|
pesanan
Dec 20, 2003 12:05:11 GMT 8
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 12:05:11 GMT 8
malu coz msh remaje.........
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
pesanan
Dec 20, 2003 15:59:55 GMT 8
Post by LaNgSuIr on Dec 20, 2003 15:59:55 GMT 8
elo cuak?nak kejo pangkat ke?
|
|
|
pesanan
Dec 20, 2003 16:22:38 GMT 8
Post by feimaumania on Dec 20, 2003 16:22:38 GMT 8
ishk..ade je insan yg busuk hati ni....
|
|
|
pesanan
Dec 20, 2003 19:21:58 GMT 8
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 19:21:58 GMT 8
tok kan da masuk 24...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 21, 2003 1:42:58 GMT 8
ape plak..65 thn la! ;D
|
|
hangLipur
Junior Student
sentiase cun sepanjang mase
Posts: 123
|
pesanan
Dec 21, 2003 11:12:20 GMT 8
Post by hangLipur on Dec 21, 2003 11:12:20 GMT 8
ari nie dgr cite budak2 bola iic g UM main bola. hangLipur nak ucapkan selamat maju jaya kpd semue pemain kolej tu ye. tp hangLipur nak pesan kat semua pemain, ikat kasut ketat2 nnt tercampak plak, kene lak kpl org lain.klu kene kpl kwn sendiri tak pelah. ;D sape yg mkn cili tu jgn la mare
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
pesanan
Dec 22, 2003 10:51:13 GMT 8
Post by sha on Dec 22, 2003 10:51:13 GMT 8
Jangan lari dari rumah. Sekiranya anda lari, anda akan bergantung pada "belas ehsan" orang-orang di jalanan yang mendorong anda melibatkan diri dengan dadah, pornografi dan pelacuran. Mengadulah kepada kawan yang mengambil berat.
Sekiranya anda fikir anda tidak mempunyai kawan, carilah pusat bimbingan krisis dalam komuniti anda yang boleh membantu.
Berwaspadalah dengan pelawaan persahabatan daripada orang-orang yang tidak dikenali. Walaupun anda kesunyian dan tidak gembira, janganlah terpedaya dengan ajakan dan pujuk rayu orang-orang yang tidak dikenali.
Jangan menerima tawaran-tawaran pekerjaan yang memerlukan anda pergi ke kawasan-kawasan yang pelik dan terpencil.
Berhati-hati dengan tawaran-tawaran pekerjaan yang menawarkan bayaran yang terlalu lumayan.
Gunakan saluran-saluran yang sah, seperti pejabat-pejabat penempatan pelajar untuk mendapatkan kerja-kerja sambilan.
Jangan menerima tawaran-tawaran untuk mengambil gambar anda dan menjadikan anda terkenal. Laporkan tawaran sebegini kepada keluarga atau polis.
Jangan masuk ke dalam kereta orang yang tidak dikenali walau apapun alasannya.
Jangan menghampiri kereta terlalu dekat hingga memudahkan orang menyambar atau menarik masuk.
Jangan mengembara dengan menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali ("hitchhike").
Berjalan secara berkumpulan atau sekurang-kurangnya dengan seorang kawan.
Jangan pergi ke kawasan-kawasan yang sunyi sepi pada malam hari.
Jangan menerima cabaran-cabaran untuk melakukan perkara-perkara yang bodoh seperti memasuki kawasan yang tidak baik seorang diri.
Beritahu ibubapa anda ke mana anda hendak pergi, dan maklumkan kepada mereka apabila anda hendak menukar arah tujuan.
Sekiranya seseorang cuba menggoda, membelai atau mengusap anda dengan cara yang anda tidak suka ... tinggalkan, kemudian beritahu yang anda tidak menyukainya.
Laporkan sebarang kejadian percubaan pencabulan.
Laporkan sekiranya ada seseorang yang tidak dikenali berlegar-legar di sekitar sekolah anda atau kawasan-kawasan permainan.
Belajar memberi gambaran yang jelas tentang seseorang kepada polis bagi membantu penangkapan.
Ingatlah, ia bukan kesalahan anda - oleh itu jangan takut untuk memberitahu sekiranya seseorang mengganggu anda.
Jangan berlengah-lengah seorang diri di kawasan-kawasan rekreasi yang tiada pengawal atau penyelia, tinggalkan tempat itu bersama kawan-kawan anda.
Jangan membuka pintu untuk orang yang tidak dikenali dan jangan beritahu orang yang anda tinggal bersendirian.
Jangan menerima pelawaan-pelawaan arak, rokok atau dadah.
Jika anda benar-benar prihatin dan mengambil berat, bukan sahaja terhadap keselamatan diri sendiri tetapi kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain, buatlah beberapa salinan peringatan penting ini dan edarkan kepada mereka. Hindari daripada sebarang kemungkinan buruk... SEBELUM TERLAMBAT!
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
pesanan
Dec 22, 2003 11:04:12 GMT 8
Post by sha on Dec 22, 2003 11:04:12 GMT 8
Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan beberapa soalan. Soalan pertama : "Saudara kata Tuhan wujud, tetapi saya tidak pernah melihatnya. Cuba tunjukkan saya di mana Tuhan berada."
Kedua, "Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan? Manusia tidak punya kehendak bebas, tidak dapat melakukan sesuatu bertentangan dengan kehandak Tuhan."
Ketiga, "Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan membakarnya dalam neraka? Bukankah syaitan itu berasal daripada api, jadi tentulah api tidak dapat memudaratkan dirinya?"
Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya mengambil seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki yang bertanya itu.Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan ahli sufi itu, lelaki yang bertanya tadi pergi mengadu kepada seorang hakim.
"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan kepala saya bengkak dan sakit." katanya. Hakim memerintahkan supaya ahli sufi berkenaan dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim bertanya, "Lelaki ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu menjawabnya dengan membaling kepalanya dengan tanah, mengapa?"
Jawab ahli sufi itu, "Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada soalannya tadi : Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan di mana letaknya sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan berada. Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya sedangkan apa yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan. Dan ketiga, yang saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah, mengapa pula dia kata dia tercedera disebabkan itu? Bukankah manusia diperbuat daripada tanah?"
Lelaki itu senyap tidak berkata apa-apa dan hakim pula sangat puas hati dengan jawapan ahli sufi itu.
*****************************************************************************
Kepincangan wujud kerana "kita memuliakan pangkat dan status walaupun pemegangnya jahil kerana sijahil gemar digosok dan penggosoknya mudah disogok. Sebenarnya kejahilan bukan kebodohan, ia adalah satu dosa!"
|
|
|
pesanan
Dec 22, 2003 17:14:59 GMT 8
Post by atokENSEM on Dec 22, 2003 17:14:59 GMT 8
KEMPEN BOIKOT BARANGAN ISRAEL.. p/s: kalo boikot barangan kotex dan maybelline..mcm mana lak dgn perempuan?ade jenama lain tak? ;D
|
|