|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 17:51:47 GMT 8
Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan: Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering 30 gm halia 20 gm bawang putih 90 gm serai 200 gm bawang besar 300 gm tomato 200 gm minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak
Cara: Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 17:53:02 GMT 8
Kerabu Pucuk Paku
Bahan:
200 g pucuk paku, dipotong dan dicelur
10 biji bawang kecil, dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
3 helai daun limau purut, dihiris halus
4 biji limau kesturi, diperah airnya
1/2 biji kelapa, diperah santan
1 1/2 cawan air
110 g kelapa parut putih, digoreng tanpa minyak
85 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
1 camca besar gula melaka parut atau gula perang
Garam secukupnya
Bahan ditumbuk kasar:
5 tangkai cili merah
30 g udang kering, direndam dengan air dan ditoskan
2 camca teh belacan
Cara membuatnya:
Campur rata semua bahan salad dengan bahan tumbuk. Hidang segera.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 17:54:32 GMT 8
Nasi Beriani Goreng Bergedil Daging Aroma Buruh
Bahan: 6 cawan nasi 5 ulas bawang putih, dicincang halus 100 g udang kering, ditumbuk 2 camca sedang rempah beriani 100 g kismis 1 camca sedang pati ikan bilis 100 g gajus 1 biji bawang besar, dipotong bulat 1 camca sedang sos tiram 5 camca sedang Minyak Cap Buruh 2 camca sedang marjerin Daisy
Bahan bergedil: 150 g daging cincang 2 biji ubi kentang, direbus 1 biji bawang besar, dipotong kecil 2 camca sedang mentega kacang Daisy 1 biji telur ayam Sedikit lada & serbuk perasa Garam 1 camca sedang sos tiram 1 mangkuk Minyak Cap Buruh
Cara membuat bergedil: 1. Lecekkan ubi kentang sehingga halus dan rata. Gaulkan bersama daging. 2. Masukkan mentega kacang Daisy, lada, garam, sos tiram dan serbuk perasa. Kemudian bulatkan. 3. Sediakan kuali. Masukkan Minyak Cap Buruh. 4. Apabila minyak sudah panas, masukkan bebola daging tadi. Masak sehingga garing dan naik bau aroma Minyak Cap Buruh. 5. Angkat dan letak di atas pinggan.
Cara membuat nasi: 1. Panaskan Minyak Cap Buruh dan marjerin Daisy ke dalam kuali dan apabila sudah panas, masukkan bawang putih sehingga kekuningan. 2. Masukkan bawang besar, rempah beriani, sos tiram dan udang kering. 3. Masak sehingga naik bau aroma Minyak Cap Buruh. 4. Kemudian masukkan nasi, gaul hingga sebati dan masukkan gajus, kismis dan separuh daripada bergedil daging tadi. 5. Sediakan acuan berbentuk daun. 6. Angkat nasi dari kuali dan masukkan ke dalam acuan berbentuk daun. Tekan sehingga padat. 7. Sediakan pinggan dan keluarkan nasi daripada acuan tadi. Hias mengikut cita rasa sendiri dan letak bergedil yang separuh tadi.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 17:55:47 GMT 8
Udang Harimau Masak Keju
Bahan:
200 g udang harimau
1/2 liter minyak masak
Bahan kuah:
100 g marjerin
100 g susu sejat
3 tangkai daun kari, dihiris halus
1 biji cili padi, dihiris halus
1/3 camca teh keju Parmesan
1/4 camca teh garam
1 camca teh gula
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng terendam udang sehingga garing. 2. Panaskan kuali dan masukkan marjerin sehingga cair. 3. Masukkan susu sejat tadi dan masak menggunakan api perlahan sehingga pekat. 4. Masukkan bahan lain dan panaskan. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati.
|
|
|
Post by turtle on Jan 1, 2004 19:10:31 GMT 8
aku x reti masak la s`Gal. kau jerla buatkan ntok aku. leh tak?
|
|
|
Post by enigma on Jan 2, 2004 2:46:18 GMT 8
aku x reti masak la s`Gal. kau jerla buatkan ntok aku. leh tak? kalo tak reti..blaja la ...resepi dah ada, cuma sediakan bahan2nya...dan masak!!! ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 2, 2004 14:27:43 GMT 8
aku x reti masak la s`Gal. kau jerla buatkan ntok aku. leh tak? byk ensem muka hang nak minta sy buat..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 2, 2004 14:28:40 GMT 8
Nasi Goreng Cina
Bahan-Bahan: 2 pinggan nasi putih 1 cawan udang basah (buang kulitnya) 1 cawan isi ayam (direbus dan disiat) 1 cawan kacang peas 4 biji telur (dipukul 5 biji cili merah ] ditumbuk 5 ulas bawang merah ] 1 pokok daun bawang (dihiris) Garam secukup rasa
Cara: Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.
|
|
|
Post by enigma on Jan 3, 2004 11:15:42 GMT 8
BElimbing Sira...
