalam memutuskan sesuatu perkara.
Selain pemerintah dan penegak hukum, amanah juga diletakkan pada intelektual atau cendekiawan yang mempunyai tugas menunjuk dan memberi nasihat atau fatwa yang jujur untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Rasulullah bersabda lagi yang maksudnya:
“Baik buruknya satu masyarakat atau negara tergantung kepada dua sebab, jika kedua-duanya baik, maka baiklah masyarakat dan negara.
“Jika kedua-duanya buruk maka rosaklah masyarakat dan negara, iaitu penguasa (pemerintah) dan ulama.”
Setiap manusia mempunyai amanah dan tanggungjawab kepada dirinya sendiri sebagai pelaksana amanah Allah seperti menjaga diri daripada tindakan keji dan mungkar, mentaati segala aturan dan undang-undang Allah, mewujudkan hubungan baik sesama manusia, memelihara hubungan berjiran dan masyarakat serta mentaati aturan dan undang-undang pemerintah.
Perkara itu menjadi amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan nanti dan tidak ada siapa yang terkecuali
|
|
|
Post by eat_theDay on Feb 20, 2004 8:10:37 GMT 8
Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini.
Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw: ·Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
·Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
·Ku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
·Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
·Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
·Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
·Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
·Wajahnya seperti bulan purnama
·Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
·Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
·Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
·Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
·Mulut baginda sederhana luas dan cantik
·Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
·Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
·Janggutnya penuh dan tebal menawan
.Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
·Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
·Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi·Rambutnya terbelah di tengah
·Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
·Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
·Seimbang antara kedua bahunya
·Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
·Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
·Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
·Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
·Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan·Warna kulitnya putih tapi sehat ·Kulitnya putih lagi bercahaya.
·Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
·Badannya tidak gemuk
·Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
·Perutnya tidak buncit
·Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
·Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
MORAL & IKTIBAR · Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah. ·Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani. ·Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
·Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
·Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 17:01:52 GMT 8
ni kan dah di post oleh sya....
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 25, 2004 10:13:47 GMT 8
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.
Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 25, 2004 10:14:48 GMT 8
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
|
|