|
Post by SweetGirlz on Dec 6, 2003 3:32:20 GMT 8
BAGAIMANA MEMAAFKAN ORANG LAIN
Memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku akan melapangkan dan meringankan bebanan anda. Menyimpan dendam boleh mengakibatkan tekanan dan beban yang berat untuk ditanggung.
Langkah-langkah:
Ingat kembali apa yang telah berlaku.
Mengakui semua perasaan yang anda alami. Selalunya di sebalik rasa terluka atau sedih terdapat perasaan marah.
Luahkan perasaan anda dengan menulisnya, mengadu kepada kawan atau membiarkan diri anda melalui apa yang anda rasa.
Bertanggungjawab terhadap emosi-emosi anda sendiri. Walaupun anda berasa bersalah, anda mempunyai alasan-alasan sendiri terhadap emosi-emosi yang dialami. Terserah kepada anda untuk memutuskan bila masanya anda bersedia untuk berhenti daripada berasa marah atau tersinggung.
Beritahu kepada orang berkenaan mengenai kelakuannya yang telah menyinggung perasaan anda. Anehnya ialah anda tidak akan berasa benar-benar bersedia untuk memaafkannya sehinggalah anda tahu yang orang berkenaan telah mendengar dan memahami apa yang anda luahkan.
Cuba memahami pandangan orang lain, walaupun anda tidak benar-benar bersetuju dengannya.
Bina semula kepercayaan dalam perhubungan. Kenalpasi mengenai sikap atau perlakuan yang boleh diterima pada masa akan datang, apabila tiba masanya.
Buat keputusan untuk memaafkan, dan ucapkan kemaafan anda kepada orang berkenaan. Apabila anda telah melakukannya, berusahalah untuk meneruskan perhubungan dan melupakan sama sekali perkara tersebut.
Petua-petua:
Anda boleh memaafkan seseorang tanpa membiarkan dia terus berkelakuan begitu; memaafkan bukan bermakna bersetuju.
Elakkan sikap mempertahankan diri. Lepaskan perasaan anda dahulu semasa orang yang bersalah itu tiada di hadapan anda - ini akan membantu interaksi menjadi lebih produktif.
Tunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk memaafkan. Hormati perasaan anda dan ambil masa selama mana yang anda perlukan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 6, 2003 20:45:22 GMT 8
Ooo..
|
|
|
pesanan
Dec 10, 2003 19:36:21 GMT 8
Post by SweetGirlz on Dec 10, 2003 19:36:21 GMT 8
MAKNA dari nasihat adalah “menyuruh kebajikan dan melarang kemungkaran”, yaitu mengajak orang lain untuk mengerjakan perbuatan yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan mengajaknya untuk tidak melakukan perbuatan yang dapat menjauhkannya dari-Nya. Dan merupakan tugas setiap muslim baik perempuan maupun laki-laki untuk saling nasihat menasihati seperti dalam firman-Nya: “Dan hendaklah ada dari antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar. Dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS al-Imran 4: 104)
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 11, 2003 9:34:57 GMT 8
Fadhilat Muharram Fadilat Muharam
(MAAL HIJRAH)
Hari pertama dalam takwim Islam dikira daripada detik penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Daripada peristiwa itu bermulanya siyar Islam ke segala pelosok dunia dan meletakkan kejayaan Islam sehingga 3/4 dunia. Maka, Muharam merupakan bulan pertama dalam Islam dikira mulai tahu pertama hijrah. Kini umat Islam memasuki tahun hijrah ke 1422.
Adapun, Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana penyeksaan berat yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy kepada golongan Mukmin. Orang-orang Islam merupakan golongan minoriti ketika itu. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan 100 orang pada peringkat kedua, 17 daripadanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.
Antara Fadilat bulan Muharam ialah: Abu Hurairah berkata, Rasulullah telah bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-sutama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Daripada Aishah katanya, "Rasulullah ditanya orang mengenai Hijrah. Maka bersabda Rasulullah: Tidak ada lagi Hijrah sesudah penaklukan Makkah. Yang ada ialah jihad dan niat yang sahih. Apabila kamu diperintahkan berjihad maka patuhilah". (Sahih Muslim)
Hadis riwayat Ibni Abbas bermaksud, "Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya".
