|
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 0:24:59 GMT 8
Sup Cendawan Butang ala Itali (Italian Cream of Mushroom) Kiriman: S.H. AbdulLatif Hits: 3741 Rating: 8.57 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: ½ ulas bawang besar, didadu 3 ulas bawang putih, dimayang 1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris ½ biji ubi kentang, didadu ½ sudu besar lada hitam, ditumbuk 4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air Garam, secukup rasa 1/3 cawan krim atau susu sejat Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.
Cara: Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!
Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley. Tambahan: Penting bagi menggunakan cendawan butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.
Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus, sebab nanti rasa macam makan makanan bayi!
Kalau ikut resepi ni, tak payahlah bayar mahal-mahal sampai RM12 semangkuk sup kat hotel. Rasanya memang sebijik! Dan bukan macam sup segera dalam tin!!! Nipu semua tu!!!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 0:26:14 GMT 8
Nasi Goreng Cina
Bahan-Bahan: 2 pinggan nasi putih 1 cawan udang basah (buang kulitnya) 1 cawan isi ayam (direbus dan disiat) 1 cawan kacang peas 4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk 5 ulas bawang merah ] 1 pokok daun bawang (dihiris) Garam secukup rasa
Cara: Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 0:28:40 GMT 8
Laksa Johor Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21 Hits: 19779 Rating: 3.70 Review: 4 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: Bahan Kuah: 600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar) 2 liter air rebusan ikan 1 sudu besar pes udang 1 sudu kecil cili kisar 2 batang bunga kantan 2 tangakai daun kesum 2 keping asam gelugur 4 ulas bawang merah (dikisar) Sedikit halia (dikisar) 600 gm laksa (direbus) 1 biji timun (dihiris) 1 biji bawang besar (dihiris) 1 tangkai daun salad (dihiris) 1 batang bunga kantan (dihiris) 1 tangkai daun kesum (dihiris) Cara: Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 0:29:21 GMT 8
Kek Sarche Torte
Bahan-Bahan: 170 gm mentega 170 gm gula kastor 70 gm serbuk roti 70 gm coklat masakan (dicairkan) 6 biji telur (kuning diasingkan) 70 gm coklat masakan Sedikit Whipping Cream Sedikit susu cair Cara: Pukul gula dan mentega hingga kembang. Apabila adunan mentega dan gula sudah kembang masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga adunan telur sebati. Setelah itu masukkan coklat yang telah dicairkan tadi.Kacau sebati dan ketepikan. Di mangkuk yang lain pukul putih telur hingga kembang. Setelah kembang, masukkan putih telur ke dalam adunan tadi berselang seli dengan serbuk roti. Kacau hingga adunan betul-betul sebati. Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam dulang pembakar dan masak selama 40-50 minit dengan suhu 180 darjah. Untuk membuat topping, cairkan coklat di dalam periuk. Apabila coklat telah cair, masukkan whipping cream dan susu cair. Kacau hingga coklat nampak pekat dan berkilat. Tuangkan ke atas kek dan ratakan.
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 19, 2004 1:16:31 GMT 8
Kuih Tat Cik Lim Tat
bahan² kuih yang di buat oleh Lim Tat - 500g
cara membuat tanye la Cik Lim Tat itu sendiri kerana die yang buat kuih tu...bukan aku...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 20, 2004 1:21:22 GMT 8
Kuih Tat Cik Lim Tat bahan² kuih yang di buat oleh Lim Tat - 500g cara membuat tanye la Cik Lim Tat itu sendiri kerana die yang buat kuih tu...bukan aku... sape cik lim tat?
