|
Post by atokENSEM on Apr 17, 2004 2:12:36 GMT 8
penemuan yg menakjubkan
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wassalam.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 2:26:14 GMT 8
Fikir-fikirkan
Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata namun tak kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya. Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung, aku akan minum air kencing anjing hitam." Tanpa diduga, permintaannya itu dikabulkan Allah SWT.
Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata namun tak kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya. Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung, aku akan minum air kencing anjing hitam." Tanpa diduga, permintaannya itu dikabulkan Allah SWT.
Pasangan ini terlalu gembira dan bersyukur kepada Allah. Si isteri teringat akan nazar atau perjanjiannya dengan Tuhan. Setelah menceritakan kepada suaminya, si suami pergi mencari anjing yang dimaksudkan. Puas dicari dari kampung ke kampung, namum tidak juga ditemui. Jika bertanya kepada orang-orang kampung, suami ini dituduh gila. Dengan izin Allah SWT, berjumpalah suami ini dengan seekor anjing hitam yang sedang kencing. Air kencing itu ditadah dan dibawanya pulang dengan hati gembira. Namun si isteri tidak sanggup meneguk apabila melihat rupa dan bau kencing yang sangat menjijikkan itu. Di wajah masing-masing terpancar kerisauan kerana tidak mampu menunaikan nazar tersebut.
Mereka pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan segalanya. Rasulullah SAW pun menasihatkan mereka supaya pergi ke sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang tidak menunaikan solat terletak di hujung kampung itu.
Baginda berkata : "Apabila hujan turun di atas bumbung rumah itu, kamu tadahkan airnya dan minum. Air hujan itu menyamai air kencing anjing hitam itu."
Alangkah dahsyatnya sebuah rumah yang penghuninya tidak mengerjakan solat. Solatlah kiter sebelum tiba masanya kiter disolatkan. Jangan sangka masa itu hanya akan datang biler rambut sudah beruban dan kedut penuh di muka. Sesungguhnya ajal maut ditentukan oleh-NYA. Biler2 masa mengikut kehendak-NYA nyawa kiter akan dicabut. ALLAH masih sayangkan kiter semua, kerana itulah kiter masih diberi peluang hidup untuk bertaubat. Janganlah sia-siakan kasih sayang ALLAH yg tak terhingga tue. Marilah kiter hidup menghamba diri pada yg MAHA ESA dari menghamba diri pada harta benda dunia dan nafsu serakah. Moga2 kiter sume dpt manfaat dr citer nie...InsyaALLAH..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 12:39:07 GMT 8
Cinta dan Kasih Sayang
Berilah sepenuh kasih sayang kepada kedua Ibu Bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa.. Kerana kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan airmata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas..
Pada Guru, hendaklah ingat akan jasa-jasanya kerana dia adalah satu-satunya pemegang pelita yang menerangi kegelapan hidup kita.. Kerana hidup tanpa ilmu adalah hidup yang tersia-sia..
Kasihi akan keluargamu, kerana mereka adalah insan yang terdekat sekali dalam hidupmu dan tidak mungkin dipisahkan dengan apa jua sekali pun; bagai dicincang air yang tak kan putus..
Berbudi luhur dan beramah mesra dengan Jiran Tetanga kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kamu..
Pada Sahabat Handai hendaklah berlaku jujur serta hormat menghormati dalam memupuk pergaulan yang abadi.. Kerana sahabat yang sejati itu ibarat bintang-bintang yang menghiasi bulan di waktu malam..
Di segala kebahagiaan dan kesusahan putaran hidup ini terdapat akan sekuntum hati yang bersama merasai... dia adalah Teman Hidupmu.. Tatangilah perkongsian hidup yang suci ibarat menatang mutiara yang tiada ternilai harganya.. Kerana dia adalah satu-satunya jiwa yang boleh memberi ketenangan dan kemanisan hidup dalam dunia yang penuh kepahitan..
Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka. Dari itu, sayangi dirimu, cintai Allah dan kasihi Rasul-Nya.. kerana tidak dijadikan Kekasih-Nya Muhammad melainkan menjadi rahmat semesta alam. Pegang Teguh pada keimanan yang kamu tanamkan ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut, kerana itu adalah satu-satunya keselamatan buat dunia dan akhirat. Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mencucuri kasih dan sayang pada hamba-Nya yang khusyu' dalam mencintai-Nya.....
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 14:51:00 GMT 8
.:: 4 Perkara sebelum Tidur ::.
a'kum w.b.t. buat renungan semue:
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:10:55 GMT 8
.:: Apabila..... ::.
Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. * Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. * Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. * Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. * Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. * Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. * Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. * Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
.................................
TETAPI AWAS apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. * Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
* Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. * Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. * Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. * Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. * Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. * Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. * Semua nak tunjuk kuat. * Bila berjudi, percaya unsur kurafat. * Tapi hidup pula yang melarat. * Tali kasut dah tak berikat. * Rambut pun jarang sikat.