Jelas Ibni Abbas lagi, "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".
Doa itu bermaksud, " Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia".
|
|
|
pesanan
Dec 11, 2003 11:54:22 GMT 8
Post by cuak_mengganas on Dec 11, 2003 11:54:22 GMT 8
kwn2 ku sekalian..............
pikirkan sejenak.............
ketika m'hadiri majlis pemimpin negara kita 'pakaian cantik kemas dan segak tetapi bila m'adap allah baik di rumah wlupun di masjid,pakaian lebih kurang saja bahkan ada yg x b'baju.tidakkah ini suatu p'buatan yg t'balik...............
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 1:41:16 GMT 8
KENTUT ;D Kentut adalah sebuah proses alamiah dan merupakan kegiatan rutin yang tidak kenal jadual. Kalau anda tengah tiada kerja, cuba anda semua perhatikan orang-orang yang kentut. Mungkin bisa menjadi objek penelitian anda untuk bahan tesis atau assignment.
ORANG YANG TIDAK JUJUR : Orang yang kalau kentut salahkan orang lain.
ORANG BANGANG : Orang yang tak sedar kalau dia tengah kentut
ORANG SENGSARA : Orang yang nak kentut tapi tak boleh
ORANG YANG MISTERI : Jika dia kentut, orang lain tak tau
ORANG GUGUP : Orang yang tiba2 menahan kentutnya saat kentut
ORANG BANGGA : Orang yang ingat kentut dia wangi
ORANG SADIS : Orang yang kalau habis kentut, kentutnya dikibaskan dekat orang lain
ORANG PEMALU : Orang yang kentut tak bunyi, tapi malu sendiri
ORANG BANYAK IDEA : Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak
ORANG YANG BERJIMAT : Orang yang habis kentut, menghirup kentutnya sendiri untuk menggantikan kentutnya yang keluar.
ORANG PEMARAH : Kentutnya sungguh panas berapi.
ORANG SOMBONG : Orang yang kalau dia terkentut, akan diceritakan kentutnya itu berasal dari restoran mahal
ORANG BOSAN: Orang yang kalau kentut atau orang lain kentut, riak mukanya sama sahaja seperti tiada apa2 berlaku
ORANG RAMAH : Orang yang suka mencium kentut orang lain
ORANG YANG AKUATIK : Orang yang hobi kentut di dalam air.
ORANG YANG ATHLETIC : Orang yang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman
ORANG JUJUR : Orang yang mengaku bila habis kentut meskipun orang lain tak tanya
ORANG KUAT INGATAN : Orang yang boleh tahu kentut orang lain dengan bau, bunyi serta kehangatannya.
ORANG MALANG : Orang lain yang kentut, tapi dia yang selalu kena.
ORANG MUZIK : Orang yang kentutnya berirama
ORANG INTERNET : Orang yang bunyi kentutnya macam bunyi modem.
ORANG KERAS KEPALA : Orang yang terus balas kentut jika ada orang lain yang berani kentut di depannya
ORANG TAK GUNA : Orang yang mengentuti orang lain tepat di mukanya.
TERMASUK YANG MANAKAH ANDA? ;D
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 12, 2003 9:25:29 GMT 8
Aper ni atok....tak de fakta lain ker??? Pasal kentut tak menarik la.. Dah la tu macam2 jenis lak tu... Atok lak kategori mane? Macam bleh caye jer.......
|
|
|
Post by enigma on Dec 12, 2003 9:40:58 GMT 8
ok la tuh.4 our information...... ;D
|
|
|
pesanan
Dec 12, 2003 10:53:42 GMT 8
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 12, 2003 10:53:42 GMT 8
Bagus btul la information atok tu.Betul,dikalangan member2 Twinhead yang masih tak mached lagi,kentut tu dah macam berbalas pantun.Siap berbalas-balas lagi. ;D.