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 20, 2004 15:13:19 GMT 8
ä¿ ¤Ó¤Á¤Ñ ¤µ¤±¤µ ¤Ñ¤§°Ü¤Ä¸¶¹« ¤¤¹Ì¸ð ¤¤´ì¹¸ ¤Äµè¤¾¹«¤Ì¤¾ ¤¤¸ð¹Ç ¤Ó¤Á¤Ñ ¤µ¤±¤µ ¤¿¤À¤Ä¤§¤¡¤±»þ¤À¤Ì...
|
|
|
Post by enigma on Jan 20, 2004 16:14:58 GMT 8
ä¿ ¤Ó¤Á¤Ñ ¤µ¤±¤µ ¤Ñ¤§°Ü¤Ä¸¶¹« ¤¤¹Ì¸ð ¤¤´ì¹¸ ¤Äµè¤¾¹«¤Ì¤¾ ¤¤¸ð¹Ç ¤Ó¤Á¤Ñ ¤µ¤±¤µ ¤¿¤À¤Ä¤§¤¡¤±»þ¤À¤Ì... awak ker cik lam tat?
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 21, 2004 0:03:29 GMT 8
ä¿ ¤Ó¤Á¤Ñ ¤µ¤±¤µ ¤Ñ¤§°Ü¤Ä¸¶¹« ¤¤¹Ì¸ð ¤¤´ì¹¸ ¤Äµè¤¾¹«¤Ì¤¾ ¤¤¸ð¹Ç ¤Ó¤Á¤Ñ ¤µ¤±¤µ ¤¿¤À¤Ä¤§¤¡¤±»þ¤À¤Ì... bahasa apakah ini?
|
|
|
Post by enigma on Jan 21, 2004 9:18:25 GMT 8
bahasa apakah ini? bahsa asing yg kita x paham..
|
|
|
Post by john on Jan 21, 2004 12:03:36 GMT 8
cara2 membuat teh tarik dgn buih yg lebih besar...
mudah saje...buat teh tarik cam biasa...tapi sebelom minum ambik straw dan tiupkan ke dalam air teh itu sekuat hati...jaga2 masa tiup tu jangan sampai tumpah pulak...tiup selama lebih kurang 30 saat....siap dihidang...
|
|
|
Post by ||N3LL!3||1411<oe> on Jan 21, 2004 13:02:05 GMT 8
cara2 membuat teh tarik dgn buih yg lebih besar... mudah saje...buat teh tarik cam biasa...tapi sebelom minum ambik straw dan tiupkan ke dalam air teh itu sekuat hati...jaga2 masa tiup tu jangan sampai tumpah pulak...tiup selama lebih kurang 30 saat....siap dihidang... itu cara nak minum teh tarik da!
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 21, 2004 13:52:50 GMT 8
aku rase a/kamen ni ade p'mslhn mental agaknye la...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 23, 2004 4:09:25 GMT 8
Bihun Goreng Hailam -------------------------------------------------------------------------------- Bahan-Bahan: 600 gm bihun 300 gm daging 300 gm sawi hijau 300 gm bunga kubis 300 gm udang 1 biji kubis 4 biji telur ayam 8 biji cili merah 3 sudu besar minyak 1 sudu besar serbuk lada 4 sudu besar air 1 sudu besar cuka 2 sudu besar kicap 4 ulas bawang putih 3 batang daun saderi 3 batang daun bawang Garam secukup rasa Gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
Rendam bihun selama 1 jam dan toskan. Hiris kubis sebesar 1.5 cm x 2 cm. Potong sawi sepanjang 1.5 cm. Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm. Rebus telur ayam dan potong nipis-nipis. Potong sepanjang 1 cm bunga kubis, daun saderi, daun bawang dan cili merah. Potong udang sebesar 2 cm. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, serbuk lada, daging dan dua sudu besar air. Apabila daging hampir empuk masukkan udang dan 2 sudu besar air. Masukkan bihun, kubis, sawi, bunga kubis dan kacau rata-rata. Masukkan kicap, cuka, garam, gula, daun bawang dan daun saderi. Kacau rata-rata. Apabila menghidang taburkan cili potong dan telur.
:)cubala..
|
|
|
Post by PoKai B on Jan 23, 2004 21:51:14 GMT 8
saper tau resepi ayam kicap masak lemak???
|
|