Post by enigma on Dec 13, 2003 15:00:21 GMT 8
Assalammu'alaikum wbt...
Dgn nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam di atas junjungan mulia Nb Muhammad saw, para sahabat, syuhadak serta
muslimin dan muslimat.
Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap
kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci... insyaAllah. Secebis ilmu dr
sahabat, ana tolong forwardkan untuk dikongsi bersama...moga ianya
mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.
Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ...
Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal
ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi
masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan
perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka
dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka
dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan
terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka;
biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi
curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina
perhubungan dengan Pencipta."
"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka
dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting
itu sepanjang hari."
"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.
"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam
kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya
"pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang,
hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat
jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu,
10 -12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."
"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila
keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi
menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar
suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu
memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah
mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan
musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan
perhubungan dengan Allah."
"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda
mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan
papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual
gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang
menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."
www.webkl.net/pic/setan3.jpg
"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak
berpuashati dengan isteri-isteri mereka."
"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami
mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak
bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau
di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan
pantas."
"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan
mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan
hari-hari perayaannya."
"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah
sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka
sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang
ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan,
acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."
"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"
"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian,
libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak
tenang ketika bersurai."
"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak
mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas
itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan
kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."
"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk
menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar
ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka
atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang
lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa
saya, persoalannya di sini, "Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"
~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :
B-eing U-nder S-atan's Y-oke? - Berada di bawah telunjuk Syaitan?
~ENIGMA~