|
|
|
pesanan
Dec 12, 2003 12:35:14 GMT 8
Post by enigma on Dec 12, 2003 12:35:14 GMT 8
hi...x patut....x patut...ade ke bebalas kentut.....
|
|
|
pesanan
Dec 12, 2003 16:22:18 GMT 8
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 16:22:18 GMT 8
waduh2 twinhead..tergelak atok baca kawan kawan ko berbalas2 kentut! ;Dhehehhe...atok dikategorikan.. orang yang bangga! ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 13, 2003 0:22:49 GMT 8
BAHAYA MEROKOK Tembakau mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa digunakan oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian.
Banyak berita memaparkan tentang pelbagai penyakit akibat tabiat merokok. Antaranya, batuk kering, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya. Merokok juga boleh menimbulkan perasaan takut, gementar, risau, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan sebagainya.
Mengapa manusia masih merokok, walaupun mereka tahu ia merbahaya? Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan penggunanya di ambang maut!
Rokok membunuh ramai penghisapnya - beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok, dapatkanlah bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah susah, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan anda. Sekiranya anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!
TAHUKAH ANDA? KESAN MEROKOK...
...kepada kanak-kanak
Kanak-kanak kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.
Kanak-kanak yang ibubapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi.
Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibubapa merokok.
Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).
...kepada bayi yang belum lahir
Nikotin melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran udaranya lambat mengembang.
Nikotin boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi sewaktu lahir.
Karbon Monoksida daripada asap rokok orang lain boleh mengurangkan pembekalan udara kepada janin sebanyak 25%, menyebabkan perkembangan terbantut.
Ibu-ibu yang merokok biasanya mempunyai bayi-bayi yang lebih kecil.
...kepada perokok
Asap tembakau membunuh ramai manusia - lebih ramai daripada yang mati kerana AIDS, kemalangan jalanraya, membunuh diri, pembunuhan, kebakaran, keracunan dan lain-lain.
Merokok boleh mempercepatkan proses penuaan bagi wanita dan menyebabkan impoten bagi lelaki.
Barah paru-paru membunuh lebih ramai wanita daripada barah payu dara.
Wanita yang merokok mendapat lebih batuk, selesema dan penyakit-penyakit yang ringan.
8 daripada 10 orang yang cuba merokok menjadi ketagih kepada rokok.
Wanita yang merokok mengalami penyusutan ketumpatan tulang (osteoporosis) dan bertambahnya risiko tulang patah.
Wanita yang merokok dan menggunakan pil pencegah kehamilan mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapat strok atau sakit jantung.
Kematian disebabkan strok adalah lima kali lebih tinggi bagi wanita yang merokok.
Rokok-rokok rendah nikotin/rendah tar tidaklah lebih selamat.
Merokok menggandakan risiko barah serviks.
Perokok-perokok pertengahan umur mungkin sama kedutnya dengan bukan perokok 15 - 20 tahun lebih tua daripadanya.
Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan: - barah mulut - barah sinus - barah esofagus - barah otak - barah dada - barah uterus - barah pundi kencing - barah buah pinggang - tiroid - leukemia - kelenjar limfa
Adakah anda fikir semua kawan-kawan anda merokok dan anda mahu turut serta? Fikir semula. 84% daripada remaja 15 - 19 tahun tidak merokok, dan jumlah ini terus meningkat.
...kepada orang yang berdekatan
Nikotin boleh dijumpai di dalam saluran darah bukan perokok 2 - 40 jam selepas terdedah kepada asap rokok orang lain.
Kesan-kesan segera yang dialami oleh orang yang berdekatan dengan orang yang merokok termasuklah: - iritasi mata - sakit kepala - hidung rasa tidak selesa dan bersin - batuk dan sakit tekak - mual dan pening - bertambahnya kadar jantung dan tekanan darah.
...kepada persekitaran
Satu puntung rokok mengambil masa selama 5 tahun untuk "biodegrade'.