Bahan-Bahan: 150 gm tepung gandum 30 gm majerin 1 biji kuning telur Garam 1/3 cawan air Gula halus Cara: Gaul tepung dengan majerin, garam dan telur hingga sebati. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga lembut. Canai nipis dan potong persegi kecil-kecil berukuran 2 cm x 2 cm. Lipat dua menjadi tiga segi. Lipat dua lagi bahagian di belakang dan picit sedikit supaya tepung melekat. Setelah habis, goreng hingga garing. Sejukkan dan golekkan di atas gula halus.
--------------------------------------------------------------------------------
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:00:07 GMT 8
Sup Soto Istimewa
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam 1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 3 cm halia 1 bungkus sup bunjut Sedikit bunga lawang 5 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah Sedikit daun sup dan daun bawang Sedikit garam
Cara: Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Apabila sudah naik bau masukkan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kelihatan kekuningan. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan sup bunjut. Masukkan ayam dan biar sehingga ayam betul-betul masak. Akhir sekali, masukkan daun sup dam daun bawang.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:03:17 GMT 8
Nasi Goreng Hawaii
Bahan-Bahan: 1 mangkuk nasi 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 2 sudu rempah kari ¼ nenas - dicincang 1 mangkuk kecil sayur campuran 2 batang frankfurter didadu kecil 2 Sudu Cili kisar Marjerin untuk mengoreng
Cara: Panaskan marjerin. Tumiskan Bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kari dan cili kisar dan tumis hingga naik minyak. Masukkan nenas, sayur campur, dan frankfurter. Kacau hingga sebati. Setelah itu, masukan bahan perasa secukupnya dan akhir sekali masukkan nasi. Goreng hingga semua bahan sebati dan pecahkan 2 butir telur kedalam nasi. Goreng sebati dan hidangkan ketika panas lagi.
|
|
|
Post by enigma on Jan 5, 2004 11:14:32 GMT 8
SALAD TELUR....
Bahan-Bahan: 10 biji telur ayam, direbus kemudian digoreng1 ½ cawan santan pekat3 biji bawang besar, dihiris1 sm lengkuas, dititik2 biji tomato, dibelah empat2 camca sedang cili boh
Cara: Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, halia, serai dan lengkuas. Apabila kuning masukkan cili boh, serbuk kunyit dan santan. Biar hingga mendidih baru masukkan garam dan asam gelugur. Masak hingga kuah pekat baru dimasukkan telur dan tomato. Kacau hingga rata. Angkat dan hidangkan.
|
|
|
Post by enigma on Jan 5, 2004 11:17:44 GMT 8
Ayam Bakar Dengan Bawang Putih Dan Ketumbar
Bahan-Bahan:
4 ketul daging dada atau paha ayam, dibuang tulang 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 1 sudu besar cilantro (daun ketumbar), dicincang halus 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar kicap 2 sudu besar cuka putih (white vinegar) 1 sudu kecil sos worchestershire ½ biji limau nipis, diperah jusnya ¼ cawan sos buah plum 1 sudu kecil bahan perasa Tex-Mex
Cara:
Daging ayam dibersihkan kemudian dituskan. Campurkan minyak, kicap, sos Worchestershire, juslimau, sos plum dan bawang putih dalam mangkuk kecil. Kacau hingga rata dan ketepikan. Dalam mangkuk yang berasingan, satukan bahan perasa Tex-Mex, cilantro dan cuka putih. Kacau hingga rata dan ketepikan. Lumur hingga rata campuran sos dan bahan perasa Tex-Mex pada daging ayam kemudian perap selama dua jam dalam peti sejuk. Aturkan daging ayam di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak kemudian bakar hingga masak.
Tambahan:
Hidangan ini lebih enak rasanya jika dibakar menggunakan arang.
|
|
|
Post by enigma on Jan 5, 2004 11:19:49 GMT 8
Acar Roselle
Bahan-Bahan:
½ cawan cili padi jeruk 10 ulas bawang merah jeruk - biarkan sebiji-sebiji atau potong dua 2 cm halia jeruk - potong panjang 3 sudu besar cili kisar 3 cawan campuran buah-buahan yang dijeruk manis 1 cawan jeruk roselle Garam dan gula secukup rasa Cuka secukup rasa Sedikit bawang goreng untuk tabur Minyak untuk menumis
Cara:
Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga garing. Masukkan bawang dan halia, kacau rata. Masukkan buah-buahan jeruk serta roselle. Diikuti cili jeruk. Perisakan dengan garam, gula dan cuka. Akhir sekali tabur bawang goreng.
CUBALAH....
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 1:41:27 GMT 8
SALAD TELUR.... Bahan-Bahan: 10 biji telur ayam, direbus kemudian digoreng1 ½ cawan santan pekat3 biji bawang besar, dihiris1 sm lengkuas, dititik2 biji tomato, dibelah empat2 camca sedang cili boh Cara: Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, halia, serai dan lengkuas. Apabila kuning masukkan cili boh, serbuk kunyit dan santan. Biar hingga mendidih baru masukkan garam dan asam gelugur. Masak hingga kuah pekat baru dimasukkan telur dan tomato. Kacau hingga rata. Angkat dan hidangkan. sesuai utk makan pagi..
|
|