* Yang perempuan, pakai mini sekerat. * Suka pakai baju ketat. * Suka sangat menunjukkan pusat. * Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. * Pakai pulak yang singkat-singkat. * Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. * Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. * Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
* Duduk jauh berkirim surat. * Bila berjumpa, tangan berjabat. * Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. * Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. * Usah peduli agama dan adat. * Usah takut Allah dan malaikat. * Yang penting apa kita nak buat? * Kita 'bukti' lah kita buat. * Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. * Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. * Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. * MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT * Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. * Habis manusia telah tersesat. * Inilah dia fenomena masyarakat.
* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, * Marilah kita pakat mengingat, * Bahawa dunia hari ini makin singkat, * Esok atau lusa mungkin kiamat, * Sampai masa kita semua akan berangkat! . * Berangkat menuju ke negeri akhirat. * Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. * Masa tu, sindri mau ingat.
* Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? * Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? * Harta benda anta, dari mana anta dapat...? * Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat
|
|
|
Post by KomOt on May 7, 2004 17:20:37 GMT 8
> Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa > lebih kurang 20 > tahun > untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah > Rasullullah saw, maka > tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan > terima ibadat yang > dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang > paling ikhlas. > Seseorang > tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk > tidur.Ganjaran Allah swt untuk > orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah > yang diamalkan > berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati > syahid, sedangkan satu > pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin > seseorang untuk masuk > syurga. > Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, > jika seseorang > tidur > cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat > kerehatan.Kalau > bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat > mengumpul 20 kilo tahi > mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. > > Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan > selepas tidur. > > 1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai > orang memperlekehkan > doa > Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah > swt janjikan adalah > syurga. > > 2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini > adalah kedudukan tidur > orang yang telah mati. > > 3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, > sekiranya dia mati malam > itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu > Tasbih Fatimah? > > Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 > X. > > 4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu > keseluruh badan untuk > menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. > > 5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak > terjaga, Allah swt akan > mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. > Tahajjud adalah > sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan > orang. > > 6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat > 2 rakaat. > > 7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan > halalkan semua hutang > piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail > semula kalau mahu. > > 8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan > ke kanan dan tapak > tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw > yang boleh diamal, > semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada > bersolek atau pakai > night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat > senaman ringan > sebelum > tidur. > > Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap > terutama > lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat > hujung kain supaya > tidak > menimbulkan fitnah. > Tutup aurat ketika tidur. > > Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya > Syaitan/ Jin > Betina.Tidur > bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan > Malaikat Rahmat dan > mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa > membaca > doa,Syaitan/Jin > akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan > besar benih yang > masuk > bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi > jangan marah kalau > anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka > ketika kita bersetubuh > dulu.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 12, 2004 13:13:11 GMT 8
kat dlm thread girl power pun post..tp elok lah..
|
|
|
Post by atokENSEM on May 12, 2004 13:15:06 GMT 8
.:: Arwah Ibu Lawati Mayat Anaknya ::. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi? Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya,tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.
Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
**Mati Hanya Sekali, Oleh Itu Jadikannya Di Jalan Allah**
|
|
|
Post by KomOt on May 13, 2004 15:01:29 GMT 8
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah,boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 Malaikat memeliharanya hingga subuh
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
|
|
|
Post by KomOt on May 13, 2004 17:26:13 GMT 8
>RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin >kerana >ia mengandungi keberkatan", iaitu: > >1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. > >2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. > >3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. > >4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. > >5. Jika terpenjara akan dibebaskan. > >6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. > >7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. > >8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah >meringankan >siksanya. > >9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. > >10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. > >1. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati >dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya >Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 >kali. > >12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka >membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris >bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, >menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan >jenazahnya". > >13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca >Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman >untuknya. >Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam >kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. > >14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua >rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan >rakaat >kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari >kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi >kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang >meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:49:10 GMT 8
.:: Dasar Agama (Mentauhidkan Diri Kepada ALLAH) ::.
Assalammualaikum W.B.T Marilah kita bersama2 menegakkan kembali haq Allah dalam diri dan keluarga serta masyarakat dengan menanamkan Dasar Agama dan Aqidah melalui amalan zikir berikut dengan NIAT,YAKIN dan IKHLAS semata2 kerana Allah Taala pada setiap masa dan ketika walau dimana kita berada.Disamping itu jagalah solat fardhu yang lima dan juga amalan wajib yang lain.
1. BERISTIFAR Beristifar sebanyak yang mungkin bagi memohon keampunan dari Allah diatas segala dosa yang kita lakukan secara sedar mahupun tidak sedar.Menurut riwayat Rasulullah S.A.W yang maksum dan dijanjikan syurga pun beristifar sebanyak 70 kali sehari,inikan pula kita umatnya yang tidak lekang dari membuat dosa.INSYALLAH.
2. BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH S.A.W Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat berselawat keatas NAbi.Inikan pula kita hambaNya.Dengan berselawat dapat menenangkan hati.INSYALLAH
3.KALIMAH TAUHID (Lailahaillahu Muhammadar Rasulullah) Tanamkan berterusan di dalam hati kalimah ini yang dengannya kita tidak akan putus dari mentauhidkan diri kepada ALLAH S.W.T dan mengakui Nabi Muhammad S.A.W utusan ALLAH yakni pesuruh ALLAH.
4.APABILA DITIMPA MUSIBAH/KEMALANGAN Lafazlah 'Innaillahiwainnaillahirajiun'apabila ditimpa musibah/kemalangan dan redha atas ketentuan ALLAH.Sesungguhnya daripadaNyalah kita datang dan daripadaNyalah kita kembali.
Amalkanlah dan sebarkanlah haq ALLAH ini epada keluarga,rakan2 dan juga masyarakat (ISLAM dan BUKAN ISLAM)semoga tertegaknya haq dan Agama ALLAH di atas muka bumi.Dan jangan lah kita terpedaya dengan Rahmat dan Tipudaya Dajjal.SEbaliknya hendaklah kita mengharapkan semata2 Rahmat dan Keredhaan ALLAH semata2.Beringatkah bahawa sesungguhhya kita hidup di AKHIR,AKHIR,AKHIR Zaman yakni KIAMAT makin tiba.
Firman ALLAH :-
"Dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka menyembahku "
SURAH Adz-Dzaariyat Ayat 56
"Sesungguhnya agama yang diredhai ALLAH hanyalah ISLAM ......................................... Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat ALLAH maka sesungguhnya ALLAH sangat cepat hisab-Nya."
SURAH Ali-Imran Ayat 19
|
|
|
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:51:17 GMT 8
cinta dan kasih..
Berilah sepenuh kasih sayang kepada kedua Ibu Bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa.. Kerana kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan airmata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas..
Pada Guru, hendaklah ingat akan jasa-jasanya kerana dia adalah satu-satunya pemegang pelita yang menerangi kegelapan hidup kita.. Kerana hidup tanpa ilmu adalah hidup yang tersia-sia..
Kasihi akan keluargamu, kerana mereka adalah insan yang terdekat sekali dalam hidupmu dan tidak mungkin dipisahkan dengan apa jua sekali pun; bagai dicincang air yang tak kan putus..
Berbudi luhur dan beramah mesra dengan Jiran Tetanga kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kamu..
Pada Sahabat Handai hendaklah berlaku jujur serta hormat menghormati dalam memupuk pergaulan yang abadi.. Kerana sahabat yang sejati itu ibarat bintang-bintang yang menghiasi bulan di waktu malam..
Di segala kebahagiaan dan kesusahan putaran hidup ini terdapat akan sekuntum hati yang bersama merasai... dia adalah Teman Hidupmu.. Tatangilah perkongsian hidup yang suci ibarat menatang mutiara yang tiada ternilai harganya.. Kerana dia adalah satu-satunya jiwa yang boleh memberi ketenangan dan kemanisan hidup dalam dunia yang penuh kepahitan..
Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka. Dari itu, sayangi dirimu, cintai Allah dan kasihi Rasul-Nya.. kerana tidak dijadikan Kekasih-Nya Muhammad melainkan menjadi rahmat semesta alam. Pegang Teguh pada keimanan yang kamu tanamkan ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut, kerana itu adalah satu-satunya keselamatan buat dunia dan akhirat. Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mencucuri kasih dan sayang pada hamba-Nya yang khusyu' dalam mencintai-Nya.....
|
|
|
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:54:49 GMT 8
.:: SENANG bukan syarat untuk TENANG
Semoga artikel ini dapat menjadi peringatan kepada kita: Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....
Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.
Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.
Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!
Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.
Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.
Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?
Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.
Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".
Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.
Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!! WALLAHU'ALAM.... Adaptasi dr majalah OK - Abu Nawe
|
|
|
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:57:09 GMT 8
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT,
Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.
Wassalamualaikum
|
|
|
Post by atokENSEM on May 14, 2004 14:59:07 GMT 8
.:: Hukum memakai inai ::.
"Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku atau jari. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut adalah hukum pemakaian henna, bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan mazhab-mazhab dan hadis-hadis tertentu."
Mazhab Hambali menyatakan bahawa kaum lelaki mahupun perempuan dibolehkan atau diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka dengan henna kecuali di bahagian kepala. Manakala mazhab Syafie pula berpendapat bahawa kaum lelaki diharuskan memakai henna pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya. Walau bagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Bagi kaum perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya pula dilarang memakai inai.
Imam An-Nawawi Rh dalam fatwa Al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Manakala wanita yang telah bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka. Berdasarkan mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya, bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada di dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed).
Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan." Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda: "Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu." (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)
Tiga hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram. Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
Wallahua'alam.
Rujukan; Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.
|
|