Puntung-puntung rokok dari tepi jalan, rumput dan longkang biasanya akan berakhir di dalam sistem perparitan, lalu mengalir ke dalam tasik-tasik dan sungai-sungai yang berdekatan di mana burung-burung menghadamkannya.
Satu batang pokok hanya membuat 300 pembungkus rokok.
Pengilang-pengilang rokok menggunakan sehingga 4 batu kertas setiap jam.
...kepada kewangan
Sebagai contoh, seseorang yang mula merokok pada umur 13 tahun dan merokok 1 kotak sehari. Apabila umurnya mencecah 30 tahun, dia telah membelanjakan lebih kurang RM21,000 ke atas rokok pada harga sekarang ... cukup untuk membayar deposit rumah!.
Apabila sampai masa orang yang sama untuk bersara, merokok telah menyebabkan tambahan kos sebanyak lebih kurang RM63,000 lagi ---perbelanjaan perubatan!
KETAGIHAN MEROKOK
Ketagihan
Dalam kebanyakan kes, ketagihan merupakan penyebab mengapa terlalu susah untuk berhenti daripada merokok. Dengan merokok anda memperkenalkan bahan-bahan asing kepada badan seperti nikotin. Nikotinlah sebenarnya yang menyebabkan ketagihan kepada rokok. Bukan rokok yang menghasilkan ketagihan tersebut tetapi bergantungnya badan terhadap nikotin yang terdapat di dalam rokok. Walaupun nikotin adalah salah satu daripada beribu bahan-bahan di dalam asap rokok, tetapi ia adalah satu-satunya yang akan terus membuat anda kembali untuk mendapatkan satu lagi rokok. Merokok boleh menjadi satu tabiat yang susah dihentikan.
Nikotin
Nikotin adalah dadah yang mempengaruhi otak dan sistem saraf. Ia merupakan dadah terbentuk semula jadi yang terdapat dalam daun tembakau. Nikotin tidak pernah dijumpai di mana-mana bahan atau pokok-pokok yang lain. Nikotin pada dos yang rendah boleh merangsang sel-sel saraf, menimbulkan rasa kewaspadaan atau ketenangan. Pada dos yang tinggi, nikotin telah digunakan di dalam beberapa racun serangga.
Kesan-kesan
Nikotin adalah dadah yang kuat. Ia boleh mempengaruhi otak dan sistem saraf. Apabila asap daripada rokok disedut, ia akan terus masuk ke paru-paru. Dari sana semua bahan-bahan berpotensi merbahaya masuk ke dalam saluran darah badan. Lebih kurang 7 saat, satu perempat daripada nikotin dibawa terus ke otak. Tiga perempat daripadanya pergi ke tempat-tempat lain.
"Buzz" (dengung?) yang boleh diperolehi daripada merokok adalah sebenarnya nikotin yang sedang bekerja. Apabila nikotin telah memasuki otak melalui saluran darah, saraf penerima otak yang kecil menimbulkan satu kesan dalam memberi respon kepada nikotin. Kesan ini yang menghasilkan kenikmatan merokok. Antara kesan-kesannya ialah perasaan kewaspadaan, kebolehan untuk menumpukan perhatian, pencapaian dan "mood". Nikotin menyebabkan peningkatan degupan jantung dan kadar pernafasan. Satu ciri nikotin yang menghairankan ialah ia boleh berfungsi sebagai satu rangsangan atau satu sedatif.
Lebih ketagihan
Penyelidikan-penyelidikan menunjukkan nikotin dalam produk tembakaulah yang menyebabkan peningkatan yang tinggi dalam tabiat merokok. Perokok-perokok menjadi lali atau membina toleransi terhadap dadah dan bergantung pada nikotin yang lebih banyak untuk memenuhi permintaan badannya terhadap dadah. Disebabkan toleransi ini, pengguna tembakau mesti menambahkan penggunaan tembakau untuk mengalahkan atau melangkau toleransi ini.
MAHU BERHENTI MEROKOK?
Semua orang tahu bahawa untuk berhenti daripada merokok adalah satu proses yang susah, dan ia boleh menjadi lebih sukar apabila rakan-rakan anda masih merokok dan mempersendakan anda yang mahu cuba berhenti merokok. Tetapi, jangan rasa kecewa. Cuba yakinkan setengah daripada rakan-rakan anda atau saudara-mara anda untuk berhenti merokok bersama anda. Ia mengambil lebih kurang 12 - 15 percubaan untuk seseorang berjaya menghentikannya, dan ingatlah bahawa tiada kegagalan apabila mencuba untuk berhenti merokok.
Sekiranya anda dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari pun dikira sebagai satu kemajuan. Di bawah ini diberikan tip-tip untuk menghadapi dan mengatasi ketagihan, atau untuk menghadiahkan diri anda sendiri sebagai ganti kepada satu bungkus rokok yang anda tidak hisap.
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 13, 2003 9:03:34 GMT 8
Cerite Ari ni........... Air Mata Taubat Nabi Adam a.s Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu." Apa Yang Akan Ditanya: Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafaskeluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ? Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : 1)Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. 2)Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. 3)Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. 1)orang yang meninggalkan sembahyang. 2)orang yang tidak mahu keluarkan zakat. 3)orang yang derhaka kepada ibubapanya. 4)orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. 5)orang yang suka minum arak."
|
|
|
pesanan
Dec 13, 2003 11:38:58 GMT 8
Post by DoLLyGuRL on Dec 13, 2003 11:38:58 GMT 8
Pahlawan Mati DItanduk Kambing Ketika perang Uhud,Abu Amir dari pasukan Quraisy menggali beberapa lubang untuk memerangkap pasukan kaum muslimin. Di atas permukaan lubang itu ditaruh lidi-lidi kemudian ditebarkannya tanah di atas daun, sehingga orang yang tidak tahu, tidak menyedari bahawa di situ ada lubang yang dalam. Sesiapa yang terpijak tanah di atas daun itu, nescaya akan terperosok ke dalam lubang. Perangpun bermula. Rasulullah SAW yang memimpin pasukan kaum muslimin terpijak perangkap yang dipasang oleh Abu Amir dan terjatuh ke dalamnya. Melihat itu, tertawa besarlah Abu Amir dan beberapa kaum kafir Quraisy lainnya termasuk Inu Qamiah. Bahkan Ibnu Qamiahlah yang bertindak paling kejam. Dia telah membaling Rasulullah SAW dengan beberapa benda berbahaya seperti besi, batu dan lain-lainnya sambil tertawa mengejek yang menyebabkan baginda luka-luka dan berdarah. Mujur Ali segera datang menyelamatkan baginda dari terus dibelasah oleh orang-orang kafir itu. Perang pun selesai sudah. Rasulullah SAW hanya menyerahkan kepada Allah sahaja akan tindakan Abu Qamiyah yang melakukan jenayah perang itu. Pada suatu hari, Abu Qamiah pergi ke sebuah bukit untuk berehat-rehat. Tiba-tiba datang seekor kambing jantan menghampirinya, lalu ia menanduk Abu Qamiah secara mengejut. Akibatnya, Abu Qamiah mengaduh kesakitan dan meronta untuk lari. Namun kambing itu menanduknya lagi bertubi-tubimenyebabkan Abu Qamiah tidak dapat mengelak langsung. Dia menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang mendengar jeritannya. Dia juga cuba untuk melawannya, namun kambing itu lebih pantas dengan menanduk berterusan. Kebengisan Abu Qamiah ketika melempar dan membaling Rasulullah SAW tidak dapat digunakan untuk menepis tandukan seekor kambing jantan. Akhirnya pahlawan itu mati di hujung tanduk. Begitulah akibatnya kalau mengganggu kekasih Allah. Kisah Dan Tauladan
|
|
|
pesanan
Dec 13, 2003 14:26:39 GMT 8
Post by atokENSEM on Dec 13, 2003 14:26:39 GMT 8
good story dollygurl!
|
|